SEJARAH KAABAH 1.docx

9
SEJARAH KAABAH Mohd Isa June 22, 201220 comment Kaabah yang kini merupakan kiblat kepada umat islam semasa menunaikan solat, tidak kirasolat Jumaat , solat 5 waktu dan solat sunat. Tetapi adakah anda tahu sejarah Kaabah yang dikatakan rumah Allah s.w.t. Kali ini saya akan kongsikan sebuah sejarah islam iaitu sejarah Kaabah dan beberapa gambar yang dipetik dan di ambil daripada beberapa sumber. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi anda sedikit ilmu, insyaAllah. SEJARAH KAABAH DIBINA Kaabah yakni rumah Allah adalah kiblat di mana seluruh umat Islam menghadapnya ketika menunaikan solat. Diriwayatkan bahawa Allah telah menjadikan tapak Kaabah itu disokong dengan empat tiang daripada air 2000 tahun sebelum Dia menciptakan dunia ini dan Dia telah membentangkan bumi dari bawah Kaabah. Tiang Kaabah itu panjangnya sehingga lapisan bumi yang ke tujuh. Di setiap tujuh langit ada rumah Allah tempat para malaikat beribadat padaNya dan pada langit ke tujuh nama rumah Allah itu adalah Baitul Makmur. Rasulullah bersabda, “Baitul Makmur adalah masjid yang berada di langit dan ia betul-betul di atas Kaabah. Seandainya ia jatuh maka ia akan menghempap Kaabah.” Sebelum Baitul Makmur dicipta, para malaikat tawaf mengelilingi Arasy pada masa yang sangat lama. Allah memandang mereka kemudian menurunkan rahmat kepada mereka. Allah membina sebuah rumah di bawah Arasy yang diberi nama Baitul Makmur. Allah memerintahkan para Malaikat supaya tawaf di Baitul Makmur dan tinggalkan Arasy. Para malaikat telah melakukan tawaf di Baitul Makmur sehingga

Transcript of SEJARAH KAABAH 1.docx

Page 1: SEJARAH KAABAH 1.docx

SEJARAH KAABAHMohd Isa June 22, 201220 comment

Kaabah yang kini merupakan kiblat kepada umat islam semasa

menunaikan solat, tidak kirasolat Jumaat, solat 5 waktu dan solat

sunat. Tetapi adakah anda tahu sejarah Kaabah yang dikatakan

rumah Allah s.w.t.

Kali ini saya akan kongsikan sebuah sejarah islam iaitu

sejarah Kaabah dan beberapa gambar yang dipetik dan di ambil

daripada beberapa sumber. Semoga dengan perkongsian ini dapat

memberi anda sedikit ilmu, insyaAllah.

SEJARAH KAABAH DIBINAKaabah yakni rumah Allah adalah kiblat di mana seluruh umat Islam

menghadapnya ketika menunaikan solat. Diriwayatkan bahawa

Allah telah menjadikan tapak Kaabah itu disokong dengan empat

tiang daripada air 2000 tahun sebelum Dia menciptakan dunia ini

dan Dia telah membentangkan bumi dari bawah Kaabah. Tiang

Kaabah itu panjangnya sehingga lapisan bumi yang ke tujuh.

Di setiap tujuh langit ada rumah Allah tempat para malaikat

beribadat padaNya dan pada langit ke tujuh nama rumah Allah itu

adalah Baitul Makmur. Rasulullah bersabda, “Baitul Makmur adalah

masjid yang berada di langit dan ia betul-betul di atas Kaabah.

Seandainya ia jatuh maka ia akan menghempap Kaabah.”

Sebelum Baitul Makmur dicipta, para malaikat tawaf mengelilingi

Arasy pada masa yang sangat lama. Allah memandang mereka

kemudian menurunkan rahmat kepada mereka. Allah membina

sebuah rumah di bawah Arasy yang diberi nama Baitul Makmur.

Allah memerintahkan para Malaikat supaya tawaf di Baitul Makmur

dan tinggalkan Arasy. Para malaikat telah melakukan tawaf di Baitul

Page 2: SEJARAH KAABAH 1.docx

Makmur sehingga jumlah yang memasukinya siang dan malam

seramai 70,000 malaikat. Mereka tidak kembali lagi buat selama-

lama.

