SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR...

16
Perbandingan di antara Takaful dan Insurans 55 BAB A4 PERBANDINGAN DI ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS PENGENALAN Insurans menyediakan perlindungan kewangan akibat kerugian yang timbul daripada berlakunya kejadian yang tidak diingini. Seseorang boleh mendapatkan perlindungan ini dengan membayar premium kepada syarikat insurans. Dana wang diwujudkan melalui sumbangan yang dibuat oleh individu yang memerlukan perlindungan diri dari pelbagai risiko kehidupan. Premium dikumpul oleh syarikat-syarikat insurans yang juga bertindak sebagai pemegang amanah kepada dana tersebut. Sebarang kerugian yang dialami peserta disebabkan berlakunya kejadian yang tidak diingini, syarikat insurans akan membayar pampasan dengan menggunakan dana berkenaan. Insurans berfungsi berdasarkan prinsip asas perkongsian risiko. Kelebihan utama insurans adalah ia menyebarkan risiko yang dihadapi oleh segelintir peserta kepada kumpulan besar individu yang terdedah kepada risiko yang sama. A4.1 DEFINISI DAN SEJARAH INSURANS Insurans ditakrifkan sebagai kontrak di mana satu pihak yang dikenali sebagai syarikat insurans, sebagai balasan untuk pertimbangan yang dipersetujui yang dikenali sebagai premium, untuk dibayar kepada individu lain yang dikenali sebagai pihak yang diinsuranskan, sejumlah wang, sekiranya berlakunya peristiwa tertentu dalam tempoh tertentu.

Transcript of SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR...

Page 1: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827384TBE-A4.pdf · pengendalian dan pengawasan industri insurans diletakkan ... 1. Bagi

Perbandingan di antara Takaful dan Insurans 55

BAB A4

PERBANDINGAN DI ANTARA

TAKAFUL DAN INSURANS

PENGENALAN

Insurans menyediakan perlindungan kewangan akibat kerugian yang

timbul daripada berlakunya kejadian yang tidak diingini. Seseorang

boleh mendapatkan perlindungan ini dengan membayar premium

kepada syarikat insurans.

Dana wang diwujudkan melalui sumbangan yang dibuat oleh individu

yang memerlukan perlindungan diri dari pelbagai risiko kehidupan.

Premium dikumpul oleh syarikat-syarikat insurans yang juga

bertindak sebagai pemegang amanah kepada dana tersebut. Sebarang

kerugian yang dialami peserta disebabkan berlakunya kejadian yang

tidak diingini, syarikat insurans akan membayar pampasan dengan

menggunakan dana berkenaan.

Insurans berfungsi berdasarkan prinsip asas perkongsian risiko.

Kelebihan utama insurans adalah ia menyebarkan risiko yang

dihadapi oleh segelintir peserta kepada kumpulan besar individu yang

terdedah kepada risiko yang sama.

A4.1 DEFINISI DAN SEJARAH INSURANS

Insurans ditakrifkan sebagai kontrak di mana satu pihak yang dikenali

sebagai syarikat insurans, sebagai balasan untuk pertimbangan yang

dipersetujui yang dikenali sebagai premium, untuk dibayar kepada

individu lain yang dikenali sebagai pihak yang diinsuranskan,

sejumlah wang, sekiranya berlakunya peristiwa tertentu dalam

tempoh tertentu.

Page 2: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827384TBE-A4.pdf · pengendalian dan pengawasan industri insurans diletakkan ... 1. Bagi

56 Amalan Asas Takaful

Oleh itu, dalam erti kata yang lebih mudah, kontrak insurans adalah

kontrak di antara dua pihak iaitu Penanggung Insurans dan Pihak

yang Diinsuranskan, dengan janji untuk membayar ganti rugi

sekiranya berlaku peristiwa yang tidak diingini sebagai balasan atas

sumbangan/bayaran premium.

