Sasar 46 peratus siap 20 bas percuma ke Rumah Dunia masih … · selangortv.my MediaSelangor...

23
selangortv.my www.selangorkini.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 30 Januari - 5 Februari 2020, 5 - 11 Jamadilakhir 1441 20 bas percuma ke Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Sasar 46 peratus siap inisiatif Smart Selangor Virus tidak jejas Le Tour de Langkawi Dunia masih cari penawar koronavirus MUKA 4 MUKA 2 MUKA 23 MUKA 15 Dasar baharu kelulusan 100 hari tarik pelabur BATU CAVES - Kerajaan Negeri mengu- mumkan Dasar Kelulusan 100 Hari bagi proses pembangunan tanah berkuat kua- sa serta-merta, kata Dato’ Menteri Besar. Dato’ Seri Amirudin Shari berkata dasar itu bertujuan mempercepatkan kelulusan berbanding sekitar sembilan bulan sebe- lum ini. “Dengan dasar ini, proses pembangu- nan tanah yang biasanya mengambil masa 270 hari atau sehingga setahun di Selangor dapat dijimatkan hampir 50 peratus. “Saya percaya ia akan menarik pelabur untuk datang ke Selangor dan terus me- ningkatkan produktiviti dari segi mudah menjalankan perniagaan,” katanya dalam sidang media di Balai Penghulu Mukim Batu Gombak di sini pada 24 Januari lalu. Amirudin berkata kelulusan itu mem- babitkan kebenaran merancang (KM), pelan bangunan (PB) dan pelan infrastruktur (PI). Pengurangan tempoh tersebut di- putuskan dalam Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor pada 23 Januari mengi- kut mekanisme pembayaran deposit pre- mium yang ditetapkan Pejabat Tanah dan Galian Selangor. Sementara itu, Amirudin berkata pe- ngecualian cukai pintu bagi rumah kos rendah, rumah kampung, bayaran lesen penjaja dan pasar dikekalkan tahun ini. Katanya, dasar itu diteruskan untuk ta- hun keempat sejak dimulakan pada 2016. “Dengan mengekalkannya, Kerajaan Negeri menanggung kos sebanyak RM70.6 juta,” katanya. Pengecualian cukai tersebut adalah an- tara manfaat dinikmati golongan ber- pendapatan rendah (B40) dalam Inisiatif Peduli Rakyat. OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Dato’ Menteri Besar menyeru golongan agamawan mendalami pengetahuan supaya institusi Islam kekal berwibawa dan terus menjadi rujukan masyarakat. Mahu mereka berdaya saing dan mampu menangani persoalan semasa, Dato’ Seri Amiru- din Shari percaya pencerahan ilmu mereka dapat mengelakkan kekeliruan orang ramai yang gemar merujuk isu di media sosial. “Hari ini Facebook, Twitter, Instagram, yang jadi ustaz banyak di sana. Rujukannya juga di sana. Semakannya juga di sana. Tidak lagi diru- juk kepada mereka yang boleh dianggap berka- liber dan berkelayakan. “Kadang-kadang kita (orang ramai) dapat pun kita ‘copy paste’ (salin bulat-bulat), dan akhirnya kekeliruan dan penghormatan orang kepada jabatan, agensi dan institusi (Islam) la- ma-lama akan hilang,” katanya. Beliau berucap pada Majlis Perhimpunan Agensi Agama Islam Selangor bersama Dato’ Menteri Besar di sini pada 28 Januari lalu. Amirudin berkata agamawan juga perlu me- neroka pengetahuan dengan lebih luas dan mendalam di luar bidang mereka, seterus- nya melengkap diri sebagai golongan kaffah (pengamal Islam secara keseluruhan). Beliau tidak mahu Islam diberi tanggapan negatif berikutan institusi agama terkebelakang dan gagal memahami konteks ilmu moden hingga menimbulkan keresahan masyarakat. “Pada hari ini setiap saat dan waktu, maklumat Peka isu tular di media sosial Kecemerlangan ilmu asas dakwah Islam Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menyempurnakan pelancaran Jurnal Al-Ummah ketika Majlis Perhimpunan Agensi Agama Islam Selangor berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 28 Januari lalu. Foto Remy Arifin yang bertebaran, benar dan palsu sema- kin lama semakin banyak bercantum, ber- gaul, yang akhirnya boleh mengelirukan masyarakat dan umat dalam negara kita. “Kita tidak boleh ‘in denial’ (dalam pe- nafian). Kita tidak boleh menolak men- tah-mentah. Di mana wujud keresahan antara satu sama lain dan keresahan itu boleh dirungkai dengan ilmu, penera- ngan, pencerahan serta maklumat. “Justeru, saya sangat-sangat berharap agar kita ‘alert’ (peka), kita prihatin, kita bersedia dengan sebarang perubahan kerana yang di luar itu, di luar jabatan maksud saya, memang suka menunggu kesilapan,” katanya. SEDUTAN UCAPAN DI MUKA 11

Transcript of Sasar 46 peratus siap 20 bas percuma ke Rumah Dunia masih … · selangortv.my MediaSelangor...

Page 1: Sasar 46 peratus siap 20 bas percuma ke Rumah Dunia masih … · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 30 Januari - 5 Februari 2020, 5 - 11 Jamadilakhir 1441 20 bas

selangortv.my

www.selangorkini.my

MediaSelangor

@Media_Selangor

PERCUMA 30 Januari - 5 Februari 2020, 5 - 11 Jamadilakhir 1441

20 bas percuma ke Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina

Sasar 46 peratus siapinisiatif Smart Selangor

Virus tidak jejas Le Tour de Langkawi

Dunia masih cari penawar koronavirus

MUKA 4MUKA 2 MUKA 23MUKA 15

Dasar baharu kelulusan 100 hari tarik pelaburBATU CAVES - Kerajaan Negeri mengu-mumkan Dasar Kelulusan 100 Hari bagi proses pembangunan tanah berkuat kua-sa serta-merta, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata dasar itu bertujuan mempercepatkan kelulusan berbanding sekitar sembilan bulan sebe-lum ini.

“Dengan dasar ini, proses pembangu-nan tanah yang biasanya mengambil masa

270 hari atau sehingga setahun di Selangor dapat dijimatkan hampir 50 peratus.

“Saya percaya ia akan menarik pelabur untuk datang ke Selangor dan terus me- ningkatkan produktiviti dari segi mudah menjalankan perniagaan,” katanya dalam sidang media di Balai Penghulu Mukim Batu Gombak di sini pada 24 Januari lalu.

Amirudin berkata kelulusan itu mem-babitkan kebenaran merancang (KM), pelan

bangunan (PB) dan pelan infrastruktur (PI).Pengurangan tempoh tersebut di-

putuskan dalam Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor pada 23 Januari mengi-kut mekanisme pembayaran deposit pre-mium yang ditetapkan Pejabat Tanah dan Galian Selangor.

Sementara itu, Amirudin berkata pe- ngecualian cukai pintu bagi rumah kos rendah, rumah kampung, bayaran lesen

penjaja dan pasar dikekalkan tahun ini.Katanya, dasar itu diteruskan untuk ta-

hun keempat sejak dimulakan pada 2016.“Dengan mengekalkannya, Kerajaan

Negeri menanggung kos sebanyak RM70.6 juta,” katanya.

Pengecualian cukai tersebut adalah an- tara manfaat dinikmati golongan ber-pendapatan rendah (B40) dalam Inisiatif Peduli Rakyat.

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Dato’ Menteri Besar menyeru golongan agamawan mendalami pengetahuan supaya institusi Islam kekal berwibawa dan terus menjadi rujukan masyarakat.

Mahu mereka berdaya saing dan mampu menangani persoalan semasa, Dato’ Seri Amiru-din Shari percaya pencerahan ilmu mereka dapat mengelakkan kekeliruan orang ramai yang gemar merujuk isu di media sosial.

“Hari ini Facebook, Twitter, Instagram, yang jadi ustaz banyak di sana. Rujukannya juga di sana. Semakannya juga di sana. Tidak lagi diru-juk kepada mereka yang boleh dianggap berka-liber dan berkelayakan.

“Kadang-kadang kita (orang ramai) dapat pun kita ‘copy paste’ (salin bulat-bulat), dan akhirnya kekeliruan dan penghormatan orang kepada jabatan, agensi dan institusi (Islam) la-ma-lama akan hilang,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Perhimpunan Agensi Agama Islam Selangor bersama Dato’ Menteri Besar di sini pada 28 Januari lalu.

Amirudin berkata agamawan juga perlu me-neroka pengetahuan dengan lebih luas dan mendalam di luar bidang mereka, seterus- nya melengkap diri sebagai golongan kaffah (pengamal Islam secara keseluruhan).

Beliau tidak mahu Islam diberi tanggapan negatif berikutan institusi agama terkebelakang dan gagal memahami konteks ilmu moden hingga menimbulkan keresahan masyarakat.

“Pada hari ini setiap saat dan waktu, maklumat

Peka isu tular di media sosial

Kecemerlangan ilmu asas dakwah Islam

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menyempurnakan pelancaran Jurnal Al-Ummah ketika Majlis Perhimpunan Agensi Agama Islam Selangor berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,

Shah Alam pada 28 Januari lalu. Foto Remy Arifin

yang bertebaran, benar dan palsu sema- kin lama semakin banyak bercantum, ber-gaul, yang akhirnya boleh mengelirukan masyarakat dan umat dalam negara kita.

“Kita tidak boleh ‘in denial’ (dalam pe-nafian). Kita tidak boleh menolak men-

tah-mentah. Di mana wujud keresahan antara satu sama lain dan keresahan itu boleh dirungkai dengan ilmu, penera- ngan, pencerahan serta maklumat.

“Justeru, saya sangat-sangat berharap agar kita ‘alert’ (peka), kita prihatin, kita

bersedia dengan sebarang perubahan kerana yang di luar itu, di luar jabatan maksud saya, memang suka menunggu kesilapan,” katanya.

SEDUTAN UCAPAN DI MUKA 11

Page 2: Sasar 46 peratus siap 20 bas percuma ke Rumah Dunia masih … · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 30 Januari - 5 Februari 2020, 5 - 11 Jamadilakhir 1441 20 bas

2Utama

SelangorKini 30 Januari - 5 Februari 2020

SHAH ALAM - Orang ramai di-nasihatkan supaya tidak menye-barkan maklumat tidak sahih berhubung penularan koronavi-rus, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari se-baliknya menggesa masyarakat supaya berkongsi panduan bagi mencegah jangkitan penyakit itu.

“Sebarkan maklumat yang sa-hih untuk manfaat bersama dan rujuk informasi terkini daripada Twitter @KKMPutrajaya (Kemen-terian Kesihatan),” katanya me- nerusi catatan di Twitter pada 27 Januari lalu.

Amirudin turut berkongsi bebe-rapa panduan bagi mengurangkan risiko dijangkiti wabak terbabit:

l Basuh tangan dengan kerap menggunakan pencuci tangan berasaskan alkohol atau sabun dan airl Apabila batuk atau bersin

tutup mulut dan hidung de- ngan lengan atau tisu serta buang segera tisu dan basuh tanganl Elakkan bergaul rapat de-

ngan sesiapa yang mempunyai demam dan batukl Masak daging dan telur

sepenuhnyal Elakkan menyentuh haiwan

liar atau ternakan secara langsung tanpa perlindungan

Sehingga 29 Januari lalu, KKM mengesahkan tujuh kes jangkitan koronavirus di Malaysia.

YAB. DATO’ SERI AMIRUDIN BIN SHARIDato’ Menteri Besar Selangor

Y.B. DATO’ TENG CHANG KHIMAhli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor

Semua Dijemput

Hadir

DATARAN PETALING JAYAJalan Timur, Seksyen 52, 46200 PJ, Selangor.

1/2/2020 Sabtu 周六,年初八

新春大团拜新春大团拜NEGERI SELANGOR

RUMAH TERBUKA SEMPENA PERAYAANRUMAH TERBUKA SEMPENA PERAYAAN

TAHUN BARU CINATAHUN BARU CINA

7.00pm - 10.30pm Jamuan 8.00pm

Koronavirus: Elak sebar maklumat tidak sahih

OLEH NORHAYATI UMOR SERI KEMBANGAN - Selangor menyasarkan pencapaian 46 pe- ratus bagi inisiatif pelaksanaan Negeri Pintar (Smart Selangor) menjelang hujung tahun ini, kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dato’ Menteri Besar berkata 12 domain yang dikendalikan oleh Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) sejak 2016 itu dilaksana-kan berperingkat.

“Sehingga November tahun lalu, misi Selangor ke arah Negeri Pintar mencapai 26 peratus dan kita menjangkakan 46 peratus hujung tahun ini.

“Usaha pelaksaaan 12 domain termasuk e-tunai, pengurusan alam sekitar, ekonomi dan pen-tadbiran negeri itu dilaksanakan berperingkat sejak 2016,” katanya

selepas Majlis Perasmian Penutup Program Perkampungan Menara Gading Selangor di Universiti Pu-tra Malaysia pada 28 Januari lalu.

Belanjawan Selangor 2020 memperuntukkan RM50 juta dengan tumpuan pembangu-nan ‘Selangor Gigabit Network’

(SeGNet) dan ‘Hybrid Data Cen-tre’ yang bakal memperkenalkan penggunaan jaringan intranet kerajaan berkelajuan tinggi dan menerajui penggunaan teknolo-gi pengkomputeran awan untuk tujuan pemulihan data ketika bencana.

12 domain dibangunkan berperingkat

46 peratus laksana Smart Selangor

Page 3: Sasar 46 peratus siap 20 bas percuma ke Rumah Dunia masih … · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 30 Januari - 5 Februari 2020, 5 - 11 Jamadilakhir 1441 20 bas

Utama3SelangorKini 30 Januari - 5 Februari 2020

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM - Sempena Tahun Baharu Cina kali ini, rakyat diseru supaya menghargai kerencaman budaya dan kepercayaan, sekali gus memeliharanya demi kemak-muran bersama, kata Dato’ Ment-eri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari ber-kata beliau sedar terdapat indi-vidu tidak bertanggungjawab menggunakan perbezaan etnik sebagai jalan untuk memecah belahkan masyarakat.

“Saya yakin rakyat mampu mengetepikan pengaruh begini dan ‘take the higher road’ apabi-la berdepan dengan perbuatan tidak bertanggungjawab dan Ke- rajaan Negeri beriltizam sentiasa

berdisplin serta berusaha demi memastikan tiada sesiapapun ditinggalkan dalam meningkat-kan daya ekonomi negeri.

“Kerencaman Selangor sebagai negeri contoh di Malaysia perlu dipelihara demi anak cucu kita,” katanya menerusi perutusan Ta-hun Baharu Cina pada 25 Januari lalu.

Amirudin berkata sambutan itu juga amat bermakna kerana ia memberi peluang mengeratkan silaturrahim antara keluarga dan kawan.

Katanya, mengikut kiraan zo-diak Cina berdasarkan 12 haiwan, perayaan kali ini merupakan ta-hun tikus, khususnya tikus logam yang mempunyai sifat berdisiplin, cermat, rajin dan pintar.

“Astrologi Cina berkait rapat dengan kalendar Cina juga men-jadi antara panduan sambutan Tahun Baharu sejak dulu lagi dan amat bermakna kepada masya-rakat Tionghua.

“Bagi tahun ini, saya bertekad untuk meningkatkan lagi presta-si ekonomi negeri di samping memastikan aspek sosial dijaga, khususnya pendidikan dan kese-lamatan.

“Langkah seperti Program Tuisyen Rakyat Selangor, Skim Peduli Sihat dan sistem kamera litar tertutup pengimbas wajah yang bertujuan mengurangkan jenayah akan menjadi landasan memberi kepada semua untuk menjadikan 2020 amat cemer-lang,” katanya.

Demi kemakmuran bersama

Pelihara budaya, elak pecah belah

SHAH ALAM - Dasar Kelulusan 100 Hari akan membuka banyak peluang perniagaan dan peker-jaan kepada belia di Selangor, kata EXCO pembangunan ge- nerasi muda sukan dan pemba- ngunan modal insan.

Mohd Khairuddin Othman berkata Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan golongan itu sebaliknya sentiasa memasti-kan setiap dasar memberi man-faat kepada mereka.

“Dasar Kelulusan 100 Hari le-bih kepada usaha untuk menarik pelabur dari dalam dan luar ne-gara. Dasar ini akan memperce-

patkan proses pembangunan di Selangor.

“Jadi ini kita harapkan ada pelabur atau pemaju yang mem-bantu Kerajaan Negeri terutama-nya dalam aspek pembangunan kemudahan sukan dan peluang pekerjaan,” katanya.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan Dasar Kelulu-san 100 Hari bagi proses pem-bangunan tanah berkuat kuasa serta-merta, bertujuan memper-cepatkan kelulusan berbanding sekitar sembilan bulan sebelum ini.

Dasar Kelulusan 100 Hari beri manfaat kepada belia

Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan sumbangan sempena Tahun Baharu Cina kepada warga emas ketika lawatan beliau ke Pasar Pagi Selayang Baru

SHAH ALAM - Selangor yakin mencapai sasaran menurunkan kadar pengangguran kepada 2.5 peratus pada tahun ini, kata EXCO pembangunan modal in-san.

Mohd Khairuddin Othman berkata bagi mencapai matla-

mat itu, Kerajaan Negeri mem-beri fokus kepada penganjuran ‘Selangor Mega Job Fair’ dan ‘Mini Job Fair’.

