Sej&PeraturanLT

14
Catatan terawal tentang lompat tinggi ialah pada abad ke-19 apabila suatu pertandingan diadakan bagi menentukan siapa antara segolongan professional di England yang mampu melompat paling tinggi. Lompat tinggi telah dipertandingkan di Sukan Olimpik sebagai acara individu dan termasuk sekali dalam acara Lelaki Decathlon dan Perempuan Heptathlon. Dimulakan seawal Olimpik pada zaman Greece, rekod pertama acara Lompat Tinggi dicatatkan di Scotland dengan pencapaian melebihi 1.68 m oleh peserta pada masa itu. Lompatan yang dibuat oleh peserta itu merupakan yang paling tinggi bukan sahaja dibandingkan di kalangan peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan itu. Malah ketika itu, belum pernah ada orang lain yang melompat setinggi itu. Namun begitu orang yang pertama berjaya melepasi paras 7 kaki dalam dunia ialah Charles Dumas dari Amerika dalam Kejohanan Olimpik 1956 dengan lompatan setinggi 7 kaki 0.3 inci. Perkembangan domestik acara lompat tinggi ini menyaksikan negara telah melahirkan beberapa atlit lompat tinggi yang berwibawa bukan sahaja di peringkat negara namun juga di peringkat Asia. Nama- nama seperti Ramjit Singh, Lou Chee Peng, Lee Kum Zee dan Nor Aishah Ismail cukup sinonim SEJARAH LOMPAT TINGGI

description

sejarah dan p

Transcript of Sej&PeraturanLT

SEJARAH LOMPAT TINGGI

Catatan terawal tentang lompat tinggi ialah pada abad ke-19 apabila suatu pertandingan diadakan bagi menentukan siapa antara segolongan professional di England yang mampu melompat paling tinggi.

Lompat tinggi telah dipertandingkan di Sukan Olimpik sebagai acara individu dan termasuk sekali dalam acara Lelaki Decathlon dan Perempuan Heptathlon. Dimulakan seawal Olimpik pada zaman Greece, rekod pertama acara Lompat Tinggi dicatatkan di Scotland dengan pencapaian melebihi 1.68 m oleh peserta pada masa itu. Lompatan yang dibuat oleh peserta itu merupakan yang paling tinggi bukan sahaja dibandingkan di kalangan peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan itu. Malah ketika itu, belum pernah ada orang lain yang melompat setinggi itu. Namun begitu orang yang pertama berjaya melepasi paras 7 kaki dalam dunia ialah Charles Dumas dari Amerika dalam Kejohanan Olimpik 1956 dengan lompatan setinggi 7 kaki 0.3 inci.

Perkembangan domestik acara lompat tinggi ini menyaksikan negara telah melahirkan beberapa atlit lompat tinggi yang berwibawa bukan sahaja di peringkat negara namun juga di peringkat Asia. Nama- nama seperti Ramjit Singh, Lou Chee Peng, Lee Kum Zee dan Nor Aishah Ismail cukup sinonim

LEE HUP WEIdengan acara sukan ini. Lee Hup Wei merupakan pemegang rekod lompat tinggi kebangsaan dengan catatan 2.27 meter ketika Kejohanan Asian Grand Prox di Chennai India.

Kini lompat tinggi merupakan salah satu acara bahagian padang dalam sukan olahraga yang terus dijadikan acara dalam setiap perjumpaan olahraga di pelbagai peringkat.

PERALATAN DAN UKURAN

Dalam acara lompat tinggi ini memerlukan kawasan dan peralatan khusus untuk membolehkan lompatan diadakan sebagai salah satu acara olahraga. Penganjur sesuatu kejohanan olahraga hendaklah memastikan semua ini disediakan sebelum pertandingan dimulakan. Antara peralatan-peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut :

1.Tiang Lompat Tinggi.

