Sekolah Satu Aliran (SSA)

15
BANTAHAN tiga daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA, MIC dan Gerakan terhadap cadangan sekolah satu aliran memperlihatkan mentaliti perkauman di negara ini. Dalam perspektif lain, Perdana Menteri menyatakan bahawa sistem pendidikan satu aliran sebenarnya telah pun diamalkan tetapi kebanyakan daripada kita tidak faham peranan sistem sekolah kebangsaan. Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan, semasa kerajaan membentuk sistem sekolah kebangsaan dahulu, sekolah-sekolah aliran Cina dan Tamil sudah pun ada. Kerajaan memberi bantuan kepada sekolah aliran tersebut dengan harapan pada akhirnya murid-murid dari sekolah itu kelak menyertai sekolah kebangsaan. Tetapi sehingga kini nampaknya orang Cina dan India tidak berminat menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan kerana suasananya kurang menarik serta bimbang anak-anak mereka terpengaruh dengan adat resam orang Melayu dan Islam. Sikap dan fahaman agama yang terlalu kuat juga menakutkan bukan Melayu terhadap sekolah kebangsaan. Lalu apa yang berlaku dalam sistem persekolahan sekarang adalah faktor sikap perkauman yang masih menebal di kalangan masyarakat. Sebab itu bagi parti-parti tersebut, antara isu pergaduhan di Jalan Klang Lama dengan isu sekolah satu aliran adalah berbeza. Malah Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menganggap sistem pendidikan yang membenarkan kewujudan sekolah yang berbeza-beza aliran berdasarkan kaum yang sedia ada sudah dapat memenuhi hasrat semua kaum.

Transcript of Sekolah Satu Aliran (SSA)

Page 1: Sekolah Satu Aliran (SSA)

BANTAHAN tiga daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA, MIC dan Gerakan terhadap cadangan sekolah satu aliran memperlihatkan mentaliti perkauman di negara ini.

Dalam perspektif lain, Perdana Menteri menyatakan bahawa sistem pendidikan satu aliran sebenarnya telah pun diamalkan tetapi kebanyakan daripada kita tidak faham peranan sistem sekolah kebangsaan.

Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan, semasa kerajaan membentuk sistem sekolah kebangsaan dahulu, sekolah-sekolah aliran Cina dan Tamil sudah pun ada. Kerajaan memberi bantuan kepada sekolah aliran tersebut dengan harapan pada akhirnya murid-murid dari sekolah itu kelak menyertai sekolah kebangsaan.

Tetapi sehingga kini nampaknya orang Cina dan India tidak berminat menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan kerana suasananya kurang menarik serta bimbang anak-anak mereka terpengaruh dengan adat resam orang Melayu dan Islam. Sikap dan fahaman agama yang terlalu kuat juga menakutkan bukan Melayu terhadap sekolah kebangsaan. Lalu apa yang berlaku dalam sistem persekolahan sekarang adalah faktor sikap perkauman yang masih menebal di kalangan masyarakat.

Sebab itu bagi parti-parti tersebut, antara isu pergaduhan di Jalan Klang Lama dengan isu sekolah satu aliran adalah berbeza. Malah Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menganggap sistem pendidikan yang membenarkan kewujudan sekolah yang berbeza-beza aliran berdasarkan kaum yang sedia ada sudah dapat memenuhi hasrat semua kaum.

Ketika sebahagian orang Melayu nampaknya bersetuju diwujudkan sekolah satu aliran, Gerakan pula mengingatkan Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad supaya tidak termakan dengan cara pemikiran Menteri Kanan Singapura, Lee Kuan Yew mengenai kelemahan sistem pendidikan negara untuk menjamin perpaduan antara kaum. Tetapi mereka lupa bahawa Lee Kuan Yew adalah seorang Cina, dan beliau melihat ada halangan dalam usaha kerajaan memupuk perpaduan kaum.

Nada dan reaksi pemimpin parti yang mewakili masyarakat Cina dan India ini nampaknya lebih menjurus kepada sikap perkauman dan bukan untuk membina satu bangsa Malaysia yang dilaung-laungkan oleh mereka sendiri.

Page 2: Sekolah Satu Aliran (SSA)

Sekiranya reaksi mereka dijadikan landasan, maka tersangat jelas bahawa mereka sebagai pemimpin turut memainkan peranan yang besar dalam menguat dan memperkukuhkan lagi syak wasangka antara kaum di negara ini.