“Sebanyak 5,000 pekerjaan ditawarkan dalam ‘Selangor Mega Job Fair’ yang akan diada-kan pada Jun nanti, manakala

‘Mini Job Fair’ pada peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) menawarkan hampir 1,000 pe- kerjaan. Buat permulaan, ia akan diadakan pada Mac di DUN Bukit Melawati,” katanya.

Mohd Khairuddin berkata ka-dar pengangguran di Selangor

pada 2016 adalah 3.2 peratus, sebelum turun kepada 2.8 pe- ratus sejak 2017.

Menerusi belanjawan 2020, Kerajaan Negeri mewujudkan program Selangor Job Fair se-bagai landasan kepada anak muda untuk mendapatk an

pekerjaan.Katanya, ia bukan saja me-

ngurangkan kadar pengangguran sebaliknya membantu syarikat yang memerlukan tenaga kerja khususnya di tahap kritikal de-ngan mendahulukan penglibatan di kalangan warga tempatan.

Yakin capai sasaran turun kadar pengangguran kepada 2.5 peratus

SERI KEMBANGAN - Kerajaan Negeri sedang meneliti me-kanisme sesuai melonjakkan pendapatan rakyat khususnya miskin bandar menerusi pro-gram pertanian, kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dato’ Menteri Besar berkata projek perintis akan dibuat jika kajian berkenaan mampu dilak-sanakan sesuai dengan kos.

“Saya dikunjungi pelabur bagi membincangkan perkara ini untuk kita lihat bagaimana Kerajaan Negeri boleh mem-bantu golongan ini dan akan di-umum lebih lanjut jika ia sesuai dilaksanakan,” katanya selepas Majlis Perasmian Perkampu- ngan Menara Gading Selangor (PMGS) 2020 di Universiti Putra Malaysia pada 28 Januari lalu.

Mengulas 12,281 pelajar di negeri ini tidak meneruskan persekolahan, termasuk atas faktor tiada minat, masalah keluarga, berkahwin, takut ke sekolah dan bekerja, Amiru-din berkata Selangor menye-diakan beberapa pusat latihan teknikal, antaranya Kolej An-tarabangsa Inpens.

Lonjak ekonomi rakyat melalui pertanian

Saya dikunjungi pelabur bagi membincangkan perkara ini untuk kita lihat bagaimana Kerajaan Negeri boleh membantu golongan ini dan akan diumum lebih lanjut jika ia sesuai dilaksanakanAMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

“Mereka ini bukan tidak mahu bersekolah tetapi disebabkan ti-ada sokongan sosial,” katanya.

Dalam perasmian program PMGS, Amirudin menyarankan mahasiswa lebih dinamik dan tidak menunggu sebaliknya mencipta pekerjaan sebelum tamat pengajian.

Katanya, cabaran dan peluang pekerjaan masa kini terhad serta mereka tidak boleh selesa dan perlu berani berhadapan dengan Revolusi Industri 4.0.

Page 4: Sasar 46 peratus siap 20 bas percuma ke Rumah Dunia masih … · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 30 Januari - 5 Februari 2020, 5 - 11 Jamadilakhir 1441 20 bas

4Utama

SelangorKini 30 Januari - 5 Februari 2020

SIDANG PENGARANGSIDANG PENGARANG

SUBANG JAYA - Pengusaha kilang tanpa kebe-naran di negeri ini digesa merebut tawaran po-tongan bayaran premium sehingga 30 peratus untuk beroperasi secara sah, kata Ng Sze Han.

EXCO kerajaan tempatan berkata tawaran menerusi program pemutihan kilang sah se- hingga 30 September ini.

“Potongan sehingga 30 peratus bayaran premium perlu dijelaskan dalam tempoh dua bulan, 20 peratus empat bulan dan 10 peratus dalam tempoh enam bulan.

“Selain itu, lesen perniagaan sementara selama setahun kepada kilang terbabit juga diberikan pihak berkuasa tempatan,” kata- nya pada Taklimat Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran di Dewan Serbaguna USJ 7 di sini pada 20 Ja- nuari lalu.

Sze Han berkata terdapat 322 kilang tan-pa kebenaran beroperasi di daerah Petaling daripada lebih 2,000 kilang berstatus sama di seluruh negeri.

Diskaun 30 peratus bayar premium

HULU LANGAT - Kerajaan Negeri tidak bercadang menghentikan program air percuma kepada golongan sasar walaupun kos perbelanjaannya meningkat setiap tahun, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kedudukan kewangan negeri masih berupaya melaksana-kan program yang akan dikekalkan melalui Skim Air Darul Ehsan.

“Skim Air Darul Ehsan dibuat supaya program air percuma kekal dan berterusan. Kita tidak akan hentikan selepas Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd beroperasi sepenuhnya dan mendapat margin lebih baik untuk membiayai kos perbe-lanjaan itu,” katanya kepada pemberita selepas melawat Loji Rawatan Air Langat 2 di sini pada 22 Januari lalu. – BERNAMA

Tidak cadang henti program air percuma

SHAH ALAM - Pemaju Rumah Selangor- ku perlu melalui saringan ketat bagi me- ngelak projek terbengkalai, kata EXCO perumahan.

Haniza Talha berkata Lembaga Peru-mahan dan Hartanah Selangor (LPHS) akan menyemak akaun dan aset pemaju bagi memastikan kedudukan kewangan syarikat kukuh sebelum projek peruma-

han diluluskan.“Selepas melalui tapisan LPHS, pema-

ju perlu berdaftar dengan pihak berkua-sa tempatan (PBT) berdasarkan lokasi projek perumahan.

“Pemaju disyaratkan membayar caru-man infrastruktur kepada PBT. Caruman ini antara lain bertujuan menguji ke-mampuan kewangan pemaju,” katanya.

Ditanya berhubung kegagalan pema-ju menyiapkan projek Residensi Jaya di Balakong, Haniza berkata perkara itu di luar kawalan pihaknya.

“Projek ini bukan projek terbengka- lai kerana ia sepatutnya siap pada 2021. Cuma ia gagal siap disebabkan faktor luar jangka apabila pemaju muflis,” ka-tanya.

Pemaju dikenakan syarat ketat

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM - Sebanyak 20 bas per-cuma disediakan sempena sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina peringkat Selangor di Dataran Peta- ling Jaya pada 1 Februari ini, kata Dato’ Teng Chang Khim.

Beliau berkata, ia membabitkan empat hentian iaitu PJ01 (Taman Me-dan-PPUM), PJ02 (LRT Taman Jaya-SS2 via Jalan Bukit), PJ03 (LRT Taman Ba-hagia-SS6 Kelana Park View) dan PJ04 (LRT Taman Bahagia-Sg. Way-SS2).

Selain itu, 3,709 lot parkir percuma mengikut lokasi disediakan bagi kemu-dahan orang awam.

“Saya saran supaya orang awam menggunakan pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT) dan perkhidmatan bas percuma PJ City Bus dari stesen terpilih ke lokasi itu.

“Manakala dua lagi lokasi parkir ber-bayar iaitu Amcorp Mall dan Bangunan PJX,” katanya.

Chang Khim berkata 28 gerai yang disediakan peserta Hijrah Selangor dengan pelbagai menu antaranya nasi ayam kunyit, nasi goreng Cina, mi

goreng, roti John, bihun sup dan yong tau fu.

Katanya, pengunjung bakal dihibur-kan dengan persembahan muzikal, tarian singa dan pemberian angpau kepada kanak-kanak bawah 12 tahun.

“Kerajaan Negeri amat mengalu-alu-kan kehadiran orang awam bagi me-meriahkan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina kali ini,” katanya, dengan menambah sambutan itu bermula 6.30 petang hingga 10.30 malam.

Sedia 20 bas percumaJom meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina

SHAH ALAM - Kerajaan Ne-geri tetap meneruskan jadu- al lawatan ke luar negara se-lepas mendapatkan nasihat daripada Wisma Putra, kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dato’ Menteri Besar berkata perkara itu menjadi kelaziman sebelum lawatan diadakan, bukan hanya membabitkan penularan koronavirus.

“Kita akan teruskan (la-watan) terutama ke kawasan yang kurang berisiko dan akan meneliti semula jika ada tindakan selanjutnya. Lazim-nya kita akan rujuk Wisma Put- ra untuk mendapat maklum balas serta nasihat dari sema-sa ke semasa.

“Biasanya Wisma Putra mempunyai maklumat terki-ni bagi sesuatu tempat dan masalah. Saya percaya kita mampu menangani dan ber-depan risiko tersebut,” kata- nya selepas Majlis Perhim-punan Agensi Agama Islam Selangor bersama Dato’ Men-teri Besar di sini pada 28 Ja- nuari lalu.

Beliau berkata Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi mendapatkan maklumat terkini memandangkan Sela- ngor merupakan pintu masuk utama negara menerusi La- pangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 dan 2.

Lawatan kerja luar negara diteruskanKita akan teruskan (lawatan) terutama ke kawasan yang kurang berisiko dan akan meneliti semula jika ada tindakan selanjutnya. Lazimnya kita akan rujuk Wisma Putra untuk mendapat maklum balas serta nasihat dari semasa ke semasaAMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

Page 5: Sasar 46 peratus siap 20 bas percuma ke Rumah Dunia masih … · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 30 Januari - 5 Februari 2020, 5 - 11 Jamadilakhir 1441 20 bas

Utama5SelangorKini 30 Januari - 5 Februari 2020

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Selangor mem-fokuskan industri kraftangan dan kosmetik tahun ini selari dengan permintaan global terhadap pro-duk berkenaan, kata EXCO pem-bangunan usahawan.

Rodziah Ismail berkata sesi

perbincangan membabitkan pe-megang taruh dijangka diada-kan Mac ini bagi merangka usaha yang lebih menyeluruh.

Walaupun tumpuan sebelum ini diberi kepada bidang pem-buatan makanan dan minuman, beliau berkata dua industri itu akan digiatkan tahun ini.

“Selain unik, kreatif dan asli, pro-duk kraftangan di negeri ini juga mengikut aliran semasa dan sesuai dibangunkan sempena Tahun Me- lawat Malaysia dan Selangor.

“Begitu juga kosmetik, ada permintaan dari luar negara un-tuk kita kembangkan produk penjagaan diri berasaskan ba-

han semula jadi,” katanya ketika ditemui media pada program Insken Business Outreach (IBO) 2020 di sini pada 23 Januari lalu.

Pada masa sama, Rodziah ber-kata Majlis Perundingan Usaha-wan yang dipengerusikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ditubuhkan untuk merang-

ka pelan pembangunan keusa-hawanan membabitkan semua sektor.

Katanya, majlis itu akan me- rangka program pengurusan ke-wangan, digital dan pemasaran serta teknologi baharu selain menyasarkan penubuhan perba-danan usahawan Selangor.

Selari perkembangan global

Fokus bangunkan industri kraftangan, kosmetik

SHAH ALAM - Lebih 500 usahawan pelbagai industri didedahkan dengan strate-gi melonjakkan jualan dalam seminar sehari anjuran Insti-tut Keusahawanan Negara (Insken), kata EXCO pemba- ngunan usahawan.

Rodziah Ismail berkata siri pertama di Selangor selari de-ngan hasrat Kerajaan Negeri ke arah menjadi Negeri Pintar.

“Seminar berkaitan Revolu-si Industri 4.0 iaitu pengurusan dan penjanaan pendapatan melalui data pelanggan mem-beri pendedahan serta pelu-

ang belajar daripada pakar bidang berkenaan.

“Usaha ini paling dinanti kerana menjadi hasrat kera-jaan membantu usahawan ke peringkat lebih tinggi,” kata- nya ketika perasmian program Insken Business Outreach (IBO) 2020 di sini pada 23 Januari lalu.

IBO menyasarkan latihan kepada 3,500 usahawan secara keseluruhan di seluruh negara.

Pengisian program sehari itu termasuklah strategi urus data, buat duit dengan data dan juga perubahan minda.

500 usahawan pelajari strategi tingkat jualan

SHAH ALAM - Caj RM1 kepada warga asing yang menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor munasabah, kata EXCO pengang-kutan awam.

Ng Sze Han berkata Kerajaan Negeri tidak bercadang menaik- kan caj setelah mengambil kira

sumbangan mereka kepada eko-nomi negeri.

“Caj RM1 adalah kadar yang berpatutan. Kita perlu mengambil kira sumbangan mereka kepada ekonomi negeri ini.

“Tujuan utama mengenakan caj adalah untuk memberi keistime-

waan kepada warganegara khu- susnya rakyat Selangor,” katanya.

Sze Han berkata hasil tambang meringankan beban kewangan Kerajaan Negeri untuk menye-lenggara bas, selain meningkatkan mutu perkhidmatan kemudahan berkenaan.

Caj RM1 kepada warga asing munasabah

BATU CAVES - Harga ambang bagi pembelian hartanah oleh warga asing dikurangkan kepa-da RM1.5 juta bagi jenis strata dan RM2 juta untuk banglo atau rumah berkembar berkuat kua-sa 1 Januari lalu, kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dato’ Menteri Besar berkata Kerajaan Negeri menetapkan penurunan harga selepas mem-buat penilaian data Lembaga Perumahan Hartanah Selangor

(LPHS) dan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara.

“Harga ditawarkan hanya untuk unit hartanah yang men- dapat sijil perakuan siap dan pematuhan (CCC) sehingga 2018 dan ia unit belum terjual sehingga 31 Disember tahun yang sama.

“Langkah ini dijangka mem-bantu menyelesaikan masalah lambakan hartanah tidak ter-jual di Selangor,” katanya dalam

sidang media di Balai Penghu-lu Mukim Batu, Gombak di sini pada 24 Januari lalu.

Beliau berkata harga ambang ditetapkan masih tinggi di Ma-laysia berbanding RM600,000 di-putuskan kerajaan Persekutuan dan RM1 juta di Kuala Lumpur.

Katanya, Kerajaan Negeri tidak menetapkan sebarang peratusan penurunan jumlah lambakan hartanah tidak ter-jual.

Tetap harga ambang pemilikan hartanah warga asing

BATU CAVES - Proses menam-bah baik laluan perkhidmatan Bas Smart Selangor di Dewan Undangan Negeri Sungai Tua dijangka siap selewat- lewatnya Ramadan ini, kata Dato’ Seri Amiru-din Shari.

Dato’ Menteri Be -sar berkata jajaran itu bakal menghubungkan kawasan kampung ke laluan utama di Jalan Hulu Yam Bharu-Batu Caves supaya lebih ramai pen-duduk dapat menggunakan perkhidmatan bas itu.

“Kita pada peringkat ak- hir menambah perkhidmatan bas dan dijangka sebelum atau selepas Ramadan bagi meng-hubungkan kedua-dua kawasan berkaitan.

“Sebelum ini, ia tertumpu di

jalan besar dan saya akan pasti-kan disiapkan bagi memberikan keselesaan serta kemudahan penduduk setempat,” katanya di

Masjid Jamek Kam-pung Nakhoda sele-pas program Jelajah Tahun Baharu Cina 2020 di sini pada 24 Januari lalu.

Bel iau sebelum ini memaklumkan laluan baharu itu membabitkan per-

tambahan sebuah bas dengan kos keseluruhan RM300,000.

Mengikut jajaran sedia ada, laluan Bas Smart Selangor dari Jalan Sungai Tua ke Jalan Batu Caves membabitkan empat hentian iaitu Warta Lama, SRK Sri Selayang, SMK Taman Se-layang dan Kompleks Renang Seri Siantan.

Laluan tambahan bas percuma siap Ramadan

Page 6: Sasar 46 peratus siap 20 bas percuma ke Rumah Dunia masih … · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 30 Januari - 5 Februari 2020, 5 - 11 Jamadilakhir 1441 20 bas

6Utama

SelangorKini 30 Januari - 5 Februari 2020

Sedia kerjasama dengan Kementerian Kesihatan

Negeri pantau koronavirus

SEPANG - Tiada pelancong dari Wuhan, China masuk ke Malay-sia sejak 23 Januari lalu, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata pada tarikh sama pihak berkuasa China mengisytiharkan ‘lockdown’ dan menghalang penduduk Wuhan meninggalkan kawasan berke-naan berikutan wabak korona-virus.

“Bagi jumlah warga China yang masuk ke Malaysia sebe-lum 23 Januari, Kementerian Kesihatan akan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen Ma-

laysia bagi mendapatkan mak-lumat,” katanya.

Usaha kawalan jangkitan diperhebat di China bermula dengan penggantungan ope- rasi pesawat, kereta api dan bas pada 22 Januari di Wuhan.

Wuhan sedang membina dua hospital baharu untuk menam-pung bilangan pesakit yang semakin meningkat dan dijadu-alkan siap minggu depan.

Virus baru menyebabkan ge-jala radang paru-paru termasuk batuk dan demam dan dalam kes yang lebih teruk berlaku se-sak nafas. – BERNAMA

Tiada pelancong Wuhan sejak 23 Januari

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mem-perkukuhkan aktiviti saringan kesihatan di semua Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) negara se-bagai langkah kesiapsagaan dalam menangani jangkitan ko-ronavirus.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata antara usaha yang diambil ter-masuk menempatkan pengimbas haba di pintu masuk bagi menge-san kehadiran mereka yang mem-punyai gejala demam.

Jelasnya bagi daerah Jo-

hor Bahru, terdapat enam PMA dengan dua daripadanya ma- sing-masing di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sul-tan Abu Bakar (KSAB) yang me- rupakan pintu masuk darat dari Singapura.

Purata pelancong China yang masuk melalui KSAB adalah 3,000-3,500 orang sehari sepanjang 2019.

