Sekolah Dalam Hospital

23
SEKOLAH DALAM HOSPITAL (SDH) Pengenalan Sekolah Dalam Hospital (SDH) merupakan satu konsep baru dalam sistem pendidikan di Malaysia. Hal ini kerana ia menyediakan pendidikan bagi semua kanak- kanak serta remaja yang menjalani rawatan di hospital. Idea penubuhan Sekolah Dalam Hospital ini telah dicetuskan oleh isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, penaung kepada Projek Hati Nurani di bawah kelolaan Yayasan Nurul Yaqeen. Di antara objektif projek hati nurani adalah untuk membantu menyediakan pendidikan secara formal dan berstruktur bagi pelajar dan kanak- kanak yang menerima rawatan di hospital. Perasmian sekolah dalam hospital ini telah dirasmikan oleh Y.A.B . Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 26 Julai 2011 di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur. Program SDH ini dilaksanakan menerusi kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Yayasan Nurul Yaqeen. Pada peringkat awal, tiga buah hospital telah dipilih untuk menjadi perintis program sekolah dalam hospital ini. Ketiga- tiga buah hospital tersebut ialah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Ampang dan Hospital Serdang. Pelaksanaan Sekolah dalam Hospital di Malaysia sememangnya dilihat sebagai pendekatan terbaik yang diambil oleh kerajaan dalam memastikan institusi pendidikan negara lebih berkembang maju dan melalui kitaran pembaharuan seiring dengan kemajuan 1

Transcript of Sekolah Dalam Hospital

Page 1: Sekolah Dalam Hospital

SEKOLAH DALAM HOSPITAL (SDH)

Pengenalan

Sekolah Dalam Hospital (SDH) merupakan satu konsep baru dalam sistem

pendidikan di Malaysia. Hal ini kerana ia menyediakan pendidikan bagi semua

kanak- kanak serta remaja yang menjalani rawatan di hospital. Idea penubuhan

Sekolah Dalam Hospital ini telah dicetuskan oleh isteri Timbalan Perdana Menteri,

Puan Sri Norainee Abdul Rahman, penaung kepada Projek Hati Nurani di bawah

kelolaan Yayasan Nurul Yaqeen. Di antara objektif projek hati nurani adalah untuk

membantu menyediakan pendidikan secara formal dan berstruktur bagi pelajar dan

kanak- kanak yang menerima rawatan di hospital.

Perasmian sekolah dalam hospital ini telah dirasmikan oleh Y.A.B . Tan Sri

Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran

Malaysia pada 26 Julai 2011 di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur. Program

SDH ini dilaksanakan menerusi kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia,

Kementerian Kesihatan Malaysia dan Yayasan Nurul Yaqeen.

Pada peringkat awal, tiga buah hospital telah dipilih untuk menjadi perintis

program sekolah dalam hospital ini. Ketiga- tiga buah hospital tersebut ialah Hospital

Kuala Lumpur (HKL), Hospital Ampang dan Hospital Serdang. Pelaksanaan Sekolah

dalam Hospital di Malaysia sememangnya dilihat sebagai pendekatan terbaik yang

diambil oleh kerajaan dalam memastikan institusi pendidikan negara lebih

berkembang maju dan melalui kitaran pembaharuan seiring dengan kemajuan

sistem pendidikan dunia. Hal ini dikatakan demikian kerana pendekatan sekolah

atau pendidikan di hospital telah diamalkan oleh beberapa buah negara maju,

seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Australia, sejak tahun 1930-

an.

Sebagai contoh, di Australia, program sekolah dalam hospital ataupun

dikenali sebagai ‘ Hospital School Services’ ini telah dijalankan di beberapa buah

hospital di Australia. Ia bertujuan untuk memberi pendidikan serta sokongan moral

kepada pesakit-pesakit di peringkat sekolah rendah dan menengah. Program SDH di

Malaysia adalah berpandukan kepada program SDH di Australia yang disesuaikan

mengikut konteks Malaysia.

