Sekolah Menengah Kebangsaan Paku

15
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PAKU, 94000 BAU PENULISAN ESEI ILMIAH BAHASA MELAYU 910/5 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA TAHUN 2013 TAJUK KAJIAN: BAHASA TAK FORMAL DALAM FILEM ‘ALI BABA BUJANG LAPOK’ ARAHAN TAN SRI P. RAMLEE NAMA CALON: DOROTHY EMIZA ANAK ZAINO (940926-13-5460 [SS1305/1062]) PHILLA LAI (941107-13-5322 [SS1305/1079]) CROZIA ANAK TEKA (940521-13-5200 [SS1305/1061]) EFILLA AGNES ANAK TUKOK (940325-13-5334 [SS1305/1064])

description

m

Transcript of Sekolah Menengah Kebangsaan Paku

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PAKU, 94000 BAU

PENULISAN ESEI ILMIAHBAHASA MELAYU910/5

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIATAHUN 2013

TAJUK KAJIAN:BAHASA TAK FORMAL DALAM FILEM ALI BABA BUJANG LAPOKARAHAN TAN SRI P. RAMLEE

NAMA CALON:

DOROTHY EMIZA ANAK ZAINO (940926-13-5460 [SS1305/1062])PHILLA LAI (941107-13-5322 [SS1305/1079])CROZIA ANAK TEKA (940521-13-5200 [SS1305/1061])EFILLA AGNES ANAK TUKOK (940325-13-5334 [SS1305/1064])

SENARAI KANDUNGANPerkara halaman Penghargaan 1.0Pengenalan 2-31.1Latar belakang kajian1.2Definisi konsep2.0Objektif kajian 43.0Kepentingan kajian 4 4.0Skop kajian 45.0Batasan kajian 56.0Kaedah kajian 56.1 Mendapatkan data6.2 Mengumpul data6.3 Menganalisis data7.0Dapatan kajian 6-97.1 Mengenal pasti jumlah penggunaan bahasa tak formal dalam filem7.2 Menyenaraikan jenis bahasa tak formal yang digunakan dalam filem. 7.3 Mengetahui fungsi penggunaan bahasa tak formal dalam filem.8.0Rumusan 109.0Penutup 1110.0Bibliografi 12

1.0 PENGENALANKajian ini berfokus kepada Bahasa Tak Formal dalam filem Ali Baba Bujang Lapok arahan Tan Sri P. Ramlee.1.1 Latar belakang kajianBahasa tak formal sering dituturkan dalam situasi tidak rasmi seperti perbualan dengan sahabat. Bahasa ini bukan sahaja dituturkan oleh golongan remaja malah golongan tua turut menuturkannya. Dalam konteks Bahasa Melayu, bahasa tak formal dapat dikategorikan kepada beberapa jenis bahasa yang lain. Antaranya ialah bahasa kasar, bahasa pasar dan percampuran kod. Bahasa Tak Formal yang dikaji oleh pengkaji terdapat dalam filem Ali Baba Bujang Lapok.Filem Ali Baba Bujang Lapok diterbitkan pada tahun 1961 arahan Tan Sri P. Ramlee. Filem ini berlatarbelakangkan kehidupan masyarakat Arab pada zaman dahulu. Tambahan pula, filem ini memaparkan cerita yang dipengaruhi oleh Bahasa Arab. Dengan jalan cerita yang menarik, sudah tentu filem ini mendapat sambutan yang tinggi oleh penonton suatu ketika dahulu. Jenis bahasa yang berbeza dituturkan oleh pelakon dalam filem ini. Antaranya ialah penggunaan bahasa pasar iaitu kamu kasi malukah. Selain itu, bahasa tak formal yang merangkumi bahasa kasar turut dituturkan oleh sesetengah masyarakat yang terdapat dalam filem ini. Sebagai contoh, perkataan yang terdiri daripada bahasa kasar ialah celaka. Pencampuran kod seperti public holiday juga turut digunakan dalam filem ini.

1.2 Definisi konsepMenurut Radiah Yusoff, bahasa tak formal yang merangkumi bahasa kasar merupakan bahasa yang tidak sopan untuk dituturkan. Penggunaan bahasa kasar kessat dikelaskan sebagai bahasa tidak senonoh dan sukar diterima di dunia komunikasi. Khususnya dalm situasi yang rasmi, bahasa ini seakan-akan satu fenomena biasa yang sering ditemui dalam perbualan seharian. Hal ini berlaku kerana masyarakat masih lagi cuba mengurus potensi komunikasi yang tersedia untuk mereka. Mereka masih lagi berada dalam situasi pembelajaran yang agak istimewa. Mereka juga perlu mendapatkan peraturan tentang cara berkomunikasi, tentang cara bersosial dan juga cara melancarkan komunikasi. Semasa mereka berinteraksi dan berkomunikasi, pelbagai bentuk bahasa digunakan iaitu daripada selembut-lembut bentuk bahasa sehinggalah kepada sekasar-kasar dan sekesat-kesat bentuk bahasa.

