Sekolah Dan Masyarakat

69
KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT Aktiviti 2.2 Huraikan perbezaan dan persamaan antara pandangan Ibnu Khaldun dengan pandangan tokoh Barat mengenai masyarakat. Ibnu Khaldun adalah seorang pelopor kajian sosiologi sebelum berkembang pesat di Barat. Kajian sosiologi daripada perspektif islam mempunyai unsur-unsur berikut: berteraskan agama berbentuk aktivisme social mengkaji interaksi mikro dan makro keadilan untuk kesejahteraan masyarakat tidak memisahkan agama dengan aspek-aspek lain seperti ekonomi, sosial dan politik Auguste Comte (1798-1857) Ibnu Khaldun (1332-1406) >Mengutarakan kajian terhadap masyarakat secara sistematik dan saintifik >kajian secara sistematik dan saintifik tetapi mengkaji masyarakat berpandukan ketuhanan Rumusan Ibnu khaldun lebih memfokuskan konsep ketuhanan berbanding dengan Auguste Comte yang menerapkan kajian masyarakat secara sistematik dan saintifik berdasarkan andaian logikal. 1

Transcript of Sekolah Dan Masyarakat

Page 1: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Aktiviti 2.2

Huraikan perbezaan dan persamaan antara pandangan Ibnu Khaldun dengan

pandangan tokoh Barat mengenai masyarakat.

Ibnu Khaldun adalah seorang pelopor kajian sosiologi sebelum berkembang pesat di

Barat. Kajian sosiologi daripada perspektif islam mempunyai unsur-unsur berikut:

berteraskan agama

berbentuk aktivisme social

mengkaji interaksi mikro dan makro

keadilan untuk kesejahteraan masyarakat

tidak memisahkan agama dengan aspek-aspek lain seperti ekonomi, sosial dan politik

Auguste Comte (1798-1857) Ibnu Khaldun (1332-1406)

>Mengutarakan kajian terhadap masyarakat

secara sistematik dan saintifik

>kajian secara sistematik dan saintifik tetapi

mengkaji masyarakat berpandukan ketuhanan

Rumusan

Ibnu khaldun lebih memfokuskan konsep ketuhanan berbanding dengan Auguste Comte yang

menerapkan kajian masyarakat secara sistematik dan saintifik berdasarkan andaian logikal.

>masyarakat berkembang melalui proses

evolusi yang berperingkat dalam karya “Low

of the Three Stages”

> perubahan sosial dalam masyarakat adalah

interaksi sosial yang meliputi ekonomi, politik

dan sejarah (Mukadimah)

Rumusan

Auguste Comte menjelaskan bahawa masyarakat berkembang melalui evolusi yang

berperingkat-peringkat antaranya ialah teologikal, metafizikal dan positif. Peringkat perubahan

ini tidaklah berlaku secara serentak di semua tempat, namun pihak yang lebih cepat mengalami

perubahan akan terlebih dahulu menjadi moden. Wujudnya fahaman berbentuk sekular yang

memisahkan agama dalam kehidupan. Manakala Ibnu Khaldun mementingkan keadilan dan

kesejahteraan masyarakat dalam institusi sosial.

>Mengkaji masyarakat dalam bentuk Makro mengkaji masyarakat dalam bentuk mikro dan

makro1

Page 2: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Rumusan

Secara umumnya, Auguste Comte mengkaji masyarakat berbentuk makro sahaja. Pendapat

beliau yang lebih penting adalah perubahan intelektual bukannya revolusi politik dan sosial.

Ibnu Khaldun melihat dari sudut perpektif sosial bagi melihat keadilan dalam masyarakat.

Persamaan pandangan Ibnu Khaldun dan tokoh barat mengenai masyarakat

Kajian masyarakat yang di jalankan oleh Ibnu Khaldun dan tokoh-tokoh barat adalah

dalam bentuk yang sama iaitu mengkaji mengenai masyarakat. Walau apa jua, teori yang

dikemukakan oleh barat pada asasnya teori tersebut menyentuh mengenai peranan

masyarakat dalam mempengaruhi institusi sosial dan masyarakat.

Apa yang membezakan adalah sosiologi Khaldun dan teori-teori barat ialah berpandu

dan bermatlamatkan agama sepertimana yang sering diungkapkannya, “ilmu pengetahuan

hanya datang daripada Allah s.w.t yang Berkuasa, yang Maha Bijaksana”.

Kesimpulannya, walau apa jua, kajian yang di buat, kajian masyarakat mestilah

berpandukan konsep ketuhanan supaya dapat mengelakkan berlakunya ketidakadilan dalam

masyarakat. Ini kerana masyarakat tidak boleh dipisahkan dengan agama bagi mewujudkan

konsep adil dalam sesebuah masyarakat.

Aktiviti 3.2

Sigmund Freud terkenal sebagai ahli psikologi yang memperkenalkan konsep id, ego

dan superego dalam analisis personality.

a) Huraikan makna konsep-konsep id, ego dan superego

Id adalah satu-satunya komponen keperibadian yang hadir sejak lahir. Aspek

keperibadian sepenuhnya sedar dan termasuk dari perilaku naluriah dan primitif. Menurut

Freud, id adalah sumber segala tenaga psiki sehingga komponen utama keperibadian. Id

didorong oleh prinsip kesenangan yang berusaha untuk kepuasan segera dari semua

keperluan dan kehendak.. Jika kita diperintah seluruhnya oleh prinsip kesenangan, kita

mungkin mendapati diri kita meraih hal-hal yang kita inginkan dari tangan orang lain untuk

memuaskan keinginan kita sendiri. Perilaku seperti ini akan baik mengganggu dan social

tidak dapat diterima. Menurut Freud, id cuba untuk menyelesaikan ketegangan yang

2

Page 3: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

diciptakan oleh prinsip kesenangan melalui proses utama, yang melibatkan pembentukan

citra mental dari objek yang diingini sebagai cara untuk memuaskan keperluan.

Ego adalah komponen keperibadian yang bertanggungjawab untuk menangani dengan

realiti. Menurut Freud, ega berkembang dari Id dan memastikan bahawa dorongan dari Id

dapat dinyatakan dalam cara yang dapat diterima di dunia nyata. Fungsi Ego baik di fikiran

sedar, prasedar, dan tidak sedar. Ego bekerja berdasarkan prinsip realiti yang berusaha untuk

memuaskan keinginan Id dengan cara-cara yang realities dan sosial yang sesuai. Prinsip

realiti beratnya bayaran dan manfaat dari suatu tindakan sebelum memutuskan untuk

bertindak ke atas atau meninggalkan impuls. Dalam banyak kes, impuls Id itu dapat dipenuhi

melalui proses menunda kepuasan Ego pada akhirnya akan membolehkan perilaku, tetapi

hanya dalam waktu yang tepat dan tempat. Ego juga pelepasan ketegangan yang diciptakan

oleh impuls yang tidak dipenuhi melalui proses sekunder, di mana Ego cuba untuk mencari

objek di dunia nyata yang berpadanan dengan gambaran mental yang diciptakan oleh proses

primer Id’s.

Superego adalah aspek keperibadian yang menampung semua standard internalisasi

moral dan cita-cita yang kita peroleh dari kedua orang tua dan masyarakata. Superego

memberikan pedoman untuk membuat penilaian. Terdapat dua bahagian superego iaitu Ego

merangkumi peraturan dan standard untuk perilaku yang baik. Perilaku ini termasuk orang

yang diluluskan oleh figure kuasa orang tua dan lain-lain. Mematuhi peraturan-peraturan ini

menyebabkan perasaan kebanggaan, nilai dan prestasi. Hati nurani termasuk maklumat

tentang hal-hal yang dianggap buruk oleh orang tua dan masyarakat. Perilaku ini sering

dilarang dan menyebabkan buruk, akibat atau hukuman perasaan bersalah dan penyesalan.

Superego bertindak untuk menyempurnakan dan membudayakan perilaku kita. Ia bekerja

untuk menekana semua yang tidak dapat diterima mendesak dari Id dan perjuangan untuk

membuat tindakan Ego atas standard idealis lebih kerana pada prinsip-prinsip realistik.

Superego hadir dalam keadaan sadar, prasadar dan tidak sedar.

( b ) Bandingkan pandangan ahli psikologi Freud dengan pandangan sosiologi tentang

pembentukan tingkah laku.

Perbezaan antara pandagan ahli Freud dengan pandangan sosiologi tentang

pembentukan tingkah laku iaitu yang pertama percanggahan pendapat antara Freud dengan

3

Page 4: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Ibnu Khaidun di mana Freud melalui tulisannya dalam buku Interpretatins of Dream (1900)

menyatakan bahawa manusia dilahirkan dengan desakan naluri semula jadi (inborndrives).

Berdasarkan pendangan ini, lahirlah konsep antirasionalisme, iaitu Freud mempercayai

bahawa manusia adalah makhluk yang tidak rasional, tidak sosial dan penuh dengan desakan

yang merosakkan dirinya. Pendapat Ibnu Khaldun (1332-1406) amat bertentangan dengan

pandangan Freud dimana beliau menganggap manusia mempunyai peradapan tersendiri,

mempunyai kehidupan sosial yang tersendiri. Freud juga menyatakan bahawa manusia tidak

berupaya menentukan arah tujuan kehidupan mereka, pendapat ini juga dicanggah oleh Ibnu

Khaldun di mana melalui hasil karyanya (Mukadimah) beliau membincangkan mengenai

peradapanmasyarakat Badawi, pembentukan kerajaan, Pembentukan kota, perkembangan

ekonomi dantentang ilmu pengetahuan. Ini jelas menunjukan Ibnu Khaldun percaya manusia

berupaya untuk meningkatkan diri sendiri dan mencapai arah tujuan kehidupan yang lebih

baik dari semasa ke semasa.

Perbandingan yang seterusnya ialah dari segi pendapat antara Freud dengan Emile

Durkheim(1858-1917). Kerisauan ( Anxiety) adalah penting dalam pembangunan teori

psikoanalisis Freud.Kerisauan ialah satu situasi tegang yang memotivasikan seseorang untuk

bertingkah laku. Iamuncul akibat konflik antara id,ego dan superego. Terdapat 3 jenis

kerisauan : kerisauan realiti,kerisauan neurotik dan kerisauan moral. Kerisauan realiti ialah

kebimbangan hasil ketakutankepada dunia sebenar. Kebimbangan neurotic ialah ketakutan

yang berpunca daripada perasaantidak dapat mengawal naluri untuk melakukan sesuatu

yang becanggah dengan moraliti yangmenyebabkan seseorang akan dihukum. Kebimbangan

moral pula timbul apabila seseorangmelakukan sesuatu yang bercanggah dengan hati

kecilnya, iaitu bahagian pemikiran yang bermoral. Menurut Emile pula moraliti dianggap

sebagai perasaan kolektif akan membentuk  perangai atau tingkah laku individu, memberi

rasa kekitaan serta menyebabkan integrasi. Inidapat dilihat dengan jelas dalam kajianya

Suicide (1952) dimana beliau mengenalpasti puncafenomena membunuh diri daripada fakta

social dan berlaku akibat ketidakseimbangan antarakeperluan mematuhi peraturan dengan

keperluan kebebasan.

Aktiviti 4,2

Pendidikan Moral telah menjadi mata pelajaran sekolah Malaysia. Mengapa sekolah

Malaysia mengajar Pendidikan Moral?

4

Page 5: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Sekolah Malaysia mengajar pendidikan Moral kerana dalam masyarakat moden

sekarang, pengaruh tradisi dan agama yang semakin longgar menyebabkan terdapat individu

yang hilang pegangan. Hilang pegangan merupakan salah satu punca hilang arah tentang

kehidupan atau salah satu punca anomie.

Apakah kandungannya?

Menurut Durkheim, terdapat tiga cirri sistem moral yang perlu ada pada individu

moden iaitu disiplin diri, ikatan dalam kumpulan sosial dan autonomi diri. Disiplin diri

merupakan kebolehan individu menahan keinginan dan nafsu. Ia akam mengawal perasaan

individu dan dapat mengelakkan individu daripda melakukan perkara-perkara yang negatif.

Ikatan dalam kumpulan bermakna tingkah laku moral adalah ditentukan mengikut kehendak

masyarakat. Autonomi bermaksud individu tidak mahu dikongkong oleh moraliti yang

dikenakan ke atasnya oleh masyarakat. Individu perlu mengetahui sebab-sebab mengapa ia

perlu patuh kepada peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

Bagaimana pelaksanaannya?

