SASTERA PENGGERAK BAHASA Bicara Karya Sastera … · Contoh yang biasa kita dengari antaranya ialah...

1
S ebanyak tiga buah karya yang diterbitkan oleh DBP telah dibi- carakan dalam Bicara Karya Sastera Negeri Johor 2007 anjuran Bahagian Teori dan Kritikan Sastera DBP Wilayah Selatan (DBPWS) deng- an kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Pontian dan Persatuan Penulis Johor (PPJ) bertempat di Dewan Wadah Informasi SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian pada 16 Jun lalu. Program ini antara lain bertujuan untuk meningkatkan apresiasi sas- tera kebangsaan dan kefahaman ten- tang teori sastera mutakhir dalam kalangan pelajar. Antologi karya drama Othman Zainuddin berjudul Delaila dibi- carakan oleh Amiruddin Md. Ali Hanafiah, Ketua satu PPJ, manakala antologi cerpen Ini Kota Impian karya Anis Sabirin dibentangkan oleh Mohamad Shahidan dari Bahagian Penerbitan Sastera DBP. Antologi puisi Paradoks Musim karya Mohd Kasim Mahmud pula diperkatakan oleh Shamsuddin Othman, ahli jawat- ankuasa Persatuan Penulis Nasional (PENA). Program yang dipengerusikan oleh Azhar Salleh, Munsyi Dewan DBP ini dihadiri oleh kira- kira 100 orang peserta yang terdiri daripada guru dan pelajar tingka- tan enam sekolah di daerah Pontian, ahli jawatankuasa PPJ, penulis dan penggiat sastera negeri Johor. Hadir sama dalam program ini ialah Mohd. Kasim Mahmud, penulis karya antologi puisi Paradoks Musim. Peserta, terutamanya pelajar ting- katan enam yang hadir, mendapat pendedahan baharu tentang kaedah kajian sastera berdasarkan pendekat- an umum dan teori sastera yang dike- mukakan. Pendedahan tentang penghayatan karya seperti ini dapat menyumbang kepada pembentukan modal insan melalui pembacaan dan penghayatan karya. Sementara itu, sebuah bengkel khas buat kumpulan teater yang menyertai Pertandingan Monodrama Negeri Johor 2007 telah diadakan pada 24 Jun lalu bertempat di Balai Seminar, DBPWS. Bengkel yang di-sertai oleh 25 orang ahli kumpulan teater negeri Johor itu dibimbing oleh Abdul Ghapar Hj. Abdullah, Editor Majalah DBP dan Amiruddin Mohd. Ali Hanafiah, Ketua Satu Persatuan Penulis Johor yang juga salah seorang panel hakim pertandingan Monodrama yang ber- langsung pada bulan April yang lalu. Bengkel ini diadakan khusus untuk memberi pendedahan kepada kumpulan atau persatuan teater tentang kaedah yang baik dan ber- mutu dalam proses menguruskan sesebuah pementasan yang berskala kecil mahupun besar. Antara aspek penting yang ditekankan ialah perancangan yang baik sebelum sesuatu pementasan, penghayatan skrip dan teknik penca- hayaan Halaman Sepuluh BERITA HARIAN Rabu, 18 Julai 2007 SASTERA PENGGERAK BAHASA Bicara Karya Sastera Negeri Johor 2007 BH PILIH L10 18 emel I roni ialah salah gaya bahasa pertentangan, iaitu pertentang- an makna yang dimaksudkan dengan makna yang sebenar. Gaya bahasa ironi ini digunakan oleh pe- nyair dengan tujuan untuk memper- olok-olokkan atau menyindir secara halus. Gaya bahasa ironi ini boleh disa- makan dengan bahasa terbalik. Menurut Za’ba, bahasa terbalik menggunakan perkataan berlawan daripada maksud yang dikehendaki dan orang faham akan maksud- nya. Contoh yang biasa kita dengari antaranya ialah “Esok panjat pokok lagi, lagi tinggi lagi baik, biar jatuh dan patah riuk.” Ayat ini mungkin dituturkan oleh seorang ibu yang memarahi anaknya yang terjatuh dari pokok. Maksud ayat tersebut tentu sahaja berlawanan dengan yang diucapkan kerana ayat itu hanya satu sindiran atau ingatan supaya si anak tidak memanjat pokok lagi. Untuk melihat contoh penggunaan gaya bahasa ironi dalam penulisan puisi pula, kita boleh sahaja melihat contoh salah satu puisi lama yang mengandungi gaya bahasa ironi. Puisi yang dimaksudkan ialah “Seloka Emak Si Rendang”. Baik budi emak Si Rendang Dagang lalu ditanakkan Tidak berkayu rumah diruntuh Anak pulang kelaparan Anak dipangku diletakkan Kera di hutan disusui! Seloka ini menyindir golongan yang lebih mementingkan orang lain daripada keluarga sendiri atau kaum- nya. Tetapi untuk ‘melembutkan’ teguran yang jika dibuat secara lang- sung akan terasa ‘pedasnya’, pen- ciptanya telah menggunakan unsur ironi atau bahasa terbalik dengan tujuan supaya apa yang ingin ditegur itu