Sejarah KEWAJA

13

Click here to load reader

description

KEWAJA 1988 - 2009: 21 Tahun berkhidmat berbakti dalam menjana integriti wanita dan membangunkan modal insan.

Transcript of Sejarah KEWAJA

Page 1: Sejarah KEWAJA

KEM MODAL INSAN KEWAJA

No.Pendaftaran 001688694-HMENJANA INTEGRITI WANITA & MEMBANGUNKAN MODAL INSAN

MAKLUMAT PENGASAS KEWAJA

1. YAHYA BIN MOHAMED YUSOF

o Naib Yang Dipertua Gerakan Ehsan Selangoro NYDP Persatuan Pengamal Adat & Budaya Melayu Malaysia [ADAT]o AJK Persatuan Pusat Jagaan Wilayah Persekutuam Kuala Lumpuro Sukarelawan Yayasan Salam Malaysia [SALAM]o NYDP SMK Hillcrest Taman Seri Gombak Selangoro NYDP SK. Tmn. Seri Gombak, Selangoro Pengerusi Tetap UMNO Tmn Seri Gombak Utama,Selangoro Panel TV & Radio untuk RTM, TV3, TV9, Astro, Bernama TV & Radio 24o Penerima Anugerah Famili Berjasa, Anjuran Yayasan Budi Penyayang

Malaysia dan ASTRO 2005.

2. RUZITAH BINTI BAHRUM

o Ahli Sukarelawan Yayasan Salam Malaysia – SALAMo Naib Pengerusi Biro Integriti & Modal Insan Gerakan Ehsan Selangoro AJK Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Cawangan Taman Sri

Gombak.o AJK Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia Cawangan Sri

Gombako Ahli Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA)o Perunding Tradisional & Pakar Motivasi

ASRAMA PUTERI KEWAJA

No.19, Jalan SG 5/4, Taman Seri Gombak68100 Batu Caves Selangor Darul Ehsan

1

Page 2: Sejarah KEWAJA

Tel: 013-3384868 03-61857736Emel: [email protected]

http://groups.yahoo.com/group/KEWAJA http://www.kewaja.enetmyne.com

MISI DAN OBJEKTIF PENUBUHAN KEWAJA

1. Membantu serta menyahut seruan kerajaan dalam usaha MENCEGAH-MENYELAMAT-MEMULIHKAN wanita dan remaja yang menjadi mangsa aktiviti tidak bermoral disamping membasmi gejala sosial.

2. Membantu, membimbing, menyelamat, merawat dan melindungan mangsa-mangsa salahlaku sosial yang tidak beretika. Sama ada mangsa tersebut akibat pergaulan tidak bermoral ataupun disebabkan penganiayaan dan penderaan (fokus KEWAJA penderaan seksual sehingga ada yang hamil luar nikah)

3. Menjadikan KEWAJA salah satu PUSAT KOMUNITI & INTEGRITI; Pusat rujukan, sokongan, penyelidikan serta pendidikan dan pemulihan terhadap remaja atau wanita yang terlibat dalam aktiviti tidak bermoral dan telah insaf serta ingin kembali kepangkuan masyarakat ATAU membentuk peribadi kearah kehidupan bermasyarakat yang sempurna dan sejahtera (Modal Insan Kelas Pertama).

4. KEWAJA sebagai salah sebuah institusi perkongsian ilmu, menerima Pelarian Sosial Wanita untuk diberikan pemulihan dan kesedaran terutama wanita yang hamil diluar nikah sama ada akibat pergaulan tidak bermoral atau mangsa bencana maksiat disamping mempastikan bayi yang lahir itu selamat serta mendapat rawatan, penjagaan juga berada bersama keluarga yang menjamin masa depan mereka (anak yang telah lahir).

IDEA UNTUK MENUBUHKAN KEWAJA

SEJARAH AWAL

Lebih kurang 21 Tahun [ 1988 ~ 2009 ] yang lalu perkhidmatan dan aktiviti kemasyarakatan ini melibatkan lapan orang tenaga separuh sukarela. Dimasa itu kami lebih memberikan tumpuan kepada aktiviti memulih serta merawat penyalahguna dadah, ganja, arak dan rokok disamping mereka yang mengalami tekanan atau masalah jiwa.