Cara Pendidikan Moral diterapkan oleh sekolah ialah melalui disiplin. Peratuaran-

peraturan sekolah yang berbeza dengan peraturan di rumah akan mengikat semua murid

untuk mematuhinya. Dengan itu, murid-murid akan sedar bahawa ada prinsip peraturan-

peraturan yang wajib diikuti. Proses mematuhi peraturan akan mendorong murid-murid

mempunyai disiplin diri. Hukuman adalah penting untuk memastikan peraturan-peraturan

dipatuhi supaya menyedarkan murid bahawa pelanggaran peraturan akan mempunyai kesan.

Selain itu juga, murid-murid akan didedahkan kepada ikatan ke dalam kumpulan. Sekolah

mesti ditadbirkan mengikut organisasi yang akan membentuk semangat hidup dalam

kumpulan di kalangan murid-murid. Guru yang menerajui bilik darjah perlu membentuk

semangat harmoni dan perpaduan. Untuk menjamin keharmonian, guru boleh secara kolektif

memberikan peneguhan atau mengenakan dendaan.

Sejauhmana Pendidikan Moral perlu di Malaysia?

Pendidikan Moral perlu di Malaysia supaya murid-murid akan dapat menyedari

bahawa mereka merupakan anggota masyarakat. Guru besar atau pengetua perlu

5

Page 6: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

mengorganisasikan sekolah dalam situasi di mana semua murid dapat menyedari bahawa

bilik darjah mereka adalah merupakan sebahagian daripada keseluruhan organisasi sekolah.

Dalam autonomi, Durkheim merasakan adalah perlu bagi murid mengetahui mengapa mereka

perlu hidup bermoral. Mereka perlu mempunyai kefahaman tentang masyarakat mereka dan

perlu tahu keperluan-keperluan masyarakat. Proses mendapatkan autonomi akan berlaku

dalam mempelajari bidang sains yang kompleks akan menyebabkan murid-murid berfikiran

rasional. Melalui ini, murid-murid secara bebas dan tersendiri akan menerima prinsip-prinsip

moral dalam masyarakatnya.

Aktiviti 4.3

Mengapakah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa

Inggeris (PPSMI) menimbulkan konflik? Bagaimanakah penyelesaiannya?

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

ialah nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris

menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan

Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang

hangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun

2003. Akhirnya pada 8 Julai 2009 dasar ini akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012

seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah kajian

mendalam dilakukan.

Pelbagai pihak telah menyuarakan pendapat mengenai ketidakpuasan hati mengenai

pelaksanaan PPSMI hingga menimbulkan konflik di peringkat nasional. Program ini pada

awalnya menetapkan matlamat ingin melahirkan pelajar yang “bertaraf dunia”. Walau

bagaimanapun penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek sains dan matematik

telah mendapat respon yang negatif daripada rakyat. Ramai berpendapat penggunaan bahasa

asing bukan sahaja merosakkan kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu, tetapi

turut memusnahkan reputasi pelajar, khususnya di luar bandar. Mereka belajar melalui

medium yang mereka tidak faham. Komunikasi tidak berkesan dalam pelajaran sudah tentu

memberi kesan yang buruk.

Bukan itu sahaja, sejak pelaksanaannya lagi, PPSMI banyak menghadapi pembidasan

dan tentangan berkenaan idea dan pelaksanaannya dari pelbagai pihak termasuk ahli politik,

akademik, ibu bapa dan pelajar sendiri. Antara isu-isu yang diketengahkan pihak-pihak

6

Page 7: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

tersebut termasuklah kesukaran murid-murid mengikuti pelajaran dan guru-guru

menyesuaikan diri kepada perubahan bahasa perantara, serta kesannya terhadap penguasaan

bahasa ibunda murid-murid, terutama di peringkat sekolah rendah.

Aktiviti 4.5 (A)

Senaraikan fungsi-fungsi pendidikan secara makro dan mikro.

Fungsi-fungsi pendidikan secara makro terbahagi kepada 2 bahagian iaitu

fungsionalisme dan konflik

Fungsionalisme

Mengekalkan masyarakat : Secara makronya, pendidikan meliputi pandangan secara

keseluruhannya. Maka pendidikan adalah salah satu cara untuk menyatu padukan dan

mengekalkan sesebuah masyarakat itu dari hilang atau pupus.

Memberi persediaan kepada individu dari segi mental dan fizikal bagi mengisi

kekosongan bidang – bidang tertentu. Ini adalah kerana setiap anggota masyarakat itu

mempunyai fungsi dan kebolehan masing – masing. Kepetingan ini adalah bagi

memenuhi keperluan industri, ekonomi mahupun kehidupan biasa (harian) kerana

bidang pengkhususan yang berbagai dan berbeza.

Memperkembangkan nilai – nilai dan keupayaan intelektual untuk memainkan

peranan dalam masyarakat : Pendidikan digunakan sebagai alat bagi menyebarkan

nilai – nilai masyarakat itu kepada generasi muda secara formal. Jika nilai – nilai ini

hanya diturunkan atau diajar oleh keluarga masing – masing secara informal,

maklumat dan penilaian itu berbeza antara satu individu dengan yang lain. Apabila

ianya diterapkan di sekolah melalui pendidikan formal, setiap anggota masyarakat itu

mempunyai penilaian yang sama dan dapat mengurangkan konflik yang mungkin

akan berlaku akibat dari perselisihan faham dan tahap penilaian yang berbeza.

Melahirkan pelajar yang sanggup berkongsi matlamat bagi memajukan mansyarakat :

Melalui pendidikan, perkongsian maklumat menjadi amat pantas dan mudah

diperolehi sama ada secara langsung atau tidak. Secara langsung adalah perkongsian

maklumat melalui pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Manakala bagi

perkongsian secara tidak langsung adalah sewaktu palajar bergaul dan berbual sesama

mereka seterusnya maklumat tersebar dengan mudah dan pantas.

7

Page 8: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Dengan menyediakan rangka normatif dan kognitif dalam diri individu iaitu

perancangan pendidikan yang melibatkan pembelajaran secara normal yang efektif

dan berkesan tanpa membuang masa dan usaha. Selain itu juga ia dapat membantu

perkembangan pemikiran lebih matang dan tahap ilmu pengetahuan tinggi.

Pendidikan sebagai alat mobiliti sosial : Faktor – faktor seperti kelas, kaum, dan

gender hanya akan menjadi penghalang kepada kejayaan. Ketidak samaan adalah sifat

semulajadi masyaraka. Seseorang individu itu mencapai tahap pencapaian berbeza

hanyalah disebabkan oleh kecerdikan dan usaha yang tidak sama.

Penetapan pekerjaan yang sesuai bagi seseorang individu : Sistem gred dalam

pendidikan telah menentukan pekerjaan apakah yang sesuai untuk seseorang individu

itu. Apabila seseorang itu cerdik atau pandai maka pekerjaan yang memerlukan

penggunaan akal yang lebih sangat sesuai bagi individu ini manakala jika sebaliknya

pekerjaan yang melibatkan fizikal sangat sesuai baginya.

Konflik

Untuk capai tujuan ekonomi masyarakat : Bagi teori konflik, pendidikan moden telah

memporak perandakan masyarakat. Namun begitu mereka sangat setuju pendidikan

dapat mencapai status ekonomi yang tinggi dalam masyarakatnya.

Konflik pendidikan telah mengekalkan dan melebarkan lagi ketidak samaan sosial di

kalangan ahli masyarakat.

Pendidikan digunakan sebagai alat untuk diabdikan atau dikembangkan dalam sistem

kapitalis. Namun begitu mereka juga berpendapat pendidikan mengikat mereka

kepada asas – asas sosial dan ekonomi masyarakat. Mereka bersetuju, semakin tinggi

taraf mereka dalam bidang pendidikan, makin tinggi dominan kuasa mereka dalam

sistem kapitalis iaitu sistem yang mengutamakan industri dan ekonomi. Oleh sebab

itulah pendidikan tidak boleh digunakan sebagai alat untuk merubah masyarakat.

Menyediakan anak muda untuk dapat tempat dalam masyarakat : Ideologi kapitalis

adalah untuk mengekalkan kelas dan kuasa seseorang itu. Kebijaksanaan bukanlah

penentu kepada kejayaan kedudukan mereka di dalam masyarakat. Jika ingin

mendapat tempat dalam masyarakat, mereka hendaklah mempunyai faktor kelas

sosial, umur, jantina dan kaum. Bakat, kebolehan, pengalaman dan kelayakan tidak

boleh dijadikan alat untuk mendapat tempat dalam masyarakat.

Reproduksi sistem pendidikan telah menggunakan 2 cara untuk disesuaikan dalam

sistem kapitalis : Legitimasi telah mengesahkan ideologi saksama dan ideologi

8

Page 9: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

meritokrasi. Sosiolisasi melaksanakan sistem sosial moden yang perlu dikekalkan.

Mereka tidak suka kepada kreativiti dan kespontanan. Itu akan menjejaskan

kedudukan asal mereka. Mereka menggalakkan pengajaran yang menjadikan murid

lebih rendah dan subordinat.

Mengekalkan status quo : Mereka menggunakan pendidikan sebagai tempat asas

membentuk sikap hormat kepada autoriti, taat, disiplin dan menepati masa. Ianya

adalah latihan sebagai seorang pekerja yang dikehendaki dalam sektor industri .

kesamaan hak dalam mencungkil bakat dan potensi adalah ilusi dan bayangan semata.

Melatih remaja menjadi orang patuh dan menurut perintah : Mana – mana individu

yang gagal tidak boleh menyalahkan mana – mana pihak kecuali menyalahkan dirinya

sendiri (Amir Hassn, 2009). Pengikut konflik berpendapat sistem pendidikan

hanyalah akan melahirkan pemberontak yang akan menentang mereka.

Mengajar status budaya : Sistem pendidikan dikatakan sebagai penghalang utama

dalam menentukan kelompok yang mempunyai status tinggi dan paling ketara adalah

apabila wujudnya sistem pensijilan. Pensijilan menentukan dan mengukur latar

belakang dan status sosial individu. Seperti contoh doktor, mempunyai cara mereka

bagi mengekalkan kelompok mereka sebagai golongan professional yang dapat

menghalang campur tangan pihak dalam urusan kerja mereka dengan kuasa dominasi

dan kemahiran yang mereka ada.

Fungsi -fungsi pendidikan secara mikro.

Pendidikan secara mikro memberi tumpuan kepada interaksionisme iaitu aksi, pergaulan,

komunikasi dan interaksi sesama anggota masyarakat dengan lebih terperinci. Antaranya

adalah :-

Sistem pendidikan ini meneliti aktiviti harian yang dilalui kumpulan yang lebih kecil

dan spesifik iaitu guru, pelajar, nazir dan pentadbir yang boleh menjurus ke arah

penambahbaikan.

Pendidikan mikro merupakan sistem yang bukan dipaksa kerana ia mempunyai

kebebasan tersendiri terutamanya dalam menginterpretasikan pendapat sendiri dalam

sesuatu situasi. Mana – mana kumpulan bebas menyuarakan pendapat masing –

masing dalam isu pendidikan khasnya.

Interaksi sebagai cara menginterpretasi tingkah laku orang lain dengan kita :

Pendidikan digunakan untuk memberi penjelasan mengenai sesuatu tingkah laku yang

berlaku dalam situasi pergaulan antara masyarakat.

9

Page 10: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Menggunakan pendekatan subjektif untuk mereka mendefinisi sesuatu keadaan.

Aktiviti 4.5 (B)

Interaksi antara sekolah dan masyarakat dipenuhi oleh simbol-simbol. Jelaskan.

Prinsip asas teori yang mentafsir interaksi simbolik ialah :-

Manusia mempunyai keupayaan berfikir dan tidak sama dengan binatang.

Fikiran manusia matang melalui pergaulan, bersosialisasi dan interaksi sesama

mereka.

Dalam interkasi sosial, manusia berupaya mengubahsuai dan mentafsir makna –

makna serta simbol – simbol dalam perkataan dan bahasa berdasarkan situasi yang

mereka hadapi.

Keupayaan manusia secara automatiknya adalah membuat modifikasi dan alterasi

semasa mereka berinteraksi dengan diri sendiri.

Jalinan aksi dan interaksi yang telah membentuk sebuah kumpulan dan masyarakat

itu.

