Sejarah Kesultanan Sulu & Kronologi Pencerobohan Di Lahad Datu.pdf
Transcript of Sejarah Kesultanan Sulu & Kronologi Pencerobohan Di Lahad Datu.pdf
-
5/19/2018 Sejarah Kesultanan Sulu & Kronologi Pencerobohan Di Lahad Datu.pdf - slidepdf....
http:///reader/full/sejarah-kesultanan-sulu-kronologi-pencerobohan-di-lahad
Bahagian 1
Siapa Sultan Sulu Yang Sebenar?
Pada 4 April 2009 yang lalu, negara kita telah dikejutkan dengan satu tindakan kurang ajar dan
biadap apabila seorang lelaki berketurunan Suluk, Datu Abdul Razak Datu Aliuddin, bersama 11orang pengikutnya telah mengadakan perhimpunan haram dan bertindak membakar enam
bendera Sabah di hadapan Pasaraya Milimewa dan Pasar Rakyat, Lahad Datu sekitar jam 8.30
pagi (Sabtu). Kesemua mereka adalah wargananegara Malaysia kerana memiliki mykad berumur
antara 18 hingga 41 tahun yang tinggal di sekitar daerah Lahad Datu.Datu Abdul Razak sebelum ini mengaku sebagai 'Sultan Sabah' yang berkuasa penuh ke atas
negeri ini dan menggunakan cop mohor dan bendera Kesultanan Sulu telah beberapa kali
mendapat liputan media masa tempatan sebelum kejadian ini.
Gambar menunjukkan bendera bergambar Singa yang digunakan Datu Abdul Razak
kononnya adalah simbol yang digunakan oleh Kesultanan Sulu
Sultan Sulu?
Datu Abdul Razak sebenarnya bukanlah satu-satunya individu yang mengaku sebagai Sultan
Sulu. Malah menurut satu sumber, terdapat 97 individu yang mengaku sebagai Sultan Sulu,
terutamanya dari selatan negara Filipina. Malahan, terdapat beberapa Sultan Suluyang telahmembina laman sesawangnya sendiri bagi menarik perhatian umum. Secara umumnya, para
penyamar Sultan ini menggunakan gelaran Sultan of Sulu & North Borneo (Sabah), satu nama
yang menunjukkan kebangangan mereka sendiri kerana secara tidak langsung, mereka mengakui
Sulu dan Sabah sememangnya dua buah entiti yang berbeza. Jika mereka bijak sedikit, sudah
pasti mereka menggunakan nama Sultan of Sulu Darul Jambangan, bagi menunjukkankeseluruhan wilayah Sultan Sulu yang meliputi Pulau Sulu, Basilan, Tawi-tawi, Selatan Palawan
dan sebahagian Jambangan (Zamboanga). Kebanyakan 'Sultan' ini hanya menumpukan duaperkara semata-mata, iaitu hendak menuntut Negeri Sabah, serta mendapatkan wang pajakan dari
Kerajaan Malaysia. Malangnya, jarang kedengaran 'Sultan Sulu' yang berjuang hendak
memerdekakan kembali wilayah Kesultanan Sulu. Malahan, mereka sendiri sebenarnya tidakberkuasa langsung dalam aspek pemerintahan di 'wilayah' mereka di selatan Filipina,termasuklah 'Sultan Sulu' yang diiktiraf oleh Pemerintah Filipina!
http://3.bp.blogspot.com/_jRQg6XKCxe4/S5C8EeZDVXI/AAAAAAAAAdo/CXhjpEV_8vs/s1600-h/Lambang+Singa.jpg -
5/19/2018 Sejarah Kesultanan Sulu & Kronologi Pencerobohan Di Lahad Datu.pdf - slidepdf....
http:///reader/full/sejarah-kesultanan-sulu-kronologi-pencerobohan-di-lahad
"Pejabat Di-Raja" salah seorang penyamar Sultan Sulu di Filipina
Pingat & Darjah Kebesaran Sultan Sulu???
Antara sekian banyaknya Sultan Sulu, yang paling menarik perhatian sudah tentu Sultan
Rodinood Julaspi Kiram, apabila tersebarnya berita dia telah menganugerahkan Darjah
Kebesaran Kesultanan Sulu kepada beberapa orang rakyat Malaysia. Antaranya ialah enam artisMalaysia yang menerima pingat Seri Pengiran Diraja Sulu (SPDS) yang membawa gelaran
Datuk Seri Pengiran iaitu kepada penyanyi 1960-an Jeffrey Din dan L Ramli, pelakon Mat
Sentul dan penyanyi popular 1980-an, Azizul Khamis, Sheqal dan Salwa Abdul Rahman.Mantan isteri penyanyi Nash Lefthanded, Sosilawati Lawiya yang juga pengasas produk
kecantikan Nouvelles Visage didakwa menerima Pingat Paduka Diraja Sulu (PPDK) yang
membawa gelaran Datuk Paduka.
http://1.bp.blogspot.com/_jRQg6XKCxe4/S5RzN_obAdI/AAAAAAAAAeI/LcFlfHldjec/s1600-h/untitled.bmphttp://1.bp.blogspot.com/_jRQg6XKCxe4/S5Ry1U7N-8I/AAAAAAAAAeA/5AuW59QrJKI/s1600-h/snipshot_17l8d29aeb%5B1%5D.jpg -
5/19/2018 Sejarah Kesultanan Sulu & Kronologi Pencerobohan Di Lahad Datu.pdf - slidepdf....
http:///reader/full/sejarah-kesultanan-sulu-kronologi-pencerobohan-di-lahad
Seorang lelaki yang mendakwa sebagai Setiausaha Eksekutif dan Penyimpan Mohor BesarDiraja Sultan Sulu dan Borneo Utara, Putra Eddy T Sulaiman, mendakwa anugerah berkenaan
diberikan berdasarkan sumbangan mereka dalam bidang hiburan. Beliau mendakwa, setiap
penerima anugerah itu diberikan kad pengenalan khas yang membuktikan pengurniaan darjahkebesaran Kesultanan Sulu dan pemilihan penerima pingat itu dibuat secara teliti oleh
jawatankuasa khas berdasarkan sumbangan mereka dalam bidang masing-masing. Sultan Sulu
bercadang memberikan anugerah darjah kebesaran baginda kepada pengamal media di negara ini
seperti wartawan dan jurugambar. Apa tujuan niat dan motif sebenar mereka memberi DarjahKebesaran kepada penyanyi dan akan datang, kepada wartawan ni, hanya Allah sahajalah yang
tahu. Mungkin meniru idea sebuah negeri yang mengurniakan pingat Datuk kepada seorang
pelakon antarabangsa atas alasan ia dapat membantu mempromosikan sektor pelancongan negeri
tersebut.
http://1.bp.blogspot.com/_jRQg6XKCxe4/StQMOXFpiBI/AAAAAAAAAM0/3Gb9WS7uosc/s1600-h/sulu%5B1%5D.jpg -
5/19/2018 Sejarah Kesultanan Sulu & Kronologi Pencerobohan Di Lahad Datu.pdf - slidepdf....
http:///reader/full/sejarah-kesultanan-sulu-kronologi-pencerobohan-di-lahad
Apa yang menambahkan panas kepada berita tersebut adalah apabila seorang lelaki yang
mendakwa waris Kesultanan Sulu, Datu Mudarasulail Kiram, mengatakan terdapat pihak tertentuyang menyebarkan risalah mengenai penganjuran Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran
Kesultanan Sulu dan disertakan dengan borang permohonan untuk memiliki darjah kebesaran
tersebut lengkap dengan senarai harga bagi setiap anugerah. Penganjur majlis berkenaan didakwa
menetapkan harga bagi bayaran darjah Datuk Seri Panglima Diraja Sulu (SPDS) ada lahRM220,000, selain Datuk Bendahara Diraja Sulu (DBDS) (RM150,000), Datuk Paduka Diraja
Sulu (DPDS) (RM120,000), Datuk Pangeran Sultan Sulu (DPSS) (RM80,000) dan Datin Seri
Sultan Sulu (DSSS) (RM80,000).
http://3.bp.blogspot.com/_jRQg6XKCxe4/SsVdTE9zbkI/AAAAAAAAAMc/-FO9yCBd06g/s1600-h/untitled2.bmphttp://3.bp.blogspot.com/_jRQg6XKCxe4/SsVZ77cEbOI/AAAAAAAAALc/oSM0PrbK8PI/s1600-h/Image031%5B2%5D.jpg -
5/19/2018 Sejarah Kesultanan Sulu & Kronologi Pencerobohan Di Lahad Datu.pdf - slidepdf....
http:///reader/full/sejarah-kesultanan-sulu-kronologi-pencerobohan-di-lahad
Penyelesaian???