Bukan itu sahaja, dengan mempersoal dan mempertikai cadangan sekolah satu aliran, para pemimpin politik yang mewakili kedua-dua kaum itu meragui keikhlasan dan kejujuran kerajaan untuk mewujudkan perpaduan kaum sedangkan mereka juga turut menjadi anggota pentingnya.

Atau mungkinkah bantahan yang dikemukakan sebenarnya hanya untuk menjaga kedudukan mereka sebagai pemimpin politik masyarakat masing-masing? Kita harap tidak.

Selagi para pemimpin kaum terus bersikap mementingkan kaum demi masa depan dan populariti politik masing-masing, selagi itulah usaha perpaduan kaum hanya bersifat kosmetik.

Sesungguhnya, mana-mana negara pun mahu menyatupadukan rakyatnya, kerana perpaduan adalah asas bagi menjamin kestabilan sosial, ekonomi dan politik.

Untuk ini, sistem pendidikan negara perlu dimanfaatkan untuk mencorak masa depan bagi melahirkan masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu.

Sekolah satu aliran tidak akan membawa apa-apa masalah dan tidak mungkin mendatangkan akibat yang negatif, sebaliknya dari satu sudut ia akan membantu mewujudkan hubungan harmoni antara kaum.

Mereka yang menentang cadangan sekolah satu aliran ini adalah mereka yang tidak mengutamakan cita-cita dan rakyat Malaysia untuk membentuk sebuah negara yang bersatu padu.

Page 3: Sekolah Satu Aliran (SSA)

Berdasarkan pengalaman pada masa-masa lalu, isu dalam sistem pendidikan yang melibatkan kaum amat sensitif. Pada tahun-tahun 80-an kuasa Menteri Pendidikan yang membenarkannya memansuhkan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina ataupun Tamil sudah dihapuskan.

Kes sekolah SRJK di Damansara pula menggambarkan suasana tidak harmoni dalam hubungan antara kaum apabila segelintir ibu bapa menentang usaha pihak Kementerian Pendidikan hendak memindah murid ke sekolah yang baru.

Sebelum ini pun terdapat pihak yang menentang dan membantah penubuhan Sekolah Wawasan dan meminta pihak kerajaan menarik balik cadangan membina sekolah itu di Subang Jaya, Selangor dan Johor Jaya, Johor.

Alasan mereka menolak Sekolah Wawasan kerana bimbang penggunaan bahasa Cina akan dihapuskan manakala sekolah itu juga dilihat tidak boleh menyatupadukan kaum.

Memang jelas semua kaum hidup dalam suasana harmoni tetapi itu di permukaan sahaja, sedangkan hakikat sebenar ialah wujud perasaan tidak puas hati dan curiga-mencurigai.

Sebab itulah pentingnya, seperti yang dicadangkan oleh ahli akademik dan tokoh pendidikan negara supaya Kementerian Pendidikan mewujudkan sekolah satu aliran. Matlamat atau agendanya adalah satu iaitu perpaduan kaum.

Menurut tokoh pendidik, Tan Sri Ainuddin Wahid, sekolah satu aliran sepatutnya dilaksanakan sebelum merdeka lagi seperti yang dicadangkan 48 tahun lalu oleh Allahyarham Aminuddin Baki yang menjadi Penasihat Pelajaran Negara.

Ainuddin menjelaskan, cadangan Aminuddin itu kerana beliau telah menjangkakan masalah perkauman pasti akan timbul di kemudian hari berikutan setiap kaum mendapat pendidikan di sekolah yang berlainan.

Page 4: Sekolah Satu Aliran (SSA)

``Jangkaan beliau itu betul dan kita lihat apa yang berlaku sekarang. Jika kita bertegas dari dulu dan semua kaum sanggup berkorban untuk belajar di satu sekolah mungkin soal permusuhan antara kaum tidak terjadi,'' katanya.

Ada pemerhati berpendapat bahawa konsep Sekolah Wawasan yang dicadangkan sebenarnya bukan jawapan kepada keharmonian kaum. Jaminan bahawa kerajaan tidak akan memaksa mana-mana sekolah menerima Sekolah Wawasan, tidak akan menghapuskan identiti dan bahasa Cina atau Tamil dan tidak akan menutup sekolah kedua-dua aliran itu apabila konsep Sekolah Wawasan dilaksanakan, belum tentu dapat memastikan perpaduan kaum akan terjalin di kalangan semua murid.

