SANI BIN NGATIMIN - Faculty of Education | Universiti …€¦ ·  · 2008-04-27... 2005-2008 Saya...

26
PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTER DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN ZON JEMENTAH, DAERAH SEGAMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN : SATU TINJAUAN SANI BIN NGATIMIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of SANI BIN NGATIMIN - Faculty of Education | Universiti …€¦ ·  · 2008-04-27... 2005-2008 Saya...

Page 1: SANI BIN NGATIMIN - Faculty of Education | Universiti …€¦ ·  · 2008-04-27... 2005-2008 Saya SANI BIN NGATIMIN (HURUF BESAR) ... 1.8.4 Pengajaran dan Pembelajaran 12 1.8.5

PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTER DALAM KALANGAN GURU-GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN ZON JEMENTAH, DAERAH SEGAMAT

DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :

SATU TINJAUAN

SANI BIN NGATIMIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: SANI BIN NGATIMIN - Faculty of Education | Universiti …€¦ ·  · 2008-04-27... 2005-2008 Saya SANI BIN NGATIMIN (HURUF BESAR) ... 1.8.4 Pengajaran dan Pembelajaran 12 1.8.5

PSZ 19:16Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTER DALAM KALANGAN GURU-GURUSEKOLAH KEBANGSAAN ZON JEMENTAH, DAERAH SEGAMAT

DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:SATU TINJAUAN

.

SESI PENGAJIAN: 2005-2008

Saya SANI BIN NGATIMIN(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaanUniversitiTeknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

Institusi pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atauSULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

/ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

__________________________ _______________________(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:11, JALAN TEMBUSU, DR. YUSOF BIN BOONTAMAN SRI GANANG, Nama Penyelia85200 JEMENTAH, SEGAMATJOHOR.

Tarikh: 28 April 2008 Tarikh: 28 April 2008

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis niperlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secaraPenyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atauLaporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: SANI BIN NGATIMIN - Faculty of Education | Universiti …€¦ ·  · 2008-04-27... 2005-2008 Saya SANI BIN NGATIMIN (HURUF BESAR) ... 1.8.4 Pengajaran dan Pembelajaran 12 1.8.5

“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)”.

Tandatangan : ................................................

Nama Penyelia : DR.YUSOF BIN BOON

Tarikh : 28 April 2008

Page 4: SANI BIN NGATIMIN - Faculty of Education | Universiti …€¦ ·  · 2008-04-27... 2005-2008 Saya SANI BIN NGATIMIN (HURUF BESAR) ... 1.8.4 Pengajaran dan Pembelajaran 12 1.8.5

PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTER DALAM KALANGAN GURU-GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN ZON JEMENTAH, DAERAH SEGAMAT

DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :

SATU TINJAUAN

SANI BIN NGATIMIN

Laporan Projek Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugeraan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April 2008

Page 5: SANI BIN NGATIMIN - Faculty of Education | Universiti …€¦ ·  · 2008-04-27... 2005-2008 Saya SANI BIN NGATIMIN (HURUF BESAR) ... 1.8.4 Pengajaran dan Pembelajaran 12 1.8.5

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan

dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ........................................................

Nama Penulis : SANI BIN NGATIMIN

Tarikh : 28 April 2008

Page 6: SANI BIN NGATIMIN - Faculty of Education | Universiti …€¦ ·  · 2008-04-27... 2005-2008 Saya SANI BIN NGATIMIN (HURUF BESAR) ... 1.8.4 Pengajaran dan Pembelajaran 12 1.8.5

iii

DEDIKASI

UNTUK KEDUA IBUBAPAKUAMINAH BT SARIJAN

NGATIMIN B SUKIRIN

Diri ini tidak pernah sedetik melupakan jasa kalian berduaTerima kasih kerana memberi dorongan dan semangat buatku

Mengakhiri perjuangan ini dengan kejayaan…….Alhamdulillah.......................

BUAT KEDUA MERTUAKURAHMAH BT YAHYA

ALLAHYARHAM ZAKARIA B BURUK

Sekalung budi ingin ku hulurkan di atas segala keikhlasan dan bantuan..Kasih sayang yang tidak pernah dibezakan

Terima Kasih..........................

BUAT ISTERI TERCINTA DAN ANAK-ANAK TERSAYANGNONI BT ZAKARIA

AHMAD SYAMIL FATHI

RAHMI AIMAN

Tidak dapat kuucapkan dengan kata-kata kerana tanpa kalian di sisiTidak mampu ku teruskan perjuangan ini.

Kejayaan ini adalah kejayaan kita semua danBuat anak-anakku, jadikan semua ini sebagai suntikan

semangat buat kalian meneruskan perjuanganhidup di masa hadapan.............

Buat semua adik-beradik, saudara-mara serta sahabat dan rakanTerima kasih kerana mendoakan

Terima kasih buat segalanya.....................................