Kesultanan Sulu mempunyai Tartib (Protokol) yang tersendiri termasuk dalam hal pewarisan
takhta. Merujuk kembali kepada sejarah dan adat Kesultanan ini, Kesultanan Sulu sebenarnyamempunyai dua pewaris (digambarkan dalam bendera Sulu) seperti berikut :
i. Pewaris Pertama - iaitu dari zuriat keturunan Sultan Azimuddin / Alimuddin I ibni Sultan
Badaruddin I dari isterinya gadis Bugis dari Soopeng, Sulawesi. Digambarkan dalam benderaSulu dengan Lambang Keris. Terbahagi kepada dua keluarga :
a) Keluarga Kiramb) Keluarga Shakiraullah
ii. Pewaris Kedua - iaitu dari zuriat keturunan Sultan Bantilan Muizzuddin ibni Sultan BadruddinI, dari isterinya seorang Puteri anak pemerintah Puak Tidung di Kalimantan Timur, dikenali
sebagai Keluarga Maharajah Adinda. Digambarkan dalam bendera Sulu dengan Lambang
Tombak.
Bendera Asal Kesultanan Sulu
http://2.bp.blogspot.com/_jRQg6XKCxe4/S5RHvO1_8SI/AAAAAAAAAd4/LHV07peGbSA/s1600-h/ph_sulu4%5B1%5D.pnghttp://2.bp.blogspot.com/_jRQg6XKCxe4/SsVaCYKd77I/AAAAAAAAALk/u-KncOUiIkc/s1600-h/mainpix%5B1%5D.png -
5/19/2018 Sejarah Kesultanan Sulu & Kronologi Pencerobohan Di Lahad Datu.pdf - slidepdf....
http:///reader/full/sejarah-kesultanan-sulu-kronologi-pencerobohan-di-lahad
Bendera Kesultanan Sulu yang digunakan sejak Abad ke-17 bagi menggambarkan
kewujudan dua Keluarga Pewaris
Kesultanan Sulu mewujudkan Pewaris Kedua sebagai "Penyelamat dan Penyambung" kepada
Kesultanan Sulu, iaitu sekiranya hak Kesultanan Sulu berakhir di tangan Pewaris Pertama.
Sejarah perkara ini perlu dilihat kembali kepada semasa pemerintahan Sultan Badaruddin-I ibniSultan Salahuddin-Karamat yang memerintah sekitar tahun 1718 sehingga 1732. Putera sulung
Sultan Badaruddin-I yang bernama Datu Lagasan menaiki takhta Kesultanan Sulu dengan
gelaran Sultan Azimuddin @ Alimuddin I. Tetapi selepas pembaptisan baginda oleh para paderi
Sepanyol di Manila sekitar tahun 1750, baginda telah menggunakan nama Don Fernando deAlimuddin (The Christian Sultan of Jolo). Jika mengikut hukum undang-undang kerajaan
kesultanan Islam, hak Sultan Azimuddin / Alimuddin @ Don Fernando de Alimuddin danketurunannya ini telah termansuh lantaran Pembaptisan baginda itu ke agama Kristian.
Sekitar tahun 1748, telah berlaku perbalahan di antara dua bersaudara ini. Oleh kerana Sultan
Azimuddin @ Alimuddin-I telah memberikan kebenaran kepada para Jesuit dan Mubaligh
Kristian Spanyol untuk menyebarkan doktrin agama Kristian di Sulu, maka perkara tersebuttelah mendatangkan kemarahan kepada saudaranya, Raja Muda Datu Bantilan, yang merupakan
putera Sultan Badaruddin I yang kedua. Bagi mengelakkkan perbalahan itu berpanjangan,
akhirnya Sultan Azimuddin-I bersama putera dan puteri serta beberapa orang pengikutnya yang
setia telah bertolak ke Zamboanga, dan kemudiannya ke Manila dan diberi sambutan dan layananyang baik oleh para pegawai Sepanyol dan para Jesuit Kristian. Semasa ketiadaan Sultan
http://3.bp.blogspot.com/_jRQg6XKCxe4/SsWsYlChzZI/AAAAAAAAAMs/rlj1nfHwlUI/s1600-h/sulu%2520sult.%2520flag%25201933%2520NOV.%2520SULU%2520SULTANATE%2520FLAG%5B1%5D.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_jRQg6XKCxe4/SsVm7JJgOXI/AAAAAAAAAMk/54yox8_prVs/s1600-h/flag+sulu.bmp -
5/19/2018 Sejarah Kesultanan Sulu & Kronologi Pencerobohan Di Lahad Datu.pdf - slidepdf....
http:///reader/full/sejarah-kesultanan-sulu-kronologi-pencerobohan-di-lahad
Azimuddin @ Alimuddin I di Sulu, beberapa ahli Majlis Diraja Sulu dan rakyat Sulu telah
bersetuju melantik Raja Muda Datu Bantilan menaiki takhta Sulu dan menjadi Sultan Sulu
dengan gelaran sebagai Sultan Bantilan Muizzuddin. Baginda memerintah dari tahun 1748sehingga 1763.
Takhta kesultanan Sulu kemudianya digilirkan antara beberapa pewaris daripada KeluargaPertama dan Kedua ini. Hinggalah kepada Sultan Sulu yang terakhir daripada Keluarga Keduaiaitu Maharajah Adinda Sultan Muhammad Aranan Puyo. Namun, memandangkan usia beliau
yang telah lanjut dan tua, beliau kemudian menyerahkan takhtanya kepada seorang pewaris
daripada Keluarga Pertama iaitu Sultan Jamalul Azam. Takhta Sultan Sulu kemudiannyadimonopoli sepenuhnya oleh Keluarga Pertama yang kemudiannya dikenali dengan nama
keluarga 'Kiram'. Memandangkan tempoh Maharajah Adinda Sultan Muhammad Aranan Puyo
menaiki takhta tidak sampai seminggu, nama baginda sering digugurkan dalam senarai salasilah
Sultan-sultan Sulu hingga menyebabkan hak keturunan Keluarga Kedua dinafikan dan tidakdiketahui oleh para pewaris daripada Keluarga Pertama pada hari ini. Waris daripada Keluarga
Kedua ini kemudian dikenali dengan nama keluarga 'Maharajah Adinda' dan mereka masih
mempunyai hak untuk menuntut takhta Kesultanan Sulu jika ia termansuh disebabkan olehtindakan daripada Keluarga Kiram ini.
Petunjuk daripada Geran Pajakan Penyerahan Kekal Sabah
Dalam geran yang ditandatangani bagi pajakan secara kekal bagi wilayah Sabah, dinyatakan
sebanyak empat kali perkataan "Pewaris dan Penyambung" atau dalam Bahasa Inggerisnya
"The Heir and Successor". "Pewaris" yang dimaksudkan disini ialah Keluarga Kiram yangketika itu memonopoli jawatan Sultan Sulu, sementara "Penyambung" yang dimaksudkan ialah
Keluarga Maharajah Adinda, yang berhak untuk menuntut kembali takhta Kesultanan Sulu
sekiranya terjadi apa-apa perkara yang menyebabkan ianya termansuh oleh Keluarga Kiram.
Pajakan yang dikurniakan oleh Sultan Sulu dahulu merupakan penyerahan secara kekalsebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian tersebut "selagi ada bintang dan cakerawala".
Disebabkan itulah, mana-mana waris Kesultanan Sulu pada hari ini tidak boleh lagi
mempersoalkan apatahlagi menuntut kekuasaan terhadap Negeri Sabah. Kuasa yang bolehdipohon oleh para waris Sultan Sulu yang benar-benar berhak hanya dari segi tuntutan wang
pajakan semata-mata.