2.0 OBJEKTIF KAJIANi. Mengenal pasti jumlah penggunaan bahasa tak formal dalam filem.ii. Menyenaraikan jenis bahasa tak formal yang digunakan dalam filem.iii. Mengetahui fungsi penggunaan bahasa tak formal dalam filem.

3.0 KEPENTINGAN KAJIANHasil kajian ini penting untuk:i. Menambah dokumentasi dalam kalangan pengkaji.ii. Menambah bahan kajian bagi kegunaan pengkaji.iii. Dijadikan panduan kepada pengkaji baharu penghasilan kajian yang ingin dilaksanakan.

4.0 SKOP KAJIANKajian ini berfokus kepada bahasa tak formal yang merangkumi bahasa kasar, bahasa pasar, dan pencampuran kod dalam bahasa yang digunakan dalam filem. Filem ini bertajuk Ali Baba Bujang Lapok yang diterbitkan pada tahun 1961 arahan Tan Sri P. Ramlee. Pengkaji mengkaji filem ini secara keseluruhan dari babak pertama hingga babak terakhir.

5.0 BATASAN KAJIANKajian ini hanya berfokus kepada bahasa yang ditutur atau yang digunakan di dalam filem Ali Baba Bujang Lapok sahaja. Bahasa yang digunakan adalah menggambarkan bahasa dituturkan di Kota Baghdad sahaja. Tinjauan untuk memperoleh bahasa tak formal ini hanya dilakukan berdasarkan filem tersebut.

6.0 KAEDAH KAJIANKajian ini akan dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif.6.1 Mendapatkan dataa) Kajian perpustakaanKajian perpustakaan digunakan dengan cara kaedah rujukan, iaitu pengkaji merujuk buku di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan.b) Kajian filemPengkaji mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan objektif kajian dengan menonton. Pengkaji menonton filem Ali Baba Bujang Lapok untuk mendapatkan maklumat berkaitan penggunaan bahasa tak formal.6.2 Mengumpul dataUntuk memudahkan pengkaji menganalisis data, pengkaji mencatat bahasa tak formal yang digunakan dalam filem Ali Baba Bujang Lapok6.3 Menganalisis dataData yang diperoleh itu dianalisis dengan memberikan tumpuan kepada bahasa tak formal yang terdiri daripada bahasa kasar, pencampuran kod dan bahasa pasar.

7.0 DAPATAN KAJIANDalam dapatan kajian diperlihatkan bahasa tak formal dalam filem Ali Baba Bujang Lapok. Dapatan kajian yang dibuat berdasarkan objektif-objektif kajian yang berikut:7.1 Mengenal pasti jumlah penggunaan bahasa tak formal dalam filem.Terdapat penggunaan bahasa tak formal yang dituturkan oleh masyarakat yang terdapat dalam filem ini.Contoh:1. Tak guna2. Kasi3. Smuggle4. Cilaka5. Berambus6. Mampus7. Mati8. Bodoh 9. Mayat10. Kidnap11. Local Citizen12. Goodbye13. Sial 14. Lu15. Wa16. Thank you17. Sudah mati18. Banyak hapak19. Bahlul

20.alligator21.pemalas22.Lelong23.Aisehman24.Makan kepala gajah25.Marilah kita dancing26.Chief kita belum sampai lagi27.Ini hari public holiday28.Malam ini kita kerja overtime29.Nampak kasut bikin pun belum habis30.Kamu kasi aku malulah31.Sikalang boleh pegi32.Tak ada laun33.Ini macam kurang baris lah34.Apa pasal kau mau rompak rumah kau35.Semalam manyak orang sampah buang sini36.Dia bikin kacau dah