tidak terasa terlalu kasar atau tidak beradab. Penggunaan ironi ini dalam sajak dapat dilihat dalam sajak karya T. Alias Taib dalam kumpulan puisinya “Pasar Pengalaman (DBP, 2004, hlm. 56): Aku tidak mahu lagi aku tidak mahu lagi jadi saksi kepada kebenaran kerana kebenaran sering disalahertikan menjadi tidak benar lagi aku tidak mahu lagi jadi saksi kepada kepalsuan kerana kepalsuan sering diputarbelitkan menjadi tidak palsu lagi aku tidak mahu lagi jadi saksi kepada pembunuhan kerana pembunuhan sering dibolakbalikkan hingga pembunuh melangkah tenang aku tidak mahu lagi jadi saksi kepada penipuan kerana penipuan sering disalahtafsirkan hingga penipu bersiul riang. Dalam sajak di atas, penyair T. Alias Taib telah memanfaatkan gaya bahasa ironi untuk menyindir secara lembut sesetengah orang atau golongan yang berkepentingan dan berkuasa sehingga dapat mempengaruhi sesuatu keadaan itu menjadi sebaliknya. Di sinilah penyair menyindir de- ngan membalikkan maksud yang ingin disampaikan dalam sajaknya ini. Pembaca yang teliti pula akan ber- fikir tentang kenyataan yang diutara- kan oleh penyairnya. Untuk menggunakan gaya bahasa ironi ini dalam penciptaan sajak, kita harus tahu mempertentangkan sesuatu maksud yang sebenar untuk menimbulkan satu kesan yang lain. Selain itu, penggunaan ironi juga dapat mewujudkan kesan maksud yang pelbagai. (bersambung...) Ironi Oleh Saifullizan Yahaya Oleh Rusdi Abdul Rahman PEDOMAN SASTERA D ewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara (DBPWU) telah menganjurkan bengkel penulisan puisi dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Balik Pulau dan Pusat Khidmat KADUN Pulau Betong, baru-baru ini. Objektif utama bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan tentang teknik penulisan yang perlu diketa- hui dan dikuasai oleh para penulis ke arah menghasilkan puisi yang bermutu serta merangsang dan mem- beri input baharu atau ilmu bantu kepada penulis agar lebih aktif dalam berkarya. Bengkel dua hari sempena Perasmian Anjung Indah telah diha- diri seramai 31 orang peserta terdiri daripada guru-guru sekolah sekitar Daerah Barat Daya, Pulau Pinang, pelajar Maktab Rendah Sains MARA dan pensyarah Kolej Kemahiran Teknologi MARA Balik Pulau. Pembimbing program terdiri dari- pada Sasterawan Negara (SN) Datuk A. Samad Said yang merupakan pen- dorong kepada peserta supaya ber- giat aktif dalam bidang penulisan dan Saudara Radimidin Zahari, penyair yang mula meningkat namanya dalam bidang kepenyairan tanah air. Dalam bengkel ini, peserta diberi peluang untuk menulis dan mende- klamasikan puisi tersebut sebelum dinilai pada sesi akhir bengkel. Datuk A.Samad Said dalam sesi pengenalan kepada Penulisan Puisi mengatakan bahawa proses penulisan bukan- lah satu proses yang mudah kerana setiap orang mempunyai keupayaan dan kemahiran yang berbeza-beza. Justeru, untuk menjadi seorang penu- lis yang baik, latihan yang berterusan sangat penting. Saudara Rahimidin Zahari memu- lakan ceramah dengan membuat pene- litian ke atas puisi Latiff Mohidin- Sungai Mekong. Menurut beliau, penulisan puisi seharusnya mempu- nyai tema tertentu seperti ketuhanan, keagamaan, diri, perjuangan, alam dan sebagainya. Justeru, sebelum memulakan se- suatu proses penulisan, penulis perlu- lah menetapkan tema agar skop puisi itu dapat dikenal pasti. Ini penting supaya mesej yang ingin disampaikan oleh penyair kepada pembaca dapat diterima dan difahami. Pada sesi penilaian karya SN Datuk A. Samad Said telah memberi pan- duan untuk penambahbaikan dan me- nyarankan supaya menghantar karya melalui saluran yang betul. Program ini telah berjaya membuka minda serta memupuk minat peserta untuk berkarya. Sememangnya, pro- gram seumpama ini dapat melahirkan lebih ramai lagi penulis muda yang bergiat aktif dalam menghasilkan karya bermutu. DBPWU merancang untuk mengumpulkan semua puisi peserta dan dibukukan. Berguru di Anjung Indah: Lahirkan Bakat Baharu dalam Penulisan Puisi Oleh Nurul Marwannie Rhazali PEDOMAN SASTERA BERBICARA: (Dari kiri) Mohamad Shahidan, Shamsuddin Othman, Azhar Salleh (pengerusi) dan Amiruddin Ali. BERKONGSI PENGETAHUAN: Datuk A. Samad Said mencurahkan ilmu kepada peserta. Karya-karya yang dibicarakan.