Di sebabkan tiada peruntukan kewangan yang mencukupi malah tidak mendapat kerjasama yang sepenuhnya (dalam bentuk kewangan dan sokongan orang ramai) sama ada keluarga yang terlibat atau berbagai pihak lain, disamping rakan kongsi atau kakitangan telah menarik diri kerana tidak dapat memberikan komitmen, maka perkhidmatan ini gagal, walaupun ramai yang memuji serta memberi sokongan moral, namun tanpa bantuan kewangan kami tidak dapat melakukan sesuatu yang boleh menjamin nasib kami pula..

2

Page 3: Sejarah KEWAJA

Seterusnya secara peribadi kami (Yahya & Ruzitah) hanya memberikan tumpuan kepada kerja-kerja sebagai Motivator, Fasilitator dan Penceramah Bebas sahaja. TETAPI disebabkan perilaku tidak bermoral – tidak beretika remaja dan wanita semakin membimbangkan seperti kes-kes pembuangan bayi serta pengguguran haram MAKA kami mengambil tanggungjawab dengan menerima wanita-wanita malang tersebut berada dibawah pemerhatian dan tanggungjawab penuh kami.

Ketika berdepan dengan masalah gadis atau wanita yang hamil luar nikah, biasanya kami menasihatkan agar mereka merujuk kepada mana-mana pusat perlindungan wanita atau Jabatan Kebajikan Masyarakat. Malangnya apabila kami siasat, pihak berkenaan memaklumkan tiada seorang pun gadis yang kami nyatakan menghubungi mereka, sedangkan dalam masa yang sama media-massa masih kerap melapurkan penemuan bayi yang dibuang atau ditinggalkan dimerata-rata, sama ada yang telah mati atau masih bernyawa.

Alasan lain, pusat-pusat perlindungan yang sedia ada, terutama dibawah kelolaan kerajaan hanya menerima gadis atau perempuan bawah umur sahaja atau mereka yang mempunyai kes polis atau arahan mahkamah. Malangnyanya mereka tidak diberikan peluang, sedangkan mereka perlukan perlindungan dan pemulihan serta bantuan daripada pihak yang boleh menguruskan dan menyelesaikan permasalahan yang mereka hadapi.

Berasaskan peristiwa dan maklumat sedemikian, maka kami mengambil inisiatif atau tanggungjawab kemanusiaan, ia itu dengan membenarkan gadis-gadis hamil itu tinggal bersama kami. Maka, disinilah bermula perkhidmatan sosial dan kebajikan kami yang semakin jauh, dimana kami menguruskan rawatan sejak mereka hamil sehinggalah waktu bersalin dan seterusnya penjagaan dalam pantang.

Kami juga menyediakan perkhidmatan kaunseling, motivasi disamping kelas-kelas fardu ain terutama untuk mereka yang tidak tahu langsung tentang agama.

CABARAN DAN MASALAH AWAL

Masalah kewangan adalah perkara lumrah dalam mana-mana komuniti atau organisasi. Begitu juga dengan kami, namun sebagai tanggung jawab sosial kami teruskan juga dengan berbagai kepayahan dan rintangan.

Mungkin disebabkan aktiviti baru, tidak diketahui umum, malah aktiviti kami juga tidak bedaftar dengan mana-mana pihak yang berkaitan. Tidak mustahil ada pihak yang curiga dan mengesyaki sesuatu yang menyalahi undang-undang. Maka, November 1997, rumah kami ( Kem Pelarian Sosial Wanita ) pernah diserbu oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Gombak bersama anggota Polis dan krew berita RTM dengan beralasan bahawa mereka menerima lapuran orang ramai, mengatakan kami menjalankan aktiviti yang menyalahi undang-undang, misalnya sindiket jual anak.