Pulau / Sepoh JanggiKeturunan Waris Kesultanan Sulu merupakan saudara kepada Kesultanan Brunei. SultanMohammmad Hassan, Sultan Brunei ke-9, telah menyerahkan satu "Lambang Pusaka, iaitu
belahan biji benih Coco De Mer, yang dipanggil di Sulu sebagai "Pulau Janggi", dan di Brunei
sebagai "Sepong/Sepoh Janggi". Pulau Janggi ini telah diberikan kepada Putera Bongsu /
Pangiran Shahbandar Maharajalela, yang telah dihantar untuk menjadi Sultan Sulu sekitar tahun1600 dengan gelaran Sultan Mawalil Wasit I.
Pulau Janggi @ Sepoh Janggi (Coco de Mer) ini hanya diamanahkan kepada Keluarga MaharajaAdinda, bukan kepada Keluarga Kiram atau Shakiraullah". Ini bertujuan sebagai bukti akan
kesahihan hak pewaris kedua sebagai pewaris dan penyambung kepada Kesultanan Sulu (The
Heirs and Successors). Juga merupakan pewaris yang sememangnya berkelayakan sepenuhnya
untuk menuntut hak ke atas Wilayah dan Harta Milik Kesultanan Sulu iaitu sekiranya apa-apaperkara yang tidak diingini terjadi kepada Sultan Sulu daripada Pewaris Pertama.
-
5/19/2018 Sejarah Kesultanan Sulu & Kronologi Pencerobohan Di Lahad Datu.pdf - slidepdf....
http:///reader/full/sejarah-kesultanan-sulu-kronologi-pencerobohan-di-lahad
Pulau Janggi @ Sepoh Janggi ini telah dipulangkan ke Muzium Brunei oleh Pewaris Maharajah
Adinda yang bernama Datu Aliuddin Haddis Pabila bin Datu Syeikh pada 4 Mei 1978 dan telah
disahkan kebenarannya oleh Pengarah Muzium Brunei pada masa itu. Pihak Muzium Bruneitelah mengesahkan ketulenan Barang Pusaka tersebut dan mengesahkan hanya Pewaris Kedua
sahaja yang berhak untuk menuntut takhta Kesultanan Sulu yang telah kosong pada hari ini.
http://4.bp.blogspot.com/_jRQg6XKCxe4/StQMaM7V9TI/AAAAAAAAAM8/cATv60iO2Z4/s1600-h/Picture.jpg -
5/19/2018 Sejarah Kesultanan Sulu & Kronologi Pencerobohan Di Lahad Datu.pdf - slidepdf....
http:///reader/full/sejarah-kesultanan-sulu-kronologi-pencerobohan-di-lahad
Bahagian 2
Siapa Sultan Sulu Yang Sebenar?
Kecelaruan mengenai pewaris sebenar yang berhak ke atas takhta Kesultanan Sulu bermula
dengan kemangkatan Sultan Jamalul Kiram II pada 1936, Sultan Sulu terakhir yang berdaulat
tetapi malangnya tidak mewariskan sebarang zuriat. Sejak daripada tarikh tersebut, muncullahberpuluh-puluh individu sama ada dari Sabah mahupun rakyat Filipina yang mengaku sebagai
pewaris dan berhak ke atas kekosongan takhta Kesultanan Sulu, terutamanya daripada keturunan
keluarga Kiram. Individu yang membuat tuntutan ini termasuklah mereka yang sebenarnya
langsung tiada kaitan dengan institusi Kesultanan Sulu ini (Sekadar menyamar). Sebenarnyaselepas kemangkatan baginda, takhta sewajarnya dikembalikan semula kepada keluarga Pewaris
Kedua iaitu Keluarga Maharajah Adinda. Justeru itu, mari kita lihat terlebih dahulu senarai
Sultan Sulu selepas kemangkatan Sultan Jamalul Kiram II, biarpun tidak lagi mempunyai kuasa
dan tidak berdaulat, untuk memahami punca pertikaian sebelum meneliti senarai individu utamayang menyamar sebagai Sultan Sulu:
http://1.bp.blogspot.com/_jRQg6XKCxe4/StQNfCeSZ5I/AAAAAAAAANE/irY8Sa9AbEE/s1600-h/sultansulu_1936_hist%5B1%5D.gif -
5/19/2018 Sejarah Kesultanan Sulu & Kronologi Pencerobohan Di Lahad Datu.pdf - slidepdf....
http:///reader/full/sejarah-kesultanan-sulu-kronologi-pencerobohan-di-lahad
1) Sultan Mawallil Wasit (1936): Beliau merupakan adik kepada Sultan Jamalul Kiram II.
Empat hari selepas kemangkatan abangnya itu, beliau telah ditabalkan oleh Rumah Bichara
(Kabinet atau Majlis Diraja Kesultanan Sulu) untuk menggantikan abangnya.Walaubagaimanapun, beliau hanya sempat menjadi Sultan untuk tempoh 6 bulan sahaja
sebelum meninggal dunia secara mengejut akibat diracun dan dikebumikan di Maimbung.
Setahun kemudian, Presiden Filipina, Manuel L. Quezon telah menyatakan melaluiMemorandum bertarikh 20 September 1937 bahawa Kerajaan Filipina tidak akan mengiktirafmana-mana lagi pewaris daripada Sultan Jamalul Kiram II (Keluarga Pewaris Pertama).
http://4.bp.blogspot.com/_jRQg6XKCxe4/TSwIUVNErpI/AAAAAAAAAwU/IOVJ37S9Flg/s1600/Mawallil_Wasit%255B1%255D.jpg -
5/19/2018 Sejarah Kesultanan Sulu & Kronologi Pencerobohan Di Lahad Datu.pdf - slidepdf....
http:///reader/full/sejarah-kesultanan-sulu-kronologi-pencerobohan-di-lahad
2) Sultan Ombra Amilbangsa (1937-1950): Beliau merupakan suami kepada Dayang-dayang
Hajah Piandao. Dayang-dayang Hajah Piandao ini merupakan anak kepada Sultan Badaruddin
dan anak saudara kepada Sultan Jamalul Kiram II. Selepas kematian Sultan Mawallil Wasit,Dayang-dayang Hajah Piandao yang ketika itu bertindak sebagai Sandah (pemangku
pemerintah), telah mengarahkan rakyat Sulu supaya mengisytiharkan suaminya dari Tawi-tawi,
Datu Ombra Amilbangsa, sebagai Sultan Sulu dengan gelaran Sultan Amirul Umara II padaJanuari 1937. Datu Ombra ini juga pernah dilantik sebagai Gabenor Sulu. Selepas Perang Duniake-2, Datu Ombra Amilbangsa telah bertanding sebagai Ahli Kongres Filipina dan
memenanginya (Tidakkah bodoh seorang Sultan merendahkan martabatnya dengan menjadi
sekadar Ahli Kongres di negara bukan Islam yang telah menjajah wilayahnya???).
http://2.bp.blogspot.com/_jRQg6XKCxe4/S5CpX6as2EI/AAAAAAAAAbY/INP_-n8kAWc/s1600-h/piandao.bmphttp://2.bp.blogspot.com/_jRQg6XKCxe4/S5CpNH8z7lI/AAAAAAAAAbQ/g_TgIRytWcc/s1600-h/Ombra.bmp -
5/19/2018 Sejarah Kesultanan Sulu & Kronologi Pencerobohan Di Lahad Datu.pdf - slidepdf....
http:///reader/full/sejarah-kesultanan-sulu-kronologi-pencerobohan-di-lahad
3) Sultan Esmail Kiram I (1950-1974): Beliau merupakan putera kepada Sultan Mawallil
Wasit. Memandangkan Sultan Ombra Amilbangsa bukanlah waris langsung dari Kesultanan
Sulu, maka Sultan Esmail Kiram I ini telah disepakati untuk dilantik sebagai Sultan Sulu yangseterusnya di Jolo pada tahun 1950. Pada tahun 1962, beliau telah menyerahkan wilayah Borneo
Utara dan kekuasaan Kesultanan Sulu kepada Republik Filipina iaitu ketika era pemerintahan
Presiden Diosdado Macapagal. (lihatlah sendiri perangai Sultan seorang ini. Lebih relamenyerahkan wilayahnya kepada pemerintahan Kristian berbanding ditadbir oleh saudaraseIslam di Malaysia). Beliau meninggal dunia di Jolo pada tahun 1974.