Transcript of SASTERA PENGGERAK BAHASA Bicara Karya Sastera … · Contoh yang biasa kita dengari antaranya ialah...

Page 1: SASTERA PENGGERAK BAHASA Bicara Karya Sastera … · Contoh yang biasa kita dengari antaranya ialah “Esok panjat pokok lagi, lagi tinggi lagi baik, biar jatuh dan patah riuk.”

Sebanyak tiga buah karya yang diterbitkan oleh DBP telah dibi-carakan dalam Bicara Karya

Sastera Negeri Johor 2007 anjuran Bahagian Teori dan Kritikan Sastera DBP Wilayah Selatan (DBPWS) deng-an kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Pontian dan Persatuan Penulis Johor (PPJ) bertempat di Dewan Wadah Informasi SMK

Dato’ Penggawa Barat,

Pontian pada 16 Jun lalu. Program ini antara lain bertujuan

untuk meningkatkan apresiasi sas-tera kebangsaan dan kefahaman ten-tang teori sastera mutakhir dalam kalangan pelajar.

Antologi karya drama Othman Zainuddin berjudul Delaila dibi-carakan oleh Amiruddin Md. Ali Hanafiah, Ketua satu PPJ, manakala antologi cerpen Ini Kota Impian karya Anis Sabirin dibentangkan oleh Mohamad Shahidan dari Bahagian

Penerbitan Sastera DBP. Antologi puisi Paradoks Musim karya Mohd Kasim Mahmud pula diperkatakan oleh Shamsuddin Othman, ahli jawat-ankuasa Persatuan Penulis Nasional (PENA).

Program yang dipengerusikan oleh Azhar Salleh, Munsyi

Dewan DBP ini dihadiri oleh kira-kira 100 orang peserta yang terdiri daripada guru dan pelajar tingka-tan enam sekolah di daerah Pontian, ahli jawatankuasa PPJ, penulis dan penggiat sastera negeri Johor. Hadir sama dalam program ini ialah Mohd. Kasim Mahmud, penulis karya antologi puisi Paradoks Musim.

Peserta, terutamanya pelajar ting-katan enam yang hadir, mendapat pendedahan baharu tentang kaedah kajian sastera berdasarkan pendekat-an umum dan teori sastera yang dike-mukakan.

