Sejarah Kertas 3

download Sejarah Kertas 3

of 11

description

h

Transcript of Sejarah Kertas 3

Malaysia merupakan sebuah negara yang maju dan telah mencapai kejayaan luar biasa dalam pelbagai bidang. Kalau dijejaki atau ditelusuri, begitu banyak kejayaan membanggakan dicapai dan dilakukan rakyat Malaysia dalam rentang masa 55 tahun kemerdekaan negara. Kejayaan-kejayaan luar biasa yang dicapai selama ini telah mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Hal ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mampu menandingi kejayaan yang ditempa oleh orang Barat yang jauh lebih maju daripada kita. Persoalannya, apakah kejayaan-kejayaan yang diraih oleh nusa tercinta ini?

Tidak dapat dinafikan bahawa bidang perusahaan automobil merupakan mercu kecemerlangan dalam mencapai kejayaan Malaysia. Kejayaan ini telah menandakan bahawa negara Malaysia berupaya mengeluarkan kereta sendiri setanding kereta asing. Di Malaysia, terdapat dua buah syarikat yang menghasilkan kereta nasional iaitu Syarikat Holdings Bhd (PROTON) dan Syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd (PERODUA). Teknologi industri berat yang diusahakan oleh rakyat Malaysia ini membolehkan kereta nasional dieksport ke luar negara seperti Australia, Singapura, United Kingdom dan sebagainya. Perusahaan ini secara tidak langsung telah dapat meningkatkan pendapatan negara kita. Tegasnya, bidang automobil negara menjadi salah satu mercu kejayaan negara.

Selain itu, kejayaan Malaysia turut dapat dilihat melalui pembinaan bangunan yang menjadi kebanggaan negara. Pembangunan negara yang bergerak pantas bagai belut diketil ekor dapat dilihat melalui pembinan bangunan-bangunan yang tinggi terutamanya di ibu kota metropolitan, Kuala Lumpur. Pembinaan bangunan pencakar langit seperti Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar PETRONAS merupakan bangunan mercu tanda kemajuan negara di Malaysia. Kedua-dua bangunan tersebut terletak di Kuala Lumpur. Ciri-ciri istimewa kedua-dua menara ini telah menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan menarik banyak pelancong asing melancong ke negara Malaysia sepanjang tahun. Pendek kata, pembinaan bangunan yang tersergam gah telah membuktikan kejayaan negara dicapai.

Malaysia juga melangkah maju ke era teknologi angkasa lepas apabila kita berjaya melancarkan dua satelit Malaysia Asia Timur iaitu MEASAT I dan MEASAT II. Pelancaran satelit ini menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara ASEAN yang mempunyai satelit angkasanya sendiri. Bukan itu sahaja, program penghantaran angkasawan negara yang pertama iaitu Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia. Program ini telah menjadi pemangkin kepada seluruh rakyat Malaysia untuk belajar mata pelajaran sains dan teknologi. Melalui program tersebut, pelajar sekolah dapat menimba ilmu sains tentang angkasawan dan memupuk minat mereka untuk menceburi dalam bidang angkasawan sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sesungguhnya, penerokaan negara dalam bidang angkasa lepas juga merupakan salah satu kejayaan negara yang patut dibanggakan.

Kemajuan dalam bidang pengangkutan dan perhubungan juga menempa nama Malaysia di seantero dunia. Di Malaysia, terdapat sistem pengangkutan yang terkenal seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sistem Transit Ringan (LRT), KTM, PUTRA, monorel, Lebuh Raya Utara-Selatan dan Terowong SMART. KLIA ialah lapangan terbesar di negara Malaysia dan merupakan salah satu penerbangan yang terpenting di rantau Asia Tenggara. Selain itu, sistem pengangkutan seperti Sistem Transit Ringan (LRT), KTM, monorel dan PUTRA menjimatkan masa, wang dan tenaga kepada pengguna dan pelancong asing menuju ke destinasi mereka. Perkembangan teknologi yang semakin canggih membolehkan Terowong SMART dibina untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur. Ringkasnya, kecanggihan sistem pengangkutan dan perhubungan negara turut menjadi kayu ukur kejayaan negara pada alaf ini.