Insurans telah wujud sejak berabad lamanya. Para sejarawan

mendakwa sejarah awal insurans telah bermula dari tahun 215 CE,

iaitu apabila kerajaan Romawi diminta oleh angkatan tenteranya agar

menanggung risiko kerosakan peralatan perang yang diangkut dengan

menggunakan kapal laut, disebabkan ancaman dan serangan musuh,

ribut, dan lain-lain bencana alam. (Omar Fisher, 2009). Bukti terawal

kontrak insurans bertarikh sekitar 2800 SM di mana Kod

Perundangan Babylon mencatatkan peraturan-peraturan mengenai

insurans. Pada asasnya, konsep insurans telah diperkenalkan untuk

menangani bencana yang dihadapi oleh pedagang dan peniaga-

peniaga di laut. Bentuk perlindungan adalah pelbagai, dari

perlindungan ke atas kargo dan barang-barang yang dibawa

sehinggalah kepada perlindungan insurans hayat kelasi dan pegawai-

pegawainya.

Dalam erti kata lain, terdapat satu keperluan bagi manusia untuk

bersiap sedia menghadapi kerugian atau kehilangan. Dan sejarah

insurans moden boleh dikesan seawal tahun 1600-an, apabila

pedagang British dan pemilik kapal berbincang mengenainya di kafe

berhampiran Lombard Street di London. Kafe itu dipanggil Llyod's.

Mereka mula merangka perjanjian untuk saling berkongsi keuntungan

dan juga kerugian dalam perniagaan dan pelayaran kapal laut. (Omar

Fisher, 2009).

Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa amalan saling melindungi

juga tersebar luas di kalangan orang Cina, orang-orang Yunani dan

Eropah. Tarikh kes insurans hayat pertama dicatatkan di England

pada 1583 di mana kontrak bertempoh telah dikeluarkan atas nama

William Gybbon. Satu perkembangan penting dalam sejarah industri

insurans hayat adalah penciptaan jadual mortaliti oleh Edmund Halley

dalam tahun 1693. Walau bagaimanapun, hanya selepas satu abad

Page 3: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827384TBE-A4.pdf · pengendalian dan pengawasan industri insurans diletakkan ... 1. Bagi

Perbandingan di antara Takaful dan Insurans 57

kemudian barulah terhasil jadual mortaliti yang lebih tepat dan

berwibawa.

Sejarah pengenalan insurans di Malaysia bermula sejak abad ke-18

dan ke-19 apabila terdapatnya firma-firma perdagangan dan rumah-

rumah agensi yang bertindak sebagai ejen bagi syarikat-syarikat

insurans dari United Kingdom. Setelah negara mencapai

kemerdekaan, terdapat usaha untuk menubuhkan syarikat insurans

tempatan. Awal 1960-an menyaksikan penubuhan beberapa syarikat

insurans hayat dan juga syarikat insurans am. Sebahagian daripada

syarikat insurans berkenaan beroperasi pada asas yang tidak kukuh

dengan garis panduan pengunderaitan yang tidak wajar.

Kerajaan kemudiannya bertindak campur tangan dan

memperkenalkan Akta Insurans, 1963. Di bawah Akta ini,

pengendalian dan pengawasan industri insurans diletakkan di bawah

kelolaan Ketua Pengarah Insurans, di bawah Kementerian Kewangan.

A4.2 ASAS-ASAS INSURANS

Insurans adalah satu proses di mana kerugian yang dialami oleh

segelintir individu diagihkan dan dikongsi bersama dikalangan

sekumpulan besar individu. Melihat kepada perkembangan industri

insurans masa kini, insurans dianggap sebagai satu saluran di mana

beban kewangan akibat ditimpa musibah dipindahkan dari pihak yang

diinsuranskan kepada Syarikat Insurans. Konsep di sebalik insurans

ialah sekumpulan individu yang terdedah kepada risiko yang serupa

saling bekerjasama dan memberi sumbangan ke arah pembentukan

dana insurans. Sekiranya terdapat individu yang menanggung risiko

kerugian, ia akan menerima pampasaan dari dana insurans berkenaan.

Sumbangan kepada dana insurans dibuat oleh sekumpulan individu

yang berkongsi risiko yang sama di mana sumbangan tersebut dikutip

oleh syarikat insurans dalam bentuk premium.