3

Page 4: Sejarah KEWAJA

Dengan segala penjelasan dan bukti yang cukup, kami tidak diambil sebarang tindakan. Pihak JKM juga menasihatkan, apa yang kami lakukan adalah urusan JKM dan sekiranya kami berdepan dengan masalah gadis atau wanita hamil ini, harap serahkan kepada mereka sahaja.

Selepas itu, kami masih menerima kes-kes gadis hamil, atas nasihat JKM, kami sarankan mereka ke sana. Malangnya mereka takut untuk berurusan dengan pihak berwajib kerana bimbang akan diambil sebarang tindakan undang-undang. Malah pihak JKM hanya menerima gadis bawah umur saahaja (Ini berdasarkan Akta Perlindungan Gadis Dan Wanita) Maka disebabkan situasi sedemikian, kami terpanggil sekali lagi atas matalamat dan niat suci kami untuk menyelamatkan gadis dan wanita sedemikian.

Akhirnya saya telah mengambil langkah perlu dengan merujuk terus kepada Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, di ketika itu Dato’ Jaafar Wahid. Saya telah dimaklumkan dengan berbagai pandangan nasihat, malah menjelaskan falsafah JKM.

Kesimpulan daripada nasihat KP JKM itu, saya menerima semula gadis-gadis malang yang hamil tetapi diluar pengetahuan gadis tersebut saya berusaha mengesan keluarga mereka. Inilah yang berlaku hingga sekarang.

CABARAN DAN MASALAH SEMASA

1. Penempatan yang tidak selesa dan tidak sempurna, kecil dan sempit. Buat masa ini mereka tinggal bersama dan mereka menganggap kami keluarga atau saudara angkat malah kami mengutama konsep kekeluargaan.

2. Masalah kewangan, belum ada bantuan secara serius dan beterusan dari mana-mana pihak. Segalanya atas budibicara dan tanggungan kami yang mana sumber-sumber kewangan yang diperolehi adalah tidak tetap.

3. Kami mendapat sedikit sumbangan ikhlas dari pihak keluarga gadis yang terbabit tetapi bukan semua mereka itu dari kalangan keluarga yang mampu. Malah ramai pihak keluarga gadis/wanita terlibat menyerahkan bulat-bulat kepada kami.

4. Tidak mempunyai tenaga pembantu yang cukup, segalanya kami uruskan sendiri (suami isteri – En.Yahya & Pn Ruzitah). Kami perlukan sukarelawan, tetap tiada yang berminat lagipun kehidupan hari ini memerlukan kerjaya yang menjamin masa depan walaupun ini adalah tanggungjawab sosial kita semua.

5. Tidak mendapat kerjasama keluarga sepenuhnya kerana ada pihak keluarga gadis terlibat, telah meminggirkan anak gadis mereka akibat perbuatan memalukan itu.

BANTUAN DAN KHIDMAT SOKONGAN YANG KAMI TERIMA

4

Page 5: Sejarah KEWAJA

1. Saling berkerjasama secara tidak rasmi dengan Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Besar Kuala Lumpur, Hospital Selayang, JKM Kuala Lumpur dan Gombak, Gerakan Ehsan Selangor dan badan yang berkaitan dengan kami.

2. Surat-surat sokongan bertulis dari beberapa badan berkaitan, termasuk NGO.

3. Pihak media, sama ada media cetak atau elektronik.

4. Pihak perseorangan, jiran tetangga dan keluarga.

5. Beberapa orang sukarelawan yang menyumbangkan tenaga, idea dan ilmu terutama dalam bentuk pengajian agama, kaunseling dan motivasi.

6. Kerjasama dan sokongan daripada semua IPTA & IPTS kerana KEWAJA menjadi salah satu pusat rujukan pelajar-pelajar mereka.

BAGAIMANA REMAJA, GADIS ATAU WANITA BERKENAAN MENDAPAT MAKLUMAT MENGENAI PUSAT INI.

