Sejarah kertas 3 bab 3

9

Click here to load reader

Transcript of Sejarah kertas 3 bab 3

Page 1: Sejarah kertas 3 bab 3

Sejarah Kertas 3 Bab 3

TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

Tugasan sejarah kertas 3 (tingkatan 4).

SOALAN:Huraikan perkembangan kerajaan awal di Asia Tenggara dan menghubungkaitkan dengan kejayaan Malaysia memajukan sektor pertanian.

PENGENALAN : Jelaskan latar belakang kemunculan kerajaan awal di asia tengara.

(5 markah)

Latar belakang kemunculan kerajaan awal di Asia Tenggara dapat kita lihat daripada kewujudan dan kemunculannya yang dibuktikan berdasarkan sumber dari China dan artifak. Berdasarkan catatan China, Funan merupakan kerajaan terawal yang muncul di Asia Tenggara pada abad ke-3 Masihi berdasarkan jumpaan patung Hindu dan Buddha yang serupa dengan apa yang terdapat di India. Seni patung tersebut dipercayaai wujud antara abad ke-3 – 5 dipengaruhi oleh langgam seni arca Amaravati dari india. Amaravati merupakan pusat seni pahatan yang tertumpu kepada arca agama Buddha yang terletak di tepi Sungai Kistna, iaitu 128 km dari pantai timur India.

Berdasarkan kedudukan strategik Asia Tenggara, Asia Tenggara telah mengadakan hubungan diplomatik dengan China. Asia Tenggara juga menjalinkan hubungan kebudayaan dan keagamaan dengan India. Malahan, hubungan perdagangan antara Asia Tenggara dengan India dan China sudah wujud sejak Zaman Logam lagi. Bukti hubungan antara kerajaan Asia tenggara dengan China dan India ialah jumpaan dan penemuan gendang gangsa yang dikenali sebagai Gendang Dongson di Vietnam Utara. Ia juga dapat ditemui di Sungai Tembeling (Pahang), Sungai Klang (Selangor), Batu Buruk, Besut (Terengganu), Thailand, Myanmar, dan Indonesia.

Hubungan kerajaan awal Asia Tenggara bukan setakat dengan China dan India saja, malahan hubungan perdagangan juga dilakukan dengan tamadun Rom. Sebagai bukti, banyak manik-manik dari tamadun Rom dan India dijumpai di pantai barat dan selatan Thailand, di Kota Tinggi dan Muar (Johor) serta di Kuala Selinsing (Perak). Kewujudan dan kemajuan petempatan di atas menunjukkan kawasan tersebut merupakan petempatan awal manusia di Asia Tenggara yang kemudiannya berkembang menjadi pelabuhan utama dalam kerajaan Asia Tenggara. Perkembangan petempatan tersebut disebabkan terdapatnya hasil barang dagangan yang diperlukan oleh pedaganga singgah di pelabuhan tersebut, di samping mempunyai kemudahan pelabuhan yang baik. Berdasarkan perkembangan dan kemajuan pelabuhan di Asia Tenggara, dapat dikatakan kemunculn tamadun awal di Asia Tenggara dapat dihubungkaitkan dengan perkembangan perdagangan maritim.

Berdasarkan kajian arkeologi, perdagangan maritim di Asia Tenggara telah bermula sejak abad ke-5 manakala pembentukan tamadun awal Asia Tenggara bermula sejak abad ke-3. Proses pembentukan tamadun awal Asia Tenggara memakan masa antara 600-700 tahun semenjak pembentukan tamadun awal Asia Tenggara bermula sejak abad ke-3. Antara kerajaan awal muncul di Asia Tenggara adalah seperti berikut :

Page 2: Sejarah kertas 3 bab 3

a) Abad ke-2 – 5 M.

