Sejarah-esei-Pokok Misai Kucing Ialah Pokok Herba Renek Tropika Daripada Keluarga

15
941124-01-5904 PENGENALAN Pokok misai kucing mempunyai taburan yang cukup luas di seluruh kawasan Asia tropika dan juga Australia tropika. Ia juga ditanam di kawasan tropika yang lain dan di kawasan subtropika ataupun yang bukan iklim tropika. Pokok misai kucing merupakan antara pokok herba yang telah dimanfaatkan khasiatnya di kebanyakan negara seperti di Malaysia, Jerman, India, Indonesia, dan Thailand. Pokok misai kucing juga adalah salah satu pokok herba renek yang terdapat di Malaysia. Kebiasannya, pokok misai kucing tumbuh di Malaysia kerana cuacanya yang bersesuaian dengan cara penanaman pokok misai kucing. Pokok misai kucing adalah sejenis tumbuhan herba yang hidup meliar di tepi jalan dan pinggir hutan. Pokok ini dipercayai mengandungi nilai perubatan yang boleh merawat beberapa jenis penyakit. Taman daya merupakan salah satu tempat yang sesuai bagi penanaman pokok misai kucing. Di Taman Daya, pokok misai kucing telah popular dalam kalangan penduduk setempat melalui khasiat dan fungsi tumbuhan herba pokok misai kucing ini. Produk-produk perubatan berasaskan pokok misai kucing telah banyak dikeluarkan dan dipasarkan di seluruh negara termasuk di kawasan Taman Daya.

description

info-info tentang pokok herba misai kucing

Transcript of Sejarah-esei-Pokok Misai Kucing Ialah Pokok Herba Renek Tropika Daripada Keluarga

Page 1: Sejarah-esei-Pokok Misai Kucing Ialah Pokok Herba Renek Tropika Daripada Keluarga

941124-01-5904

PENGENALAN

Pokok misai kucing mempunyai taburan yang cukup luas di seluruh kawasan Asia

tropika dan juga Australia tropika. Ia juga ditanam di kawasan tropika yang lain dan di

kawasan subtropika ataupun yang bukan iklim tropika. Pokok misai kucing merupakan antara

pokok herba yang telah dimanfaatkan khasiatnya di kebanyakan negara seperti di Malaysia,

Jerman, India, Indonesia, dan Thailand.

Pokok misai kucing juga adalah salah satu pokok herba renek yang terdapat di Malaysia.

Kebiasannya, pokok misai kucing tumbuh di Malaysia kerana cuacanya yang bersesuaian

dengan cara penanaman pokok misai kucing.

Pokok misai kucing adalah sejenis tumbuhan herba yang hidup meliar di tepi jalan

dan pinggir hutan. Pokok ini dipercayai mengandungi nilai perubatan yang boleh merawat

beberapa jenis penyakit.

Taman daya merupakan salah satu tempat yang sesuai bagi penanaman pokok misai

kucing. Di Taman Daya, pokok misai kucing telah popular dalam kalangan penduduk

setempat melalui khasiat dan fungsi tumbuhan herba pokok misai kucing ini. Produk-produk

perubatan berasaskan pokok misai kucing telah banyak dikeluarkan dan dipasarkan di seluruh

negara termasuk di kawasan Taman Daya.

Page 2: Sejarah-esei-Pokok Misai Kucing Ialah Pokok Herba Renek Tropika Daripada Keluarga

941124-01-5904

ASAL USUL POKOK MISAI KUCING

Pokok misai kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga “Lamiaceae”

yang terdapat di Malaysia. Nama saintifiknya ialah Ortosiphon stamineus,Benth. Nama misai

kucing diberikan berdasarkan rupa bentuk pokok itu sendiri yang menyerupai misai seekor

kucing. Selain daripada misai kucing dan orthosiphon stamineus, Benth, tumbuhan ini juga

dikenali sebagai Kumis Kucing, dan Remujung (Indonesia), Cat Whisker, Java Tea dan

Kidney Tea (Eropah), Orthosiphonblaetter, Indisher Nierentee, Kabling Gubat, Feuilles De

Barbiflore, Koemis Koetjing dan Aa Nuat Maeo (Thailand).