Bahasa Tak Formal banyak digunakan dalam filem Ali Baba Bujang Lapok atas arahan Tan Sri P. Ramlee. Penggunaan bahasa ini banyak ditutur oleh masyarakat Arab dalam filem tersebut. Selain itu, bahasa tak formal sesuai dituturkan dalam filem Ali Baba Bujang Lapok disebabkan sesuai dengaan keadaan atau latar belakang filem ini. Terdapat 36 jenis bahasa tak formal yang disenaraikan oleh pengkaji. Antara bahasa kasar yang digunakan dalam filem Ali Baba Bujang Lapok meliputi cilaka, bahlol, mampus, dancing, smuggle, dia bikin kacau dan lain lain. Melalui kajian yang dilakukan iaitu meliputi keseluruhan babak cerita, penggunaan bahasa tak formal yang kerap dituturkan ialah Bodoh. Perkataan ini merupakan perkataan yang banyak ditutur oleh masyarakat dalam filem iaitu dituturkan sebanyak 4 kali. Di samping itu, bahasa tak formal iaitu celaka dan mati dituturkan sebanyak 2 kali. Lain lain bahasa tak formal dituturkan sebanyak sekali sahaja.

7.2 Menyenaraikan jenis bahasa tak formal yang digunakan dalam filem.Selain itu, masyarakat dalam filem ini turut menggunakan jenis-jenis bahasa tak formal. Bahasa tak formal terdiri daripada bahasa kasar, pencampuran kod dan bahasa pasar.Contoh:Bahasa kasarPencampuran kodBahasa pasar

a. Cilakab. Bahlulc. Mampusd. Bodohe. Sialf. Banyak hapakg. Berambush. Matii. Mayat a. Aishehmanb. Dancingc. Smuggled. Chiefe. Public holidayf. Overtimeg. Alligatorh. Kidnapi. Goodbyej. Thank youk. Local Citizenl. Lelonga. Semalam manyak orang sampah buang sini.b. Dia bikin kacau dah.c. Kamu kasi malulahd. Sikalang boleh pegie. Tak ada launf. Nampak kasut bikin pun belum habis.g. Ini macam kurang baris lah.h. Apa pasal kau mau aku rompak kau

Dalam filem Ali Baba Bujang Lapok arahan Tan Sri P.Ramlee, terdapat jenis atau kategori bahasa tak formal yang digunakan dalam filem. Bahasa tak formal yang digunakan dalam filem ini terbahagi kepada 3 jenis. Bahasa tak formal tersebut merangkumi Bahasa kasar, Pencampuran kod dan Bahasa pasar.Bahasa kasar yang dituturkan oleh masyarakat dalam filem ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu bahasa kasar biasa dan bahasa kasar kesat. Contoh bahasa kasar biasa yang dituturkan ialah banyak hapak, berambus, mati dan juga mayat. Manakala bahasa kasar kesat terdiri daripada cilaka, bahlul, mampus, bodoh, dan sial.Selain itu, terdapat juga pencampuran kod dalam filem ini. Bahasa ini mencampur adukkan bahasa lain ke dalam bahasa melayu. Sebagai contoh dalam filem ini, perkataan overtime dituturkan oleh seorang ketua perompak semasa menyampaikan arahan kepada anak buahnya. Contoh pencampuran kod lain yang digunakan dalam filem Ali Baba Bujang Lapok ialah Aishehman, Dancing, smuggle, public holiday, Alligator, kidnap, goodbye, thank you, local citizen dan juga lelong. Perkataan Alligator berasal dari bahasa Jepun yang membawa maksud terima kasih.

7.3 Mengetahui fungsi bahasa tak formal dalam filem.Setiap jenis-jenis bahasa tak formal yang dituturkan oleh masyarakat dalam filem ini mempunyai fungsinya tersendiri. Fungsi bahasa tak formal yang terdiri daripada bahasa kasar, pencampuran kod dan bahasa pasar dihuraikan seperti yang dibawah.Contoh:Bahasa Kasar:Bahasa kasar ialah bahasa yang tidak sopan atau tidak manis dituturkan. Bahasa kasar yang digunakan dalam filem Ali Baba Bujang Lapok arahan Tan Sri P.Ramlee ini terdiri daripada bahasa kasar kesat dan bahasa kasar biasa. Bahasa kasar kesat seperti cilaka, bahlul, bodoh, dan sial yang digunakan dalam filem adalah untuk menunjukkan perasaan tidak puas hati, marah dan geram dalam kalangan penutur di dalam filem tersebut. Manakala bahasa kasar seperti mampus, banyak hapak, berambus, mati, dan mayat yang digunakan dalam filem tersebut adalah bahasa kasar biasa. Dalam filem Ali Baba Bujang Lapok tersebut jalan cerita adalah bertempat di Kota Baghdad dan menunjukkan situasi yang tidak formal seperti pergaulan biasa antara masyarakat. Oleh itu, penggunaan bahasa kasar biasa menggambarkan masyarakat di dalam filem tersebut berkedudukan rendah dari segi sosial. Hal ini demikian kerana masyarakat di dalam filem tersebut menunjukkan taraf kedudukan mereka yang rendah seperti golongan rakyat biasa dan golongan hamba.

