Sejarah Psikologi Sukan Dan Permainan

download Sejarah Psikologi Sukan Dan Permainan

of 16

Transcript of Sejarah Psikologi Sukan Dan Permainan

Disediakan oleh:

MOHD ANUAR BIN MOHAMED@HUSAIN PGSRPJ08

PENGENALANCox (1998) merumuskan bahawa psikologi sukan merupakan satu bidang yang luas dan terbuka sehingga ia memudahkan orang awam dan peminat sukan memberi komen berkaitan psikologi sukan.

SEJARAH PSIKOLOGI SUKANMenurut Williams dan Straub (1993), bidang psikologi sukan mula muncul sebagai satu bidang kajian tersendiri sekitar 25 tahun yang lalu. Kita boleh membandingkan bidang ini dengan bidang sukan yang lain seperti fisiologi, pembelajaran motor dan lain-lain. Bidang psikologi sukan merupakan bidang yang masih baru.

Menurut Robert McGowan apabila ditanya tentang sejarah psikologi sukan oleh Wann (1997), psikologi sukan ini sama tuanya dengan konsep sukan dan pertandingan itu sendiri.

Kenyataan McGowan itu merujuk kepada atlet pertama yang bertanding dalam kejohanan olympik di Greece. Mereka mungkin memahami kepentingan persediaan mental serta persiapan psikologi yang lain bagi menghadapi kejohanan sukan yang terulung ini.

KAJIAN PERTAMA1. Dilakukan oleh Norman Triplett pada tahun 1898 (Davis, Huss dan Backer, 1995). 2. Penghujung abad ke-19, barulah perkaitan antara psikologi dan perlakuan atlet mendapat perhatian para pengkaji.

Dalam kajian tesis sarjana , Triplett mendapati bahawa masa yang dicatatkan oleh pelumba basikal yang berlumba secara individu adalah lebih perlahan daripada masa yang dicatatkan oleh pelumba yang bersaing dengan pelumba yang lain. Ini adalah kesan dari segi fasilitasi sosial.

Untuk memastikan kesahihan kesan fasilitasi sosial ini, Triplett menjalankan kajian yang sama dalam makmal. Beliau meminta kanakkanak yang terlibat dalam kajian mengayuh basikal selaju yang boleh secara bersendirian serta beramai-ramai. Hasilnya sama dengan apa yang beliau dapati dengan pelumba basikal. Triplett merumuskan bahawa pelumba basikal yang bersaing dengan pelumba basikal yang lain mencatatkan masa yang lebih pantas daripada pelumba yang berkayuh secara sendirian disebabkan kesan dari fasilitasi sosial.

PERINGKAT KEDUA:

Pembentukan makmal kajian sukan pertama di Universiti of Illinois, Amerika Syarikat pada tahun 1925 oleh Coleman Robert Griffith.

Griffith sangat berminat mengkaji tentang fenomena psikologi sukan sejak 1910, sehingga beliau diberikan gelaran sebagai Bapa Psikologi Sukan Amerika Syarikat (Cox, 1998).

Kajian yang dilaksanakan oleh Griffith tertumpu kepada tiga bahagian utama iaitu motor, prestasi serta personaliti. Hasil kajian serta idea yang popular tentang psikologi sukan banyak terdapat dalam dua karya utama beliau iaitu The Psycholoogy of Coaching dan The Psychology of Athletics

Penutupan makmal Griffith pada tahun 1932 membantutkan perkembangan psikologi sukan sehingga tahun 1950-an. Mulai dekad tersebut, psikologi sukan mula membebaskan diri dari induknya iaitu bidang pembelajaran motor serta bergerak ke arah menjadi satu bidang pengkhususan yang tersendiri (Landers, 1995)

1.

KEWUJUDAN ERA BARU Pada persidangan pertama Kongres Antarabangsa Psikologi Sukan (1965) Persatuan Psikologi Sukan Antarabangsa (International society of Sport Psychology) yang mana telah menjadi pemangkin kepada penubuhan persatuan psikologi sukan yang lain.

2. Tahun 1967, Persatuan Psikologi Sukan dan Aktiviti Fizikal Amerika Utara yang mewakili pengkaji psikologi sukan. 3. Pada tahun 1985, Persatuan Peningkatan Bidang Psikologi Sukan Gunaan telah ditubuhkan bagi memudahkan pertukaran maklumat antara pengamal psikologi sukan (pendidik serta ahli psikologi sukan klinikal).

DI MALAYSIA1.

Pada awal 1980-an. didedahkan kepada pelajar yang mengikuti kursus dalam bidang pendidikan jasmani di Universiti Putra Malaysia (Universiti Pertanian Malaysia) Penubuhan Majlis Sukan Negara (MSN) Juga adalah bertujuan untuk meningkatkan pencapaian negara dalam bidang sukan telah membantu mempopularkan bidang ini di Malaysia. MSN mewujudkan Unit Psikologi Sukan

2.

SEKIAN, TERIMA KASIH