1

Page 2: Sekolah Dalam Hospital

Projek sekolah dalam hospital ini secara tidak langsung membantu kanak- kanak

mendapatkan pendidikan yang sepatutnya sepanjang mereka menjalani rawatan di

hospital. Objektif pelaksanaannya adalah bagi memastikan pembelajaran murid tidak

terjejas ketika berada di wad, tidak tercicir dalam pelajaran dan terus dipelihara

selaras dengan matlamat Education For All di mana ia merupakan hasrat yang

diperjuangkan oleh UNESCO (United Nations Educational Scientific and Cultural

Organizations).

Pendidikan untuk Semua (EFA) merupakan inisiatif daripada pihak UNESCO

yang mensasarkan 6 matlamat yang perlu dicapai menjelang tahun 2015.  Matlamat-

matlamat tersebut merentas semua peringkat pendidikan bermula daripada awal

kanak-kanak sehinggalah pendidikan sepanjang hayat pada peringkat dewasa. 

Keenam-enam matlamat tersebut juga terangkum di dalam inisiatif utama

Rancangan Malaysia ke-10.

Selain itu, di antara objektif utama program sekolah dalam hospital adalah

untuk memastikan semua kanak-kanak serta remaja yang mendapat rawatan di

hospital berpeluang mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti. Hal ini

merupakan tanggungjawab Kementerian Pelajaran dalam memastikan setiap

kanak- kanak di Negara ini mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti tidak

kira di mana pun mereka berada.

Program sekolah dalam hospital ini akan dibahagikan kepada tiga peringkat

persekolahan iaitu peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.

Kanak- kanak berusia antara tiga hingga 18 tahun boleh menyertai program SDH ini.

Sukatan pelajaran SDH adalah berteraskan kepada kurikulum kebangsaan

Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah sedia ada di peringkat sekolah rendah

dan menengah dan digunakan secara fleksibel berdasarkan Akta Pendidikan 1996

dengan kaedah pengajaran serta pembelajaran disesuaikan mengikut keupayaan

pesakit.

Proses pengajaran dan pembelajaran SDH dilaksanakan secara berkumpulan

di kelas dan secara individu di wad. Sesi pembelajaran di SDH bermula pada jam 10

pagi hingga 12 tengahari dan 2 petang hingga 4 petang dari hari Isnin hingga

Jumaat. SDH menyediakan dua ruang pembelajaran di tingkat yang sama

2

Page 3: Sekolah Dalam Hospital

disediakan untuk murid sekolah rendah dan menengah dengan kemudahan

komputer, ruang santai untuk pelajar serta ruang menunggu untuk ibu bapa.

Pengajaran dan pembelajaran di SDH berfokus kepada empat subjek teras

yang utama sahaja iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Seramai 16 orang guru dan empat orang pembantu murid telah dipilih untuk

menjayakan program rintis sekolah dalam hospital ini. Menurut Nor Zanah Jamari,

Pengarah Yayasan Nurul Yaqeen,guru- guru ini akan menjalani latihan selama

sebulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan Institut Pediatrik HKL bagi

menyediakan mereka pengetahuan dan kemahiran asas untuk menangani kelompok

pelajar yang bermasalah kesihatan. Antara contoh pengetahuan dan kemahiran

asas yang akan diperolehi guru adalah kemahiran terapi kaunseling dan psikologi

serta kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang akan digunakan

untuk sesi pengajaran dan pembelajaran SDH.

Kewujudan SDH mampu menghilangkan rasa bimbang para ibu bapa

terhadap pembelajaran anak-anak mereka apabila menerima rawatan di hospital.

Kebimbangan ini tentunya lebih tinggi jika anak-anak mereka akan menduduki

peperiksaan awam pada tahun berkenaan. Pelaksanaan SDH sekurang-kurangnya

mengelakkan anak-anak mereka daripada ketinggalan dalam pelajaran dan

seterusnya membantu dalam mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaaan yang

bakal dihadapi.

Sementara itu, Menteri kesihatan Malaysia, Dato Seri Liow Tiong Lai dalam

ucapannya sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Projek

Sekolah Dalam Hospital berkata penubuhan sekolah dalam hospital adalah satu

inisiatif bersama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Kementerian Kesihatan

Malaysia (KKM) dan Yayasan Nurul Yaqeen (YNY) terhadap keperluan meneruskan

pendidikan kepada murid yang berada di wad hospital tetapi mempunyai kesediaan

untuk belajar.

