Sang Kerengga.pptx
-
Upload
fariha-azam -
Category
Documents
-
view
46 -
download
7
Transcript of Sang Kerengga.pptx
Sang Kerengga
Di dalam sebuah hutan, terdapat Sang Kerengga
yang hidup berjiran dengan Sang Semut.
Pada suatu hari, Sang Kerengga dan
Sang Semut ingin pergi ke kuala sungai
kerana terdapat jamuan makan. Mereka pun
berjalan-jalan sambil berpimpin tangan.
Di pertengahan jalan, mereka bertemu dengan Sang
Tikus yang hendak ke jamuan makan di kaki bukit.
Mendengar sahaja kata-kata Sang Tikus tadi,
Sang Kerengga menjadi sangat tamak. Dia mahu
makan kedua-dua jamuan itu, lalu disuruhnya
Sang Semut jalan ke kuala sungai dahulu.
Lama juga Sang Kerengga mundar-
mandir di tempat itu kerana tidak tahu
hendak ke jamuan mana dahulu.
Sang Kerengga juga terpaksa mengikat
perutnya kerana terlalu lapar.
Tidak lama kemudian, Sang Belalang
pun datang menghampiri Sang
Kerengga. Sang Belalang pun
mengajak Sang Kerengga pergi ke
jamuan di kaki bukit.
Mereka pun pergi bersama. Tetapi
malangnya, Sang Kerengga di
tinggalkan Sang Belalang yang asyik
melompat dengan pantasnya.
Sang Kerengga mula berasa
menyesal atas sikap tamaknya lalu
berfikir, “Jika aku mengikut semut
pasti aku sudah kenyang sekarang”.
Ketika sedang asyik berangan-angan,
Sang Kerengga ditegur oleh Sang
Semut, “Bagaimana jamuan di
kaki bukit?”
Sang Kerengga sangat terkejut kerana Sang Semut telah
pulang daripada jamuan di kuala sungai. Maka, sang
Kerengga terus berlari ke kaki bukit.
Sedang Sang Kerengga tercungap-cungap akibat berlari,
tiba-tiba dia ditegur pula oleh Sang Tikus, “Bagaimana
jamuan di kuala sungai?”
Sang Kerengga mula menangis
semahunya. Dia sangat menyesal
atas sikap tamaknya.
Sang Tikus berasa bersimpati
terhadap
Sang Kerengga lalu memberikan
sedikit makanan yang diambilnya
semasa di jamuan di kaki bukit.
Sebelum makan, tanpa berlengah
Sang Kerengga membuka ikatan di
perutnya.
Alangkah terkejutnya ia apabila perut
dan pinggangnya telah menjadi
ramping.
Akibat sikap tamaknya itu, pinggang
Sang Kerengga telah menjadi ramping
sehingga ke hari ini.