Tumbuhan yang pada asalnya dari klasifikasi tumbuhan liar ini mula banyak di tanam

dan popular sebagai tumbuhan taman kerana bunganya yang cantik. Pokok ini dapat

membiak melalui keratan batang dan memerlukan medium yang agak lembap untuk hidup

dengan subur. Tumbuhan ini mula menarik perhatian para pengkaji antarabangsa apabila ia

mula diperkenalkan sebagai teh di Eropah pada awal kurun ke-20.

Malaysia merupakan salah sebuah daripada 12 buah Negara yang diiktiraf sebagai

mempunyai kepelbagaian raya. Pokok misai kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh

sehingga mencapai ketingian 1.5 meter. Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok

berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan. Bunga yang terdapat pada ‘Verticil’

lebih kurang 16 cm panjang. Bunga bewarna putih kebiru-biruan dengan filament yang

panjang, seperti misai kucing. Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang

bertentangan. Daun Misai Kucing berasa licin, bewarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan

tepi daun bergerigi. Tangkai daun tumbuhan misai kucing ini pendek, lebih kurang 0.3 cm

Page 3: Sejarah-esei-Pokok Misai Kucing Ialah Pokok Herba Renek Tropika Daripada Keluarga

941124-01-5904

panjang dan bewarna ungu kemerah-merahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat

segi, bewarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang. i

Tanaman pokok misai kucing ini boleh tumbuh dengan baik di kawasan yang rendah

dengan ketinggian 1500 m dpl, manakala curahan hujan pula dari 3000 mm/tahun, suhu udara

28-34 darjah selsius, dan ia terletak di kawasan yang terbuka. Misai kucing boleh tumbuh di

kawasan yang tanahnya liat berpasir dengan pH 5.0-7.7.

Melalui kaji selidik daripada para pengkaji yang lepas, cara-cara penanaman

pokok misai kucing ditanam melalui cara keratan batang di dalam pasu atau atas tanah secara

tunggal, berbaris, berjalur ataupun berkelompok. Keratan batang diambil dari 2-3 ruas dari

batang yang tidak terlalu muda sepanjang 25-30 cm. Sebelum memulakan proses penanaman,

tunas tersebut ditanam di dalam polibeg berukuran 10 cm kali 15 cm dan diletakkan di tempat

yang terlindung. Medium tanaman yang digunakan adalah campuran tanah, baja asli,dan pasir

dengan nisbah 2 : 1: 1. Hal ini turut dipersetujui oleh responden yang tinggal di Taman Daya

yang menanam tumbuhan pokok misai kucing ini di rumahnya.

Pokok misai kucing lebih sesuai di kawasan sedikit teduh iaitu tidak terlalu teduh

dan tidak pula terlalu terik sepanjang hari. Hal ini kerana cuaca amat memainkan peranan

penting dalam penanaman tumbuhan herba ini. Tanah pula perlulah yang tidak terlalu kering,

lembap sedikit tetapi tidaak boleh bertakung air. Sebaik-baiknya tanah harus subur dan

banyak baja. Hal ini sangat membantu tumbuhan pokok misai kucing ini untuk tumbuh di

Taman Daya yang mempunyai cuaca seperti yang telah dinyatakan.

Page 4: Sejarah-esei-Pokok Misai Kucing Ialah Pokok Herba Renek Tropika Daripada Keluarga

941124-01-5904

Apabila tunas mula mengeluarkan akar dan daun-daun, ia boleh dipasarkan. Pucuknya

boleh dicantas supaya menghasilkan lebih banyak cabang sebelum pokok mula berbunga.

Cantasan hingga mencecah tanah perlulah dilakukan selepas sahaja bunganya layu. Baja

tambahan perlulah diberi supaya tunas baru dapat tumbuh dengan lebat dan sihat.

