Sejarah Permainan Tenis

18
Sejarah Permainan Tenis Tenis merupakan salah satu pemainan menggunakan raket yang disukai oleh sebahagian besar penduduk dunia. Ia dikenali sebagai Jeu de Paume di Perancis, Real Tennis di Britain dan Royal Tennis di Australia. Ia merupakan sukan raket yang tertua berbanding sukan squash dan beberapa sukan raket yang lain. Berdasarkan beberapa catatan sejarah, permainan menggunakan bola dan raket telah dimainkan sejak sebelum masihi lagi. Ketika itu, ia dimainkan di Mesir dan Yunani. Pada abad kesebelas, sejenis permainan iaitu jen de paume yang menyerupai permainan tenis kini, telah dimainkan buat pertama kali di sebuah kawasan di Perancis. Bola yang digunakan disalutkan dengan benang berbulu, manakala pemukulnya hanyalah tangan. Permainan ini kemudian diperkenalkan ke Itali dan Britain pada abad ke 13. Ia mendapat sambutan yang menggalakkan dalam masa yang singkat. Ramai rakyat tempatan menunjukkan minat terhadap permainan ini dan mula bermainnya. Sejak itu perkembangan sukan ini terus meningkat ke negara Eropah yang lain. Raket bertali pula diperkenalkan kali pertama pada abad ke 15 oleh Antonio da Scalo, seorang paderi berbangsa Itali. Beliau menulis undang-undang umum bagi semua permainan yang menggunakan bola termasuk tenis. Majalah inggeris Sporting Magazine menamakan permainan ini sebagai tenis padang. Dalam buku Book of Games And Sports yang diterbitkan dalam tahun 1801 menyebut sebagai tenis panjang. Tenis, pada mulanya merupakan