Funan, Langkasuka, dan Champa.

b) Abad ke-6 M

Tan Tan, Chieh-cha (Kedah Tua), Molo-yu (Jambi Sumatera0, Kutei (Borneo), Po-ni (Kalimantan), Kantoli (Sumatera Selatan), dan Taruma (Jawa Tengah).

c) Abad ke-7 M

Tun Sun (Selatan Thailand), Chih-Tu (Kelantan), Srivijaya (Palembang,Sumatera), Dvaravati (Selatan Thailand), dan Sailendra (Jawa Tengah).

d) Selepas abad ke-7 M.

Gabgga Negara, Fo-lo-an (Kuala Berang), Peng-keng (Pahang), Teng-ya-nung (Terengganu), dan Temasik (Singapura).

Pembentukan kerajaan awal di Asia Tenggara dapat dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu kerajaan agraria dan kerajaan maritim. Walaupun demikian, kedua-dua bentuk kerajaan ini saling bergantung antara satu sama lain.

ISI DAN HURAIAN :

Ciri-ciri dan kegiatan ekonomi kerajaan awal di Asia Tenggara.

Huraikan ciri-ciri dan kegiatan ekonomi kerajaan awal di Asia Tenggara:

- Kerajan agraria

- Kerajan maritim

(30 markah)

Kerajaan Agraria.

Kerajan agraria terletak di kawasan lembah sungai yang subur untuk aktiviti pertanian dan perternakan, di kawasan pedalaman, lereng gunung berapi dan berbukit. Kegiatan utama masyarakat agraria ialah menanam padi sawah di kawasan rendah dan rata, menanam padi huma di kawasan tanah tinggi dan berbukit, serta mengumpul hasil hutan. Tanaman sampingan yang diusahakan ialah seperti pisang, keledek, jagung dan sayur-sayuran. Menghasilkan tanaman rempah seperti bunga cengkih,lada hitam dan mengumpul hasil hutan seperi damar, kayu cendana, kayu gaharu, tanduk, gading, kapur barus, buah-buahan hutan,sarang burung dan kulit kura-kura. Menjalankan penternakan binatang seperti lembu, kerbau, ayam serta penangkapan ikan di sawah,paya,sungai dan sarang burung dari gua untung tujuan perdagangan. Tanaman makanan dan penternakan pada tahap awal hanya untuk sara diri saja. Tetapi, lebihan pengeluaran dipasarkan untuk memenuhi keperluan mereka yang tidak terlibat dalam sektor pertanian khususnya bagi masyarakat Bandar dan kerajan maritim.

Sungai merupakan alat perhubungan dan pengangkutan utama. Perhubungan melalui sungai menggalakkan aktiviti perdagangan. Sistem pengairan yang sistematik mempengaruhi perkembangan ekonomi pertanian yang pesat. Sebagai contoh, sistem pengairan di Angkor

Page 3: Sejarah kertas 3 bab 3

berasaskan Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap. Kemahiran yang tinggi dalam pembinaan terusan, monimen dan mempunyai tukang yang mahir dan cekap. Wujud hubungan perdagangan antara masyarakat pedalaman dengan masyarakat lain secara bertukar barang.

Kerajaan maritim.

Kerajaan maritime ialah kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasakan perdagangan dan kelautan, serta mempunyai pelabuhan utama. Kerajaan ini terletak di kawasan persisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan.

Pelabuhan dalam kerajaan maritim menyediakan segala kemudahan untuk pedagang seperti bekalan makanan, minuman, gudang, tempat berniaga, tempat membaiki kapal dan lain-lain. Kemajuan sesebuah kerajaan maritim bergantung kepada perkembangan perdagangan dan peranan yang dimainkan oleh Orang Laut untuk mengawasi keselamatan pedagang-pedagang yang berkunjung ke pelabuhan.