“Semasa lawatan ke KSAB pa-da petang Isnin, saya telah me-lihat sendiri langkah-langkah kesiapsagaan agensi-agensi terli-bat bagi mengesan pengembara yang bergejala.

“Sekiranya terdapat pengem-bara yang disyaki, beliau akan diperiksa selanjutnya di Bilik Sa-ringan Kesihatan dan dirujuk ke-pada Pasukan Perubatan Penyakit Berjangkit Hospital Sultanah Ami-nah, Johor Bahru untuk pemerik-saan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada 28 Januari lalu.

Selain itu, Dr Noor Hisham ber-kata satu laluan khas imigresen bagi mana-mana pengembara yang berasal dari negara China juga telah diwujudkan. – BERNAMA

Tingkat saringan di pintu masuk negara

Kakitangan Kementerian Kesihatan memantau saringan suhu badan yang berfungsi 24 jam di Terminal Ketibaan Lapangan Terbang An-tarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang pada 24 Januari lalu

KUALA LUMPUR - Kedudukan Malaysia di tangga ke-18 Indeks Keselamatan Kesihatan Global (GHS) 2019 daripada 195 negara menunjukkan Malaysia mempu-nyai kemampuan yang baik da-lam mencegah, mengesan dan bertindak terhadap penularan penyakit berjangkit.

Indeks GHS ini adalah satu pengiktirafan antarabangsa akan keupayaan negara dalam mena- ngani sebarang penularan pe- nyakit, termasuk wabak koronavirus.

Sehubungan itu, masyarakat perlu meletakkan keyakinan terhadap keupayaan Kemente-rian Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya dan kerajaan amnya yang sedang bertungkus-lumus memberi perlindungan terbaik kepada rakyat daripada ancaman koronavirus.

Sebenarnya, penularan kluster penyakit berbahaya di Malaysia bukan sesuatu yang baharu. Ne-gara pernah mengharungi anca-man seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) pada tahun 2003, virus Nipah (1998-1999) dan Infuenza A (2009 dan ba-ru-baru ini) yang membolehkan

KKM menimba pengalaman luas dan meningkatkan kepakaran- nya dalam menangani penularan penyakit berkenaan.

Presiden Persatuan Pakar Pe-rubatan Kesihatan Awam Ma-laysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar memberitahu berdasar-kan pengalamannya di bahagian kawalan penyakit, jelas lang-kah-langkah yang diambil KKM ketika ini untuk menangani pe-nularan koronavirus mencermin-kan kematangan kerajaan dalam menangani isu itu.

“Ini kerana kita bukan kali per-tama berhadapan dengan isu seperti ini, sebab itu kita sudah ada sistem dan prosedur sari- ngan, pengesanan kontak, kua- rantin, pengawasan dan apabila ada pesakit dalam siasatan (PUI) kita akan hantar ke Hospital Su-ngai Buloh,” katanya.

Dr Zainal berkata Hospital Sungai Buloh adalah pusat ruju-kan dan rawatan penyakit ber-jangkit terbaik di Malaysia dan antara yang terbaik di Asia de-ngan mempunyai kelengkapan mencukupi dan kepakaran diikti-raf. – BERNAMA

Kerajaan mampu tangani

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri memantau keadaan semasa kes penularan jangkitan koronavirus seperti dilaporkan Kementerian Ke-sihatan Malaysia (KKM), kata Dato’

Menteri Besar.Menerusi hantaran Twitter pada

26 Januari lalu, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pihaknya sedia beker-jasama dengan KKM bagi mence-gah penularan virus terbabit.

Sementera itu, EXCO kesihatan

menasihatkan masyarakat supaya merujuk KKM dan membaca artikel sahih berhubung jangkitan virus terbaharu itu.

Dr Siti Mariah Mahmud berka-ta penyebaran berita palsu boleh mencetuskan panik dan kerisauan

berlebihan dalam kalangan ma- syarakat.

“Saya mohon apa-apa tularan di media sosial mengenai wabak ko-ronavirus tanpa sumber sahih tidak dipanjangkan kepada kumpulan lain. Hanya kenyataan dari KKM dan

pihak berkuasa sahaja perlu diberi perhatian,” katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya mengelakkan perjala-nan ke China jika tiada keperluan selain tidak mengunjungi tempat sesak.

Pegawai kesihatan Malaysia mengedarkan risalah kepada penumpang yang tiba di Lapangan Ter-bang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang pada 21 Januari lalu ketika pihak berkuasa meningkat-kan langkah mencegah koronavirus. Foto AFP

Page 7: Sasar 46 peratus siap 20 bas percuma ke Rumah Dunia masih … · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 30 Januari - 5 Februari 2020, 5 - 11 Jamadilakhir 1441 20 bas

Ekonomi7SelangorKini 30 Januari - 5 Februari 2020

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH SHEEDA FATHIL KLANG - Kerajaan Negeri bakal melancar-kan International Muslim Friendly Affilia-

tion Network (IMFAN) Mac ini, kata EXCO pelaburan, perindustrian dan perdaga- ngan, industri kecil dan sederhana (IKS).

Dato‘ Teng Chang Khim berkata ia bagi

membantu kira-kira 44,000 usahawan IKS di Selangor memperolehi sijil halal.

Katanya, mereka akan melalui lima pro-ses secara berperingkat bermula kursus se-hingga ke peringkat pemberian sijil halal.

“Kita mahu produk usahawan IKS diper-kasa supaya lebih ramai yakin untuk mem-beli hasil jualan terutama yang sudah mempunyai sijil halal.

“Malah, sebelum ini mereka tiada kur-sus berperingkat seperti kita mahu lak-sanakan dan kalau ada pun hanya kursus di agensi yang bukan di bawah Kerajaan Negeri,” katanya selepas Program Sum-bangan Kembali Ke Sekolah di Dewan Orang Ramai Taman Eng Ann di sini pada 19 Januari lalu.

Pada majlis itu, Chang Khim yang juga Ahli Dewan Negeri Bandar Baru Klang turut menyampaikan sumbangan RM100 kepada setiap pelajar sekolah rendah dan menengah dari tujuh sekolah terpilih.

Bimbing usahawan IKS dapat sijil halal

International Muslim Friendly Affiliation Network (IMFAN)

SHAH ALAM - Ekspo 2020 Dubai yang berlangsung mulai 20 Oktober menjadi medan terbaik Selangor berkongsi idea bersama peserta dari 192 negara, kata EXCO pelaburan.

Dato’ Teng Chang Khim berkata ekspo bertemakan ‘menghubungkan minda, mewujudkan masa depan’ memberi pel-uang mempromosi dagangan secara ke- seluruhan, sekali gus menjadikan Selangor gerbang pelaburan utama di Asean.

“Ini adalah ekspo dunia pertama di ran-tau Timur Tengah, Afrika Utara dan Asia Selatan selama enam bulan (sehingga 10 April 2021).

“Selangor akan menyertainya dari 28 Mac hingga 3 April 2021.

“Justeru, setiap agensi kerajaan teru-tama syarikat berkaitan kerajaan perlu bersama mencari idea untuk dipamerkan sepanjang ekspo bagi sasaran pelaburan,”

katanya.Beliau memberitahu media pada majlis

menandatangani memorandum perse-fahaman antara Invest Selangor dan Ma-laysia Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia) di pejabat agensi penggalak pelaburan negeri di sini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif In-vest Selangor Dato’ Hasan Azhari Idris dan Ketua Pegawai Eksekutif GreenTech Malay-sia Shamsul Bahar Mohd Nor.

Agensi kerajaan di bawah bidang kuasa Kementerian Sains, Teknologi, Alam Seki-tar dan Perubahan Iklim dilantik sebagai pelaksana untuk Pavilion Malaysia di eks-po berkenaan.

Menerusi perjanjian itu, Selangor meng-gunakan ruang seluas 12,000 kaki per segi dalam Pavilion Malaysia untuk mengenda-likan aktiviti jaringan dan forum promosi pelaburan.

Ekspo 2020 Dubai medan Selangor kongsi idea

Misi tarik pelabur dari Timur TengahSHAH ALAM - Perkhidmatan antara sektor yang diberi tumpuan dalam menggalakkan pelaburan dari negara Timur Tengah kerana ia berpotensi memacu ekonomi Selangor, kata EXCO pelaburan.

Dato’ Teng Chang Khim berkata industri itu menyumbang 60 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar.

“Kita akan melihat cara memperluaskan perkhidmatan halal ke Timur Tengah dengan merancang program meningkat kebolehpasa-ran dan penerimaan di negara Islam,” katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Invest Selangor Berhad dan Malaysia Green Technology Cor-poration di sini pada 22 Januari lalu.

SHAH ALAM - Jabatan Pengangkutan Jalan menyumbang RM4.32 bilion ke-pada hasil negara tahun lalu, kata ketua pengarahnya.

Datuk Seri Shaharuddin Khalid ber-kata kutipan itu meningkat 1.98 peratus berbanding tahun sebelumnya, lapor Sinar Harian.

“Sebanyak 68 peratus daripada jum-lah hasil itu ia dijana oleh Lesen Kende- raan Motor (LKM) iaitu sebanyak RM2.97 bilion.

“Penguatkuasaan bukanlah untuk meningkatkan hasil semata-mata, teta-pi mendidik masyarakat agar patuh terhadap undang-undang yang telah ditetapkan demi kebaikan sejagat,” ka-tanya di Putrajaya pada 23 Januari lalu.

JPJ sumbang RM4.32 bilion

Page 8: Sasar 46 peratus siap 20 bas percuma ke Rumah Dunia masih … · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 30 Januari - 5 Februari 2020, 5 - 11 Jamadilakhir 1441 20 bas

8Nasional

SelangorKini 30 Januari - 5 Februari 2020

PUTRAJAYA - Kementerian Ke- sihatan (KKM) komited memas-tikan kesihatan dan kesejahter-aan rakyat Malaysia terpelihara pada 2020 dengan memfokus-kan kepada program imunisasi pneumokokal dan larangan me- rokok di premis makanan awam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pro-gram imunisasi pneumokokal di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan akan dimula-kan pada 2020, dengan sasaran terhadap kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari tahun ini dan se-terusnya.

Di bawah program itu, tiga dos suntikan vaksin penumococcal conjugate akan diberikan bagi setiap kanak-kanak.

“Persediaan sedang giat dilakukan KKM termasuk perole-han vaksin, persediaan logistik, penyediaan bahan pendidikan kesihatan dan latihan anggota kesihatan,” katanya pada majlis amanat tahun baharu kementeri-annya baru-baru ini.

Pada 2020, kata Dr Dzulke-fly, KKM akan terus maju dalam mempertingkatkan penyampaian

PUTRAJAYA - Kerajaan serius memacu ekonomi digital bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi negara tahun ini, kata menteri kewangan.

Lim Guan Eng berkata ekonomi digital berperanan sebagai faktor penarik kepada pelabur, pembinaan modal in-san dan penyelidikan.

“Transformasi Malaysia kepa-da Ekonomi Digital hanya boleh direalisasikan sekiranya rakyat mengamalkan budaya digital dan mengambil bahagian da-lam urus niaga digital yang men-jurus ke arah masyarakat tanpa tunai,” katanya.

Beliau berkata antara lang-kah yang diambil bagi memacu ekonomi digital ialah pe- ngenalan inisiatif e-Tunai Rak-yat, dengan sejumlah RM450 juta disalurkan melalui pen-gendali e-dompet terpilih bagi menggalakkan penggunaan bayaran tanpa tunai dalam kal-angan rakyat.

“Sistem bayaran tanpa tunai ini bukan sahaja lebih efisien, bahkan dapat membantu me- ngurangkan kejadian penge-

KKM tumpu pelihara kesejahteraan rakyat

perkhidmatan kesihatan dengan penglibatan yang lebih serius ber-sama pihak GP swasta dan klinik swasta.

Beliau berkata polisi ‘National

Serius pacu ekonomi digital tahun ini

lakan cukai,” katanya dalam amanat tahun baharunya kepa-da warga Kementerian Kewan-gan baru-baru ini.

Guan Eng berkata kerajaan akan turut membangunkan infrastruktur yang diperlukan untuk membentuk Malaysia Digital menerusi kerjasama awam swasta, membabitkan pelaburan RM21.6 bilion, de- ngan kerajaan akan membiayai sekurang-kurangnya separuh daripada kos keseluruhan.

Beliau berkata kerajaan juga akan memperkenal Geran Pem-bangunan Ekosistem 5G ber-jumlah RM50 juta dalam usaha menggalakkan pembangunan teknologi oleh syarikat bagi menghadapi gelombang pe-rubahan 5G di seluruh dunia.

Bagi merancakkan pertum-buhan e-dagang, katanya ke- rajaan memperuntuk RM20 juta kepada Perbadanan Ekon-oni Digital Malaysia (MDEC) bagi mengembangkan jaguh tempatan dalam membangun-kan kandungan digital seperti e-Permainan, animasi dan seni digital. - BERNAMA

Health Fund’ atau Dana Nasional Kesihatan perlu digerak serta di-gembeling secara progresif dalam mengupaya kredibiliti dan presta-si KKM secara inklusif. - BERNAMA

PUTRAJAYA - Malaysia bersedia membawa pulang rakyatnya yang kini berada di Wuhan, China beri-kutan wabak koronavirus 2019 jika dibenarkan kerajaan negara itu, kata Perdana Menteri.

Tun Dr Mahathir Mohamad berka-ta untuk tujuan itu, kerajaan Malay-sia melalui Kementerian Luar akan memulakan rundingan secepat mungkin dengan kerajaan China.

“Mereka (rakyat Malaysia) seka-rang tidak boleh keluar dari Wuhan tetapi kita ingin runding dengan ke- rajaan China supaya rakyat Malay-sia yang tidak sakit boleh balik ke sini,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Beliau berkata terdapat 78 rakyat Malaysia di Wuhan ketika ini dan jika dibenarkan pulang, mereka dikua- rantin terlebih dahulu bagi memas-tikan bebas jangkitan koronavirus, sebelum dibenarkan pulang ke ke-diaman.

“Mereka akan tertakluk kepada

14 hari kuarantin bagi menentukan mereka tidak menghidap jangkitan virus tersebut,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata Malay-sia juga ingin menghantar barangan bantuan berupa makanan, penutup hidung dan mulut serta sarung ta-ngan ke Wuhan.

Katanya, ini berikutan terda- pat laporan bahawa rakyat Malaysia mempunyai bekalan makanan yang mencukupi hanya untuk empat hari sahaja.

“Kita berminat juga untuk bantu Wuhan, jadi kalau kita terpaksa han-tar kapal terbang untuk ambil balik rakyat kita, kalau dibenar oleh kera-jaan China, kita akan bawa makanan, sarung tangan dan penutup hidung dan mulut kalau kita ada, sebab di sana pun dah kekurangan bekalan,” katanya.

Ditanya secepat mana rakyat Malaysia di Wuhan boleh dibawa pulang, Dr Mahathir berkata ini ber-gantung kepada kebenaran daripa-da kerajaan China. – BERNAMA

78 rakyat Malaysia di Wuhan

Kerajaan sedia bawa pulang

Page 9: Sasar 46 peratus siap 20 bas percuma ke Rumah Dunia masih … · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 30 Januari - 5 Februari 2020, 5 - 11 Jamadilakhir 1441 20 bas

Nasional9SelangorKini 30 Januari - 5 Februari 2020

InformasiTerkinidi jari anda

Serius pacu ekonomi digital tahun ini

SHAH ALAM - Pengurangan ka-dar tol sebanyak 18 peratus ber-mula 1 Februari ini membolehkan semua pihak terlibat meraih pen-jimatan langsung sehingga RM1.1 bilion tahun ini, kata menteri ke-wangan.

Lim Guan Eng berkata pen-jimatan itu termasuk RM500 juta daripada diskaun 18 pe- ratus dan RM600 juta daripada bayaran pampasan kerajaan un-tuk membekukan kenaikan ka-dar tol.

“Bayaran pampasan sebanyak RM0.6 bilion tidak lagi digunakan untuk manfaat pengguna lebuh raya dan syarikat konsesi, seba-liknya boleh disalurkan kepada

SHAH ALAM - Seramai 109,232 daripada 391,040 kanak-kanak berumur hingga lima tahun di 25 daerah Sabah diberikan vak-sin polio secara titisan ke mulut (OPV) Dos 1 setakat 25 Januari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hi- sham Abdullah berkata aktiviti imunisasi tambahan (SIA) me- rupakan fasa kedua tindakan kawalan dan pencegahan wa-bak di sana.

“Hari ini (27 Januari) genap sebulan sejak Kempen Imunisasi

Turun kadar tol jimat RM1.1 bilionprojek kebajikan dan pembangu-nan ekonomi di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan pada 23 Januari lalu.

Beliau berkata Jemaah Men-teri pada 22 Januari mengesah-kan keputusan kerajaan untuk menstruktur semula PLUS Malay-sia Berhad berdasarkan cadangan yang dikemukakan Khazanah Na-sional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Perdana Menteri Tun Dr Ma-hathir Mohamad pada 16 Januari lalu mengumumkan pengura- ngan kadar tol sebanyak 18 pera-tus di lapan lebuh raya.

Lebuh raya terbabit seperti berikut:

l Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)l Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE)l Lebuhraya Utara–Selatan Lingkaran Tengah (ELITE),l Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia–Singapura (LinKedua)l Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2)l Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH)l Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)l Jambatan Pulau Pinang (JPP)

Lebih 100,000 kanak-kanak di Sabah disuntik polioPolio Sabah dilancarkan pada 27 Disember 2019.