description

Sejarah Permainan Tenis

Transcript of Sejarah Permainan Tenis

Sejarah Permainan Tenis

Tenis merupakan salah satu pemainan menggunakan raket yang disukai oleh sebahagian besar penduduk dunia. Ia dikenali sebagai Jeu de Paume di Perancis, Real Tennis di Britain dan Royal Tennis di Australia. Ia merupakan sukan raket yang tertua berbanding sukan squash dan beberapa sukan raket yang lain. Berdasarkan beberapa catatan sejarah, permainan menggunakan bola dan raket telah dimainkan sejak sebelum masihi lagi. Ketika itu, ia dimainkan di Mesir dan Yunani. Pada abad kesebelas, sejenis permainan iaitu jen de paume yang menyerupai permainan tenis kini, telah dimainkan buat pertama kali di sebuah kawasan di Perancis. Bola yang digunakan disalutkan dengan benang berbulu, manakala pemukulnya hanyalah tangan. Permainan ini kemudian diperkenalkan ke Itali dan Britain pada abad ke 13. Ia mendapat sambutan yang menggalakkan dalam masa yang singkat. Ramai rakyat tempatan menunjukkan minat terhadap permainan ini dan mula bermainnya. Sejak itu perkembangan sukan ini terus meningkat ke negara Eropah yang lain. Raket bertali pula diperkenalkan kali pertama pada abad ke 15 oleh Antonio da Scalo, seorang paderi berbangsa Itali. Beliau menulis undang-undang umum bagi semua permainan yang menggunakan bola termasuk tenis. Majalah inggeris Sporting Magazine menamakan permainan ini sebagai tenis padang. Dalam buku Book of Games And Sports yang diterbitkan dalam tahun 1801 menyebut sebagai tenis panjang. Tenis, pada mulanya merupakan permainan golongan atasan. Tenis gelanggang rumput yang terkenal di zaman Queen Victoria disertai oleh golongan pertengahan yang menjadikannya sebagai permainan luar.Bola tenis pula diperbuat daripada gabus yang dibalut dengan kain yang diikat secara ketat, tetapi ia hanya boleh bertahan selama 2 minggu. Bola tenis seterusnya mengalami revolusi apabila ia diperbuat menggunakan bulu biri-biri. Bola tersebut lebih ringan berbanding sebelumnya. Manakala, gelanggang tenis yang pertama telah dibina di Hampton Court pada tahun 1625 dan ia telah memperlihatkan motif sebenar permainan. Gelanggang tersebut masih lagi digunakan sehingga sekarang untuk pertandingan.Pada ketika itu juga, iaitu sekitar abad ke-16 dan abad ke-17, golongan bangsawan di England dan Perancis mula memainkannya. Di England, Henry VII amat menyukai sukan ini dan pewarisnya sendiri memiliki gelanggang asal di Hampton Court Palace. Pada ketika itu juga di Paris, sebanyak 1800 gelanggang telah dibina. Ada pendapat mengatakan bahawa gelanggang tenis telah di bina di atas kapal 2000 tan di Perancis. Manakala, gelanggang yang dibina di Versailles, Perancis pada tahun 1686, pula berharga 45,403 franc. Tetapi pada sekitar tahun 1700, tenis mula disisihkan di Perancis. Sungguhpun begitu, terdapat juga gelanggang yang dibina seperti di Bath pada tahun 1777 tetapi ia hanya digunakan selama 37 tahun sahaja, dan kini bangunan itu telah dikenali sebagai Bath Industrial Heritage Centre. Pada pertengahan abad ke 19, kebangkitan semula tenis mula dirasai. Ketika itu, gelanggang tenis yang pertama di Amerika Syarikat dan Australia telah dibina pada tahun 1876 dan 1882. Tetapi, perang dunia pertama telah memberikan impak yang negatif terhadap permainan tenis ini. Kelab tenis pertama ditubuhkan ialah Kelab Leamington di Perancis yang telah diasaskan oleh J. B. Perera, Mejar Harry Gem, Dr. Frederick Haynes dan Dr. Arthur Tompkins pada tahun 1872. Pada masa itu, tenis dikenali sebagai pelota atau lawn rackets. Dalam tahun 1874, permainan tenis telah pertama kali dimainkan di Amerika Syarikat oleh Dr. James Dwight dan F. R. Sears. Sementara itu, All England Croquet Club pula telah ditubuhkan pada tahun 1868. Dua tahun selepas itu, ia telah membuka pejabatnya di Jalan Worple, Wimbledon. Pada tahun 1875, kelab ini juga telah bersetuju memperuntukkan sebahagian dari tanahnya untuk permainan tenis dan badminton. Sehubungan dengan itu, satu set undang-undang permainan tenis gelanggang rumput telah digubal. Amerika Syarikat pula telah menubuhkan kelab tenisnya yang pertama di Pulau Staten. Bermula dari situlah, Amerika Syarikat telah berkembang dengan pesat sekali dalam permainan tenis. Ia telah berjaya melahirkan begitu ramai sekali jaguh tenis yang telah menguasai persada tenis antarabangsa. Kejohanan Tenis Gelanggang Rumput pertama bermula tahun 1877. Seramai 21 orang pemain telah mengambil bahagian. Spencer William Gore telah muncul sebagai juara. Kini kejohanan itu dikenali sebagai Kejohanan Wimbledon. Namun di Malaysia, permainan tenis mula diperkenalkan pada awal abad ke 20. Persatuan Tenis Malaysia (LTAM) telah ditubuhkan pada tahun 1921. Pada tahun 1953, pertandingan pertama telah diadakan untuk merebut Piala Chua. Beberapa tahun kemudian selepas itu, bermula pula perlawanan antara Wilayah Utara Malaya dengan Selatan Malaya untuk merebut Piala Guillemard untuk lelaki dan Mc Cabe Peay pula untuk wanita. Kini di Malaysia terdapat pelbagai pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah dijalankan. Malaysia juga turut menyertai pertandingan tenis peringkat antarabangsa seperti Piala Davis dan Piala Asia. Secara keseluruhannya, permainan tenis merupakan salah satu antara permainan yang termaju dan digemari di seluruh dunia. Ia telah melahirkan ramai jaguh dan bintang tenis yang terkenal seperti Jimmy Connors, John McEnro, Ile Natashe, Bjorn Borg, Boris Becker, Mats Wilander, Stefie Graff, Monica Seles, Martina Hingis, Pete Sampras, Andre Agassi dan ramai lagi. Kini, tenis menjadi satu permainan yang berbentuk komersil yang menawarkan hadiah yang tinggi nilainya. Antara pertandingan tenis antarabangsa ialah wembledon, perancis terbuka, us terbuka dan Australia terbuka.