Dalam teori interaksi simbol, pendekatan yang digunakan berkaitan dengan individu

dan emosinya. Kajian mendapati individu, emosi, perlakuan dan tindak balas mereka

dianalisa melalui interaksi sesama individu dalam proses sosial mereka. Interaksi yang dilalui

hari-hari dapat menjana pemahaman dan peranan individu itu kerana dalam interaksi mereka

banyak menggunakan simbol – simbol, tanda – tanda, isyarat dan kata – kata. Melalui

interaksi simbol ini, individu akan memperlihatkan emosi sama ada suka atau duka, gelisah

atau tenang (melalui perlakuan fizikal), mimik muka dan kata – kata. Kemudian mereka

mengintepretasi situasi, bertindak dan mencipta serta mengubah sesuatu situasi itu kepada

situasi yang mereka kehendaki. Dari aspek perkataan contohnya, simbol atau simbolik itu

dipenuhi dengan kiasan. Kadangkala terlalu banyak kiasan boleh menimbulkan kekeliruan

dan konflik dalam masyarakat kerana tidak semua perkataan bentuk kiasan di fahami, dinilai

dan diterima secara saksama antara individu dalam satu situasi itu. Seperti contoh untuk

menerangkan suatu kesalahan itu, guru berkias agar pelajar tidak berasa sakit hati dengan

teguran guru. Namun begitu tidak semua pelajar akan beranggapan begitu. Dari aspek bahasa

pula, boleh dikatakan Bahasa Melayu menggunakan banyak simbol dan simbolik

terutamanya dalam Bahasa Melayu klasik, di dalam puisi, dalam ceritera dan hikayat Melayu

klasik dan kitab-kitab lama. Simbol- simbol dalam interaksi banyak digunakan dalam sekolah

10

Page 11: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

kerana ia digunakan untuk menganalisa secara terperinci mengenai individu pelajar dan

emosi mereka agar perlakuan dan tindak balas pelajar mengenai sesuatu situasi itu boleh

diramal.

Aktiviti 5.7 (A)

Apa pentingnya interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran?

Interaksi melibatkan guru dan murid dan sangat berkaitan dengan kaedah guru

menyampaikan isi kandungannya (Gilbert dan Moore, 1998). Menurut Moore (1987), dalam

kaedah pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka, interaksi boleh dibahagikan kepada

dua peringkat iaitu;

Peringkat pra-aktif ialah ketika guru bersendirian memilih objektif dan merancang

strategi pengajaran

Peringkat interaktif ialah ketika guru menyampaikan isi kandungan secara verbal

dalam bilik darjah

Semasa guru menyediakan rancangan pengajaran dalam buku rekod pengajaran harian

(RPH) peringkat pra-aktif ini berlaku. Guru merancang dan menetapkan objektif pengajaran

di samping menyediakan aktiviti (langkah) pengajaran. Selain itu, guru juga telah

menyediakan bahan (media) dan kaedah penilaian sebelum masuk mengajar. Ketika

menyampaikan isi kandungan pelajaran, peringkat interaktif berlaku dimana guru

menyediakan peluang dan ruang kepada murid untuk berinteraksi. Terdapat guru yang tidak

sedar kepentingan interaksi lalu bertindak seorang diri bercakap tanpa berhenti, tanpa

memberi peluang kepada murid untuk bercakap atau memberikan pandangan dan pendapat

masing-masing. Kita harus sedar, murid zaman sekarang adalah lebih terdedah kepada

maklumat yang tanpa batasan. Oleh itu, sebagai seorang guru dalam zaman teknologi

maklumat dan komunikasi ini, guru harus menyediakan ruang interaksi yang luas semasa

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dalam pendidikan jarak jauh,

interaksi terbahagi kepada dua peringkat iaitu guru menyediakan bahan pembelajaran dalam

bentuk cetakan atau media lain untuk dikirimkan kepada pelajar dan peringkat kedua ketika

guru berinteraksi dengan pelajar melalui media tertentu seperti surat, email atau peralatan

telekomunikasi seperti sidang audio, audio grafik, video dan komputer. Moore (1989) juga

menyatakan terdapat tiga jenis interaksi iaitu interaksi antara:

Murid dengan isi kandungan pelajaran

11

Page 12: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Murid dengan guru

Murid dengan murid lain (atau rakan sebaya)

Hillman et. al. (1994) menambah satu lagi jenis interaksi supaya murid dapat berinteraksi

dengan isi kandungan, guru dan pelajar lain iaitu interaksi antara:

Murid dengan media teknologi

Pelajar dewasa juga perlu menyedari peranan masing-masing semasa mengikuti

kursus. Mereka harus bertanggung jawab terhadap amanah yang dipikul semasa mengikuti

kursus. Pembahagian masa antara belajar dan bekerja serta belajar dan tanggungjawab sosial

(rumah tangga dan keluarga) perlu dilaksanakan dengan bijak. Luangkan masa supaya

interaksi antara kita dengan isi kandungan dan bahan pembelajaran sentiasa berlaku.

Hubungan yang terjalin antara murid dengan guru serta rakan adalah bentuk interaksi yang

wujud, bukan hanya dalam bentuk audio dan visual sahaja. Interaktiviti yang berlaku dalam

bilik darjah juga dikatakan sebagai pencetus motivasi murid terutamanya di peringkat rendah

dan menengah rendah.

Aktiviti 5.7 (B)

Nyatakan bentuk-bentuk interaksi yang boleh mendatangkan kesan-kesan negatif.

1) KRITIKAN

Guru yang sentiasa mengkritik murid boleh menimbulkan halangan kepada komunikasi.

Kritikan guru akan menyebabkan murid-murid untuk memilih dengan mendiamkan diri

sahaja.

2) MELEBAL MURID

Guru yang melabel murid dengan pelbagai nama seperti “si malas”, kaki ponteng dan

sebagainya memang menimbulkan satu halangan kepada komunikasi.

Murid akan lebih selamat jika mereka tidak bercakap.

3) MEMBERI ARAHAN

Arahan yang diberi guru dengan cara memaksa murid untuk membuat sesuatu tugasan boleh

menghalang komunikasi.

4) ANCAMAN

Guru yang mengancam murid-murid dengan memberi berbagai-bagai amaran jika tidak

menyiapkan sesuatu tugasan, tidak akan menggalakkan komunikasi yang terbuka.

12

Page 13: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

5) MEMEK MUKA

Memek muka guru yang serius atau kelihatan marah akan menakutkan murid untuk bertanya

atau memberi jawapan.

Guru yang sentiasa bermasam muka tidak boleh mengharapkan penyertaan kelas yang baik

6) KEKURANGAN PERHATIAN

Guru yang sentiasa duduka dimejanya dan kurang menunjukkan perhatian yang baik

terhadapa jwapan murid secara tidak langsung mewujudkan halangan kepada komunikasi.

7) BAHASA

Guru yang menggunakan bahasa yang sukar difahami oleh murid-murid boleh menyebabkan

komunikasi efektif tidak berlaku.

8) KELAJUAN

Guru yang bertutur dengan kadar yang laju sukar difahami oleh murid dan murid juga tidak

dapat mengikuti logik penerangan yang diberi guru.

Guru seperti ini tidak peka kepada maklum balas daripada murid-muridnya.

9) KEKURANGAN PERSEDIAAN

Persediaan yang kurang rapi boleh mneyebabkan kekliruan ketika penyampaian pelajaran

dijalankan.

Idea-idea tidak tersusun mengikut prinsip seperti senang kepada susah, dari yang diketahui

kepada yang belum diketahui.

Keadaan ini menyebabkan murid-murid tidak dapat menerima mesej dengan jelas, dalam hal

ini komunikasi berkesan tidak berlaku.

10) AKTIVITI PEMBELAJARAN KURANG MENARIK

Jika aktiviti pembelajaran yang disediakan guru yang kurang menarik, membosankan, murid-

murid enggan menyertainya lalu akan menimbulkan kebisingan dan gangguan-gangguan

yang lain.

Keadaan tersebut tentu menimbulkan masalah bagi komunikasi yang berkesan.

Aktiviti 6.2

Bincangkan faktor-faktor orang Melayu tidak ramai ke sekolah pada zaman penjajah.

13

Page 14: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Zaman penjajahan menyaksikan kemunculan aliran pendidikan yang berbeza dari

aspek kewajaran kepada kehendak masyarakat Tanah melayu khususnya orang Melayu itu

sendiri. Meskipun usaha penjajah mewujudkan aliran pendidikan di Tanah Melayu dilihat

sebagai isu yang positif namun semangat bencikan penjajah yang tebal menghalang

penglibatan mereka dalam sektor pendidikan yang dilihat oleh mereka sebagai propaganda

dalam mengembangkan lagi ideologi penjajah yang ternyata lari dari konsep norma

kehidupan orang Melayu.

Masyarakat Melayu tidak menerima kewujudan sekolah sewaktu zaman penjajah

kerana dilihat sebagai perubahan sistem pendidikan yang telah sedia ada. Sebelum ini

pendidikan awal di Tanah Melayu lebih menumpukan kepada aspek keagamaan, kerohanian,

membaca, menulis dan mengira. Pembelajaran secara teori lebih tertumpu di sekolah-sekolah

agama yang dikendalikan pada mulanya oleh mubaligh Islam yang terdiri dari pedagang dan

kemudiannya diambil alih secara berperingkat oleh rakyat tempatan yang berkelayakan. Ini

bermakna sistem ini merujuk kepada sistem pendidikan sekolah pondok. Sejarah merekodkan

sekolah agama di Tanah Melayu berkembang pesat sekitar 1920an hingga 1940an di sekitar

utara Tanah Melayu (Pondok Langgar, Pokok Sena di Kedah, Pondok Bukit Mertajam

Seberang Prai dan Madrasah Al-Masyhur di Pulau Pinang).

Meskipun begitu disebabkan beberapa faktor tertentu tidak ramai juga masyarakat

Melayu yang berminat ke sekolah walaupun apa aliran sekalipun sewaktu zaman penjajah

meskipun promosi mengenai kepentingan pelajaran didedahkan sepanjang masa baik sekolah

sekolah pondok mahupun sekolah aliran yang diperkenalkan oleh penjajah. Sistem sekolah

pondok juga tidak kurang baiknya berbanding sekolah aliran Inggeris. Sekolah agama atau

madrasah juga bersistematik iaitu dari segi kurikulum (berstruktur), waktu belajar (tetap) dan

peralatan (kerusi meja).

Terdapat dua jenis sekolah yang diperkenalkan oleh penjajah Inggeris ketika zaman

penjajajahan iaitu sekolah Inggeris dan juga sekolah vernakular Melayu. Meskipun kaedah

pengajaran disusun supaya dapat disesuaikan dengan kehendak penduduk di Tanah Melayu

namun kedua-dua jenis sekolah ini tidak mendapat tempat di hati penduduk Tanah Melayu

ketika itu lebih-lebih lagi orang Melayu. Pelbagai faktor utama dan sampingan telah

dijadikan alasan untuk masyarakat Melayu menolak sistem sekolah oleh penjajah.

Pendidikan oleh Inggeris di Tanah Melayu diperkenalkan sekitar 1824 hingga 1957.

Pada waktu ini pentadbirannya diseliakan dan dikawal sepenuhnya oleh pihak Inggeris tanpa

menekankan falsafah atau dasar pendidikan yang memperjuangkan kepentingan masyarakat.

14

Page 15: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Pentadbiran pendidikan di Tanah Melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu

"pecah dan perintah" serta dasar terbuka dan tiada campurtangan tentang pendidikan

vernakular. Matlamat utamanya ialah semata-mata untuk memberi pendidikan kepada

segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian dari mereka memenuhi keperluan tenaga

dan ekonomi penjajah. Namun pendidikan kepada pelajar Melayu hanya sekadar melepas

batuk di tangga sahaja, iaitu menunaikan kewajipan kepada anak watan sesuai dengan

perjanjian Inggeris dengan pembesar - pembesar tempatan. Oleh yang demikian orang

Melayu yang tebal semangat kebangsaan menolak untuk mengikuti pendidikan di sekolah.

Faktor seterusnya melihat pendidikan ini adalah secara ad hoc tanpa dibendung oleh

satu garis panduan atau batasan konkrit. Inggeris tidak menggangap pendidikan Tanah

Melayu sebagai satu pelaburan untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan rakyat bagi

mencapai kemajuan. Sebaliknya mereka mengendalikan pendidikan di bawah dasar

benovelent welfare policy. Dipercayai objektif pemerintahan Inggeris adalah bukan hendak

mengubah atau memajukan struktur sosial tetapi sekadar menjadikan keadaan struktur sosial

yang sedia ada itu sedikit efisien dari sebelumnya. Pendidikan pada waktu itu berkembang

secara sewenang-wenangnya tanpa satu dasar yang jelas dapat membina dan memupuk

unsur- unsur kebangsaan di kalangan rakyat. Perkara ini menyebabkan orang Melayu seolah

dipermainkan dan dipandang rendah.

