Sekolah - ppdmukah.comppdmukah.com/images/pdf/sarana/1-Sarana-Sekolah-page-1-14.pdf ·...

14
S A R A N A Sekolah Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Suatu Inisiatif Utama Makmal GTP2.0

Transcript of Sekolah - ppdmukah.comppdmukah.com/images/pdf/sarana/1-Sarana-Sekolah-page-1-14.pdf ·...

Page 1: Sekolah - ppdmukah.comppdmukah.com/images/pdf/sarana/1-Sarana-Sekolah-page-1-14.pdf · Murid/Alumni, Ahli Majlis Permuafakatan Sekolah dan ahli komuniti). Tujuan asasnya ialah untuk

S A R A N A

Sekolah

Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Suatu Inisiatif Utama Makmal GTP2.0

Page 2: Sekolah - ppdmukah.comppdmukah.com/images/pdf/sarana/1-Sarana-Sekolah-page-1-14.pdf · Murid/Alumni, Ahli Majlis Permuafakatan Sekolah dan ahli komuniti). Tujuan asasnya ialah untuk

2

Sarana Sekolah Suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan

penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara yang tercinta:

M A L A Y S I A

Ke

pe

rca

ya

an

ke

pa

da

Tu

ha

n

Ke

se

tia

an

ke

pa

da

Ra

ja d

an

Ne

ga

ra

Ke

luh

ura

n P

erl

em

ba

ga

an

Ke

da

ula

tan

Un

da

ng

-Un

da

ng

Ke

so

pa

na

n d

an

Ke

su

sil

aa

n

Page 3: Sekolah - ppdmukah.comppdmukah.com/images/pdf/sarana/1-Sarana-Sekolah-page-1-14.pdf · Murid/Alumni, Ahli Majlis Permuafakatan Sekolah dan ahli komuniti). Tujuan asasnya ialah untuk

3

Pengantar

PE

NG

AN

TA

R

Malaysia berhasrat untuk mempunyai sistem pembelajaran yang dapat

meningkatkan kejayaan murid. Hasrat ini lebih mudah dicapai apabila semua

pihak termasuk sekolah, ibu bapa serta ahli komuniti bersatu dan menyokong

satu matlamat - membantu murid berjaya.

Peranan ibu bapa dalam membantu pembelajaran anak di rumah tidak dapat

dinafikan. Kajian menunjukkan apabila ibu bapa terlibat sama, sekolah

mendapat manfaat berikut:

• Keyakinan guru meningkat

• Pencapaian murid meningkat

• Ibu bapa merasa mereka sebahagian dari sekolah dan lebih

menyokong program sekolah

• Kes disiplin dalam kalangan murid berkurangan

• Hubungan lebih baik antara pentadbir, guru dan ibu bapa

(Olsen & Fuller, 2008)

Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak mereka perlu ditingkatkan.

Sekolah merupakan penggerak utama dalam usaha ini. Bagi membantu

sekolah meningkatkan penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah,

Sarana Sekolah disediakan. Terkandung dalam sarana ini

a) Sarana Penglibatan Sekolah dengan Ibu Bapa dan Komuniti

b) Sarana Penglibatan Ibu Bapa dengan Anak

c) Templat Prospektus Sekolah

d) Templat Buku Komunikasi

Sarana Penglibatan Sekolah dengan Ibu Bapa dan Komuniti bertujuan

memperkenalkan sekolah kepada enam (6) elemen yang akan menyokong

Sistem Pembelajaran. Elemen-elemen tersebut, apabila dilaksanakan dengan

sempurna, akan meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran

anak mereka dan juga penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah.

Dalam merangka program bagi melaksanakan elemen-elemen yang

menyokong pembelajaran, sekolah perlu bergabung dengan Persatuan Ibu

Bapa dan Guru/Lembaga Pengelola Sekolah, alumni serta ahli komuniti

setempat kerana semuanya merupakan rakan kongsi dalam

mencemerlangkan murid.