KHASIAT DAN KEGUNAAN POKOK MISAI KUCING

Pokok misai kucing mengandungi pelbagai khasiat yang banyak membantu dalam

bidang perubatan. Para saintis telah mengkaji khasiat dan kegunaan tumbuhan pokok misai

kucing ini. Selain itu, kajian-kajian yang telah dibuat diyakini setelah menemu bual

responden di Taman Daya yang menggunakan pokok misai kucing sebagai salah satu

alternatif di dalam perubatannya.

Hasil kajian mendapati, hampir keseluruhan bahagian tanaman ini mempunyai

kegunaannya yang tersendiri dan bahagian tanaman yang utama dijadikan ubat adalah pada

bahagian daun tumbuhan ini. Hal ini kerana daun pokok misai kucing bersifat diuretik.

Kehebatan penyembuhan daripada pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan

kimianya yang hebat seperti campuran kalium, glukosida, minyak pati, sapotononin,

ortosifonida dan campuran flavon iaitu sinansetin, eupatorin, scutellarien, tretametil eter,

salvigenin dan rhamnazin.ii

i

ii

Page 5: Sejarah-esei-Pokok Misai Kucing Ialah Pokok Herba Renek Tropika Daripada Keluarga

941124-01-5904

Di Malaysia, pokok misai kucing sudah terkenal sejak turun temurun kerana dapat

membuang dan mencuci darah dari toksik yang berlebihan, mengubati reumatik, menurunkan

kadar gula dalam darah, sengal, seta menurunkan panas badan. Ia juga dapat membantu tubuh

mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi.

Ia juga mengandungi kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium

dari badan semasa pembuangan air kencing. Daun misai kucing juga berkhasiat untuk

melawaskan pembuangan air kencing. Ia digunakan untuk mengubati hempedu didalam

ginjal. Pokok ini digunakan untuk mengubati penyakit tersebut dengan cara merebus daun

pokok ini dan air rebusan pokok ini diminum bagi digunakan untuk membantu merawat

penyakit batu karang pada pundi kencing. Segelintir bahan herba yang telah diluluskan oleh

kerajaan Jerman untuk meningkatkan isi padu air kencing bagi mencegah batu karang. Ia

disyorkan khusus untuk mencegah pembentukan batu karang akibat asid urik. Dos saranan

untuk herba kering ialah 300-800 mg sehari, iaitu kira-kira 1.5-4 gram daun segar.

Para penyelidik daripada Fakulti Farmasi, Universiti Fukuyama, Jepun telah

mendapati bahawa sesetengah daripada sebatian herba ini menggalakkan penurunan secara

berterusan terhadap tekanan darah sistolik melalui tindakan vasodilasi (pengembangan

pembuluh darah) , penurunan pengeluaran kardiak dan tindakan diuretik dalam penghapusan

natrium. Ini menerangkan dengan jelas kesan-kesan positif herba ini dalam rawatan hipertensi

yang mana telah berlaku penggunaan herba ini secara berdokumen sebagai rawatan

tradisional di India selama ratusan tahun yang lalu. Cara untuk mengatasinya adalah dengan

Page 6: Sejarah-esei-Pokok Misai Kucing Ialah Pokok Herba Renek Tropika Daripada Keluarga

941124-01-5904

merebus daun misai kucing, seterusnya air rebusan daun misai kucing diminum bagi merawat

darah tinggi dan sekaligus melawaskan pembuangan air kecil. Dalam satu kajian yang

hasilnya diterbitkan pada tahun 2007 oleh Pusat Kajian Sains Farmaseutik di Universiti Sains

Malaysia, herba ini didapati mengandungi sifat-sifat anti oksidan dan penghapus radikal

bebas. Ini juga mengesahkan penggunaannya secara tradisional dalan merawat masalh hati,

kerana ia telah terbukti dapat meransang perlindungan hati daripada keracunan bahan toksid

secara berlebihan bergantung kepada dos (dosedependent).