Kejayaan negara yang seterusnya ialah kejayaan dalam bidang sukan. Sukan negara semakin rancak apabila banyak atlet negara yang berjuang bermati-matian untuk mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Pemain sukan wanita yang terkenal di Malaysia ialah ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David. Kini, Datuk Nicol merupakan pemain skuasy wanita nombor satu di dunia. Selain bidang skuasy, nama pemain badminton di Malaysia juga terkenal di dunia, khasnya Datuk Lee Chong Wei. Datuk Lee Chong Wei merupakan seorang pemain badminton profesional di Malaysia. Beliau selalu menyertai pertandingan badminton di dalam atau di luar negara Malaysia dengan keputusan yang cemerlang. Jadi, izharlah bahawa peningkatan pencapaian yang cemerlang oleh atlet-atlet negara berjaya menempa nama Malaysia di seantero dunia.

Sebagai konklusinya, sudah terang lagi bersuluh bahawa negara kita telah meraih kejayaan dalam pelbagai bidang yang menakjubkan. Pencapaian yang menakjubkan dalam bidang perusahaan automobil, pembinaan bangunan pencakar langit, bidang aeroangkasa, bidang pengangkutan dan perhubungan, dan bidang sukan membolehkan rakyat negara kita bertanding dengan kejayaan yang ditempa oleh orang Barat. Oleh itu, rakyat Malaysia harus bersikap sedia menghadapi segala cabaran untuk mencapai Wawasan 2020. Dengan itu, rakyat Malaysia perlu berusaha gigih, bangga dan memberikan sokongan sepenuhnya kepada pelbagai pihak untuk memajukan negara dalam pelbagai bidang dan berharap agar kejayaan luar biasa ini juga dapat membangkitkan semangat rakyat Malaysia agar lebih berani untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa maju lain di dunia.

Kebaikan sektor pelancongan kepada negaraNegara Malaysia sudah menjadi destinasi pelancongan bertaraf lima bintang sejak kempen Cuti-cuti Malaysia dilancarkan. Realitinya, sektor pelancongan banyak membawa kebaikan kepada negara.Dari segi ekonomi, negara kita mendapat banyak keuntungan. Hal ini demikian kerana aktiviti pelancongan meningkatkan peluang pekerjaan dan perniagaan. Fenomena yang sihat ini sekali gus menstabilkan ekonomi negara. Di samping itu, pengaliran masuk mata wang asing ke Malaysia dapat membaik pulih kegawatan ekonomi yang pernah melanda negara. Kedudukan ringgit terus kukuh dan stabil setaraf mata wang asing utama. Hal ini berlaku demikian kerana peningkatan aktiviti jual beli di dalam negara. Sementara itu, sektor pelancongan turut menjadi pemangkin pembangunan negara. Hal ini terjadi demikian kerana kita dapat membangunkan negara dengan lebih lancar akibat keperluan sektor pelancongan. Olel hal yang demikian, Wawasan 2020 yang menjadi aspirasi kerajaan mampu dicapai mengikut jadual. Konklusinya, kempen pelancongan di Malaysia perlulah dipergiat. Dengan kemajuan sektor ini, kerajaan dapat membangunkan pelbagai bidang maslahat yang lain.Tapak warisan dunia UNESCO-Bandaraya Melaka, Georgetown(Pulau Pinang)

Cyberjaya merupakan tulang belakang Koridor Raya Multimedia (MSC) di Malaysia. Bandar yang dibangunkan daripada ladang kelapa sawit ini mempunyai keluasan 2,890 hektar dan terletak di daerah Sepang, Selangor. Cyberjaya berada kira-kira 50 km di selatan Kuala Lumpur, iaitu bersebelahan dengan Putrajaya. Bandar ini diasaskan sebagai bandar pintar mengikut konsep Lembah Silikon di Amerika Syarikat.Upacara perasmian Cyberjaya telah diadakan pada bulan Mei 1997 oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.Setia Haruman Sdn Bhd merupakan pemaju utama Cyberjaya.Cyberjaya merupakan hasil buah fikiran Tun Dr Mahathir.

Malaysia Airlines (Bahasa Melayu: Sistem Penerbangan Malaysia); ialah syarikat penerbangan Malaysia yang mempunyai lebih 100 destinasi di seluruh dunia. Syarikat ini juga menjalankan operasi penerbangan domestik dan charter. Hub utamanya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ,Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dijadikan sebagai hub kedua.