Kemudian Allah mengutuskan para malaikat turun ke bumi dan

berfirman kepada mereka, “Binalah sebuah rumah untukKu di bumi

sepertinya.” Allah memerintah seluruh makhlukNya di bumi supaya

tawaf mengelilingi Kaabah sebagaimana penghuni langit tawaf

mengelilingi Baitul Makmur. Diriwayatkan bahawa Allah telah

mengutuskan Jibril kepada Nabi Adam serta Hawa supaya membina

satu rumah untukNya. Jibril telah menggariskan (rangka) kepada

keduanya lalu Nabi Adam menggali tanah manakala Hawa

mengangkutnya sehinggalah air menyahut serta menyeru dari

bawah beliau meminta agar berhenti menggali dengan kata-kata,

“Cukuplah wahai Adam!”

Setelah Nabi Adam wafat, anak-anaknya telah membina Kaabah

dengan menggunakan tanah dan batu. Diriwayatkan bahawa orang

yang membinanya ialah anak Nabi Adam iaitu Nabi Syith. Mereka

sentiasa mendiami dan memakmurkan Baitullah dan begitulah juga

dengan orang-orang yang selepas mereka sehinggalah tiba zaman

Nabi Nuh, Kaabah telah runtuh dan kawasan tersebut ditenggelami

air serta tidak dapat dikesani.

Kemudian Allah mengutuskan Nabi Ibrahim untuk membina kembali

Kaabah. Mematuhi perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan anaknya,

Nabi Ismail membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan

tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang pernah dibuat oleh

Syith yang runtuh akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh

itu. Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim daripada batu dari tujuh

bukit di sekitar kota Mekah. Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua

sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Aswad dan Rukun Yamani

dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang

bertentangan dengan kedua-dua sudut.

Page 3: SEJARAH KAABAH 1.docx

Ciri-ciri binaan yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim:

Tingginya 9 hasta.

Panjang di paras bumi dari Hajarul Aswad hingga ke penjuru

sebelah Syam 32 hasta.

Lebar di sebelah bahagian saluran air bermula dari penjuru Syam

hingga ke penjuru sebelah barat 22 hasta.

Panjang di paras bumi bermula dari penjuru sebelah barat hingga

ke penjuru sebelah Yaman 31 hasta.

Lebar di paras bumi bermula dari penjuru sebelah Yaman hingga

ke Hajarul Aswad 20 hasta.

Selepas pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim, ia terus berdiri

megah di bumi Allah dan tidak akan runtuh sehingga hari Kiamat.

Namun usaha membaik pulih dan menyelenggarakan Kaabah tetap

diteruskan sehingga sekarang. Berikut adalah rumusan sejarah

pembinaan Kaabah.

Binaan pertama: Malaikat

Binaan kedua: Nabi Adam

Binaan ketiga: Nabi Syith

Binaan keempat: Nabi Ibrahim

Binaan kelima: Kaum Amaliqah

Binaan keenam: Kaum Jurhum

Binaan ketujuh: Qusai bin Kilab (Abad keempat Masihi)

Binaan kelapan: Abdul Mutalib

Binaan kesembilan: Kaum Quraisy (Tahun 605 Masihi ketika

Rasulullah berusia 35 tahun)

Page 4: SEJARAH KAABAH 1.docx

Binaan ke-10: Abdullah ibnu Zubair (Tahun 64 hijrah)

Binaan ke-11: Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi (Tahun 74 hijrah/693

Masihi)

Binaan ke-12: Sultan Murad Khan (Tahun 1040 hijrah/1630

masihi)

Sumber: syahirul.com

Gambar Sejarah Kaabah Dibina

Page 5: SEJARAH KAABAH 1.docx
Page 6: SEJARAH KAABAH 1.docx
Page 7: SEJARAH KAABAH 1.docx
Page 8: SEJARAH KAABAH 1.docx
Page 9: SEJARAH KAABAH 1.docx

Sumber:

Panduan IslamBegitu indahnya sejarah Kaabah, semoga dengan perkongsian pada kali ini dapat memberi sedikit ilmu keislaman buat anda

semua. Agar dikongsikan kepada rakan-rakan seagama dengan kita semua.