Pakar ubatan herba tradisional Indonesia juga telah menggunakan herba ini untuk

merawat diabetes (kencing manis) dan kesannya disahkan apabila pada tahun 2007 para

penyelidik daripada Jabatan Farmakologi, Universiti Chulalongkorn di Bangkok, Thailand

menerbitkan laporan berhubung kesan Orthosiphon terhadap glukosa darah pada tikus yang

tersebar mengakibatkan penyakit diabetes pengesahan saintifik bagi setiap kegunaannya

secara tradisional. Paling penting, herba ini menawarkan rawatan sokongan yang selamat dan

berkesan bagi masalah berhubung penuaan yang paling kerap berlaku, iaitu sakit dan sengal

sendi, tekanan darah tinggi, dan kencing manis. Kajian berkenaan menunjukkan bahawa

dalam satu ujian ketahanan glukosa, pati Orthosiphon (0.2-1.0g/kg) menurunkan kepekatan

glukosa plasma dengan ketara secara langsung bergantung kepada dos (dose-dependent) pada

tikus biasa dan tikus berdiabetes. Menjelang tamatnya kajian ini profil lipid juga telah

bertambah baik dengan kepekatan gliserida plasma lebih rendah pada tikus berdiabetes yang

dirawat dengan pati ini berbanding tikus yang tidak dirawat, manakala tahap kolestrol

LipoproteinKetumpatan Tinggi (kolestrol baik) juga naik secara ketara pada tikus berdiabetes

yang dirawat dengan pati ini. Ini merupakan satu contoh baik dalam penggunaan ubat

tradisional yang disokong dengan kolestrol tinggi.

Page 7: Sejarah-esei-Pokok Misai Kucing Ialah Pokok Herba Renek Tropika Daripada Keluarga

941124-01-5904

Selain itu, berdasarkan temu bual bersama seorang responden di Taman Daya yang

menggunakan pokok herba misai kucing ini, tumbuhan ini juga boleh digunakan untuk

membantu merawat penyakit kulit dengan cara daunnya diramas dan ditampal pada bahagian

kulit yang mengalami masalah. Selepas itu, air rebusan daun tersebut diminum bersama

pokok hempedu bumi untuk merawat penyakit kencing manis, air rebusan daunnya bersama

kulit betik pula boleh diminum bagi merawat kebas-kebas sendi, serta air rebusan daunnya

bersama kayu manis dan sedikit gula batu diminum untuk mengubati batuk.

# Berdasarkan bahan rujukan, beberapa pengamal perubatan tradisional tempatan pula

mendapatkan cara-cara tradisional yang sering digunakan didalam merawat penyakit kencing

manis dan batu karang adalah menggunakan daunnya. Kaedah menggunakan pokok misai

kucing untuk merawat kedua-dua penyakit itu adalah agak mudah. Bagi seseorang yang ingin

mengubati salah satu atau kedu-dua penyakit tersebut mereka hanyalah perlu mengambil

daun-daun misai kucing yang segar kira-kira sebanyak segenggam. Kemudian, daun-daun

yang telah diambil itu haruslah dijemurkan sehingga kering. Apabila daun-daun tersebut

sudah kering, daun itu perlulah diambil dan direbus dengan kira-kira tiga gelas air sehingga

pekat atau lebih kurang segelas air. Akhir sekali, apabila air rebusan daun misai kucing sudah

menjadi suam, air itu bolehlah diminum sedikit demi sedikit beberapa kali sehingga habis.

Selain itu, tumbuhan herba pokok misai kucing ini juga boleh diproses menjadi

makanan berfungsi. Makanan berfungsi merujuk kepada produk makanan yang diubah suai

dengan bahan-bahan tambahan untuk meningkatkan kesihatan, pertumbuhan atau kesan-

kesan lain yang bermanfaat. Contoh biasa adalah produk susu yang dipromosikan sebagai

Page 8: Sejarah-esei-Pokok Misai Kucing Ialah Pokok Herba Renek Tropika Daripada Keluarga

941124-01-5904

"diperkaya dengan vitamin", "dengan pengurang kolestrol fitosterol", "diperkuatkan dengan

Kalsium", "dengan Omega 3", "dengan DHA" dan sebagainya.