Teknik Bermain Tenis

Teknik dasar bermain tenis iaitu grip terbahagi keada empat jenis. Teknik dasar ini adalah sangat penting kerana seringkali pemain yang baru atau belum pernah sama sekali bermain tenis terjebak pada kesalahan dasar dalam memegang raket. Berikut akan dijelaskan posisi pegangan tangan di gagang tenis ditinjau dari posisi pegangan raket.

Umumnya gagang raket tenis berbentuk oktagonal. Kedelapan sisi tersebut dibagi menjadi sisi atas, bawah, kiri, kanan dan sudut 1, 2, 3, dan 4 (searah jarum jam) seperti yang diilustrasikan pada gambar di atas. Yang dipakai menjadi patokan dari setiap tipe grip adalah posisi dari pangkal ujung jari telunjuk.(a) Forehand Continental grip

Grip ini merupakan grip klasik yang selalu digunakan oleh pemain-pemain tenis zaman dahulu ketika raket kayu masih digunakan. Posisi tangan berada tepat di atas gagang raket dan posisi pangkal telunjuk berada di sudut 1 (untuk pemain tangan kanan) atau sudut 4 (untuk pemain kidal). Grip ini sesuai digunakan di permukaan lapangan yang cepat, seperti rumput, dan digunakan oleh pemain dengan tipe permainan Service Volley. Saat ini tidak banyak yang menggunakan tipe continental sebagai pegangan forehand utamanya kerana tempo permainan yang semakin cepat dengan bola yang semakin berputar (spin). Minus grip ini adalah hanya biasa dipakai untuk pukulan mendatar (flat) dan mengiris (slice), sedangkan untuk pukulan spin agak sulit. Pemain yang memakai grip ini juga seringkali kesulitan menghadapi bola-bola top spin yang bersifat agak melambung parabolik. Akan tetapi, grip continental merupakan grip standard untuk melakukan service dan juga untuk pukulan volley serta overhead kerana tangan mantap mencengkeram gagang raket.(b) ForehandEastern grip

Eastern merupakan grip yang paling mudah diaplikasikan petenis pemula. Grip ini seringkali disebut sebagai pegangan berjabat tangan. Cara untuk memegangnya adalah memulai pegangan dari leher raket, seperti menjabat tangan, lalu turun ke hujung gagang raket. Posisi dari pangkal telunjuk cenderung berada pada sisi kanan (untuk pemain tangan kanan) atau sisi kiri (untuk pemain kidal). Peganganjenisinidapatmemberikanvariasipukulanyanglengkap,baikuntukflat, slice, mahupun spin.

(c)ForehandSemi-Westerngrip

Grip jenis ini adalah grip yang paling banyak dipakai oleh pemain tenis modern, terutama yang memiliki tipe permainan baseliner (termasuk saya sendiri). Cara untuk memegang bagi grip ini adalah dengan menempatkan pangkal jari telunjuk di sudut 2 (untuk pemain tangan kanan) atau 3 (untuk pemain kidal). Atau biasa juga berawal dari grip eastern kemudian tangan diputar searah jarum jam satu sudut ke sudut 2 atau 3. Keunggulan dari grip ini adalah dapat memukul spin dengan baik sehingga kemungkinan bola untuk melewati net lebih besar kerana sifatnya yang parabolik. Grip ini juga dapat dipakai untuk memukul flat tetapi tidak direkomendasikan untuk memukul slice. Minus dari grip ini adalah sulit untuk mengantisipasi bola-bola rendah yang dihasilkan dari pukulan flat atau slice terutama di lapangan cepat (grass atau hard court).(d)ForehandWesterngrip