Page 7: SANI BIN NGATIMIN - Faculty of Education | Universiti …€¦ ·  · 2008-04-27... 2005-2008 Saya SANI BIN NGATIMIN (HURUF BESAR) ... 1.8.4 Pengajaran dan Pembelajaran 12 1.8.5

iv

PENGHARGAAN

Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan

kurnia-Nya kajian ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah

S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam.

Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima kasih

dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pensyarah Pembimbing iaitu Dr. Yusof bin

Boon yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa

jemu dalam menyiapkan kajian ini. Ucapan terima kasih juga kepada guru besar serta

guru-guru sekolah terlibat yang telah banyak memberi kerjasama semasa kajian ini

dijalankan.

Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada individu-individu yang

terlibat secara tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini.

Page 8: SANI BIN NGATIMIN - Faculty of Education | Universiti …€¦ ·  · 2008-04-27... 2005-2008 Saya SANI BIN NGATIMIN (HURUF BESAR) ... 1.8.4 Pengajaran dan Pembelajaran 12 1.8.5

v

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau penggunaan makmal komputer sekolah

dalam kalangan guru-guru sekolah kebangsaan Zon Jementah, Daerah Segamat dalam

pengajaran dan pembelajaran. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti sikap guru,

perisian komputer yang dikuasai dan masalah penggunaan makmal komputer dalam

pengajaran dan pembelajaran. Responden kajian terdiri daripada 60 orang guru yang

mengajar di sekolah kebangsaan dalam Zon Jementah. Data prima dikumpul dengan

menggunakan instrumen soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian “Statistical

Package of the Sosial Sciences”(SPSS) untuk mendapatkan statistik deskriptif dalam

bentuk kekerapan, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sikap guru

dalam penggunaan makmal komputer sekolah adalah pada tahap sederhana, guru-guru

juga mempunyai kemahiran menggunakan perisian komputer yang paling asas iaitu

Microsoft Words dan masalah utama penggunaan makmal komputer ialah komputer

yang rosak lambat diperbaiki. Dapatan ini penting kepada pihak pentadbiran sekolah

dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam membuat perancangan strategik

aspek pembangunan sumber manusia khususnya latihan dan aspek pembangunan

prasarana sekolah termasuk kemudahan makmal komputer.

Page 9: SANI BIN NGATIMIN - Faculty of Education | Universiti …€¦ ·  · 2008-04-27... 2005-2008 Saya SANI BIN NGATIMIN (HURUF BESAR) ... 1.8.4 Pengajaran dan Pembelajaran 12 1.8.5

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to look through the usage of computer’s lab among

teachers in sekolah kebangsaan at Jementah zone, Segamat in teaching and learning

process. The objective of the study is to identify teacher’s attitude, skills in using

compute’sr software and the problems faced by them when using the computer lab. The

respondent of this study is 60 teachers who teaching sekolah kebangsaan at Jementah

zone. The prime data was collected through survey sets instrument and analyzed using

“Statistical Package for the Social Sciences” (SPSS) software in getting the descriptive

statistic in frequencies, percentages and mean values. The finding showed that the

teacher’s perspective of computer labs usage is to average level, expert in using at least

Microsoft Words programme and the main problem in using computer labs is computer

failure which takes along time to be repaired. The finding provide a crucial information

to school’s administrators and Ministry of Education (KPM) to plan and prepare the

facilities needed especially the human resource or physical development of schools

including computer labs.

Page 10: SANI BIN NGATIMIN - Faculty of Education | Universiti …€¦ ·  · 2008-04-27... 2005-2008 Saya SANI BIN NGATIMIN (HURUF BESAR) ... 1.8.4 Pengajaran dan Pembelajaran 12 1.8.5

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 10

1.8 Terminologi 10

1.8.1 Penggunaan 11

Page 11: SANI BIN NGATIMIN - Faculty of Education | Universiti …€¦ ·  · 2008-04-27... 2005-2008 Saya SANI BIN NGATIMIN (HURUF BESAR) ... 1.8.4 Pengajaran dan Pembelajaran 12 1.8.5

viii

BAB PERKARA HALAMAN

1.8.2 Komputer 11

1.8.3 Penggunaan Makmal Komputer 11

1.8.4 Pengajaran dan Pembelajaran 12

1.8.5 Tinjauan 12

1.9 Penutup 12

II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Permulaan Alaf Pendidikan Komputer di Malaysia 14