http://1.bp.blogspot.com/_jRQg6XKCxe4/S5CpvKwinTI/AAAAAAAAAbw/mDw-uOgioUE/s1600-h/esmail.bmp -
5/19/2018 Sejarah Kesultanan Sulu & Kronologi Pencerobohan Di Lahad Datu.pdf - slidepdf....
http:///reader/full/sejarah-kesultanan-sulu-kronologi-pencerobohan-di-lahad
4) Sultan Muhammad Mahakuttah Kiram (1974-1980) : Beliau merupakan putera sulung
melalui isteri kedua kepada Sultan Esmail Kiram I. Beliau dilantik sebagai Sultan Sulu selepas
kematian Sultan Esmail Kiram I kerana Datu Pujungan, yang ketika itu merupakan Raja Muda(setaraf Putera Mahkota), melarikan diri ke Sabah akibat kekacauan yang berlaku di Sulu pada
masa tersebut. Apa yang menariknya, beliau ini dilantik secara langsung oleh Kerajaan Filipina
di Manila yang ketika itu dipimpin oleh Presiden Marcos. Beliau berdiam di Manila, tinggal diHotel Aurelio di Mabini, dan menerima elaun serta ditanggung kewangannya oleh PresidenMarcos (Fikirkanlah sendiri!!!). Pada tahun 1980, selepas darurat ditamatkan, Raja Muda
Punjungan kembali dari Sabah ke Jolo. Sultan Muhammad Mahakuttah Kiram yang ketika itu
turut berada di Jolo bersetuju menyerahkan takhtanya kepada pakciknya, Raja Muda Punjungansebagai Sultan Sulu dengan gelaran Sultan Punjungan Kiram.
http://1.bp.blogspot.com/_jRQg6XKCxe4/TSwIl583uXI/AAAAAAAAAwc/EwzyvQDcSIc/s1600/Sultan%2BMahakutta%2BKiram.JPG -
5/19/2018 Sejarah Kesultanan Sulu & Kronologi Pencerobohan Di Lahad Datu.pdf - slidepdf....
http:///reader/full/sejarah-kesultanan-sulu-kronologi-pencerobohan-di-lahad
5) Sultan Aliuddin-II (1980-2007): Nama sebenar beliau adalah Datu Aliuddin Haddis Pabila
bin Datu Syeikh ibni Maharajah Adinda Sultan Muhammad Aranan Puyo, dan berasal dari
Sabah. Ketika era pemerintahan Sultan Muhammad Mahakuttah Kiram, telah berlaku satuperistiwa yang cukup penting. Para ahli keluarga pewaris Kedua mula memahami sejarah
sebenar dan menyedari hak-hak mereka. Atas jemputan Pehin Dato Haji Awang Mohd. Jamil
Al-Sufri, keluarga Pewaris Kedua yang diketuai oleh Datu Aliuddin Haddis Pabila telah memintapihak Muzium Brunei untuk menjaga Pulau Janggi pada tahun 1978 (Bagi mengelakkankepalsuan Pulau Janggi dibuat oleh pihak lain). Pulau Janggi yang diserahkan telah diperiksa dan
disahkan ketulenannya oleh pihak Muzium Brunei. Pada masa tersebut, beliau telah disahkan
sebagai "Pewaris Sultan Sulu yang sebenar" dan di dalam Surat Penerimaan Pulau Janggi yangdikeluarkan oleh pihak Muzium Brunei, beliau telah diisytiharkan sebagai "Sultan Aliuddin-II".
Sultan Aliuddin II
Dengan pertukaran takhta bagi pewaris Keluarga Pertama oleh Sultan Muhammad Mahakuttah
Kiram kepada Sultan Punjungan Kiram yang bukan daripada darah di Raja Kesultanan Sulu,maka sahlah permulaan takhta Kesultanan Sulu dikembalikan kepada keluarga Pewaris Kedua(Maharajah Adinda) melalui Sultan Aliuddin-II ini. Pada 17 Disember 2004, Majlis Diraja Sulu
sekali lagi telah mengisytiharkan beliau sebagai "Sultan Sulu", namun Majlis Pertabalan tidak
dapat dilaksanakan kerana kekurangan sumber kewangan sehinggalah beliau wafat pada 30 Jun2007.
Gambar Datu Sharif Abd Rahman (Kiri), Datu Jainal Ali ibni Datu Aliuddin (kedua dari
kiri), En.Salam (Kedua dari Kanan) dan Datu Aliuddin Haddis Pabila (Kanan) bersama
Pulau Janggi (tengah) sebelum diserahkan ke Muzium Brunei pada tahun 1978.
http://4.bp.blogspot.com/_jRQg6XKCxe4/S5CqOgJL3nI/AAAAAAAAAcI/O4dT3viUePc/s1600-h/gambar.JPGhttp://4.bp.blogspot.com/_jRQg6XKCxe4/S5Cp6ry3OXI/AAAAAAAAAcA/qYJeQ8D5oR4/s1600-h/Sultan+Aliuddin+II.JPG -
5/19/2018 Sejarah Kesultanan Sulu & Kronologi Pencerobohan Di Lahad Datu.pdf - slidepdf....
http:///reader/full/sejarah-kesultanan-sulu-kronologi-pencerobohan-di-lahad
6) Datu Ali Kuyung (2007-kini): Pengerusi Majlis di Raja Sulu (Pemangku Sultan Sulu buatsementara waktu). Nama sebenar beliau ialah Datu Muhammidul Ali bin Datu Mahmun bin Datu
Halun ibni Maharajah Adinda Sultan Muhammad Aranan Puyo. Merupakan anak saudara kepada
Datu Aliuddin Haddis Pabila. Biarpun dari segi kekananan generasi, masih terdapat ramai warislebih tua yang lebih layak, namun beliau merupakan pewaris yang paling layak untuk ditabalsebagai Sultan Sulu yang seterusnya jika ditinjau dari segi kekananan baginda kerana merupakan
cicit lelaki sulung kepada isteri pertama Maharajah Adinda Sultan Muhammad Aranan Puyo.
Beliaulah yang meneruskan legasi perjuangan Keluarga Pewaris Kedua Kesultanan Sulu padamasa kini. Tidak memakai gelaran Sultan kerana telah disepakati tiada siapa pun yang berhak
mendakwa diri sendiri sebagai Sultan Sulu pada hari ini selagi kesemua waris yang berhak
termasuklah yang telah menabalkan diri masing-masing sebagai Sultan Sulu tidak duduk semeja
untuk berbincang dan menabalkan seorang sahaja yang benar-benar paling layak dan berhakuntuk menjadi Sultan berdasarkan Tartib di Raja Sulu.
Y.M. Datu Ali Kuyung
http://4.bp.blogspot.com/_jRQg6XKCxe4/S5CqXdVoHCI/AAAAAAAAAcQ/DNtGqd86Wts/s1600-h/Datu+Muhammidul+Ali.jpg -
5/19/2018 Sejarah Kesultanan Sulu & Kronologi Pencerobohan Di Lahad Datu.pdf - slidepdf....
http:///reader/full/sejarah-kesultanan-sulu-kronologi-pencerobohan-di-lahad
Sejarah telah tercipta apabila beliau telah berjaya menyatukan Keluarga Pewaris Pertama dengan
Keluarga Pewaris Kedua iaitu melalui anakanda Sultan Muhammad Mahakutta Kiram, iaitu Raja
Muda Muedzullail Kiram. Telah disepakati bahawa kedua-dua pewaris Kesultanan Sulu ini tidakakan membuat tuntutan terhadap Sabah, yang akan hanya menguntungkan mainan politik
Filipina semata-mata. Kini, masa sahaja yang akan menentukan apakah pengakhiran kepada
episod tuntutan tahkta Kesultanan Sulu ini. Namun apa yang pasti, jika beliau berjayamemerdekakan kembali Kesultanan Sulu Darul Jambangan (bukannya sibuk menuntut Sabah danelaun wang pajakan sebagaimana sesetengah individu yang mendakwa diri sendiri sebagai
Sultan Sulu), tiada keraguan lagi beliaulah yang akan ditabalkan secara rasmi kelak sebagai
Sultan Sulu.