Grip jenis ini merupakan grip yang ekstrim digunakan terutama untuk memproduksi pukulan topspin. Pemain spesialis lapangan tanah liat (clay) umumnya menggunakan grip jenis ini, juga banyak pemain modern saat ini. Grip ini sangat sesuai digunakan bagi pemain yang ingin memukul bola dengan top spin yang ekstrim. Arah bola dari hasil pukulan ini dapat melambung di atas net dan turun menurut garis parabolik yang ekstrim. Grip ini juga sangat nyaman digunakan untuk mengantisipasi bola-bola tinggi yang biasanya terjadi di lapangan tanah liat. Akan tetapi, minus dari grip jenis ini adalah tidak biasa dipakai untuk melakukan pukulan flat serta slice dan juga sangat sulit untuk mengantisipasi bola-bola slice yang jatuh rendah di lapangan cepat seperti rumput (grass) atau semen (hard court). Terdapat beberapa contoh teknik pukulan dalam permainan tenis iaitu Forehand, Backhand, Groundstroke, Smesy, Slice, Spin, Dropshot dan Volley.(a) ForehandPukulan yang paling utama dan paling mudah diajarkan dalam permainan tenis. Forehand sendiri adalah pukulan yang ayunannya dari belakang badan menuju depan dan bahagian depan raket atau telapak tangan berhadapan dengan bola. Gerakan dimulai dari pergerakan badan menuju arah bola dan telah menentukan tepatnya kawasan bola akan dipukul. Zon yang baik untuk memukul tenis dengan grip continental atau eastern adalah pada daerah di depan badan, di daerah sekitar bawah perut. Kemudian raket diayunkan ke belakang bersamaan dengan rotasi bahu tangan yang tidak memegang raket ke depan. Kaki kiri maju ke depan dan badan tegak lurus terhadap garis baseline atau net untuk melakukan closed stanc. Ketika bola telah masuk pada zon pukulan yang dikehendaki, raket diayunkan ke depan menuju titik kontak antara bola dengan raket. Raket kontak dengan bola tenis dan usahakan bola harus berada pada sweetspot dari raket untuk kesempurnaan dari pukulan tersebut. Setelah terjadi kontak maka melakukan followthrough dengan cara raket tetap diayunkan hingga melintasi badan ke arah kira-kira jam 11.(b) BackhandPukulan dasar kedua dalam bermain tennis. Backhand adalah pukulan yang dilakukan dengan mengayun tangan dari tepi badan menuju depan atau menggunakan bahagian belakang raket untuk memukul bola dan telapak tangan membelakangi bola. Pada zaman sekarang, pukulan ini terdapat dalam dua jenis pukulan iaitu: backhand menggunakan satu tangan dan backhand menggunakan dua tangan. Masing-masing pukulan memiliki kelebihan dan kekurangan. Namun, pukulan backhand dua tangan lebih banyak dipakai oleh pemain pro kerana efektivitinya.Terdapat beberapa kelebihan dalam memakai backhand satu tangan. Pertama, jangkauannya yang panjang sehingga bola-bola yang dapat ditangani dengan lebih mudah. Kedua, lebih mudah untuk melakukan voli berbanding satu tangan dan umumnya pemain yang memiliki backhand satu tangan lebih baik dalam memukul voli daripada pemain yang memiliki backhand dua tangan. Terdapat 2 jenis grip yang biasa digunakan dalam melakukan backhand dua tangan, iaitu eastern dan full-eastern (western) grip. Tahap-tahap gerakan backhand satu tangan adalah:1. Dari posisi bersiap, bergerak ke arah bola datang dan telah menentukan jenis pukulan serta cara gengaman raket yang dipakai. Pukulan backhand satu tangan yang baik adalah agak di depan badan.2. Raket diayunkan ke belakang beserta bahu dan punggung. Stance yang dipakai dalam backhand satu tangan umumnya adalah closed stance dimana posisi badan tegak lurus terhadap net atau garis baseline.3. Raket diayunkan ke depan menuju titik kontak dengan bola dan usahakan kontak berada pada sweetspot dari raket. Ingat, titik kontak sebaiknya berada agak di depan badan dan bukan di samping. Kemudian ayunan diteruskan untuk melakukan tahap followthrough kira-kira ke arah jam 2 badan.Backhand dua tangan ini merupakan yang paling popular digunakan oleh pemain tenis saat ini. Keuntungan dari grip ini adalah ayunannya yang efisien dan tenaga ekstra yang dihasilkannya kerana menggunakan dua tangan. Namun, kekurangannya