Sejarah riwayat hidup sir henry dunant : palang merah dunia
-
Upload
putera-eyone -
Category
Education
-
view
558 -
download
0
description
Transcript of Sejarah riwayat hidup sir henry dunant : palang merah dunia
Sejarah Ringkas
Riwayat Hidup
Sir Jean Henry
Dunant
1.0 PENGENALAN.
1
Palang merah merupakan sebuah pertubuhan kemanusia yang sangat dikenali dan sentiasa
menjadi pilihan. Pada peringkat dunia, pertubhan ini terkenam dan mendapat pengiktirafan
daripada segenap lapisan masyarakat. Mereka menyokong usaha-usaha murni
pergerakkan ini, dengan menjadi ahli, pembantu, kakitangan dan juga penderma.
Pergerakkan Palang Merah ini dikelolakan 3 badan iaitu:
i. Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC).
ii. Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah (IFRC – International
Federation of Red Cross and Red Cresent Societies).
iii. Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah Kebangsaan.
Palang merah ini diasaskan oleh seorang anak ahli perniagaan dan keluaraga yang berpegang
teguh pada ajaran agama.
1.1 SEJARAH PENGASAS PALANG MERAH DUNIA.
Sir John Henry Dunant juga dikenali sebgai Bapa Palang Merah Sedunia. Beliau dilahirkan
pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland. Beliau hidup di dalam sebuah keluarga yang
bapanya seorang ahli perniagaan yang terkenal dan Berjaya pada ketika itu menampakkan
beliau hidup di dalam sebuha keluarga yang dikenali masyarakat. Ibunya pula merupakan
seorang yang alim iaitu patuh kepada ajaran agama serta mementingkan pembentukan budi
perkerti yang baik, mulia dan luhur terhadap keluarga Dunant. Beliau merupakan anak
sulung dan dibesarkan dalam keadaan yang cukup sempurna.
Disebabkan beliau banyak didedahkan dan dibesarkan dengan mementingkan hal ehwal
agama dan kemasyarakatan, beliau banyak melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai
pergerakkan dengan melibatkan dirinya dalam aktiviti-aktiviti amal dan keagamaan. Antara
salah satu pertubuhan yang beliau sertai ialah satu organisasi yang dikenali sebagai
League of Alma yang juga suatu pertubuhan yang wujud di tempat kelahirannya sendiri.
Organisasi ini diwujudkan dengan bertujuan untuk membantu masyarakat dan memberikan
motivasi bagi keselesaan rohani dan jasmani diri masyarakat.
2
Di samping itu, pertubuhan ini juga turut berperanan untuk membantu golongan miskin,
sakit dan mereke yang berada dalam serba kekurangan. Beliau juga turut melibatkna diri
dalam memberikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam pemulihan banduan-
banduan penajara di sekitar Geneva.
Atas dasar minat yang tinggi pada aktiviti kemasyarakatan dan hidup dalam persekitaran
perniagaan serta terlibat dengan masyarakat, beliau juga mengikut jejak langkah bapanya
dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Bagi mendalami selok-belok ilmu
perniagaan pada tahun 1849 beliau bekerja sebagai seorang perantis di sebuah bank di
Gneva. Kesungguhan Dunant dalam bekerja, beliau telah diberikan jawatan sementara
sebagai pengurus besar di cawangan bank itu di Algeria yang lebih dikenali sebagai
Colonies Suisses de Setif. Kemudian beliau berhenti bekerja dari bank itu dan memulakan
perniagaan sendiri. Akhirnya beliau berjaya menempa kejayaan yang cemerlang dalam
bidang perniagaan.
Dunant juga memberikan tumpuan dalam bidang kemasyarakatan di satu pertubhan di
Switzerland, France dan Belgium yang terkenal dikenali sebagai Young Men’s Christian
Union (YMCU). Pada tahun 1853, satu pertubuhan diwujudkan bagi mengabungkan
beberapa pertubuhan kumpulan di Eropah. Walau bagaimanapun, beliau menentang
rancangan itu dan beliau mengemukakan satu cadangan iaitu satu gagasan sedunia
termasuk Young Men’s Christian Association (YMCA) di England patut diwujudkan dan tidak
hanya terhad di Eropah sahaja. Semua ini di desak oleh Dunant dan akhirnya, satu
persidangan oleh YMCA sedunia telah diadakan di Paris pada tahun 1855.
Pada tahun 1959, bulan Jun, semasa Dunant menguruskan perniagaannya di Itali,
beliau telah sampai di Castiglione della Picye pada ketika itu sebuah pertempuran telah
berlaku di Solferino sedang meletus. Dalam peperangan tersebut, beliau mendapati Bandar
kecil itu dipenuhi dengan mayat-mayat yang bergelimpangan dan ramai orang-orang yang
cedera.