Kerajaan maritim mempunyai pelabuhan utama untuk tempat berdagang dan sebagai pelabuhan pembekal, iaitu membekalkan barangan hasil tempatan seperti emas, perak, timah serta bekalan keperluan makanan, dan rempah kepada pedagang-pedagang. Antara pelabuhan pembekal termasuk Kuala Berang (Kuala Terengganu) dan Kuala Selinsing (Perak). Sesebuah pelabuhan pembekal akan berkembang maju dan akhirnya menjadi pelabuhan apabila wujudnya kerajaan di situ. Antaranya, pelabuhan Srivijaya, pelabuhan Kedah Tua, Langkasuka, dan lain-lain. Pelabuhan kerajaan menjalankan peranan sebagai pelabuhan yang menghubungkan sesebuah kerajaan dengan kerajaan berhampiran. Misalnya, kerajaan Srivijaya dengan kerajaan Champa. Perkembangan pelabuhan kerajaan sekali gus menarik pedagang-padagang asing untuk berkunjung dan berdagang di sana, seperti pedagang dari China dan India. Perkembangan dan kemajuan pelabuhan kerajan wujud melalui hubungan dengan kerajaan-kerajaan besar seperti China dan India yang telah mengubah kedudukan pelabuhan kepada pelabuhan entrepot. Pelabuhan kerajaan menjadi pelabuhan entrepot yang berperanan membekalkan keperluan pedagang-pedang asing yang memerlukan barang-barang tempatan seperti rempah ratus, kayu wangian, di samping mengumpulkan barangan dari pedagang-pedagang antarabangsa dan mengedarkannya kepada pedagang-padagang tempatan atau yang lain yang singgah di perlabuhan tersebut.

Perkembangan pelabuhan

Kegiatan lain masyarakat selain daripada aktiviti perdagangan adalah menangkap ikan, memungut hasil-hasil laut, mengeluarkan logam emas dan timah. Wujud kepelbagaian penduduk yang terdiri daripada orang tempatan, Orang Laut dan pedagang asing. Pengunaan lebih daripada satu bahasa, tetapi bahasa perhubungan dan perdagangan adalah bahasa Melayu yang mejadi bahasa lingua-franca yang utama di Asia Tenggara. Mahir dalam soal-soal kelautan sehingga menjadi pelaut, pelayar, peneroka dan pedagang yang gigih. Kemahiran membuat perahu dan perahu layar untuk pelayaran jarak jauh. Berkeupayaan untuk belayar di laut berpandukan petunjuk dari bintang, bulan, angina dan ombak untuk menuju ke sesuatu tempat dan berkebolehan meramal sesuatu kejadian di laut seperti hujan, rebut, taufan dan angin berdasarkan pemerhatian kepada bintang, alam sekeliling dan lain-lain. Mudah menerima pengaruh luar dan disesuaikan dengan keadaan masyarakat setempat sama ada dari aspek bahasa, kebudayaan, kesenian dan lain-lain.

Page 4: Sejarah kertas 3 bab 3

Faktor-faktor perkembangan kerajaan awl di Asia Tenggara.

Bandingkan faktor-faktor perkembangan kerajaan agraria dengan maritim dalam tamadun awal di Asia Tenggara. (15 markah)

Sebelum kita membandingkan faktor-faktor perkembangan kedua-dua kerajaan, kerajaan maritim dan agraria. Faktor-faktor perkembangan kerajaan agraria adalah kedudukan yang strategik, kaedah pengairan yang sistematik, kemampuan untuk menyediakan bekalan makanan, mempunyai banyak hasil-hasil hutan, kemudahan pengangkutan dan perhubungan, peranan raja atau pemerintah, kemudahan dan sumber bekalan dari sungai, hasil sampingan, kepergantungan daripada kerajaan maritim dan berupaya untuk mengawal banjir. Faktor-faktor perkembangan kerajaan maritim pula adalah lokasi dan kedudukan yang stratigik, kemudahan di pelabuhan, laluan perdagangan yang selamat, pusat pengumpulan dan pelabuhan serta kemahiran membina kapal dan ahli pelayaran.