3

Page 4: Sekolah Dalam Hospital

Perkembangan

Menurut Ornstein dan Hunkins (2004), pembelajaran tidak boleh dipisahkan dengan

kehidupan seharian kanak-kanak, malah pembelajaran mestilah berdasarkan

keperluan dan minat kanak-kanak. Hal ini seiring dengan pelaksanaan program

sekolah dalam hospital yang mana memberikan peluang kepada kanak- kanak untuk

menimba ilmu pengetahuan secara berterusan walaupun berhadapan dengan

masalah kesihatan. Proses pengajaran dan pembelajaran SDH diubahsuai supaya

bersesuaian dengan keadaan kanak- kanak tersebut di samping memenuhi

keperluan mereka sebagai pelajar.

Sekolah dalam hospital (SDH) ini merupakan satu program pendidikan yang

menggunakan pendekatan pembelajaran yang berbeza daripada sekolah biasa. Ia

merupakan satu bentuk perkhidmatan pendidikan yang berterusan secara formal

dan berstruktur serta berfokus kepada kesediaan dan keupayaan murid yang

sedang menjalani rawatan di hospital. Pendekatan sekolah dalam hospital adalah

berasaskan pendekatan didik hibur (fun learning) dan fleksibel dalam persekitaran

yang kondusif, sekaligus membantu menghilangkan rasa bosan pelajar apabila perlu

mendapat rawatan dalam tempoh yang lama di hospital. Ia juga menekankan

pembelajaran secara santai dan menyeronokkan.

Didik hibur adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang

menyeronokkan murid-murid. Walaupun murid seronok tetapi objektif pengajaran

dan pembelajaran masih dapat dicapai seperti yang ditetapkan. Oleh itu, guru perlu

merancang pengajaran dan pembelajaran agar isi kandungan mata pelajaran dapat

disampaikan dengan berkesan.

Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Menurut Kamus Dewan

(2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala

hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati. Rumusannya didik hibur

merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang

bersifat santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan dan

puisi secara sistematik dan terancang.

Pendekatan didik hibur yang digunakan dalam pembelajaran SDH ini seiring

dengan agenda kerajaan yang berhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur di

sekolah rendah untuk merealisasikan transformasi pengajaran dan pembelajaran

dalam bilik darjah.Pendekatan didik hibur diharap berupaya untuk menjadikan

4

Page 5: Sekolah Dalam Hospital

proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif serta berpusatkan murid.Dalam

situasi sekolah dalam hospital, pendekatan didik hibur ini diaplikasikan supaya

pembelajaran lebih berfokus kepada murid dan mereka gembira sepanjang

mengikuti pembelajaran walaupun mengalami masalah kesihatan.

Menurut Dr.Zailah Zainudin, pensyarah cemerlang Institut Pendidikan Guru

Kampus Raja Melewar terdapat beberapa ciri pendekatan didik hibur dalam

pengajaran. Antaranya ialah :

1. Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar,

kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.

2. Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru.

Seperti yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan

berhibur.

3. Murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif,

gembira dan tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari

berikutnya.

4. Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan

pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid

boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang

penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan

BBM untuk menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan

pembelajaran.

5. Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan

kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada

ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada

aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

6. Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting

berjaya melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan

santai.

5

Page 6: Sekolah Dalam Hospital

7. Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau

berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan

toleransi.

8. Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik  dalam

keadaan terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik.

9. Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya dalam

keadaan terkawal.

10.Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.

Proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan pendekatan didik hibur

ini secara tidak langsung membantu proses rawatan kanak-kanak terbabit. Hal ini

kerana mereka dapat menimba ilmu melalui pendekatan pengajaran yang

menyeronokkan, persekitaran pembelajaran yang tenang, menarik dan berwarna-

warni juga merupakan terapi semulajadi bagi pesakit di hospital. Pendekatan didik

hibur ini turut menjadikan konsep pembelajaran lebih fleksibel dan wujudnya

suasana pembelajaran yang lebih interaktif serta menyeronokkan. Hal ini akan

menarik minat murid untuk terlibat aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran

yang dilaksanakan oleh guru dan seterusnya mencapai objektif pembelajaran yang

telah ditentukan.