“Imunisasi polio dos 1 meng-gunakan vaksin polio diberi secara titisan ke mulut (Oral Po-lio) kepada semua kanak-kanak bawah lima tahun di Sabah,” ka-tanya dalam hantaran di Face-book.

Beliau turut mengakui pelak-sanaan SIA di beberapa daerah amat mencabar daripada segi logistik dan keselamatan kakita- ngan kesihatan.

“Mereka (petugas) perlu me-naiki bot atau perahu, meredah

air serta berjalan sejauh tiga kilo-meter untuk sampai ke kampung yang dituju.

“Saya ingin mengucapkan ju-taan terima kasih kepada petu-gas kesihatan dan sukarelawan di lapangan yang sedang bertung- kus-lumus menyelamatkan nega-ra daripada polio.

“Mereka ini bukan selebriti. Mereka adalah wira yang tidak didendang oleh masyarakat umum dan media. Hargailah jasa petugas kesihatan tatkala perkhidmatan ini masih ada,” katanya.

KUALA LUMPUR - Yang di-Per-tuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri´ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan kesemua mas-jid di seluruh negara mengadakan solat hajat dan doa selamat bagi memelihara rakyat daripada seba-rang penyakit.

Menurut Datuk Pengelola Bi-jaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, ia beri-kutan peningkatan penularan wabak koronavirus 2019 (2019-nCoV ) di China dan negara lain termasuk Malaysia.

Beliau berkata Seri Paduka sen-tiasa mengikuti perkembangan

Rakyat diseru ambil langkah pencegahan

Agong titah masjid seluruh negara adakan solat hajat

terkini wabak itu serta prihatin dan bimbang keselamatan diri rakyat Malaysia yang berada di dalam serta luar negara susulan jangkitan berkenaan.

“Seri Paduka menyeru rakyat memperbanyakkan doa agar Malaysia dan dunia dilindungi daripada wabak berkenaan ser-ta memudahkan pihak berkua-sa tempatan dan di kawasan terjejas menangani gejala wa-bak ini.

“Semoga situasi kehidupan insan dapat dipulihkan seper-ti sediakala,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Istana Ne-

gara di sini pada 28 Januari lalu.Al-Sultan Abdullah turut

mengulangi nasihatnya kepa-da rakyat supaya mendapatkan perkembangan dan maklumat terkini mengenai wabak 2019-nCoV hanya daripada saluran rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi ke- rajaan serta media arus per- dana.

Seri Paduka juga sekali lagi menyeru kepada rakyat untuk sentiasa mengikuti nasihat dan saranan langkah pencegahan dan amalan kesihatan seperti digaris-kan KKM. – BERNAMA

KUALA LUMPUR - Lebih ramai individu akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam sia-satan berhubung kes pendeda-han sembilan rakaman audio oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

“Kami telah memanggil Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Ab-dul Azeez Abdul Rahim semalam (26 Januari ) untuk memberi ke- terangan,” katanya.

Mengenai keaslian pemilik suara rakaman audio berke-naan beliau berkata pihaknya memerlukan masa untuk me- nyiasat dan mengenal pasti kesemua rakaman suara ber-

Audio: Ramai lagi dipanggilkenaan.

Pada 8 Januari lalu SPRM mendedahkan satu rakaman audio perbualan yang didakwa melibatkan kebocoran mak-lumat daripada Jabatan Peguam Negara kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semasa beliau menjadi Perdana Menteri, dan perbualan lain berkaitan sia-satan terhadap 1Malaysia De-velopment Berhad dan SRC International Sdn Bhd.

Klip audio itu dipercayai per-bualan yang melibatkan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad, seorang tokoh asing dan beberapa indi-vidu lain. – BERNAMA

Seri Paduka menyeru rakyat memperbanyakkan doa agar Malaysia dan dunia dilindungi daripada wabak berkenaan serta memudahkan pihak berkuasa tempatan dan di kawasan terjejas menangani gejala wabak ini

N A S I H A T K E P A D A I B U B A P A D I S A B A H

POLIO DI SABAH

7 8 9 10 11 12 13

14 15 16 17 18 19 20

21 22 23 24 25 26 27

28 29 30 31

1 2 3 4 5 6

S S M T W T F

November

DEADLINE

8

Anak-anak berumur bawah lima (5)

tahun menerima dua dos vaksin OPV.

Jangan mandi dalam sungai atau

air yang disyaki terdapat najis

manusia di dalamnya dan tidak

menggunakan airnya untuk

membersihkan peralatan memasak.

Sentiasa menjaga kebersihan

persekitaran agar makanan dan

minuman tidak tercemar dengan

najis.

Dapatkan Imunisasi rutin di bawah

Program Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan

mengikut jadual.

Menggunakan tandas yang bersih

dan sempurna dengan tidak

membuang air besar terus ke dalam air/sungai/laut.

Lampin pakai buang perlu dibuang di

tempat yang sanitari.

Menjaga kebersihan diri termasuk mandi

menggunakan air terawat, cuci tangan

selepas ke tandas dan sebelum makan

serta sebelum menyediakan

makanan untuk kanak-kanak.

Manggalakkan semua

kanak-kanak berumur 6 bulan ke bawah diberi

susu badan sepenuhnya.

Segera dapatkan rawatan awal di

klinik atau hospital

berdekatan sekiranya terdapat

tanda-tanda dan gejala penyakit

polio.

Page 10: Sasar 46 peratus siap 20 bas percuma ke Rumah Dunia masih … · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 30 Januari - 5 Februari 2020, 5 - 11 Jamadilakhir 1441 20 bas

10Global

SelangorKini 30 Januari - 5 Februari 2020

OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Orang awam di-nasihatkan untuk menangguh- kan perjalanan ke China dan mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi bagi mengelakkan jangkitan 2019 koronavirus (2019-nCoV), kata menteri kesihatan.

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata masyarakat turut digesa mendapatkan rawatan perubatan segera sekiranya jatuh sakit dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari China.

“Maklumkan juga sejarah perjalanan kepada doktor yang merawat. Semua pengamal pe-rubatan, sama ada dari fasiliti kerajaan atau swasta hendaklah segera melaporkan kes yang di-syaki 2019-nCoV menggunakan

JAKARTA - Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengadakan la-watan rasmi ke Indonesia, dalam usaha mengukuhkan lagi ker-jasama pertahanan kedua-dua negara.

Dalam lawatan rasminya di sini pada 24 Januari, beliau mengadakan pertemuan de-ngan rakan sejawat, Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto di Kementerian Perta-hanan Indonesia.

Kementerian Per tahanan (Mindef ) dalam satu kenyataan

Tingkat amalan kebersihan

Tangguh perjalanan ke China

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (dua, kanan) melihat skrin Pusat Pemantauan Saringan Suhu Badan bagi mengesan koronavirus 2019 di Terminal Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lum-pur (KLIA) pada 27 Januari lalu. Foto BERNAMA

kaedah pelaporan sedia ada ke-pada Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya pada sidang me-dia di Lapangan Terbang Antara-bangsa Kuala Lumpur 2 pada 27 Januari lalu.

Antara gejala wabak adalah jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk, kesu-karan untuk bernafas yang boleh mengakibatkan pneumonia atau radang paru-paru jika tidak mendapat rawatan segera.

Dr Dzulkefly berkata, KKM akan terus memantau perkem-bangan 2019-nCoV melalui maklumat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan memak-lumkannya kepada orang awam, di samping meneruskan langkah pencegahan serta kawalan sewa-jarnya.

Kukuh hubungan pertahanan Malaysia-Indonesiaberkata dalam pertemuan itu, kedua-dua menteri turut komited bagi mengukuhkan lagi kerjasa-ma pertahanan sedia ada ber-dasarkan kepentingan bersama, selain bekerjasama dalam mem-bangunkan kerjasama industri pertahanan.

“Semasa mesyuarat itu, para menteri juga menyentuh menge-nai kejadian penculikan baru-ba-ru ini yang melibatkan lima orang nelayan Indonesia di perairan Tambisan, Sabah.

Kedua-dua menteri menya-

takan keyakinan mereka ter- hadap pelaksanaan perjanjian tiga hala berkaitan keselamatan di perairan Malaysia, Fil ipi-na dan Indonesia iaitu Aturan Kerjasama Trilateral (TCA) da-lam menangani ancaman ke- selamatan maritim di perairan yang bersempadan,” kata ke-nyataan itu.

Pada 16 Januari lepas, lima ne-layan warga Indonesia yang be- kerja dengan bot nelayan Malay-sia di Sabah, diculik di perairan Sabah, dipercayai angkara kum-

pulan Abu Sayyaf.Mohamad menegaskan Malay-

sia tetap komited dan memberi jaminan terhadap kesungguhan bagi memastikan keselamatan di kawasan perairan itu.

Kedua-dua menteri juga bersetuju untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan Se- tiausaha Pertahanan Filipina, Del- fin Lorenzana berhubung isu itu di luar Pemukiman Mesyu-arat Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM), Februari depan.

Mohamad juga menyampai-

kan jemputan kepada Prabowo untuk menghadiri Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Asia (DSA 2020) dan Pameran Kese-lamatan Kebangsaan Asia (NAT-SEC 2020) yang dijadualkan dari 20 hingga 23 April depan di Kua-la Lumpur.

Pada 25 Januari, Mohamad menghadiri forum “Harapan Du-nia Baharu Islam: Meneguhkan Hubungan Malaysia- Indonesia” yang berlangsung di Pondok Pe-santren Asshiddiqiyah Jakarta. – BERNAMA

PUTRAJAYA - Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kunju- ngan hormat daripada pemimpin Hamas Ismail Haniyeh dan dele-gasinya di pejabatnya di Perdana Putra, di sini pada 22 Januari lalu.

Perdana Menteri dalam catatan di Twitter rasminya memaklum-kan kedua-dua mereka membin-cangkan perkembangan terkini dan nasib yang menimpa rakyat Palestin dalam pertemuan kira-kira 45 minit.

Menurut catatan itu, pemimpin Hamas turut merakamkan ucapan

PM terima kunjungan hormat pemimpin Hamas

Tun Dr Mahathir Mohamad bersalaman dengan Ismael Haniyya (tiga, kanan) semasa menerima kunjungan pemimpin Hamas ber-sama delegasi di Bangunan Perdana Putra pada 22 Januari lalu. Foto BERNAMA

terima kasih atas usaha Dr Ma-hathir yang membawa idea segar dunia Islam menerusi Sidang Ke-muncak Kuala Lumpur pada Di- sember lalu.

Dalam pertemuan itu, Ismail turut menyatakan penghargaan atas usaha dan sokongan berte- rusan Dr Mahathir buat rakyat Pa- lestin.

Ismail tiba di Malaysia pada 21 Januari lalu dalam siri lawatan-nya ke beberapa negara Islam antaranya Iran, Oman, Turki and Qatar. – BERNAMA

Page 11: Sasar 46 peratus siap 20 bas percuma ke Rumah Dunia masih … · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 30 Januari - 5 Februari 2020, 5 - 11 Jamadilakhir 1441 20 bas

InformasiTerkinidi jari anda

PM terima kunjungan hormat pemimpin Hamas

DARI KACA MATA MBDARI KACA MATA MB11SelangorKini 30 Januari - 5 Februari 2020

M

Tingkat ilmu depani cabaran semasaARI kita mengingati kemba-li niat, hasrat, tugas dan sikapkita atau sebarang perkara dalam bentuk kehidupan, tapi ia juga melampaui isu pahala

dosa dan juga nama Islam yang membawa kita ke jalan kebenaran.

Tanggungjawab dan contoh itu jauh le- bih besar kerana ia bawa nama Allah, Rasul dan Islam. Kalau kita ada keinsafan daripada awal, kita dapat melaksanakan tugas dengan baik, jauh lebih cemerlang, hebat dan ter-ampil berbanding jabatan lain.

Pemimpin, yang berjawatan tertinggi dan menjadi contoh, dapat lihat realiti ada sebahagian kita gagal membawa citra, ke-cantikan dan kemuliaan agama yang kita cintai.

Justeru, saya percaya bahawa melalui pembentangan strategik dan hala tuju, ia adalah sebahagian daripada ikhtiar dan u- saha yang digerakkan Jabatan Agama Is-lam Selangor (Jais) dan agensi-agensi ber-kaitan, sedikit sebanyak ia digerakkan dan dimampankan oleh apa yang dikatakan tentang keimanan dan perbuatan yang kita lakukan. Inilah titik keseimbangan yang ha-rus ada dalam diri.

Dalam Belanjawan Selangor 2020, saya telah mengambil istilah al-Quran iaitu “Jalan dan kaedah untuk melengkapkan”, “Kecuali mereka yang beriman dan bera-mal soleh” dan dalam beberapa surah lazim kerap kali menyebutkannya.

Tanggungjawab didik umatJusteru, pemahaman kita sebagai agen-

si bertanggungjawab yang ingin menga-jak dan mendidik umat serta generasi untuk hidup dalam suasana Islam, pegawai-pega-wai jabatan, pengarah, agensi termasuk diri saya sendiri harus memegang kepada kon-

teks cuba sedaya upaya memenuhi tanggu-ngjawab.

Kadang kala ia menjadi dilema kepada kita, tiada titik keseimbangan ini. Orang yang nampak alim, solatnya tidak putus, puasa Isnin dan Khamis berterusan, dia tidak gagal dan berjaya menampilkan contoh perilaku dan akhlak. Ini yang saya sebutkan selalu tentang kaffah (Islam secara keseluru-han) sebab dalam konteks Islam, ia bukan diukur pada solat dan imannya.

Konteks akhlak, akhlak kita dengan se- sama manusia, haiwan, alam dan pelbagai perkara lain yang terkandung dalam ajaran agama Islam dan kehidupan kita itu sama ada dilaksanakan sepenuhnya atau tidak.

Saya menyeru untuk kita melengka-pi jalan dan kaedah mendalami ilmu pen- getahuan selaku jabatan dan agensi penting membawa nama Islam yang cuba sedaya upaya mendidik umat bahawa jadual (ker-ja) 8 pagi hingga 5 petang adalah tanggung-jawab besar kita kepada Allah dan ia juga menjadi tauladan kepada masyarakat seke-liling kita.

Sudah pasti ini satu cabaran yang begitu besar kepada kita pada hari ini apabila begitu banyak rujukan dan ustaz muncul dalam pel-bagai versi serta bentuk. Kalau dahulu, masa zaman saya kecil, guru agama, imam, qadi, pegawai tadbir agama, itulah yang menjadi rujukan-rujukan atau mereka yang kita pang-gil ustaz.

Hari ini Facebook, Twitter, Instagram, yang jadi ustaz banyak di sana. Rujukan dan semakannya juga di sana. Tidak lagi dirujuk kepada mereka-mereka yang boleh dianggap berkaliber dan berkelayakan.

Kadang-kadang kita dapat pun kita ‘copy paste’, dan akhirnya kekeliruaan dan peng-hormatan orang kepada jabatan dan agensi lama-lama akan hilang dan begitu terhakis dan tercabar dan menjemput kepada kita

sebenarnya.Mengajak kepada kita untuk lebih men-

dalami, lebih berdaya saing dan lebih berkemampuan untuk menangani setiap per-soalan dan isu yang berkaitan.

Peka tangani isu tularJusteru, saya sangat-sangat berharap agar

kita peka, kita prihatin, kita bersedia dengan sebarang perubahan kerana yang di luar itu, di luar sana, di luar jabatan maksud saya memang suka menunggu kesilapan.

Ada budaya tular, ada budaya viral, yang kadang kala konteksnya berbeza tapi di- dedahkan dan ini semua mengajak kita untuk lebih berhati-hati. Bukan jabatan ini sahaja, maksudnya jabatan - jabatan lain. Bukan ma-nusia di depan saya ini dan seluruh manusia dan insan yang di hadapan saya ini, sebe-narnya manusia-manusia lain.

Tetapi jabatan dan agensi ini jauh lebih berperanan dan jauh lebih harus berhati-hati kerana di mana juga anda berdiri, di mana juga anda wujud, di mana juga anda ban-gun, di mana juga anda makan, sebenarnya anda sedang membawa nama yang dinam-akan Jabatan Agama Islam, Majlis Agama Islam, Jabatan Kehakiman Syariah, Jabatan Pendakwaan Syariah, sekolah, universiti, agensi dan sebagainya.

Itulah tanggungjawab yang lebih besar dan tanggungjawab yang saya rasa begitu penting untuk kita laksanakan dengan ber-sungguh-sungguh dan berhati-hati.

Sudah pasti ia tidak cukup dengan apa yang saya sebutkan kesedaran. Ia tidak ha-nya cukup dengan semangat dan keinginan. Ia harus diisi dan dipenuhi dengan ilmu pen- getahuan.

Selaku Dato’ Menteri Besar sedikit se-banyak saya menitikberatkan tentang pro-gram pendidikan dalam negara. Saya juga

sebut ketika muzakarah bersama ahli Majlis Fatwa Negeri ketika bertemu dengan Jaba- tan Agama Islam dan Majlis Agama Islam peri pentingnya untuk menyediakan ‘sylla-bus-syllabus’ .

Pendidikan dan ‘syllabus’ modul penga-jaran di masjid dan surau supaya kita faham dan mendalami setiap isu dan persoalan.