Secara amnya, mana-mana individu yang mempunyai hak dan

kepentingan kewangan di sisi undang-undang atas mana-mana harta,

maka ia boleh menginsuranskan harta berkenaan di bawah suatu

Page 4: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827384TBE-A4.pdf · pengendalian dan pengawasan industri insurans diletakkan ... 1. Bagi

58 Amalan Asas Takaful

kontrak insurans dimana sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan

harta berkenaan, individu tersebut akan menanggung kerugian

kewangan. Kontrak insurans merupakan suatu ikatan perjanjian yang

sah dan dikuatkuasakan oleh undang-undang antara dua pihak yang

berkepentingan iaitu Penanggung Insurans dan Pihak yang

Diinsuranskan. Atas balasan yang diterima dalam bentuk bayaran

premium, penanggung insurans bersetuju bahawa dalam tempoh

tertentu, ia akan membayar ganti rugi / indemniti kepada pihak yang

diinsuranskan sejumlah amaun yang telah dipersetujui berdasarkan

nilai harta yang diinsuranskan, sekiranya harta berkenaan mengalami

kerosakan disebabkan peril yang dilindungi.

Kontrak insurans adalah kontrak indemniti (tidak termasuk insurans

hayat dan insurans kemalangan diri) berdasarkan kepada prinsip yang

diguna pakai iaitu untuk meletakkan pihak yang diinsuranskan dalam

kedudukan kewangan yang sama seperti sebelum beliau ditimpa

musibah. Jumlah yang diinsuranskan perlu ditetapkan di peringkat

permulaan perlindungan dan penanggung insurans bersetuju

menyediakan jumlah pampasan yang mencukupi sekiranya berlaku

kerugian. Untuk insurans hartanah, susut nilai sentiasa perlu diambil

kira. Kos insurans akan bergantung kepada skop perlindungan yang

diperlukan dan perlindungan tambahan memerlukan premium

tambahan. Secara amnya, hanya kerugian yang tidak dijangka dan

berlaku secara kebetulan sahaja yang boleh diinsuranskan. Oleh itu,

musibah atau kerugian yang boleh diramalkan secara umumnya tidak

boleh diinsuranskan (kecuali insurans hayat).

A4.3 JENIS-JENIS INSURANS

Seksyen 4 Akta Insurans 1996 memperuntukkan bahawa:

1. Bagi tujuan Akta ini, perniagaan insurans dibahagikan kepada

dua kelas utama iaitu;-

a) Perniagaan Insurans Hayat – iaitu selain dari perniagaan

polisi insurans hayat biasa, sebagai tambahan kepada semua

perniagaan insurans yang berkaitan dengan polisi insurans

Page 5: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827384TBE-A4.pdf · pengendalian dan pengawasan industri insurans diletakkan ... 1. Bagi

Perbandingan di antara Takaful dan Insurans 59

hayat, ia hendaklah termasuk apa-apa jenis perniagaan

insurans yang ditawarkan sebagai produk sampingan sahaja

di bawah perniagaan penanggung insurans hayat; dan

b) Perniagaan Insurans Am – iaitu semua perniagaan insurans

yang bukan perniagaan insurans hayat.

2. Bagi tujuan Akta ini, insurans semula liabiliti di bawah sesuatu

polisi adalah dianggap sebagai perniagaan insurans di bawah

kelas dan perihalan yang berkaitan dengannya di mana polisi

tersebut telah pun dikeluarkan oleh penanggung insurans semula.

Perniagaan insurans dibahagikan kepada insurans hayat, insurans

am dan insurans semula.

A4.4 RESOLUSI SYARI’AH MENGENAI INSURANS

Konsep insurans konvensional masih belum mendapat persetujuan

menyeluruh daripada para ulama’ sama ada ia dibenarkan (halal) atau

dilarang (haram). Memandangkan insurans konvensional

sebagaimana yang diamalkan sekarang tidak wujud semasa zaman

Nabi Muhammad s.a.w., ijtihad atau pertimbangan menggunakan akal

digunakan untuk menentukan sama ada ia adalah halal atau

sebaliknya.

4.4.1 Fatwa mengenai Larangan Insurans

Majlis Fatwa Kebangsaan

Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam dalam

mesyuaratnya pada 15 Jun 1972 telah membincangkan secara

mendalam mengenai perkara yang berkaitan dengan insurans

hayat.