1. Sebagai Penceramah dan Motivator bebas serta Fasilitator atau aktivis masyarakat, kami menyediakan serta menulis berbagai artikel atau rencana di dalam beberapa ruangan sama ada akhbar mingguan dan majalah. Rencana dan maklumat selalu menyentuh kepada permasalahan sosial semasa, maka disinilah maklumat kerjaya, aktiviti atau perkhidmatan ini diketahui ramai.

2. Lapuran pihak media yang sering memaklumkan aktiviti kami didalam mana-mana akhbar atau majalah dan pernah beberapa kali menjadi tetamu atau ahli panel didalam beberapa program TV dan radio.

3. Dari orang perseorangan yang pernah berurusan dengan kami.

PERKHIDMATAN BANTUAN, PEMULIHAN DAN PENJAGAAN YANG DI BERIKAN KEPADA GADIS ATAU WANITA DI BAWAH JAGAAN PUSAT INI

1. Memberikan kaunseling, motivasi dan pendidikan agama secara berterusan, untuk mempastikan mereka benar-benar insaf, bertaubat malah meyakinkan kami apabila mereka keluar atau setelah selesai tempoh mereka bersama kami.

2. Menguruskan rawatan dan pemeriksaan mingguan mereka ke klinik yang berhampiran, biasanya klinik swasta.

3. Menghantar dan menguruskan mereka semasa bersalin di hospital (HBKL atau Hospital Selayang ) atau klinik swasta.

4. Menguruskan pendaftaran kelahiran Atau Kematian (Jika ada) di JPN.

5. Menguruskan keluarga angkat sekiranya mereka atau keluarga tidak berupaya dan tidak mahu menerima dan menjaga anak mereka.

5

Page 6: Sejarah KEWAJA

6. Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan Pesuruhjaya Sumpah atau pihak mahkamah, jika anak itu diserahkan kepada keluarga angkat.

7. Menguruskan dan memberikan rawatan tradisi seperti mengurut serta penjagaan dalam pantang yang sempurna, biasanya 40 hari.

8. Menguruskan persekolahan/peperiksaan, kerana ada diantaranya sedang belajar dan ingin mengambil peperiksaan disaat-saat mereka bakal melahirkan anak, setakat ini telah hampir 50 kes diuruskan ia itu pertukaran sekolah dan pusat peperiksaan. Setakat ini, kami temui calun PMR, SPM dan penuntut IPT.

9. Memberikan kaunseling serta menemukan dengan kaunselor terlatih supaya dapat meyakinkan pihak keluarga gadis atau wanita terbabit kerana ramai keluarga mereka kecewa, kesal serta tidak mahu lagi menerima anak mereka.

10.Merancang, menguruskan dan mengatur perkahwinan gadis atau wanita terbabit dengan lelaki yang ingin bertanggung jawab tetapi ada sedikit masalah daripada pihak keluarga atau perundangan ATAU membantu menguruskan penikahan wanita berkenaan jika mereka bersedia untuk berkahwin dalam masa terdekat semasa dibawah penjagaan kami.

11.Mempastikan mereka mendapat perkerjaan yang sesuai dan baik serta tidak terlibat dengan kerjaya terdahulu yang mana banyak menjurus kepada maksiat atau gaya hidup sosial yang tidak bermoral.

LAIN-LAIN MASALAH SEMASA YANG BERKAITAN DENGAN GADIS DAN WANITA, DI MANA KAMI BERIKAN KEUTAMAAN.

1. Hampir semua gadis atau wanita yang terlibat kami anggap Perlarian Sosial kerana mengalami masalah akibat aktiviti sosial yang tidak beretika MAKA atas sebab-sebab yang kami percaya dan yakini mereka haraus kami bantu dan selamatkan.

2. Wanita atau isteri yang lari dari rumah bersama anak-anak, akibat sikap kasar atau kekejaman suami.

Nota: Permasalahan ini biasanya kami akan siasat dan menghubungi keluarga mereka diluar pengetahuan mereka, akhirnya mereka disatukan semula berdasarkan khidmat nasihat serta perancangan juga panduan yang kami beri.