terutama dalam menghadapi bola-bola yang melebar dikeranakan tumpuan ayunan yang menggunakan 2 bahu. Grip yang dipakai dalam melakukan pukulan ini adalah tangan kanan berada pada ujung gagang raket dengan grip continental dan tangan kiri berada di atasnya dengan grip semi-western. Tahapan untuk melakukan backhand dua tangan adalah:1. Dari posisi bersiap, bergerak ke arah bola datang dan telah menentukan zon pukulan serta grip yang dipakai. Zon pukulan untuk pukulan backhand dua tangan yang baik adalah di samping badan di sekitar daerah pinggang.2. Raket diayunkan ke belakang pada posisi kira-kira sejajar pinggang. Stance yang dipakai dalam backhand dua tangan umumnya closed stance, namun dapat pula dilakukan dengan open stance.3. Raket diayunkan ke depan menuju titik kontak dengan bola dan usahakan kontak berada pada sweetspot dari raket. Dalam ayunan ke depan ini, tangan kiri memegang peran yang dominan sedangkan tangan kanan sebagai penyeimbang dan pengarah bola. Kemudian ayunan diteruskan ke samping badan hingga raket ke arah punggung untuk melakukan tahap followthrough. Pukulan ini menggunakan tangan yang non dominan sebagai utamanya sedangkan tangan dominan sebagai penyeimbang dan pengarah bola. (c) ServisServis merupakan pukulan pembuka permainan. Sebenarnya terdapat beberapa teknik servis. Pertama kali yang harus dilatih adalah koordinasi tangan ketika akan melemparkan bola untuk memulai serve. pemain harus dapat melempar bola (toss) secara konsisten pada satu tempat yang sama. Toss yang baik untuk servis adalah agak di depan kepala dan lemparkan bola lurus ke atas. Ini dapat dilatih dengan menggambarkan lingkaran di lantai dan melakukan toss hingga tempat jatuhnya bola selalu berada pada tempat yang sama. Adapun tahap untuk melakukan servis adalah:1. Berdiri di belakang garis baseline dan pusatkan fikiran untuk mengarahkan bola pada daerah servis lawan. Posisi kaki kiri di depan dan kaki kanan di belakang dengan arah kaki paralel dengan garis baseline. Grip yang dipakai untuk melakukan servis dalam hal ini adalah grip continental.2. Lemparkan bola ke atas kira-kira agak di depan kepala setinggi kurang lebih 20-30 cm. Kunci toss yang baik adalah tangan yang melempar bola harus lurus ke atas sehingga trayek bola pun lurus. Pada saat ini transfer berat badan ke kaki belakang.3. Bola telah melambung dan mula mengayunkan raket ke belakang. Selalu fokuskan mata pada bola dan gunakan tangan yang melempar sebagai patokan dalam memukul bola.4. Pada saat bola sudah sampai pada titik kontaknya, raket diayunkan ke depan. Pada saat ini buang berat badan dari kaki belakang ke kaki depan untuk memberikan tenaga pada pukulan servis.5. Setelah kontak dengan bola lakukan followthrough dan bersiap kembali pada posisi untuk melakukan pukulan berikutnya. (d) VolleyPukulan ini merupakan pukulan yang paling sulit untuk dikuasai khususnya bagi pemula kerana untuk dapat menguasainya memerlukan konsentrasi ekstra dan reaksi yang cepat. Cara melakukan pukulan ini ialah 1. Pegang raket pada grip untuk pukulan voli yaitu kontinental. 2. Rentangkan kaki hingga kira-kira sejajar bahu dan agak ditekuk sehingga berada pada titik keseimbangan yang baik. 3. Gerakanlah badan secara dinamis layaknya seorang penjaga gawang yang akan menghadang bola. Lakukan gerakan menjinjit.4. Posisikan siku di depan badan dan pegang raket ke atas setidaknya berada di atas pergelangan. 5.Tangan yang pasif (tidak memegang raket) berfungsi sebagai penyeimbang, biasakan untuk menempatkannya pada posisi memegang leher raket.6. Saat bola datang, posisikan kepala dan tangan menuju bola layaknya seorang penerjun yang akan loncat dari pesawat. Rasakan bahawa badan menjemput bola dan biasanya kaki mengikuti.7. Cara memukul voli adalah dengan ayunan yang pendek. Bola yang datang dipukul saat berada di depan badan sehingga terjadi perpindahan berat badan ke depan. Anggaplah seperti pukulan jab pada tinju yang memakai ayunan tangan pendek namun menghasilkan momentum yang besar.

