SEJARAH ILMU TAJWID

download SEJARAH ILMU TAJWID

of 4

Transcript of SEJARAH ILMU TAJWID

  • 7/30/2019 SEJARAH ILMU TAJWID

    1/4

    SEJARAH ILMU TAJWID

    PENGENALAN

    Ilmu Tajwid adalah satu ilmu yang berkaitan bacaan atau cara menyebut lafaz-lafaz al-Quran. Ia boleh

    juga dikatakan sebagai tunggak kepada rangkaian ilmu-ilmu yang berkaitan dengan bacaan al-Quran

    iaitu ilmu Rasm, ilmu Dabt dan ilmu Fawasil. Ini kerana ilmu-ilmu tersebut ditulis dan ditandakan mengikut

    tajwid atau teknik bacaan al-Quran.

    Dari segi bahasa tajwid bermaksud mengelokkan dan mencantikkan sesuatu. Dari segi istilah pula

    terdapat pelbagai pendapat para ulama mengenai pengertiannya. Antara pendapat-pendapat tersebut

    ialah (Abdul Rahman bin Abdul Ghani, 2006):

    a) Mendatangkan setiap huruf akan haknya (sifat-sifat yang asli) dan mustahaknya (sifat-sifat yang

    mendatang).

    b) Kaedah-kaedah yang telah dibuat oleh para ulama dan telah disusun oleh imam-imam qurra, dari segi

    makhraj-makhraj huruf dan sifat-sifatnya, keterangan mengenai Mithlain dan Mutaqaribain serta

    Mutajanisain, hukum-hukum Nun mati dan tanwin, hukum-hukum mim mati, mad dan bahagian-bahagian

    serta hukum-hukumnya, bahagian-bahagian waqaf dan ibtida, keterangan mengenai kalimah-kalimah

    yang bercantum dan bercerai, keterangan mengenai huruf Ta Marbutah dan Ta Maftuhah dan lain-lain

    lagi.

    c) Sesuatu ilmu untuk mengetahui cara-cara membaca kalimah-kalimah al-Quran serta menyebut dengan

    sebaik-baiknya berpandukan cara bacaan dan sebutan Rasulullah s.a.w.

    Menurut Surur Shihabuddin An-Nadawi (2004), tajwid bermaksud sesuatu ilmu untuk mengetahui cara

    melafazkan perkataan-perkataan al-Quran dengan betul. Manakala Abdul Qadir Leong (1993),

    mentakrifkan ilmu tajwid iaitu melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul serta memberi hak

    sifat-sifat yang asli dan sifat-sifat yang mendatang padanya.

    As-Sheikh al-Islam Zakaria Ansari pernah membentangkan pengertian tajwid itu dengan sesuatu urutan

    kata-kata :

    Maksudnya : bacaan yang nyata maknanya dan terang pengucapannya.

    Apa yang difahamkan daripada kata-kata di atas, tajwid adalah berhubung erat dengan sebutan huruf

    (yang diucap pada makhraj-makhrajnya yang betul), kadar panjang pendek bacaan (mad), dengung,qalqalah, isymam, dan sebagainya iaitu sebagaimana yangterdapat dalam kitab-kitab tajwid. Sifat-sifat

    bacaan ini adalah menolong dalam penyampaian kepada makna ayat-ayat yang diucapkan atau dibaca

    (Abdullah Qari bin Haji Soleh, 1994).

    Dalam takrifan yang lain pula, tajwid didefinisikan sebagai memberi setiap huruf itu hak dan mustahak

    daripada sifat-sifat, makhraj dan sebagainya seperti menyempurnakan dengung, memperjelaskan

    hamzah, memanjangkan mad, meringankan bacaan huruf yang ringan dan lain-lain.

  • 7/30/2019 SEJARAH ILMU TAJWID

    2/4

    Ibn al-Jazari memberi takrifan kepada ilmu tajwid dengan katanya:

    Tajwid ialah memberi kepada huruf haknya iaitu sifatnya dan mustahaknya (penyebutnya yang sama

    dengan sifatnya)

    Ada yang mentakrifkan tajwid sebagai i lmu yang menerangkan hukum-hukum serta kaedah-kaedah yang

    mesti diamalkan semasa membaca al-Quran dengan menepati

    apa yang diterima daripada Rasulullah s.a.w.

    SUMBER ILMU TAJWID

    Ilmu Tajwid adalah bersumberkan daripada para ulama al-Quran. Para ulama tersebut telah

    mempelajarinya daripada imam-imam qiraat seperti Imam Hafs, Imam Asim, Imam Asy-Syatibi, Imam Al-

    Jazari dan ramai lagi. Imam-imam tersebut telah mempelajarinya daripada para tabiin seperti Abu AbdulRahman as-Salma, Abdullah bin Habib dan lain-lain.. Para tabin pula mempelajarinya daripada para

    sahabat Rasulullahs.a.w. seperti Abdullah ibn Asud, Muaz bin Jabbal, Ubai bin Kaab, Zaid bin Thabit dan

    ramai lagi. Manakala para sahabat pula mengambil bacaan terus daripada Rasulullah s.a.w. sendiri

    secara Talaqqi Musyafahah.

    Demikianlah kaedah al-Quran itu dipelajari dan diperolehi iaitu menurut kaedah Talaqqi dan Muasyafah

    daripada guru-guru yang diyakini dan mempunyai sanad yang mutawatir sehingga Rasulullah s.a.w.

