Sejarah melayu ditulis oleh tun sri lanang

2
Sejarah Melayu ditulis oleh Tun Sri Lanang. Nama sebenar Tun Sri Lanang ialah Tun Muhammad. Tun Sri Lanang dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor pada tahun 1565. Beliau ialah pembesar istana berketurunan bendahara-bendahara kerajaan Melayu Melaka dan Johor Lama. Beliau menjadi Bendahara Paduka Raja antara tahun 1580 dan 1615. Menurut Windstedt, Sejarah Melayu ditulis oleh Tun Sri Lanang mulai bulan Februari 1614 dan siap pada tahun 1615. Beliau ialah anak kepada Paduka Raja Tun Ahmad, Temenggung Johor dan ibunya, Tun Ganggang. Beliau juga merupakan cucu kepada Bendahara Sri Maharaja Tun Mutahir iaitu bendahara kerajaan Melayu Melaka semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah dan cicit kepada Tun Kudu iaitu bekas permaisuri Sultan Muzaffar Syah. Beliau terlibat dalam perancangan menawan semula Melaka pada tahun 1586, 1587, dan tahun 1606. Beliau juga menyusun pertahanan Johor bagi menghadapi serangan Portugis dan Acheh. Sebagai contoh, beliau telah mengatur perjanjian dengan Admiral Matelief pada 23 September 1606 untuk mempertahankan Johor daripada serangan Acheh. Sulalatus Salatin telah ditulis oleh Tun Sri Lanang atas arahan Yang Dipertuan di Hilir, Sultan Abdullah Ma’ayah Shah. Tun Sri Lanang kemudiannya menulis karya yang diberi nama Sulalatus Salatin iaitu Pertuturan Raja-raja. Sulalatus Salatin menceritakan jurai keturunan raja-raja Melayu yang bermula daripada penaklukan Iskandar Zulkarnain hingga ke zaman Sultan Alauddin Riayat Syah. Dalam Sulalatus Salatin banyak menceritakan kezaliman raja, cara hidup masyarakat dahulu kala yang menganggap raja sebagai berkuasa mutlak. Di samping itu, terselit juga kisah-kisah rakyat yang boleh dijadikan panduan kepada semua. Contohnya kisah Hang tuah, Singapura dilanggar todak, kisah Badang memperoleh gagah dan sebagainya. Terdapat banyak nilai dan pengajaran yang boleh diambil daripada kisah- kisah ini. Antara unsur karya agung yang terdapat dalam Sulalatus Salatin ialah nilai estetika yang tinggi. Dalam Sulalatus Salatin, Tun Sri Lanang menggunakan gaya bahasa yang indah untuk memerikan sesuatu hal. Selain itu, puisi-puisi lama turut diselitkan untuk menggambarkan sesuatu cerita dan peristiwa. Penyisipan unsur-unsur dapat mengindahkan bahasa supaya kelihatan lebih seni dan menarik. Sulalatus Salatin turut menggunakan bahasa Melayu klasik. Buktinya, ia menggunakan ayat yang panjang, banyak menggunakan kata pangkal ayat dan istilah-istilah klasik. Seterusnya ialah unsur kesejagatan. Tindakan-tindakan seseorang watak dianggap sebagai kemanusiaan sejagat. Dalam Sulalatus Salatin, unsur sejagat dapat dilihat menerusi peristiwa Waad antara Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana. Perjanjian ini adalah untuk kepentingan semua pihak iaitu pihak raja dan pihak rakyat. Raja tidak boleh menganiaya

Transcript of Sejarah melayu ditulis oleh tun sri lanang

Page 1: Sejarah melayu ditulis oleh tun sri lanang

Sejarah Melayu ditulis oleh Tun Sri Lanang. Nama sebenar Tun Sri Lanang ialah Tun

Muhammad. Tun Sri Lanang dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor pada tahun 1565. Beliau ialah

pembesar istana berketurunan bendahara-bendahara kerajaan Melayu Melaka dan Johor

Lama. Beliau menjadi Bendahara Paduka Raja antara tahun 1580 dan 1615. Menurut

Windstedt, Sejarah Melayu ditulis oleh Tun Sri Lanang mulai bulan Februari 1614 dan siap

pada tahun 1615. Beliau ialah anak kepada Paduka Raja Tun Ahmad, Temenggung Johor dan

ibunya, Tun Ganggang. Beliau juga merupakan cucu kepada Bendahara Sri Maharaja Tun