Ini kerana dalam konsep tersebut, pengasingan murid antara kaum mengikut aliran jenis sekolah masih berlaku. Mereka hanya berkongsi padang dan kemudahan dalam satu kawasan sekolah, sedangkan sistem pendidikannya masih kekal mengikut aliran masing-masing misalnya Melayu, Cina dan India.

Perpaduan kaum tidak mampu dicapai hanya di padang sekolah. Tidak munasabah jika hanya dengan bermain bola sepak atau hoki di padang, perpaduan dapat dicapai.

Di samping itu apabila Sekolah Wawasan ditubuhkan maka sekolah aliran Cina dan Tamil pula perlu dilayan sama rata dengan sekolah aliran kebangsaan. Jika ia tidak dilayan, maka akan timbul prasangka terhadap satu sama lain.

Untuk membuang sikap yang sudah berakar umbi selama tujuh tahun sebelum memasuki sekolah bukanlah satu tugas yang mudah. Tetapi untuk hidup bersama dalam sebuah negara dan akhirnya membina diri menjadi satu bangsa yang tidak lagi dikenali mengikut kumpulan kaum, masyarakat negara ini tidak dapat tidak perlu mengurangkan sikap prasangka, kalaupun tidak menghapuskannya sama sekali.

Inilah yang hendak dicapai melalui konsep sekolah satu aliran. Sekolah ialah tempat terbaik untuk memulakan hubungan integrasi. Apabila kanak-kanak sudah terdedah dan biasa dengan pergaulan antara berbilang kaum di sekolah, mereka tidak lagi mengalami kejutan apabila memasuki alam pekerjaan dan bermasyarakat.

Page 5: Sekolah Satu Aliran (SSA)

Dalam kehidupan realiti kita sekarang, pergaulan antara kaum hanya terjadi dalam keadaan luaran dan tidak mendalam.

Tembok perkauman mesti diruntuhkan untuk memberi laluan kepada kehidupan satu bangsa Malaysia yang lebih harmoni. Tempat terbaik untuk memulakan usaha mencambah rasa harmoni ini ialah melalui sekolah satu aliran baik di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

Kementerian Pendidikan kini giat merancang dan melaksanakan Sekolah Wawasan. Kerajaan tidak mempunyai sebarang agenda untuk menghapuskan ciri-ciri sekolah vernakular dalam pelaksanaan Sekolah Wawasan melainkan mahu mengelakkan prejudis kaum di kalangan golongan muda negara pada masa depan.

Dalam hal ini, kena pada masanya pihak kementerian memikirkan pula penyesuaian Sekolah Wawasan menerapkan konsep sekolah satu aliran.

Kaedahnya tidak berbeza dengan agenda Sekolah Wawasan iaitu bagi menangani perasaan syak wasangka antara kaum daripada merebak dan berbahaya kepada perpaduan negara.

Kejayaan negara kita banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama antara kaum yang dapat diwujudkan berasaskan perasaan muhibah dalam kehidupan seharian.

Kita sedar keperluan dan kepentingan Sekolah Wawasan, tetapi ada baiknya jika dikaji juga penubuhan sekolah satu aliran. Hubungan rapuh antara kaum akibat suasana sosial, ekonomi dan politik yang tidak begitu baik boleh menjadi satu bom jangka yang berbahaya.

Topik tentang sistem pendidikan negara sentiasa mengundang pelbagai pandangan daripada semua pihak dalam masyarakat Malaysia. Saya telah diminta memberikan komen berhubung perkara ini pada Sabtu lalu. Walaupun saya telah pun memberikan jawapan saya, namun saya merasakan ada kaitannya

Page 6: Sekolah Satu Aliran (SSA)

bagi saya untuk menjelaskannya sekali lagi, dan barangkali mengundang lebih banyak perbincangan tentangnya dalam blog saya ini.

Walau bagaimanapun, ke mana sahaja arah perbahasan ini, kenyataannya adalah: rangka tindakan pendidikan kita telah digubal dari sudut pandangan bahawa semua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk memilih pendidikan mereka di negara ini. Ia merupakan satu harapan rakyat berikutan dengan Kemerdekaan negara, dan kerajaan telah pun mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung hasrat itu.