Dari segi persamaan faktor perkembangan, kerajaan agraria dan maritim memiliki lokasi dan kedudukan yang strategik. Kerajaan agraria berkedudukan di lembah sungai yang subur, keradaan geografi yang rendah dan rata sesuai untuk pertanian. Tambahan pula iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun sesuai untuk kegiatan pertaniaan. Manakala pula, kerajaan maritim muncul dengan pelabuhan yang dikaitkan dengan kedudukan geografi yang terletak di kawasan persisiran pantai atau kawasan-kawasan sungai yang berhampiran dengan laluan pedagang sama ada Laut China Selatan, Selat Melaka, Selat Sunda, Laut Jawa atau Laut Sulawesi.

Kedua-dua kerajaan pula mengunakan peranan golongan-golongan tertentu. Hal ini sangat membantu kedua-dua kerajaan ini untuk berkembang maju. Misalnya, kerajaan agraria mengunakan peranan pentadbir atau raja manakala pula kerajaan maritim pula mengunakan peranan orang laut. Oleh yang demikian, kerajaan agraria mengunakan peranan pentadbiran atau raja untuk bertanggungjawab kepada kemajuaan sektor pertanian. Sebagai contoh, pembinaan sistem pengairan, kawalan keatas pengeluar hasil, permasaran dan kawalan ke atas tanah pertanian. Kerajaan maritim pula mengunakan peranan orang laut untuk menjaga keselamatan para pedagang dan perlabuhan daripada ancaman lanun.

Dari segi keistimewaan pula, kita lihat dari sudut kebergangtungan kedua-dua kerajaan. Kerajaan agraria bergangtung kepada hutan dan sungai. Dalam pada itu, kerajaan maritime bergantung kepada persisiran pantai atau kawasan-kawasan sungai yang berhampiran dengan laluan pedagang. Karajaan agrarian mengunakan keistimewaan sungai tersebut untuk kemudahan dan sumber bekalan dari sungai serta kemudahan pengangkutan dan perhubungan air. Seterusnya kerjaan maritime mempergunakan kawasan persisiran pantai atau kawasan-kawasan sungai yang berhampiran dengan laluan pedagang sebagai laluan perdagang yang selamat. Tambahan pula dengan bantuan orang laut.

Di samping itu, kemahiran yang terdapat dalam kedua-dua kerajaan tidak dipersiakan. Kerajaan agraria memiliki kemahiran kaedah pengairan yang sistematik dan berkeupayaan untuk mengawal banjir. Antaranya adalah seperti penciptaan takungan air pada musim hujan dapat membekalkan keperluan air sepanjang tahun untuk tanaman padi dan minuman terutama pada musim kemarau. Tanaman padi dapat diusahakan sepanjang tahun. Kerajaan maritim pula memiliki kemahiran membina kapal dan ahli pelayaran. Mereka mampu

Page 5: Sejarah kertas 3 bab 3

membina kapal dagang dan kapal perang. Hal ini membolehkan mereka belayar ke wilayah-wilayah yang lebih jauh untuk berdagang. Kapal-kapal yang dibina amat kukuh dan tahan daripada pukulan ombak kerana kayu yang digunakan adalah dibekalkan oleh kerajaan yang berhampiran kerajaan agraria. Sejarah membuktikan orang-orang Melayu sudah memjadi peneroka laut, pelayar dan pedagang yang mahir tentang selok-belok kelautan. Mereka mahir dalam menentukan kejadian alam berdasarkan pemerhatian bintang di langit seperti rebut taufan dan puting beliung.

Akhir sekali, perkembangan kedua-dua kerajaan adalah daripada kesepakatan mereka untuk saling memerlukan. Ini bermaksud kemajuaan dan perkembangan kerajaan maritim amat bergantung kepada sokongan dan bantuan daaripada kerajaan agraria dan begitu juga sebaliknya. Kerajaan maritim bergantung kepada kerajaan agraria untuk memperoleh barang dagangan terutama beras sebagai eksport utama, hasil hutan dan hasil pertanian. Kerajaan agraria bergantung kepada kerajaan maritim untuk mendapatkan barang mewah daripada pedagang India, China dan Arab seperti tembikar, barang kaca, tekstil dan senjata. Kerajaan maritim bergantung kepada agraria untuk mendaptkan bekalan kayu yang baik untuk membina kapal-kapal dagang, tukang mahir serta kenderaan seperti gajah.