# Menurut responden pemilik tumbuhan pokok misai kucing di Taman Daya,

tumbuhan pokok misai kucing ini juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah keputihan.

Keputihan merupakan masalah yang sering dihidapi oleh wanita khususnya bagi yang sudah

berkahwin. Keputihan merupakan sejenis cecair yang mengeluarkan bau yang kurang

menyenangkan. Jika seseorang itu ingin menghilangkan masalah keputihan khususnya bagi

kaum wanita, hal ini dapat dilakukan dengan menyediakan beberapa helai daun misai

kucing, 2 helai daun sirih, sediakan sedikit kunyit dan tomato yang dipotong dadu.

Kemudian, rebuskan bahan-bahan tadi sehingga mendidih dan tapiskan air rebusan itu. Air

rebusan yang ditapis itu bolehlah diminum setiap hari sehingga penyakit sembuh.

Menurut responden di Taman Daya juga, tumbuhan misai kucing digunakan untuk

merawat radang sendi (arthritis), gout dan sengal-sengal atau lenguh (rheumatism), kerana ia

dapat menyingkirkan asid urid dan toksid metabolik yang berlebihan pada sendi dan otot.

Apabila asid-asid terkumpul secara berlebihan pada tisu-tisu, ditambah pula dengan sistem

pengedaran darah yang lemah, hal itulah yang menyebabkan kesakitan dan radang pada sendi

dan otot. Justeru itu, herba misai kucing diadunkan bersama pegaga bagi melancarkan

peredaran darah, dan dengan kunyit dan halia pula untuk melawan radang. Pengamal

perubtan tradisionalo juga sudah biasa menggunakan herba misai kucing dalam adunan-

adunan mereka bagi merawat kencing manis (diabetes) dan tekanan darah tinggi (hipertensi).

Page 9: Sejarah-esei-Pokok Misai Kucing Ialah Pokok Herba Renek Tropika Daripada Keluarga

941124-01-5904

HALANGAN DAN CABARAN DALAM MENGHADAPI PERSAINGAN DENGAN PERUBATAN MODEN

Era globalisasi telah meletakkan Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran bagi

menjadi negara yang membangun. Hal ini merangkumi pelbagai aspek dan ini tidak

terkecuali bagi bidang perubatan di Malaysia yang juga mempunyai halangan dan cabarannya

yang tersendiri terutamanya di dalam bidang perubatan yang melibatkan pengeluaran ubat-

ubatan berasaskan tanaman pokok herba yang ada di Malaysia seperti pokok misai kucing.

Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor yang menjadi penghalang untuk perubatan

tradisional berasaskan herba ini untuk berkembang dengan lebih pesat.

Antara cabaran dan halangan yang perlu dihadapi di dalam persaingan dengan

lambakan perubatan moden adalah stigma negatif masyarakat. Seiring dengan arus

pemodenan dunia, kebanyakan gaya hidup telah banyak berubah. Hal ini termasuklah dengan

pandangan dan pemikiran masyarakat yang telah terlalu jauh kehadapan dalam kebanyakan

aspek termasuklah dari segi aspek perubatan yang memungkinkan mereka telah yakin dan

berpegang kuat dengan cara perubatan dan bahan-bahan ubatan moden yang telah menjadi

sebahagian daripada amalan gaya kehidupan mereka.

Pandangan dan pegangan setiap individu adalah sesuatu yang amat sukar untuk

diubah. Sebagai contoh, sesetengah masyarakat yang masih tidak mengetahui tentang khasiat

ubat-ubatan berasaskan tumbuhan herba seperti pokok misai kucing masih lagi memandang

Page 10: Sejarah-esei-Pokok Misai Kucing Ialah Pokok Herba Renek Tropika Daripada Keluarga

941124-01-5904

rendah dan tidak mempunyai keyakinan untuk menggunakan tumbuhan herba yang ada dan

masih tetap dengan pendirian yang mengagunggkan ubatan-ubatan moden sebagai pilihan.