Datu Ali Kuyung (waris Maharajah Adinda) di sebelah kiri dan Raja Muda Muedzullail
Kiram (waris Kiram) di sebelah kanan berjabat tangan selepas menandatangani
Perjanjian Penyatuan keluarga pewaris Di Raja Sulu.
http://2.bp.blogspot.com/_jRQg6XKCxe4/S5Cqe96g-NI/AAAAAAAAAcY/FxygMvHdqHQ/s1600-h/Aranan-Kiram.jpg -
5/19/2018 Sejarah Kesultanan Sulu & Kronologi Pencerobohan Di Lahad Datu.pdf - slidepdf....
http:///reader/full/sejarah-kesultanan-sulu-kronologi-pencerobohan-di-lahad
Kini kita lihat pula sekali lalu mengenai senarai Sultan Sulu yang terdiri daripada penyamar dan
waris yang tidak berhak :
1) Sultan Rodinood Kiram: Dia menyambung perjuangan ayahnya iaitu Sultan Julaspi
Kiram, yang mendakwa sebagai satu-satunya zuriat tunggal kepada Sultan Jamalul Kiram II danberhak ke atas takhta Sultan Sulu. Namun, berdasarkan kepada maklumat daripada pesaing-pesaing 'Sultan Sulu' yang lain di Filipina, Julaspi ini adalah anak kepada Hadjirul, salah seorang
pengawal (bodyguard) kepada Sultan Jamalul Kiram II, yang telah jatuh cinta dengan isteri muda
Sultan Sulu tersebut. Sultan Sulu tidak menjatuhkan hukuman bunuh sebaliknya memberipengampunan tetapi mereka berdua dibuang ke Pangutaran. Dari hubungan Hadjirul dan isteri
muda Sultan Sulu inilah lahirnya Julaspi, yang kemudiannya menuntut takhta Sultan Sulu.
Selepas kematian Julaspi di Kampung Maharlika, Taguig, pada tahun 1998, anak sulungnya,
Rodinood, meneruskan tuntutan terhadap takhta Kesultanan Sulu. Inilah sebenarnya individuyang sibuk menjual pingat dan Darjah Kebesaran Sultan Sulu yang membawa gelaran Datuk di
negara kita!!!
http://3.bp.blogspot.com/_jRQg6XKCxe4/TSwI8qwCXjI/AAAAAAAAAwk/BHFer3LBSWI/s1600/untitled.bmp -
5/19/2018 Sejarah Kesultanan Sulu & Kronologi Pencerobohan Di Lahad Datu.pdf - slidepdf....
http:///reader/full/sejarah-kesultanan-sulu-kronologi-pencerobohan-di-lahad
2) Sultan Esmail Kiram II dan Sultan Jamalul Kiram III: Kedua-dua mereka ini adalah adik
beradik dan anak kepada Sultan Punjungan Kiram. Dikatakan Punjungan ini merupakan anak
kepada Sultan Mawallil Wasit. Realiti yang sebenarnya adalah nenek mereka dari PulauSimunul, Tawi-Tawai, yang bernama Mora Napsa Laga, telah dirampas untuk dijadikan isteri
oleh Sultan Mawallil Wasit dalam keadaan telah pun mengandungkan zuriat suaminya yang
sebenar, seorang Imam bernama Amil Hamja! Justeru itu, Punjungan ini sebenarnya hanyalahanak tiri kepada Sultan Mawallil Wasit. Selepas kematian Sultan Punjungan Kiram pada tahun1983, anak sulungnya iaitu Raja Muda Jamalul Kiram III telah ditabalkan oleh para
penyokongnya sebagai Sultan Sulu. Walaubagaimanapun, kerana dia tinggal di Manila dan
enggan berdiam di Jolo, bertentangan dengan adat Sulu, maka adiknya, Raja Muda Esmail KiramII kemudian telah dilantik sebagai Sultan pada tahun 2001. Sultan Jamalul Kiram III ini pernah
bertanding dalam pilihanraya negara Filipina. Sementara Sultan Esmail Kiram II inilah Sultan
Sulu yang pernah mengancam untuk melancarkan Perang Jihad kepada Malaysia pada tahun
1993 dan 2001 jika Sabah tidak diserahkan kepadanya. Atau sebagai balasannya, bayar sahajaganti rugi sebanyak USD 10 Bilion kepadanya. (Dapat baca niat sebenar mereka ini???)
http://1.bp.blogspot.com/_jRQg6XKCxe4/S94wi5StfEI/AAAAAAAAAh4/1cIS77Sj9dY/s1600/untitled.bmphttp://4.bp.blogspot.com/_jRQg6XKCxe4/S5CqlBMxaEI/AAAAAAAAAcg/w7cMpvzEgN4/s1600-h/punjungan.bmp -
5/19/2018 Sejarah Kesultanan Sulu & Kronologi Pencerobohan Di Lahad Datu.pdf - slidepdf....
http:///reader/full/sejarah-kesultanan-sulu-kronologi-pencerobohan-di-lahad
3) Sultan Muhammad Fuad Abdulla Kiram: Dia ini tak lebih sekadar salah satu boneka atau
lebih tepat lagi anjing suruhan yang digunakan oleh Pemerintah Filipina untuk menuntut Sabah
dari Malaysia. Dia merupakan adik kepada Sultan Muhammad Mahakuttah Kiram. Jika benar
takta Kesultanan Sulu masih mahu diwariskan kepada keluarga Pewaris Pertama (Kiram), makasewajarnya takhta tersebut diserahkan kepada Raja Muda Muedzullail Kiram yang merupakan
anak lelaki sulung kepada Sultan Muhammad Mahakuttah Kiram. Tambahan pula, masa yang
terlalu lama diambil iaitu hanya pada tahun 2006 untuk mengangkat dirinya sendiri sebagai
Sultan Sulu. Sangat suka mengutuk Malaysia yang dianggapnya bersikap kejam dan tidakberlaku adil kerana merampas Sabah. Tetapi apa yang peliknya, kata-kata dia sangat lunak
apabila menyentuh mengenai hal Kerajaan Filipina yang jelas telah menghapuskan kuasaKesultanan Sulu yang ingin dipegangnya sendiri, malahan sanggup mempertahankan Filipina
dan mencerca Malaysia yang lebih bertanggungjawab membela para rakyat Sulu yang datang ke
Sabah. Kedangkalan dan kejahilan dia mengenai sejarah dan Tartib (Protokol) Kesultanan Sulu
terserlah apabila tidak mengetahui dan menafikan kewujudan dan peranan Pewaris KeduaKesultanan Sulu.
http://3.bp.blogspot.com/_jRQg6XKCxe4/S5Cqwx7J-vI/AAAAAAAAAcw/U73J7fWV6Mo/s1600-h/Sultan_Esmail_Dalus_Kiram_II%5B2%5D.jpg -
5/19/2018 Sejarah Kesultanan Sulu & Kronologi Pencerobohan Di Lahad Datu.pdf - slidepdf....
http:///reader/full/sejarah-kesultanan-sulu-kronologi-pencerobohan-di-lahad
4) Sultan Syarif Ibrahim Ajibul Pulalun: Dia ini adalah contoh klasik kepada individu-individu yang langsung tiada kaitan tetapi nak juga menyibuk mendakwa sebagai Sultan Sulu.