    Menurut pendapat ulama, al-Quran yang dipelajari tanpa menggunakan kaedah tersebut adalah

    dianggap tidak betul kerana ia terdedah kepada kesalahan dan kesilapan, lebih-lebih lagi terdapat banyak

    kalimah al-Quran yang mesti dipelajari dengan cara melihat dan mendengar daripada mulut seorang

    guru. Contohnya seperti bacaan Raum, Isymam, Tashil, Ikhfa, Idgham dan sebagainya. Sehingga ada

    kata-kata yang lahir seperti:

    Maksudnya:

    Siapa bertajwid dan berguru,

    Tidaklah menyimpang dan membuta buku,

    Siapa bertajwid tanpa guru

    Dipandang tajwidnya untuk si bisu.

    SEJARAH ILMU TAJWID

    Ilmu tajwid bermula sejak al-Quran diturunkan lagi, iaitu sejak dibacakan oleh Malaikat Jibril kepada

    Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. diperintahkan untuk membaca al-Quran dengan bertajwid dan tartil

    seperti yang disebut dalam Surah al-Muzammil ayat 4 yang bermaksud:

  • 7/30/2019 SEJARAH ILMU TAJWID

    3/4

    Bacalah al-Quran itu dengan tartil (bertajwid).

    Selepas turunnya ayat di atas, baginda Rasulullah s.a.w. mengajarkan ayat tersebut kepada para

    sahabat dengan bacaan yang serupa secara bertajwid juga.

    Saidina Ali bin Abi Talib r.a. apabila ditanya tentang apakah maksud bacaan al-Quran secara Tartil itu,

    maka beliau menjawab:

    Maksudnya: Mengelokkan sebutan setiap huruf dan berhenti pada tempat yang betul.

    Ini menunjukkan pembacaan al-Quran bukanlah suatu ilmu hasil ijtihad para ulama yang diolah

    berdasarkan dalil-dalil dari al-Quran dan as-Sunnah, tetapi pembacaan al-Quran adalah suatu yang

    Taiqifi. Ia diambil terus melalui riayat dan dari sumber yang asal iaitu sebutan dan bacaan Rasulullah

    s.a.w. sendiri.

    Para sahabat r.a. pula adalah orang yang amanah dalam mewariskan bacaan ini kepada generasi umat

    Islam selepasnya. Mereka tidak akan menambah atau mengurangkan apa yang telah mereka pelajari itukerana mereka merasa takut kepada Allah S.W.T. Begitu juga dengan Tabiien.

    Walau bagaimanapun, penulisan ilmu Tajwid yang paling awal bermula ketika bermulanya penulisan al-

    Quran pada zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a. Bermulanya kesedaran perlunya titik-titik serta baris

    dalam Mushaf Uthmaniah. Gerakan ini diketuai oleh Abu Aswad Ad-Duali dan Al-Khalil bin Ahmad Al-

    Farahidi. Merekaditugaskan oleh Sayidina Uthman untuk meletakkan baris dan titik bagi mengelakkan

    umat Islam melakukan kesalahan semasa membaca ayat al-Quran. Ini kerana enam mushaf yang ditulis

    pada zaman pemerintahan Sayidina Uthman adalah tidak berbaris dan bertitik, kerana umat Islam pada

    masa itu menghafaz ayat-ayat al- Quran di dada masing-masing dan membacanya seperti yang diambil

    terus daripada nabi s.a.w.

    Setelah berkembangnya agama Islam ke seluruh Tanah Arab, serta meluasnya pemerintahan Islam

    sampai ke Rom dan Parsi, bahasa Arab mula bercampur aduk dengan bahasa lain menyebabkan

    berlakunya kesalahan dalam bahasa Arab. Banyak kesalahan dalam pembacaan al-Quran telah berlaku.

    Maka Mushaf Uthmaniah telah dinaiktarafkan dengan menambah baris dan titik pada huruf-hurufnya

    sebagaimana yang dapat kita luhat sekarang ini. Tujuannya adalah untuk mengelakkan kesalahan

    semasa membaca al-Quran.

    Karangan ilmu Tajwid yang paling awal ialah tulisan Abu Mazahim al_Haqani ( ), wafat

    tahun 325H dalam bentuk Qasidah (puisi) ilmu Tajwid pada akhir kurun ke 3 Hijrah. Selepas itu lahir pula

    para ulama seperti Abu Amr Ad-Dani (wafat 444H), dengan kitabnya At-Taysir. Kemudian lahir pula

    Imam Asy-Syatibi (wafat 590H) dengan kitabnya Hirzul Amani Wa Wajhut Tajwid Tahani yang menjadi

    tunggak kepada karangan tokoh-tokoh lain yang sezaman dan yang selepas mereka. Kedua mereka

    tersebut menggandingkan ilmu Tajwid dan Qiraat dalam karangan dan perbahasan mereka.

    Kemudian lahir pula seorang tokoh yang amat penting dalam ilmu Tajwid dan Qiraat iaitu Imam Al-Jazari

    (wafat 833H) . Karangan beliau yang masyhur ialah An-Nasyr, Toyyibatun Nasyr dan Ad-Durratul

  • 7/30/2019 SEJARAH ILMU TAJWID

    4/4

    Mudhiyyah yang menyatakan ilmu Qiraat sepuluh sebagai pelengkap bagi apa yang telah dinyatakan

    oleh Asy-Syatibi dalam kitabnya Hirzul Amani sebagai qiraat tujuh. Imam Al-Jazari telah mewriskan

    karangan-karangannya yang begitu banyak berserta bacaannya sekali yang kemudiannya telah menjadi

    ikutan dan panduan bagi karangan-karangan ilmu Tajwid dan Qiraat serta bacaan al-Quran hingga ke

    hari ini.