Tidak dinafikan, ubat-ubatan moden yang ada dijual dipasaran mempunyai dan

memberikan kesan penyembuhan yang cepat dan berkesan. Akan tetapi, malang sekali seperti

yang kita telah ketahui, ubat-ubatan moden yang terlalu banyak dipasaran sekarang ini

pastinya mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri. Sebagai contoh, ubat-ubatan

moden yang kita makan seperti pil-pil yang banyak diambil untuk mengatasi masalah

penyakit yang dihadapi mendatangkan kesan buruk yang lain apabila pil-pil tersebut tidak

habis dihadam, akan tetapi sebahagiannya mendak di dalam abdomen badan seperti di dalam

perut.

Oleh itu, stigma masyarakat yang masih memandang rendah terhadap keberkesanan

ubat-ubatan tradisional haruslah diubah. Hal ini adalah bagi mengelakkan kesan fatal akibat

daripada penggunaan banyak ubat-ubatan moden sebagai alternatif kepada penyelesaian

permasalahan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Masalah dan cabaran kedua yang perlu dihadapi dalam persaingan dengan

perubatan moden adalah jumlah pokok-pokok atau tumbuhan-tumbuhan herba renek seperti

misai kucing yang semakin sedikit dan hampir pupus. Jika tumbuhan-tumbuhan herba ini

pupus, pastinya akan mendatangkan pelbagai impliksai negatif. Antara implikasi negatif yang

boleh berlaku adalah seperti generasi pelapis akan datang sudah tidak dapat mengenali atau

Page 11: Sejarah-esei-Pokok Misai Kucing Ialah Pokok Herba Renek Tropika Daripada Keluarga

941124-01-5904

melihat sendiri bagaimana struktur sesuatu pokok tersebut. Akan tetapi hal yang lebih di

khuatiri adalah usaha bagi meneruskan penyelidikan bagi mengeluaarkan produk-produk

perubatan tradional baru yang berasaskan herba akan terkubur begitu sahaja. Hal ini lantaran

kepupusan taman pokok herba yang tidak di pelihara dan pulihara.

Justeru itu, telah ada usaha-usaha untuk mengumpul dan menanam tanaman herba

atau ubatan dalam satu kebun atau taman (seperti di UKM, USM dan FRIM) bagi

menyelamatkan spesies tanaman yang penting daripada terus pupus akibat proses

pembangunan fizikal yang kian pesat. Kebanyakan daripada usaha-usaha pembiakan tanaman

ini dibuat berdasarkan klasifikasi jenis penyakit (pengelasan farmasi). Usaha ini juga

bertujuan untuk mengklasifikasikan jenis tanaman yang ditanam agar spesies atau jenis

tanaman utama dapat terus dipelihara dan terpelihara.

Cabaran atau halangan ketiga yang harus dihadapi dalam persaingan dengan

perubatan moden adalah tidak ramai mahu mengkaji perubatan tradisional. Hal ini

disebabkan oleh kebanyakan para pengkaji lebih gemar untuk membuat kajian tentang bahan-

bahan perubatan moden yang pada pendapat mereka ia lebih mengikut peredaran masa dan

lebih berkesan.

Faktor lain para pengkaji kurang berminat untuk melakukan kajian terhadap

perubatan moden atau yang berasaskan herba untuk dijadikan ubat-ubatan seperti pokok

misai kucing ini adalah kerana cara untuk megkajinya yang agak rumit. Seperti yang telah

Page 12: Sejarah-esei-Pokok Misai Kucing Ialah Pokok Herba Renek Tropika Daripada Keluarga

941124-01-5904

kita ketahui, mengkaji sesuatu perkara bagi mencipta sesuatu produk yang baru bukanlah

suatu hal yang mudah. Hal ini ditambah lagi dengan faktor untuk mencari tumbuhan itu

sendiri yang menjadi sesuatu aktiviti dalam kajian yang agak rumit. Aktiviti ini menjadi rumit

kerana tidak mempunyai satu kawasan yang spesifik bagi tumbuhan-tumbuhan herba yang

boleh dijadikan sebahagian daripada perubatan tradisional ini untuk membiak dalam satu

kawasan yang sama dan luas.