Dua batang tiang diperlukan dan tiang-tiang ini tidak boleh diubah-ubah semasa pertandingan sedang dijalankan. Jika perlu diubah umpamanya kedudukan, hendaklah dilakukan selepas tamat satu pusingan yang melibatkan semua peserta. Kedua-dua tiang ini hendaklah mempunyai alat bantuan khusus bagi membolehkan tiang ditegakkan tanpa mudah dijatuhkan. Ukuran: Tiang Lompat Tinggi ini hendaklah dijarakkan pada jarak minimum 4 meter atau maksimum 4.04 meter dari bahagian dalam.

2.Palang Lompat Tinggi.

Palang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu, logam ataupun bahan yang sesuai dengan berbentuk bulat atau segitiga. Panjang palang hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Palang ini akan diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. Sokongan ini hendaklah mudah dinaikkan atau diturunkan pada tiang.Ukuran: Panjang palang lompat tinggi ini hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Berat maksimum palang ini ialah 2 kg. Palang ini diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. Alat sokongan ini hendaklah berbentuk segi empat rata dan berukuran 4 cm lebar dan 6 cm panjang.

3.Kawsan Mendarat

Pada peringkat awal acara lompat tinggi dijalankan, pihak penganjur kurang memberi perhatian kepada kawasan mendarat. Lama kelamaan dengan adanya beberapa teknik lompatan dan pendaratan tertentu, adalah perlu disediakan tempat pendaratan yang sewajarnya. Sebelum beberapa teknik atau gaya lompatan diperkenalkan, kawasan pendaratan hanya terdiri daripada satu kawasan khas yang diisikan dengan pasir lembut yang lembap. Kini, kawasan mendarat bagi acara lompat tinggi ini digunakan tilam atau pengalas lembut bergetah dan hendaklah berbentuk segi empat. Tilam atau pengalas lembut ini hendaklah ditempatkan betul-betul selepas kedua-dua tiang lompat tinggi. Tilam berspring atau bergetah boleh digunakan asalkan sesuai untuk pendaratan peserta.Ukuran: Kawasan mendarat dalam acara lompat tinggi ini adalah tilam atau pengalas lembut bergetah dan berbentuk segiempat dengan saiz 5 meter panjang dan 4 meter lebar dan 1 meter tebal.

4.Pita Pengukur

Pita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan yang berjaya dilakukan oleh setiap peserta. Ukuran hanya dibuat sekali sebelum lompatan dimulakan selepas palang dinaikkan. Kini, dalam acara lompat tinggi alat pengukur elektronik digunakan bagi menjadikan proses pengukuran dapat dilakukan dengan cepat dan tepat.Ukuran: Pita pengukur digunakan untuk mengukur ketinggian lompatan yang dilakukan oleh peserta. Pengukuran ketinggian hendaklah dibuat sebelum acara lompatan. Pegawai pertandingan terlebih dahulu akan memulakan acara ini pada suatu ketinggian tertentu mengikut keupayaan para peserta dan ketinggian lompatan akan diukur daripada bahagian tengah palang ke aras tanah.

PERATURAN-PERATURAN DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI

Lompat tinggi mempunyai undangundang dan peraturan yang khusus yang telah ditetapkan sama oleh IAAF seperti acara padang yang lain dan harus dipatuhi oleh semua peserta dan pegawai yang terlibat dalam acara ini.

1. PertandinganGiliran peserta-peserta membuat percubaan akan dijalankan dengan undian.

2. Sebelum pertandingan bermula, hakim-hakim akan mengumumkan kepada peserta-peserta ketinggian lompatan permulaan dan juga ketinggian yang akan dinaikkan setiap kali berakhirnya satu-satu pusingan sehingga hanya seorang pemenang sahaja yang tinggal, atau terdapat keadaan seri bagi tempat pertama.

3. Palang tidak boleh dinaikan kurang daripada 2CM, bagi setiap pusingan.

4. Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki.

5. Sebaik sahaja pertandingan dimulakan, para peserta tidak dibenarkan menggunakan landas lari ataupun kawasan melonjak untuk latihan.

6. Seorang peserta gagal jika:a) Setelah melompat, palang tidak berada di atas cagak-cagak pengalasnya kerana aksi peserta tersebut ketika melompat.b) Menyentuh bumi terrmasuk kawasan mendarat di belakang kedua-dua tiang tersebut dengan sebrang bahagian badannya tanpa melompat melepasi palang tersebut. Walau bagaimanapun jika ketika melompat peserta itu menyentuh kawasan mendarat dengan kakinya dan pada hemat hakim, tidaklah menjadi satu sebab untuk dianggap sebagai gagal.