Syarikat ini merupakan salah satu daripada 6 syarikat penerbangan lain di seluruh dunia yang mendapat pengiktirafan 5 bintang oleh Skytrax Selain Asiana Airlines, Cathay Pacific, Qatar Airways, Singapore Airlines dan Kingfisher Airlines. Malaysia Airlines telah diberi kredit oleh IATA melalui IATA Operational Audit kerana perlaksanaan keselamatan operasinya.

AirAsia (MYX: 5099) adalah syarikat penerbangan tambang murah berpengkalan di Malaysia. AirAsia merupakan syarikat penerbangan tambang murah pertama di Asia.[4] Kumpulan AirAsia beroperasi penerbangan antarabangsa dan tempatan ke lebih 400 destinasi merentasi 25 negara. Hab utamanya ialah Low-Cost Carrier Terminal (LCCT) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Syarikat penerbangan gabungannya Thai AirAsia, AirAsia Philippines dan AirAsia Japan mempunyai hab masing-masing di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Lapangan Terbang Antarabangsa Clark dan Lapangan Terbang Antarabangsa Narita. Pejabat berdaftar AirAsia terletak di Petaling Jaya, Selangor manakala ibu pejabatnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Rangking 2013 :MAS-14 AIRASIA-24 Rangking 2012:MAS-10 AIRASIA-22

Kuala Lumpur (Tulisan Jawi: , singkatan: KL)[5] atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ialah ibu negara dan bandar terbesar di Malaysia. Kawasan Wilayah Persekutuan ini yang meliputi tanah seluas 244 km2 (94 batu), diduduki 1.63 juta orang mengikut banci tahun 2010.[4] Kuala Lumpur tergolong dalam sebuah kawasan metropolitan besar yang turut meliputi sebahagian besar negeri Selangor, iaitu Lembah Klang, sebuah kelompokan bandar yang diduduki 7.2 juta orang[6], dan juga kawasan metropolitan yang paling pesat membangun di negara dari segi bilangan penduduk dan ekonomi.[7]

Kuala Lumpur merupakan tempat letaknya Parlimen Malaysia, dan juga pernah menjadi lokasi cabang eksekutif dan kehakiman kerajaan persekutuan yang kini bertapak di Putrajaya sejak tahun 1999.[8] Namun begitu, terdapat beberapa cawangan kehakiman yang kekal di ibu kota ini. Kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong, iaitu Istana Negara, juga terletak di Kuala Lumpur. Bandar raya ini juga merupakan pusat kebudayaan dan ekonomi Malaysia kerana kedudukannya selaku ibu negara dan bandar raya primat.[9] Kuala Lumpur ditarafkan sebagai bandaraya dunia alfa, dan juga satu-satunya bandar raya global di Malaysia, menurut Globalization and World Cities Study Group and Network (GaWC).[10]

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah salah satu daripada tiga buah Wilayah Persekutuan Malaysia, dan juga sebuah enklaf dalam negeri Selangor, di pantai barat tengah Semenanjung Malaysia.[11]

Semenjak 1990-an, bandar raya ini menjadi tuan rumah kepada berbilang acara sukan, politik dan kebudayaan, termasuk Sukan Komanwel 1998 dan Kejohanan Dunia Formula Satu.[12] Selain itu, di Kuala Lumpur terdirinya menara berkembar tertinggi di dunia, iaitu Menara Berkembar Petronas.[13]

Kuala Lumpur dihubungkan dengan dunia luar oleh dua buah lapangan terbang, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang kini hanya berkhidmat untuk penerbangan dalam negara.Menurut record CNN,Kuala Lumpur meduduki rangking ke-4 di dunia bagi kategori badar beli-belah yang ternebat di dunia.Kuala lumpur merupakan Bandar ke-2 selepas Tokyo yang diiktifar sebagai Bandar beli-belah yang terhebat di dunia.Tempat pertama diduduki oleh New York dan diikuti oleh London serta Tokyo.