2.3 Kepentingan Komputer Dalam Pendidikan 16

2.4 Peranan Komputer Dalam Pendidikan di Malaysia 18

2.5 Penggunaan Komputer Dalam Tugas Guru 20

2.6 Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Pembelajaran 21

2.6.1 Sebagai Alat Bantuan Pengajaran 24

2.6.2 Literasi Komputer 24

2.7 Perkembangan Program Makmal Komputeran Sekolah 25

2.8 Kajian Berkaitan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Komputer 27

2.9 Kajian Berkaitan Masalah Dalam Penggunaan Komputer 28

2.10 Penutup 30

III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Penngenalan 31

3.2 Rekabentuk Kajian 32

3.3 Responden Kajian 32

3.4 Instrumen Kajian 33

3.4.1 Bahagian A 33

3.4.2 Bahagian B 33

3.4.3 Kajian Rintis 34

3.5 Prosedur Kajian 35

3.6 Kaedah Analisis Data 36

3.7 Penutup 38

Page 12: SANI BIN NGATIMIN - Faculty of Education | Universiti …€¦ ·  · 2008-04-27... 2005-2008 Saya SANI BIN NGATIMIN (HURUF BESAR) ... 1.8.4 Pengajaran dan Pembelajaran 12 1.8.5

ix

BAB PERKARA HALAMAN

IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 39

4.2 Analisis Bahagian A 40

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 40

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Umur 40

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Kelulusan 41

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Bilangan Tahun

Mengajar 42

4.2.5 Taburan Responden Mengikut Bilangan Waktu

Mengajar Dalam Seminggu 42

4.2.6 Taburan Responden Mengikut Sekolah 43

4.2.7 Taburan Responden Yang Memiliki Komputer

Peribadi 43

4.2.8 Taburan Responden Mengikut Bilangan Kursus

Komputer Yang Pernah Dihadiri 44

4.2.9 Taburan Responden Mengikut Pilihan

Menggunakan Komputer 44

4.3 Analisa Bahagian B : Persoalan Kajian 45

4.3.1 Persoalan Kajian Pertama :

Apakah sikap guru terhadap penggunaan makmal

komputer sekolah dalam proses pengajaran dan

pembelajaran ? 45

4.3.2 Persoalan Kajian Kedua :

Apakah perisian komputer yang dikuasai oleh guru ? 48

4.3.3 Persoalan Kajian Ketiga :

Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru

dalam menggunakan makmal komputer dalam

proses pengajaran-pembelajaran ? 50

4.4 Penutup 52

Page 13: SANI BIN NGATIMIN - Faculty of Education | Universiti …€¦ ·  · 2008-04-27... 2005-2008 Saya SANI BIN NGATIMIN (HURUF BESAR) ... 1.8.4 Pengajaran dan Pembelajaran 12 1.8.5

x

BAB PERKARA HALAMAN

V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 54

5.2 Rumusan 55

5.3 Perbincangan 56

5.3.1 Latar Belakang Responden 56

5.3.2 Mengenalpasti Sikap Terhadap Penggunaan Makmal

Komputer Di Kalangan Guru Sekolah Kebangsaan

Zon Jementah Dalam Proses Pengajaran dan

Pembelajaran. 58

5.3.3 Mengenalpasti Perisian Komputer Yang Dikuasai

Di Kalangan Guru Sekolah Kebangsaan Zon

Jementah 62

5.3.4 Mengenalpasti Masalah-masalah Penggunaan

Makmal Komputer Di Kalangan Guru Sekolah

Kebangsaan Zon Jementah Dalam Proses

Pengajaran dan Pembelajaran. 64

5.4 Cadangan 67

5.4.1 Cadangan Berdasarkan Dapatan Kajian 67

5.4.1.1 Pihak sekolah 67

5.4.1.2 Pihak Guru 68

5.4.1.3 Pelajar 69

5.4.1.4. Jabatan-jabatan dalam Kementerian Pelajaran

Malaysia 68

5.4.2 Cadangan Kajian Akan Datang 70

5.5 Penutup 70

RUJUKAN 72

LAMPIRAN 78

Page 14: SANI BIN NGATIMIN - Faculty of Education | Universiti …€¦ ·  · 2008-04-27... 2005-2008 Saya SANI BIN NGATIMIN (HURUF BESAR) ... 1.8.4 Pengajaran dan Pembelajaran 12 1.8.5

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Bilangan Guru Di Sekolah Kebangsaan Dalam Zon Jementah 32

3.2 Item-item Dalam Persoalan Kajian 34

3.3 Skala pemeringkatan Likert . 34

3.4 Kriteria Menganalisis Data 36

3.5 Perubahan Skala Lima Mata Kepada Skala Tiga Mata 37

3.6 Jadual tahap penilaian berdasarkan min 37

4.1 Taburan responden mengikut jantina 40

4.2 Taburan responden mengikut umur 41

4.3 Taburan responden mengikut kelulusan 41

4.4 Taburan responden mengikut bilangan tahun mengajar 42

4.5 Taburan responden mengikut bilangan waktu mengajar

seminggu 42

4.6 Taburan responden mengikut sekolah 43

4.7 Taburan responden yang memiliki komputer peribadi 43

4.8 Taburan responden mengikut bilangan kursus komputer

yang pernah dihadiri. 44

4.9 Taburan responden dari segi pilihan menggunakan komputer 45

4.10 Taburan responden mengikut sikap menggunakan makmal

komputer untuk pengajaran-pembelajaran 46

4.11 Taburan responden mengikut perisian yang dikuasai guru 49

4.12 Taburan responden mengikut masalah-masalah penggunaan

makmal komputer sekolah 51

Page 15: SANI BIN NGATIMIN - Faculty of Education | Universiti …€¦ ·  · 2008-04-27... 2005-2008 Saya SANI BIN NGATIMIN (HURUF BESAR) ... 1.8.4 Pengajaran dan Pembelajaran 12 1.8.5

