Syarahan Tun Seri Lanang 2013

2

Transcript of Syarahan Tun Seri Lanang 2013

Page 1: Syarahan Tun Seri Lanang 2013
Page 2: Syarahan Tun Seri Lanang 2013

BIODATA PROF. DATO’ DR. MOHD YUSOF HAJI OTHMAN Mohd. Yusof Hj. Othman adalah Profesor di Program Fizik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sebelum ini beliau adalah Ketua, Jabatan Fizik (1990-94); Timbalan Dekan, Fakulti Sains dan Teknologi (1994-02); Pengarah, Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi, UKM (2002-07); dan Pengarah Pertama, Institut Islam Hadhari sejak Julai 2007 di universiti tersebut. Prof. Yusof terlibat dalam penyelidikan tenaga keterbaharuan lebih 25 tahun yang lalu. Sumbangan utama beliau adalah dalam kajian sinaran suria, dan sistem suria terma dan fotovoltan. Kajian utamanya adalah

dalam mereka cipta pengumpul suria untuk air dan udara panas, sistem pam air suria, sistem fotovoltan tersambung ke grid dan terakhir ini sistem pengumpul fotovoltan terma. Beliau adalah di antara ahli akademik UKM yang membangunkan Kumpulan Penyelidikan Tenaga Suria, dan beliau juga adalah Setiausaha Pengasas Institut Tenaga Malaysia (1992-05). Beliau terpilih untuk menjadi ahli majlis World Renewable Energy Network (WREN) sejak 1992, Prof. Yusof pernah menjadi Profesor Pelawat Department of Engineering, University of Reading, UK (1994). Kini beliau adalah Editor Bersekutu the International Journal of Renewable Energy sejak 2005, Lembaga Editor Review untuk Scientific Journal International sejak Julai 2007. Beliau menerima “WREN Pioneer” Award daripada World Renewable Energy Network/Congress, 2004 kerana kegiatannya dalam bidang tenaga keterbaharuan. Beliau juga dijemput untuk mewakili beberapa panel di peringkat kementerian. Beliau telah menulis lebih dari 250 rencana jurnal, pascasidang, dan seminar bidang tenaga keterbaharuan, fizik, dan pendidikan sains. Telah menulis 21 buah buku dalam bidang fizik dan bacaan awam. Beliau menerima beberapa anugerah dari UKM – Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk 1990 dan 1993; Anugerah Khas Kreativiti dan Inovasi Kategori Kategori kakitangan akademik (1997); Anugerah Khidmat Masyarakat bagi ahli Akademik (1998); dan Anugerah Khas Penerbitan Akademik (2003). Beliau juga adalah penerima Darjah Kesatria Mangku Negara (KMN) daripada DYMM Yang Dipertuan Agong dan Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan (DSNS) daripada DYMM Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Beliau juga penerima Anugerah Penghargaan Maal Hijrah (1426H) daripada Kerajaan Malaysia, dan Tokoh Maal Hijrah daripada Kerajaan Pulau Pinang (1429H). Prof. Yusof menerima lapan anugerah daripada UKM; 13 daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia; 4 anugerah daripada International Exhibition of Inventions, Geneva, Switzerland; 3 anugerah daripada Seoul International Invention Fair, dan 3 anugerah di INPEX 2008 Invention & New Production Exposition, Pittsburgh, USA di atas kajian penyelidikannya sejak1990. Beliau juga penerima Henry Goh Award 2000 untuk Most Environment Friendly Invention 2000; Environmental Protection Prize daripada Swiss Society for the Protection of The Environment in 2001; Special Award daripada Taiwan Inventors Association in Seoul International Invention Fair 2004; The International Federation of Inventor’s Associations (IFIA), Geneva, Switzerland Gold Medal (2008), dan Special Prize from Korea Invention Promotion Association for commending excellent efforts to create invention exhibited at INPEX 2008 Invention & New Production Exposition, Pittsburgh, USA. Sumber : http://www.ukm.my/ppfg2002/akademik/myho/profil.htm

PENGENALAN Syarahan Tun Seri Lanang merupakan salah satu program yang diadakan oleh Perpustakaan UKM sempena Aktiviti Pembudayaan Ilmu. Penceramah yang diundang adalah terdiri daripada warga akademik UKM yang mempunyai ketokohan dan terkenal di dalam dan luar negara. OBJEKTIF

Memberi penghormatan kepada para akademik dan cendiakawan UKM berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang kepakaran masing-masing.

Memberikan pandangan dan buah fikiran mereka kepada warga universiti khasnya dan masyarakat umum amnya.

Menjadikan syarahan ini sebagai satu aktiviti yang mempunyai impak tinggi kepada masyarakat.

Menyediakan ruang perbincangan ilmu di kalangan warga universiti.

Menjadikan UKM sebagai sebuah unversiti yang dapat menyumbang perkembangan ilmu dan pendidikan negara.

SIRI SYARAHAN TUN SERI LANANG

Yang Berbahagia Prof. Dr. Teo Kok Seong (2010), Fellow Penyelidik Utama ATMA yang menyampaikan ceramah bertajuk “Kepentingan Bahasa Melayu dalam Gagasan 1Malaysia.”

Yang Berbahagia Prof. Ulung Negara Dato’ Dr. Shamsul Amri Baharuddin (2011) bertajuk “54 tahun Merdeka : 54 Tahun Menatang Kesepaduan Sosial.”

Yang Berbahagia Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hood Mohd Salleh (2012) bertajuk “Memartabatkan Penyelidikan Peribumi di Malaysia”.