*Istilah ibu bapa merujuk kepada sesiapa yang bertanggungjawab terhadap kebajikan

anak dan terlibat secara aktif dengan pendidikannya.

Page 4: Sekolah - ppdmukah.comppdmukah.com/images/pdf/sarana/1-Sarana-Sekolah-page-1-14.pdf · Murid/Alumni, Ahli Majlis Permuafakatan Sekolah dan ahli komuniti). Tujuan asasnya ialah untuk

4

Pengenalan

PE

NG

EN

AL

AN

Sarana ini disediakan khas untuk kegunaan pihak sekolah dan dilaksanakan secara kerjasama dengan rakan kongsi sekolah (Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Lembaga Pengurus Sekolah, Persatuan Bekas Murid/Alumni, Ahli Majlis Permuafakatan Sekolah dan ahli komuniti). Tujuan asasnya ialah untuk mempertingkatkan kerjasama antara pihak sekolah dan pihak-pihak lain yang turut mempunyai kepentingan dengan sekolah. Sarana ini mengandungi soal selidik untuk pihak sekolah serta rakan kongsinya. Dapatan dari analisis soal selidik boleh digunakan untuk mengukur sejauh mana enam elemen yang menyokong pembelajaran dilaksanakan di sekolah. Analisis ini juga memberi ruang untuk pihak sekolah meningkatkan penglibatan ibu bapa dan ahli komuniti dalam menyediakan enam elemen yang menyokong pembelajaran. Amalan-amalan terbaik daripada PIBG sekolah dalam dan luar negara disertakan dalam sarana ini untuk memberi gambaran usaha dan penglibatan mereka dalam membantu usaha sekolah mencemerlangkan murid. Mudah-mudahan amalan-amalan tersebut akan dapat menambah cadangan kepada usaha-usaha yang dapat dilaksanakan sekolah dengan kerjasama PIBG/LPS dan ahli komuniti. Cadangan-cadangan yang disertakan dalam sarana ini bukanlah merupakan usaha yang baharu maupun senarai lengkap kerana setiap sekolah mempunyai ibu bapa, komuniti, persekitaran, kemudahan serta pengalaman yang unik dan berbeza-beza. Walaupun demikian, setiap suatu usaha yang diambil oleh PIBG dan komuniti untuk terlibat lebih mendalam dengan sekolah amat wajar dialu-alukan. Peningkatan dalam penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah akan memberi peluang kepada ibu bapa dan komuniti memahami pentadbiran, tanggungjawab dan aktiviti sekolah dengan lebih jelas. Apabila mereka memahami keadaan yang berlaku di sekolah, mereka dapat membantu pihak sekolah dan murid dengan lebih berkesan.

Sarana: (Segala) sesuatu yang dapat digunakan sebagai alat dan sebagainya untuk mencapai ataumelaksanakan sesuatu.

- Kamus Dewan Edisi Keempat

Page 5: Sekolah - ppdmukah.comppdmukah.com/images/pdf/sarana/1-Sarana-Sekolah-page-1-14.pdf · Murid/Alumni, Ahli Majlis Permuafakatan Sekolah dan ahli komuniti). Tujuan asasnya ialah untuk

5

Kandungan

1 Pengantar 3

2 Pengenalan 4

3 Kandungan 5

4 Mengapa Ibu Bapa Perlu Dilibatkan Di Sekolah? 6

5 Panduan Menggunakan Sarana 7

6 Soal Selidik 8

7 Tindakan 14

8 Keterangan Skor Mengikut Elemen 15

9 Analisis Skor Keseluruhan 19

10 6 Elemen Yang Menyokong Pembelajaran a) Iklim Sekolah 20 b) Komunikasi Berkesan 26 c) Sokongan Terhadap Kejayaan Murid 30 d) Tanggungjawab Bersama 35 e) Keputusan Bersama 42 f) Kerjasama Dengan Komuniti 44 g) Kumpulan Sokongan Ibu Bapa 52

11 Penghargaan 54 12 Lampiran 1 55 13 Lampiran 2 56

KA

ND

UN

GA

N

Page 6: Sekolah - ppdmukah.comppdmukah.com/images/pdf/sarana/1-Sarana-Sekolah-page-1-14.pdf · Murid/Alumni, Ahli Majlis Permuafakatan Sekolah dan ahli komuniti). Tujuan asasnya ialah untuk

6

Mengapa Ibu Bapa Perlu Dilibatkan di Sekolah?

