Sekolah Satu Aliran Capai Gagasan
-
Upload
ahmadkamal -
Category
Documents
-
view
238 -
download
0
Transcript of Sekolah Satu Aliran Capai Gagasan
-
7/29/2019 Sekolah Satu Aliran Capai Gagasan
1/2
Sekolah satu aliran capai gagasan 1Malaysia
PELAKSANAAN sekolah satu aliran kembali
menjadi perbualan hangat. Pelbagai pihak baik
kalangan ahli akademik, tokoh sejarah mahupun
orang politik mula memandang serius cadangan
ini. Malah ramai juga secara terus-terang
mengutarakan sokongan mereka untuk
melaksanakan cadangan tersebut dengan segera,
baik pihak kerajaan mahupun pembangkang.
Selama ini negara kita dianggap unik kerana
kejituan perpaduan di kalangan rakyat berbilang
kaum.
Ia jarang sekali berlaku di negara luar. Nenek
moyang kita telah bekerja keras dan melakukan
pelbagai pengorbanan untuk mencapai
keharmonian kaum yang kita nikmati sekarang.
Namun apa yang dikhuatiri, semangat perpaduan
ini semakin lama semakin terhakis. Untuk itu
kerajaan perlu bertindak segera dan kembali
kepada fitrah pembentukan semangat perpaduan
seperti yang dilakukan oleh generasi terdahulu
yang ternyata membuahkan hasil selama ini.
Anak-anak kita yang bakal mewarisi negara ini
perlu dididik dan dibentuk dari sekarang supaya
mereka benar-benar dapat menghayati konsep
dan erti sebenar perpaduan antara kaum yang
terbina sekian lama. Apakah kita lupa bahawa
anak-anak yang dilahirkan umpama sehelai kain
putih. Justeru kita percaya ibu bapa dan guru
yang rapat dengan mereka saban hari dapat
membantu memupuk nilai dan semangat
perpaduan yang kita kehendaki. Hanya sekolah
dilihat sebagai tempat terbaik untuk membentuk
anak- anak kita.
Namun malangnya apa yang berlaku sekarang
ialah anak- anak kita jelas terpisah dengan
sekolah aliran masing-masing. Melayu di
sekolah kebangsaan manakala Cina dan India
masing-masing di sekolah jenis kebangsaan.
Kita percaya sekolah satu aliran ini tidak akan
menafikan hak kaum masing-masing yang mahu
bahasa ibunda mereka dipelajari oleh anak-anak
mereka. Ia juga pastinya tidak sama sekali
menghilangkan identiti kaum tersebut. Bahasaibunda masing-masing boleh terus diajar di
sekolah satu aliran sebagai satu mata pelajaran
wajib mengikut kaum masing-masing. Pokok
pangkalnya adalah bak kata peribahasa hendak
seribu daya, tak hendak seribu dalih. Memang
ada golongan yang menentang keras cadangan
mewujudkan sekolah satu aliran.
Mereka mengutarakan pelbagai alasan mengikut
perspektif dan logik akal masing-masing yang
jelas mempunyai agenda tersendiri, dipengaruhi
oleh emosi dan rasa tidak puas hati. Dalam hal
ini kerajaan sewajarnya bertindak dengan lebih
bijak dan berhemah dengan mengambil kira
pandangan dan pendapat majoriti penduduk
negara ini yang rata-rata menyokong cadangan
penubuhan sekolah satu aliran. Pedulikangolongan yang sering menjadi pengacau kepada
pelbagai program yang hendak dilaksanakan.
Kerajaan perlu melihat secara lebih menyeluruh
kepada manfaat yang bakal diperoleh hasil
daripada pelaksanaan cadangan ini yang boleh
-
7/29/2019 Sekolah Satu Aliran Capai Gagasan
2/2
membantu ke arah pembentukan sebuah negara
bangsa yang dicita-citakan.
Usah endahkan golongan yang sememangnya
sinonim dengan budaya tidak setuju. Mereka
tidak pernah menyokong apa sahaja program
yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dan sudah
lali dengan budaya menentang dan
membangkang. Jika kita mahu mencapai
Wawasan 2020, Misi Nasional dan terkini
gagasan 1Malaysia, maka kewujudan sekolah
satu aliran adalah jawapan dan jalan
penyelesaiannya.
Hanya dengan sekolah satu aliran sahaja kita
lihat anak-anak kita yang bakal mewarisi
kepimpinan masa depan dapat meneruskan
hasrat dan cita-cita yang telah kita bangunkan.
Melentur buluh biarlah dari rebung. Anak-anak
kita masih belum terlambat untuk dilentur atau
dibentuk. Jangan sampai kita menyesal
kemudian hari.
NOOR MOHAMAD SHAKIL HAMEED
Serdang, Selangor
http://guruselamanya.wordpress.com/di-luar-
lingkaran/sekolah-satu-aliran-capai-gagasan-
1malaysia/
diakses pada 24/8/13
http://guruselamanya.wordpress.com/di-luar-lingkaran/sekolah-satu-aliran-capai-gagasan-1malaysia/http://guruselamanya.wordpress.com/di-luar-lingkaran/sekolah-satu-aliran-capai-gagasan-1malaysia/http://guruselamanya.wordpress.com/di-luar-lingkaran/sekolah-satu-aliran-capai-gagasan-1malaysia/http://guruselamanya.wordpress.com/di-luar-lingkaran/sekolah-satu-aliran-capai-gagasan-1malaysia/http://guruselamanya.wordpress.com/di-luar-lingkaran/sekolah-satu-aliran-capai-gagasan-1malaysia/http://guruselamanya.wordpress.com/di-luar-lingkaran/sekolah-satu-aliran-capai-gagasan-1malaysia/http://guruselamanya.wordpress.com/di-luar-lingkaran/sekolah-satu-aliran-capai-gagasan-1malaysia/