Daripada situ saya percaya kalau ma- sing-masing hanya bicara soal ilmu, han-ya bicara soal pengetahuan, al-Quran dan hadis, kita dapat mengelakkan isu dan ke-resahan awam iaitu ucapan-ucapan yang berbaur politik dan bersifat pemecah belah. Saya bukan menolak kritikan dan menolak orang yang ingin menegur. Tetapi kalau nak tegur, kalau nak soal ada cara dan kaedah-nya.

Boleh terus, boleh langsung dan kalau tak tahan sangat boleh sebut tapi asasnya adalah ilmu. Ia bukan diasaskan kepada sentimen, diasaskan oleh politik, diasaskan oleh ke-bencian dan diasaskan oleh perkara apa-apa sekalipun dan ia lebih penting pada masa se-karang ini.

Pada hari ini, kita berdepan dengan cabaran yang sangat besar sebenarnya dalam negara kita. suka ataupun tidak, kita harus akui. Kita tidak boleh menolak mentah-men-tah. Di mana wujud keresahan antara satu sama lain, dan keresahan itu boleh dirung-kaikan dengan ilmu, penerangan, pencerahan serta maklumat kepada rakyat dan masya- rakat.

Jabatan, agensi, institusi yang berkaitan dengan Islam harus juga memikul tang- gungjawab ini untuk menolak persepsi dan tanggapan buruk.

Sedutan transkrip ucapan Majlis Perhimpunan Warga Agensi Agama Islam Selangor pada 28 Januari 2020

Page 12: Sasar 46 peratus siap 20 bas percuma ke Rumah Dunia masih … · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 30 Januari - 5 Februari 2020, 5 - 11 Jamadilakhir 1441 20 bas

Album Klik!13SelangorKini 30 Januari - 5 Februari 202012 SelangorKini 30 Januari - 5 Februari 2020

KIRIPersembahan tarian tradisi ketika Program Keselamatan Jalan Raya Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Sungai Balak, Kajang l ASRI SAPFIE

KANANAksi pengunjung melakukan terjunan ketika bermandi-manda di Sungai Pisang, Gombakl FIKRI YUSOF

KIRIAnggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang memeriksa bungkusan mengandungi serpihan plastik di Kampung Perepat, Klang l ASRI SAPFIE

KANANKanak-kanak menikmati permainan realiti maya di Karnival Jom E-Bil Air Selangor di The Curve, Damansara l FIKRI YUSOF

KIRIPelajar Mahaad Tahfiz Yaakubiyah mencuba permainan boling robotik di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Gombak l HAFIZ OTHMAN

KANANSekumpulan si cilik membuat persembahan tarian singa pada sambutan Tahun Baharu Cina di Taman Melati Selayang, Gombak l REMY ARIFFIN

KIRIPemain Selangor Ifedayo Olusegun (kiri) diasak pemain Persib Bandung, Farbiano Da Rosa, dalam Kejohanan Cabaran Asia Selangor (SAC) 2020 di Stadium Shah Alam, Shah Alam l HAFIZ OTHMAN

KANANBeberapa pelajar menyaksikan uji kaji di Perpustakaan Anggerik Aranda MBSA, Shah Alam l REMY ARIFFIN

Menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina kepada penduduk di Sungai Besar, Sabak Bernam

ADN SABAKMustain Othman

Menyertai mesyuarat penjimatan air bersama komuniti penduduk USJ 3 dan SS15 di Subang JayaADN SUBANG JAYA

Michelle Ng

Menghadiri Majlis Ramah Mesra Masyarakat India di Hotel De Palma, Shah Alam

ADN BATU TIGARodziah Ismail

Mengambil bahagian dalam program kaligrafi di Pantai Morib, Kuala Langat

ADN SIJANGKANGDr Ahmad Yunus Hairi

Melakukan senaman bersama penduduk di Taman Seri Keramat, Gombak

ADN HULU KELANGSaari Sungib

ADN PERMATANGRozana Zainal Abidin

Merasmikan Kejohanan Futsal Anak Muda Permatang di Gelanggang Futsal Kampung Permatang, Kuala Selangor

Page 13: Sasar 46 peratus siap 20 bas percuma ke Rumah Dunia masih … · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 30 Januari - 5 Februari 2020, 5 - 11 Jamadilakhir 1441 20 bas

14ADN

SelangorKini 30 Januari - 5 Februari 2020

YB KitaYB KitaAhli Dewan Negeri N30N30 KINRARAKINRARA

n Nama: Ng Sze Han

n Tarikh lahir: 6 Oktober 1971 n Negeri kelahiran Batu Pahat, Johor

n Makanan kegemaran: Tapai pulut n Aktiviti masa lapang: Menyelam

n Falsafah hidup: Biasakan yang betul, betulkan yang biasa

n Pendidikan: Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik, Universiti Trine, Amerika Syarikat

n Pekerjaan sebelum jadi Ahli Dewan Negeri: Ahli perniagaan

n Alamat pejabat ADN: 5-2, Jalan Cenuk 2, Off Batu 10, Jalan Puchong, 47100 Puchong n Nombor telefon ADN:

03-8082 1661

n E-mel: [email protected]

n Facebook: Ng Sze Han

N30 KINRARA

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG - Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang mahu nelayan di perairan Westport di sini tidak ‘diganggu’ ketika projek pem-bangunan Westport fasa dua yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi.

Azmizam Zaman Huri berkata pihaknya tidak mahu perkembangan sosio ekonomi penduduk sekitar terbantut dan nelayan yang menggunakan kawasan berkenaan hilang punca pendapatan.

“Saya menyambut baik projek itu kera-na ia akan membuka lebih banyak peluang

SHAH ALAM - Pesara polis Ahmad Omar, 94, terharu menerima sumbangan alat bantuan pendengaran di kediamannya di Kuala Langat pada 22 Januari lalu.

Beliau berkata bantuan disampaikan Ahli Dewan Negeri Tanjung Sepat Borhan Aman Shah sedikit sebanyak membantu memudahkan kehidupan hariannya.

Pastikan sosioekonomi penduduk terjamin

Jangan jejas nasib nelayan

tang isu dan permasalahan sekitar dise-babkan pembangunan ini yang secara langsung akan mendatangkan pelbagai kesan pada masa akan datang,” kata beliau selepas mendengar taklimat penilaian im-

Pesara polis terharu terima bantuan“Terima kasih YB (Yang Berhormat)

Borhan Aman Shah atas sumbangan yang diberikan. Syukur tidak terhingga dengan bantuan ini saya boleh mendengar,” kata- nya pada program bertemu penduduk.

Masalah yang dihadapi Ahmad sejak beberapa tahun lalu mendapat perhatian setiausaha politik kepada Dato’ Menteri Be-

pak sosial projek berkenaan pada 18 Jan-uari lalu.

Isu infrastruktur jalan raya yang bakal menjadi akses utama kenderaan berat keluar masuk ke Westport menggunakan Lebuhraya Pulau Indah turut dibangkitkan dalam taklimat sama.

sar dan persatuan bekas polis daerah Kuala Langat.

“Sumbangan alat pendengaran kepa-da Ahmad adalah untuk memudahkannya

menjalani kehidupan seharian. Saya ucap terima kasih kepada YB dan rakan-rakan persatuan,” kata pengerusi persatuan itu Ariffin Abu Hassan.

Saya menyambut baik projek itu kerana ia akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan pada masa akan datang kepada penduduk sekitar khususnya.AZMIZAM ZAMAN HURIAhli Dewan Negeri Pelabuhan Klang

pekerjaan pada masa akan datang teruta-ma kepada penduduk sekitar.

“Tetapi kita juga perlu ambil cakna ten-

Page 14: Sasar 46 peratus siap 20 bas percuma ke Rumah Dunia masih … · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 30 Januari - 5 Februari 2020, 5 - 11 Jamadilakhir 1441 20 bas

15SelangorKini 30 Januari - 5 Februari 2020

RencanaInformasiTerkinidi jari anda

punca masih Individu yang dijangkiti selalunya mengalami radang paru-paru (pneumonia) apabila serangan

virus itu menyebabkan kesukaran bernafas. Simptom lain termasuk batuk dan demam. Jika lebih serius, jangkitan

ini boleh mengakibatkan kegagalan organ badan.

W

Wuhanl

ABAK koronavirus mencetus kebimbangan dunia berikutan kadar jangkitan dan kematiannya terus meningkat, khususnya

di negara asal penyakit itu China sejak ia dilaporkan akhir tahun lalu.

Bermula di Wuhan, wilayah tengah negara itu, wabak yang dikenali 2019-nCoV berada dalam keluarga virus yang menyebabkan sindrom pernafasan akut teruk (SARS) dan juga sindrom pernafasan Timur Tengah (MERS).

Seperti virus Wuhan, kedua-duanya dianggap sejenis koronavirus baharu atau “novel”. Virus dari wilayah Hubei yang terkini digelar 2019-nCoV atau “novel coronavirus 2019”.

SARS dan MERS kini masing-masing dikenali SARS-CoV dan MERS-CoV, yang asalnya berpunca daripada haiwan. Ia mengambil masa antara dua hingga 14 hari sebelum tanda-tanda jangkitan pada seseorang muncul.

Setakat ini, belum ada penawar bagi wabak 2019-nCoV, malah punca virus yang mencetuskan wabak itu sedang dikenal pasti.

Individu yang dijangkiti selalunya mengalami radang paru-paru (pneumonia) apabila serangan virus itu menyebabkan

kesukaran bernafas. Simptom lain termasuk batuk dan demam. Jika lebih serius, jangkitan ini boleh mengakibatkan kegagalan organ badan.

Langkah-langkah melindungi diri daripada koronavirus(Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia)

1. Selalu amalkan kebersihan dir seperti kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau bahan pencuci tangan

2. Ketika lawatan ke tempat wabak ini (jika tidak dapat dielakkan)

l Sentiasa bawa bersama penutup mulut dan hidung serta bahan pencuci tangan

l Elakkan tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan individu yang

mempunyai tanda-tanda jangkitan (Gejala jangkitan saluran pernafasan: demam, batuk atau sukar bernafas)

l Elakkan lawatan ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan atau menyentuh sebarang haiwan

l Elakkan makan produk haiwan yang mentah atau tidak dimasak dengan sempurna

3. Segera dapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit dalam tempoh 14 hari selepas pulang daripada lawatan. Maklumkan sejarah lawatan berkenaan kepada doktor.

dikesan Penawar

CHINA 6,080*

THAILAND 14

SINGAPURA 10**

AUSTRALIA 7

MALAYSIA 7

KEMBOJA 1

LAIN-LAIN 21***

KEMATIAN 132

PULIH 103

KOREA SELATAN 4

VIETNAM 2

JEPUN 7

Sumber: CaixinGlobal.com (sehingga 6 petang 29 Januari 2020)* termasuk Taiwan ** The Straits Times (sehingga 7.30 petang 29 Januari 2020) *** tidak termasuk angka terkini

Jangkitan wabak koronavirus

dicari,

Page 15: Sasar 46 peratus siap 20 bas percuma ke Rumah Dunia masih … · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 30 Januari - 5 Februari 2020, 5 - 11 Jamadilakhir 1441 20 bas

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 30 Januari - 5 Februari 2020

Cerita Pendek Tentang Mikroskop

OLEH HAMIZUN SYAH

Lokasi: Tidak perlu menjelaskan ten-tang lokasi, tidak perlu — meski tidak menyatakannya sekalipun; sudah tentu ada lokasinya, ya; sesuatu mes-

ti berlokasi — tanpanya mustahil tercetus sebarang situasi.

Karier: Ada menyebutnya pekerjaan atau profesyen — ah; tidak perlu mencatat apa-apa karier, setiap manusia tentu punya karier meski taraf berbeza-beza; menimbul-kan jarak pada pergaulan dan pemikiran bagi menentukan tinggi-rendah tahap indi-vidu tertentu. Seorang yang berjalan mun- dar-mandir tanpa arah tuju sambil merung-ut dan merayu malah merintih dan ketawa tanpa sebab, tanpa sesiapa di sisi dan ses-ekali menendang perut angin di jalanan juga individu yang punya karier walaupun tidak dipedulikan atau terkadang menggerunkan manusia yang waras.

Komponen: Bukan mustahak bagi me-nentukan hak seseorang serasi atau seba-liknya dengan peralatan di genggaman – semua itu alat semata-mata untuk memu-dahkan segala maksud tercapai; juga boleh bertukar-tukar mengikut kapasiti buat se- seorang yang berbagai-bagai karier dan for-mula, tertakluk kepada pendidikan dan pen-galaman yang mendewasakan seseorang.

“Sekurang-kurangnya kau jelaskan keadaan lokasi, kaedah dipraktikkan dan komponen tersedia. Itu sudah memadai.”

Baiklah.Jika itu yang disuarakan. Cuba bayangkan

bilik agak luas dipenuhi meja-meja kaca le- bar 150 sentimeter dan panjang 200 sen-timeter – namun kerap kali terasa perlu menambahkan lagi lebar dan panjang meja yang padat dengan segala macam bentuk kaca jernih dan longgokan buku tidak sama tebal. Bayangkan begitu.

Elok juga gambarkan karier seseorang yang mengenakan seragam berjubah putih hingga hinggap ke buku lali, berseluar pan-jang dan berbaju t serba putih di dalamnya, berkasut getah putih, kain putih menutup bulu di kepala, sentiasa ada penutup hidung dan mulut, tidak ketinggalan sarung tangan

Di tepi Sungai Pahang

Petang berjasad kuningwarnanya teroleng-oleng di wajah sungaiwaktu aku di tebing merenungsesuatu yang tak pastidihanyutkan arus lemah.

Apakah itu dedaun tuaatau gumpalan sampahadakah itu seekor buayaatau rangka pohonan.

Senja menggenapkan siangmasih, di tebing sungai pahangkuperhatikan susuk lainyang diusung air menuju kualadan aku masih berteka-tekisehingga suasana berkafan hitam.

Abdullah Hussaini Ghazali

getah putih – namun petugas di situ terlalu sedikit bilangannya, kurang daripada jari-jari sepasang tangan manusia normal. Gamba-ran untuk karier dimaksudkan.

Molek sekali jika mengaitkan komponen tersusun bongkah berpaip daripada logam yang merupakan selinder berkanta terdiri daripada dua dan satu teropong di samping kepingan kaca jernih lagi nipis, malah tidak ketinggalan beberapa jenis piring kaca yang berfungsi untuk menempatkan apa saja je-nis mikroorganisma yang tidak mampu dike-nal pasti pandangan mata manusia. Kaitkan komponennya sebegitu.

“Mungkin lokasi tersebut adalah mak-mal. Kariernya mungkin saintis dan kom-ponen utama adalah mikroskop.” Suara itu separuh meneka. “Eh! Bukan mungkin lagi. Malah memang lokasinya sebuah makmal menganalisis mikroorganisma yang wujud di persekitaran kehidupan manusia. Ya! Me-mang sahih itu jawabnya.”

Barangkali tekaan itu tepat atau mung-kin sedikit tersasar. Kali ini cuba kumpulkan seluruh bentuk bayangan lokasi, gambaran karier dan kaitan tentang komponen tadi — dan secara cermat bayangkan saiz bilik se-makin sempit dan cuma terdapat meja ber-saiz segi empat sama iaitu satu meter lebar juga satu meter panjang — seterusnya sing- kirkan seorang demi seorang berpakaian seragam serba putih yang ada di situ. Biar-kan seorang saja yang tinggal. Jadikan bilik sempit hanya ada seorang petugas sebelum memadamkan satu persatu komponen ter-sedia hingga berbaki tiga mikroskop ber-beza keupayaan dan bentuk – tumpu pada seluruh bayangan, gambaran dan kaitan tadi – kumpulkan semua menjadi satu ima-ginasi sebuah cerita pendek yang tergarap sekarang ini.

Seorang saja petugas di situ bersama tiga mikroskop. Dia berjambang dan susuk tu-buhnya agak rendah tetapi tegap. Diperhati-kan sungguh-sungguh ke raut wajahnya da-lam lingkungan usia melebihi separuh abad tetapi belum sampai tujuh dekad. Agak tua namun roman wajahnya menampakkan di sebalik ketuaannya dia cukup berpengala-man dalam bidang kerja.

“Sejak bila lagikah lelaki itu terkurung di bilik berkaca yang sempit dengan sebuah meja tidak berkerusi dan tiga mikroskop berbagai-bagai keupayaan? Eh! Apa pula yang memanjang di tepi pintu bilik itu?”

Ketara di sini ada dua pertanyaan yang tersembur dalam satu percakapan.

Jawab yang pertama: Lelaki itu pernah bersama mereka yang

lain di ruang luas sana. Menyelidik ten-tang kewujudan mikroorganisma melalui mikroskop. Penemuan biasa seperti bakte-ria salmonella, bakteria bacillus, fungi mu-kor, fungi penicillium, protozoa amoeba dan segala jenis virus, alga malah apa saja yang bersifat mikroorganisma. Ini penemuan laz-im yang membawa kepada kajian apakah lagi penyakit yang mampu merebak melalui aktiviti seni makhluk-makhluk tadi atau apa-kah terdapat manfaat di sebalik reaksi makh-luk halus yang dapat membantu kehidupan manusia? Analisis.

Kurang lebih suku dekad lampau lelaki itu berhasil memelihara sejenis kista. Kis-ta dibekukan pada suhu sesuai agar tidak pecah. (Ya! Protozoa adalah mikroorganisma yang membentuk kista ketika persekitaran-nya terganggu sehingga ia kembali selamat; dinding kista akan pecah sekali gus protozoa hidup dengan normal semula). Kista yang dipelihara lelaki itu berbaur dengan sejenis herba hingga protozoa di dalamnya mati se-belum dinding kista pecah dan terhasil pen-awar wabak keracunan makanan akibat bak-teria salmonella.