Dasar Inggeris telah mewujudkan sistem pendidikan plural (plural education all

system) sesuai dengan keadaan struktur masyarakat majmuk Terdapat lima aliran bahasa iaitu

bahasa Cina, Melayu, Arab dan Tamil. Sistem pendidikan plural ini tidak dapat menyemai

serta memupuk semangat kebangsaan  dikalangan penduduk yang berbilang kaum. Orientasi

pendidikan ini telah menekan dan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang kepada

negara asal mereka. Koloni British mengamalkan dasar ‘laissez-faire’ dengan membiarkan

tiap-tiap sistem persekolahan itu berkembang mengikut haluan masing-masing. Kesannya,

telah wujud empat sistem persekolahan yang berbeza di masa itu.

Keengganan orang Melayu ke sekolah dilihat sebagai boikot dan membantah sistem

tersebut. Hal ini menyebabkan jurang ekonomi dan sosial yang semakin ketara dalam

kalangan rakyat yang berbilang kaum. Kaum Melayu dengan sekolah pondok yang bersifat

tradisional memperlihatkan mutu pendidikan yang amat terbatas dan sekolah-sekolah Melayu

ini didirikan atas daya usaha orang perseorangan. Manakala kaum Cina dengan sekolah Cina

yang diusahakan oleh sukarelawan Cina, sedangkan sekolah Tamil pula diuruskan oleh kaum

India, menakala Sekolah Inggeris pula diambil alih oleh mubaligh-mubaligh Kristian.

15

Page 16: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

a) Kebencian Terhadap Penjajah

Menurut Amir Hasan Dawi (2009), kebencian kepada penjajah, protes terhadap pentadbiran

Inggeris di Tanah Melayu, perasaan syak wasangka terhadap tujuan Inggeris untuk

mengkristiankan ataupun sekurang-kurangnya mensekularkan orang-orang Melayu telah

menghalang mereka memasuki sekolah-sekolah berkenaan. Pernyataan ini jelas menunjukkan

bahawa masyarakat Melayu ketika itu sangat membenci kehadiran Inggeris walaupun tujuan

mereka menubuhkan sekolah pada masa itu bertujuan baik. Masyarakat Melayu ketika itu

lebih cenderung memilih sekolah agama ataupun langsung tidak perlu ke sekolah.

b) Kemasukan Terhad

Semasa pemerintahan Inggeris, sekolah Inggeris ditubuhkan untuk anak-anak bangsawan dan

anak-anak Raja. Banyak pendapat mengatakan sekolah Inggeris ini ditubuhkan untuk

memberi latihan kepada anak-anak bangsawan ini untuk menjadi pegawai-pegawai rendah

kerajaan Inggeris di Tanah Melayu. Jadi secara umumnya kemasukan ke sekolah Inggeris

hanyalah terhad kepada golongan bangsawan sahaja. Tambahan pula satu peperiksaan khas

perlu dilalui oleh calon-calon yang ingin mendapatkan pendidikan di sekolah aliran Inggeris

ini.

c) Tiada Kesedaran

Sebelum kedatangan penjajah, masyarakat Melayu di Tanah Melayu sememangnya tidak

pernah mendapat pendidikan secara formal. Mereka lebih fokus kepada pendidikan agama

yang didapati melalui tok guru dan alim ulama. Kelas pula biasanya diadakan secara tidak

formal di surau-surau ataupun di rumah sahaja. Apabila pihak Inggeris cuba untuk

memperkenalkan system persekolahan, masyarakat Melayu ketika itu tidak nampak akan

kepentingan sesebuah sekolah itu. Bagi mereka mendidik anak-anak dengan ilmu agama

adalah lebih penting. Ketika itu juga belum wujud lagi pekerjaan yang memerlukan kelulusan

tinggi, jadi lulus sekolah itu tidak menjadi kepentingan mereka lagi.

Berdasarkan tiga faktor di atas, maka tidak hairanla mengapa masyarakat Melayu

ketika zaman penjajahan Inggeris tidak begitu menitikberatkan persekolahan. Namun selepas

tamat zaman penjajahan, kesedaran tentang kepentingan persekolah meningkat apabila lebih

ramai anak-anak melayu di hantar belajar secara formal samada di sekolah aliran Melayu atau

Inggeris dan sistem pembelajaran formal ini berterusan sehinggalah sekarang.

Aktiviti 6.4

Bandingkan sistem persekolahan sebelum merdeka dengan sistem persekolahan semasa

16

Page 17: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Sebelum merdeka Pendidikan semasa

Terdapat 4 jenis sekolah iaitu sekolah

Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris

Semasa penjajahan British, Inggeris

mengamalkan dasar Pecah-Perintah iaitu

dengan mengasingkan penduduk tanah

melayu mengikut bangsa masing-masing.

Sekolah-sekolah ini menggunakan bahasa

pengantar, kurikulum, buku dan guru

masing-masing.

Akta pendidikan 1996 bertujuan untuk

memantapkan lagi pembangunan pendidikan

melalui penggubalan dan pindaan akta

tersebut

Kelemahan system pendidikan British

menyebabkan wujudnya beberapa laporan

bagi memperbaiki system tersebut antaranya:

1.Fenn-Wu 1951- menyemak pendidikan

kaum cina

2.Ordinan Pelajaran-mengesyorkan Sekolah

kebangsaan sebagai corak persekolahan

kebangsaan

3.Dasar Pelajaran Kebangsaan

4.Laporan Razak (1956)-meletakkan asas

bagi perkembangan system pendidikan untuk

memupuk perpaduan melalui Sistem

Pelajaran Kebangsaan

4.Laporan Barnes (1951)-menyemak dan

membaiki keadaan pendidikan kaum melayu

Program bimbingan dan kaunseling dengan

memperuntukkan seorang kaunselor setiap

500 orang pelajar bermula tahun 2003

Pendidikan mengambil berat aspek

mengagungkan tanah air sendiri contohnya:

-Pendidikan cina di Malaysia berorientasikan

Negara asal mereka iaitu Negara China

-Manakala india berasaskan Negara India

Pendidikan prasekolah, KBSR , KBSM,

KSSR, pendidikan tinggi, vokasional dan

teknik dan pendidikan swasta sentiasa dikaji

bagi mengesan sebarang kelemahan bagi

mencapai objektif yang ditetapkan

Berlandaskan falsafah pendiidkan Negara

17

Page 18: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

yang ingin mewujudkan insane yang

seimbangkan dari segi jasmani, emosi, rohani

dan intelek (JERI)

Terbahagi kepada 2 peringkat :

1.Peringkat persekolakhan (rendah dan

menengah)

2.Peringkat tinggi

Dasar pendidikan Malaysia serangam dengan

wawasan 2020 iaitu untuk “mewujudkan

masyarakat saintifik dan progresif yang

mempunyai daya perubahan tinggi serta

memandang kehadapan, yang bukan sahaja

menjadi pengguna teknologi tetapi juga

menyumbang kepada tamadun saintifik dan

teknologi masa depan” (INTAN 1994) (di

petik dari buku Sekolah & Masyarakat)

Pendidikan sebelum kolonialisme

berteraskan agama islam ada 3 peringkat

1:Berpusatkan rumah

2.Peringkat masjid

3.Peringkat Sekolah dan pondok

Pendidikan agama diajar oleh guru Al-Quran,

merangkumi pembelajaran tentang fardu

kifayah, fardu ain, hafalan doa dan bahasa

arab

Memberikan penekanan kepada kesopanan,

budi bahasa, pertahanan diri dan ekonomi

sara hidup

Dalam Rancangan Malaysia Pertama (RM1)

hingga Rancangan Malaysia Kesepuluh

(RM10) ,aspek pendidikan sentiasa menjadi

agenda utama bagi memantapkan system

pendidikan

Sekolah melayu menggunakan kurikulum

yang menekankan pelajaran bacaan,

mengarang, ejaan, menulis jawi dan rumi,

Kerajaan sentiasa mencari formula baru bagi

memastikan para pelajar yang keluar dari

institusi pendidikan akan menjadi seorang

individu yang mampu menberikan

18

Page 19: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

ilmu hisab, ilmu alam dan latihan jasmani.

Sekolah melayu dilekakan dengan cerita-

cerita dongeng.

sumbangan maksimum terhadap negara

Pendidikan pra Sekolah bagi kanak-kanak

dalam linkungan umur 5 tahun

pada awal tahun 2000, beberapa dasar baru

telah dirangka, diluluskan dan berkuatkuasa

di semua Sekolah di seluruh Negara

termasuklah Sekolah bestari, Sekolah

wawasan, PPSMI dan sebagainya.

Mulai tahun 2003, matematik dan sains diajar

dalam bahasa inggeris, manakala mata

pelajaran yang lain kekal dengan bahasa

melayu.

Mulai tahun persekolah 2003, dasar

pendidikan wajib di peringkat Sekolah

rendah dikuatkuasa sepenuhnya.

Pada tahun 2005, bahasa cina dan tamil

dijadikan sabagai mata pelajaran efektif

sahaja di Sekolah-sekolah kebangsaan

Aktiviti 7.1

Dapatkan kod etika perguruan Malaysia dan buat interpretasi mengenainya.

Profession perguruan mempunyai matlamat untuk membentuk insan dan ihsan

manusia yang sempurna dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaninya. Guru juga

berperanan menyediakan seorang individu itu tentang peranan dan tanggungjawabnya di

dalam masyarakat demi mencapai kesempurnaan dan kesejahteraan diri, keluarga,

masyarakat seterusnya membantu negara mencapai kemajuan.

Dari pendapat keagamaan, seorang guru itu setaraf dan seangkatan dengan pemimpin

dan ketua masyarakat kerana guru berperanan mendidik dan membimbing ahli masyarakat

lain ke arah jalan yang benar dan tidak terpesong dari landasan kehidupan yang baik.

Pekerjaan ini juga dianggap satu ibadah.

19

Page 20: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Guru seharusnya menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi, tidak

mementingkan diri sendiri dan memilih tugas. Ciri-ciri ini penting kerana tugas guru berkait

rapat dengan mutu pendidikan di mana dalam pengajaran, jika guru lakukan dengan ikhlas

dan bersungguh-sungguh, ia akan menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih

bersungguh-sungguh. 

Oleh kerana setiap tindakan dan tingkah laku guru akan menjadi perhatian dan ikutan

pelajar, ia memerlukan tindakan yang penuh perhatian yang teliti dan berhati-hati.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan garis panduan atau kod etika perguruan di

Malaysia agar para guru tidak lari dari landasan serta tidak melakukan tindakan yang tidak

wajar. Etika perguruan adalah satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap

masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa.

Antara kod etika yang telah ditetapkan adalah :-

1. Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat

profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap

profesion perguruan.

2. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada

jatuhnya maruah diri dan kehilangan  amanah berhubung dengan kewangan.

3. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.

4. Tanggungjawab utama guru adalah terhadap anak muridnya.  Kepentingan murid

mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau

persendirian.

5. Guru haruslah menumpukan perhatian dan memberi pengajaran kepada setiap

muridnya tak mengira bangsa, agama dan kepercayaannya.

6. Guru haruslah bertugas sebagai ’pengganti ibu bapa’ dalam usaha membentuk tingkah

laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat

7. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid

tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat

asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain

8. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan

membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek,

daya cipta dan lain-lain

9. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri

murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan

20

Page 21: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

10. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid,

masyarakat atau negara

11. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka

dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna

12. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan

keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya

13. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role

model' kepada muridnya

14. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau

pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah

melainkan bayaran yang disahkan

15. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran

persendiria

16. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian

terhadap muridnya

17. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli

masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya

18. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain

19. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk

tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan

Aktiviti 7.2

Bincangkan isu-isu profesion guru Malaysia

1. Cabaran Guru Mengajar di Kawasan Pedalaman

Isu guru yang diarahkan untuk mengajar di kawasan pedalaman adalah isu yang

sering dibincangkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Hal ini kerana, kebanyakan

guru yang diarahkan untuk mengajar di kawasan pedalaman tidak bersetuju untuk ke sana

atas pelbagai alasan. Antara alasan yang diutarakan adalah:

Infrastruktur yang tidak memuaskan dan tidak lengkap. Sekolah tidak lengkap

dengan kemudahan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, suasana sekolah

tidak sesuai untuk sesi pembelajaran yang efektif.

21

Page 22: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Pengangkutan jalan raya yang tidak selesa dan terlalu jauh. Isu ini telah

diutarakan oleh Wahid Hashim (2007),yang mana guru-guru di Pulau Bum

Bum, Sabah, terpaksa menaiki bot penambang setiap pagi untuk pergi ke

sekolah kerana tempat tinggal dan sekolah adalah jauh dan mengambil masa

20 minit daripada jeti Semporna. Mereka tidak dapat menggunakan jalan

kampung kerana keadaan jalan yang sempit dan tidak muat untuk dua buah

kereta berselisih.