Page 6: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827384TBE-A4.pdf · pengendalian dan pengawasan industri insurans diletakkan ... 1. Bagi

60 Amalan Asas Takaful

Diputuskan:

Produk insurans hayat yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat

insurans hari ini merupakan transaksi perniagaan yang boleh jadi

tidak sah kerana ia bercanggah dengan prinsip-prinsip perniagaan

Islam, dimana kontrak tersebut mengandungi unsur-unsur Gharar

(ketidakpastian), Maisir (perjudian) dan Riba (riba).

Oleh yang demikian, berdasarkan dari perspektif Syari’ah,

“insurans adalah haram”. Satu jawatankuasa yang dikenali

sebagai 'Badan Petugas Khas' telah dibentuk oleh kerajaan pada

tahun 1982 untuk mengkaji kemungkinan menubuhkan Insurans

Islam di Malaysia. Badan Petugas Khas telah membuat

kesimpulan bahawa kontrak insurans konvensional adalah fasid.

Walau bagaimanapun, bantahan itu tidak menentang penerapan

konsep insurans secara keseluruhan, tetapi terhadap kewujudan

kelemahan tertentu dalam kontrak insurans. Akta Takaful 1984

telah digubal dan seterusnya syarikat Takaful yang pertama iaitu

Syarikat Takaful Malaysia Bhd telah ditubuhkan pada tahun

1984.

Akademi Fekah Islam, OIC

Akademi Fekah Islam yang diilhamkan penubuhannya oleh

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), telah mengadakan

mesyuarat Sesi Kedua di Jeddah, Arab Saudi, dari 22 himgga 28

Disember 1985. Selepas mengkaji semula laporan perbincangan

para ulama’ yang mengambil bahagian dalam sesi perbincangan

mengenai subjek ‘Insurans dan insurans semula’, dan selepas

dibincangkan bersama dan selepas meneliti semua jenis dan

bentuk insurans serta mendalami prinsip asas, objektif dan

matlamat, dan setelah meneliti pendapat / keputusan yang

dikeluarkan oleh Akademi Fekah dan badan-badan pemikir lain

mengenai perkara yang sama; para ulama’ mengambil ketetapan

berikut;

Page 7: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827384TBE-A4.pdf · pengendalian dan pengawasan industri insurans diletakkan ... 1. Bagi

Perbandingan di antara Takaful dan Insurans 61

Diputuskan:

Kontrak Insurans Komersil dengan bayaran premium tetap

berkala yang biasanya dipasarkan oleh syarikat insurans komersil

adalah kontrak yang mengandungi unsur utama risiko terlarang

yang membatalkan kontrak dan oleh itu ia adalah dilarang

(Haram) dibawah Syari’ah Islam.

Kontrak alternatif yang mematuhi prinsip-prinsip urus niaga

Islam adalah kontrak koperasi insurans yang diasaskan atas dasar

kebajikan dan kerjasama. Begitu juga dengan urusniaga insurans

semula yang mengamalkan urusniaga berdasarkan prinsip-prinsip

koperasi insurans.

Pihak Akademi telah menjemput perwakilan dari negara-negara

Islam untuk bekerjasama mewujudkan institusi insurans koperasi

dan koperasi insurans semula. Ia adalah bertujuan untuk

membebaskan ekonomi Islam daripada dieksploitasi dan terang-

terangan melanggar hukum Allah yang dicipta untuk seluruh

umat manusia.

4.4.2 Elemen yang Diharamkan dalam Amalan Insurans

Ketidakpastian (Gharar)

Gharar bermaksud tidak jelas terhadap perkara pokok yang

dilindungi oleh kontrak atau timbul ‘ketidakpastian’ di mana

kesan atau keputusan yang dihasilkan tidak diketahui atau

tersembunyi. Dari sudut perniagaan, ia bermaksud bersetuju

untuk melaksanakan sesuatu secara membuta tuli tanpa

pengetahuan yang mencukupi; atau mengambil risiko dengan

melakukan sesuatu tanpa mengetahui dengan tepat apakah hasil

yang akan diperolehi kelak.