Azizulhasni Awang-Kejohanan dunia 2009-Poland (Sprint) silver 2010-Denmark (Keirin) silver -Sukan Asia 2010 Guangzhou,China (Keirin) goldFatehah Mustapa-World Cup 2014-Mexico(Keirin)Silver

Peranan Remaja Untuk Menjayakan Wawasan Negara.

Remaja terdiri daripada golongan muda yang berusia 13 tahun hingga 18 tahun. Remaja memainkan peranan penting dalam memajukan negara dan golongan inilah yang mudah terpengaruh dengan gejala sosial. Dalam hal ini, pelbagai pihak perlu berusaha untuk memastikan remaja kini dapat memainkan peranan dalam menjayakan wawasan negara iaitu menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020.

Remaja perlu belajar bersungguh-sungguh. Hanya dengan pelajaran sahajalah,seseorang itu boleh mengubah nasib dirinya,keluarga,masyarakat dan juga negara. Tanpa ilmu pengetahuan,remaja tidak boleh mencipta rekaan-rekaan baru dan dengan ini kita masih bergantung kepada negara luar dari segi teknologi. Remaja sepatutnya modal insan cemerlang yang boleh mereka cipta sesuatu kerana remaja perlu menjadi penyumbang teknologi, bukannya pengguna teknologi semata-mata.

Selain itu, remaja perlu menjauhkan diri daripada rakan-rakan yang terjebak dalam masalah sosial. Janganlah melibatkan diri dalam vandalisme,gengsterisme,peras ugut dan penyalahgunaan dadah. Kesemua gejala ini akan merosakkan diri remaja itu dan memalukan keluarga. Kerajaan pula terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk menyelesaikan masalah ini. Alangkah baiknya jika remaja menggunakan masa yang terluang dengan aktiviti- aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku dan mengumpul setem. Lantaran itu,remaja yang berwawasan perlu menghargai masa dengan sebaik-baiknya kerana masa itu emas.

Di samping itu, remaja juga perlu mematuhi segala peraturan dan undang-undang negara agar negara aman dan rakyat dapat hidup dalam harmoni. Apabila remaja mengamalkan sikap yang terpuji dan tidak melanggar undang-undang negara,barulah segala wawasan negara dapat dijalankan dengan sempurna.

Remaja juga perlu menjayakan segala program yang dianjurkan oleh kerajaan. Remaja sepatutnya menjadi teladan yang baik kepada adik-adik mereka dengan berusaha bersungguh-sungguh bagi menjayakan kempen-kempen seperti Kempen Anti merokok,Kempen Cintailah Sungai kita dan Kempen Galakan Membaca. Remaja yang menjadi tonggak negara akan dapat memainkan peranan penting dalam menjayakan wawasan negara.

Dalam usaha menjayakan wawasan negara, remaja boleh memberikan sumbangan tenaga dan idea yang berterusan agar aspirasi negara untuk menjadi negara maju akan terlaksana. Untuk mencapai hasrat itu,remaja yang berwawasan perlu banyak membaca bahan-bahan berbentuk pengetahuan dan berusaha untuk meningkatkan keupayaan diri dari pelbagai aspek seperti pengetahuan ICT yang membolehkan mereka memperoleh pengetahuan tanpa batasan menerusi Internet. Mereka boleh bertukar-tukar idea dengan remaja dari negara lain dan seterusnya boleh menjana idea untuk menjayakan wawasan negara.

Konklusinya,remaja memainkan peranan penting dalam menjayakan wawasan negara. Remaja yang berkualiti,merupakan pemangkin kecemerlangan negara. Oleh itu,marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk mewujudkan remaja yang benar-benar berwawasan,berdedikasi dan berketerampilan dan akhirnya negara kita akan maju setanding negara maju yang lain.

*Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.*Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.*Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.*Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi.*Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.*Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.*Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.*Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.*Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

CADANGAN UNTUK MENANGANI CABARAN WAWASAN 2020(a)Penjawat awam perlu faham peranan dalam menentukan pencapaian merekasendiri, selain daripada pencapaian negara.(b)Mengenalpasti bidang-bidang yang diperluaskan, paradigma lama dan menerima paradigma yang baru.(c)Penjawat awam perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dankecekapan sesuai dengan paradigma baru ini serta penuh yakin bahawa mereka mempunyai kebolehan.(d)Di mana sahaja pertukaran pendekatan diperlukan, penjawat awam harus membuatpertukaran ini, termasuklah penghapusan sikap terasing dari masyarakat dan swasta yang menjadi pelanggan mereka. Piagam pelanggan mesti diterima sepenuhnya.(e)Penjawat awam perlu sentiasa memikir akan hasil dan sumbangan mereka kepadamasa depan dan tidak hanya memikir akan sumbangan hari ini untuk hari ini.(f)Penjawat awam sebagai individu boleh menyumbang kepada kejayaan segala usaha, mereka harus sedar bahawa sumbangan sebagai anggota pasukan adalah lebih berkesan dalam apa jua usaha. Oleh itu mereka harus mengutamakan yang berkoordinasi dalam pasukan bagi menembusi paradigma lama dan memasuki paradigma baru.

MalaysiaKesihatanKerajaan Malaysia menitikberatkan peluasan dan pembangunanpenjagaan kesihatandengan memperuntukkan 5% perbelanjaan pembangunan sektor sosial kerajaan kepada kesihatan awam. Kerajaan juga cuba mempromosikan Malaysia sebagai destinasi perubatan serantau dan antarabangsa.[132]Kerajaan melaksanakan sistempenjagaan kesihatan sejagatdi samping membenarkan perusahaan perubatan swasta.[133]Pada tahun 2008, ladar kematian bayi di Malaysia berada pada takat 5.92 per 1000 orang[134], manakala jangka hayat ketika lahir adalah 74 tahun.[135]Sistem penjagaan kesihatan Malaysia mewajibkan doktor untuk berkhidmat di hospital awam selama tiga tahun untuk memastikan kakitangan yang mencukupi di hospital-hospital berkenaan

Pengangkutan dan tenaga

Rangkaian jalan raya Malaysia berjumlah 98,721 kilometer (61,342 bt) panjangnya, termasuk lebuhraya sepanjang 1,821 kilometer (1,132 bt).[13] Lebuhraya terpanjang di negara ini iaitu Lebuhraya Utara-Selatan menjangkau 800 kilometer (497 batu) dari sempadan Thailand hingga Singapura. Malaysia mempunyai 118 lapangan terbang di mana 38 buah daripadanya berturap.[13] Sistem penerbangan utama Malaysia adalah Malaysia Airlines(Sistem Penerbangan Malaysia) yang menawarkan penerbangan dalam negara dan antarabangsa. Sistem keretapi Malaysia dikendalikan oleh kerajaan dan liputannya sepanjang 1,849 kilometer (1,149 bt).[13] Sistem transit aliran ringan yang murah terdapat di beberapa bandar, seperti Kuala Lumpur.[101]

Pada mulanya, penghasilan tenaga di Malaysia berasaskan minyak dan gas asli.[102] Malaysia kini berupaya menjana tenaga elektrk sebanyak 13GW.[103] Akan tetapi, biarpun permintaan untuk tenaga makin meningkat, Malaysia hanya ada 33 tahun rizab gas asli dan 19 tahun rizab minyak. Oleh itu, kerajaan Malaysia berusaha mencari sumber tenaga boleh baharu.[102] Kini, 16% janaan elektrik Malaysia berbentuk hidroelektrik, dan 84% yang selebihnya adalah termal.[103] Industri minyak dan gas di Malaysia kini dikuasai oleh syarikat milik negara, Petronas,[104] manakala sektor tenaga keseluruhannya berada di bawah kawalan Suruhanjaya Tenaga Malaysia, sebuah suruhanjaya berkanun yang menguasai penggunaan tenaga di Semenanjung dan Sabah mengikut syarat-syarat Akta Suruhanjaya Tenaga 2001.[105]

Ekonomi MalaysiaMalaysia merupakan sebuah negara berpendapatan sederhana dan berubah daripada sebuah negara pengeluar bahan mentah seperti getah, bijih timah dan sebagainya pada 1971 kepada negara berekonomi pelbagai sektor melalui Dasar Ekonomi Baru. Pada dasarnya, pertumbuhan Malaysia adalah bergantung kepada eksport bahan elektronik seperti cip komputer dan sebagainya. Akibatnya, Malaysia merasai tekanan hebat semasa kegawatan ekonomi pada 1998 dan kemerosotan dalam sektor teknologi maklumat pada tahun 2001. KDNK pada tahun 2001 hanya meningkat sebanyak 0.3% disebabkan pengurangan 11% dalam bilangan eksport tetapi pakej perangsang fiskal yang besar telah mengurangkan kesan gawat tersebut.