Kos perjalanan ke kawasan pekan atau bandar kecil adalah tinggi. Di

pedalaman Keningau, Sabah, seorang guru dari Semenanjung Malaysia hanya

dapat ke sebuah pekan berhampiran berkekerapan dua bulan sekali. Hal ini

kerana kos untuk perjalanan keluar masuk dengan bot ke pekan itu sahaja

mencecah RM700 dengan jalan air (Wahid Hashim, 2007).

Keselamatan yang tidak terjamin. Hal ini kerana kawasan pedalaman adalah

terpencil dan penduduknya tidak ramai jika dibandingkan dengan kawasan

bandar. Ini amat membimbangkan terutamanya bagi guru wanita. Seorang

guru yang mengajar di Keningau Sabah, juga menyatakan kebimbangannya

yang mana beliau khuatir jika berlaku sesuatu kepada beliau, seperti kematian,

tiada siapa yang akan menguruskan jenazah beliau kerana penduduk di situ

bukan beragama Islam (Wahid Hashim, 2007).

Alasan-alasan ini tidak harus diremehkan kerana ada kebenarannya. Cabaran-cabaran

seperti ini amat memerlukan perhatian yang sewajarnya. Hal ini kerana, ia melibatkan

profesionalisme perguruan. Anak didik memerlukan pembimbing iaitu guru-guru dalam

memimpin mereka menempa kejayaan dan keluar daripada kepompong kesusahan, manakala

para pendidik pula terpaksa menempuh segala kesusahan untuk merealisasikan rancangan

negara bagi membentuk insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

2. Pengkeranian Guru

Isu pengkeranian guru atau lambakan kerja guru sering menjadi perdebatan di antara dua

pihak iaitu Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) dengan

Kementerian Pelajaran Malaysia. Isu ini diusulkan oleh NUTP kerana bebanan kerja guru

kini semakin bertambah. Ini kerana, guru bukan sahaja di pertangungjawabkan untuk

mengajar malah guru juga terpaksa mengawal disiplin pelajar, mengisi kira - kira 100 - 600

helai borang untuk matapelajaran setiap kali Penilaian Adab Belajar (LAB), menguruskan fail

berkaitan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), menguruskan dan menyediakan laporan panitia

22

Page 23: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

yang antaranya terdiri daripada sukatan rancangan mengajar, minit mesyuarat, maklumat diri,

guru, perancangan tahunan, perkembangan kakitangan , pencerapan program peningkatan

prestasi pelajar dan analisis peperiksaan.

Selain itu, dalam bidang ko-kurikulum pula, banyak guru terpaksa terlibat dalam aktiviti luar

yang menjejaskan mutu dan kualiti kerja malah ada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang

menganjurkan 30 aktiviti dalam tempoh sebulan. Namun begitu, terdapat sesetengah pihak

yang tidak bersetuju dangan dakwaan ini contohnya dalam akhbar Harian Metro Setiausaha

Agung Kongres berkata “ sekiranya golongan guru terlalu ‘dimanjakan’ pihak kami bimbang

peranan yang dimainkan oleh mereka yang diamanahkan untuk mendidik anak bangsa akan

terhakis”. Beliau berkata lagi “ Setiap bidang pekerjaan mempunyai tekanan tersendiri dan ia

perlu dihadapi dengan tenang supaya dapat mencari jalan terbaik untuk menyelesaikannya “.

“ Saya bimbang kerana selalu dipertahankan matlamat asal mereka dilupakan “.

Isu ini wajar dibincangkan bukan sahaja kerana untuk mempertahankan pihak guru semata–

mata malah ianya dibincangkan supaya masyarakat sekeliling tidak memandang remeh

terhadap kerjaya sebagai seorang pendidik. Ini kerana kita sering mendengar masyarakat

mengatakan kerjaya seorang guru adalah untuk mengajar dan ianya satu kerjaya yang mudah.

Namun hakikatnya, mereka tidak menyedari fungsi guru sebagai pendidik ini adalah amat

penting bagi masyarakat, negara, agama dan bangsa. Dengan mengupas isu ini secara

mendalam ianya dapat membuka mata masyarakat supaya lebih menghormati guru dan

kerjayanya. Selain itu, guru juga harus sedar bebanan kerja yang mereka pikul itu adalah bagi

melahirkan anak bangsa yang berjaya dan bagi menjadikan sistem pedidikan Malaysia

bertaraf dunia.

3. Guru Mengajar Subjek di Luar Pengkhususan

Dalam usaha Malaysia meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan untuk

meningkatkan imejnya untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan di Asia Tenggara

masih terdapat lagi kekurangan yang perlu diberi perhatian. Antaranya masalahnya adalah

terdapat segelintir guru terpaksa mengajar subjek di luar pengkhususan mereka semasa di

universiti. Walawpun hanya ia melibatkan sebilangan kecil sahaja guru yang terpaksa

mengajar subjek diluar pengkhususan dan hanya berlaku dikawasan luar bandar tetapi ia

perlu dianggap serius. Hal ini kerana ia melibatkan kualiti dan mutu pendidikan negara.

Tambahan pula ia melibatkan matapelajaran yang kritikal seperti matematik, sains dan bahasa

inggeris.

23

Page 24: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Antara faktor yang menyebabkan berlakunya masalah ini adalah kerana berlakunya

masalah kekurangan guru disekolah tersebut terutamanya guru-guru dalam pengkhususan

tertentu. Guru-guru ini terpaksa memikul tanggungjawab sebagai guru ganti walawpun tiada

kepakaran dalam bidang tersebut, keadaan ini boleh menambahkan bebanan guru yang

sememang sudah mempunyai banyak komitmen dalam bidang pengkhususannya. Keadaan ini

boleh mendatangkan stress atau tekanan kepada guru dan mereka tidak dapat merancang

strategi pengajaran dan pengajaran mereka dengan baik. Selain itu, keadaan ini boleh

mengurangkan kualiti pengajaran dan pembelajaran didalam kelas kerana guru yang

mengajar kurang mahir dengan subjek yang diajar. Tambahan pula, jika keadaan ini

berterusan ia kadangkala akan memberi kesan yang kurang baik kepada pelajar untuk jangka

masa yang panjang kerana ia boleh menyebabkan pelajar keciciran dalam pelajaran mereka.

Keadaan ini boleh mengurangkan mutu pendidikan di negara ini jika ia tidak diatasi dengan

segera.

4. Masalah Disiplin Pelajar

Profesionalisme perguruan pada hari ini semakin mencabar kredibiliti para guru

kerana boleh dikatakan setiap hari terpapar di dada akhbar berita mengenai masalah disiplin

pelajar. Masalah disiplin yang berlaku sekarang tidak seperti masalah disiplin yang berlaku di

era 90-an sebaliknya semakin melampau. Pelajar-pelajar sekarang seolah-olah tidak takut

akan kesan dan akibat yang bakal dihadapi sekiranya melakukan masalah disiplin. Hal ini

demikian kerana ada sesetengah ibu bapa tidak menyalahkan anak mereka sekiranya anak-

anak mereka melakukan kesalahan disiplin. Seks bebas dan jenayah seksual di kalangan

pelajar kini semakin menular dan membimbangkan kita terutamanya pelajar di kawasan

bandar dan kota . Apa yang menyedihkan kita ialah penglibatan mereka mula dikesan

seawal usia 13 tahun ketika mereka mereka berada di tingkatan satu dan dua. Peningkatan

pembabitan remaja perempuan dalam aktiviti maksiat juga adalah satu lagi petanda bahawa

keruntuhan akhlak remaja di Malaysia bertambah serius.

Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial di kalangan pelajar sekolah.

Berbagai-bagai gejala sosial telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu

pelbagai sekali baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa. Namun, oleh

kerana golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatan

merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap lapisan

masyarakat. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan

remaja yang masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang melanda mereka ini. Melihat

24

Page 25: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

kepada masalah sosial dan perbuatan jenayah membabitkan pelajar dan remaja benar-benar

membimbangkan kita.

Pada peringkat pelajar dan remaja, seseorang individu mengalami perubahan yang

amat pesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi mahupun sosial. Pada zaman inilah para

remaja mula terdedah kepada alam luas di luar rumah, malah persekitaran ini sudah

merupakan rumah kedua kepada mereka. Remaja juga belajar banyak perkara yang tidak

semuanya datang dari ibu bapa tetapi kebanyakannya daripada persekitaran sosial yang mana

ia membesar. Pada tempoh-tempoh inilah para remaja mula mengubah tingkah laku, sikap,

dan nilai, malahan seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada alam yang lebih

matang dan dewasa (Bettelheim, 1950).

Mereka bukan sekadar nakal dengan menghisap rokok, bergaduh sesama sendiri atau

berkelakuan tidak senonoh malah gejala seperti membuang bayi, ponteng sekolah, lari dari

rumah, seks bebas serta serta lagi melepak tidak memeranjatkan kita. Mereka kini sudah

berani melakukan perbuatan jenayah berat seperti menganggotai kumpulan samseng seperti

kumpulan gengsterisme, membunuh, samun tanpa senjata api mahupun dengan senjata api,

merogol, pelacuran, judi, vandalisme penyalahgunaan dadah , minum minuman keras,

terbabit video lucah dan sebagainya. Keadaan seperti ini bukan sahaja berlaku disekolah

bandar dan di pinggiran bandar, malah di sekolah luar bandar. Pelajar yang sering

melanggar disiplin atau salah laku sekolah digelar pelajar devian.

Aktiviti 7.3

Senaraikan jenis-jenis sekolah yang terdapat di Malaysia

i. Sekolah Kebangsaan

ii. Sekolah Jenis Kebangsaan

iii. Sekolah Berasrama Penuh

iv. Sekolah Menengah Teknik

v. SMK Agama

vi. Sekolah Menengah Harian

vii. Sekolah Premier

viii. Sekolah Seratus Tahun

25

Page 26: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

ix. Sekolah Bestari

x. Sekolah Kluster

xi. Sekolah Wawasan

xii. Sekolah Penyayang

xiii. Sekolah Model Khas

xiv. Sekolah Pendidikan Khas

Huraikan sebab mengapa terdapat sekolah yang menjadi pilihan.

Sebab-sebab mengapa terdapat sekolah yang menjadi pilihan ibubapa ialah sekolah

yang baik mempunyai seorang pemimpin yang berwibawa. Kepimpinan akan menentukan

nilai-nilai seperti bekerjasama, kemesraan, keadilan, ketekalan dan saling hormat

menghormati. Pemimpin yang berwibawa harus mempunyai hubungan yang baik dengan

masyarakat setempat. Ini bagi memudahkan sekolah mendapat bantuan dari komuniti

setempat. Selain itu, sekolah yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi turut

menjadi penyebab kenapa sekolah tersebut menjadi pilihan. Dengan berlakunya peningkatan

dalam bidang akademik,masyarakat beranggapan sekolah tersebut mempunyai guru-guru

yang berwibawa serta mempunyai guru yang bersemangat tinggi. Tanpa adanya semangat

yang tinggi, sukar bagi sekolah untuk berjaya memperolehi pencapaian terbaik. Kebanyakan

sekolah yang menjadi pilihan ini mempunyai kemudahan fizikal yang terbaik. Misalnya

sekolah mempunyai bangunan, makmal, pusat sumber, dewan, computer dan bilik yang

lengkap. Dengan adanya semua kemudahan, murid akan selesa untuk menerima

pembelajaran.

Sebab yang seterusnya ialah sekolah tersebut yang menggalakkan dan mengamalkan budaya

ilmu.Murid telah mendapat galakan dan sokongan dari pihak sekolah. Di setiap bangunan

sekolah mempunyai kata-kata ilmu dan ini akan membuatkan murid secara tidak langsung

akan membaca dan melakukan perbuatan berdasarkan kata-kata ilmu tersebut. Sebagai

contoh, guru telah menggalakkan muridnya membawa buku di mana-mana sahaja dan ini

secara tidak langsung akan membuatkan murid tersebut akan membaca buku yang dibawa itu.