xii

SENARAI SINGKATAN

BPPDP - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

BPG - Bahagian Pendidikan Guru

BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan

CAI - Computer Assisted Instruction

CIE - Komputer Dalam Pendidikan

IT - Information Technology

ICT - Interctive Computer Technology

ITM - Institut Teknologi Mara

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

MRSM - Maktab Rendah Sains Mara

MSC - Multimedia Super Corridor

PC - Komputer peribadi

PBK - Pengajaran Berbantu Komputer

PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

PPK - Pusat Pembangunan Kurikulum

PPSMI Pengajaran Pembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa

Inggeris

RMK-8 - Rancangan Malaysia Kelapan

RMK-9 - Rancangan Malaysia Kesembilan

SPSS - Statistical Package For The Social Science

TNB - Tenaga Nasional Berhad

UiTM - Universiti Teknologi Mara

UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia

USM - Universiti Sains Malaysia

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 16: SANI BIN NGATIMIN - Faculty of Education | Universiti …€¦ ·  · 2008-04-27... 2005-2008 Saya SANI BIN NGATIMIN (HURUF BESAR) ... 1.8.4 Pengajaran dan Pembelajaran 12 1.8.5

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 78

B Analisa SPSS Alpha Kajian Rintis 82

C Analisis SPSS Data Kajian 84

D Surat Fakulti Pendidikan 90

E Surat Kebenaran KPM 91

F Surat Kebenaran JPN 92

Page 17: SANI BIN NGATIMIN - Faculty of Education | Universiti …€¦ ·  · 2008-04-27... 2005-2008 Saya SANI BIN NGATIMIN (HURUF BESAR) ... 1.8.4 Pengajaran dan Pembelajaran 12 1.8.5

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perkembangan dan perubahan dalam teknologi maklumat dan teknologi

pendidikan begitu pesat sekali sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Teknologi

pembuatan yang begitu popular pada tahun-tahun 80an telah ketinggalan. Sekarang ini,

era teknologi maklumat dan satelit sedang pesat berkembang dan kita sedang memasuki

era teknologi yang tinggi dan canggih ini.

Menyedari hakikat akan kepentingan peranan teknologi khususnya teknologi

maklumat dan perkomputeran ke arah menjana menjadi negara maju menjelang abad

21, pemimpin negara kita terpanggil untuk merancang dasar dan wawasan negara.

Mantan Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir di dalam ucapan beliau sempena

Persidangan 1, Majlis Perdagangan Malaysia, telah melahirkan hasrat untuk menjadikan

Malaysia sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Maka, wujudlah

Wawasan 2020 dengan matlamat membawa Malaysia ke arah sebuah negara yang maju

dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan (Mahathir Mohamad,

1991).

Page 18: SANI BIN NGATIMIN - Faculty of Education | Universiti …€¦ ·  · 2008-04-27... 2005-2008 Saya SANI BIN NGATIMIN (HURUF BESAR) ... 1.8.4 Pengajaran dan Pembelajaran 12 1.8.5

2

Cabaran ke-6 Wawasan 2020 jelas memberi penekanan terhadap sains dan

teknologi untuk membolehkan Malaysia menjadi negara perindustrian baru menjelang

tahun 2020. Oleh itu pengetahuan mengenai komputer adalah menjadi satu kemestian

untuk membolehkan negara bergerak ke hadapan. Projek Koridor Raya Multimedia

atau Multimedia Super Coridor (MSC) telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia

pada 29 Ogos 1995 diwujudkan untuk tujuan ini. Ini merupakan satu cabaran yang

besar bagi pendidik terutama dalam teknologi pendidikan dan pengurusan.

Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan pelbagai dasar atau pun langkah-

langkah untuk memajukan bidang pendidikan negara.

Sekolah Bestari ditubuhkan dengan tujuan untuk mengintegrasikan penggunaan

komputer dan komunikasi dalam kurikulum sekolah. Mulai tahun 2003, Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) telah membina makmal komputer menerusi program rintis

pembestarian ini. Program pembestarian sekolah melibatkan penyelarasan inisiatif

Intearctive Computer Technology (ICT) utama KPM iaitu Makmal Pengkomputeran,

Akses Internet Jalur Lebar SchoolNet dan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Sebanyak 4,931 makmal komputer

sekolah di seluruh negara siap dan beroperasi sepenuhnya sehingga September 2005

berbanding 5,435 makmal yang dirancang untuk Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-

8) ke arah mencapai matlamat KPM untuk program perkomputeran sekolah-sekolah

Malaysia.