Kajian cuba diketengahkan ke kemente-rian. Malangnya, kajian itu tidak mendapat perhatian. Terpendam dan tersenyap begi-tu saja — namun beberapa tahun kemudi-an timbul berita mengejutkan bidang pe-rubatan bukan hanya di negara ini malah seluruh dunia. Nama seorang saintis muda yang merupakan anak menteri kesihatan mendapat pujian dan diakui genius pada peringkat antarabangsa kerana berhasil me-nemukan kista yang dapat mengubati pen-yakit keracunan makanan akibat bakteria salmonella.

Peristiwa ini menyebabkan lelaki yang berpegang teguh dengan kepercayaan ag-amanya meski jarang mendirikan solat su-nat namun tidak pernah terlepas solat lima waktu – tiba-tiba menjadi pemarah. Meski belum pernah berpuasa sunat Isnin-Khamis namun penuh puasanya pada Ramadan – ti-ba-tiba menyerang unit kementerian kesiha-tan, menumbuk muka saintis muda tadi dan memberitahu secara terbuka penemuannya telah diciplak. Malang sekali tidak ada bukti

kukuh. Kesannya, dia diletakkan di bilik kaca yang sempit hingga ke hari ini.

Jawab kedua: Sebuah katil memanjang tersedia di tepi

pintu bilik. Lelaki itu menyiapkan mikroskop ciptaan terbarunya. Mikroskop yang lebih potensi daripada mikroskop optik, mikroskop majmuk atau mikroskop binokular. Mikroskop ciptaan terbaru terhasil daripada penemuan kanta cerlung – kanta yang mampu meman-dang lebih tajam ke arah sesuatu yang diter-opong. Kanta cerlung itu melekat pada salur paip tembaga yang terpasang di siling bilik dan tergantung menghala ke katil.

Di katil, lelaki itu terlentang serentak meng-hidupkan mikroskop cerlung rekaannya yang belum diketahui umum untuk melihat sendiri apakah lagi makhluk lebih seni dalam hatin-ya. Sebenarnya dia telah menemui makhluk yang selalu merebak mengikut aliran darah dan cuba memasuki hatinya sekali gus selalu memujuk jiwa dan akal supaya meninggal-kan kepercayaan yang berteraskan keyak-inan padu. Makhluk itu selalu membisikkan pertanyaan mengapa perlu dia bersolat lima waktu, berpuasa dan bersandar terhadap ketentuan yang ditetapkan. Makhluk itu bu-kan saja memujuk malah kerap mendesak agar dia meninggalkan terus kepercayaan yang lebih memerangkap diri, jiwa dan fikir-nya serba keliru.

Melalui mikroskop cerlung – dia men-genal pasti makhluk seni itu adalah musuh nyata terhadap jiwa bersandarkan keyakinan padu tiada sangsi. Sejak itu, dia memohon kekuatan agar tidak mudah teransang pada hasutan musuh. Untuk lelaki itu, kekuatan begitu anugerah paling bernilai buat fakir sepertinya. Dia tidak pernah keliru pada ke-percayaannya.

“Apakah lelaki itu hilang kewarasan sele-pas terkurung sekian lama?”

Tidak! Lelaki itu menemui kewarasan tulen sebalik mikroskop cerlung rekaannya yang belum diumumkan kepada sesiapa, mema-dai buat diri sendiri yang pasti kembali ke tempat asal bila tiba tempoh. Jangan ada apa-apa pertanyaan lagi — cerita pendek tentang mikroskop sudah pun tamat.

Titik.

Page 16: Sasar 46 peratus siap 20 bas percuma ke Rumah Dunia masih … · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 30 Januari - 5 Februari 2020, 5 - 11 Jamadilakhir 1441 20 bas

17SelangorKini 30 Januari - 5 Februari 2020

RencanaInformasiTerkinidi jari anda

SUPERMOON 3 pagi 7 April KEDUDUKAN bulan berada pada titik paling hampir dengan bumi dengan anggaran 221,772 batu (356,907 kilometer). Ketika itu, bu-lan penuh dan lebih terang berbanding biasa. Ia turut memberi kesan kepada pasang surut air laut.

Walaupun kejadian bu-lan penuh terbesar berla-ku pada tahun ini, ia sukar dibezakan dengan bulan penuh biasa jika dilihat tanpa menggunakan per-alatan lengkap.

OLEH NAZLI IBRAHIM

enomena cakerawala menyimpan rahsia dan keunikan tersendiri. Ada kejadian berlaku se-lang puluhan tahun, malah ada menjangkau ratusan tahun. Ada banyak lagi fenomena

yang boleh disaksikan sama ada menggunakan teleskop atau pandangan mata kasar.

Misalnya, gerhana matahari Anulus atau gerha-na cincin matahari pada 26 Disember lalu di bebe-rapa negara termasuk Malaysia menjadi tumpuan. Pernah muncul pada 22 Ogos 1998, mereka yang tidak menyaksikannya terpaksa menunggu 22 ta-hun lagi.

Fenomena cakerawala turut mempengaru-hi alam sekitar. Misalnya, kejadian Supermoon menyebabkan air laut pasang besar berlaku susu-lan tarikan graviti bulan yang kuat berikutan bulan berada pada posisi paling hampir dengan bumi.

Kejadian seumpama itu juga mempengaruhi tingkah laku haiwan. Mengikut dapatan kajian pe-lajar Fakulti Alam Bina dan Ukur Universiti Teknologi Malaysia di Zoo Johor Bahru, perilaku sekumpu-lan rusa, seladang, ular, gajah, harimau, singa dan monyet pasif ketika gerhana cincin matahari.

Keindahan kejadian di langit sentiasa menim-bulkan keterujaan manusia. Berikut antara feno- mena yang boleh disaksikan sepanjang 2020.

HUJAN METEOR 22 April, 13 Ogos, 21 Oktober, 14 DisemberSELAIN hujan meteor Quadrantid, ter-dapat lima variasi lain.

Pada 22 April, meteor Lyrids yang menghasilkan purata 18 meteor se-jam memuncak pada tengah malam hingga subuh. Tahap penglihatan di-jangka lebih baik berikutan tiada ca-haya bulan.

Pada 13 Ogos pula, meteor Perseids yang menjadi juraian paling aktif akan memuncak antara tengah malam hingga subuh. Purata meteor Perseids dianggar sekitar 110 meteor setiap jam. Namun, tahap penglihatan mungkin terhad kepada sebilangan meteor.

Meteor Orionids pula ketara pada 21 Oktober dengan tahap penglihatan tinggi kerana tiada cahaya bulan. Be-gitu juga hujan meteor Leonids. Kejadian itu dijangka berlaku pada 18 November dengan purata 10 hingga 20 meteor setiap jam.

Meteor Geminids pula terjadi pada 14 Disember. Sama seperti Leonids dan Orionids, Geminids mudah dilihat berikutan bilangan meteornya mencecah hingga 150 meteor setiap jam.

MARIKH BERTENTANGAN MATAHARI10.30 malam 6 Oktober

SAMA seperti pada 2018, planet itu berada pada kedudukan bertentangan dengan mata-hari pada 14 Oktober di Malaysia. Ini bermak-na apabila matahari terbenam di Barat, Marikh terbit di Timur dan planet itu kelihatan sepan-jang malam hingga subuh keesokannya.

Ketika itu, Marikh kelihatan lebih terang daripada biasa. Ia kesempatan terbaik un-tuk mencerap serta mengamati rupa bentuk planet menerusi teleskop.

Gerhana matahari Anulus 21 JunGerhana matahari Anulus bakal terjadi. Namun kali ini, ia berlaku ketika bulan masih baru yang tidak menampakkan bentuk cincin sepenuhnya seperti enam bulan lalu.

Gerhana itu dapat dilihat di Afrika, Arab, Pakistan, Utara India, Selatan China dan Taiwan. Di Malaysia, gerhana tersebut hanya dilihat menutupi sebahagian matahari sahaja. Ia dijangka berlaku jam 2.50 petang sebelum waktu kemuncak 3.56 petang dan berakhir 4.54 petang.

Marikh juga ke-lihatan lebih tinggi 30 darjah di langit berbanding kejadi-an sama tahun 2018. Selain itu, pada 6 Oktober jam 10.30 malam, jaraknya dari bumi adalah 38.57 juta batu (62.06 juta km) dan lebih dekat lagi pada September 2035.

Kejadian sama berlaku terhadap planet Musytari pada 14 Julai dan Zuhal (21 Julai).

MUSYTARI DAN ZUHAL BERDEKATAN 21 DisemberMUSYTARI dan Zuhal kelihatan berdekatan kira-kira 20 ta-hun sekali. Apabila kedua-dua planet berselisih, kedudu-kannya dipisahkan satu atau dua darjah sahaja.

Kedudukan Musytari dan Zuhal boleh disaksikan menggunakan teleskop berkuasa tinggi. Kedua-dua planet merekodkan jarak paling dekat antara satu sama lain sejak 1623, hanya dipisahkan seperlima daripada diameter bulan penuh.

MARIKH, MUSYTARI, ZUHAL ‘BERHIMPUN’21 MacPLANET Marikh, Musytarid dan Zuhal seakan-akan ber-kumpul di langit bermula awal Mac hingga minggu keti-ga April. Jika tepat masa dan keadaan langit sesuai, semua planet itu dapat ‘dimuatkan’ dalam depaan tangan.

Ketiga-tiga planet kelihatan berlumba-lumba dan saling memotong antara satu sama lain. Lazimnya, Marikh paling laju manakala Zuhal paling lembab. Ketika feno- mena berlangsung, Marikh dan Musytari hanya terpi-sah kurang satu darjah pada 21 Mac hingga ia kelihatan seperti dua bintang berkembar.

HUJAN METEOR QUADRANTID HUJAN meteor Quadrantid dapat disaksikan antara jam 11 malam hingga awal pagi waktu Malaysia. Hujan meteor atau hujan tahi bintang aktif antara Disember hingga Januari.

Orang ramai berpeluang menyaksikan 120 meteor keluar dari pusatnya dari kumpulan bintang Quadrans Muralis atau Bootes dalam masa satu jam. Kejadian dinamai sedemikian berikutan Qarantids berpusat di kumpulan bintang Quadrans Muralis.

Gambar BERNAMA

Page 17: Sasar 46 peratus siap 20 bas percuma ke Rumah Dunia masih … · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 30 Januari - 5 Februari 2020, 5 - 11 Jamadilakhir 1441 20 bas

18PBT

SelangorKini 30 Januari - 5 Februari 2020

SUBANG JAYA - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tidak akan membina kawasan khas merokok di 4,000 restoran berikutan kosnya tinggi, kata yang dipertuanya.

Noraini Roslan sebaliknya berhasrat menyediakan tempat pembuangan puntung rokok bersesuaian untuk mengelakkan ia dibuang merata-rata.

Sebelum ini, Kementerian Perumahan dan Kera-jaan Tempatan mengumumkan peruntukan RM5,000 kepada pihak berkuasa tempatan yang mahu mem-bina kawasan khas merokok di tempat awam.

MPSJ tidak bina tempat merokok

SUBANG JAYA - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bakal diisytihar secara rasmi sebagai bandar raya pada Februari ini, kata yang dipertuanya.

Noraini Roslan berkata MPSJ sudah menerima surat kelulusan Kerajaan Persekutuan berhubung perkara itu pada 21 Januari lalu.

“Sekarang kita menunggu perkenan Tuanku (Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafud-din Idris Shah). Selepas dapat perkenan dan doku-men berkaitan kita umumkan secara rasmi status MPSJ pada Februari,” katanya.

Subang Jaya kini bandar raya

SHAH ALAM - Sebanyak 10,745 saman atas pel-bagai kesalahan dikeluarkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kepada peniaga sepanjang tahun lalu, kata datuk bandarnya.

Dato’ Mohd Sayuthi Bakar berkata selain saman kepada 1,542 peniaga, 3,107 tindakan sitaan dan 68 pendakwaan juga dibuat.

“Justeru, MBPJ menggesa pemilik perniagaan mendapatkan lesen operasi secara sah sebelum memulakan sebarang aktiviti penjualan,” katanya pada mesyuarat bulanan MBPJ di sini pada 23 Ja- nuari lalu.

MBPJ saman 10,745 peniaga

Abai notis: Garaj kereta haram diroboh

Lahir duta alam sekitar

Program Generasi Bestari capai matlamat

OLEH KHAIRUL AZRAN HUSSIN

SUBANG JAYA - Program Generasi Bestari (Smart Gen) anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mencapai matlamat untuk melahir-kan duta alam sekitar dalam kala- ngan pelajar.

Yang Dipertuanya Noraini Roslan berkata kepentingan menjaga alam

sekitar perlu dipupuk menerusi pro-gram kesedaran dan pendidikan di sekolah.

“Pepatah ada menyebut melentur buluh biar dari rebungnya. Kita tidak mahu anak-anak hanya mempunyai sifat murni di sekolah sahaja, sebalik- nya ia perlu dipraktikkan dalam ke-hidupan seharian mereka,” katanya.

Beliau memberitahu media sele-

pas menyampaikan Anugerah Se-kolah Sejahtera dan merasmikan Program Smart Gen MPSJ 2020 di Universiti Sunway, di sini pada 21 Januari lalu.

Noraini berkata sebanyak 61 da- ripada 79 sekolah rendah dan mene- ngah menyertai Program Smart Gen MPSJ 2019 dengan hadiah keseluru-han RM22,800 kepada pemenang.

Noraini Roslan (tiga dari kiri) bergambar bersama penerima anugerah Sekolah Sejahtera MPSJ 2019 di Universiti Sunway pada 21 Januari lalu

RAWANG - Sebanyak 16 garaj kereta haram di-robohkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Bandar Tasik Puteri di sini pada 23 Januari lalu berikutan pemiliknya tidak mengendah-kan notis sejak Disember lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporatnya, Ahmad Fauzi Ishak berkata operasi itu melibat-kan 27 anggota penguat kuasa dengan bantu-an seunit jentera pengorek kaut (backhoe) dan tong ‘Roll On Roll ‘(RoRo).

“Operasi halangan struktur atap dijalankan berdasarkan aduan diterima terhadap garaj kereta yang didirikan sehingga menyebabkan kacau ganggu kepada penduduk,” katanya da-lam kenyataan.

Ahmad Fauzi berkata pemantauan berteru-san dan tindakan tegas dilaksanakan terhadap pemilik garaj yang mendirikan struktur tanpa kebenaran.

MPS merobohkan garaj kereta dibina tanpa kebenaran ketika operasi halangan struktur atap di Lembah Hijau, Bandar Tasik Puteri, Rawang pada 23 Januari

SHAH ALAM - Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) digesa meman-tau kebersihan kawasan perumahan bagi menge-lakkan penularan penyakit, kata yang dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor.

Rahilah Rahmat berkata usaha itu perlu di-sokong semua komuniti demi kesejahteraan ber-sama.

“Kita sebagai masyarakat harmoni perlu be- kerjasama membantu JMB atau MC dan usaha ini perlu ditunjukkan melalui pembayaran penye-lenggaraan bangunan.

“Sekiranya kerjasama ini terus kukuh, ia akan melahirkan komuniti strata yang sihat serta pro-duktif,” katanya ketika berucap pada Program Malam Anugerah JMB/MC di Eco Grandeur, Pun-cak Alam, baru-baru ini.

Pantau kebersihan pangsapuri

Page 18: Sasar 46 peratus siap 20 bas percuma ke Rumah Dunia masih … · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 30 Januari - 5 Februari 2020, 5 - 11 Jamadilakhir 1441 20 bas

19SelangorKini 30 Januari - 5 Februari 2020

PBTInformasiTerkinidi jari anda

SUBANG JAYA - Majlis Per-bandaran Subang Jaya (MPSJ) ber-cadang memohon tanah sekolah yang belum dibangunkan untuk dibina Kebun Komuniti kata yang dipertuanya.

Noraini Roslan berkata permo-honan dibuat dengan Kemen-terian Pendidikan Malaysia dan Kerajaan Negeri dalam masa ter-

dekat bagi tujuan itu.“Kebun Komuniti mendapat

sambutan yang amat memberang-sangkan. Kita akan teruskan untuk menggalakkan masyarakat terus berkebun selain mengindahkan tanah yang kosong,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat MPSJ pada 22 Januari lalu.

Kebun Komuniti adalah akti-

viti pertanian dijalankan secara individu, keluarga dan komuniti selaras ke arah MPSJ Bandar Hijau 2030.

Sehingga kini, MPSJ mempu- nyai 38 Kebun Komuniti di taman perumahan; 12 Kebun Komuniti di Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan tujuh Kebun Komuniti Tanah Agensi.

Hasrat bina Kebun Komuniti di tapak sekolah

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyita lima premis memproses ayam hidup secara haram di Bandar Sul-tan Suleiman pada 23 Januari lalu, kata pengarah penguat-kuasanya.

Andry Arman Masrom berkata tindakan itu dilakukan di bawah Undang-undang Kecil 3 (1) PEM (MPK) 2007, hasil sia-satan dan makluman awam.

“Premis ini bukan sahaja kotor malah menjijikkan. Peniaga sepatutnya hanya boleh menjual ayam yang siap diproses bukan ayam hidup,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata terdapat salah sebuah premis yang ber-operasi sejak 2004 turut menjalankan aktiviti perniagaan runcit manakala premis lain sejak enam bulan hingga seta-hun lalu.