Program sekolah dalam hospital turut memberi penekanan terhadap peranan

guru sebagai pemudahcara kepada murid untuk belajar. Hal ini dapat difahami

melalui keberkesanan kaedah guru di dalam menyampaikan ilmu kepada murid

dalam bentuk yang mudah serta dapat difahami oleh murid tersebut. Menurut Joyce

B & Weil (2003), hasil pengajaran yang paling penting sekali mungkin adalah

meningkatkan kebolehan murid – murid untuk belajar dengan lebih mudah dan

berkesan kelak akibat perolehan pengetahuan dan kemahiran serta penguasaan

proses pembelajaran. Hal ini bermaksud pembelajaran yang mudah akan memberi

kesan yang lebih mendalam dan mudah difahami oleh murid.

Mook Soon Sang (2009) mengatakan bahawa sebagai seorang pemudah cara,

tugas utama seorang guru ialah melicinkan segala proses dan aktiviti pengajaran

6

Page 7: Sekolah Dalam Hospital

dan pembelajaran. Sehubungan dengan ini, guru haruslah menyediakan segala

rancangan pengajaran dan pembelajaran yang sistematik serta alat bantu mengajar

yang mencukupi, memotivasikan murid-murid, menggalakkan murid- murid terlibat

aktif dalam aktiviti pembelajaran dan mewujudkan suasana pembelajaran yang

positif supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar,

sistematik dan teratur.

Sementara itu, Syed Ismail (2010) menyatakan bahawa sebagai seorang guru,

antara kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang guru adalah kemahiran

pemudah cara. Pemudahcara ialah teknik yang digunakan oleh guru untuk

membantu murid-murid mencapai matlamat pembelajaran melalui aktiviti-aktiviti

yang telah dirancang dan disusun. Guru sebagai pemudah cara ataupun fasilitator

berfungsi untuk mendidik, membimbing, memujuk, mengukuh, memberikan bantuan

dan menolong murid-murid mencapai matlamat pembelajaran yang dirancangkan

melalui satu proses yang panjang. Justeru, peranan guru sebagai pemudah cara

amat diperlukan dalam menangani murid-murid yang akan meneruskan sesi

pembelajaran di sekolah dalam hospital ini. Hal ini kerana murid-murid tersebut

memerlukan bimbingan serta perhatian khusus daripada guru bagi memastikan

mereka selesa serta mudah mengikuti pembelajaran meskipun menjalani rawatan di

hospital.

Program sekolah dalam hospital ini turut mendapat sambutan yang

menggalakkan dari kalangan pelajar dan kanak- kanak yang menjalani rawatan di

hospital. Seramai 5371 pelajar dari tiga peringkat persekolahan iaitu prasekolah,

sekolah rendah dan menengah memasuki SDH ketika menerima rawatan di ketiga-

tiga hospital yang menjadi perintis kepada program SDH iaitu Institut Pediatrik

Hospital Kuala Lumpur, Hospital Serdang dan juga Hospital Ampang. (Utusan

Malaysia, 3 Ogos 2012).

Penubuhan SDH disifatkan sebagai langkah yang harus dipuji oleh para ibu bapa

kerana memberi ruang kepada pesakit muda untuk meneruskan pembelajaran

mereka walaupun dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Kejayaan sekolah dalam hospital di ketiga- tiga hospital yang menjadi perintis

bagi program ini telah membolehkan pelaksanaan sekolah dalam hospital ini

diperluas ke seluruh enam lagi hospital awam di beberapa buah negeri. Antara

7

Page 8: Sekolah Dalam Hospital

hospital yang terlibat ialah Hospital Sultanah Nur Zahirah (Terengganu), Hospital

Wanita dan Kanak-kanak Likas (Sabah), Hospital Sultanah Bahiyah (Kedah),

Hospital Sultanah Aminah (Johor), Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian

(Kelantan) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras (Kuala Lumpur).

 

8

Page 9: Sekolah Dalam Hospital

Implikasi

Program sekolah dalam hospital ini dilihat satu pendekatan baru yang digunakan

oleh pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama

Kementerian Kesihatan Malaysia dan Yayasan Nurul Yaqeen bagi mengatasi

masalah keciciran pelajar dalam pembelajaran ketika mereka sedang menjalani

rawatan di hospital. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

turut mengatakan bahawa SDH adalah konsep baru di negara dalam mengelakkan

keciciran dalam kalangan pelajar walaupun mereka mendapat rawatan di hospital.