Lama-kelamaan murid itu akan terbiasa dengan keadaan itu dan ini akan membawa dorongan

kepada murid lain untuk melakukan perkara yang sama. Sebab yang terakhir ialah sekolah

tersebut telah mewujudkan iklim sekolah yang baik. Iklim sekolah yang diwujudkan boleh

menyebabkan seseorang murid rajin atau malas, bermotivasi atau layu dan berdisiplin atau

delinkuen di sekolah. Suasana sekolah tersebut akan mempengaruhi cara seseoarang itu

26

Page 27: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

belajar. Sebagai contohnya, jika murid tersebut berkawan dengan murid yang rajin, secara

tidak langsung murid tersebut akan menjadi rajin juga dan jika berkawan dengan murid yang

sebaliknya, maka murid tersebut akan menjadi sebaliknya.

Aktiviti 7.4

(a) Berikan definisi sekolah dan huraikan kepentingannya kepada masyarakat

Sekolah ialah sebuah tempat untuk mengajar dan belajar, tempat untuk member dan

menerima pendidikan formal. Sekolah dianggap sebagai pusat menimba ilmu khusus kepada

kanak-kanak bermula dari peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan

seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Bagi setiap kategori tersebut dikenali dengan

nama-nama yang berlainan. Pra Sekolah bagi kanak-kanak yang berusia 5 dan 6 tahun.

Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah bagi peringkat usia 7 hingga 12 tahun. Sekolah

menengah bagi peringkat usia 13 hingga 19 tahun. Manakala Universiti, Koleh, Institut,

Maktab dan sebagainya adalah pusat-pusat pengajian tinggi. Namun konsepnya adalah sama,

yakni member pendidikan (mengajar dan belajar). Menurut Amir Hasan Dawi, sekolah

merupakan institusi sosial formal moden. Sekolah juga sering dirujuk sebagai organisasi

formal. Antara perkara-perkara yang menunjukkan formaliti sekolah ialah wujudnya

peraturan, prosedur, carta organisasi, deskripsi tugas, memorandum, minit, fail,

jawatankuasa, status jawatan, diari dan lain-lain.

Kepentingan sekolah kepada masyarakat ialah

i. Sekolah merupakan tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu

dan selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada.

ii. Memberi peluang kepada murid untuk bebas berinteraksi di antara murid dengan

murid, murid dengan guru serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah

iii. Membentuk murid lebih berdedikasi, lebih berinisiatif, lebih rela bekerjasama, lebih

ramah dan mesra, lebih spontan dan berkreativiti serta lebih tinggi motivasinya.

iv. Melengkapkan diri setiap murid agar dapat menguasai kemahiran asas 4M.

v. Menerapkan nilai-nilai Islam ke arah pembentukan murid yang berdisiplin, berakhlak

mulia, bertanggungjawab dan kasihkan sekolah, keluarga, masyarakat dan alam

semesta.

27

Page 28: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

vi. Mempertingkatkan kecemerlangan akademik di semua peringkat. Keutamaan diberi

kepada peningkatan prestasi UPSR, PMR, SPM dan peperiksaan penting yang lain di

samping melahirkan murid-murid yang berbakat dalam bidang kurikulum dan juga

ko-kurikulum.

vii. Memupuk kesedaran ibu bapa tentang pentingnya pendidikan dan kesejahteraan masa

depan anak-anak mereka.

(b) Senaraikan aspek-aspek keberkesanan sekolah dan huraikan peranan guru di

sekolah yang berkesan.

Aspek-aspek keberkesanan sekolah

a) Kepimpinan Pengetua

b) Iklim sekolah

i. Perhubungan Interpersonal

ii. Pengajaran dan Pembelajaran

iii. Kepimpinan Pentadbiran

iv. Kemudahan Fizikal

c) Pencapaian Pelajar

i. Peningkatan skor ujian

ii. Penigkatan dalam kehadiran 

iii. Pertambahan dalam bilangan tugasan penulisan dan kerja rumah

iv. Pertambahan peruntukan masa untuk mata pelajaran Matematik, Bahasa

Inggeris, Sains dan lain-lain.

v. Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum

vi. Sokongan yang berkualiti untuk pelajar istimewa

d) Penglibatan ibu bapa

Berikut merupakan peranan guru di sekolah yang berkesan.

Menentukan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran dapat difahami dengan

jelas

Guru efektif ialah guru yang mampu menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran

dengan jelas dan saksama berasaskan tahap pencapaian murid. Guru perlu memaklumkan

objektif kepada murid- murid sebelum pembelajaran bermula. Ini bertujuan untuk

memastikan murid-murid bersedia dengan sesi pembelajaran pada waktu itu dan mengelakan

28

Page 29: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

mereka hilang fokus mengenai input yang diberikan oleh guru. Namun begitu, refleksi yang

diperolehi tidaklah selalunya positif. Jika terdapat keputusan yang berbeza, guru perlu

membuat penambahbaikan untuk memastikan kesilapan dan kelemahan dapat diatasi. Setiap

proses bermula dengan objektif untuk menentukan hala tuju sesuatu kumpulan. Oleh sebab

itu, guru yang efektif mustilah guru yang dapat menentukan objektif sesuatu P&P.

Menyediakan Rancangan Mengajar:

Salah satu tugas wajib seorang guru ialah menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan

(RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Guru mesti membuat perancangan pelajaran

sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran, tidak terkecuali guru berpengalaman,

guru cemerlang dan guru pakar. Persediaan mengajar oleh guru akan melibatkan masa yang

berbeza mengikut pencapaian murid, kelas, bahan, dan kepandaian seseorang. Berdasarkan

RPH yang disediakan, guru dapat mengenal pasti potensi sesetiap murid dan akan

menyedikan bahan yang bersesuaian dengan potensi sebenar. Aktiviti mengukuhkan dan

menambahbaikan juga dapat dilaksanakan dengan bersistematik. Murid-murid akan

mengikuti pengajaran peringkat demi peringkat, langkah demi langkah, fakta demi fakta,

yang keseluruhannya secara sistematik dan efektif.

Kepelbagaian Kaedah Mengajar:

Guru perlu menjadi seorang yang kreatif. Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik

dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi

pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid. Kaedah yang digunakan hendaklah

sentiasa diperbaiki dan diubahsuai untuk memastikan murid-murid tidak bosan dan sekaligus

dapat memberikan ilmu baru kepada mereka. Minat murid terhadap sesuatu mata pelajaran

boleh diasah. Salah satu caranya ialah guru perlu kreatif dalam menyampaikan P&P kepada

mereka. Mata pelajaran yang dikatakan sebagai “killer subject” tidak menjadi penghalang

untuk murid mendapat keputusan yang cemerlang jika guru dapat mencari satu resepi rahsia

yang dapat menarik minat murid-murid. Kajian menunjukkan bahawa kaedah yang

digunakan amat berperanan penting sebagai sumber kefahaman, minat dan komitmen murid

dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid lebih tertarik kepada kaedah yang kemaskini dan

menggunakan peralatan elektronik seperti komputer, internet, power point, dan video. Namun

begitu, guru juga dapat menarik perhatian mereka dengan menggunakan mimik muka,

intonasi suara dan gaya tubuh yang berkesan.

Ujian dan Penilaian:

29

Page 30: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Setelah sesi P&P berakhir, guru seharusnya berkemahiran mengemukakan pelbagai jenis

soalan dengan tujuan tertentu berasaskan konsep penyoalan. Di antara tujuan penilaian ialah

mendapatkan maklumat, menguji kefahaman, menimbulkan kepekaan, menarik perhatian,

membayangkan jawapan, dan mengukuhkan pemahaman. Soalan-soalan boleh mendatangkan

rangsangan dan motivasi untuk pelajar berfikir secara konstruktif dan inovatif. Soalan dibina

dalam bentuk ayat mudah, berstruktur atau terbuka. Prestasi sebenar murid dapat dicungkil

sewaktu sesi ujian dan penilaian.

Kejelasan penyampaian dan penghuraian isi pelajaran:

Guru memang tidak boleh lari dengan suara yang kuat. Tidak dinafikan, setiap guru harus

memastikan penyampaian yang diberikan jelas. Penyampaian guru yang jelas dan mudah

difahami oleh murid akan menjadikan mereka lebih beminat dan mengikuti pembelajaran

sehingga tamat. Kepelbagaian dalam gaya penyampaian dan bahasa yang mudah difahami

serta formula yang tahu aplikasi akan menjadikan pembelajaran murid bertambah komited

dan efektif. Guru seharusnya berkebolehan dalam menerangkan secara jelas mengenai

sesuatu konsep abstrak dan konkrit.

Aktiviti 8.1 (A)

Terdapat pelbagai surat pekeliling dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

yang berkaitan dengan masalah disiplin pelajar. Senaraikan surat-surat pekeliling

berkenaan.

IKTISAS

1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1975 Disiplin - Murid-murid Menghisap Rokok

(05/09/1975)

2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6A/1975 Salahguna Dadah - Garis Panduan Untuk

Guru Panduan dan Guru Besar (05/09/1975)

30

Page 31: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1979 Laporan Murid-murid Dalam Keadaan Risiko

Penyalahgunaan Dadah Yang Memerlukan Pertolongan (26/03/1979)

4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1983 Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap

Murid-murid Yang Melakukan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam

Peraturan-peraturan Pelajaran (07/11/1983)

5. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1993 Lapor Kepada Polis Salahlaku Yang

Berbentuk Jenayah (15/02/1993)

6. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1995 MENANGANI MASALAH PONTENG DI

SEKOLAH (05/09/1995)

7. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1996 Pelaksanaan Kuasa Disiplin dan Hukuman Di

Sekolah (03/09/1996)

8. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1997 Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok

(22/05/1997)

9. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000 Menangani Masalah Keselamatan, Dadah Dan

Gengster (14/03/2000)

10. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.11/2000 Membanteras Jenayah Di Kalangan Murid

Sekolah (05/07/2000)

11. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2001 Pemantapan Pengurusan Disiplin Di Sekolah

(19/07/2001)

12. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2001 Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif

(23/07/2001)

13. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2009 Penguatkuasaan Larangan Membawa dan

Mengguna Telefon Bimbit oleh Murid di Sekolah (25/03/2009)

14. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2010 Garis Panduan Mencegah dan Menangani

Perbuatan Buli Dalam Kalangan Murid di Sekolah (29/07/2010)

15. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/2010 Pelaksanaan Ujian Urin Murid Sekolah

(08/02/2010)

16. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7 Tahun 2011 Pelaksanaan Standart Operating

Procedure (SOP) 1:3:7 Pelaporan Dan Menangani Isu Disiplin Murid

(28/06/2011)

PENTADBIRAN

31

Page 32: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

17. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1995 Tatacara Mengenakan Tindakan dan

Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah (11/10/1995)

18. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/1998 Menangani Kegiatan Gengster Di Sekolah

(06/08/1998)

Aktiviti 8.2

Terdapat kumpulan-kumpulan yang berinteraksi antara satu sama lain. Setiap

kumpulan mempunyai ciri-ciri yang mempunyai perbezaan dengan kumpulan lain.

Perbezaan dan persamaan antara kumpulan dengan kumpulan lain. Perbezaan dan

persamaan antara kumpulan membolehkan interaksi sosial berlaku dengan dinamik.

Huraikan ciri-ciri perbezaan antara kumpulan-kumpulan sosial berikut :

a) Kumpulan Etnik

Istilah etnik datang daripada bahasa Yunani iaitu Etnos yang membawa maksud

orang. Satu kumpulan etnik di tafsirkan secara sosial berdasarkan ciri-ciri budayanya.

Kemudian ia mempunyai sifat etnisiti yang mempunyai sikap kekitaan yang kuat dimana

masyarakatnya di satukan dengan satu ikatan sejarah, sikap, nilai dan tingkah laku yang

sama.

Setiap satu etnik dapat dibezakan dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola

keluarga atau latar belakang susul galur nenek moyang , pakaian, bahasa tradisi, pandangan

tentang kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi, struktur adat istiadat dan hiburan.

Contoh kumpulan etnik yang terdapat di Malaysia adalah Melayu, Cina, India, Kadazan,

Dusun, Melanau dan Iban. Pada dasarnya setiap kumpulan etnik ini bersikap etnosentrik iaitu

menganggap ciri-ciri dan amalan budaya mereka sebagai wajar, betul dan lebih utama

berbanding etnik yang lain. Kadangkala mereka akan memandang budaya etnik lain sebagai

bernilai rendah, tidak penting, ganjil dan tidak bermoral. Namun begitu, kumpulan –

kumpulan ini di satukan dibawah sistem politik yang sama dimana penerapan budaya hormat-

menghormati dan perpaduan telah berjaya menghapuskan sikap mementingkan kaum sendiri

dan menghina kumpulan etnik yang lain.

Kumpulan-kumpulan etnik juga boleh di bezakan melalui ciri – ciri rasnya iaitu ciri –

ciri fizikal dalam kelompok manusia. Ciri – ciri paling ketara bagi membezakan sesuatu

kumpulan etnik itu adalah warna kulit. Seperti contoh orang Melayu mempunyai kulit sawo

matang manakala orang Cina mempunyai kulit yang cerah.

