Sebab-sebab Bahasa Melayu Berada Dalam Dilema Dan Semakin Terpinggir Serta Cara Untuk Mendaulatkan...

2
Soalan: Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan bimbang terhadap kepudaran bahasa Melayu dengan mengamalkan bahasa “Rojak” dalam kalangan orang Melayu. Huraikan sebab-sebab bahasa Melayu berada dalam dilema dan semakin terpinggir serta bagaimana cara mendaulatkan bahasa Melayu. Jawapan cadangan: Bahasa rojak dalam kalangan orang Melayu telah memperlihatkan bahasa Melayu dipengarui oleh bahasa asing seperti bahasa Cina, bahasa Inggeris dan sebagainya. Malahan, bahasa Melayu semakin dipinggirkan oleh masyarakat Melayu kebelakangan ini. Antara sebab bahasa Melayu semakin dipinggirkan ialah masyarakat Melayu memandang rendah terhadap bahasa Melayu. Mereka bersikap mengagumkan bahasa lain khususnya bahasa Inggeris. Ekorannya, mereka menganggap bahasa Melayu kurang penting untuk mereka. Hal ini demikian, kerana mereka menganggap bahasa Inggeris bukan sahaja penting untuk pertuturan dengan rakyat asing malah turut dilihat sebagai lambang ketinggian taraf mereka. Oleh itu, bahasa lain yang dianggap penting telah menyebabkan masyarakat memandang rendah terhadap bahasa Melayu. Selain itu, dasar kerajaan mewajibkan Pengajaran dan Pembelajaran(P&P) subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris turut menyebabkan bahasa Melayu semakin terpinggir. Proses P&P subjek sains dan matematik dalam bahasa Melayu pada sebelumnya telah digantikan dengan bahasa Inggeris pada masa ini. Hal ini demikian, kerana penggunaan bahasa Melayu dalam subjek sains dan matematik dianggap tidak setaraf dengan bahasa antarabangsa. Hal ini telah memburukkan pandangan masyarakat Melayu terhadap kepentingan bahasa Melayu. Terdapat beberapa langkah untuk mendaulatkan bahasa Melayu, antaranya ialah menetapkan subjek bahasa Melayu sebagai subjek wajib untuk melulus peperiksaan awam. Hal ini dapat dilihat apabila subjek bahasa Melayu merupakan subjek wajib diambil oleh pelajar-pelajar UPSR, PMR, dan SPM. Semua

description

Pengajian Am 2(A): Contoh karangan laras sastera.

Transcript of Sebab-sebab Bahasa Melayu Berada Dalam Dilema Dan Semakin Terpinggir Serta Cara Untuk Mendaulatkan...

Soalan: Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan bimbang terhadap kepudaran bahasa Melayu dengan mengamalkan bahasa Rojak dalam kalangan orang Melayu. Huraikan sebab-sebab bahasa Melayu berada dalam dilema dan semakin terpinggir serta bagaimana cara mendaulatkan bahasa Melayu.

Jawapan cadangan:

Bahasa rojak dalam kalangan orang Melayu telah memperlihatkan bahasa Melayu dipengarui oleh bahasa asing seperti bahasa Cina, bahasa Inggeris dan sebagainya. Malahan, bahasa Melayu semakin dipinggirkan oleh masyarakat Melayu kebelakangan ini. Antara sebab bahasa Melayu semakin dipinggirkan ialah masyarakat Melayu memandang rendah terhadap bahasa Melayu. Mereka bersikap mengagumkan bahasa lain khususnya bahasa Inggeris. Ekorannya, mereka menganggap bahasa Melayu kurang penting untuk mereka. Hal ini demikian, kerana mereka menganggap bahasa Inggeris bukan sahaja penting untuk pertuturan dengan rakyat asing malah turut dilihat sebagai lambang ketinggian taraf mereka. Oleh itu, bahasa lain yang dianggap pe nting telah menyebabkan masyarakat memandang rendah terhadap bahasa Melayu. Selain itu, dasar kerajaan mewajibkan Pengajaran dan Pembelajaran(P&P) subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris turut menyebabkan bahasa Melayu semakin terpinggir. Prose s P&P subjek sains dan matematik dalam bahasa Melayu pada sebelumnya telah digantikan dengan bahasa Inggeris pada masa ini. Hal ini demikian, kerana penggunaan bahasa Melayu dalam subjek sains dan matematik dianggap tidak setaraf dengan bahasa antarabangsa. Hal ini telah memburukkan pandangan masyarakat Melayu terhadap kepentingan bahasa Melayu. Terdapat beberapa langkah untuk mendaulatkan bahasa Melayu, antaranya ialah menetapkan subjek bahasa Melayu sebagai subjek wajib untuk melulus peperiksaan awam. Hal ini dapat dilihat apabila subjek bahasa Melayu merupakan subjek wajib diambil oleh pelajar -pelajar UPSR, PMR, dan SPM. Semua pelajar wajib belajar bahasa Melayu di sekolah untuk lulus dalam

peperiksaan. Dengan ini, semua pelajar akan lebih memahami akan bahasa Melayu di samping mendaulatkan bahasa Melayu. Selain itu, dasar kerajaan dalam pend idikan juga penting dalam mendaulatkan bahasa Melayu. Pihak kera jaan harus menggerakkan semula penggunaan bahasa Melayu dalam subjek sains dan matematik supaya para pelajar lebih menggunakan bahasa Melayu dalam P&P berbanding dengan bahasa Inggeris. Hal ini bukan sahaja menggalakkan kecekapan pelajar dalam penggunaan bahasa Melayu dalam ilmu sains dan matematik tetapi juga meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar mereka. Dengan dasar kerajaan ini, bahasa Melayu dapat diperkukuh lagi. Kesimpulannya, bahasa Melayu merupakan bahasa ibunda bagi masyarakat Melayu. Walaubagaimanapun, pelbagai langkah harus diambil untuk mendaulatkan bahasa Melayu supaya tidak dipinggir oleh masyarakat.