Terdapat beberapa implikasi positif hasil daripada pelaksanaan program

sekolah dalam hospital ini. Antaranya ialah, pelaksanaaan SDH ini dilihat sebagai

alternatif baru dalam dunia pendidikan untuk menyediakan peluang pendidikan

kepada pelajar yang terpaksa meningggalkan alam persekolahan berikutan

menghadapi masalah kesihatan dan dirawat di hospital.

Selain itu, program sekolah dalam hospital ini juga merupakan sebahagian

daripada langkah penyembuhan kanak- kanak dari sudut psikologi. Hal ini kerana,

kanak-kanak dapat bermain dan belajar dengan gembira selepas menjalani rawatan

di hospital. Hal ini disokong oleh Dr.Norliza Mohamed Zainudin, Pakar Perunding

Kanan Pediatrik dan Respiratori Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang mengatakan

SDH adalah sebahagian daripada proses rawatan kanak- kanak. SDH membantu

menyembuhkan penyakit kanak- kanak menerusi proses rawatan yang tidak bersifat

farmaseutikal, sebaliknya menggunakan kaedah psikologi. Setelah tertekan dengan

rawatan penyakit yang diterima di hospital, kanak- kanak dapat bermain dan belajar

dengan kaedah yang menyeronokkan di SDH. Mereka bebas memlih subjek yang

ingin dipelajari sama ada belajar di wad pesakit atau di kelas yang disediakan.

Kanak-kanak juga boleh berkenalan dengan rakan baru serta menghabiskan masa

dengan melakukan aktiviti yang berfaedah sekaligus dapat mengulangkaji pelajaran

yang tertinggal.

Salah satu agenda penting kerajaan adalah untuk membangunkan satu

sistem pendidikan bertaraf dunia. Sistem pendidikan Malaysia tidak hanya tertumpu

kepada pembangunan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran, yang

mampu bersaing di pasaran kerja global malah untuk membangunkan modal insan

yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi. Ini semua dapat

9

Page 10: Sekolah Dalam Hospital

dicapai melalui proses pendidikan secara formal di sekolah. Melalui SDH,

pembangunan modal insan masih lagi dapat diteruskan tetapi di luar amalan

persekolahan yang konvensional.Hal ini kerana murid- murid akan diberikan ruang

dan peluang menimba pendidikan selaras dengan sukatan pelajaran yang telah

ditetapkan meskipun berada di hospital. Proses pendidikan berjalan seiring dengan

pembinaan modal insan seperti yang telah digariskan dalam Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan (2006-2010).

Program sekolah dalam hospital ini dilihat membawa suatu pembaharuan

dalam sistem pendidikan di Malaysia. Pelaksanaannya membawa banyak manfaat

kepada kanak- kanak yang mempunyai masalah kesihatan dalam menerima

pendidikan yang sewajarnya untuk mereka sepanjang tempoh rawatan di hospital

tersebut.

10

Page 11: Sekolah Dalam Hospital

Rumusan dan Cadangan

Secara keseluruhannya, saya sangat bersetuju serta menyokong penuh program

sekolah dalam hospital ini. SDH merupakan usaha kerajaaan dalam menyediakan

peluang pendidikan yang terbaik bagi pelajar yang menjalani rawatan di hospital

supaya tidak ketinggalan di dalam pembelajaran mereka.

Program sekolah dalam hospital ini merupakan satu inovasi baru dalam dunia

pendidikan di Malaysia bagi memastikan pendidikan untuk pesakit muda ini tidak

disia-siakan sebaliknya diteruskan dengan pelaksanaannya selaras dengan hasrat

Kementerian Pelajaran Malaysia. Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran

Malaysia turut menyatakan bahawa program SDH ini merupakan langkah yang amat

bernas dan tepat pada masanya ketika kerajaan berusaha menjadikan Malaysia

tempat tinggal terbaik buat generasi akan datang. Program SDH ini mendapat

sokongan penuh Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan yang masing-

masing menyediakan khidmat berkaitan bagi memastikan agenda berkenaan

mencapai kejayaan.