PE

NG

LIB

AT

AN

IBU

BA

PA

APABILA IBU BAPA TERLIBAT:

HALANGAN KEPADA PENGLIBATAN IBU BAPA YANG BERJAYA

TTT

Faedah kepada murid

• Mendapat gred yang lebih baik

• Menunjukkan tibgkah laku yang lebih baik

• Mempunyai kemahiran sosial yang lebih baik

• Dapat menyesuaikan diri dengan lebih mudah di sekolah.

Faedah kepada sekolah

• Mencapai gred dan markah ujian yang lebih tinggi

• Pencapaian akademik jangka panjang

• Murid menunjukkan sikap dan tingkah laku positif

• Program sekolah lebih berjaya

• Sekolah lebih berkesan

Tanggapan pihak sekolah

• Ibu bapa tidak mahu terlibat dengan sekolah

• Kehadiran ibu bapa di sekolah hanya akan mengganggu pentadbiran dan perjalanan sekolah

• Pihak sekolah cukup arif tentang cara mendidik murid, tidak perlu campur tangan ibu bapa

Tanggapan ibu bapa

• Tidak mempunyai masa

• Kekangan bahasa: tidak fasih menggunakan Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris

• Pihak sekolah tidak mengalukan kehadiran ibu bapa

• Tiada apa yang dapat disumbangkan

• Ibu bapa tidak perlu terlibat kerana mendidik murid ialah tanggungjawab sekolah

Page 7: Sekolah - ppdmukah.comppdmukah.com/images/pdf/sarana/1-Sarana-Sekolah-page-1-14.pdf · Murid/Alumni, Ahli Majlis Permuafakatan Sekolah dan ahli komuniti). Tujuan asasnya ialah untuk

7

Panduan Menggunakan Sarana

PA

ND

UA

N

PEN

GG

UN

AA

N

1 Pihak sekolah cetak dan edarkan kepada semua ibu bapa Sarana Penglibatan Ibu Bapa Dengan Pembelajaran Anak (Sarana Ibu Bapa). Ibu bapa kembalikan kepada sekolah:

a) Borang A: Penyertaan Kumpulan Perbincangan Ibu Bapa b) Borang B: Khidmat Bantu Kepada Sekolah

2 Pihak sekolah cetak Soal Selidik Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti

dengan Sekolah (Sarana Sekolah muka surat 8 hingga 13) untuk diedarkan kepada semua pentadbir sekolah, semua guru, semua staf sokongan, dan ahli komuniti(Ahli Mesyuarat Permuafakatan Sekolah, ahli alumni serta AJK Persatuan Ibu Bapa dan Guru).

3 Pihak sekolah cetak Soal Selidik Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti dengan Sekolah (Sarana Sekolah muka surat 8 hingga 13) untuk diedarkan kepada ibu bapa kepada seramai 10% jumlah bilangan murid. Soal Selidik Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti dengan Sekolah sama banyak di antara:

a) Ibu/bapa kepada murid pencapaian rendah b) Ibu/bapa kepada murid pencapaian sederhana c) Ibu/bapa kepada murid pencapaian tinggi

4 Biro maklumat PIBG analisis dapatan daripada a) Borang A (Sarana Ibu Bapa) b) Borang B (Sarana Ibu Bapa) c) Lampiran 1 (Sarana Sekolah)

5 Pihak sekolah laksanakan mesyuarat dengan AJK PIBG/LPS dan AJK Persatuan Bekas Murid (Alumni)/ahli komuniti untuk membuat pelan tindakan dengan merujuk kepada 6 Elemen Yang Menyokong Sistem Pembelajaran dan Amalan Terbaik dalam Sarana Sekolah. Beri priroriti kepada aktiviti/program yang berimpak tinggi dan kos rendah dalam menetapkan tindakan yang akan diambil.

