Sastera panji

20
Sastera Panji

Transcript of Sastera panji

Page 1: Sastera panji

Sastera

Panji

Page 2: Sastera panji

Ciri-ciri Sastera Panji

1.Plot

2.Watak perwatakan

3.Latar

4.Fungsi cerita

Page 3: Sastera panji

PLOT

1.Bahagian awal

2.Bahagian

Pengembaraan

3.Bahagian Akhir

Cerita

Page 4: Sastera panji

Bahagian awal cerita dimulai dengan

mengisahkan dua watak utama yang saling

cinta menyintai. Kedua watak itu ialah saudara

sepupu iaitu Raden Galuh Chandera Kirana

puteri Ratu Daha dengan Raden Inu Kertapati,

putera Ratu Kuripan, Percintaan mereka telah

membawa kepada pertunangan tetapi

kemudiannya masing-masing watak

meninggalkan istana kerana beberapa. Faktur

yang menyebabkan mereka berpindah atau

terpaksa melakukan pengembaraan. Sebab-

sebab itu antaranya kerana ditawan oleh

raksasa, kerana perasaan salah sangka atau

akibat angkara ibu tiri.

Page 5: Sastera panji

Contoh 1, Hikayat Cekel Waneng , perpisahan berlaku

akibat puteri Chandera Kirana dilarikan oleh raksasa

(bota). Contoh 2, Hjkayat Misa Taman Jayeng Kesuma;

Raden Inu Kertapati menyangka tunangannya Raden

Galuh Chandera Kirana mempunyai wajah yang hodoh

sehingga menyebabkan ia berkahwin dengan wanita

lain. Hal ini menyebabkan Raden Galuh melarikan diri.

Kemudian Raden Inu menyuruh Semar mengintip wajah

Galuh Chandera Kirana dan menyuruh semar melukis

wajahnya. Apabila, dilihat oleh Inu, barulah ia berusaha

mencari Galuh Chandera Kirana. Contoh 3, Hikayat

Panji Kuda Sumirang, perpisahan angkara perbuatan

jahat ibu tiri iaitu Paduka Liku. Hidup Galuh Chandera

kirana senantiasa merana dan tersiksa lebih-lebih lagi

setelah ia dikukum kerat rambut oleh ayahanda sendiri.

Lalu ia melarikan diri.

Page 6: Sastera panji

Bahagian Pengembaraan, Cerita berkembang dan

merupakan bahagian cerita yang paling panjang iaitu

bahagian pengembaraan. Dalam masa pengembaraan

unsur penting yang berlaku ialah penyamaran oleh

watak-watak utama (hero dan heroin) serta

penyamaran oleh watak -watak pengiring watak utama.

Penyamaran dilakukan dengan berbagai tujuan seperti

bagi mengatasi rintangan-rintangan dalam masa

pengembaraan, bagi mengelakkan daripada dikenali

atau ditangkap oleh musuh . Dalam masa

pengembaraan juga , berlaku peperangan dengan

beberapa buah negeri, penaklukan, menunjukkan

kebijaksanaan dan kehandalan bermain senjata,

berlaku perkahwinan dengan puteri-puteri yang

negerinya berjaya ditawan, masing-masing watak

utama pernah bertemu tetapi mereka tidak mengenali

antara satu dengan lain.

Page 7: Sastera panji

Dalam masa pengembaraan ini, watak utama senantiasa

berjaya mengatasi segala macam rintangan dan halangan

bukan sahaja kerana kebijaksanaan dan kepahlawanan yang

dimiliki tetapi juga dengan dibantu oleh kuasa-kuasa

supernatural seperti dibantu oleh dewa-dewa yang

berperanan sebagai penyelamat. Contoh 1;Raden Galuh

Chandera Kirana keluar dari istana bersama pengiring-

pengiring dan Paduka Mahadewi. Ia menyamar sebagai lelaki

memakai nama Kelana Banji Samwirang Asmarantaka.

Dayang-dayang juga menyamar. Raden Inu yang sampai ke

Daha mengetahui tunangannya tidak ada juga melarikan diri,

mengembara mencari tunangannya. Raden Galuh membina

kota dan melakukan :perompakan barang-barang dagangan

yang lalu ke Kuripan. Mereka pernah menyerang Mentawan

dan menawan puteri-puteri raja Menatawan. Raden Inu juga

pernah berperang dengan beberapa buah negeri, misalnya

dengan negeri Jagaraga sewaktu raja negeri itu menyerang

kerajaan Gagelang.