32

Page 33: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Etnik, menurut kamus dewan boleh ditafsirkan sebagai bangsa manusia dimana ia

tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau unsur sesuatu kaum itu.

Kebiasaannya ia bermula daripada konsep keturunan dan turun temurun dari nenek moyang

mereka.

Pengkelasan etnik boleh dilakukan melalui perbezaan budaya. Budaya boleh di lihat melalui

aktiviti yang terdapat dipersekitarannya seperti kesenian, barang, makanan, tarian dan

sebagainya. Dua kategori besar budaya dikelaskan kepada budaya kebendaan dan budaya

bukan kebendaan. Jika dilihat daripada budaya kebendaan, orang Melayu mempunyai bentuk

rumah yang berbeza daripada orang Iban di Sarawak. Melalui kebudayaan bukan kebendaan

pula boleh dilihat dari segi kepercayaan dan undang – undang. Contoh paling ketara ialah

adat perkahwinan dalam masyarakat India iaitu hantaran atau dowri akan dihantar oleh pihak

perempuan manakala bagi masyarakat Melayu, hantaran akan di hantar oleh pihak lelaki.

Selain itu kumpulan etnik boleh dikelaskan mengikut demografinya iaitu mengikut

kedudukan geografi dan sempadan negeri. Contoh di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai

kumpulan etnik pada kumpulan yang berbeza. Kaum Bajau lebih banyak tinggal di bahagian

pantai barat Sabah manakala kaum Murut banyak didapati dikawasan pedalaman dan

tenggara Sabah.

b) Kumpulan Gender

Kumpulan ini menjelaskan mengenai perbezaan antara lelaki dan perempuan didalam

isi rumah yang sama dan di antara budaya di mana dari segi sosial dan budayanya dibentuk

mengikut perubahan masa. Perbezaan yang ketara itu akan memberi impak yang besar dalam

memainkan peranan, tanggungjawab, jangkaan dan hak kesamaan terutamanya terhadap

sumber, peluang kekayaan dan persepsi yang dipegang oleh lelaki dan wanita. Gender

bukanlah merupakan sesuatu yang sinonim pada wanita walhal ianya merupakan satu

pertimbangan yang digunakan dan saling bergantung antara lelaki dan perempuan.

Walau bagaimanapun, gender sering dikelirukan dengan jantina. Jantina adalah

perbezaan antara wanita dan lelaki dari segi biologi dan struktur autonominya iaitu organ

luaran, organ dalaman dan perkembangan sekunder wanita sewaktu baligh. Manakala gender

merujuk kepada peranan dan jangkaan yang selalu dikaitkan sebagai punca utama perbalahan

wanita dalam kesamaan hak dan status dalam kehidupan. Antara isu lain yang sering

ditimbulkan adalah taraf hidup, keluarga, status ekonomi dan kesihatan.

Ciri-ciri gender terbentuk secara sosial yang mengaitkan cara hidup dan tingkah laku

lelaki dan perempuan dalam erti yang lebih khusus. Lakaran simbol budaya, konsep normatif,

33

Page 34: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

struktur institusi dan imej dalaman dirujuk dalam proses pembinaan peranan sifat kelakian

dan kewanitaan seseorang itu. Jangkaan dalam fungsi perbezaan gender boleh membezakan

keperluan semasa penekanan kuasa dalam perhubungan dan ianya boleh berubah dari masa

ke semasa dan selalunya berdasarkan perbezaan sosial dan budaya.

c) Kumpulan Budaya

            Secara amnya, budaya atau dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai culture membawa

maksud cara hidup manusia. Ia termasuk perkembangan dari segi sahsiah, akal, semangat dan

usaha manusia dalam kelompoknya. Ianya terserlah apabila perkataan budaya itu berasal

daripada perkataan ’budi’ dan ’daya’ iaitu budi mewakili aspek dan nilai seseorang (aspek

dalaman) manakala daya merupakan usaha dan hasil dari usaha seseorang (aspek luaran)

Ciri – ciri utama budaya adalah :-

1.         Budaya merupakan perkongsian suatu masyarakat

Persamaan norma, nilai dan cara adalah yang paling sesuai bagi menerangkan tentang

perkongsian hidup dalam masyarakat. Norma sesebuah masyarakat boleh diukur melalui

peraturan sosialnya seperti contoh, penentuan satu tingkah laku itu diterima atau tidak dalam

sesuatu situasi sama ada secara formal atau tidak formal.

Budaya juga mempunyai nilai yang berbeza – beza dalam membuat andaian dan sebagai kayu

ukur penilaian bagi satu bahan, maklumat dan situasi. Dalam hal pengawalan juga berbeza

terutamanya dalam aspek ganjaran dan hukuman sesuatu kesalahan.

            2.         Budaya tidak dapat dipisahkan dengan bahasa.

            Bahasa boleh digunakan untuk mengenal pasti mahupun membezakan budaya

sesebuah masyarakat itu. Ini adalah kerana setiap kelompok masyarakat yang sama

mempunyai pemahaman dan penggunaan bahasa yang sama. Ada juga setengahnya terletak

di kawasan yang sama atau berhampiran antara satu sama lain. Seperti contoh, dalam budaya

Melayu banyak perkataan seperti kepit, bimbit gelas menunjukkan orang Melayu banyak

menggunakan tenaga.

            3.         Budaya diperolehi daripada proses pembelajaran.

            Budaya dipelajari melalui penurunan ilmu oleh nenek moyang secara turun temurun.

Ia juga sudah menjadi sebahagian dari tatacara hidup mahupun tingkah laku yang perlu

dilakukan oleh individu yang menjadi sebahagian daripada kelompok masyarakat itu. Seperti

contoh, orang Melayu hendaklah menundukkan badan ketika berjalan di hadapan orang tua.

Ilmu dan kebiasaan ini diajar melalui pendidikan tidak formal oleh ibu bapa atau nenek

semenjak dari kecil lagi.

34

Page 35: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

d) Kumpulan Sosioekonomi

Kumpulan ini mempunyai hubung kait antara aktiviti ekonomi dan sosial mereka.

Teori-teori dan kaedah – kaedah sosiologi, ekonomi, sejarah dan psikologi banyak digunakan

di dalam kumpulan ini yang selalunya fokus pada kesan sosial pada perubahan ekonomi.

kesan-kesan sosioekonomi termasuk teknologi baru, perubahan undang-undang, perubahan

persekitaran dan perubahan ekologi. Ini telah menyebabkan pengaruh perubahan pada corak

penggunaan, pembahagian pendapatan dan kekayaan, sosial dan kualiti hidup. Aspek-aspek

status ekonomi yang berkaitan dengan sekolah dan masyarakat terutamanya dari segi

penilaian terhadap pelajar-pelajar adalah keadaan sosioekonomi ibu bapa mereka termasuklah

taraf pendidikan, pendapatan, pekerjaan dan sikap mereka. Faktor sosioekonomi boleh

mempengaruhi mehupun menjejaskan pertumbuhan pelajar walaupun sebenarnya

pertumbuhan itu disebabkan oleh faktor baka dan keturunan. Namun begitu, jika kumpulan

pelajar itu mempunyai taraf sosioekonomi yang rendah, mereka seperti tidak mendapat cukup

zat pemakanan kerana keluarga hanya dapat memenuhi sedikit sahaja atau tidak langsung

dapat dipenuhi sebagaimana yang diperlukan oleh seorang pelajar itu berbanding kumpulan

pelajar dari keluarga bertaraf sosioekonominya tinggi. Jika zat makanan tidak dapat dipenuhi

ia akan mengganggu tahap tumpuan dan perkembangan kognitif seseorang pelajar itu.

Pengaruh persekitaran akibat dari kemampuan ibu bapa pelajar yang rendah, dapat

mempengaruhi cara hidup, daya kemampuan dan tahap pemahaman pelajar. Ia memberi

pengaruh negatif kerana selalunya mereka berhadapan dengan konflik keluarga, pendekatan

autoritarian dalam pendidikan anak-anak berbanding kumpulan pelajar sejak lahir telah hidup

dalam kualiti persekitaran yang positif. Mereka lebih berdaya maju, bersikap optimistik dan

positif.

Aktiviti 8.5

Berikan contoh-contoh devian yang berpunca daripada Anomie, Asosiasi, dan Label.

Anomie

Teori Anomie menyatakan devian berpunca daripada kekecewaan seseorang mencapai hasrat

mereka. Apabila anomie berlaku, tindakan devian akan menjadi salah satu pilihan untuk

dilakukan dan juga merupakan suatu cara menghadapi kekecewaan. Sebagai contoh,

seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu mengambil tindakan melakukan

alternatif lain. Seorang pelajar selalu menghadapi masalah dalam pembelajaran dan tidak

35

Page 36: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

mendapat target yang diimpikan. Pelajar ini sudah kecewa dalam pelajarannya dan

mengambil tindakan untuk melakukan aktivi ponteng sekolah.

Asosiasi

Teori asiosasi menyatakan seseorang belajar devian dengan mengasiosasikan dirinya kepada

pelaku devian. Mereka yang selalu berada dalam lingkungan pelaku-pelaku yang kerap

melanggar norma masyarakat dan berpotensi menjadi devian. Sebagai contoh, seorang pelajar

yang dahulunya merupakan pelajar cemerlang di sekolah rendahnya.Ketika berada di sekolah

menengah, dia mempunyai masalah keluarga dan kecewa dengan sikap keluarganya.Di

sekolah, dia telah bergaul dengan kelompok pelajar yang bermasalah dan telah

mempengaruhi dirinya untuk berada dalam kelompok itu.

Label

Teori Label menyatakan seseorang itu menjadi devian apabila terdapat mereka yang berkuasa

menggelarkan beliau dengan panggilan-panggilan yang dikategorikan sebagai devian. Dan

kebiasaanya, beliau akan menerima panggilan yang dilabelkan dan menjadi devian. Sebagai

contoh, guru-guru melabelkan pelajar tertentu yang mempunyai masalah disiplin seperti

samseng, pemalas dan sebagainya. Lama kelamaan, pelajar tersebut menerima panggilan

yang dilabelkan oleh guru tersebut dan menjadikannya devein.

Aktiviti 8.7 (B)

Huraikan bagaimana masalah disiplin boleh berpunca daripada pihak sekolah.

JIKA selama ini masyarakat didedahkan bahawa punca masalah disiplin pelajar

adalah daripada aktiviti tidak sihat pelajar di luar sekolah tetapi baru-baru ini kajian

mendapati, sekolah merupakan salah satu faktor penyebab masalah disiplin tersebut. Kajian

itu dilakukan oleh sekumpulan pelajar Sarjana Kepengetuaan Kohort Lima Institut Pengajian

Kepengetuaan Universiti Malaya (UM), yang kebanyakannya merupakan pengetua sekolah di

negara ini. Menurut kajian tersebut yang dibentangkan oleh Rusli Wahab dan Mohd. Hassany

36

Page 37: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Hashim, guru dan cara pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan salah satu penyebab

masalah disiplin dalam kalangan pelajar.

``Dalam kajian mendapati guru-guru kurang menggunakan psikologi dan tidak

memahami keperluan pelajar, malah contoh dan teladan guru mempengaruhi disiplin selain

guru mengajar secara monopoli di samping tahap kesabaran mereka yang rendah,'' katanya.

Pihak pengurusan sekolah juga tidak memberi peluang kepada pelajar yang melakukan salah

laku untuk membela diri atau memberi penjelasan. Tindakan pihak pengurusan sekolah

adalah sebab masalah disiplin berlaku ditambah dengan program bimbingan dan kaunseling

yang tidak berkesan. ``Ini merupakan faktor-faktor yang penyebab dalam kajian yang

melibatkan 320 pelajar dari 16 sekolah di seluruh negara kecuali Perlis, Sabah dan Sarawak,''

ujarnya. Hasil kajian itu dibentangkan semasa Seminar Kepengetuaan Kebangsaan ke-4 di

Kuala Lumpur,

Disiplin

Persepsi pelajar terhadap faktor pengurusan sekolah yang menyebabkan masalah

disiplin juga melibatkan masalah buku panduan disiplin yang tidak jelas, kebajikan murid

diabaikan, tindakan disiplin yang tidak adil dan tidak mengikut prosedur.

Malah ada pelajar berpendapat masalah disiplin juga berlaku kerana penempatan pelajar

berdasarkan pencapaian akademik.