Namun penggunaan teknologi komputer dalam proses pengajaran dan

pembelajaran bukanlah untuk mengambil alih peranan guru sebagai pendidik, malah

ianya akan dijadikan sebagai media utama pengajaran dan pembelajaran dengan guru

berperanan sebagai pemudahcara dalam proses berkenaan. (Mohd Yusof, 1997). Usaha

untuk memperkenalkan teknologi komputer ke dalam bilik darjah melalui makmal

komputer adalah satu inovasi baru. Walau bagaimanapun perkara ini tidak akan

memperbaiki atau membawa sebarang perubahan terhadap kualiti pengajaran dan

pembelajaran kecuali guru dan pemimpin dalam pendidikan berupaya untuk menilai dan

mengintergrasikan penggunaan komputer dalam kurikulum.

Page 19: SANI BIN NGATIMIN - Faculty of Education | Universiti …€¦ ·  · 2008-04-27... 2005-2008 Saya SANI BIN NGATIMIN (HURUF BESAR) ... 1.8.4 Pengajaran dan Pembelajaran 12 1.8.5

3

Kaedah pengajaran dan pembelajaran guru turut mengalami pelbagai perubahan

dan perkembangan sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat di alaf baru ini

iaitu dengan pengenalan kepada penggunaan teknologi dalam pendidikan. Guru-guru

digesa supaya melengkapkan diri dengan bermacam teknik atau kemahiran yang

berteraskan teknologi maklumat bagi menghadapi dunia perguruan yang serba

mencabar ini. Justeru itu, bermulalah era penggunaan komputer di sekolah-sekolah

yang mana ia dijadikan sebagai salah satu daripada bahan bantu pengajaran (Izham,

Jamalul dan Siti 2001).

Pengintegrasian teknologi ke dalam kurikulum menjadi satu cabaran kepada

guru-guru di dalam menghadapi kepelbagaian pelajar pada abad ke 21 ini. Teknologi

dapat menarik perhatian dan pada masa yang sama “menakutkan” guru-guru. Umum

mengetahui teknologi maklumat dan komunikasi berupaya menjadikan pembelajaran

lebih menarik, lebih praktikal dan terkini. Malangnya, ramai guru mendapati sukar

untuk mengintegrasikan aplikasi-aplikasi teknologi di dalam bilik darjah (Jasmy, Arif,

Shahidah dan Rosnani, 2001).

Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat menerajui ke arah teknologi

siber. Perkembangan ini juga telah banyak mempengaruhi budaya kerja di Malaysia

khususnya di kalangan guru. Namun dengan kehadiran makmal komputer dan

kelengkapannya ini, adakah ianya telah menjadi satu bebanan kepada golongan guru

atau pendidik kerana telah menambahkan kerja-kerja mereka atau dilihat dari satu

perkembangan positif dalam era globalisasi. Segala pengurusan dan perkhidmatan

dapat dilaksanakan dengan lebih pantas dan cekap berbanding sebelum penggunaan

teknologi maklumat.

1.2 Latar Belakang Masalah

Guru perlulah mengorak langkah dan berfikiran positif serta menganggap

komputer sebagai satu alat yang mampu meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.

Setiap guru sewajarnya mampu mengendalikan ilmu komputer yang dimiliki dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Rozhan dan Mohd Naim (1998), peranan

Page 20: SANI BIN NGATIMIN - Faculty of Education | Universiti …€¦ ·  · 2008-04-27... 2005-2008 Saya SANI BIN NGATIMIN (HURUF BESAR) ... 1.8.4 Pengajaran dan Pembelajaran 12 1.8.5

4

pengajar semakin mencabar kerana multimedia perlu setara dengan mereka atau

menjalankan aktiviti bagi menggantikan mereka.

Sehubungan dengan itu, Mantan Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Muhamad

(Utusan Malaysia, 28 Jun 2001), telah mengingatkan para guru bahawa “kerajaan telah

berbelanja besar dalam menyediakan infrastruktur teknologi di sekolah dan para guru

hendaklah menggunakan teknologi yang disediakan oleh kerajaan untuk menghasilkan

lebih ramai pelajar yang cemerlang”. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mahadzir

Mohd. Khir (Utusan Malaysia, 29 Nov 2005) berkata, sebanyak 4,931 makmal

komputer sekolah di seluruh negara siap dan beroperasi sepenuhnya sehingga

September lalu berbanding 5,435 makmal yang dirancang untuk Rancangan Malaysia

Kelapan (RMK-8) sementara 297 makmal lagi telah siap secara fizikal dan sedang

dilengkapi dengan perabot dan peralatan teknologi maklumat, manakala bakinya dalam

pembinaan.