7. Seorang peserta boleh mula melompat setinggi mana yang disukainya keatas ketinggian permulaan dan boleh melompat sesuka hatinya di paras-paras tinggi yang berikutnya. Tiga kali kegagalan berturut-turut tidak kira di mana sahaja kegaglan itu berlaku, akan menyingkirkan peserta tersebut dari membuat lompatan lagi, melainkan dalam keadaan seri di tempat pertama. Tujuan peraturan ini adalah untuk membolehkan seseorang peserta bertindak menolak giliran melompat kedua dan ketiga pada ketinggian tertentu ( setelah gagal lompatan pertama atau kedua ) masih boleh melompat pada ketinggian berikut. Jika seseorang peserta tidak melompat di sesuatu ketinggian, ianya tidak lagi boleh melompat pada ketinggian itu, melainkan jika terdapat seri.

8. Sebatang pengukur ketinggian yang baru hendaklah dibuat sebelum para peserta melompat pada ketinggian tersebut. Di dalam hal pemecahan rekod-rekod, hakim-hakim mestilah memeriksa ukuran ketinggian palang yang diletakkan pada ketinggian rekod mestilah mengukur sekali sebelum percubaan pemecahan rekod seterusnya sekiranya palang itu disentuhi.

9. Hakim-hakim hendaklah memastikan sebelum memulakan pertandingan bahawa muka depan dan bawah kayu palang dapat dikenali dan kayu palang itu hendaklah sentiasa diletakkan dengan muka yang sama ke atas dan ke hadapan.

10. Walaupun sesudah semua peserta gagal, kecuali seorang masih melompat, maka ia tidak layak lagi meneruskan pertandingan. Ketinggian seterusnya adalah ditetapkan oleh peserta-peserta tersebut setelah berbincang dengan hakim atau referi berkenaan.

11. Lompatan yang terbaik dari semua lompatan diambil dalam keadaan seri untuk tempat pertama.

12. Lompatan yang terbaik dari semua lompatan bagi tiap-tiap peserta akan dikira termasuk lompatan yang diambil dalam keadaan seri untuk tempat pertama.

Landas Lari Dan Kawasan Melompat

1. Landasan di tapak tempat melonjak hendaklah rata. Jika tikar digunakan semua. Rujukan dalam peraturan mengenai rata balapan atau kawasan melompat hendaklah rata dengan permukaan tikar.

2. Penanda: seseorang peserta boleh menggunakan satu atau dua penanda ( yang disahkan atau disediakan oleh Pihak Jawatankuasa Pengelola ) bagi membantu di dalam larian dan lompatannya. Sekiranya penanda seperti itu tidak disahkan, peserta itu boleh menggunakan pita pelekat tetapi bukan kapur atau sebarang bahan seperti itu, ataupun sebarang benda yang boleh meninggalkan kesan yang kekal.

Alat-alat

1. Sebarang jenis tiang boleh digunakan kejor atau tegar. Cagak-cagk hendaklah dipasang dengan kemas kepada tiang-tiang. Tingginya tiang-tiang ini mestilah melebihi maksimum ketinggian ke mana kayu palang boleh dinaikkan dengan sekurang-kurangnya 10 mm. Jarak diantara tiang-tiang tidak boleh kurang daripada 4.00 meter dan tidak lebih daripada 4.04 meter.

2. Tiang-tiang tidak boleh dianjakkan sewaktu pertandingan dijalankan, melainkan padaa pendapat referi bhawa tempat melonjak atau kawasan mendarat tidak lagi sesuai digunakan. Dalam keadaan seperti ini, perubahan hanya dilakukan setelah sesuatu pusingan diselesaikan.

