Sejarah Tennis
Click here to load reader
Transcript of Sejarah Tennis
Sejarah Tennis
Terdapat beberapa pendapat yang mempercayai bahawa permainan Tenis telah
dimainkan pada zaman Mesir purba, Greek dan Rom. Walaubagaimanapun, permainan
Tenis pada masa itu dimainkan dalam pelbagai versi yang berbeza. Tidak ada bukti
kukuh yang menyokong pendapat ini, tetapi terdapat beberapa perkataan Arab dari
zaman Mesir Purba dikaitkan dengan permainan ini. Terdapat teori yang mengatakan
bahaa perkataan ‘Tenis’ berasal dari nama sebuah bandar berhampiran sungai Nil, iaitu
bandar Tinnis. Perkataan ‘raket’ pula dikatakan berevolusi daripada perkataan Arab
‘rahat’ yang bermaksud tapak tangan.
Kekurangan bukti ini menyebabkan ramai sejarawan beralih kepada teori yang
mengatakan bahawa permainan Tenis ini berasal daripada Perancis. Tenis dikatakan
berasal daripada satu permainan yang dimainkan oleh biarawan di Perancis pada abad
ke 12. Permainan ini dinamakan ‘Paume’ yang membawa maksud tapak tangan dan
seterusnya berevolusi menjadi ‘Jeu de Paumme’ ( pemainan tangan).Para biarawan ini
bermain permainan tersebut dengan cara memukul bola ke arah dinding biara mereka
dengan menggunakan tangan kasar. Mereka juga memainkanya dalam gelanggang di
halaman biara dengan satu tali digantung di tengah-tengah gelanggang.
Permainan ini menjadi semakin popular. Kawasan permainan di halaman dinaik taraf
menjadi gelanggang tertutup, dengan bola masih dimainkan dengan memukul ke
dinding. Bermain menggunakan tangan kasar didapati menyakitkan dan tidak selesa.
Para pemain mula menggunakan sarung tangan. Bola yang digunakan pada masa
tersebut dibuat sama ada dari segumpal rambut, kapas atau gabus yang dibalut dengan
tali dan kain atau kulit.
Golongan bangsawan seterusnya mula mempelajari permainan Tenis daripada para
biarawan. Pada abad ke 13, dikatakan sebanyak 1800 buah gelanggang tertutup telah
dibina di Perancis. Pope dan Raja Louis VI Cuba untuk menyekat populariti permainan
ini namun gagal untuk melakukanya. Permainan ini seterusnya berkembang ke
England, yang mana Raja Hendry VII dan Hendry VIII turut mempunyai peranan
mengembangkan permainan itu.
Raket bertali pula diperkenalkan kali pertama pada abad ke 15 oleh Antonio da Scalo,
seorang paderi berbangsa Itali. Beliau menulis undang-undang umum bagi semua
permainan yang menggunakan bola termasuk tenis. Majalah Inggeris Sporting
Magazine menamakan permainan ini sebagai tenis padang. Dalam buku Book of
Games And Sports yang diterbitkan dalam tahun 1801 menyebut sebagai tenis
panjang.. Raket pada masa itu diperbuat daripada kayu halus dan usus kambing.
Walaupun begitu, bola yang digunakan masih dibuat daripada gabus. Hanya pada
tahun 1850, apabila Charles Goodyear menjumpai formula untuk mencipta getah
tervulkan, barulah bola getah diperkenalkan. Permainan di gelanggang luar mula
diperkenalkan selepas itu. Pemainan di luar gelanggang ini berbeza dengan permainan
yang sebelumnya, maka satu set peraturan baru diperkenalkan.
Harry Gem dan rakannya, Augurio Perera membangunkan sebuah permainan yang
menggabungkan elemen raket dan bola, Pelota, yang mereka mainkan di gelanggang
Croquet milik Perera di Birmingham, United Kingdom. Pada tahun 1872, Augurio
Perera, Harry Gem, Dr. Frederick Haynes dan Dr. Arthur Tompkins menubuhkan kelab
Tenis yang pertama di dunia iaitu Kelab Leamington di Perancis.
Menjelang tahun 1873, Major Walter C. Wingfield mematenkan satu permainan yang
mirip dengan Pelota,iaitu sphairistike yang kemudiannya dikenali dengan nama ‘Sticky’.
Menurut sesetengah pengkaji sejarah Tenis, permainan inilah yang menjadi asas untuk
permainan Tenis moden, yang mana perkataan dan istilah-istilah bahasa Perancis
digunakan dalam permainan Tenis. Gelanggang asal Wingfield berbentuk jam pasir,
sempit di bahagian net, dan lebih pendek dari gelanggang moden. Peraturan awal yang
dibuat oleh beliau menjadi sasaran kritikan yang cukup besar, dan ia disemak semula
pada tahun 1875, tetapi beliau menyerahkan pembangunan permainan ini kepada pihak
lain selepas itu. Permainan Tenis telah pertama kali dimainkan di Amerika Syarikat oleh
Dr. James Dwight dan F. R. Sears pada tahun 1974.
Sementara itu, All England Croquet Club pula telah ditubuhkan pada tahun 1868. Pada
tahun 1869, All England Croquet Club, tidak berjaya menarik banyak peminat dan
memasukan tenis sebagai aktiviti lain mereka untuk menarik minat orang ramai.
Hasilnya, mereka ini sangat berjaya menarik peminat terutama pada permainan Tenis,
sehingga pada tahun 1877, mereka menamakan kelab mereka sebagai ‘All Engand
Croquet and Lawn Tennis Club’.
Kejohanan Tenis Gelanggang Rumput pertama bermula tahun 1877. Seramai 21 orang
pemain telah mengambil bahagian. Spencer William Gore telah muncul sebagai juara.
Kini kejohanan itu dikenali sebagai Kejohanan Wimbledon. Pada Tahun 1978, servis
‘overhead’ diperkenalkan. Kemudian pada tahun 1900, Piala Davis mula diperkenalkan.
Piala ini merupakan pertandingan untuk pasukan lelaki antara negara-negara yang
mengambil bahagian. Piala untuk wanita kemudiannya ditubuhkan pada tahu 1963, iaitu
Piala Fed, sempena memperingati ulang tahun ke 50 penubuhan Persekutuan Tenis
Antarabangsa (ILTF). International Lawn Tenis Federation (ILTF) ditubuhkan pada
tahun 1913. Pertubuhan ini seterusnya menukar namanya kepada International Tenis
Federation pada tahun 1977. Kejohanan pertama Tenis Profesional berlansung pada
tahun 1926 di Madison Square, New York.