Sekolah Integrasi
-
Upload
vince-here -
Category
Education
-
view
2.311 -
download
1
Transcript of Sekolah Integrasi
SEKOLAH INTEGRASI
Disediakan oleh:
Muhammad Faris B Hashim
Vincent Andam
Muhamad Haziq B Othman
Muhamad Asyraf B Yunus
PENGENALAN
Definisi mengenai integrasi adalah suatu keadaan di mana kelompok-kelompok etnik menerima dan bersikap kompromi terhadap kebudayaan majoriti masyarakat, namun masih tetap mempertahankan kebudayaan mereka masing-masing. Integrasi mempunyai 2 pengertian, iaitu :
i. Pengendalian terhadap masalah dan kepelbagaian kaum dalam suatu sistem sosial tertentu
ii. Membuat suatu keseluruhan dan menyatukan unsur-unsur tertentu
Manakala menurut Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007, integerasi bermaksud penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum menjadi satu kesatuan, penyatuan.
Integrasi juga dirujuk kepada proses penyatuan masyarakat berbilang kaum, daerah dan wilayah tempat tinggal, budaya, adat resam, cara hidup, latar belakang, kepercayaan dan pegangan agama yang berlainan untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai murni masyarakat sejagat demi mencapai tujuan dan kepentingan bersama secara adil dan saksama.
KONSEP SEKOLAH INTEGRASI
Program sekolah-sekolah berjiran ini menekankan penglibatan dan kerjasama sekolah-sekolah berkenaan, dalam:
Penggabungan kegiatan-kegiatan ko-kurikulum (yang mana sesuai)
Penggunaan bersama kemudahan dan peralatan sekolah
Perkongsian dan penggembelingan tenaga, pengalaman dan kepakaran yang ada.
KRITERIA-KRITERIA SEKOLAH INTEGRASI
Tiap-tiap satu sampel sekolah percubaan program ini terdiri daripada sebuah sekolah dari aliran SK/SRK, sebuah dari SRJK(C) dan sebuah dari SRJK(T).
Model satu adalah terdiri daripada ketiga-tiga buah sekolah yang berada dalam satu kawasan yang sama.
Model II terdiri daripada sekolah-sekolah yang berhampiran antara satu sama lain dalam satu kawasan (yang membolehkan program ini dilaksanakan.)
STRATEGI PERLAKSANAAN SEKOLAH INTEGRASI Peringkat Penyebaran
i. Penyampaian konsep/maklumat mengenai program ini kepada masyarakat umum.
ii. Penyampaian dan penerimaan konsep/maklumat program ini kepada/oleh Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Sekolah-Sekolah, PIBG, Jemaah Pengurus Sekolah, Ibu Bapa dan masyarakat setempat sekolah-sekolah berkenaan.
iii. Menyediakan bengkel/seminar untuk guru besar sekolah-sekolah yang terlibat.
Peringkat Sekolah :
Dalam melaksana program percubaan ini, Guru Besar sebagai pengurus dan pemimpin di peringkat sekolah adalah dikehendaki:
i. Merancang dan melaksanakan;
ii. Mengurus, menyelia dan menilai;
iii. Memberi bimbingan dan galakan kepada guru-guru dan murid-murid;
iv. Menunjukkan contoh dan teladan;
v. Memudahcara pelaksanaan;
vi. Membuat perhubungan bagi mendapatkan kerjasama dan bantuan daripada PIBG, Jemaah Pengurus Sekolah , dan ahli-ahli masyarakat setempat.
OBJEKTIF PENUBUHAN SEKOLAH INTEGRASI
Peningkatan penyertaan murid-murid dan guru-guru dari ketiga-tiga buah sekolah dalam kegiatan-kegiatan ko-kurikulum secara bersama.
Peningkatan pergaulan, kesefahaman, bekerjasama, tolong menolong dan toleransi di antara sekolah-sekolah berkenaan secara sedar dan terancang.
Penggunaan kemudahan dan peralatan ketiga-tiga sekolah secara bersama dengan maksima.
MATLAMAT PENUBUHAN SEKOLAH INTEGRASI
Salah satu matlamat pendidikan negara ialah perpaduan. Sekolah sebagai salah satu agen bagi menyatupadukan murid-murid, boleh memainkan peranan yang lebih berkesan, jika program kegiatan pendidikan dijalankan bersama antara tiga aliran sekolah iaitu SK/SRK, SRJK(C) dan SRJK(T).
Program ini juga akan dapat memberi peluang kepada sekolah-sekolah berkenaan itu berkongsi mengguna dan mengadakan kemudahan dan peralatan. Dengan cara demikian, murid-murid dari sekolah/sekolah-sekolah berkenaan akan dapat menikmati kemudahan yang tidak terdapat di sekolahnya sendiri di samping menikmati kemudahan bersama.
CABARAN INTEGRASI MELALUI DASAR PENDIDIKAN Salah satu cabaran utama untuk mencapai
perpaduan kaum ini ialah aspek dalaman iaitu perbezaan bahasa, kebudayaan, kepercayaan dan keturunan yang mempengaruhi sikap dan nilai sesuatu kaum.
Cabaran kedua ialah pola kedudukan kaum yang berbeza-beza juga menjadi salah satu cabaran untuk mencapai perpaduan dan integriti kaum.
Pola kedudukan kaum adalah berasaskan sumber ekonomi ini berpunca pada zaman penjajahan iaitu dasar British yang mengamalkan sistem pecah dan perintah (divide and rule).
Cabaran ketiga ialah menyediakan guru yang merupakan agen kerajaan untuk menyampaikan dan melaksanakan dasar pendidikan kepada murid dan masyarakat.
Sebagai guru,kita perlu memikirkan sesuatu idea atau strategi dimana pengintegrasian kaum dapat diwujudkan dalam setiap proses p&p.
RUMUSANSekolah merupakan unit yang terpenting dalam sistem pendidikan kita bagi mewujudkan integrasi di antara masyarakat. Kegagalan proses integrasi di sekolah, khasnya di peringkat rendah akan menyebabkan juga gagalnya proses integrasi peringkat menengah dan seterusnya universiti. Ini seterusnya akan menghasilkan masyarakat Malaysia bukan saja berlainan etnik tetapi tidak bersatupadu dan berlainan kefahaman. Oleh itu integrasi amat penting supaya masyarakat dapat hidup bersatupadu, harmonis dan berjiwa Malaysia.