Turut disenaraikan sebagai punca masalah disiplin ialah faktor budaya dan iklim

sekolah seperti kurangnya semangat kerjasama antara pelajar, hubungan yang tidak mesra

antara guru dengan pelajar dan rasa tidak selamat pelajar ketika belajar di sekolah.

Kajian juga mendapati, rata-rata pelajar lelaki adalah `penyokong' kuat yang menegaskan

bahawa faktor tersebut memberi kesan terhadap masalah disiplin pelajar. ``Bagaimanapun

perlu ditegaskan bahawa walau sekolah menyumbang kepada masalah disiplin pelajar tetapi

ia tidak kuat berbanding faktor luar sekolah,'' katanya.

Aktiviti 8.8

Johnson dan Morrow(1981) membahagikan amalan disiplin bilik darjah kepada jenis-

jenis berikut:-

a) Disiplin arahan guru

b) Disiplin arahan kerja

c) Disiplin arahan kumpulan

d) Disiplin arahan kendiri atau diri

37

Page 38: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Beri penjelasan mengenai jenis-jenis disiplin di atas.

Disiplin merupakan satu bentuk kawalan sosial untuk mewujudkan suasana yang

tenteram dan teratur sama ada dalam masyarakat ataupun sekolah.Dengan adanya

disiplin,masyarakat dapat hidup dalam suasana aman,tenteram,harmoni dan melancarkan

segala aktiviti harian.(Ang Jit Eng,2007)

Disiplin adalah satu keperluan kepada pelajar supaya dapat berfungsi dengan

baik(Charles H.Madsen & Clifford K.Madsen,1970).Jika dilihat dari konteks sekolah,disiplin

merupakan peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas pelajar –pelajar dengan tujuan untuk

mengawal tingkahlaku mereka melalui hukuman atau ganjaran.

Terdapat empat jenis disiplin yang utama:-

Jenis-jenis Disiplin Penjelasan Tentang Disiplin

1. Arahan Guru a) Satu cara dan tugas guru menentukan arahan dan

peraturan,mengawal dan memastikan setiap

pelajar mematuhinya.

a) Tindakan akan diambil kepada pelajar yang yang

melanggar sebarang peraturan yang telah

ditetapkan.

b) Sebagai pengurus bilik darjah,guru

bertanggungjawab dalam merancang,

mengelola ,mengarah dan mengawal hal-hal yang

berkaitan dengan disiplin pelajar.

c) Guru mungkin bersikap autokratik dalam

mengawal disiplin pelajar ,namun perlu membuat

pertimbangan sebaik mungkin dalam hal

berkaitan disiplin supaya tidak menjejaskan

hubungan antara guru dan pelajar.

d) Motivasi kendiri berkaitan disiplin sangat perlu

digalakkan.(Shahabudin Hashim,Rozihani

Yaakub,Mohd Zohir ahmad,2007)

2. Arahan Kerja a) Wujud apabila sesuatu tugasan yang diberikan

oleh guru kepada pelajar dan perlu diselesaikan

38

Page 39: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

dalam tempoh yang ditetapkan.

b) Dibentuk berdasarkan kesedaran keperluan dan

tanggungjawab dan mempunyai kebaikan kepada

para pelajar yang mematuhi arahan dan dapat

menyiapkan tugasan mengikut jadual yang telah

ditetapkan

c) Mempunyai ciri motivasi yang positif kerana

menggalakkan para pelajar menyelesaikan

tugasan demi kebaikan dan kepentingan sendiri.

3) Arahan Kumpulan a) Merujuk kepada kepada disiplin yang dihasilkan

daripada kawalan rakan-rakan dalam kumpulan

yang sedia ada atau kumpulan yang dibentuk

untuk menjalankan aktiviti pembelajaran.

b) Biasanya berasaskan kepada nilai ,kepercayaan

dan norma yang sama antara ahli

kumpulan.Mana-mana ahli kumpulan yang tidak

dapat mematuhi nilai kumpulan akan

disingkirkan.

c) Kumpulan sebegini boleh digunakan oleh guru

untuk membantunya mengawal disiplin bilik

darjah.Ketua kumpulan yang dilantik berperanan

dalam mengawal disiplin kerja ahli kumpulannya

yang lain.(Shahabudin Hashim,Rozihani

Yaakub,Mohd Zohir Ahmad,2007)

4) Arahan Kendiri

/Diri

a) Berlaku apabila para pelajar dapat mematuhi

peraturan secara sukarela. Diwujudkan atas

kesedaran bahawa mematuhi peraturan-peraturan

sekolah adalah untuk kebaikan pelajar sendiri.

b) Wujud secara tidak sedar apabila pelajar telah

mencapai tahap kematangan iaitu boleh berfikir

secara rasional.

c) Dapat dibentuk oleh guru melalui latihan dan

bimbingan seperti menerangkan kebaikan

39

Page 40: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

mematuhi peraturan yang ditetapkan,menerapkan

nilai-nilai murni seperti adil,hormat-menghormati,

bertimbangrasa,toleransi dalam sebarang aktiviti

sama ada aktiviti pengajaran dan pembelajaran

atau aktiviti kokurikulum.

Aktiviti 8.9

Kementerian pelajaran Malaysia mengkategorikan kesalahan displin kepada tiga

bahagian iaitu kesalahan kecil, kesalahan sederhana dan kesalahan berat. Beri

penjelasan setiap jenis kesalahan beserta contoh-contohnya. Bagaimanakah anda

menangani setiap jenis kesalahan?

Jenis kesalahan Ciri-ciri dan contoh kesalahan Cara-cara mengatasi

Kesalahan kecil

Berpunca dari :-

1.    Keinginan diri sendiri pelajar

(termasuk faktor ketahanan dan daya uji

diri sendiri)

2.    Hubungan keluarga yang kurang

baik : Perlakuan biasanya dilakukan

secara sengaja tanda protes terhadap ibu

bapa, ahli keluarga, guru atau pihak

sekolah.

3.   Pergaulan sesama rakan sebaya :

remaja pada peringkat ini mengalami

proses mengenali rakan sejenis mahupun

berlainan jantina. Kebanyakan masa

mereka dihabiskan bersama-sama rakan

membincangkan isu kehidupan mereka.

4.   Sikap guru – pelajar rasa tersisih

dengan sikap guru yang pilih kasih atau

menyinggung perasaan mereka.

Pencegahan : Bina hubungan

dengan pelajar.

Memahami mengapa

perkara tersebut tidak

boleh dilakukan

Hayati disiplin

Penerapan integriti

Pembudayaan ;

mencipta satu budaya

yang menyeronokkan

maka dapat

mengelakkan pelajar

dari melakukan

kesalahan kecil

seterusnya

menumpukan

perhatian terhadap

perkara yang lebih

40

Page 41: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

5.   Persekitaran sekolah yang tidak

menarik dan membosankan pelajar

membuatkan mereka ingin mencuba

sesuatu yang baru.

penting.

Kesalahan

sederhana

Ia melibatkan pelanggaran peraturan

yang ditetapkan oleh pihak pengurusan

sekolah :-

1.  Menceroboh kawasan larangan

seperti kawasan asrama perempuan bagi

pelajar lelaki begitu juga sebaliknya.

2.  Menceroboh kawasan akademik atau

pentadbiran semasa waktu larangan.

3.    Merosakkan atau menyalahgunakan

kemudahan dan harta benda sekolah

4.    Biadap dan berkelakuan tidak sopan

terhadap guru, kakitangan atau tetamu

yang boleh menjejaskan nama baik

sekolah, guru atau pelajar sendiri.

5.   Ingkar arahan guru atau pihak lain

yang menjalankan tanggungjawab atau

tugas mereka.

Pemulihan :-

Contoh tindakan yang boleh

dilaksanakan sambil melihat

contoh dari MRSM

Pendang :-

1.  Digantung persekolahan

selama tidak lebih dari 7 hari,

atau

2.   Dikenakan tahanan terhad

selama 4 minggu iaitu tidak

dibenarkan meninggalkan

kawasan sekolah.

3.  Tidak boleh menyertai

mana – mana aktiviti luar

sekolah malah,

4.Tidak dibenarkan bermalam

di rumah kecuali kecemasan.

Kesalahan ini jatuh dalam kategori kes

secara amnya dianggap kesalahan besar

dan ada diantaranya yang jatuh dalam

kategori kes jenayah.

Contoh kesalahan yang dikategorikan

dalam kesalahan berat adalah ;-

1.   Menyimpan, memiliki, mengguna,

mengedar atau membekal sebarang jenis

bahan berkaitan tembakau.

2.  Menyimpan, memiliki, mengguna,

Penguatkuasaan peraturan

oleh Pengetua, guru disiplin,

guru bimbingan kauseling,

guru dan pengawas sekolah.

Cadangan menghentikan

pengajian pelajar dari sekolah

tersebut;

1.  Digantung sekolah selama

2minggu sementara

menunggu keputusan

’Ditamatkan Pengajian’ oleh

41

Page 42: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Kesalahan berat

mengedar atau membekal sebarang jenis

bahan berkaitan jenis minuman keras

(alkohol)

3.  Menyimpan, memiliki, mengguna,

mengedar atau membekal sebarang

senjata pisau atau alatan yang boleh

membahayakan.

4.  Menyimpan, memiliki, mengguna,

mengedar atau membekal sebarang

bahan lucah, ganas atau tidak bermoral.

5.   Menyiar, mencetak, membuka laman

web serta menyebar maklumat yang

mengandungi bahan lucah, ganas dan

tidak bermoral.

6.  Bekerjasama dalam pertubuhan

haram

7.   Memeras ugut menggunakan

ancaman atau tekanan keselamatan dari

pihak lain.

8.  Berjudi dan terlibat dalam kegiatan

perjudian loteri atau pertaruhan wang.

9.   Berkhalwat atau berpasangan dalam

keadaan bercumbu – cumbuan, 

sumbang atau mencurigakan

10. Memecah atau menceroboh masuk

sesuatu premis serta mencuri harta

benda/wang/maklumat/dokumen.

11. Mencuri atau mengambil mencuri

harta benda/wang/maklumat/dokumen

melebihi RM50.00.

12. Memalsukan dokumen dan

maklumat.

13. Melakukan apa jua aktiviti yang

oihak pentadbir sekolah.

2.    Jika hukuman itu ditolak,

pelajar hendaklah dipanggil

meneruskan pengajian dan

hukuman gantung

persekolahan hendaklah

dianggap terlaksana.

Digantung

persekolahan selama 1

atau 2 minggu

Rotan secara tertutup

dengan hukuman

maksimum 2 kali

Tahanan dalam

sekolah/asrama selama

6 minggu dengan

menjalankan aktiviti

berikut ;

1.   Tidak dibenarkan keluar

dari kawasan sekolah

2.   Tidak dibenarkan balik ke

rumah bermalam (kecuali

kecemasan)

3.Tidak dibenarkan

mengikuti, turut serta, atau

mewakili sekolah dalam apa

jua aktiviti oleh pihak

sekolah.

4. Mesti melaporkan diri di

Pondok Pengawal yang ada di

luar sekolah.

Pelajar boleh diarahkan untuk

42

Page 43: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

boleh ditafsirkan sebagai perlakuan

gangguan seks (sexual harrasment).

14. Melakukan kesalahan sederhana

sebanyak 2 kali atau lebih.

menjalankan kerja-kerja

’community service’;

4 jam sehari selama 2

hari berturut-turut

pada hujung minggu

atau 2 jam pada

hujung minggu.

Dilakukan secara

individu / kumpulan

Guru/kakitangan

hendaklah menyelia

pelajar tersebut

Kerja-kerja bakti

termasuk mencuci

longkang, membersih

bilik air, mencuci

tandas, mencabut

rumput dan menyapu

sampah.

RUJUKAN

Abdul Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun. www.wikipedia.org.com

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Otman. (2008).Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum (Edisi

Kedua).Tanjong Malim : Quantum Books.

Amir Hasan Dawi. (2009).Sekolah Dan Masyarakat  Tanjong Malim : Quantum Books.

http://www.moe.gov.my

Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok , rujukan

KP(BS)8591/Jld. XIV / (16)Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2000:

KP(BS)8591/Jld. XVI (6)Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2001:

KP(BS)8591/Jld.VI / (9)Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1997:

KP(BS)8591/Jld.VII / (75)Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/1998:

Menangani Kegiatan Gengster Di Sekolah, rujukan

43

Page 44: Sekolah Dan Masyarakat

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Menangani Masalah Keselamatan, Dadah Dan Gengster,Rujukan

Menangani Masalah Ponteng Di Sekolah, rujukan

Pemantapan Pengurusan Disiplin Di Sekolah,

RujukanKP(BS)8591/Jld. XVII(8)

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1995:

44