SUMBER KEWANGAN/PENDAPATAN UNTUK MENTADBIR DAN MENGURUS KEWAJA

1. 45% kos tanggungan pusat ini ditanggung daripada sumber kewangan Pn.Ruzitah Sdr.Yahya secara beribadi yang diperolehi daripada kerjaya mereka sebagai Perunding Sosial dan Tradisional serta penceramah dan penulis bebas.

6

Page 7: Sejarah KEWAJA

2. Kami menjalankan perniagaan kecil-kecilan, seperti menjual nasi lemak dan kuih-mueh serta perniagaan sampingan yang lain.

3. Bantuan daripada keluarga gadis yang terlibat, namun tidaklah boleh diharapkan sangat kerana ada keluarga yang tidak mampu malah tidak mahu memberikan kerja sama, kerana dengan perbuatan anak mereka.

4. Sumbangan ikhlas dari rakan-rakan dan orang perseorangan yang simpati dengan kerjaya dan aktiviti kami.

5. Sumber kewangan daripada gadis/wanita itu sendiri, jika mereka ada wang simpanan, itupun kalau mereka yang berkerjaya. Namun ramai diantara mereka boros sebelum itu dan tak ada wang simpan.

BENTUK PERBELANJAAN HARIAN DAN BULANAN YANG DITANGGUNG

1. Perbelanjaan makan minum

2. Rawatan perubatan klinik dan hospital

3. Rawatan tradisi dalam pantang termasuk urut dari pakar urut

4. Ubatan-ubatan lain dan barang-barang penjagaan wanita

Nota: Tanggungan dan perbelanjaan ini untuk pelatih yang tidak kurang dari 40 ke 60 orang berada dibawah jagaan dan pengurusan pihak kami.

PERBELANJAAN ATAU KOS DAN TANGGUNGAN LAIN

1. Pengangkutan dalam urusan pergi serta balik dari hospital dan klinik ini termasuk bayaran parking, tol, minyak atau servis.

2. Urusan mengesan dan mencari pihak keluarga ATAU urusan mengambil dan menghantar semula pelatih kepangkuan kelauraga.

3. Penginapan/sewa tempat tinggal dan asrama, telefon, letrik, air dan kemudahan lain. Setiap bulan atau sepanjang tahun.

4. Elaun Sukarelawan Tetap dan Sambilan seramai 12 orang.

5. Ubatan dan barang-barang keperluan bayi.

6. Ubatan harian dan makanan ringan termasuk keinginan mereka untuk makan sesuatu yang istimewa (mungkin mengidam).

Nota: Anggaran yang pernah kami catatkan sebagai bukti perbelanjaan, sekurang-kurangnya RM500 seorang. Sekiranya kami catatpun, kami nak tuntut dari siapa, maka kami anggap ini kerja amal kami dalam mebantu mereka yang bermasalah.

Walau bagaimanapun secara kasarnya kami boleh simpulkan disini kos tanggungan keseluruhan bagi setiap gadis yang berada dibawah pengawasan

7

Page 8: Sejarah KEWAJA

dan pengurusan kami adalah seurang-kurangnya antara RM450 ke RM600 sebulan.

LAIN-LAIN HAL BERKAITAN DENGAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN PUSAT DAN PIHAK PENGURUSAN/PENTADBIRAN

1. Kami tidak mempunyai sumber kewangan atau pendapatan yang tetap pada setiap bulan, sedangkan perbelanjaan bulanan kami termasuk bil-bil bulanan dan bayar sewaan penempatan mencecah sehingga lebih kurang RM15,500 ke RM18,000sebulan.

2. Jika ada lebihan pendapatan, kami simpan untuk bulan berikutnya, jika kurang, kami terpaksa mebuat sedikit pencatuan dan penjimatan dalam beberapa perkara. Tetapi selalunya kami kreditkan untuk bulan berikutnya.