6 Maklum kepada semua ibu bapa dan jemput penyertaan ibu bapa sebelum melancarkan sesuatu aktiviti/program.

7 Cetak dan edarkan semula borang Soal Selidik Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti dengan Sekolah kepada ibu bapa dan ahli komuniti yang sama seperti di nombor 3 dan 4 di atas pada bulan Oktober.

8 Analisis dapatan dari Soal Selidik Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti dengan Sekolah. Ulang langkah 4 hingga 6.

Page 8: Sekolah - ppdmukah.comppdmukah.com/images/pdf/sarana/1-Sarana-Sekolah-page-1-14.pdf · Murid/Alumni, Ahli Majlis Permuafakatan Sekolah dan ahli komuniti). Tujuan asasnya ialah untuk

8

Kajian ini bertujuan mendapatkan maklumat asas mengenai peglibatan ibu bapa/penjaga, dengan sekolah.

________________________________________________________________________

Semua dapatan adalah sulit dan tidak akan digunakan untuk tujuan selain daripada

________________________________________________________________________ Penghargaan Kerjasama tuan/puan menjayakan kaji selidik ini amatlah dihargai.

Soal selidik penglibatan ibu bapa/penjaga dan komuniti dengan sekolah

Page 9: Sekolah - ppdmukah.comppdmukah.com/images/pdf/sarana/1-Sarana-Sekolah-page-1-14.pdf · Murid/Alumni, Ahli Majlis Permuafakatan Sekolah dan ahli komuniti). Tujuan asasnya ialah untuk

9

SOAL SELIDIK

Panduan : Sila baca pernyataan berikut dan tandakan √ pada jawapan yang sesuai di dalam petak yang disediakan. BAHAGIAN I Responden

Ibu Bapa/Penjaga

Ahli Komuniti :

AJK Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

Ahli Majlis Permuafakatan

Lembaga Pengelola Sekolah (LPS)

Persatuan Bekas Murid (Alumni)

Negeri :

Perak Perlis

Selangor Melaka

Pahang Pulau Pinang

Kelantan Sabah

Terengganu Sarawak

Negeri Sembilan WP Kuala Lumpur

Kedah WP Labuan

Johor WP Putrajaya

Lokasi Sekolah :

Bandar

Luar Bandar

Pedalaman

BAHAGIAN II Instrumen ini mengandungi 30 soalan dan menggunakan skala lima poin. Anda dikehendaki menandakan nombor yang sesuai mengikut maklum balas anda berdasarkan skala yang ditetapkan di bawah.

1 2 3 4 5

Sangat tidak setuju (STS)

Tidak setuju (TS)

Kurang setuju (KS)

Setuju (S)

Sangat setuju (SS)

Page 10: Sekolah - ppdmukah.comppdmukah.com/images/pdf/sarana/1-Sarana-Sekolah-page-1-14.pdf · Murid/Alumni, Ahli Majlis Permuafakatan Sekolah dan ahli komuniti). Tujuan asasnya ialah untuk

10

A. Iklim Sekolah Sila berikan maklum balas berkaitan dengan Iklim Sekolah bagi pelaksanaan Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta berdasarkan skala yang telah ditetapkan.

Bil. Pernyataan STS TS KS S SS

1. Cadangan/pendapat saya yang dihantar melalui peti cadangan/telefon/e-mel/sudut maklumat PIBG/laman sosial Internet diambil tindakan yang sewajarnya.