Walau bagaimanapun, setiap usaha yang cuba dilaksanakan secara langsung

ataupun tidak akan mengundang masalah-masalah di sebaliknya. Sebagaimana yang

telah dinyatakan oleh Hassan (1998), bahawa ramai di kalangan guru masih tidak mahir

menggunakan komputer. Ini mungkin disebabkan kekurangan bilangan komputer yang

boleh digunakan oleh guru. Guru juga mungkin kurang didedahkan kepada kemahiran

berkomputer.

Di samping itu juga, tiada pakar-pakar yang mahir dalam penggunaan dan

penyelenggaraan komputer. Ketiadaan seseorang koordinator teknologi di sekolah

seperti menguruskan hal-hal latihan, keselamatan, keselesaan dan penggunaan yang adil

di antara guru-guru di sekolah juga menjadi isu penting (Azilah, 1998).

Menurut Zoraini (1997), apa yang lebih merisaukan kini ialah kurangnya minat

guru untuk mempelajari komputer. Ini kerana mereka merasa fobia dengan komputer.

Perkataan fobia di sini memberikan maksud:-

Page 21: SANI BIN NGATIMIN - Faculty of Education | Universiti …€¦ ·  · 2008-04-27... 2005-2008 Saya SANI BIN NGATIMIN (HURUF BESAR) ... 1.8.4 Pengajaran dan Pembelajaran 12 1.8.5

5

i. Tidak mengambil tahu langsung tentang penggunaan komputer.

ii. Bimbang terpaksa melakukan kerja-kerja yang melibatkan komputer.

Masalah-masalah yang dinyatakan di atas, telah memberikan kesan terhadap

perkembangan teknologi melalui sistem pendidikan di Malaysia. Ini dapat dijelaskan

melalui kajian yang telah dijalankan oleh Shafee (1990) bahawa guru yang mempunyai

pengalaman tentang penggunaan komputer adalah rendah berbanding penggunaan

Overhead Projektor, Projektor Slaid dan media teknologi lain. Guru yang telah

menggunakan komputer hanyalah 8.6 peratus sahaja. Kajian ini telah dijalankan di

negeri Kedah mengenai Penggunaan Media Teknologi di kalangan guru.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Adzhar (2000), keyakinan guru-guru

Kemahiran Hidup dalam menggunakan komputer sebagai bahan bantuan mengajar

menunjukkan sikap positif. Ini dapat dilihat melalui peratusan yang bersetuju bahawa

keyakinan menggunakan komputer sebagai bahan bantuan mengajar seramai 77.6

peratus. Kajian ini dijalankan di Daerah Kulai, Johor mengenai penggunaan komputer

di kalangan guru-guru Kemahiran Hidup.

Walaupun begitu, terdapat juga golongan guru yang masih cetek dalam

menggunakan komputer sebagai bahan bantuan mengajar. Ini dapat dijelaskan oleh

Zoraini (1993) bahawa terdapat 57 peratus sekolah menengah di Malaysia yang

memiliki komputer tetapi kurang dari lima peratus guru-guru yang tahu

menggunakannya. Hasil kajian Ahmad (1992) pula menyatakan bahawa penggunaan

komputer di kalangan guru-guru sekolah menengah Johor Bharu mendapati hanya 13.74

peratus daripada 161 responden menggunakan komputer sebagai alat dalam pengajaran

dan pembelajaran

Hasil kajian Perpustakaan negara (1997), melibatkan 2000 responden, hanya 12

peratus daripada jumlah penduduk negara berumur lebih dari 10 tahun, tahu

menggunakan komputer peribadi (PC). Peratusan terbesar golongan celik komputer

hanya 20 peratus iaitu kumpulan antara umur 15 – 24 tahun. Manakala umur 25 – 34

tahun mencatatkan enam peratus dan hanya satu peratus bagi golongan yang berumur

54 tahun ke atas. (Dewan Masyarakat 1997).

Page 22: SANI BIN NGATIMIN - Faculty of Education | Universiti …€¦ ·  · 2008-04-27... 2005-2008 Saya SANI BIN NGATIMIN (HURUF BESAR) ... 1.8.4 Pengajaran dan Pembelajaran 12 1.8.5

6

Walaupun banyak usaha telah dilakukan untuk mengintegrasikan komputer

dalam kurikulum dan pengajaran pembelajaran, namun penggunaannya di sekolah

masih di tahap rendah (Abdul Razak & Jamaludin, 1988 ; Megat Aman & Imran, 2000 ;

Muhammad Sukri, 2000).