3. Keseluruhan perbelanjaan adalah untuk menampung 40 ke 60 orang penghuni bermasalah dan termasuk kami yang bertindak sebagai penyelia malah orang yang bertanggung jawab menjaga, merawat serta menguruskan hal-ehwal yang berkaitan dengan gadis/wanita berkenaan pernah menjangkau RM20,000

PERANCANGAN DAN KEPERLUAN JANGKA PANJANG

1. Kami memerlukan penempatan yang lebih sesuai dimana boleh menampung sekurang-kurangnya antara 60 ke 100 orang. Kerana saban hari kami sering dihubungi oleh gadis-gadis malang tersebut untuk meminta perlindungan, disebabkan tempat yang kecil dan sempit, ada diantara mereka yang terpaksa kami tolak, itupun setelah kami berusaha memberikan pandangan dan panduan kepada keluarga mereka, jika tidak kami kuatir mereka yang terlibat mengambil tindakan berisiko.

2. Jika kami mempunyai penempatan yang sesuai, maka lebih banyak aktiviti yang berbentuk, riadah, kerja tangan, latihan kemahiran atau bercucuk tanam dan sebagainya dapat dijalankan. Sejauh ini kami Cuma mampu memberikan kaunseling, motivasi dan pendidikan moral serta agama sahaja ( Sahsiah diri ).

3. Penempatan yang besar juga perlu kerana kami boleh mempelbagaikan skop bantuan terhadap permasalahan sosial hari ini kerana kami bukan sahaja mengutamakan perlindungan dan pemulihan terhadap gadis atau wanita hamil, mungkin mereka yang lari dari rumah akibat keluarga bermasalah, atau isteri, ibu tunggal, anak-anak yatim dan warga tua. Mereka juga dalam pemerhatian serta keprihatinan kami yang perlu kami hulurkan bantuan dan penjagaan.

4. Saban hari semakin ramai wanita atau mereka yang mengalami masalah yang agak serius, sulit dan terlalu peribadi berlaku ditengah-tengah masyarakat kita. Jika boleh semuanya ingin kami hulurkan bantuan, namun keadaan tempat, ekonomi dan tenaga kerja tidak mengizinkan. Maka, dari masa ke semasa kami akan memertingkatkan

8

Page 9: Sejarah KEWAJA

usaha ke arah menjadikan pusat kami salah satu Pusat Integriti atau Komuniti Kebajikan Sosial yang berjaya.

5. Sejauh ini kerja-kerja kebajikan sebegini banyak di usahakan oleh kalangan bukan Islam dan bukan bumiputera, jika adapun pihak warga Islam dan bumiputera yang menjalankan, mereka bergerak atas tiket persatuan atau NGO. Namun secara peribadi dan persendirian kami juga ingin bertanggungjawab dan berbakti dan bukannya tertumpu kepada warga bumi dan Islam sahaja, malah semua..

Nota: Untuk menjayakan impian murni dan wawasan sosial kebajikan ini, kami amat-amat memerlukan sokongan dan bantuan dari semua pihak. Jika sokongan yang padu serta bantuan yang sempurna tidak kami perolehi, maka bantuan dan perkhidmatan kami adalah terbatas. Hanya segelintir sahaja yang dapat kami tolong.

Selama lebih 20 Tahun kami menjalankan aktiviti ini sendiri, walaupun sumbangannya kecil, kami rasa kami telah berjaya bersesuaian dengan taraf dan kemampuan kami. Tetapi jika kami diperlukan untuk semua atau memperluaskan skop pekhidmatan sosial dan kebajikan ini, maka kami harus mendapatkan dana atau peruntukan bagi mebolehkan lebih ramai lagi gadis dan wanita bermasalah dapat kami bantu dan selamatkan.

TENAGA KERJA YANG DI PERLUKAN

Pihak kami mungkin tidak menghadapi masalah dalam bentuk sumbangan tenaga manusia. Mungkin sebagai sukarelawan Yayasan Salam Malaysia, Ahli Briged Kebajikan Perdana dan AJK Gerakan Ehsan Selangor serta Lembaga Kebajikan Perempuan Islam, kami boleh mendapat sokongan daripada rakan-rakan seperjuangan atau sukarelawan lain.

