SEJARAH TINGKATAN 2 BAB 7 PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA : RENTAP
-
Upload
sahfirah-firah -
Category
Internet
-
view
817 -
download
3
description
Transcript of SEJARAH TINGKATAN 2 BAB 7 PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA : RENTAP
SEJARAH TINGKATAN 2
BAB 7 : PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN
KEDAULATAN BANGSA
7.3 RENTAP WIRA SARAWAK : AGI
HIDUP , AGI NGELABAN
Muka
surat 169
FAKTOR - FAKTOR PENENTANGAN
1. “Agi Hidup , Agi Ngelaban” merupakan slogan yang digunakan oleh masyarakat Iban untuk mempertahankan maruah mereka.
2. Rentap merupakan seorang pahlawan Iban yang bangkit menentang penjajah British di Sarawak.
3. Rentap dilahirkan pada tahun 1800.
Rentap
Nama asalnya ialah Libau
yang bermaksud
“penggoncang ribut”
Digelar sebagai Raja
Darat
Pemimpin orang Iban di
Sungai Skrang dan
Sungai Saribas
4. Rentap menentang hebat pentadbiran keluarga Brooke kerana :
a. Keluarga Brooke menganggap masyarakat Iban di Sungai Skrang sebagai lanun
b. James Brooke membina kubu di Nanga Skrang untuk mengawasi pergerakan orang Iban
c. James Brooke telah menghapuskan tempat tinggal orang Iban di Sungai Skrang
PERISTIWA PENENTANGAN
1. Pada tahun 1853 , kubu James Brooke di Nanga Skrang telah diserang oleh Rentap.
2. Pasukan Rentap berjaya mengalahkan tentera James Brooke.
3. Seorang pegawai Brooke bernama Allan Lee terbunuh dalam pertempuran.
4. Kejayaan ini menjulang nama Rentap dalam kalangan orang Iban.
5. Pada tahun 1854 , James Brooke menyerang dan menawan kubu Rentap di Sungai Lang.
6. Ketika menyerang kubu Rentap , James Brooke turut membakar perkampungan Rentap.
7. Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok dan mendirikan kubu di sana.
8. Penduduk Iban memberikan sokongan padu kepada Rentap dan menggelarnya “Raja Ulu”.
9. Pada tahun 1857 , James Brooke melantik Tuan Muda Charles Brooke untuk menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok.
KEGAGALAN CHARLES BROOKE MENAWAN KUBU RENTAP PADA TAHUN 1857
Tuan Muda Charles Brooke
Gagal
Sebab kegagalan : Kubu Rentap
kukuh
Mendapat bantuan
daripada : 3 000 orang Iban dan 500
orang Melayu
Menyerang kubu Rentap
10. Pada tahun 1858 , Charles Brooke mengetuai pasukannya untuk menyerang Bukit Sadok.
11. Serangan tersebut masih gagal menewaskan Rentap.
12. Hal ini kerana Rentap mempunyai semangat perjuangan yang tinggi.
13. Semangat Rentap dapat dibuktikan melalui kata – kata beliau iaitu :
“Bawalah semua meriam kamu dari Eropah , kami tidak takut kepada
kamu orang Eropah.”
PERISTIWA SERANGAN TERAKHIR JAMES BROOKE TERHADAP RENTAP
TAHUN PERISTIWA KESAN
1863 a. James Brooke memimpin sendiri pasukannya menyerang Rentap di Bukit Sadok.
b. Pertempuran berlaku selama satu bulan.
c. James Brooke telah membakar kubu serta rumah pengikut Rentap.
a. Rentap dapat ditewaskan.
b. Rentap berundur ke Entabai untuk mengatur serangan baru.
c. Rentap meninggal dunia sebelum dapat meneruskan penentangan.
14. Perjuangan Rentap dan pengikutnya membuktikan mereka bukannya lanun tetapi merupakan pejuang bangsa.
15. Kehebatan kebangkitan Rentap telah diabadikan pada Batu Peringatan Rentap.
KRONOLOGI PENENTANGAN RENTAP TERHADAP PEMERINTAHAN JAMES BROOKE
1863
1858
1857
1854
TAMBAHAN
1853
James Brooke menewaskan Rentap
Rentap menewaskan Charles Brooke sekali lagi
Rentap berjaya menewaskan Tuan Muda Charles Brooke
James Brooke menawan kubu Rentap
Rentap menyerang kubu James Brooke
Soalan
1. Maklumat di atas menunjukkan peristiwa di Sarawak pada tahun 1853.
- Apakah kesan peristiwa tersebut ?
A Penentangan Rentap berakhir
B Penyokong Rentap meningkat
C Penyerahan Sarawak kepada kerajaan British
D Pelantikan Rentap dalam pentadbiran Brooke
Jawapan : B
Seorang pegawai Brooke yang bernama Allan Lee telah dibunuh oleh Rentap di
Nanga Skrang
2. Senarai berikut menunjukkan kawasan petempatan utama di Sarawak.
- Mengapakah Rentap dihormati oleh penduduk di kawasan tersebut ?
A Merupakan pembesar yang kaya
B Mengalahkan James Brooke
C Menjadi pahlawan gagah perkasa
D Memperjuangkan kepentingan orang Iban
Jawapan : D
Sungai SaribasSungai Skrang
Jawab semua soalan dengan tepat dan betul.
1. Mengapakah Rentap menentang pemerintahan keluarga Brooke di Sarawak ?
: Rentap menentang pemerintahan keluarga Brooke di Sarawak kerana Brooke mengganggap orang Iban sebagai lanun dan menghapuskan petempatan orang Iban di Sungai Skrang.
2. Apakah peristiwa yang telah menaikkan nama Rentap dalam kalangan orang Iban ?
: Peristiwa yang telah menaikkan nama Rentap dalam kalangan orang Iban ialah Rentap dan pengikutnya berjaya menewaskan kubu James Brooke di Nanga Skrang.
SEKIANTERIMA KASIH