Sejarah krs

15
KADET REMAJA SEKOLAH

description

Sejarah ringkas KRS

Transcript of Sejarah krs

KADET REMAJA SEKOLAH

• Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987.

• Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA).

• Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2.

SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH

• Matlamat utama penubuhannya

Melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL , berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.

OBJEKTIF 4.1 Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara. 4.2 Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang , kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup. 4.3 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan integrasi nasional.

4.4 Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati danmengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bermesra. 4.5 Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehipengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

PENGERTIAN LOGO KRS

3.1 Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat. 3.2 Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.

3.3 Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.

3.4 Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

3.5 Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat. 3.6 Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.

3.7 Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia. 3.8 Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.

Warna Hijau melambangkan • Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk. • Laluan hidup yang jelas untuk masa depan. • Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum

KRS/TKRS.

COGAN KATA KRS/TKRS

’ ILMU IMAN AMAL’

• ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS.

• IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan

asas pembinaan diri. • AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup

sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri.

Lagu KRS

Kadet Remaja Sekolah, Menuju satu ikatan bersaudara, Bersatu menjulang, keamanan Negara, Menjayakan ilmu, iman dan amal. Marilah kita membina peribadi, Membentuk insan yang kereatif, Kearah kecermelangan diri, Sepanjang masa yang berterusan. Remaja sambutlah cabaran, Menjadi bangsa Malaysia, Maju dan cemerlang, remaja berwawasan, Jangan kita lupa kepada pencipta. Remaja hayati budaya, Ilmu, iman dan amal, Tetapkan di hati dan jiwamu, Wawasan Kadet Remaja Sekolah.

Lagu: Mejar Muhammad Thani B. ShaabanLirik: Left. Ustaz Roslan B. Abd. RahmanMuzik: Bah. Teknologi Pendidikan, Kementerian Pend. Malaysia