Perkhidmatan perubatan tentera yang ada berlaku kekurangan dan kelengkapannya
tidak mencukupi. Setelah mengetahui semua itu, beliau turun memberikan pertolongan dan
sedaya upaya membantu dan menyelamatkan orang yang tercedera semasa pertempuran
tidak mengira tentera ataupun masyarakat tanpa mengira umur mereka.
3
Pengalaman yang diperolehi semasa membantu mangsa-mangsa di pertempuran
Solferino itu telah mengubah minatnya daripada aktif dalam perniagaan kepada
memberikan tumpuan bagi mencari jalan bagaimana untuk menghentikan penderitaan yang
di alami oleh masyarakat di Solferino.
Dengan pengalaman yang diperolehi semasa berhadapan dengan peperangan di
Solferino, beliau telah menghasilkan sebuah buku yang bertajuk, “Kenangan di Solferino”.
Di dalam penulisan beliau di dalam buku ini, beliau banyak mencadangkan agar setiap
negara mempunyai pertubuhan pasukan sukarelawan yang terlatih, agar mereka yang
memasuki pasukan ini mampu untuk menghulurkan bantuan kepada anggota tentera yang
mengalami kecederaan. Hal ini telah membuatkan beliau mengalami kejayaan dalam
bidang kerjaya beliau.
Sir Henry Dunant mengembara ke beberapa beliau berkenaan keperluan dalam
memberikan pertolongan kepada mangsa-mangsa yang cedera semasa peperangan di
terima baik oleh semua golongan pada ketika itu. Semua usaha ini adalah merupakan satu
pengalaman yang berharga kepada Dunant yang muncul sebagai seorang insan yang
dikagumi.
Pada tahun 1863 hingga 1864, kegemilangan dalam bidang kerjaya Sir Henry Dunant
telah berkurang. Hal ini kerana masyarakat pada ketika itu, memberi sokongan kepada
sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan. Pada tahun selepasnya, penglibatan Sir Henry
Dunant merosot walaupun beliau adalah orang yang bertanggungjawab dalam
mengilhamkan pergerakkan mulia ini dan akhirnya tempat beliau telah diambil alih oleh
seorang yang lebih layak pada ketika itu.
Pada masa yang sama, disebabkan Sir Henry Dunant yang terlampau mengaktifkan
dirinya dalam bidang dan aktiviti kemasyaratan yang diminati sejak dari remaja telah
menyebabkan perniagaannya tidak di ambil peduli dan kian merosot. Akhirnya, untuk
menyelesaikan masalah hutang yang ditanggung, beliau terpaksa menyerahkan segala
hartanya dan beliau keluar meninggalkan daerah Geneva pada usia 39 tahun.
4
20 tahun selepas meninggalkan Geneva, kehidupan Sir Henry Dunant masih tidak
berubah dengan hidup dalam kemiskinan dan kesengsaraan. Beliau terpaksa hidup dengan
bergantung hidup daripada belas kasihan sahabat-sahabatnya dan elaun-elaun kecil
peninggalan keluarga yang msih ada.
Namun begitu, beliau masih memunculkan diri di beberapa tempat awam seperti di
Perancis, German, Itali dan England kerana beliau diberikan penghormatan atas dasar
sumbangan beliau terhadap penubuhan Palang Merah dan juga daripada penglibatan-
penglibatan lain yang berkaitan dengan beliau ketika beliau masih disokong.
1.2 KEHIDUPAN SIR HENRY DUNANT KETIKA LANJUT USIA.
Pada tahun 1887, iaitu pada berusia 59 tahun, beliau tinggal di sebuah bandar kecil yang
bernama Heidden di Switzerland. Disebabkan pelbagai rintangan dan kesengsaraan yang
dihadapi sepanjang hidupnya, beliau kelihatan seperti sudah tua dan uzur. Namun begitu,
penduduk-penduduk di bandar Heidden tetap mengenalinya dan di sini beliau di jaga, sentiasa
di damping dan sentiasa diberikan penghormatan.
Walaupun beliau kelihatan uzur, beliau juga masih menaruh minatnya terhadap
mengetahui setiap perkembangan dalam pergerakan yang beliau tubuhkan dahulu. Beliau juga
turut dihubungi oleh rakan-rakan lama yang mengetahui beliau masih hidup lagi.
Pada tahun 1892, akibat daripada gangguan kesihatan dan atas dasar faktor usia yang
lanjut, telah memaksa beliau untuk dimasukkan ke dalam hospital dan di sinilah beliau tinggal
selama 18 tahun berikutnya.
5
1.3 ANUGERAH.
Pada tahun 1895, seorang wartawan yang sedang dalam ekspedisi di pergunungan berdekatan
bandar Heidden, telah mendapat berita bahawa Sir Henry Dunant berada di sekitar kawasan
ekspedisi dan wartawan tersebut memohon agar mendapat menemuramah beliau. Selang
beberapa hari selepas berita keberadaan Sir Henry Dunant, dunia kini tahu akan beliau dan
mengetahui bahawa beliau masih hidup dan tinggal dalam keadaan daif dan sengsara
walaupun beliau seorang yang telah membuat sumbangan yang sangat besar kepada dunia
terutamanya dalam bidang kemasyarakatan dengan tertubuhnya Palang Merah pada suatu
ketika dahulu yang memperjuangkan kebajikan mangsa-mangsa yang tercedera semasa
perang.