Persoalannya mengapa ada sekolah dapat mengintegrasikan komputer melalui

makmal komputer yang ada dalam pengajaran dan pembelajaran sementara dalam masa

yang sama ada juga sekolah yang gagal berbuat demikian. Pengintegrasian komputer

dalam kurikulum melalui makmal komputer tidak akan berjaya sekiranya guru tidak

diberi latihan mencukupi. Guru-guru perlu diberi masa meneroka, membuat konsepsi,

kerjasama dengan rakan sejawat serta terlibat dalam perancangan pengintegrasian

teknologi dalam kurikulum.

Adakah guru bersedia ? Apakah faktor sebenar yang menyebabkan guru kurang

menggunakan komputer yang terdapat dalam makmal komputer sekolah dan apakah

masalah yang timbul ? Kajian dan penyelidikan perlu dijalankan yang dapat

membuktikan penerimaan, penyebaran dan penggunaan teknologi komputer dengan

adanya makmal komputer yang lengkap di sekolah-sekolah kerana perkembangan

teknologi sentiasa kehadapan dan tidak pernah berhenti.

Kajian ini dibuat bertujuan mengenalpasti sejauh mana golongan guru

menggunakan kemudahan makmal komputer yang disediakan bagi tujuan pengajaran

dan pembelajaran. Jika didapati penggunaan komputer dalam makmal komputer dalam

kalangan guru untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran masih di tahap minima,

keadaan ini sudah tentu akan mempengaruhi penggunaannya di kalangan pelajar itu

sendiri. Akhirnya wang jutaan ringgit yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk

perkembangan ICT di sekolah tidak mencapai matlamat seperti yang diharapkan.

Penggunaan komputer amatlah meluas dan boleh digunakan dalam berbagai

bentuk untuk membantu tugas guru. Penggunaan komputer sebagai alat bantuan

pengajaran dan pembelajaran akan dapat membantu meningkatkan keberkesanan

pengajaran dan menjimatkan masa untuk menulis dan melukis berbagai graf, carta dan

lain-lain kerja merancang pengajaran. Pengajaran yang dirancang dengan baik akan

Page 23: SANI BIN NGATIMIN - Faculty of Education | Universiti …€¦ ·  · 2008-04-27... 2005-2008 Saya SANI BIN NGATIMIN (HURUF BESAR) ... 1.8.4 Pengajaran dan Pembelajaran 12 1.8.5

7

mendatangkan kesan pembelajaran yang baik. Guru boleh juga menggunakan

komputer untuk menyediakan nota pelajaran, menganalisa markah pelajar, penyediaan

soalan peperiksaan dan ujian serta surat-surat rasmi.

Latihan atau kursus menggunakan komputer dan menyelenggara makmal

komputer mungkin diperlukan oleh guru supaya komputer dan makmal komputer dapat

digunakan sepenuhnya bagi tujuan proses pengajaran. Sebelum makmal komputer

digunakan bagi proses pengajaran dan pengajaran, perlulah diberi perhatian adakah

kelengkapan dan peralatan yang disediakan di dalam makmal komputer mencukupi.

1.3 Penyataan Masalah

Pernyataan-pernyataan di atas telah menggambarkan bahawa terdapatnya

keperluan untuk meninjau sejauhmana penggunaan komputer di makmal komputer

sekolah. Perkembangan semasa mengenai teknologi maklumat seperti wujudnya

sekolah bestari yang menjalankan pengajaran berbantukan komputer melalui

pembelajaran dalam makmal komputer perlu dilihat secara positif. Justeru itu semua

sekolah termasuk rendah dan menengah perlu mengorak langkah supaya penggunaan

komputer dalam makmal yang disediakan digunakan secara menyeluruh. Bagi guru,

penggunaan komputer dalam makmal komputer diharapkan mampu bertindak sebagai

fasilitator.

Bagi menjayakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer di

sekolah, kelengkapan jaringan komputer dan internet di makmal komputer mestilah

bersesuaian. Sebarang masalah yang timbul akan membantutkan penggunaan komputer

dan internet bagi tujuan pengajaran oleh guru. Dengan ini menimbulkan minat pengkaji

untuk menjalankan satu kajian tentang penggunaan makmal komputer dalam kalangan

guru sekolah kebangsaan zon Jementah, Daerah Segamat kerana penggunaan komputer

dalam makmal komputer oleh guru-guru ini dapat menggambarkan penggunaan

komputer dalam makmal komputer secara umumnya bagi keseluruhan guru sekolah

kebangsaan luar bandar.

