Sejarah ringkas bekas perdana menteri

12
Sejarah Ringkas Bekas Perdana-Perdana Menteri Malaysia Berikut adalah sejarah ringkas tentang Perdana-Perdana Menteri Malaysia serta jasa-jasa yang telah mereka curahkan sehingga digelar 'Bapa Kemerdekaan', 'Bapa Pembangunan' dan sebagainya. 'BAPA KEMERDEKAAN' Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Febuari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1995, dan Perdana Menteri pertama selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 hingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 adalah salah satu pencapaian terhebatnya.. 1 m/s

Transcript of Sejarah ringkas bekas perdana menteri

Page 1: Sejarah ringkas bekas perdana menteri

Sejarah Ringkas Bekas Perdana-Perdana Menteri Malaysia

Berikut adalah sejarah ringkas tentang Perdana-Perdana Menteri Malaysia serta jasa-jasa yang telah mereka curahkan sehingga digelar 'Bapa Kemerdekaan', 'Bapa Pembangunan' dan sebagainya.

'BAPA KEMERDEKAAN'

Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Febuari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1995, dan Perdana Menteri pertama selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 hingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 adalah salah satu pencapaian terhebatnya.. 

Dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

1 m/s

Page 2: Sejarah ringkas bekas perdana menteri

Sejarah Ringkas Bekas Perdana-Perdana Menteri Malaysia

'BAPA PEMBANGUNAN'

Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein

Allahyaraham Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (11 Mac 1922 - 14 Januari 1976) merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-2. Mula berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976. Beliau masyhur dengan pelancaran Dasar Ekonomi Baru (1971) yang matlamatnya untuk mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman dikalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. 

Selepas kematiannya, beliau telah dikenang sebagai "Bapa Pembangunan".

2 m/s

Page 3: Sejarah ringkas bekas perdana menteri

Sejarah Ringkas Bekas Perdana-Perdana Menteri Malaysia

'BAPA PERPADUAN'

Tun Hussein bin Dato' Onn

Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Febuari 1922 - 29 Mei 1990) merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-3. Berkhidmat dari tahun 1976 hingga 1981, beliau diperlihatkan sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara.

Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".

3 m/s

Page 4: Sejarah ringkas bekas perdana menteri

Sejarah Ringkas Bekas Perdana-Perdana Menteri Malaysia

'BAPA PEMODENAN'

Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 20 Disember 1925; juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det) adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.

Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan dituduh bersifat kronisme.

4 m/s

Page 5: Sejarah ringkas bekas perdana menteri

Beliau juga merupakan seorang tokoh poltik antarabangsa yang suka berterus-terang dan bersifat kontroversi. 

Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. 

Sejarah Ringkas Bekas Perdana-Perdana Menteri Malaysia

'BAPA PEMBANGUNAN MODAL INSAN'

Tun Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi

Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-5, mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad. 

5 m/s

Page 6: Sejarah ringkas bekas perdana menteri

6 m/s

Page 7: Sejarah ringkas bekas perdana menteri

10 Mei 1957

Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

Penggubalan perlembagaan bukanlah satu kerja yang mudah dan memerlukan banyak siri perbincangan dan tolak-ansur antara orang-orang Melayu dengan kaum-kaum Cina dan India. Ini kerana kemerdekaan mutlak yang bakal diperolehi adalah juga kerana persefahaman antara kaum-kaum ini dalam Pilihanraya Persekutuan yang pertama dan kerja keras mereka merundingkan perjanjian kemerdekaan Tanah Melayu.

Sebuah suruhanjaya telah ditubuhkan bagi menggubal perlembagaan yang dikenali sebagai Suruhanjaya Reid. Terdapat pelbagai bantahan dan penerimaan dari pelbagai golongan bagi draf perlembagaan sebelum ianya diluluskan.

Antara perkara penting yang dimasukkan dalam perlembagaan ialah mengenai tuntutan keistimewaan orang-orang Melayu dalam Perkara 153  adalah menepati kehendak Memorandum Perikatan. Disamping ugama Islam dijadikan ugama rasmi negara.

Draf Perlembagaan kemudiannya telah dibincangkan di London dengan kunjungan ini di ketuai oleh Tunku pada 10hb Mei 1957.   Dalam mesyuarat dengan kerajaan British, beberapa

7 m/s

Page 8: Sejarah ringkas bekas perdana menteri

persetujuan telah dicapai. Kertas Putih Kerajaan yang mengandungi pindaan-pindaan ke atas Penyata Reid telah dikeluarkan. Bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai bahasa  kebangsaan.