Dia telah menabalkan dirinya sebagai Sultan Sulu dan Borneo Utara pada 20 November 2005 di
Grand Astoria Hotel, Mayor Jordan St. Zamboanga City, Filipina, dan menggunakan nama
Sultan Syarif Ibrahim Ajibul Mohammad Pulalun Kabayan Manjanay Syarif Abu Bakar.Sebenarnya, datuk kepada dia ni hanyalah seorang Syarif yang pekerjaannya adalah menempa
senjata seperti barung (parang) di daerah Parang, Sulu. Datuk dia sangat terkenal dan menurut
penduduk tempatan, datuknya adalah orang keramat yang mudah mengenakan tulah kepada
sesiapa yang bertindak menganiayai beliau. Namun begitu, datuknya ini bukanlah berketurunanRaja Sulu. Kebetulan sahaja nama datuknya ialah Syarif Pulalun, yang hampir sama dengan
nama salah seorang Sultan Sulu, iaitu Sultan Muhamad Pulalun. Hanya disebabkan itu, dia telahmengambil kesempatan dengan mendakwa datuknya itu adalah Sultan Muhammad Pulalun, lalu
mengangkat dirinya sendiri menjadi Sultan Sulu. Latarbelakangnya telah didedahkan sendiri oleh
penduduk-penduduk di sekitar daerah Parang yang sangat mengenali semua anggota keluarganya
termasuk datuknya itu. Akibatnya, kini tiada seorang pun penduduk daerah itu yang mengiktirafbeliau sebagai Sultan Sulu. Bagaimanapun, sebelum itu, dia telah berjaya menipu ramai pihak
termasuklah Kerajaan Filipina sendiri dan memperdaya wakil kerabat di Raja British iaitu Sir
Stanley Brandenburg.
http://4.bp.blogspot.com/_jRQg6XKCxe4/S5CrA-R2fLI/AAAAAAAAAdA/1u0rcP_OLuo/s1600-h/pic2_coron%5B1%5D.gif -
5/19/2018 Sejarah Kesultanan Sulu & Kronologi Pencerobohan Di Lahad Datu.pdf - slidepdf....
http:///reader/full/sejarah-kesultanan-sulu-kronologi-pencerobohan-di-lahad
5) Sultan Bantilan Muizzudin II: Nama sebenar beliau ialah Datu Ladjamura bin Datu Wasik.
Asalnya beliau dihantar ke Sulu oleh Majlis Di Raja Sulu sebagai wakil jurucakap kepadakeluarga Pewaris Kedua untuk memberikan penerangan kepada rakyat Sulu mengenai
kewujudan Pewaris Kedua dan hak untuk menghidupkan semula Kesultanan Sulu daripada
penindasan dan mainan Kerajaan Filipina. Walaubagaimanapun, beliau akhirnya bekerjasama
dengan United Tausug Citizen (UTC) sebelum diangkat oleh organisasi tersebut sebagai SultanSulu dengan gelaran Sultan Bantilan Muizzudin II. Tindakan ini sangat mengejutkan dan
mengecewakan seluruh ahli keluarga Pewaris Kedua. Justeru itu, tiada siapapun daripada
kalangan keluarga Maharajah Adinda yang menyokong perlantikannya. Sebagai maklumattambahan, UTC inilah dalang yang telah mencetuskan kontroversi apabila mengedarkan Sijil
Kelahiran Kesultanan Sulu di Sabah satu ketika dahulu.
http://1.bp.blogspot.com/_jRQg6XKCxe4/S5CrU5KPk2I/AAAAAAAAAdQ/9W-brk_R3pc/s1600-h/sultan%5B2%5D%5B2%5D.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_jRQg6XKCxe4/S5CrLsLr2mI/AAAAAAAAAdI/vd5e_TU49G0/s1600-h/Sultan_Sharif_Ibrahim_Ajibul_Mohammad_Pulalun%5B1%5D.jpg -
5/19/2018 Sejarah Kesultanan Sulu & Kronologi Pencerobohan Di Lahad Datu.pdf - slidepdf....
http:///reader/full/sejarah-kesultanan-sulu-kronologi-pencerobohan-di-lahad
Surat Perjanjian dan Perlantikan oleh Y.M. Raja Bongsu II kepada Datu Ladjamura
sebagai wakil penerangan Keluarga Maharajah Adinda
6) Sultan Aidal Aliuddin: Dia sebenarnya hanya merupakan anak angkat kepada Datu Aliuddin
Haddis Pabila. Mengikut salah seorang waris keluarga Maharajah Adinda iaitu Datu Ali Aman,pada suatu ketika dahulu, rumah kediaman Datu Aidal yang terletak berhampiran dengan rumah
beliau di Kampung Likas telah terbakar sehingga ranap pada tahun 70-an. Beliau yang ketika itu
tidak mempunyai sebarang keterangan diri telah datang kepada Datu Aliuddin dan merayu untuk
mengambilnya sebagai anak angkat dan seterusnya memudahkan beliau mendapat pampasanbagi rumahnya yang terbakar itu serta memudahkannya mendapat kerakyatan di negara ini,
Pada tahun 1980-an, Datu Aliuddin telah menuntut haknya sebagai pewaris kesultanan Sulu dan
telah menghantar Pulau Janggi (Sepong Janggi), Cop Mohor dan bukti-bukti lain ke Muzium
Negara Brunei. Perjuangan beliau ini telah heboh sehingga sampai ke telinga Datu Aidal dan
beliau pula dengan rasa bangga teringin nak menuntut hak itu dengan menunjukkan PulauJanggih yang kononnya di hantar ke muzium Brunei itu akan tetapi Pulau Janggi nya itubukanlah yang asal kerana bentuknya yang ganjil dan tidak menyerupai Pulau Janggi yang asli
(bentuknya seperti buah jambu batu). Hari demi hari dia menipu dan terus menipu rakyat Suludan Rakyat Malaysia dengan menjual "Identity Card" dengan harga yang tinggi semata-matauntuk kepentingan beliau sendiri hingga mencemarkan nama baik Kesultanan Sulu.
Disamping itu, semasa perlantikannya sebagai Sultan, seorang ahli perniagaan (namanya
dirahsiakan) di Sulu telah muflis akibat penipuannya yang telah menghutang 5 ekor lembu
ternakan yang kononnya di jadikan santapan untuk tetamu yang hadir dan yang lebih memalukan
lagi ahli perniagaan tersebut telah meninggal dunia tanpa mendapat bayaran dari hutang lapukDatu Aidal. Selepas Pelantikannya sebagai Sultan yang tidak berdaulat itu, beliau telah lari ke
Sabah untuk melindungi dirinya dari terus diburu akibat penipuannya sendiri. Penipuan beliau
terbongkar apabila seorang penduduk(namanya dirahsiakan) dari kampung beliau telah
http://3.bp.blogspot.com/_jRQg6XKCxe4/S5Crfai_lSI/AAAAAAAAAdY/yhr6J1cVU10/s1600-h/Surat+Perjanjian.JPG -
5/19/2018 Sejarah Kesultanan Sulu & Kronologi Pencerobohan Di Lahad Datu.pdf - slidepdf....
http:///reader/full/sejarah-kesultanan-sulu-kronologi-pencerobohan-di-lahad
mendedahkan semua butir-butir diri Datu Aidal termasuk ayahnya yang sebenar bernama
Wahiddun dan ibunya bernama Milling yang tinggal di Tawi-tawi, Sulu.
7) Sultan Ibrahim Bahjin
Dia ini adalah dari Keluarga Shakiraullah, namun hanya berpangkat "Anak Saudara" kepada
waris Sultan dari Keluarga Shakiraullah iaitu Sultan Agimuddin Abirin @ Sultan Pitico ibniSultan Jamalul Abirin ibni Sultan Zainal Abirin. Ironinya, anak-anak kepada Sultan Agimuddin
Abirin ini tiada yang tampil membuat tuntutan ke atas takhta kesultanan Sulu. Agak menggelikanhati apabila Dr. Ibrahim Bahjin ini menggunapakai gelaran "Paramount Ruler". Mungkin inginmengangkat dirinya sendiri melebihi penuntut-penuntut takhta yang lain.
http://2.bp.blogspot.com/_jRQg6XKCxe4/S719etw8K-I/AAAAAAAAAgA/O81f1uvcZSk/s1600/bahjin.bmphttp://3.bp.blogspot.com/_jRQg6XKCxe4/TSwJcUvrqWI/AAAAAAAAAws/3JCtr_A8Ez8/s1600/Aidal%2BAliuddin.JPG -
5/19/2018 Sejarah Kesultanan Sulu & Kronologi Pencerobohan Di Lahad Datu.pdf - slidepdf....
http:///reader/full/sejarah-kesultanan-sulu-kronologi-pencerobohan-di-lahad
8. Sultan Mudarasulail Kiram : Dia telah mendapat liputan di dada-dada akhbar tempatan pada
tahun lepas selepas memohon dana daripada umum sebanyak RM5 Juta bagi membangunkansemula Istana darul Jambangan bagi Kesultanan Sulu. Walaubagaimanapun, menurut seorang
kerabat Kesultanan Sulu daripada waris kedua iaitu Datu Muhammad Al-Fazhir, namanya
sebenar individu ini ialah Faisal bin Hassan yang berasal daripada Tawi-Tawi, dan merupakananak seorang pelarian yang membesar di penempatan UNHCR di Kampung Kinarut, Sabah. Diapernah menyamar sebagai Rajamuda Datu Muedzullail Kiram dengan berlakon kononnya dia
telah di hantar oleh ayahnya iaitu Sultan Muhammad Mahakuttah Kiram ke Sabah semasa Sulu
berada dalam keadaan darurat akibat perang. Walaubagaimanapun, penipuan tersebut telahterbongkar apabila Rajamuda Datu Muedzullail Kiram sendiri telah tampil untuk berjumpa
dengan pewaris-pewaris Kesultanan Sulu yang lain dan menjelaskan hal yang sebenar. Mungkin
kerana malu, dia telah menukar namanya kepada Datu Mudarasulail Kiram dan seterusnya
mendakwa sebagai waris yang berhak kepada takhta Kesultanan Sulu.