Pembentukan kerajaan agraria yang agung di Asia Tenggara.

Andaikan anda sebagai seorang pemerintah kerajaan agraria dalam tamadun awal di Asia Tenggara, bagaimanakah anda dapat membentuk sebuah kerajaan yang agung?

(15 markah)

Seandainya saya sebagai seorang pemerintah kerajaan agraria dalam tamadun awal di Asia Tenggara, saya akan membentuk kerajaan yang hebat dang teragung. Antara cara yang saya akan gunakan untuk membentuk kerajaan agraria yang agung adalah mewujudkan sistem saliran yang lebih sistematik. Saliran air yang sistematik yang lebih teratur dan dalam. Hal ini kerana kepentingannya untuk pertanian dan perternakan. Dalam pertanian dan perternakan air amat diperlukan. Air disalirkan dari tasik dan sungai berdekatan. Sebagai contoh, tasik tonle sap. Air ini juga digunakan untuk pemindahan tanaman dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Air ini juga boleh digunakan untuk mencipta teknologi. Sebagai contoh, kincir air. Seterusnya, kepentingannya adalah sebagai pengangkutan. Hal ini kerana, ini boleh menjadi sistem penghubungan dari satu tempat ke tempat lain. Tambahan pula, boleh mempercepatkan perjalanan dengan pengunaan perahu. Sebagai contoh, sungai Mekong. Selain itu, air juga menjadi sumber kehidupan seharian masyarakat saya. Dengan adanya system ini rakyat boleh mendapat air dengan mudah. Seperti, memasak dan mandi. Tidak perlulah mereka pergi ke tasik atau sungai yang jauh.

Seterusnya, saya akan melakukan perubahan dasar-dasar ekonomi yang lebih maju dan sistematik terhadap kerajaan saya. Antaranya. Saya akan melaksanakan pengunaan mata wang. Maka, system barter yang diamalkan selama ini ditukarkan dangan system mata wang. Kebaikannya adalah memudahkan urusan pedagangan dari dalam dan luar Negara. Mata wang menjadi pengukuran nilai barang dagangan dan pengiraan hasil Negara yang lebih tepat. Malahan, saya akan menukarkan sara diri kepada komesial. Ia dapat memberi kebaikan dari segi meningkatkan ekonomi kerajaan serta mempertingkatkan dan memperbesarkan kawasan pedagang serta pertanian dan perternakan.

Page 6: Sejarah kertas 3 bab 3

Lain daripada itu, saya akan menjalankan hubungan diplomatik untuk membangunkan kerajaan saya yang agung. Antaranya adalah, kerajaan saya perlu menjalankan hubungan dari segi politik supaya menjamin keselamatan & keamanan negara. Selain itu, kerajaan agrarian yang saya miliki perlu menjalankan hubungan diplomatic dari segi ekonomi. Terutama sekali dangan kerajaan terdekat, kerajaan maritime. Hal ini kerana kerajaan maritime dan agrarian saling memerlukan sumber dari satu sama lain. Ini juga mampu meningkatkan hasil Negara. Kadar kebajikan rakyat akan meningkat. Tambahan pula , kerajaan maritime boleh dan akan membina lebih banyak pertempatan-pertempatan dikawasan kerajaan saya. Secara tidak langsung hubungan sebegini akan memajukan kawasan setempat kerajaan saya.

Kejayaan Negara Malaysia sebagai sebuah Negara yang maju dalam sektor pertanian.