Yang Dipertuan Agong telah diberi tanggungjawab oleh perlembagaan untuk menjaga kedudukan istimewa orang-orang Melayu serta hak-hak yang halal bagi kaum-kaum yang lain.

Rang undang-undang itu kemudiannya telah dibawa ke Majlis Perundangan Persekutuan pada 10hb Jun 1957 dan diluluskan.

  Menjelang Detik 12 Malam 31.08.1957

Menjelang 30 Ogos, sekitar jalan-jalan bandar Kuala Lumpur dipenuhi dengan pelbagai jenis kenderaan dan orang ramai berpusu-pusu menuju ke Padang Kelab Selangor. Suasana malam penuh meriah diterangi lampu-lampu hiasan di jalan-jalan dan bangunan sekeliling.b Di tengah-tengah padang terdapat tiga tiang bendera yang mengibarkan bendera UMNO di sebelah kanan, bendera Union Jack di tengah dan bendera Perikatan di sebelah kiri. Detik 10 malam, wakil-wakil yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC dari negeri-negeri Tanah Melayu dan Singapura mengambil tempat di sekeliling tiga bahagian padang. Diikuti dengan pembentukan 300 Pemuda Perikatan mengambil tempat di tengah-tengah padang mengadap menara jam.

Tunku Abdul Rahman diiringi masuk pada pukul 11.55 malam bersama 30 ahli-ahli Perikatan bermotorsikal dengan pengiring polis. Tunku disambut oleh Dato’ Abdul Razak Hussein, Encik Saadon Jubir, Tan Cheng Lock dan V.T. Sambantan. Tunku kemudiannya dibawa ke atas pentas mengadap ke tiga-tiga tiang bendera.

8 m/s

Page 9: Sejarah ringkas bekas perdana menteri

Pukul 11.58 semua lampu di padang dan di sekeliling dipadamkan sehingga seluruh kawasan menjadi gelap gelita. Detik 12 tengah malam lampu dipasangkan apabila jam besar berbunyi menandakan bermulanya era Tanah Melayu yang merdeka. Ini diikuti pula dengan laungan  ”Merdeka” oleh orang ramai yang menggegarkan seluruh padang secara spontan.

Bendera Union Jack mula diturunkan dengan diiringi lagu God Save The Queen yang dimainkan buat kali terakhir sebagai menandakan berakhirnya pentadbiran Britih di Tanah Melayu. Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan iringan lagu kebangsaan Negaraku  yang diperdengarkan buat pertama kalinya kepada umum. Setelah bendera berada di puncak tiang, sorakan ”Merdeka” telah dilaungkan oleh Tunku sebanyak tujuh kali. Merdekalah sudah tanahairku.31 Ogos 1957Perisytiharan Kemerdekaan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur

9 m/s

Page 10: Sejarah ringkas bekas perdana menteri

Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan secara rasmi tepat jam 9.30 pagi pada 31hb Ogos 1957. Upacara Pemasyhuran Kemerdekaan ini berlangsung di Stadium Merdeka dengan disaksikan lebih 20,000 orang termasuklah Raja-raja Melayu, tetamu khas dari luar negara, anggota-anggota kabinet kerajaan Persekutuan dan rakyat jelata.

Pada upacara bersejarah itu wakil Queen Elizabeth II, Duke of Gloucester menyerahkan Watikah Perlembagaan kepada Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman yang menandakan berakhirnya naungan British ke atas Tanah Melayu.

Perisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dibaca oleh Tunku dan selepas itu laungan ”MERDEKA” sebanyak tujuh kali.  Upacara ini kemudiannya disusuli dengan seruan azan yang melambangkan sebuah negara Islam dengan agama rasminya telah dilahirkan. Diikuti dengan acara menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu sambil diiringi lagu kebangsaan ”Negaraku”. Sebanyak seratus satu das tembakan meriam dilepaskan menandakan Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi negara yang merdeka dan berdaulat.

Begitulah detik-detik sejarah kemerdekaan Tanah Melayu yang penuh dengan liku-liku dan ranjau yang telah dilalui oleh datuk nenek kita dahulu. Sebagai negerasi penyambung kemerdekaan, kita hari ini sesungguhnya telah mewarisi kemakmuran yang telah dicipta oleh mereka.

10 m/s