Page 8: Sastera panji

Bahagian akhir cerita; Cerita berakhir dengan watak-

watak utama mendapat kemenangan dan kejayaan.

Mereka bertemu semula setelah sekian lama berpisah.

Kedua-dua kembali ke negeri Kuripan dan

melangsungkan perkahwinan serta hidup aman dan

bahagia dengan memiliki kerajaan yang besar. Contoh 1

Raden Inu bertemu semula dengan Raden Galuh

Chandera Kirana yang menyamar sebagai pemain

gambuh setelah mengintip ia sedang bermain-main

dengan anak patung pemberiannya dulu. Contoh2,

Dalam Hikayat Cekel Waneng Pati, Raden Inu yang

menyamar sebagai Cekel Waneng Pati, dan Raden

Galuh menyamar sebagai Kusela Branggit bertemu dan

menyedari bahawa mereka berada dalam selamat.

Mereka ingin berdamai . Masing-masing

memperkenalkan. diri dan pulang ke Kuripan. Mereka

berkahwin dan Raden Inu dilantik menjadi raja Kuripan,

manakala Raden Galuh pula sebagai pemaisuri.

Page 9: Sastera panji

WATAK &

PERWATAKAN

Page 10: Sastera panji

i. Watak utama - terdiri dari watak hero dan

watak heroin. Watak utama terdiri dari

kalangan anak-anak raja. Biasanya dalam

cerita-cerita Panji, watak hero ialah putera

raja Kuripan yang bernama Raden Inu

Kertapati. Watak heroinnya pula ialah puteri

ratu Daha bernama Raden Galuh Chandera

Kirana. Mereka merupakan watak protagonis .

Masing-masing watak perperanan dalam

cerita dan merupakan peranan penting.

Mereka, mengembara, melakukan

penyamaran, sering berperang dan

berlakunya perkahwinan dengan puteri-puteri

raja yang mereka takluki.

Page 11: Sastera panji

ii. Watak pembantu atau pengiring- terdiri daripada

dayang-dayang kepada watak heroin dan pengiring-

pengiring kepada watak hero. Mereka sangat setia dan

mengikut ke mana sahaja watak utama pergi. Peranan

watak ini sebagai pengasuh atau pengiring atau

sebagai orang suruhan. Apabila watak utama (hero dan

heroin) mengembara, watak pembantu juga turut

mengembara, turut menyamar dan turut berperang

menentang musuh-musuh. Dalam hikayat Panji

Sumirang, watak pembantu kepada Raden Inu Kertapati

ialah Punta, Jerud, Kertala dan Persanta. Watak

pembantu kepada Raden Galuh Chandera Kirana pula

ialah Ken Sanggit, Ken Bayan dan Ken Tadahan dan

Ken Penglipur pula adalah dayang kepada Ken

Tambuhan dalam syair Ken Tambuhan. Watak

pembantu ini mendapat ganjaran yang baik setelah

kedua-dua hero dan heroin bertemu.

Page 12: Sastera panji

iii. Watak dari kalangan dewa-dewi Dalam cerita Panji, watak-watak dewa juga memainkan peranan yang-penting sebagaipenyelamat atau watak-pembantu terutama kepada hero danheroin. Watak dewa pernah menjadi penyelamat kepada Ken Tambuhan dan Raden Mantri yang telah mati. Mereka dihidupkankembali dan bertemu semula, Dewa juga menyelamat wata,kutama sewaktu dalam pengembaraan. Misalnya, Baden GaluhChandera Kirana pernah dinasihatkan supaya menyamar danberpakaian secara lelaki supaya ia tidak dikenali dan terselamatdaripada musuh-musuh. Oleh sebab itulah Raden Galuh ChanderaKirana menyamar sebagai pemain gambuh dalam Hikayat PanjiKuda Sumirang dengan memakai nama Gambuh Asmarantaka. Watak dewa ini juga pernah terjadi penjelmaan atau unsurinkarnasi dewa yang menjadi raksasa atau bota. Contohnya dalamSyair Ken Tambuhan, Puteri Puspa Kenchana dilarikan.oleh SetaiaKala, seorang bota atau raksaksa. Manakala dalam Hikayat MisaTaman Jayeng Kusuma pula, Raden Buana telah disumpahmenjadi raksasa yang mempunyai wajah yang amat menakutkan.

Page 13: Sastera panji
Page 14: Sastera panji
Page 15: Sastera panji
Page 16: Sastera panji
Page 17: Sastera panji
Page 18: Sastera panji
Page 19: Sastera panji
Page 20: Sastera panji