Industri perubatan herba tradisional di Malaysia diyakini mampu meningkatkan

sumber ekonomi negara. Malaysia memiliki sebanyak 7,000 spesies tanaman herba yang

berkhasiat. Walau bagaimanapun, khasiat tanaman herba masih belum dapat dimanfaatkan

sebaik mungkin dalam mengubati sesuatu penyakit. Keadaan ini amat merugikan

perkembangan ekonomi negara dan masyarakat di Taman Daya dan secara umumnya. Bagi

sebahagian masyarakat terutamanya masyarakat Melayu di Taman Daya, mereka

menganggap kaedah rawatan melalui penggunaan tanaman herba merupakan satu kaedah

perubatan tradisional bersifat alternatif yang memiliki keunggulan dan keunikannya yang

tersendiri.

Dalam bidang perubatan pula, keadaan ini menunjukkan bahawa penggunaan

tanaman herba semakin penting dan bernilai di mata masyarakat. Malangnya sehingga kini,

penghasilan tanaman herba hanya dilakukan secara sederhana kerana ia hanya digunakan

sebagai bahan asas dalam penyediaan ramuan ubat tradisional. Ini menyebabkan wujudnya

masalah dalam memenuhi permintaan di pasaran tempatan dan tahap kualiti eksport herba ke

luar negara.

Page 13: Sejarah-esei-Pokok Misai Kucing Ialah Pokok Herba Renek Tropika Daripada Keluarga

941124-01-5904

Justeru itu, bagi mengatasi pelbagai halangan dalam persaingan dengan perubatan

moden, beberapa orang para pengkaji telah melakukan kajian terhadap tumbuhan herba

seperti tumbuhan yang dikaji iaitu Pokok Misai Kucing bagi menyahut cabaran dan

mengatasi halangan yang ada dengan mencipta produk-produk baru yang berasaskan pokok

misai kucing. Produk-produk yang dihasilkan juga turut dipasarkan di Taman Daya seperti di

kedai ubat-ubatan, farmasi-farmasi atau di toko-toko jamu yang ada di Taman Daya.

Antara produk yang dapat dicipta hasil daripada kajian para pengkaji yang telah

dipasarkan sehingga ke Taman Daya adalah produk seperti Teh Misai Kucing Organik

keluaran daripada syarikat Agripearl. Produk ini dapat diwujudkan dan dipasarkan keseluruh

negara termasuk di Taman Daya adalah kerana bagi pengusaha tanaman herba, mereka

mudah untuk mendapatkan tanaman ini terus dari kawasan hutan atau melakukan proses

pembiakan tanaman daripada benih yang diperolehi. Masyarakat kini memerlukan tanaman

herba dalam kuantiti yang besar. Bagi mengatasi masalah kekurangan tanaman herba untuk

memenuhi keperluan tersebut, pelbagai usaha telah dilakukan sebagai contohnya; usaha

pembiakan tanaman herba yang dilakukan dalam skala yang lebih luas. Tanaman herba yang

diperolehi akan digunakan sebagai bahan dalam perubatan herba tradisional.

Kesedaran tentang bahaya penggunaan bahan-bahan kimia yang terkandung dalam

ubat-ubat moden menyebabkan masyarakat terutamanya di Taman Daya kini beralih untuk

kembali menggunakan khazanah alam secara semulajadi.

Page 14: Sejarah-esei-Pokok Misai Kucing Ialah Pokok Herba Renek Tropika Daripada Keluarga

941124-01-5904