MPK sita lima premis proses ayam

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengu-mumkan pelantikan Azlinda Azman sebagai Timbalan Datuk Bandar yang baharu berkuat kuasa 15 Januari lalu.

Datuk Bandarnya berkata pelantikan itu bagi menggantikan Johary Anuar yang kini bertugas sebagai pegawai daerah Pe- taling.

“Semoga dengan kehadiran beliau akan memperkuatkan lagi jentera pentadbiran dalam memberi perkhidmatan terbaik ke-pada penduduk Petaling Jaya,” kata Dato’ Mohd Sayuthi Bakar selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan MBPJ pada 23 Januari lalu.

Azlinda sebelum ini bertugas di Jabatan Agama Islam Sela- ngor dengan jawatan Timbalan Pengarah (Pengurusan).

Azlinda Azman timbalan datuk bandar MBPJ

Azlinda Azman (dua, kanan) dilantik sebagai Timbalan Datuk Bandar yang baharu berkuat kuasa 15 Januari lalu

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menye-diakan 1,420 petak niaga di 19 lokasi bazar Ramadan tahun ini, maklum unit komunikasi korporatnya.

Pihak berkuasa tempatan itu dalam kenyataan memak-lumkan permohonan permit boleh dibuat secara dalam ta- lian di laman sesawangnya bermula 31 Januari hingga 20 Februari ini.

“Insiatif ini memudahkan dan menjimatkan masa orang ramai tanpa perlu beratur panjang di kaunter MBPJ,” katanya.

Untuk pertanyaan, orang ramai boleh hubungi Jabatan Pelesenan MBPJ di talian 03-7954 1560/03-7960 4667, layari www.mbpj.gov.my atau laman sosial.

Sedia 1,420 petak bazar Ramadan

OLEH SHEEDA FATHIL SHAH ALAM - Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) menanam 300 pokok bagi mengindahkan landskap di sekitar Taman Awam Seroja, Bukit Sentosa pada 18 Ja- nuari lalu, kata yang dipertuanya.

Shukri Mohamad Hamin ber-kata program dengan kerjasama UMW Corporation itu membabit-kan pelbagai tanaman antara-

nya Largerstroemia langkawiensis (pokok bungor) dan Talipariti tilia-ceum (pokok bebaru).

“Usaha ini bagi melengkapkan konsep teknologi hijau taman yang dilengkapi pengganti longkang tradisional bagi menyelesaikan isu banjir di kawasan berhampiran dan lampu solar Diod Pemancar Cahaya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, program itu juga simbolik penyerahan RM5,000 oleh

Jabatan Landskap Negara kepada Jawatankuasa Penduduk Seroja 5 untuk aktiviti gotong-royong, pe-nanaman pokok, kebun komuniti dan pengindahan landskap.

MDHS komited menjadikan Hulu Selangor sebagai bandar rendah karbon menjelang 2030 melalui program inisiatif hijau seperti Hari Tanpa Kenderaan, Ikon Hijau, kitar semula dan ke-bun komuniti.

MDHS komited realisasi bandar rendah karbon

Tanam 300 pokok indahkan taman

Peserta mengambil bahagian dalam program penanaman pokok di Taman Awam Seroja pada 18 Januari lalu

Page 19: Sasar 46 peratus siap 20 bas percuma ke Rumah Dunia masih … · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 30 Januari - 5 Februari 2020, 5 - 11 Jamadilakhir 1441 20 bas

20Pendidikan

SelangorKini 30 Januari - 5 Februari 2020

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - Program Fast Track Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Huf-faz yang menerima peruntukan daripada Kerajaan Negeri bakal dimulakan Februari ini di dua lo-kasi di setiap daerah.

Pengarah Jabatan Agama Is-lam Selangor (Jais), Shahzihan Ahmad berkata peruntukan RM1.9 juta itu membabitkan ba-yaran kepada guru pakar, pem-belian buku teks, buku rujukan dan buku latihan untuk lapan mata pelajaran teras serta pro-gram seminar peperiksaan SPM.

“Program dengan kerjasa-ma Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Negeri Selangor (Pitas) ditawarkan kepada 420 pelajar yang layak dan terpilih.

“Menerusi program ini calon dikenakan bayaran bagi men-duduki SPM,” katanya ketika berucap pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Selangor di Masjid Sultan Sala-huddin Abdul Aziz Shah di sini pada 15 Januari lalu.

Pada masa sama, Shahzihan berkata Jais turut mengkuatkua-sakan penggunaan bahasa Ing- geris dan bahasa Arab di ke-

semua Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) sejak 20 Novem-ber lalu bagi meningkatkan daya saing penghafaz al-Quran.

“Kita juga turut bekerjasama dengan agensi terpilih untuk memberi pendidikan kemahiran robotik percuma kepada 200 pe-lajar terpilih pada awal tahun ini bagi meningkatkan kemahiran insaniah.

“Ia jelas menunjukkan Kera-jaan Negeri, Jais dan Majlis Aga- ma Islam Selangor komited un-tuk terus menjaga dan meletak-kan selayaknya huffaz Selangor,” katanya.

Babit peruntukan RM1.9 juta

Fast Track SPM Huffaz Februari ini

SHAH ALAM - Seramai 906 murid daripada enam sekolah di Selangor menikmati program penambahbaikan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) fasa pertama 2020 bermula 20 Januari lalu, kata pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Azmi Misrun berkata program an-tara 7 hingga 7.30 pagi menyediakan 20 menu berkhasiat mengikut nilai ka-lori dan amalan pemakanan seimbang kanak-kanak.

“K ita ingin memastik an murid mengamalkan pengambilan sarapan, gaya hidup sihat, lebih bertenaga sema-sa sesi pembelajaran serta merangsang proses tumbesaran seimbang,” katanya lapor Sinar Harian.

Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Se-langor Mohd Azuan Mohd Nawawi ber-

906 murid dapat sarapan percuma

l Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram Batu 20, Kuala Selangorl Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

(SJKC) Yoke Kuan, Sabak Bernaml SJKC Tanjung Sepat, Kuala Langatl SK Bukit Lanjan, Petaling Utamal SK Tun Abdul Razak, Hulu Selangorl SK Bandar Rinching, Sepang

Enam sekolah Enam sekolah terlibat ialah:terlibat ialah:

kata Sekolah Kebangsaan Jeram Batu 20 dipilih sebagai perintis berdasarkan kriteria ibu bapa dalam kalangan kum-pulan berpendapatan rendah.

SHAH ALAM - Larian Santai Desa anjuran Universiti Selangor (Unisel) mendapat sambutan kira-kira 330 peserta di Kom-pleks Sukan Unisel, Bestari Jaya dekat sini pada 18 Januari lalu.

T i m b a l a n n a i b c a n s e -l o r b e r k a -ta program d e n g a n k e r j a s a m a P u s a t P e - ngajian Asa-si dan Umum (Padu) mem-babitk an k ak i -tangan dan pelajar universiti berkenaan ser-ta orang kelainan upaya daripa-da organisasi Bikeisable.

“Program ini dapat meman-tapkan rohani dan jasmani pe-

serta di samping membuka ruang untuk mengeratkan ukh-wah dalam kalangan warga setempat dengan golongan

kelainan upaya,” kata Prof Madya Dr Hamdan

Mohd Salleh.B el iau me -

nyeru warga u n i v e r s i t i menjadikan aktiviti su-k an untuk kekal sihat selain mem-

b e r i s e m a - ngat kepada

golongan istime-wa melakukan ak-

tiviti riadah.Terdahulu, program bermula

jam 7.30 pagi dirasmikan Ahli Dewan Negeri Permatang Roza-na Zainal Abidin.

Warga Unisel sertai larian bersama OKU

PERBENDAHARAAN NEGERI SELANGOR

KENYATAAN TAWARAN TENDER TERBUKATawaran adalah dipelawa kepada petender-petender yang masih dibenarkan membuat tawaran masa ini dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Kerajaan Negeri Selangor serta mempunyai kemampuan dari segi kewangan, kepakaran dan berpengalaman dalam melaksanakan bidang-bidang yang dicadangkan seperti berikut :

NO / TAJUK TENDER MAKLUMAT PENJUALAN DOKUMEN

SYARAT PENYERTAAN

TENDER

PWNSEL/DT01/2020

TENDER BAGIKERJA-KERJAMENAIKTARAF

PUSAT DATA DANLAIN-LAIN KERJA

BERKAITAN DIPERBENDAHARAANNEGERI SELANGOR

Melalui Laman WebSistem Tender Online

Negeri Selangorhttp://tender.selangor.

gov.my

Tarikh Jualan :4 Februari 2020

hingga24 Februari 2020,

pada jam 12.00tengahari

Harga:RM 50.00

senaskhah(Bayaran tidak akan

dikembalikan)

Berdaftar denganLembaga Pembangunan

lndustri PembinaanMalaysia (CIDB) di bawah

Gred G3, Kategori B,Pengkhususan B04 dan

Kategori ME,Pengkhususan E02, E14

dan M01Dan

Berdaftar denganKerajaan Negeri Selangor

(melalui Sistem TenderOnline Negeri Selangor

2.0 -https://tender.selangor.

gov.my)

TARIKH TENDER DITUTUP

24 Februari 2020pada jam 12.00

tengahari

Tawaran yang lewatditerima TIDAK AKANDIPERTIMBANGKAN

Taklimat tender dan lawatan tapak akan diadakan pada 4 Februari 2020 (Selasa), Jam 10.00 pagi di MakmalKomputer, Unit Teknologi Maklumat, Tingkat 11, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam,Selangor. Kehadiran adalah WAJIB dan kegagalan menghadiri taklimat tersebut akan menyebabkan tawarananda tidak dipertimbangkan. Hanya maksimum dua (2) orang wakil sahaja dibenarkan hadir ke taklimat ini.

Bayaran dokumen tender hendaklah dibuat secara atas talian menerusi Sistem Tender Online Negeri Selangordi alamat URL: http://tender.selangor.gov.my. Sebarang transaksi bagi pembelian dokumen tender adalahmenggunakan kemudahan kad kredit dan perbankan Internet (FPX). Segala bayaran tidak akan dikembalikan.

Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri, ditanda dengan Kod Tender: PWNSEL/DT01/2020 dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di alamat:

Peti Tender Bahagian Khidmat Pengurusan

Perbendaharaan Negeri Selangor Tingkat 12

Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 40592 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Untuk maklumat lanjut sila hubungiUnit Teknologi Maklumat - 03-55447223/7304, Bahagian Khidmat Pengurusan - 03-55447913/7205

Page 20: Sasar 46 peratus siap 20 bas percuma ke Rumah Dunia masih … · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 30 Januari - 5 Februari 2020, 5 - 11 Jamadilakhir 1441 20 bas

21SelangorKini 30 Januari - 5 Februari 2020

AgamaInformasiTerkinidi jari anda

Warga Unisel sertai larian bersama OKU

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) mengagih-kan RM2.8 juta kepada golongan memerlukan dan pusat dialisis di negeri ini sepanjang tahun lalu, kata pengurus besarnya.

Nur Mohd Razali Abdullah berkata jumlah sumbangan syarikat korporat, syarikat ber-kaitan kerajaan serta orang awam melebihi tahun sebelum-nya.

“YIDE memberi RM900,000 kepada 9,000 anak yatim in-dividu dengan setiap seorang menerima RM100 manakala RM500,000 kepada 15 rumah

kebajikan.“Kita juga membeli 10 mesin

dialisis dan dua mesin penapis air layan diri bernilai RM600,000 di-sumbangkan kepada pusat dia- lisis selain RM100,000 kepada mangsa ditimpa musibah dan malapetaka,” katanya.

Sumbangan terbabit tidak termasuk RM2.5 juta daripada Central Spectrum (M) Sdn Bhd bagi membiayai pembangunan Kompleks Anak Yatim Pulau In-dah.

Kaedah sumbangan YIDE juga dipelbagai dengan adanya Jom Pay, Snap & Pay dan melalui pay-ment gateway yang boleh diak-ses di https://yide.com.my/.

Bantu golongan sasar, pusat dialisis

Agih RM2.8 juta SEPANG - Kuota rasmi haji untuk Malaysia bagi tahun ini meningkat kepada 31,600 berbanding 30,200 jemaah tahun lalu, kata Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata penamba-han kuota 1,400 orang hasil rundingan kerajaan Malaysia khususnya Lembaga Tabung Haji (TH) dengan Arab Saudi untuk mempertimbangkan kenaikan jumlah kuota seiring peningkatan populasi penduduk negara ini.

Mujahid berkata penambahan kuota rasmi akan dapat mengurangkan jumlah mereka yang menunggu, sekali gus memendekkan tempoh giliran. – BERNAMA

Kuota haji meningkat

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (Mais) meng-galakkan masyarakat Islam menggunakan e-wasiat un-tuk menangani masalah pembahagian harta pusaka bagi mengelak sebarang isu berbangkit antara waris.

“Mais melaksanakan pengurusan dan pembahagian wasiat dan harta pusaka dengan telus, adil dan profesional mengikut hukum syarak kepada benefisiari dan ahli waris melalui e-wasiat,” kata Setiausahanya, Dr Ahmad Shahir Makhtar.

Dr Ahmad Shahir berkata keperluan terbabit selaras bi-dang kuasa di bawah Subseksyen 5 (4), Enekmen Pentadbi-ran Agama Islam (Negeri Selangor).

“Sehingga kini, Mais merekodkan lebih 2,000 pengguna menggunakan perkhidmatan dalam talian berkenaan,” ka-tanya.

Saran guna e-wasiat

SHAH ALAM - Seramai 300 pegawai dan kakitangan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) termasuk jabatan agensi agama dan anak syarikatnya menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) buat pertama kali bagi menya-hut seruan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Majlis disaksikan Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim dan Pengerusi Mais, Dato’ Mohammed

Khusrin Munawi berlangsung di De-wan Muktamar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor baru-baru ini.

“Lafaz ikrar dipimpin Setiausaha Mais, Dr Ahmad Shahir Makhtar di- ikuti ketua-ketua agensi dan anak syarikatnya sebelum sesi menanda-tangani IBR.

“Mais turut mengingatkan semua kakitangan supaya mengutamakan

penghasilan program kerjasama an-tara jabatan, agensi dan anak syari-kat serta pelaksanaan Pelan Strategik Mais Tahun 2020-2024,” kata agensi itu dalam kenyataan.

Majlis turut dihadiri Mufti Sela- ngor Dato’ Mohd Tamyes Abd Wahid, Pengarah Jabatan Agama Islam Se- langor Mohd Shahzihan Ahmad dan Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor Dato’ Mohammad Adib Husain.

300 warga Mais tandatangan Ikrar Bebas Rasuah

Seramai 300 pegawai Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menandatangani Ikrar Bebas Rasuah

Kita juga membeli 10 mesin dialisis dan dua mesin penapis air layan diri bernilai RM600,000 disumbangkan kepada pusat dialisis selain RM100,000 kepada mangsa ditimpa musibah dan malapetaka

NUR MOHD RAZALI ABDULLAHPengurus Besar YIDE

30 Januari - 5 Februari 20205 - 11 JAMADILAKHIR 1441

30 Khamis 6:07 6:17 7:25 1:29 4:51 7:27 8:3931 Jumaat 6:07 6:17 7:25 1:29 4:51 7:27 8:3901 Sabtu 6:08 6:18 7:25 1:29 4:51 7:28 8:4002 Ahad 6:08 6:18 7:26 1:30 4:51 7:28 8:4003 Isnin 6:08 6:18 7:26 1:30 4:51 7:28 8:4004 Selasa 6:08 6:18 7:26 1:30 4:51 7:28 8:4005 Rabu 6:08 6:18 7:26 1:30 4:51 7:28 8:40

30 Khamis 6:10 6:20 7:27 1:32 4:53 7:29 8:4131 Jumaat 6:10 6:20 7:27 1:32 4:53 7:30 8:4201 Sabtu 6:11 6:21 7:27 1:32 4:53 7:30 8:4202 Ahad 6:11 6:21 7:28 1:32 4:53 7:30 8:4203 Isnin 6:11 6:21 7:28 1:32 4:53 7:30 8:4204 Selasa 6:11 6:21 7:28 1:33 4:53 7:30 8:4205 Rabu 6:11 6:21 7:28 1:33 4:53 7:31 8:42

30 Khamis 6:07 6:17 7:26 1:30 4:51 7:28 8:4031 Jumaat 6:07 6:17 7:26 1:30 4:51 7:28 8:4101 Sabtu 6:08 6:18 7:26 1:30 4:51 7:29 8:4102 Ahad 6:08 6:18 7:26 1:30 4:51 7:29 8:4103 Isnin 6:08 6:18 7:26 1:30 4:51 7:29 8:4104 Selasa 6:08 6:18 7:27 1:30 4:51 7:29 8:4105 Rabu 6:08 6:18 7:27 1:30 4:51 7:29 8:41

Page 21: Sasar 46 peratus siap 20 bas percuma ke Rumah Dunia masih … · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 30 Januari - 5 Februari 2020, 5 - 11 Jamadilakhir 1441 20 bas

22Wanita & & Kebajikan

SelangorKini 30 Januari - 5 Februari 2020

OLEH NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - Ahli Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Sela- ngor (Pekawanis) di setiap kawasan disaran melaksanakan program komuniti tahun ini, kata yang diper-tuanya.

Masdiana Muhamad berkata pertubuhan yang dianggotai isteri wakil rakyat perlu mendekati ma- syarakat terutama wanita pada peringkat akar umbi supaya lebih

dikenali.“Kita tidak mahu lagi program

hanya pada peringkat negeri, se-baliknya dibuat menyeluruh ter-masuk di kampung dan hasilnya akan bantu suami yang juga Yang Berhormat di kawasan berkenaan.