KEPERLUAN DALAM JANGKAMASA TERDEKAT

o Sebuah bangunan yang boleh menempatkan sekurang-kurangnya 60 ke 100 orang (buat sementara), walaupun jangkaan dan perojek jangka panjang mungkin lebih daripada itu ( 150 ke 200 orang berdasarkan kajian dan lapuran yang kami terima)

o Sebuah kenderaan bagi memudahkan kami membawa mereka kemana-mana pusat rawatan (sama ada klinik atau hospital) kenderaan yang besar juga membolehkan kami dapat membawa lebih ramai pelatih untuk mendapatkan kursus bulanan untuk orang awam yang ditawarkan oleh LPPKN.

o Mungkin begitu sukar untuk mendapatkan bantuan dalam bentuk kewangan, oleh yang demikian kami berharap pertolongan dari warga korprat syarikat-syarikat swsasta untuk menyumbang keperluan harian wanita selepas bersalin dan set atau barangan bayi.

o Kelengkapan asrama, seperti katil dan segala yang berkaitan.

9

Page 10: Sejarah KEWAJA

PERHATIAN

SEKIRANYA BANTUAN DALAM BENTUK KEWANGAN TIDAK BOLEH KAMI PEROLEHI SAMA ADA UNTUK SKIM BULANAN ATAU TAHUNAN, APA YANG PENTING SEKALi YANG KAMI HARAPKAN ADALAH BANTUAN DALAM BENTUK TEMPAT TINGGAL, ASRAMA ATAU PENEMPATAN YANG LEBIH BAIK, SELESA DAN BOLEH MENAMPUNG LEBIH RAMAI LAGI.

BERDASARKAN PENGALAMAN KAMI, MASALAH KEWANGAN WALAUPUN SERIUS DAN KRITIKAL, NAMUN KAMI MASIH BOLEH MENGUSAHAKAN WALAUPUN TIDAK MENCUKUPI.

APA YANG PENTING ADALAH TEMPAT, ATAU KAWASAN YANG LEBIH SESUAI BUAT MEREKA.

“Bantuan utama yang kami harapkan adalah peranan dan penglibatan penuh daripada semua pihak kerana tanpa bantuan, sokongan dan peranan orang ramai dalam membasmi atau mengatasi masalah ini, bantuan kewangan sebanyak mana pun tidak akan cukup. Sesungguhnya MENCEGAH, MENGHALANG atau MENOLAK aktiviti tidak bermoral didalam masyarakat kita adalah lebih utama dan tanggungjawab kita semua”.

CADANGAN:

1. Meminta Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga & Masyarakat, melancarkan semula “Kempen Masyarakat Penyayang”.

2. Kempen Fasa Ke 2 ini menitik beratkan kepada asas “Masih Ada Yang Sayang”. Dengan menghidupkan dan memperhebatkan lagi “Budaya Masyarakat Penyayang”; Dimana budaya tegur menegur masyarakat Malaysia dijadikan asas atau akar umbi aktiviti masyarakat seharian.

3. Kempen kali ini hendaklah dijadikan salah sati identiti, imej atau aktiviti jangka panjang kementerian terbabit dengan menjadikannya sebagai “Kempen Sepanjang Hayat; Masyarakat Penyayang Cara Hidup Kita”

4. Pengisian dan aktiviti kempen lebih menumpukan kepada Budaya Tegur Menegur dikalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama. Antaranya menjadi salah satu tanggungjawab bersama dengan menglibatkan semua ahli masyarakat atas nama kempen ini dengan membolehkan semua orang mengambil berat dan menegur apa jua aktiviti tidak bermoral yang berlaku didepan mata MAKA itu, masalah sosial

10

Page 11: Sejarah KEWAJA

seperti yang sedang diambil tanggungjawab oleh KEWAJA akan menjadi tanggungjawab kita bersama.

KEWAJAWanita Didahulukan Maruah

Diutamakan© 2009 Kewaja Hakcipta Terpelihara

11