Mutahir iaitu bendahara kerajaan Melayu Melaka semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah

dan cicit kepada Tun Kudu iaitu bekas permaisuri Sultan Muzaffar Syah. Beliau terlibat dalam

perancangan menawan semula Melaka pada tahun 1586, 1587, dan tahun 1606. Beliau juga

menyusun pertahanan Johor bagi menghadapi serangan Portugis dan Acheh. Sebagai contoh,

beliau telah mengatur perjanjian dengan Admiral Matelief pada 23 September 1606 untuk

mempertahankan Johor daripada serangan Acheh.

Sulalatus Salatin telah ditulis oleh Tun Sri Lanang atas arahan Yang Dipertuan di Hilir,

Sultan Abdullah Ma’ayah Shah. Tun Sri Lanang kemudiannya menulis karya yang diberi nama

Sulalatus Salatin iaitu Pertuturan Raja-raja. Sulalatus Salatin menceritakan jurai keturunan

raja-raja Melayu yang bermula daripada penaklukan Iskandar Zulkarnain hingga ke zaman

Sultan Alauddin Riayat Syah. Dalam Sulalatus Salatin banyak menceritakan kezaliman raja,

cara hidup masyarakat dahulu kala yang menganggap raja sebagai berkuasa mutlak. Di

samping itu, terselit juga kisah-kisah rakyat yang boleh dijadikan panduan kepada semua.

Contohnya kisah Hang tuah, Singapura dilanggar todak, kisah Badang memperoleh gagah

dan sebagainya. Terdapat banyak nilai dan pengajaran yang boleh diambil daripada kisah-

kisah ini.

Antara unsur karya agung yang terdapat dalam Sulalatus Salatin ialah nilai estetika

yang tinggi. Dalam Sulalatus Salatin, Tun Sri Lanang menggunakan gaya bahasa yang indah

untuk memerikan sesuatu hal. Selain itu, puisi-puisi lama turut diselitkan untuk

menggambarkan sesuatu cerita dan peristiwa. Penyisipan unsur-unsur dapat mengindahkan

bahasa supaya kelihatan lebih seni dan menarik. Sulalatus Salatin turut menggunakan bahasa

Melayu klasik. Buktinya, ia menggunakan ayat yang panjang, banyak menggunakan kata

pangkal ayat dan istilah-istilah klasik.

Seterusnya ialah unsur kesejagatan. Tindakan-tindakan seseorang watak dianggap

sebagai kemanusiaan sejagat. Dalam Sulalatus Salatin, unsur sejagat dapat dilihat menerusi

peristiwa Waad antara Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana. Perjanjian ini adalah

untuk kepentingan semua pihak iaitu pihak raja dan pihak rakyat. Raja tidak boleh menganiaya

Page 2: Sejarah melayu ditulis oleh tun sri lanang

rakyat manakala rakyat pula tidak boleh derhaka kepada raja. Hal ini akan membawa kepada

keamanan seluruh rakyat dan negeri.

Unsur keadilan pula dapat dilihat menerusi kezaliman yang dilakukan oleh raja-raja

Melayu. Terdapat banyak contoh kezaliman yang dilakukan oleh watak-watak tertentu

sehingga menimbulkan kesan sampingan yang lain. Contoh pertama dapat dilihat pada

kezaliman Sultan Mahmud yang bertindak membunuh beberapa orang watak walaupun

kesalahan yang dilakukak itu tidak seberapa. Contohnya, Sultan Mahmud menitahkan agar

Tun Isap membunuh Tun Ali Sandang. Sultan Mahmud juga bertindak zalim atas keluarga Tun

Mutahir dengan membunuh keluarga itu. Kejatuhan Melaka berlaku pada zamannya. Hal ini

kerana Sultan Mahmud apabila dia membunuh keluarga Tun Mutahir, kekuatan Melaka

menjadi lumpuh. Walaupun rakyat tidak dapat melawan kezaliman raja, tetapi keadilan telah

terjadi dengan sendirinya yang berpunca daripada sikap buasnya sendiri.