Pelaksanaan program sekolah dalam hospital ini masih lagi baru dalam

sistem pendidikan di Malaysia. Umumnya, tidak ramai yang mengetahui tentang

kewujudan program seperti ini. Antara cadangan yang boleh dilakukan untuk

program sekolah dalam hospital ini adalah dengan memberi promosi serta hebahan

kepada orang awam tentang pelaksanaan SDH. Hal ini bertujuan untuk memupuk

kesedaran tentang kepentingan pendidikan serta membantu orang awam

memahami dengan lebih mendalam lagi berhubung dengan pelaksanaan program

sekolah dalam hospital ini. Hebahan serta promosi ini juga mungkin boleh digunakan

untuk mendapatkan sokongan serta sumbangan untuk membantu projek SDH ini

demi kelangsungan pendidikan bagi anak- anak yang mendapatkan rawatan di

hospital.

Selain itu, Kementerian Pelajaran mungkin boleh menyediakan latihan-latihan

dan kursus-kursus yang berkaitan dengan pengetahuan serta kemahiran asas untuk

mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran SDH kepada semua guru. Hal ini

bertujuan untuk memberikan pendedahan awal serta menyediakan tenaga pengajar

untuk melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran SDH.

11

Page 12: Sekolah Dalam Hospital

Guru-guru akan dilatih serta akan berkebolehan dalam menguruskan murid-

murid untuk terus belajar dalam suasana pembelajaran yang kondusif serta

meningkatkan lagi motivasi mereka supaya merasa tidak dipinggirkan dalam

pendidikan walaupun mempunyai masalah kesihatan dan menjalani rawatan di

hospital.

Kesimpulannya, program sekolah dalam hospital ini masih lagi perlu kepada

penambahbaikan dalam usaha membantu kanak- kanak mendapatkan pendidikan

yang sepatutnya ketika mereka berada di hospital. Badan-badan bukan kerajaan

yang lain turut diseru bersama- sama membantu usaha murni Kementerian

Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia ini

menyediakan perkhidmatan pembelajaran yang terbaik untuk kanak- kanak ini.

12

Page 13: Sekolah Dalam Hospital

REFLEKSI

Alhamdulillah, setinggi- tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada ilahi kerana

dengan lipah dan kurnianya dapat juga saya menyiapkan tugasan bagi subjek Asas

Kepimpinan & Perkembangan Profesional (EDU3108) ini. Sepanjang proses

menyiapkan tugasan ini saya terdapat pelbagai cabaran serta halangan yang saya

tempuhi namun akhirnya dapat juga saya atasinya dengan jayanya.

Antara cabaran yang terawal yang saya tempuhi adalah dalam masalah

memilih isu yang sesuai sebagai tajuk tugasan. Pada mulanya, saya agak sukar

untuk membuat keputusan bagi memilih isu yang sesuai. Namun, semuanya selesai

apabila saya mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan serta bertukar-tukar

pandangan untuk memilih isu yang sesuai.

Selain itu, saya juga mengalami sedikit kesukaran untuk memahami isu yang

telah dipilih kerana kekurangan maklumat. Isu yang saya pilih merupakan isu yang

baru dalam bidang pendidikan di Malaysia. Sepanjang tempoh mencari maklumat,

sedikit sebanyak terbit minat dalam diri untuk lebih mempelajari tentang isu sekolah

dalam hospital sememangnya menarik serta merupakan suatu pengetahuan baru

kepada saya. Ternyata saya semakin tertarik dan berminat untuk mengetahui serta

mengkaji dengan lebih mendalam mengenai isu ini.

Banyak yang saya ilmu serta kemahiran baru yang saya pelajari daripada

tugasan EDU 3108 ini. Antaranya, kemahiran membina blog ataupun laman ilmu

yang merupakan subtopik dalam tugasan ini. Sejujurnya, saya tidak pandai dalam

membina blog dan ini merupakan pengalaman pertama saya dalam bidang

pembinaan blog.Namun, alhamdulillah dengan bantuan serta pertolongan rakan

sekumpulan saya dapat mempelajari serba sedikit cara pembinaan blog yang

sememangnya penting bagi bakal guru kerana ia akan menjadi salah satu daripada

medium penyampaian pengajaran kelak.