1 2 3 4 5

2. Papan tanda mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan ahli komuniti disediakan.

1 2 3 4 5

3. Saya menerima layanan yang baik ketika berada di sekolah.

1 2 3 4 5

4. Tanda arah lokasi yang jelas disediakan di kawasan sekolah.

1 2 3 4 5

5. Ruang perjumpaan untuk ibu bapa dan ahli komuniti disediakan.

1 2 3 4 5

JUMLAH SKOR B. Komunikasi Berkesan Sila berikan maklum balas berkaitan dengan Komunikasi Berkesan bagi pelaksanaan Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta berdasarkan skala yang telah ditetapkan.

Bil. Pernyataan STS TS KS S SS

1. Saya mematuhi peraturan keselamatan yang disediakan ketika berada di sekolah.

1 2 3 4 5

2. Saya dimaklumkan dengan jelas mengenai peraturan sekolah.

1 2 3 4 5

3. Saya mendapat maklumat lengkap mengenai kegiatan sekolah.

1 2 3 4 5

4. Saya mendapat maklumat kegiatan sekolah melalui laman sesawang sekolah/buletin/surat siaran/laman sosial Internet.

1 2 3 4 5

5. Saya dihubungi oleh pihak sekolah sekiranya tidak hadir ke perjumpaan/kegiatan yang melibatkan saya.

1 2 3 4 5

JUMLAH SKOR

Page 11: Sekolah - ppdmukah.comppdmukah.com/images/pdf/sarana/1-Sarana-Sekolah-page-1-14.pdf · Murid/Alumni, Ahli Majlis Permuafakatan Sekolah dan ahli komuniti). Tujuan asasnya ialah untuk

11

C. Sokongan terhadap Kejayaan Murid Sila berikan maklum balas berkaitan dengan Sokongan terhadap Kejayaan Murid bagi pelaksanaan Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta berdasarkan skala yang telah ditetapkan.

Bil. Pernyataan STS TS KS S SS

1. Murid dibimbing cara belajar yang berkesan.

1 2 3 4 5

2. Sekolah mengadakan pertemuan dengan ibu bapa/penjaga untuk membincangkan kemajuan murid secara menyeluruh.

1 2 3 4 5

3. Kejayaan murid dalam pelbagai bidang dilaporkan sebagai agenda tetap dalam Mesyuarat PIBG/Lembaga Pengelola Sekolah dan Mesyuarat Permuafakatan.

1 2 3 4 5

4. Pihak sekolah menggalakkan ibu bapa menandatangani buku latihan anak yang telah disemak oleh guru.

1 2 3 4 5

5. Saya mengetahui bagaimana kemajuan murid dinilai di sekolah.

1 2 3 4 5

JUMLAH SKOR

D. Tanggungjawab Bersama Sila berikan maklum balas berkaitan dengan Tanggungjawab Bersama bagi pelaksanaan Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta berdasarkan skala yang telah ditetapkan.

Bil. Pernyataan STS TS KS S SS

1. Pihak sekolah, ibu bapa dan ahli komuniti bekerjasama dalam kegiatan yang berkaitan dengan perkembangan murid dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.

1 2 3 4 5

2. Saya terlibat sama dalam melaksanakan program kecemerlangan akademik murid.

1 2 3 4 5

3. Saya terlibat sama dalam melaksanakan program sahsiah murid.

1 2 3 4 5

Page 12: Sekolah - ppdmukah.comppdmukah.com/images/pdf/sarana/1-Sarana-Sekolah-page-1-14.pdf · Murid/Alumni, Ahli Majlis Permuafakatan Sekolah dan ahli komuniti). Tujuan asasnya ialah untuk

12

4. Saya terlibat sama melatih murid dalam kegiatan persatuan, sukan dan permainan.

1 2 3 4 5

5. Saya terlibat sama mengiringi murid yang mengambil bahagian dalam pertandingan/kegiatan luar sekolah.

1 2 3 4 5

JUMLAH SKOR

E. Keputusan Bersama Sila berikan maklum balas berkaitan dengan Keputusan Bersama bagi pelaksanaan Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta berdasarkan skala yang telah ditetapkan.