9. Sultan Shariful Hashim II: Dia adalah individu terbaru yang ditabalkan sebagai Sultan Sulu.
Nama sebenarnya ialah Datu Mohd Akjan dia telah ditabalkan oleh Datu Albi Ahmad
Julkernain dan sebilangan bekas pemimpin United Tausug Citizen (UTC) yang kini telah pun
berpecah belah, tetapi dia kemudiannya menyatakan majlis tersebut sebenarnya adalah sebuah
kenduri kesyukuran. Menurut kenyataan yang diberikan oleh Datuk Eric Enchin Majimbun diParlimen, Datu Mohd Akjan telah dibawa oleh bapa saudaranya, Hashirin Sumabud ke Kem
Sibaud di Sandakan atas alasan keselamatan pada 11 November 1962 dan kemudiannya menjadiwarganegara Malaysia. Dia adalah bekas tahanan ISA kerana dipercayai terlibat dalam sindiket
pemalsuan kerakyatan dan pengeluaran Kad Pengenalan palsu.
Agak menghairankan apabila ayah Datu Mohd Akjan dikatakan bernama Sultan Sharif Ali Mohd
Pulalun, kerana jika dirujuk dalam sejarah Kesultanan Sulu, cuma tercatat nama "Sultan Sharif
Ali @ Sultan Barkat Ali" yang dianggap nenek-moyang kepada Keluarga Diraja Sulu & Brunei
yang juga merupakan Sultan Brunei ke-3 yang memerintah sekitar 1400 -1424. Nama "SultanMuhammad Pulalun @ Mohd. Fadl" pula memerintah Kesultanan Sulu pada tahun 1842-1862.
http://3.bp.blogspot.com/_jRQg6XKCxe4/TSwJ0ibu20I/AAAAAAAAAw0/70AnY-Fp8g0/s1600/Paijal%2BAbdul%2BNaim%2B%2540%2BSultan%2BMuidzullail%2BKiram%2B%2540%2BSultan%2BMudarasullail%2BKiram.jpg -
5/19/2018 Sejarah Kesultanan Sulu & Kronologi Pencerobohan Di Lahad Datu.pdf - slidepdf....
http:///reader/full/sejarah-kesultanan-sulu-kronologi-pencerobohan-di-lahad
Maka mustahil Sultan-sultan tersebut adalah ayah kepada Datu Akjan.
Kenyataan Datu Albi Ahmad Julkernain yang menyatakan Datu Akjan adalah "Direct-Descendent" kepada Sultan Shariful Hashim (Sultan Sulu Pertama) juga agak menghairankan
dan mengelirukan. Mengikut fakta sejarah Kesultanan Sulu, jalur-terus keturunan Sultan
Shariful-Hashim (Sultan Sulu Pertama) hanya sehingga Sultan Betarashah Tengah @ PanguilanTindig ibni Sultan Pangiran Buddiman Ul-Halim. Dan dengan kemangkatan Sultan BetarashahTengah yang tiada "Waris Lelaki", maka akhirnya anak buahnya yang bernama Pangiran
Shahbandar Maharajalela @ Raja Bongsu ibni Sultan Muhammad Hassan di Brunei, telah
ditawarkan untuk menaiki takhta kesultanan Sulu, yang kemudianya menjadi Sultan Sulu dengangelaran Sultan Mawalil-Wasit-I @ Raja Bongsu.
http://4.bp.blogspot.com/-BES0j9CR0XM/TX3GL0MxVII/AAAAAAAAAzw/J6gDnsDmII0/s1600/untitled.bmp -
5/19/2018 Sejarah Kesultanan Sulu & Kronologi Pencerobohan Di Lahad Datu.pdf - slidepdf....
http:///reader/full/sejarah-kesultanan-sulu-kronologi-pencerobohan-di-lahad
Kronologi Pencerobohan
Di Lahad Datu
Sultan Jamalul Kiram III (duduk), Sultan Esmail Kiram II (bersongkok kelabu). Mereka ni adalah anak-
anak Datu Punjungan Kiram yang mengangkat diri jadi Sultan Sulu sama-sama. Walau pun setiap
mereka mengangkat diri jadi Sultan Sulu namun mereka nampak akrab walhal dalam Protokol Kenaikan
Sultan Sulu tidak membenarkan dua sultan dalam satu masa.
- Akhir tahun lalu gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam yang dipimpin oleh Sultan Bantilan
Muhammad Muizzuddin II di Jolo Sulu telah diberikan laporan dari Tawi-Tawi bahawa ada satugerakan bersenjata sedang berlatih dengan keahlian lebih kurang 400 orang lelaki. Mereka ialah
gerakan keluarga Punjungan Kiram dari Pulau Simunul menurut laporan tersebut.
- Sultan Bantilan II kemudian mengeluarkan kenyataan kepada wakilnya di Tawi-Tawi agar
tidak melibatkan diri dengan mana-mana pihak bersenjata. Maka sekiranya ada ahli SSDI
(Sultaniyah Sulu Darul Islam) yang terlibat maka SSDI berlepas diri dari sebarang
tanggungjawab, yakni SSDI tiada kaitan dengan mereka.
- Sultan Bantilan II juga menghantar mesej ke Sabah khusus kepada ahli SSDI yang sedang
bekerja di sana agar memastikan ahlinya tidak terlibat dengan sebarang gerakan bersenjata.Sekiranya ada minta dilaporkan ke Istana seberapa segera. Kerana menurut pandangan Sultan
Bantilan, kemungkinan gerakan bersenjata KIRAM tersebut adalah untuk sabotaj gerakan
Kesultanan Sulu (SSDI).
- Tiga hari sebelum pihak bersenjata KIRAM masuk ke Lahad Datu, Sabah, Istana Sultan
Bantilan II di Jolo mendapat maklumat bahawa ada dua bot besar sedang bersiap menuju ke
Sabah sarat dengan senjata berat dan dikatakan punya misi untuk berperang.
-
5/19/2018 Sejarah Kesultanan Sulu & Kronologi Pencerobohan Di Lahad Datu.pdf - slidepdf....
http:///reader/full/sejarah-kesultanan-sulu-kronologi-pencerobohan-di-lahad
- Menurut laporan dari Tawi-Tawi mereka ini ditertawakan oleh para penyokong Sultan Sulu lain
kerana menurut mereka mana mungkin dengan hanya dua bot sebesar itu dan tentera yang
bilangannya boleh dibilang dengan jari kaki dapat menewaskan tentera Malaysia yang serbalengkap itu. Mereka dianggap bunuh diri. Bagi Sultan Bantilan di Jolo pula, gerakan bersenjata
KIRAM ini ada pihak yang lebih besar main dibelakang mereka.
- Kemudian beberapa hari kemudian mereka telah sampai ke Lahad Datu yang menurut laporanmereka sampai dulu di Felda Sahabat 17. Dari dua bot itu yang satu telah berjaya dipintas malah
dikatakan telah karam. Manakala yang satu lagi berjaya mendarat dan terus berkubu.