Berdasarkan pengetahuan anda, jelaskan kejayaan Malaysia sebagai Negara maju dalam sektor pertanian. (10 markah)

Berdasarkan pengetahuan sejarah saya, kejayaan Malaysia sebagai Negara yang maju dalam sektor pertanian didorong oleh pengurusan sektor pertanian yang teratur. Menyedari peluang dan potensi untuk membangunkan sektor ini, Kerajaan telah membangunkan sektor pengeluaran makanan atau sektor agro-makanan agar ia berdaya saing dan boleh menyumbang kepada pendapatan negara. Usaha untuk mentransformasikan sektor ini merupakan satu cabaran yang amat besar memandangkan ia bukan sahaja melibatkan perubahan gaya pelaksanaan aktiviti pertanian daripada pendekatan tradisional kepada pengaplikasian teknologi terkini, malahan ia turut memerlukan anjakan minda masyarakat untuk meninggalkan stigma bahawa pertanian merupakan aktiviti yang mundur dan tidak membawa keuntungan

Kementrian perusahaan perladangan dan komoditi dan kementerian pertanian dan asas tani diberi amanah bagi mempergiatkan kegiatan pertanian & penternakan di Malaysia. Kementerian perusahaan perladangan dan komoditi adalah bertanggungjawab terhadap pembangunan sektor komoditi utama negara. Sektor perusahaan perladangan dan komoditi merangkumi penanaman dan penghasilan minyak sawit, getah, kayu, koko lada dan tembakau. Pada tahun 2006, nilai eksport bagi komoditi dan produk berasaskan komoditi adalah RM76.50 billion, menyumbang 12.91 peratus kepada jumlah eksport Malaysia bagi tahun berkenaan. Sektor ini telah menyumbang lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Sektor perusahaan perladangan dan komoditi terus berkembang menjadi sektor yang dinamik, kukuh dan menjadi sektor asas kepada kekukuhan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Ia turut menyumbang kepada Produk Berasaskan Domestik (GDP), sektor pekerjaan dan pendapatan eksport serta meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar. Selain daripada itu, sektor ini juga memberikan banyak peluang dan telah berkembang bermula daripada proses pengeksportan bahan mentah kepada penghasilan barangan separuh siap, barang telah diproses dan barang siap, di samping menghasilkan lebih produk nilai tambah bagi meningkatkan pasaran. Kementerian Pertanian wujud sebagai sebuah Kementerian yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pertanian (termasuk perikanan dan ternakan) pada tahun 1978. Terdahulunya semua urusan atau aktiviti pertanian dipertanggungjawabkan di bawah Jabatan Pertanian sejak tahun 1905. Selepas pembentukan kabinet pada 27 Mac 2004, Kementerian Pertanian telah bertukar kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA). Dengan struktur organisasi yang mantap, MOA bersama sebelas (11) Jabatan dan agensi di bawahnya menggembleng

Page 7: Sejarah kertas 3 bab 3

seluruh pemikiran dan tenaga organisasinya secara terancang dan bersepadu untuk merealisasikan visi nya sebagai “Peneraju Transformasi Pertanian’ dan ke arah pencapaian matlamat utama Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) dan Rancangan Malaysia ke Sembilan. Antaranya adalah MARDI. MARDI ditubuhkan dengan matlamat memajukan dan mengiatkan teknologi bersesuaian yang baru dan yang berkait dalam industri pertanian di Malaysia. Teknologi ini bertujuan meningkatkan penghasilan dan keberkesanan, dengan itu memodenkan sektor pertanian selain meningkatkan pulangan petani. Seterusnya, RISDA. Dengan pelancaran RISDA, nyatalah bahawa Kerajaan memandang berat di atas peranan yang dijalankan oleh Sektor Pekebun Kecil sebagai satu sektor pengeluaran hasil yang penting pada ekonomi negara. Kemudian, FELDA. FELDA adalah satu agensi kerajaan Malaysia yang menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka. Skim-skim FELDA hanya dikhaskan untuk orang Melayu yang membentuk sebilangan besar penduduk Malaysia. Selain itu, FELCA. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara Malaysia dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka. Di samping itu, MPOB juga agensi yang membantu. Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) adalah sebuah agensi utama kerajaan yang dipertanggunjawabkan meneraju dan membangunkan industri sawit negara. MPOB berperanan penting dalam mewujudkan objektif, polisi dan keutamaan negara bagi memastikan perkembangan industri ini dengan sempurna dan teratur.