Page 8: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827384TBE-A4.pdf · pengendalian dan pengawasan industri insurans diletakkan ... 1. Bagi

62 Amalan Asas Takaful

o Justifikasi Larangan

“Seseorang itu dilarang menjual sesuatu barangan tanpa

memberitahu dengan jelas keadaan sebenar barangan

tersebut, dan juga tidak dibenarkan seseorang yang

mengetahui kecacatan sesuatu barangan tetapi tidak

memberitahunya” - Al-Hakim dan Al-Bayhaqi.

Ketidakpastian dalam kontrak insurans berlaku apabila

satu pihak mendapat apa yang dikehendaki tetapi pihak

yang satu lagi tidak menerima haknya - Ibn Taymiyah

o Jenis-jenis Gharar

Al-Gharar al-Kathir: Gharar yang keterlaluan, dan

menyebabkan kontrak terbatal.

Al-Gharar al-Yasir: Gharar yang remeh, boleh

dipertimbangkan dan dibenarkan.

Al-Gharar al-Mutawassit: Gharar yang sederhana, iaitu

berada di antara keduanya.

o Gharar dalam amalan insurans:

Kedua-dua pihak yang terikat dengan kontrak insurans

tidak tahu secara jelas apakah sebenarnya kewajipan dan

tanggungjawab mereka antara satu sama lain. Kedua-dua

pihak samada syarikat insurans atau pihak yang

diinsuranskan tidak mengetahui hasil atau kesan kontrak

tersebut.

Pihak yang diinsuranskan tidak mengetahui jumlah

pampasan yang dibayar kepadanya sekiranya berlaku

kemalangan kerana dia sendiri tidak pasti samada akan

ada pampasan dibayar kepadanya kerana akibat atau

kesan kontrak insurans berkenaan juga tidak

diketahuinya.

Syarikat insurans tidak mengetahui bilakah peril /

kecelakaan akan berlaku.

Page 9: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827384TBE-A4.pdf · pengendalian dan pengawasan industri insurans diletakkan ... 1. Bagi

Perbandingan di antara Takaful dan Insurans 63

Tidak ada keadilan dalam insurans kerana pihak yang

diinsuranskan perlu membayar premium tetapi sekiranya

peril yang dilindungi / kecelakaan tidak berlaku, tiada

sebarang bayaran yang akan dibuat.

Insurans adalah kontrak janji untuk membayar pampasan

yang kadang-kadang dipenuhi dan kadang-kala tidak

dapat dipenuhi. Oleh kerana tiada kepastian mengenai

peril yang dilindungi ketika kontrak mula berkuat kuasa,

hasil atau manfaat yang diperolehi juga tidak dapat

dipastikan.

o Riba (faedah / bunga)

Perkataan riba secara literal bermaksud 'menaikkan' atau

'tambahan' kepada sesuatu. Islam melarang pinjaman wang

bagi mendapatkan keuntungan kerana ia akan menyusahkan

peminjam dan pada masa yang sama ia akan menjadikan

pemberi pinjaman sebagai seorang yang perengus dan dibenci

orang ramai.

o Justifikasi Larangan

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan

riba sehingga berlipat ganda banyaknya. Hendaklah kamu

takut kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan” (Al-

Qur’an, 3: 130)

o Jenis-jenis Riba

Riba al-Duyun (riba daripada hutang)

Riba al-Qard - Iaitu sebarang manfaat tambahan yang

disyaratkan ke atas pinjaman pokok dan syarat ini dibuat

pada awal kontrak pinjaman.

Riba al-Jahilliyah – iaitu kadar atau sebarang manfaat

tambahan lebih dari jumlah pokok akibat si peminjam

gagal atau lewat membayar pada tempoh yang telah

dipersetujui.

Page 10: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827384TBE-A4.pdf · pengendalian dan pengawasan industri insurans diletakkan ... 1. Bagi

64 Amalan Asas Takaful

o Riba al-Buyu’ - muncul daripada jual beli barangan ribawi

Riba al-Fadl – berbeza kadar berat dan kuantiti.

Riba al-Nasi’ah – berbeza masa.

o Riba dalam amalan insurans;

Syarikat insurans mengutip premium dan melaburkannya

dalam pelaburan yang mempunyai elemen faedah /

bunga.