Page 24: SANI BIN NGATIMIN - Faculty of Education | Universiti …€¦ ·  · 2008-04-27... 2005-2008 Saya SANI BIN NGATIMIN (HURUF BESAR) ... 1.8.4 Pengajaran dan Pembelajaran 12 1.8.5

8

1.4 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan bertujuan meninjau penggunaan makmal komputer

dalam kalangan guru-guru sekolah kebangsaan zon Jementah, Daerah Segamat dalam

pengajaran dan pembelajaran. Antara objektif kajian ialah:

i. Mengenalpasti sikap guru terhadap penggunaan makmal komputer sekolah.

ii. Mengenalpasti perisian komputer yang dikuasai oleh kalangan guru.

iii. Mengenalpasti masalah-masalah penggunaan makmal komputer sekolah.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang berkaitan dengan penggunaan makmal komputer dalam

kalangan guru-guru sekolah kebangsaan zon Jementah, Daerah Segamat dalam

pengajaran dan pembelajaran ialah:

i. Apakah sikap guru terhadap penggunaan makmal komputer sekolah?

ii. Apakah perisian komputer yang dikuasai oleh kalangan guru?

iii. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru dalam penggunaan makmal

komputer sekolah?

1.6 Kepentingan Kajian

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang dan telah mengiatkan usaha

yang berterusan pembangunan infrastruktur ICT melalui projek perkomputeran sekolah

dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) dan Rancangan Malaysia Kesembilan

(RMK- 9). Sebahagian besar sekolah menengah dan sekolah rendah akan dan telah

Page 25: SANI BIN NGATIMIN - Faculty of Education | Universiti …€¦ ·  · 2008-04-27... 2005-2008 Saya SANI BIN NGATIMIN (HURUF BESAR) ... 1.8.4 Pengajaran dan Pembelajaran 12 1.8.5

9

menerima peruntukan pembinaan makmal komputer untuk tujuan pengajaran dan

pembelajaran dan tujuan lain yang sesuai untuk pendidikan. Penggunaan komputer

melalui makmal komputer adalah era baru dalam sistem penyampaian maklumat guru

kepada pelajar. Ia memerlukan persiapan ke arah penggunaan komputer dalam

pendidikan.

Bujet 2003 telah yang diperolehi oleh KPM telah digunakan untuk projek

perintis perkomputeran sekolah di mana RM 978.7 juta diperuntukkan untuk

penyelarasan inisiatif ICT utama KPM iaitu laptop dan Liquid Cristal Display (LCD)

untuk Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

(PPSMI) bagi sekolah rendah, tingkatan satu dan tingkatan 6 rendah seluruh Malaysia.

Sehingga tahun 2008, keseluruhan bujet prasarana ICT termasuk membina makmal

komputer yang lengkap akan mencecah angka RM 5 bilion. Peruntukan kewangan yang

tinggi ini adalah untuk menjadikan pendidikan di Malaysia adalah berteknologi tinggi.

Adalah penting kajian dan penyelidikan dijalankan untuk meninjau sama ada

program KPM untuk projek perkomputeran sekolah ini dilaksanakan dan dapat

mencapai matlamat. Dapatan daripada kajian dan penyelidikan boleh digunakan oleh

semua bahagian dalam KPM seperti Pusat Pembangunan Kurikulum (PPK), Bahagian

Pendidikan Guru (BPG), Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Penyelidikan dan

Pembangunan (R&D), Bahagian Sekolah, Sistem maklumat, Lembaga Peperiksaan dan

sebagainya. Dapatan ini boleh digunakan sebagai penyumbang kepada perancangan

program perkomputeran sekolah.

Melalui kajian yang dijalankan ini juga, segala kelemahan dalam perancangan,

pembangunan dan pelaksanaan program perkomputeran sekolah dapat dikesan.

Cadangan dan penambahbaikan dapat dilakukan. Dapatan kajian ini juga berguna untuk

penyelidikan lanjutan mengenai penggunaan komputer di sekolah dan penggunaan

makmal komputer sekolah untuk pengajaran pembelajaran dan lain-lain kajian yang

berkaitan.

Page 26: SANI BIN NGATIMIN - Faculty of Education | Universiti …€¦ ·  · 2008-04-27... 2005-2008 Saya SANI BIN NGATIMIN (HURUF BESAR) ... 1.8.4 Pengajaran dan Pembelajaran 12 1.8.5

10

1.7. Batasan Kajian

Kajian ini hanya bersifat tinjauan kepada guru-guru sekolah kebangsaan dalam

zon Jementah, Daerah Segamat, Johor. Responden adalah dipilih daripada kalangan

guru-guru yang mengajar di sekolah yang terlibat di bawah:-

i. Sekolah Kebangsaan Jementah

ii. Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal

iii. Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi

iv, Sekolah Kebangsaan Paya Jakas

v. Sekolah Kebangsaan Ladang Welch

Kajian ini hanya terbatas kepada penggunaan makmal komputer sekolah bagi

tujuan pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang dijalankan adalah berkaitan dengan

sikap guru terhadap penggunaan makmal komputer sekolah, perisian komputer yang

dikuasai oleh guru dan masalah-masalah penggunaan makmal komputer sekolah dalam

kalangan guru.

Kajian yang dijalankan benar-benar mengharapkan kejujuran responden dalam

memberikan jawapan. Ini kerana setiap jawapan yang diberikan oleh responden akan

menentukan ketepatan kajian.