“Ini seiring dengan misi Selangor Maju Bersama iaitu pemimpin dan rakyat saling mengenali,” katanya selepas majlis tadabbur al-Quran dan tazkirah khas sempena tahun baharu di kediaman rasmi Dato’

Menteri Besar di sini pada 20 Ja- nuari lalu.

Hadir sama penaung Pekawa- nis Yang Amat Mulia Tengku Putri Datin Paduka Hajjah Arafiah dan penasihatnya Datin Seri Shamshi-da Taharin.

Pada masa sama, Masdiana berharap lebih banyak agensi ke- rajaan dan badan bukan kerajaan bekerjasama dengan pertubuhan itu bagi menggerakkan kerja amal di seluruh negeri.

Ahli Pekawanis disaran dekati masyarakat

SHAH ALAM - Hampir 6.2 juta atau 68.2 peratus wanita di negara ini dikategorikan sebagai keluarga ‘sandwic’ iaitu menyara anak dan ibu bapa serentak, kata Lembaga Penduduk dan Pembangunan Ke- luarga Negara (LPPKN).

Ketua Pengarahnya Abdul Shu- kur Abdullah berkata Kajian Pen-duduk dan Keluarga Malaysia Keli-ma mendapati wanita berkenaan mempunyai kerjaya, namun ter-

beban kerana perlu menjaga dua generasi serentak, lapor Berita Harian.

“Berdasarkan unjuran penduduk pada 2014, seramai 5.9 juta wanita pernah berkahwin berada dalam situasi generasi ‘sandwic’,” katanya yang menambah situasi itu menye-babkan wanita berasa tertekan.

Bagi mengatasinya, Abdul Shu-kur berkata pihaknya menawarkan khidmat kaunseling kekeluargaan

di semua pusat keluarga LPPKN dan Klinik Nur Sejahtera LPPKN di seluruh negara.

Kajian itu menunjukkan 71.3 peratus keluarga ‘sandwic’ dire-kodkan paling tinggi di Sarawak diikuti Sabah (68.9 peratus) dan Semenanjung (67.8 peratus).

Peratusan keluarga ‘sandwic’ juga lebih tinggi di bandar (68.3 peratus) berbanding luar bandar (67 pera- tus).

Seiring misi Selangor Maju Bersama

DRAF RANCANGAN TEMPATANDAERAH HULU SELANGOR 2035

(PENGGANTIAN)

Menurut Seksyen 13 (2), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), dengan ini adalah diberitahu bahawa DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH HULU SELANGOR 2035 (PENGGANTIAN) tersedia untuk diperiksa dari 28 Januari 2020 sehingga 27 Februari 2020. Bantahan atau cadangan berkenaan Draf Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor 2035 (Penggantian) di atas boleh dikemukakan dengan menggunakan borang bantahan rasmi yang disediakan, melalui surat ataupun memorandum sebelum atau pada 27 Februari 2020 ke alamat berikut:-

LOKASI PEMERIKSAAN SERAHAN BORANG BANTAHAN

Ruang Legar, Tingkat 1,Majlis Daerah Hulu Selangor. Yang Dipertua,

Majlis Daerah Hulu Selangor,Jalan Bukit Kerajaan,44000 Kuala Kubu Bharu.

PLANMalaysia@Selangor,Tingkat LG, Bangunan Darul Ehsan,Shah Alam

LOKASI ‘ROADSHOW’ TARIKH

Dewan Serbaguna Felda, Sg. Tengi 11 Februari 2020 (Selasa)

Dewan Orang Ramai, Hulu Bernam 13 Februari 2020 (Khamis)

Dewan Dato Abdul Hamid, Batang Kali 18 Februari 2020 (Selasa)

Dewan Komuniti, Serendah 20 Februari 2020 (Khamis)

Terminal Bas dan Teksi, Bukit Sentosa 25 Februari 2020 (Selasa)

MULAI 28 JANUARI 2020 SEHINGGA 27 FEBRUARI 2020 DARI JAM 9.00 PAGI SEHINGGA 4.00 PETANG (HARI BEKERJA)

NOTIS PEMBERITAHUAN SEKSYEN 13 (2), AKTA PERANCANGAN BANDAR

DAN DESA 1976 [AKTA 172], PEMERIKSAAN TERHADAP DRAF RANCANGAN TEMPATAN

DAERAH HULU SELANGOR 2035 (PENGGANTIAN)

6.2 juta wanita sara anak, ibu bapa serentak

SHAH ALAM - Penderitaan seorang pesakit barah darah (Refractory Acute Myloid Leu-kemia) mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Agensi itu memaklumkan pihaknya dalam proses menyalurkan sebahagian kos rawatan untuk Mohamad Haikal Naim Mohamad Nizam, 25, yang disahkan menghidap penya- kit tersebut sejak September tahun lalu.

Haikal memerlukan RM186,932 untuk tem-poh tiga bulan bagi pembelian ubat tamba-han (midostaurin).

“Ia sesuatu yang amat sukar bagi mereka kerana hanya bergantung harap atas hasil pendapatan ibunya (Nora Mat Sidi) yang bekerja sebagai pemandu van sekolah.

“Tambahan pula, dia mempunyai komit-men membiayai pengajian seorang lagi anak yang sedang menuntut di Universiti Teknolo-gi Mara (UiTM) Arau, Perlis,” kata LZS di Face-book.

Sementara itu, Nora, 50, yang juga ibu tunggal ketika dihubungi berkata anaknya sebelum ini melanjutkan pengajian di UiTM Puncak Alam di sini sebelum mengambil keputusan berhenti kerana mahu mengga-las tanggungjawab mencari rezeki untuk keluarga.

Kenyataan itu menyebut, Haikal mendapat tawaran bekerja di salah sebuah syarikat per-kapalan secara kontrak disahkan menghidap penyakit berkenaan selepas 10 bulan dalam berkhidmat.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank Mohamad Haikal Naim Mohamad Nizam (164100292437).

Bantu pemuda hidap barah

Datin Seri Masdiana Muhamad merasmikan majlis tadabbur al-Quran dan tazkirah khas di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar pada 20 Januari lalu

Page 22: Sasar 46 peratus siap 20 bas percuma ke Rumah Dunia masih … · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 30 Januari - 5 Februari 2020, 5 - 11 Jamadilakhir 1441 20 bas

23SelangorKini 30 Januari - 5 Februari 2020

SukanInformasiTerkinidi jari anda

SHAH ALAM - Jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang mendudu-ki tangga pertama dunia dalam acara keirin berdasarkan kedudukan Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI).

‘The Pocket Rocketman’ mengumpul 2,560 mata mengatasi pesaing terdekat dari Jepun, Yudai Nitta (2,551) manakala pe-lumba Perancis Sebastien Vigier (2,347) ketiga, lapor Berita Harian.

“Saya gembira kerana menerima pengiktirafan ini dan ia adalah hasil kerja keras saya dalam latihan dan pertandi- ngan.

“Saya akan cuba sedaya mungkin mengekalkan kedudukan ini dan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik terutama dalam Sukan Olimpik di Tokyo,” katanya.

Kejayaan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 adalah kali ketiga selepas melakukannya pada 2010 dan 2016.

Azizulhasni raja keirin dunia

Ahli Pekawanis disaran dekati masyarakat

KUALA LUMPUR - Tiga pasu-kan berstatus Pro Continental dari Itali dijangka mempamer-kan perlumbaan yang sengit pada edisi ke-25 Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL).

Ini kerana ketiga-tiga pasu-kan itu – Androni Giocatolli-Si-dermec, Bardiani CSF Faizane dan Vini Zabu KTM (sebelum ini dikenali sebagai Neri Sotto-li-Selle Italia) – mendapat slot wildcard untuk bersaing dalam perlumbaan Grand Tour, Giro d’Italia 2020 dijadual pada 9 hingga 31 Mei.

Bagaimanapun, kemasukan wildcard itu secara bersyarat

iaitu setiap pasukan mesti ber-jaya meyakinkan penganjur bahawa mereka memiliki ke-hebatan dan keupayaan un-tuk berlumba dengan pasukan World Tour di Giro, termasuk penilaian pada perlumbaan UCI ProSeries, LTdL 2020.

“Dengan slot wildcard Giro yang dipertaruhkan, ketiga-tiga pasukan Itali pasti akan mem-berikan yang terbaik untuk meyakinkan penganjur Giro dan menjangkakan saingan sengit antara ketiga-tiga pasukan un-tuk membuktikan kehebatan mereka,” menurut penganjur Human Voyage. - BERNAMA

Saingan sengit tiga pasukan Itali

SHAH ALAM - Aspek pencega- han susulan penularan wabak koronavirus 2019 baharu men-jadi keutamaan penganjur Pe-tronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020.

Ketua Pegawai Operasi LTdL Shahaizereen A Hamid ber-kata buat masa ini hanya satu pasukan dari China menarik diri daripada perlumbaan yang dijadualkan berlangsung dari 6 hingga 15 Februari ini kerana bimbang penularan wabak itu, lapor Berita Harian.

“Secara rasmi satu pasukan sudah menarik diri semalam (kelmarin) disebabkan isu koro-navirus. Kami masih menunggu pengesahan dua lagi pasu-kan dari China dan satu dari

Hong Kong.“Jadi, kami akan mematuhi

arahan Kementerian Kesihatan supaya setiap pelumba (teru-tama) dari China diwajibkan membuat pemeriksaan kesi-hatan dan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan,” katanya.

Sebanyak tiga pasukan berpangkalan di China iaitu Hengxiang Cycling, Giant Cy-cling dan Ssois Mioge Cycling Team.

LTdL 2020 yang membabit-kan jarak keseluruhan 1,114.9 kilometer merentasi sembilan negeri bakal membuka tirai pada Majlis Pengenalan Pasu-kan di Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Februari ini.

Koronavirus tidak jejas Le Tour de Langkawi

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - Yayasan Selangor akan menubuhkan pusat kece- merlangan kriket bagi menem-patkan atlet pelajar yang terpi-lih mengikuti program mewakili Selangor bagi kategori sekolah menengah.

Yayasan dalam kenyataan ber- kata seramai 30 pelajar iaitu ma-sing-masing 15 lelaki dan perem- puan yang memenuhi kriteria di- tetapkan Persatuan Kriket Malaysia dan yayasan itu akan menjalani sesi persekolahan di Sekolah Me-nengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Samad, Klang.

“Pelaksanaan program ini ber- tujuan menjadikan Selangor sebagai salah sebuah pusat kecemerlangan bakat atlet pelajar, di samping me- lahirkan golongan berketerampilan dan mempunyai jati diri tinggi.

“Selain itu, ia bagi mengene- ngahkan atlet pelajar seimbang dari pelbagai aspek seperti rohani, intelek, kinestetik dan emosi serta mampu cemerlang dalam bidang akademik, sukan juga ko-kuriku-lum,” katanya.

Antara insentif akan diterima atlet pelajar daripada Yayasan Se- langor merangkumi biasiswa, kelas bimbingan, program akademik dan pembangunan insan.

Terdahulu, satu memorandum persefahaman (MoU) ditanda-tangani antara Pengarah Kanan Pendidikan mewakili Yayasan Selangor Zahura Zakry, Presi-den Persatuan Kriket Malaysia Mahinda Vallipuram, Setiausaha Kehormat Persatuan Kriket Sela- ngor Thavanesan Selvaratnam dan Pengetua SMK Sultan Abdul Samad, Siti Rahimah Tormodi di pejabat Persatuan Kriket Malaysia di Kinrara Oval, Puchong pada 23 Januari lalu.

Turut hadir, Ketua Pegawai Ek-sekutif Yayasan Selangor Eddie Ah-mad Khodzali dan wakil Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Noor Azli Abd Rahmad.

Latih atlet kriketsekolah

Yayasan Selangor tubuh pusat kecemerlangan

Page 23: Sasar 46 peratus siap 20 bas percuma ke Rumah Dunia masih … · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 30 Januari - 5 Februari 2020, 5 - 11 Jamadilakhir 1441 20 bas

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, No 16, Jalan U8/85, Taman Perindustrian Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

SHAH ALAM - Persatuan Bolasepak Se-langor (FAS) bakal memperkenalkan harga tiket mengikut ‘kelas’ perlawanan seperti dilakukan di negara Eropah, kata setiausaha agungnya.

Dr Johan Kamal Hamidon berkata langkah itu susulan peningkatan kos penganjuran perlawanan, selain meng-galakkan pembelian pas bermusim yang jauh lebih murah berbanding tiket ber-asingan, lapor Berita Harian.

“Kalau hendak dibandingkan tiket berasingan dengan harga pas bermu-sim RM109, puratanya lebih murah. Jadi kita nak meringankan beban penyokong tegar Selangor,” katanya.

FAS dalam kenyataan pada 26 Janu-ari memaklumkan harga tiket terbuka bagi perlawanan ‘Tier 1’ atau kelas satu membabitkan Johor Darul Ta’zim, Kedah, Perak, Terengganu dan Pahang bernilai RM20.

Bagi ‘Tier 2’ melibatkan Felda United, PDRM, Melaka United, Sabah, PJ City dan UiTM pada harga RM15.

Harga tiket ikut kelas

SHAH ALAM - Semua persatuan sukan kebangsaan dinasihat membatalkan has-rat ke China susulan penularan wabak koronavirus, kata Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Presidennya Datuk Seri Norza Zakaria berkata wabak yang melanda republik itu menyebabkan beberapa pasukan seperti

skuad Liga Super Selangor terpaksa mem-batalkan hasrat menyertai kejohanan pra musim di sana, lapor Astro Arena.

“Apa sahaja dasar yang hendak dibuat mestilah berpandukan polisi kerajaan. Bagaimanapun, saya nasihatkan persatu-an sukan supaya tidak membuat peranca- ngan membabitkan atlet ke China sehing-

ga kita melihat kesan koronavirus,” katanya.Menyentuh kedudukan empat pener-

jun negara Wendy Ng, Leong Mun Yee, Pandalela Rinong dan Kimberly Bong yang menjalani latihan di China, Norza menyerahkannya kepada Kesatuan Re-nang Amatur Malaysia untuk pulang segera atau sebaliknya.

MOM nasihat batal hasrat ke China

SHAH ALAM - Persatuan Bolasepak Selangor tidak mengenakan sebarang caj kepada orang kelainan upaya (OKU) dan seorang pembantu untuk masuk ke Stadium Shah Alam sepanjang musim ini.

Golongan itu hanya perlu menunjuk-kan kad OKU di pintu masuk.

Inisiatif ini turut menyediakan parkir khas di Kuadran B bagi memudahkan mereka menonton semua perlawanan di gelanggang sendiri.

OKU, pembantu masuk percuma

SHAH ALAM - Selangor mem-peruntukkan RM40,000 kepada setiap Dewan Undangan Negeri untuk menaik taraf dan menye-lenggara infrastruktur sukan, kata EXCO sukan.

Mohd Khairuddin Othman berkata Kerajaan Negeri sen-tiasa memastikan semua infra-struktur berada dalam keadaan

baik seiring matlamat membu-dayakan sukan dalam kalangan masyarakat.

“Kita mahu menyediakan le-bih banyak infrastruktur sukan termasuk stadium mini serta me-naik taraf padang bola dan futsal.

“Bagi merancakkan lagi bu-daya sukan, kita turut menya-lurkan RM20,000 kepada setiap

pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menganjurkan Pesta Su-kan Generasi Muda Selangor,” katanya.

Mohd Khairuddin berkata bagi tempoh jangka panjang, Kerajaan Negeri mencadangkan perkongsian pintar antara PBT dan pihak swasta untuk mem-bangunkan infrastruktur sukan.

Setiap DUN terima RM40,000

OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Selangor menyasarkan kutipan 45 pingat emas, 40 perak dan 40 gangsa pada temasya Sukan Malay-sia (Sukma) 2020 yang dijadualkan ber-langsung di Johor pada 11 hingga 19 Ju-lai hadapan.

Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor, Adi Faizal Ahmad Tarmizi berkata sasaran itu mampu direalisasikan walaupun saingan hebat bakal ditempuhi dalam edisi ke-20.

“Kita optimis untuk meraih sasaran itu walaupun cabaran sengit bakal dihada-pi terutama tuan rumah, Johor. Kita lihat saingan utama turut bakal ditampilkan Terengganu.

“Acara yang kita jangka bakal menjadi penyumbang utama pingat adalah renang, gimnastik, olahraga dan boling padang,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata kontinjen Selangor memulakan persiapan sejak 2018 dengan memberikan tumpuan acara yang mampu menyumbang pingat di samping mendaf-tar 830 atlet bertanding.

“Bermula Januari adalah fasa terakhir

persediaan pasukan setiap pasukan dinilai bagi mencari atlet yang layak.

“MSN sedang giat menjalankan pro-gram persediaan atlet seperti kecergasan, kejohanan pendedahan, kem motivasi, pendedahan latihan dan kejohanan di luar negara.

“Sehingga kini program latihan dan

persediaan atlet berada di landasan baik untuk kontinjen terus bersaing dan menja-di pencabar utama Sukma di Johor nanti,” katanya.

Kali terakhir Selangor menjuarai Sukma pada 2016 dengan mengutip 59 emas, 73 perak dan 64 gangsa mengatasi tuan ru-mah Sarawak dan Terengganu.

Sukma 2020: 830 atlet bawa cabaran

Selangor sasar 45 pingat emas

Grafik ehsan FB FAS Selangor