Syarikat insurans membayar faedah / bunga atas produk-

produknya.

Syarikat insurans mengenakan kadar faedah akan datang

dalam pengiraan premiumnya.

Kontrak insurans mengandungi unsur-unsur riba apabila

ia berjanji untuk membayar amaun yang lebih dari

premium yang dibayar.

Kadar faedah dikenakan sekiranya premium lewat

dibayar.

Kadar faedah dikenakan atas pinjaman polisi.

o Maisir (perjudian)

Perkataan Maisir bermaksud memperolehi sesuatu dengan

mudah atau memperolehi keuntungan tanpa usaha. Islam

melarang semua bentuk urusniaga di mana keuntungan

kewangan diperolehi hanya berdasarkan nasib atau spekulasi

dan bukannya dengan usaha gigih untuk mendapatkannya.

Tidak seperti gharar di mana terdapat beberapa kelonggaran

dan dibenarkan, maisir tidak dibenarkan sama sekali.

o Justifikasi Larangan

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya minuman

keras, perjudian dan daging yang disembelih dengan batu

nusub dan ramalan nasib itu semua adalah perbuatan

Page 11: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827384TBE-A4.pdf · pengendalian dan pengawasan industri insurans diletakkan ... 1. Bagi

Perbandingan di antara Takaful dan Insurans 65

syaitan. Oleh itu, jauhilah ia agar kamu mendapat kejayaan”

Al-Qur’an, 5: 90)

o Unsur Perjudian (Maisir) dalam Kontrak Insurans:

Pihak yang diinsuranskan mendapat manfaat bayaran

yang tinggi berbanding dengan caruman (premium) yang

dibayar.

Membayar premium tanpa mendapat sebarang pulangan.

Syarikat insurans akan menanggung kerugian sekiranya

terlalu banyak tuntutan.

Premium yang dikutip melebihi jumlah tuntutan dan

syarikat insurans memperolehi keuntungan besar.

A4.5 PERBEZAAN DI ANTARA TAKAFUL DAN

INSURANS

Item

Isu-isu

Penting

Takaful Insurans

1. Intipati Niat Niat adalah untuk

mewujudkan

hubungan kerohanian

dan hubungan

undang-undang.

Niat adalah untuk

mewujudkan

hubungan undang-

undang sahaja

2. Formaliti Kontrak satu pihak

untuk Tabarru’ dan

kontrak dua belah

pihak untuk

Mudharabah dan

Wakalah.

Kontrak dua belah

pihak

3. Isu

Perakaunan

Untuk Takaful Am,

akaun yang

disediakan ialah

akaun Tabarru’

(derma). Untuk

Untuk Insurans

Am, bayaran

premium

dikreditkan ke

Akaun Insurans

Page 12: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827384TBE-A4.pdf · pengendalian dan pengawasan industri insurans diletakkan ... 1. Bagi

66 Amalan Asas Takaful

Takaful Keluarga,

terdapat dua akaun

iaitu Akaun Peserta

yang diuruskan

mengikut prinsip

Mudharabah, dan

Akaun Khas Peserta

yang diuruskan

mengikut prinsip

Tabarru’.

Am. Untuk

Insurans Hayat,

premium

dikreditkaan ke

Akaun Insurans

Hayat.

4. Perkara

Pokok

Perkara pokok yang

akan dilindungi

hendaklah mematuhi

keperluan Syari’ah.

Perkara pokok

yang akan

dilindungi

hendaklah

mematuhi

keperluan undang-

undang lazim.

5 Jaminan

Pengedali Takaful

hanya bertindak

sebagai pengurus

dana sahaja. Peserta

saling jamin

menjamin antara satu

sama lain.

Syarikat insurans

yang memberi

jaminan.

6. Dana Dana dimiliki oleh

para peserta dan

diuruskan oleh

pengendali Takaful.

Pengendali Takaful

dibayar yuran

perkhidmatan atas

perkhidmatan yang

diberikan

Dana adalah milik

syarikat insurans.

Terdapat

pengasingan dana

aset iaitu dana

pemegang saham

dan dana

pemegang polisi.