3. Kayu palang hendaklah diperbuat daripada bahan seperti fiber glass, logam atau lain-lain bahan yang sesuai, berbentuk bulat pada keratan rentasnya kecuali di kedua-dua hujungnya. Panjang keseluruhan palang tersebut ialah 4.00m ( lebih kurang 2cm ). Berat maksimumnya ialah 2kg. Garis bahagian bulatnya ialah 30 mm. Palang tersebut hendaklah mengandungi tiga bahagian-bahagian berbentuk bulat panjang dan dua bahagian hujung, setiap satu berukuran lebar 3035 mm dan panjang 1520 cm bagi tujuan diletakkan di atas cagak tiang. Hujung palang hendaklah licin dan kukuh. Hujung palang tidak boleh disalut dengan getah atau dengan apa juga bahan lain yang akan mengakibatkan lebih pergeseran di antara hujung palang dan cagak. Palang ini tidak boleh menyentuh apabila diletakkan di atas tempatnya. Lenteruan yang dibolehkan ialah paling maksimum 2cm. Pengawasan, gantungkan timbangan seberat 3kg di tengah-tengah palang ketika berada di tempatnya. Kemungkinan ianya akan menyentuh 7 cm maksimum.

Fasa Lompat Tinggi

Semua gaya lompatan boleh dibahagikan kepada empat fasa pergerakan:

a) Penujuan: larian menghala ke palangb) Lonjakan: tindakan kaki untuk menaikkan badanc) Layangan: gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang.d) Pendaratan: sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat.

Gaya Lompat Tinggi

Terdapat lima gaya lompat tinggi iaitu : Gaya gunting Gaya pelana Gaya guling Gaya timur Gaya Fosbury Flop

Gaya Fosbury Flop

Gaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada tahun 1968. Beliau telah memperkenalkan satu teknik baru dalam bidang lompat tinggi di mana pelepasan palang dibuat dengan bahagian belakang (bahu) dahulu dan pendaratan dibuat di belakang badan hampir sama dengan bahagian tengkuk.Gaya ini sungguh popular pada masa kini dan tidak ada sebab mengapa murid-murid tidak diberi peluang untuk mempelajarinya. Untuk tujuan keselamatan, guru mesti memastikan bahawa tilam pendaratan yang mencukupi digunakan semasa pelajaran atau latihan.

a) PenujuanBiasanya pelompat mengambil tujuh hingga sembilan langkah larian di mana tiga langkah terakhir itu adalah dalam bentuk melengkung. Larian melengkung inilah yang menyediakan pelompat melepasi palang dengan bahagian belakangnya dahulu. Cara menentukan penujuan bagi gaya Fosbury Flop ditunjukkan dalam rajah di bawah.

b) LonjakanIni adalah tindakan yang meledak. Sebaik sahaja pelompat mengakhiri larian yang melengkung, kaki luarnya melonjak dengan kuat apabila memijak tanda lonjakan yang semakin hampir selari dengan palang. Kedua-dua belah tangan dibengkokkan dan dihayun ke atas dan kaki bebas diangkat tinggi dengan bahagian lutut juga dibengkokkan. Lutut ini digerakkan secara melintang badan untuk membantu pusingan badan di udara supaya bahu menjadi selari dengan palang.

c) LayanganSemasa di udara, pelompat menoleh ke belakang (memandang palang) sambil melentikkan badannya. Tangan diletakkan di bahagian sisi badan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan di bahagian lutut. Lentikan badan ini akan membantu bahagian punggung pelompat melepasi palang. Kedua-dua belah kakinya diluruskan dan diangkat tegak ke atas. Tindakan ini dibuat supaya kaki tidak tersangkut pada palang dan juga sebagai persediaan untuk pendaratan.

d) PendaratanSerentak dengan mengangkat kakinya ke atas, pelompat menarik kepala dan dadanya ke arah kaki. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di atas bahagian belakang badannya (tulang belikat).

Peraturan http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/10/peraturan-peraturan-di-dalam-acara.html

Sejarah Lompat Tinggihttp://winnindi.blogspot.com/2013/03/sejarah-lompat-tinggi.html

http://www.slideshare.net/CannisChong/savedfiles?s_title=waj-3112-kokurikulum-olahraga-semester-5&user_login=missstepheltonz