PBMM Sultan SSDI
- Menurut laporan dalam kumpulan Kiram itu terdapat seorang lelaki berkulit putih memakai
baju celoreng. Pelbagai spekulasi timbul selepas itu berkenaan kehadiran lelaki kulit putih
tersebut dalam kumpulan penceroboh itu. Namun menurut Sultan Bantilan II di Jolo, SSDI tidakboleh mengeluarkan kenyataan spekulasi berkenaan kehadiran kulit putih tersebut kemungkinan
hanyalah rekaan untuk mengaiktan pencerobohan itu dengan tentera Balikatan USA yang
sekarang sedang berkubu di Tawi-Tawi dan Jolo.
- Lahad Datu tiba-tiba kecoh bak diserang garuda. Huru-hara dari pasar ke kampung-kampung.
Ada yang yang seperti meracau tak tentu pasal kerana berasakan Lahad Datu bakal menjadimedan pertempuran ala filem Holywood. Dikhabarkan dari saksi mata, bahawa mereka yangberkubu di Lahad Datu itu memang nekad dan sarat dengan senjata berat. Mengambil posisi
strategik dan nampaknya mereka seperti sudah biasa berperang. Almaklum latihan tentera
mereka berbulan bulan sejak tahun lalu.
http://1.bp.blogspot.com/-uUwcCBtbQpM/USIxGOZdCoI/AAAAAAAADG0/lYc-CpZXhUE/s1600/28760_305259002922673_2085783852_n.jpg -
5/19/2018 Sejarah Kesultanan Sulu & Kronologi Pencerobohan Di Lahad Datu.pdf - slidepdf....
http:///reader/full/sejarah-kesultanan-sulu-kronologi-pencerobohan-di-lahad
- Ada laporan sebahagian mereka itu adalah bekas tentera MNLF yang sudah lama mufarakah
dari MNLF. Mereka adalah dari suku Tausug yang GAGGIL (degil) dan selalu melanggar arahan
ketua. Menurut saksi mata yang telah ambil video sebagaimana yang dilaporkan dalam Facebookwajah-wajah mereka seperti sudah hilang seri walau pun kelihatan menakutkan. Hilang seri
seperti tanda bahawa mereka bakal mati katak di tangan tentera Malaysia. Rambut sebahagian
mereka panjang sebagai melambangkan kepahlawanan Tausug yang walau pun nampak kalahsecara lojik namun dianggarkan dapat bertahan berbulan bulan malah mungkin bertahun. Merekadapat bertahan begitu kerana mungkin berjaya berenang larikan diri semula ke pulau Tawi-Tawi.
Selamat.
- Malaysia nampaknya panik seketika. Pelbagai tuduhan dan spekulasi bergema di mana-mana.
Ada yang buat sepekulasi bahawa tentera penceroboh itu diatur oleh Kerajaan BN-UMNO
sendiri untuk mnejadikannya hero lantaran itu pengundi KDM pun akan kembali menyokong
BN. Ada pula spekulasi yang menyatakan bahawa itu adalah perancangan PKR untukmemburukkan kerajaan BN. Ada yang kata ia perancangan USA-Filipina untuk dapatkan semula
Sabah demi Minyak di Laut Sulu dan Spratly. Ada yang katakan bahawa kemungkinan ia adalah
kerja MNLF dan ABU SAYYAF kerana marah pada Malaysia yang menyokong MILF dalamperjanjian damai tahun lalu. Ada juga yang kata ia dilakukan oleh kumpulan politikus dari
Filipina untuk dapatkan pampasan demi menampung kos kempen pilihanraya ARMM tidak lama
lagi di Sulu-Mindanau.
- Akhirnya bocor rahsia setelah tunggang-langgang mencari jawapan, bahawa mereka itu adalah
tentera KIRAM yang kemudian didapati mereka seperti ditipu dengan janji-janji pelik.
Kemungkinan besar ada yang dijanjikan tanah seluas beribu ekar, ladang kelapa sawit berhektar,dan mungkin ada yang dijanjikan dengan hanya diberikan seluar LEVI'S 501. Yang lebih pelik
kedengaran janji bahawa mereka kalau dah sampai ke Sabah, wakil Inggeris sedang sedia dengan
berguni USD untuk diberikan kepada mereka. Nampak seperti bergurau dan melucukan.
Mungkin saja benar mungkin saja tidak walau pun mungkin terbukti mereka dihantar untukdijadikan umpan untuk dibunuh oleh MALAYSIA.
- Nyata sekali mereka adalah perangkap kepada MALAYSIA menurut analisis alternatif di tepijalan. Mereka yang masuk kelihatan sedikit dan senang dimakan, namun ia bahaya sebagaimana
bahayanya ikan buntal yang kecil tapi jerung pun takut termakannya. Sebesar mana pun ikan
jerung dengan gigi semula jadi tajam namun takut termakan ikan buntal.
- Mereka berkata, kalau Malaysia lepaskan tembakan dan berjaya membunuh mereka maka
PASUKAN YANG LEBIH BESAR akan datang. Ikan-ikan buntal yang datang kemudian ini
akan dilemparkan ke seluruh pantai timur Sabah. Namun, kalau Malaysia berjaya menghalau
mereka secara aman tanpa berlaku apa-apa. Nyata sekali misi ikan-ikan buntal akan gagal.
-
5/19/2018 Sejarah Kesultanan Sulu & Kronologi Pencerobohan Di Lahad Datu.pdf - slidepdf....
http:///reader/full/sejarah-kesultanan-sulu-kronologi-pencerobohan-di-lahad
Sultan Jamalul Kiram III bin Datu Punjungan sedang memberikan arahan kepada tenteranya
yang masuk ceroboh Sabah supaya bertahan kerana Malaysia akan tetap memberikan mereka
makanan.
- Sultan Bantilan II di Jolo sebagai ketua gerakan SSDI yang bergerak secara aman tanpa senjata,
menyeru saudara-saudara seagama di Malaysia agar cepat memformasikan satu jawatankuasa
bertindak dengan menghimnpun sejarahwan Malaysia dan Sulu. Duduk semeja memandangpositif kepada gerakan Kesultanan Sulu secara aman ini. Malaysia harus bertindak dahulu
sebelum ia berlarutan menjadi benda lain. Gerakan Kesultanan Sulu semakin mendapat tempat.
Kiram walau pun tindakannya kali ini sangat menjadikannya tidak popular malah menjadikannyasebagai keluarga kesultanan Sulu yang selamanya melakukan kesilapan. Namun sekurang-
kurangnya tindakan subersif KIRAM ini dapat membuka mata Malaysia betapa masanya sudah
tiba untuk MEMBICARAKAN KESULTANAN SULU.
http://1.bp.blogspot.com/-ihkSL9ArVcE/USJEsLU54BI/AAAAAAAADHE/esb-SjlwQLE/s1600/sulu+1.jpg -
5/19/2018 Sejarah Kesultanan Sulu & Kronologi Pencerobohan Di Lahad Datu.pdf - slidepdf....
http:///reader/full/sejarah-kesultanan-sulu-kronologi-pencerobohan-di-lahad
Keluarga Kiram sangat terancam dengan gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yangdijalankan oleh Sultan Bantilan II di kepulauan Sulu saat ini. Perarakan demi perarakan secara
aman oleh rakyat SSDI selama 6 tahun sehingga kini menjadikan keluarga KIRAM perlu "DO
SOMETHING". Kerana menurut KIRAM, SABAH dan SULU itu adalah milik keluarganya,
bukan milik kerajaan SULU yang mana ia bukan milik pribadi mana-mana Datu pun melainkania hak rakyat Sulu secara keseluruhan. KIRAM tidak pernah belajar dari kesilapannya yang
lalu. Mereka sangat ketinggalan dari pengetahuan sejarah sekali pun generasi muda Tausug
sudah berjaya menulis pelbagai buku sejarah Sulu. Foto: Rakyat Sultan Bantilan I I
membanji ri bandar Jolo ketika perarakan besar-besaran beberapa tahun yang lalu.
http://1.bp.blogspot.com/-FkMsKjX0eeY/USJFpRW_dYI/AAAAAAAADHM/9e_FiS9C7as/s1600/pic+1+Assertion+17+Nov.jpg