Page 13: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827384TBE-A4.pdf · pengendalian dan pengawasan industri insurans diletakkan ... 1. Bagi

Perbandingan di antara Takaful dan Insurans 67

7. Bayaran

premium /

sumbangan

Bayaran (bahagian

caj Takaful) dianggap

sebagai derma

(Tabarru’).

Bayaran premium

dianggap sebagai

tanggungjawab

pemegang polisi

atas kontrak jual

beli.

8. Elemen

terlarang

Berlandaskan prinsip

Islam yang bebas dari

elemen yang

terlarang.

Polisi insurans

diresapi elemen-

elemen Gharar,

Riba dan Maisir.

9. Pengawasan

Syari’ah

Akta Takaful 1984

mewajibkan

pembentukan Majlis

Pengawasan Syari’ah.

Tiada keperluan

mewujudkan

Majlis Pegawasan

Syari’ah.

10. Keuntungan Keuntungan dikongsi

bersama di antara

peserta dan syarikat.

Pembahagian

keuntungan atas

budi bicara

syarikat.

11. Kontrak Gabungan antara

kontrak tabarru’

(derma) dan agensi

atau kontrak

berkongsi

keuntungan.

Kontrak

pertukaran (jual

beli) antara

syarikat dan

pemegang polisi.

12. Indemniti Bayaran indemniti

(ganti rugi) diperolehi

dari Dana Takaful.

Bayaran indemniti

(ganti rugi)

diperolehi dari

dana syarikat yang

disediakan oleh

syarikat insurans.

Page 14: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827384TBE-A4.pdf · pengendalian dan pengawasan industri insurans diletakkan ... 1. Bagi

68 Amalan Asas Takaful

13. Prinsip-

prinsip

Operasi

Operasi perniagaan

adalah mematuhi

keperluan Syari’ah.

Operasi

perniagaan tidak

mematuhi

keperluan

Syari’ah.

14. Kawalan

Risiko

Konsep perkongsian

risiko dikalangan

peserta.

Konsep

perpindahan risiko

15. Percukaian Cukai dan zakat

Cukai sahaja

16. Manfaat Dibayar dari dana

khas yang

diwujudkan secara

indemniti bersama di

kalangan peserta.

Dibayar dari dana

yang diwujudkan

secara sah oleh

syarikat insurans.

17. Keuntungan /

Bonus

Dinyatakan secara

jelas bagaimana

keuntungan akan

dikongsi bersama

antara peserta dan

syarikat.

Secara umum

syarikat

menyatakan

mungkin akan

membayar bonus

dan keuntungan

atas polisi

penyertaan sahaja.

18. Tanggungjaw

ab pemegang

polisi /

peserta

Peserta

menghulurkan derma

dan bersetuju untuk

saling menjamin di

bawah skim

perlindungan.

Pemegang polisi

membayar

premium dan

memindahkan

risiko kepada

syarikat.

19. Liabiliti

syarikat

Pengendali Takaful

bertindak sebagai

Syarikat insurans

bertanggungjawab

Page 15: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827384TBE-A4.pdf · pengendalian dan pengawasan industri insurans diletakkan ... 1. Bagi

Perbandingan di antara Takaful dan Insurans 69

insurans /

Pengendali

Takaful

pentadbir skim

perlindungan dan

membayar manfaat

Takaful melalui dana

Takaful.

Sekiranya dana tidak

mencukupi,

Pengendali Takaful

akan menyalurkan

pinjaman tanpa

faedah demi

mengatasi masaalah

kekurangan tersebut.

membayar

manfaat polisi

seperti yang

dijanjikan dari aset

yang dimiliki

(dana insurans dan

dana pemegang

saham).

20. Pelaburan

dana

Dana aset dan dana

Takaful dilaburkan

dalam instrumen

pelaburan yang

mematuhi keperluan

Syari’ah.

Tiada keperluan

untuk mematuhi

keperluan Syari’ah

dalam aktiviti

pelaburan, asalkan

ia mematuhi

dasar-dasar

pelaburan syarikat.

Page 16: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827384TBE-A4.pdf · pengendalian dan pengawasan industri insurans diletakkan ... 1. Bagi

70 Amalan Asas Takaful