Cabaran menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dalam sektor pertanian.

a) Jelaskan cabaran yang dihadapi dalam menjadikan Malaysia sebagai Negara yang maju dalam sektor pertanian. (5m)

b) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas. (5m)

(10 markah)

(a) Negara kita amat berpotensi tinggi untuk menjadi Negara yang maju dalam sektor pertaniaan. Namun, masih terdapat beberapa cabaran yang harus dihadapi dalam menjadikan Malaysia sebagai Negara yang maju dalam sektor pertaniaan. Antara cabaran yang dihadapi oleh Malaysia adalah kekurangan tenaga buruh. Pembangunan sektor pertaniaan semakin sukar dijalankan kerana Negara menghadapi kekurangan tenaga buruh. Hal ini kerana ramai golongan belia kurang berminat bekerja di sektor pertanian dan peladangan.mereka labih terarah kepada perkerjaan yang terdapat di Bandar-bandar. Kebanyakan tenaga buruh pula sudah tua. Seterusnya, cabaran Malaysia menjadi Negara maju dalam sektor pertaniaan adalah kekurangan pengetahuan dan pengalaman. Kebanyakan pertani di Negara ini kurang berpengetahuan dan pengalaman terutamanya tentang teknik-teknik pertanian secara moden dan komesial. Di samping itu, cabaran bagi Malaysia untuk menjadi Negara maju dalam sektor pertanian adalah kurangnya teknologi yang lebih maju dan berkualiti. Masih banyak lagi masyarakat kita mengunakan pertanian secara tradisional. Ini kerana pertani tempatan atau secara kecil-kecilan tidak mampu membeli jentera atau mesin yang lebih berteknologi.

Page 8: Sejarah kertas 3 bab 3

(b) Antara langkah bagi mengatasi cabaran Negara kita untuk menjadi Negara maju dalam sektor pertaniaan adalah dengan mengunakan teknologi bagi mengurangkan masalah kekurangan tenaga buruh. Kekurangan tenaga buruh ini juga boleh dikurangkan dengan mengambil penganggur-penganggur Negara kita untuk berkerja. Seterusnya, cabaran dalam kekurangan pengetahuan dan pengalaman petani boleh dibantu dengan menghantar anak bangsa kita belajar kemahiran pengetahuan tentang cara dan teknik yang terbaik untuk memajukan tanaman dan perladangan. Anak bangsa yang dihantar belajar didalam mahupun diluar Negara harus pulang ke Negara kita semula dan memberi idea pertanian terbaik kepada masyarakat kita. Cabaran ini juga boleh diselesaikan dengan menghantar mereka yang pakar tentang pertanian dan perladangan ke kawasan-kawasan yang aktif dalam sektor pertanian. Mereka yang pakar ini perlu memberi ceramah dan perkongsian tentang cara-cara memajukan pertanian dan perladangan. Disamping itu, kekurangan teknologi dapat dielakan dengan mengadakan program yang berasaskan inovasi. Hal ini dapat membuka pemikiran rakyat kita untuk berfikiran luar dari kotak.

Penerapan nilai-nilai murni/iktibar/patriotism daripada kerajaan awal demi memajulan Negara kita.

Nyatakan nilai-nilai murni/iktibar/patriotism daripada kemajuan kerjaan awal yang boleh diterapkan demi memajukan Negara kita dalam sektor pertanian.