Melalui tugasan ini juga, saya bercadang untuk memantapkan lagi

penguasaan kemahiran ICT untuk memastikan saya tidak ketinggalan dalam bidang

ini apabila bergelar pendidik nanti. Saya ingin membina sebuah laman perkongsian

ilmu untuk murid-murid saya kelak. Saya berharap saya dapat mempertingkatkan

lagi kemahiran ini dari semasa ke semasa. Melalui analisis artikel saya tentang isu

13

Page 14: Sekolah Dalam Hospital

sekolah dalam hospital (SDH) , saya sangat tertarik dan menyimpan impian untuk

menjadi sebahagian daripada tenaga pengajar dalam memberikan pendidikan

kepada kanak- kanak yang menjalani rawatan di hospital. Saya dapat merasakan

tugasan ini sedikit sebanyak menyedarkan saya tentang pentingnya peranan dan

tanggungjawab guru dalam dunia pendidikan ini.

Akhir kata, saya berharap agar Encik Azmi berpuas hati dengan tugasan yang

dihasilkan. Saya berharap agar tugasan yang telah dihasilkan ini dapat membawa

manfaat kepada semua pihak secara langsung mahupun tidak langsung.

Disediakan oleh,

ROSSHAFIKAH BINTI ROSLI

14

Page 15: Sekolah Dalam Hospital

BIBLIOGRAFI

Sumber dari buku :

1) Mook Soon Sang (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Penerbitan

Multimedia Sdn.Bhd.Selangor.

2) Syed Ismail Syed Mustafa (2010). Asas Kepimpinan & Perkembangan

Professional Penerbitan Multimedia Sdn.bhd.Selangor.

3) Kamus Dewan (2000).Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur

4) Ornstein, A. C. & Hunskin, F. P. (2004). Curriculum: Foundation principles

and issues. USA: Pearson Education

Sumber dari internet :

1) http://www.nutp.org/new/ms/node/791

2) http://www.sinarharian.com.my/nasional/pelbagai-cabaran-projek-sekolah-

dalam-hospital-berjaya-diatasi-1.26404- pelbagai cabaran projek sekolah

dalam hospital berjaya diatasi

3) http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=2080 sekolah dalam hospital

4) http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2011&dt=0725&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm

Sekolah Dalam Hospital diperluas

5) http://kssr.bpk.my/berita/didik_hibur bahagian pembangunan kurikulum. Dr

Zailah Zainudin

6) http://www.bharian.com.my/articles/

Projeksekolahdalamhospitaldapatsambutanmemberangsangkan/Article/

Projek Sekolah Dalam Hospital dapat sambutan

7) http://www.bharian.com.my/bharian/articles/

Kerajaan_YNYmeteraiMoUprojekHatiNurani/Article

8) http://mynewshub.my/2011/10/29/sekolah-dalam-hospital-akan-diperluas-

norainee/ sekolah dalam hospital akan diperluas

9) http://www.hmetro.com.my/articles/SekolahDalamHospital/Article sekolah

dalam hospital

10)http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/8/3/mstar_berita/

20120803164657&sec=mstar_berita Program Sekolah Dalam Hospital

Diusul Diperluas ke Seluruh Negara

15

Page 16: Sekolah Dalam Hospital

11)http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SekolahDalamHospitalbernas_/

Article Sekolah Dalam Hospital idea bernas

12)http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2011&dt=0719&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm

Sekolah dalam hospital inovasi adil kepada pelajar sakit

13)http://www.hmetro.com.my/articles/Sekolahhospital/Article Sekolah hospital

14)http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120804/dn_12/6550-

dapat-manfaat-Sekolah-Dalam-Hospital 6550 dapat manfaat

15)http://hserdang.moh.gov.my/ms/profil-hsdg/mengenai-kami/sekolah-dalam-

hospital.html - laman web hospital serdang

16)http://www.hmetro.com.my/articles/Terujabelajarsambildirawat/Article -teruja

belajar sambil dirawat.

17)http://www.hospitalschoolservices.wa.edu.au/

18)http://www.moh.gov.my/speeches/843 Portal Rasmi Kementerian Kesihatan

Malaysia.

16

Page 17: Sekolah Dalam Hospital

LAMPIRAN

17