Bil. Pernyataan STS TS KS S SS

1. Pihak sekolah menyediakan peti cadangan untuk mendapatkan maklum balas daripada ibu bapa dan ahli komuniti.

1 2 3 4 5

2. Pihak sekolah/AJK PIBG mengkaji maklum balas daripada ibu bapa dan ahli komuniti untuk mengambil tindakan sewajarnya.

1 2 3 4 5

3. Pihak sekolah melibatkan ibu bapa dan ahli komuniti merancang program akademik dan bukan akademik untuk murid.

1 2 3 4 5

4. Pihak sekolah bekerjasama dengan PIBG/LPS dan ahli komuniti bagi meningkatkan peratus kedatangan murid.

1 2 3 4 5

5. Pihak sekolah bekerjasama dengan PIBG/LPS dan ahli komuniti bagi mengurangkan kes disiplin dalam kalangan murid.

1 2 3 4 5

JUMLAH SKOR

Page 13: Sekolah - ppdmukah.comppdmukah.com/images/pdf/sarana/1-Sarana-Sekolah-page-1-14.pdf · Murid/Alumni, Ahli Majlis Permuafakatan Sekolah dan ahli komuniti). Tujuan asasnya ialah untuk

13

F. Kerjasama dengan Komuniti Sila berikan maklum balas berkaitan dengan Kerjasama dengan Komuniti bagi pelaksanaan Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta berdasarkan skala yang telah ditetapkan.

Bil. Pernyataan STS TS KS S SS

1. Pihak sekolah mempunyai PIBG/LPS yang aktif membantu kemajuan sekolah.

1 2 3 4 5

2. Pihak sekolah mempunyai Alumni yang aktif membantu kemajuan sekolah.

1 2 3 4 5

3. Pihak sekolah mempunyai program khas untuk penglibatan komuniti di sekolah.

1 2 3 4 5

4. Pihak sekolah mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan oleh ahli komuniti (gotong-royong, membersihkan rumah ibadat, kerja amal di rumah anak-anak yatim/rumah orang-orang tua dan lain-lain).

1 2 3 4 5

5. Pihak sekolah menggalakkan ahli komuniti menggunakan kemudahan prasarana sekolah untuk melaksanakan sesuatu program.

1 2 3 4 5

JUMLAH SKOR

Page 14: Sekolah - ppdmukah.comppdmukah.com/images/pdf/sarana/1-Sarana-Sekolah-page-1-14.pdf · Murid/Alumni, Ahli Majlis Permuafakatan Sekolah dan ahli komuniti). Tujuan asasnya ialah untuk

14

TINDAKAN

TIN

DA

KA

N

1

2

3

4

5

6

7

Bagi setiap jawapan ‘STS’ berikan ‘1’ markah, ‘TS’ berikan ‘2’ markah, ‘KS’ berikan ‘3’. ‘S’ berikan ‘4’ dan ‘SS’ berikan ‘5’ markah.

Jumlahkan skor bagi setiap bahagian.

Analisis skor setiap bahagian bagi analisis ibu bapa dan ahli komuniti. Bandingkan dengan dapatan sekolah.

Rujuk kepada penerangan mengenai Sistem Pembelajaran serta Amalan Terbaik dalam menentukan tindakan yang akan diambil.

Bentuk pasukan bertindak yang dianggotai ahli PIBG/LPS, alumni dan ahli komuniti setempat mengikut kesesuaian.

Secara kolaboratif, senaraikan tindakan yang perlu diambil untuk mengatasi kekurangan mengikut keutamaan.

Maklum kepada ibu bapa tindakan yang akan diambil serta pelawa mereka turut serta dalam melaksanakan tindakan.

8

Laksanakan tindakan.