(10 markah)

Melalui apa yang saya dapat dalam melihat kemajuan kerajaan awal, nilai-nilai murni/iktibar/patriotism yang boleh diterapkan demi memajukan Negara kita dalam sektor pertanian adalah nilai saling membantu dan berkerjasama. Seperti yang kita ketahui, kerajaan awal, agraria dan maritim saling memerlukan untuk kemajuan kerajaan mereka. Kerajaan awal juga saling berkerjasama untuk memajukan dan kelancaran pentabiran kerajaan mereka. Sebagai contoh, orang laut berkerja dan memberi kerjasama dengan pentabir mereka untuk menjaga keselamatan laluan pedagangan. Begitu juga Negara kita Malaysia, Negara kita melakukan hubungan diplomatik dengan Negara luar bagi meningkatkan ekonomi mahupun pertanian Negara kita begitu juga sebaliknya Negara luar. Rakyat Malaysia juga memberi kerjasama dengan kerajaan Malaysia bagi memajukan Negara. Sebagai contoh, memajukan pertanian yang boleh dijadikan perniagaan dan secara tidak langsung akan meningkatkan ekonomi Negara. Seterusnya, kita juga perlu memiliki kretif dan inovatif bagi memajukan diri dan lebih lagi sebuah kerajaan yang besar. Kerajaan awal, kerajaan maritim dan agraria, kedua-duanya memiliki kretiviti dan inovasi. Misalnya, kerajaan agraria dengan kretiviti dan inovasi mereka, mereka dapat mencipta saliran yang baik. Kerajaan maritim dengan kretiviti dan inovasi mereka, mereka dapat kepakaran laut dan perkapalan juga memiliki tempat penyimpanan barang dagang. Kerajaan Malaysia juga harus mempergiatkan kretiviti dan inovasi bagi mengasah para pertani dan pengusaha untuk maju. Sebagai contoh, Malaysia perlu mempergiatkan program inovasi kepada rakyat terutama pertanian. Disamping itu, kerajaan awal mengamalkan sifat yang gigih berusaha. Kerajaan awal menggunakan kedudukan geografi, kepakaran dan kemahiran setiap rakyatnya untuk memajukan kerajaan mereka. Malaysia juga boleh mengambir iktibar ini bahawa Negara kita berada dikedudukan geografi yang baik, tanah yang subur dengan cuaca yang panas dan lembab sepanjang tahun untuk memajukan sektor pertanian. Nilai murni, iktibar dan patriotism yang terdapat pada kerajaan awal yang berguna kepada Malaysia bagi memajukan sektor pertanian.

Page 9: Sejarah kertas 3 bab 3

Rumusan.

· Pengetahuan yang diperoleh.

· Iktibar kepada diri,bangsa dan Negara.

· Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang.

(5 markah)

Pengetahuan yang saya perolehi adalah kemajuan Malaysia dalam sektor pertanian dan perternakan. Kerajaan Malaysia memiliki pentadbiran yang baik dalam pengurusan sektor pertanian Negara yang membantu memajukan sektor tersebut.negara kita juga berpeluang cerah untuk lebih maju dalam sektor terbabit. Iktibar kepada diri, Negara dan bangsa adalah kita perlu mengambil peluang yang ada untuk memajukan sector pertanian Negara kita. Dengan keistimewaan Malaysia yang pelbagai, kita perlu lebih berdaya saing agar peluang yang tersedia didepan mata perlu direbut. Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang adalah kerajaan Malaysia perlu memberi peruntukkan kepada rakyat untuk membantu memajukan ekonomi Negara. Ini dapat memberi peluang yang jelas untuk rakyat membuka medan baru dalam sektor tertentu. Sebagai contoh, sektor pertanian dan perniagaan. Saya juga berharap rakyat Malaysia bangkit dan memajukan diri dengan pemikiran yang positif dan inovatif kearah kejayaan diri sendiri, Negara dan bangsa untuk melihat masa depan ekonomi Negara yang cerah. Saya juga berharap hubungn diplomatik Negara kita dengan rantau dunia baik. Hubungan yang baik ini dapat membawa lebih banyak pelabur-pelabur luar/asing ke Negara kita dan akan memajukan ekonomi Negara.