Pendedahan tentang penghayatan karya seperti ini dapat menyumbang kepada pembentukan modal insan melalui pembacaan dan penghayatan karya.

Sementara itu, sebuah bengkel khas buat kumpulan teater yang menyertai Pertandingan Monodrama Negeri Johor 2007 telah diadakan pada 24 Jun lalu bertempat di Balai Seminar, DBPWS.

Bengkel yang di-sertai oleh 25 orang

ahli kumpulan teater negeri Johor itu dibimbing oleh Abdul Ghapar Hj. Abdullah, Editor Majalah DBP dan Amiruddin Mohd. Ali Hanafiah, Ketua Satu Persatuan Penulis Johor yang juga salah seorang panel hakim pertandingan Monodrama yang ber-langsung pada bulan April yang lalu.

Bengkel ini diadakan khusus untuk memberi pendedahan kepada

kumpulan atau persatuan teater tentang kaedah yang baik dan ber-mutu dalam proses menguruskan sesebuah pementasan yang berskala kecil mahupun besar.

Antara aspek penting yang ditekankan ialah perancangan yang baik sebelum sesuatu pementasan, penghayatan skrip dan teknik penca-hayaan

Halaman Sepuluh BERITA HARIAN Rabu, 18 Julai 2007

SASTERA PENGGERAK BAHASA

Bicara Karya Sastera Negeri Johor 2007

BH PILIH L10 18 emel

Ironi ialah salah gaya bahasa pertentangan, iaitu pertentang-an makna yang dimaksudkan

dengan makna yang sebenar. Gaya bahasa ironi ini digunakan oleh pe-nyair dengan tujuan untuk memper-olok-olokkan atau menyindir secara halus.

Gaya bahasa ironi ini boleh disa-makan dengan bahasa terbalik. Menurut Za’ba, bahasa terbalik menggunakan perkataan berlawan daripada maksud yang dikehendaki dan orang faham akan maksud-nya. Contoh yang biasa kita dengari antaranya ialah “Esok panjat pokok

lagi, lagi tinggi lagi baik, biar jatuh dan patah riuk.” Ayat ini mungkin dituturkan oleh seorang ibu yang memarahi anaknya yang terjatuh dari pokok. Maksud ayat tersebut tentu sahaja berlawanan dengan yang diucapkan kerana ayat itu hanya satu sindiran atau ingatan supaya si anak tidak memanjat pokok lagi.

Untuk melihat contoh penggunaan gaya bahasa ironi dalam penulisan puisi pula, kita boleh sahaja melihat contoh salah satu puisi lama yang mengandungi gaya bahasa ironi. Puisi yang dimaksudkan ialah “Seloka Emak Si Rendang”.

Baik budi emak Si Rendang Dagang lalu ditanakkan Tidak berkayu rumah diruntuh Anak pulang kelaparan

Anak dipangku diletakkan Kera di hutan disusui!

Seloka ini menyindir golongan yang lebih mementingkan orang lain daripada keluarga sendiri atau kaum-nya. Tetapi untuk ‘melembutkan’ teguran yang jika dibuat secara lang-sung akan terasa ‘pedasnya’, pen-ciptanya telah menggunakan unsur ironi atau bahasa terbalik dengan tujuan supaya apa yang ingin ditegur itu tidak terasa terlalu kasar atau tidak beradab.

Penggunaan ironi ini dalam sajak dapat dilihat dalam sajak karya T. Alias Taib dalam kumpulan puisinya “Pasar Pengalaman (DBP, 2004, hlm. 56): Aku tidak mahu lagi aku tidak mahu lagi

jadi saksi kepada kebenaran kerana kebenaran sering disalahertikan menjadi tidak benar lagi aku tidak mahu lagi jadi saksi kepada kepalsuan kerana kepalsuan sering diputarbelitkan menjadi tidak palsu lagi aku tidak mahu lagi jadi saksi kepada pembunuhan kerana pembunuhan sering dibolakbalikkan hingga pembunuh melangkah tenang aku tidak mahu lagi jadi saksi kepada penipuan kerana penipuan sering disalahtafsirkan hingga penipu bersiul riang.

