Sang kembala kuda

Click here to load reader

download Sang kembala kuda

of 30

Transcript of Sang kembala kuda

  1. 1. Sang Kembala Kuda
  2. 2. MAKSUD SAJAK
  3. 3. Dia lelaki bergelar perkasa Dengan cemeti keberanian di tangan Rembat angkuhnya memacu takut Menghalau kuda-kuda di padang Berebutan memburu kandang.
  4. 4. Maksud Sang gembala kuda ialah seorang lelaki yang gagah. Berbekalkan keberanian yang dimilikinya, dia dengan angkuh merembat kuda dengan menggunakan cemeti untuk menakutkan kuda-kuda itu sambil menghalau kuda-kuda yang sedang berada di padang bersegera balik ke kandang.
  5. 5. Rumput dan jerami yang terhidang Adalah kanun janji kesetiaan Dimamah rakus kala lapar Tak peduli nasib diri setelah kenyang Jadi tunggangan memburu rakan.
  6. 6. Sementera itu, rumput dan jerami merupakan makanan yang lazim terhidang dan akan dimakan oleh kuda-kuda ketika lapar. Setelah kenyang, kuda-kuda itu tidak peduli akan nasib mereka dijadikan kuda tunggangan untuk menjejaki kuda-kuda yang lain.
  7. 7. Dia lelaki punya kuasa Sesekali suaranya lebih gempita Daripada ringkik kuda sekandang Pacuannya diiring seribu keberanian Meredah onak di rimba perburuan Meranduk lumpur di paya penindasan Sambil melibas cemeti durjana Dia melampar muslihat Aku penyelamat maruah Berjuang atas dasar kebenaran Menentang semua kebobrokan.
  8. 8. Dengan kuasa yang ada padanya dan apabila sesekali bersuara nyaring, sang gembala kuda begitu berani dan yakin menunggang kuda-kuda itu menempuh segala rintangan dan kepayahan. Dai bijak menggunakan tipu helahnya dengan berpura-pura sebagai penyelamat maruah yang kononnya berjuang atas dasar kebenaran dan menentang segala penipuan.
  9. 9. Dia lelaki sang gembala kuda Hanya mengenal pantas tunggangan Tanpa membaca keletihannya Dia lelaki sang gembala kuda Hanya tahu mengejar kehebatan Tanpa menghitung kesakitannya Dan kuda-kuda itu ditunggangi Ditunggangi dan ditunggangi!
  10. 10. Sang gembala kuda ialah seorang lelaki yang hanya ingin mengetahui kepantasan larian kudanya tanpa mempedulikan kepenatan kuda itu. Sang gembala kuda juga hanya tahu mengejar kejayaan tanpa mengambil kira kesengasaraan kuda itu. Sang gembala kuda hanya mementingkan diri apabila kuda-kuda itu terus ditunggangi berulang-ulang kali tanpa rasa belas.
  11. 11. Tema
  12. 12. TEMA Sajak ini bertemakan kekuasaan penjaga kuda dan penganiayaan tenaga haiwan yang dilakukannya terhadap kuda-kuda tunggangannya.
  13. 13. Persoalan
  14. 14. PERSOALAN Kekuasaan mempengaruhi gaya kepemimpinan. Ketegasan dalam memimpin Penganiayaan terhadap haiwan. Kepatuhan menurut perintah. Keberanian menempuh cabaran dan rintangan. Kebijaksanaan mengeksploitasi golongan yang lemah Pasrah dan reda akan ketentuan Ilahi.
  15. 15. Bentuk sajak
  16. 16. BENTUK SAJAK Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat. Sajak ini terdiri daripada empat rangkap. Bilangan barisnya tidak sama. Jumlah patah kata dalam setiap baris tidak sama, iaitu antara tiga hingga enam patah kata sebaris. Jumlah suku kata dalam setiap baris terdiri daripada lapan hingga tiga belas suku kata. Rima akhir sajak ini bebas (abcdd,abcad,aabcccadecc dan abaabacc.)
  17. 17. Gaya bahasa dan keindahan bunyi
  18. 18. Gaya bahasa Contoh 1. Pemilihan kata yang indah (a)Rembat angkuhnya memacu takut (b)Meredah onak di rimba perburuan 2. Epifora Perulangan kata ditunggangi 3. Repetisi(Perulangan) Ditunggangi dan ditunggangi 4. Metafora (a)Rimba pemburuan (bPaya penindasan Cemeti durjana 5. Personifikasi (a)Rembat angkuhnya memacu takut (b)Pacuannya diiiring seribu keberanian 6. Hiperbola Dimamah rakus kala lapar 7. Sinkope Tak peduli nasib diri setelah kenyang 8. Inversi Dan kuda-kuda itu ditunggangi dari 9. Asonansi (a)Sesekali suaranya lebih gempita(Bunyi vokal i) (b)Menentang semua kebobrokan(Bunyi vokal e) 10. Aliterasi (a) Ditunggangi dan ditunggangi!(Bunyi konsonan d) (b) Dia melampar muslihat(Bunyi konsonan m)
  19. 19. Nada
  20. 20. NADA Sajak ini berda sinis kerana menyatakan sikap mementingkan diri penjaga kuda dalam menjalankan tugasnya hinggan menganiayai dan mengakibatkan soal- soal penjagaan khusus terhadap haiwan itu.
  21. 21. Nilai
  22. 22. Nilai Tanggungjawab Keberanian Kebijaksanaan Kegigihan Kepatuhan
  23. 23. 1. Nilai tanggungjawab Penjaga kuda bertanggungjawab menjaga kuda tunggangannya dengan mengurus makan dan minum secara baik. 2. Nilai keberanian Penjaga kuda berani menempuh berbagai-bagai kepayahan dan rintangan sewaktu menjaga kuda-kuda itu. 3. Nilai kebijaksanaan Penjaga kuda bijak mengawal kuda tunggangannya ketika dia menghalau kuda-kuda itu masuk ke kandang. 4.Nilai kegigihan Penjaga kuda gigih melaksanakan tugasnya menjaga kuda-kuda tunggangan walaupun terpaksa menggunakan kekerasan terhadap kuda-kuda itu. 5. Nilai kepatuhan Sekumpulan kuda digambarkan patuh akan arahan penjaga kuda.
  24. 24. Pengajaran
  25. 25. Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberikan oleh ketua. Kita mestilah berani menghadapi berbagai-bagai rintangan tanpa mudah berputus asa. Kita perlulah gigih berusaha dalam melaksanakan satu-satu tugas agar kejayaan dapat dikecapi akhirnya. Kita sewajarnya patuh akan arahan dan suruhan ketua demi keharmonian sesebuah organisasi. Kita hendaklah bijak dalam merancang dan menjalankan tugas dengan baik dan sempurna.
  26. 26. Sekian, terima kasih.