Sastera Sejarah

2
8/7/2019 Sastera Sejarah http://slidepdf.com/reader/full/sastera-sejarah 1/2 SASTERA SEJARAH  Antara corak kesusasteraan Melayu Lama yang mempunyai sifat-sifat tempatan dari segi kandungannya ialah karya kesusasteraan sejarah. Karya-karya yang disebut ini selalunya digolongkan sebagai Sastera Sejarah oleh para sarjana sastera Melayu. Secara umumnya, hasil karya sastera ini akan mengandungi kisah-kisah kegemilangan negara-negara Melayu. Para sarjana berpendapat bahawa sastera sejarah tidak dapat digunakan sebagai sumber sejarah yang lengkap kerana terdapat perbezaan antara sastera sejarah dengan penulisan sejarah yang sebenar. Oleh sebab, kandungan dalam karya sastera sejarah campur aduk fakta dengan khayalan serta peristiwa benar- benar berlaku ia belum tentu merupakan suatu kebenaran. Sastera sejarah dihasilkan dengan berdasarkan fantasi penulis atau atas perintah seseorang, tetapi sejarah ditulis berdasarkan fakta. Sastera sejarah bermula dengan kepercayaan tentang adanya sesuatu, sedangkan sejarah bermula dengan pembuktian adanya sesuatu. Oleh ini, hubungan yang erat dapat dilihat antara sastera sejarah dengan lagenda. Kadangkala, sastera sejarah dengan lagenda tidak dapat dipisahkan. Karya-karya tersebut dikatakan sebagai sastera sejarah kerana mengandungi unsur- unsur sejarah tetapi ditulis dalam bentuk sastera dan ini adalah sifat mutlak di dalam hasil sastera sejarah. Pendapatan-pendapatan Para Sarajana tentang Sastera Sejarah. Menurut Prof. Mohd. Taib Osman, karya sastera sejarah hanya dapat digunakan sebagai “memberi gambaran peradaban masyarakat, konsep beraja dan corak pemikiran pada zaman itu.” Kini tidak dapat menggunakannya menurut pengertian sejarah di dalam konsep moden sekarang yang dianggap sebagai “ suatu sains yang menginterprestasikan masa lampau dengan berdasarkan kenyataan atau fakta yang secara terasing dan dikaji dengan tujuan untuk memberi fakta yang benar bagi pengetahuan manusia.”

Transcript of Sastera Sejarah

Page 1: Sastera Sejarah

8/7/2019 Sastera Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/sastera-sejarah 1/2

SASTERA SEJARAH

 

Antara corak kesusasteraan Melayu Lama yang mempunyai sifat-sifat tempatan dari

segi kandungannya ialah karya kesusasteraan sejarah. Karya-karya yang disebut ini

selalunya digolongkan sebagai Sastera Sejarah oleh para sarjana sastera Melayu.

Secara umumnya, hasil karya sastera ini akan mengandungi kisah-kisah

kegemilangan negara-negara Melayu.

Para sarjana berpendapat bahawa sastera sejarah tidak dapat digunakan

sebagai sumber sejarah yang lengkap kerana terdapat perbezaan antara sastera

sejarah dengan penulisan sejarah yang sebenar. Oleh sebab, kandungan dalam

karya sastera sejarah campur aduk fakta dengan khayalan serta peristiwa benar-

benar berlaku ia belum tentu merupakan suatu kebenaran. Sastera sejarah

dihasilkan dengan berdasarkan fantasi penulis atau atas perintah seseorang, tetapi

sejarah ditulis berdasarkan fakta. Sastera sejarah bermula dengan kepercayaan

tentang adanya sesuatu, sedangkan sejarah bermula dengan pembuktian adanya

sesuatu. Oleh ini, hubungan yang erat dapat dilihat antara sastera sejarah dengan

lagenda. Kadangkala, sastera sejarah dengan lagenda tidak dapat dipisahkan.

Karya-karya tersebut dikatakan sebagai sastera sejarah kerana mengandungi unsur-

unsur sejarah tetapi ditulis dalam bentuk sastera dan ini adalah sifat mutlak di dalam

hasil sastera sejarah.

Pendapatan-pendapatan Para Sarajana tentang Sastera Sejarah.

Menurut Prof. Mohd. Taib Osman, karya sastera sejarah hanya dapat digunakan

sebagai “memberi gambaran peradaban masyarakat, konsep beraja dan corak

pemikiran pada zaman itu.” Kini tidak dapat menggunakannya menurut pengertian

sejarah di dalam konsep moden sekarang yang dianggap sebagai “ suatu sains yang

menginterprestasikan masa lampau dengan berdasarkan kenyataan atau fakta yang

secara terasing dan dikaji dengan tujuan untuk memberi fakta yang benar bagipengetahuan manusia.”

Page 2: Sastera Sejarah

8/7/2019 Sastera Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/sastera-sejarah 2/2

Zuber Usman di dalam karyanya Kesusasteraan Lama Indonesia telah nyatakan

sastera sejarah sebagai “perpustakaan yang bersifat kebangsaan.” Karya ini dilihat

sebagai pelaku dan latar belakang ceritanya bersifat tempatan.

Pendapatan-pendapatan para sarjana barat Menurut R.A.Kern sastera

sejarah mengandungi unsur-unsur sejarah, secara kesamping kerana ia dipenuhi

dengan berbagai-bagai cerita khayalan.

J.C.Bottoms yang menganjurkan penyelidikan sastera sejarah sebagai sumber 

sejarah masih berpendirian bahawa sastera sejarah Melayu tidak lebih dari hiburan

bagi orang-orang Melayu. Ketepatan, kesempurnaan dan penyusunan yang teratur 

bukanlah prinsip yang penting apa yang dipentingkan adalah dongeng, fantasi dan

campuran daripada leteran di istana dan pelabuhan.

Para sarjana ini menganggap karya sastera sejarah sedemikian rupa, kerana

mereka menggunakan ukuran pensejarahan moden barat iaitu harus bersifat

saintifik, humanistik, rasional dan self-revealatory. Dalam hal ini, para sarjana ini

gagal memahami bahawa mitos dan lagenda yang digunakan oleh pengarang karya

pensejarahan Melayu mempunyai fungsi yang tertentu dan fungsi-fungsi itu

berkaitan dengan kebudayaan Melayu.

Objektif pengkaji mengkaji sastera sejarah adalah untuk mengenalkan

sastera sejarah kepada khalayak kerana ramai yang masih tidak mahir tentangnya.

Pengkaji juga mahu memberi maklumat yang berfaedah tentang sastera sejarah ini.

Penyelidikan terhadap sastera sejarah untuk membantu seseorang itu menghasilkan

karya sastera sejarah yang berkualiti. Pengkajian ini juga dibuat untuk menyedarkan

kepentingan menggunakan sastera sejarah dalam sesebuah karya. Selain itu, kajian

ini akan memaparkan juga keunikan sastera sejarah dalam sebuah karya.