Dengan pendedahan yang dibuat oleh wartawan tersebut, tawaran untuk membantu
beliau datang tidak berhenti-henti. Namun, Sir Henry Dunant tetap tenang pada usia tuanya.
Dia tidak minta dibantu kerana pertolongan daripada masyarakat sekeliling dan termasuk
daripada pihak hospital adalah memadai. Hal ini kerana beliau menghargai segala pujian yang
dihulurkan kepadanya.
Jawatankuasa Nobel telah menganugerahkan beliau dengan Hadiah Keamanan ( Peace
Prize) yang pertama. hadiah ini turut dikongsi bersama dengan seorang lagi iaitu, Frederic
Passy, iaitu seorang warganegara Perancis pada tahun 1901. Namun begitu, Sir Henry Dunant
tidak dapat datang untuk mengambil hadiahnya di Christiana keran keadaan kesihatannya yang
tidak mengizinkan beliau bergerak banyak. Disebabkan itu, hadiah anugerah yang dikurniakan
itu telah dihantar terus kepada beliau di Heidden, Swtrzerland.
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah dari Geneva pula telah menghantar
perutusan kepada beliau dengan menyatakan bahawa…
“ Tidak ada insan lain yang patut diberikan penghormatan ini. Ini
kerana 40 tahun yang lalu anda adalah orang yang menubuhkan
pertubuhan antarabangsa bagi membantu mereka yang luka di
pertempuran. Tanpa anda, Palang Merah, pencapaian
kemanusiaan yang luhur pada kurun ke-19 ini tidak mungkin
wujud.”
6
Pada 30 Oktober 1910, Sir Henry Dunant yang semasa muda dikenali sebagai ‘Pemuda
Berpakaian Putih’ dan ‘Bapa Palang Merah Sedunia’ telah menghembuskan nafasnya yang
terakhir di Heidden, Switzerland. Di situ, beliau bersama semua masyarakat menikmati
ketenangan dan kehidupan yang selesa, aman, dan tenteram bertambah tenang dengan
kehidupan masyarakat di situ yang berada disekitar kawasan pergunungan.
7
1.4 KRONOLOGI RINGKAS RIWAYAT HIDUP SIR JEAN HENRY DUNANT.
TAHUN PERKARA
1828 Beliau dilahirkan di Geneva, Rue Verdaine.
1855 Beliau memulakan aktiviti perniagaan di Algeria.
1858 Beliau membantu menubuhkan Perikatan Sedunia, Young Men’s Christian
Association (YMCA)
25 Jun 1859 Beliau berada di medan perang di Solferino dan berusaha bagi membaiki
penjagaan dan perhatian perubatan untuk mangsa dalam perang Austria dengan
perikatan Tentera Perancis.
1862 Beliau Berjaya menerbitkan buku kenangan semasa keberadaan di Solferino.
9 Feb 1863 ‘Genevese Society of Public Utility, bersetuju untuk mepraktikkan ideanya.
September
atau
Oktober
1863
Beliau mengembara ke Eropah Tengah dan mendapati beberpaa orang Raja,
Raja Muda dan pemimpin tentera menaruh minat dengan idea dan projeknya
berkenaan dengan kebajikan mangsa tentera yang tercedera di berikan
perhatian dan kebajikan.
26 – 29 Okt
1963
Persidangan Antarabangsa di Geneva di mana Pertubuhan Palang Merah
ditubuhkan.
1864 Konvensyen Geneva Pertama 22 Ogos telah Berjaya ditandatangani.
1871 Beliau berada di Paris semasa dalam kepungan dan kemudiannya mengembara
ke seluruh negara Jerman, England dan juga Perancis.
1892 Beliau dimasukkan ke dalam hospital di Heidden, Switzerland.
Dis 1901 Beliau menerima anugerah Nobel, Hadia Keamanan yang pertama.
30 Okt 1910 Beliau telah meninggal dunia di Heidden pada usia 82 tahun.
8
LAMPIRAN
Foto 1 : Lambang pertubuhan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC).
Foto 2 : Lambang pertubuhan Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah (IFRC –
International Federation of Red Cross and Red Cresent Societies).
Foto 3 : Wajah Sir John Henry Dunant ketika muda dan tua.
9
Foto 3 : Perutusan Palang Merah dari Łódź, Poland, pada tahun 1940. (Asli)
10
Foto 4 : Buku penulisan Henry Dunant “A Memory of Solferino”.
Foto 5 : Bangunan Pusat Palang Merah di Geneva.
11
Foto 5 : Hospital di Heiden yang kini dijadikan sebagai Muzium Henry Dunant.
12