Alat dan Gelanggang TenisGelanggang tenis: Permukaan gelanggag adalah rata dan bebas daripada sebarang gangguan. Ia dalam bentuk gelanggang rumput, yang diperbuat daripada kayu, simen ataupun parguay. Ukuran gelanggang ialah 23.77 m (78 kaki) panjang dan 8.23 m (27 kaki) lebar untuk perseorangan dan 10.98 m bagi keseluruhan gelanggang.

Jaring: Jaring untuk permainan tenis dibuat daripada dawai keluli, kapas atau rami yang dipintal dan digantungkan kepada kabel yang tahan karat dan dlitupi dengan pita putih. Bahagian bawah jaring hendaklah menyentuh tanah dan bahagian atasnya mesti 0.91 meter tinggi pada titik tengahnya dan 1.07 meter pada kedua-dua bahagian tiangnya. Jaring hendaklah dipasang tegang semasa permainan.

Raket: Rangka raket terdiri daripada beberapa jenis, iaitu yang diperbuat daripada kayu, keluli, aluminium, plastik dan besi. Berat raket bagi pemain lelaki hendaklah di antara 282.7 g sehingga 396.9 g. Manakala bagi pemain wanita, berat raket adalah di antara 368.0 g sehingga 382.0 g.

Bola: Warna bola tenis biasanya hijau kekuningan. Beratnya adalah di antara 56.7 g sehingga 58.5 g. Saiz diameter bola tenis ini adalah di antara 6.35 cm sehingga 6.65 cm.

Pengiraan Mata Tenis

Dalam satu set ada sekurang-kurangnya enam permainan dan dalam satu permainan sekurang-kurangnya ada empat kali servis. Permainan dimulakan pada kedudukan 0-0, mana-mana pemain yang berjaya memungut mata pertama dikira, 15-0. Mata kedua yang dipungut dikira 30-0 dan mata ketiga dikira 40-0. Mata seterusnya akan menamatkan permainan dan kemenangan kepada pemain tersebut. Sepanjang permainan berlangsung, mata untuk pemain yang melakukan servis dikira dahulu.Bagi memulakan permainan, permulaan adalah ditentukan secara undian iaitu untuk menentukan pemain mana yang memulakan permainan. Pemain (A) yang memulakan servis berdiri dibelakang garisan iaitu di sebelah kanan gelanggang. Manakala pemain lawan (B) pula akan berada di bahagian kanan gelanggangnya. Pemain (A) hendaklah membuat servis dengan memukul bola ke dalam kawasan servis pemain lawan. Jika terkeluar dari kawasan servis, pemain (A) masih berpeluang melakukan servis kedua. Jika gagal servis kedua, mata akan diberikan kepada pemain lawan (B). Selepas membuat servis pertama di sebelah kanan gelanggang, pemain (A) akan membuat servis di sebelah kiri gelanggang untuk mata kedua. Seterusnya kedua-dua pemain akan melakukan servis secara bergilir-gilir sehingga seorang daripadanya mencapai kemenangan.

Ia perlu dijaga dengan baik dan hendaklah sentiasa dalam keadaan kering.