Malaysia mempunyai persekitaran makroekonomi yang stabil (di mana kadar inflasi dan kadar pengangguran kekal di bawah 3%), simpanan pertukaran wang asing yang sihat, dan hutang luar yang kecil. Ini membolehkan Malaysia untuk tidak lagi mengalami krisis yang sama seperti Krisis Kewangan Asia pada 1997. Walaubagaimanapun, prospek jangka panjang kelihatan agak kabur disebabkan kurangnya perubahan dalam sektor korporat terutama sekali sektor yang berurusan dengan hutang korporat yang tinggi dan kompetitif.

Selain getah dan sawit yang banyak di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak juga kaya dengan sumber asli seperti kayu balak, petroleum dan gas asli.

Hubungan luar negara dan ketenteraanDasar luar negara Malaysia berasaskan prinsip keberkecualian serta mengamalkan hubungan damai dengan negara-negara lain tanpa mengira sistem politiknya, sambil mengeratkan lagi hubungan dengan negara-negara serantau.[63] Ia mendapat keutamaan dalam keselematan dan keseimbangan Asia tenggara, dan telah cuba untutk meperkukuh hubungan dengan negara-negara Islam.[64]

Malaysia merupakan sebuah negara perintis Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Pertubuhan Persidangan Islam.[65][66] Selain itu, Malaysia juga menganggotai pelbagai lagi pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik, 8 Negara Membangun dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.[67][68][69][70] Sebagai bekas jajahan British, Malaysia juga menganggotai Negara-Negara Komanwel.[71] Kuala Lumpur juga menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Asia Timur pertama pada tahun 2005.[64] Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Negara Israel disebabkan sentimen Kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap negara Yahudi tersebut.[72]

Kerajaan Malaysia mengamalkan dasar pragmatik dalam menanangi pertikaian wilayah, termasuk peleraian di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, antara lainnya.[73] Kepulauan Spratly menjadi tempat pertikaian kebanyakan negara di sekitarnya, namun perbalahan reda ekoran "Perisytiharan Tatalaku Pelbagai Pihak di Laut China Selatan" pada tahun 2002.[74] Brunei dan Malaysia pada 2008 mengumumkan pengakhiran tuntuntan terhdap tanah, untuk menyelesaikan masaalah berkaitan sempadan meritim mereka.Filipina tidak lagi menuntut Sabah.Tuntutan semula tanah Singapore telah menyebabkan ketengangan antara kedua-dua negara, dan pertikaian sempadan laut terjadi dengan Indonesia.[75]

Keperluan pertahanan Malaysia ditugaskan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terdiri daripada tiga cabang, iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Darat Malaysia (TDM), dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Malaysia tidak mengamalkan pengerahan tenaga rakyat; sesiapa yang ingin menyertai tentera haruslah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun. 1.9% KDNK Malaysia diperuntukkan untuk tentera yang mengambil 1.23% guna tenaga Malaysia.[76]

Perjanjian Pertahanan Lima Negara antara Malaysia, Singapura, Australia, New Zealand, dan United Kingdom, merupakan satu inisiatif keselamatan serantau yang dilaksanakan sejak zaman awal kemerdekaan, dan melibatkan latihan tentera bersama kelima-lima negara.[77] Malaysia turut mengadakan latihan perang bersama Indonesia selama bertahun-tahun.[78] Malaysia dan Filipina turut bersepakat untuk mengadakan latihan tentera bersama untuk mempertahankan sempadan laut serta memantau gejala pendatang tanpa izin.[79] Dikhuatiri bahawa ketegangan di kawasan penduduk Islam di Filipina selatan[80] dan Thailand selatan[81] boleh melimpahi Malaysia bila-bila masa.Berikut merupakan senarai organisasi antarabangsa yang Malaysia sertai:-EAEC sebelumnya EAEG-EAF-ASEAN + 3-ASEAN-OIC-Negara-Negara Komanwel-Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu-NAM