Dalam sajak di atas, penyair T. Alias Taib telah memanfaatkan gaya bahasa ironi untuk menyindir secara lembut sesetengah orang atau golongan yang berkepentingan dan berkuasa sehingga dapat mempengaruhi sesuatu keadaan itu menjadi sebaliknya.

Di sinilah penyair menyindir de-ngan membalikkan maksud yang ingin disampaikan dalam sajaknya ini. Pembaca yang teliti pula akan ber-fikir tentang kenyataan yang diutara-kan oleh penyairnya.

Untuk menggunakan gaya bahasa ironi ini dalam penciptaan sajak, kita harus tahu mempertentangkan sesuatu maksud yang sebenar untuk menimbulkan satu kesan yang lain. Selain itu, penggunaan ironi juga dapat mewujudkan kesan maksud yang pelbagai.(bersambung...)

IroniOleh Saifullizan Yahaya

Oleh Rusdi Abdul Rahman

PEDOMAN SASTERA

Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara (DBPWU) telah menganjurkan bengkel

penulisan puisi dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Balik Pulau dan Pusat Khidmat KADUN Pulau Betong, baru-baru ini.

Objektif utama bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan tentang teknik penulisan yang perlu diketa-hui dan dikuasai oleh para penulis ke arah menghasilkan puisi yang bermutu serta merangsang dan mem-beri input baharu atau ilmu bantu kepada penulis agar lebih aktif dalam berkarya.

Bengkel dua hari sempena Perasmian Anjung Indah telah diha-

diri seramai 31 orang peserta terdiri daripada guru-guru sekolah sekitar Daerah Barat Daya, Pulau Pinang, pelajar Maktab Rendah Sains MARA dan pensyarah Kolej Kemahiran Teknologi MARA Balik Pulau.

Pembimbing program terdiri dari-pada Sasterawan Negara (SN) Datuk A. Samad Said yang merupakan pen-dorong kepada peserta supaya ber-giat aktif dalam bidang penulisan dan Saudara Radimidin Zahari, penyair yang mula meningkat namanya dalam bidang kepenyairan tanah air.

Dalam bengkel ini, peserta diberi peluang untuk menulis dan mende-klamasikan puisi tersebut sebelum dinilai pada sesi akhir bengkel. Datuk A.Samad Said dalam sesi pengenalan kepada Penulisan Puisi mengatakan bahawa proses penulisan bukan-

lah satu proses yang mudah kerana setiap orang mempunyai keupayaan dan kemahiran yang berbeza-beza. Justeru, untuk menjadi seorang penu-lis yang baik, latihan yang berterusan sangat penting.

Saudara Rahimidin Zahari memu-lakan ceramah dengan membuat pene-litian ke atas puisi Latiff Mohidin-Sungai Mekong. Menurut beliau, penulisan puisi seharusnya mempu-nyai tema tertentu seperti ketuhanan, keagamaan, diri, perjuangan, alam dan sebagainya.

Justeru, sebelum memulakan se-suatu proses penulisan, penulis perlu-lah menetapkan tema agar skop puisi itu dapat dikenal pasti. Ini penting supaya mesej yang ingin disampaikan oleh penyair kepada pembaca dapat diterima dan difahami.

Pada sesi penilaian karya SN Datuk A. Samad Said telah memberi pan-duan untuk penambahbaikan dan me-nyarankan supaya menghantar karya melalui saluran yang betul.

Program ini telah berjaya membuka minda serta memupuk minat peserta

untuk berkarya. Sememangnya, pro-gram seumpama ini dapat melahirkan lebih ramai lagi penulis muda yang bergiat aktif dalam menghasilkan karya bermutu. DBPWU merancang untuk mengumpulkan semua puisi peserta dan dibukukan.

Berguru di Anjung Indah: Lahirkan Bakat Baharu dalam Penulisan PuisiOleh Nurul Marwannie Rhazali

PEDOMAN SASTERA

BERBICARA: (Dari kiri) Mohamad Shahidan, Shamsuddin Othman, Azhar Salleh(pengerusi) dan Amiruddin Ali.

BERKONGSI PENGETAHUAN: Datuk A. Samad Said mencurahkan ilmu kepada peserta.

Karya-karya yang dibicarakan.