Percampuran kod:Percampuran kod dalam filem Ali Baba Bujang Lapok menunjukkan masyarakat di dalam filem tersebut menggunakan ragam bahasa yang bebas. Keadaan ini berlaku disebabkan mereka tidak mementingkan peraturan bahasa, penggunaan ayat, dan pemilihan kosa kata yang tidak tepat serta bercampur aduk. Misalnya perkataan dancing, kidnap, smuggle, chief, public holiday, overtime, good boy, dan thank you merupakan percampuran kod dalam perbualan mereka. Perkataan ini adalah perkataan dalam bahasa Inggeris namun dituturkan dalam perbualan mereka iaitu bahasa Melayu campur dengan penggunaan bahasa Inggeris tersebut. Selain itu, terdapat juga bahasa lain yang digunakan seperti alligator. Perkataan alligator merupakan bahasa Jepun yang bermaksud Terima Kasih.

Bahasa pasar:Dalam filem Ali Baba Bujang Lapok ini bahasa pasar banyak digunakan oleh penutur. Bahasa pasar ialah bahasa Melayu seperti yang dituturkan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasainya atau seperti yang dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dengan orang bukan Melayu yang diketahuinya tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul. Selain itu, bahasa pasar merupakan bahasa campur aduk antara bahasa ibunda penutur dengan bahasa kedua yang cuba dituturkannya. Watak yang menuturkan bahasa pasar dalam filem ini ialah seorang tukang kasut atau apek. Contoh bahasa pasar yang dituturkan dalam filem adalah seperti semalam manyak orang buang sampah sini dan sikalang boleh pegi dituturkan oleh penutur yang berbangsa cina.

8.0 RUMUSAN Kesimpulannya, bahasa tak formal yang dituturkan oleh masyarakat dalam filem ini mempunyai jenis-jenisnya yang tersendiri. Bahasa tak formal dalam filem merupakan variasi bahasa yang menarik untuk dikaji. Melalui kajian ini, pengkaji dapat mengenal pasti jumlah penggunaan bahasa tak formal dalam filem. Secara keseluruhannya, terdapat 36 bahasa tak formal yang digunakan oleh masyarakat dalam filem. Selain itu, pengkaji turut menyenaraikan bahasa tak formal yang digunakan dalam filem. Bahasa tak formal yang digunakan dalam filem merangkumi bahasa kasar, pencampuran kod dan bahasa pasar. Fungsi bahasa tak formal yang digunakan dalam filem turut dikaji. Bahasa kasar berfungsi sebagai bahasa untuk menunjukkan perasaan tidak puas hati, marah dan geram dalam kalangan penutur di dalam filem tersebut. Di samping itu, pencampuran kod merupakan bahasa yang mencampur adukkan bahasa lain ke dalam Bahasa Melayu. Bahasa pasar pula dituturkan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasainya atau seperti yang dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dengan orang bukan Melayu yang diketahuinya tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul.

9.0 PENUTUPMelalui kajian ini, kajian ini dapat memberi faedah kepada pengkaji. Faedah yang pengkaji dapati ialah mengetahui penggunaan bahasa tak formal dalam filem Ali Baba Bujang Lapok. Selain itu, kajian ini turut memberi manfaat kepada pembaca. Pembaca dapat mengetahui lebih banyak maklumat iaitu jenis-jenis bahasa tak formal di samping dapat mengetahui fungsi bahasa tak formal. Pelbagai kajian perlu dijalankan, misalnya mengkaji lebih banyak lagi jenis bahasa yang terdapat dalam bahasa tak formal. Melalui kajian ini juga, sikap bekerjasama antara pengkaji dapat dipupuk semasa mendapatkan bahan-bahan yang berkaitan dengan kajian. Pengkaji berharap kajian dilakukan dengan lebih luas tentang bahasa tak formal dibuat pada masa akan datang supaya memberi panduan dan maklumat kepada generasi akan datang.

10.0 BIBLIGRAFI/ NOTA AKHIRRadiah Yusoff, 1992, Utamakan Kesantunan Berbahasa : Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Filem Ali Baba Bujang Lapok, 1961, P. Ramlee (Pengarah), Kuala Lumpur, Malay Film Production Ltd, 1 pita: 2 jam 02 minit 33 saat.Internet. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kasar&d=10