Sejak sekian lama dan hampir dalam setiap keadaan, isu berkaitan dengan sistem pendidikan yang ideal sentiasa dipolitikkan. Sebagai Perdana Menteri kepada semua rakyat Malaysia, saya berpandangan bahawa kita semua mesti mencari keseimbangan. Marilah kita sama-sama beringat bahawa pada akhirnya, isunya adalah untuk memastikan supaya masa hadapan generasi kita, kepimpinan masa hadapan kita, berupaya mendapat pendidikan yang terbaik. Kita harus meneroka ekonomi yang berasaskan pengetahuan dan inovasi. Inilah antara sebabnya kenapa saya mengumumkan semasa membentangkan belanjawan baru-baru ini, Biasiswa Nasional akan dianugerahkan kepada 30 pelajar SPM yang mendapat keputusan terbaik berdasarkan merit semata-mata.

Saya telah mendengar ramai daripada anda sekalian yang mahukan pertukaran kepada sistem satu aliran sebagai salah satu cara untuk meningkatkan lebih perpaduan dan integrasi di kalangan rakyat. Walau bagaimanapun, ramai orang tidak memberikan pengertian kebanyakan orang. Saya juga ada mendengar ramai yang begitu bertegas akan hak untuk memilih berdasarkan sistem pendidikan sekarang. Saya telah mendengar kedua-dua pendapat yang berbeza ini dan menerimanya. Justeru itu, kita hendaklah secara bersama-sama bersetuju akan satu sistem yang memberikan kebaikan kepada semua rakyat, yang mendukung nilai-nilai yang kita junjung. Sudahkah kita bersedia untuk menjauhkan diri daripada hak untuk memilih dan berkompromi? Dalam menyampaikan sudut pandangan kita, sudahkah kita memikirkan tentang pandangan-pandangan lain yang berbeza itu?

Ketika masyarakat masih mempunyai perasaan yang bertentangan dan agak keberatan untuk membuat keputusan bersama itu, saya tidak ingin ada perbalahan yng timbul dalam masyarakat kita kerana perkara yang sangat sensitif ini. Malah hasrat yang paling murni pun boleh menjadi tidak bermakna langsung jika kita tidak bersedia untuk menerima dan mengamalnya. Kita akan bertukar kepada sekolah satu aliran hanya apabila kita telah bersedia dan hanya jika inilah yang dikehendaki oleh "rakyat".

"1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"

Page 7: Sekolah Satu Aliran (SSA)

PM: Sekolah satu aliran dilaksana jika dipersetuju rakyat

Okt 31, 09 3:33pm

Kerajaan akan mengambil kira pandangan rakyat sebelum membuat keputusan melaksanakan sekolah satu aliran bagi menjaga sensiviti kaum di negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata kerajaan akan hanya mengubah sesuatu dasar sekiranya dipersetujui rakyat dan jika sebaliknya, dasar sedia ada akan dikekalkan.

Beliau berkata perubahan kepada sistem satu aliran memerlukan anjakan besar daripada segi dasar dan ia juga menimbulkan persoalan sama ada masyarakat negara ini bersedia untuk menafikan hak memilih jenis pendidikan.

"Saya fikir perkara ini belum ada kata putus dalam masyarakat, ada yang fikir baik diadakan sekolah satu aliran malah ada yang fikir bahawa mereka nak juga hak untuk memilih.

"Jadi selagi kita (kerajaan) tidak putuskan mengenai perkara ini, saya tidak mahu berlaku perbalahan dalam masyarakat kerana soal pendidikan ini amat sensitif," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan perdana menteri bersama warga kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan TNB di ibunegara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangan beberapa anggota parlimen yang mahukan kerajaan mewujudkan sekolah satu aliran selepas cadangan itu ditimbulkan oleh tokoh sejarah dan akademik Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim minggu lepas.

Khoo dilaporkan berkata sistem pendidikan negara perlu disusun semula termasuk melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan matlamat gagasan 1Malaysia tercapai kerana sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran ketika ini tidak membantu rakyat menyelami makna sebenar gagasan itu.

Najib berkata terdapat pelbagai pendapat dalam soal pendidikan.

Page 8: Sekolah Satu Aliran (SSA)

"Soal pendidikan ini ada macam-macam pendapat. Kita sudah bermula dengan satu kedudukan di mana kita memberi setiap warga Malaysia, kumpulan etnik dan komuniti hak untuk memilih jenis pendidikan.

"Kita hanya akan mengubah dasar berdasarkan kepada kehendak masyarakat, kalau masyarakat bersedia untuk membuat perubahan kita akan ubah, selagi masyarakat tak bersedia kita akan kekalkan seperti mana sedia ada," katanya.

Najib berkata tidak ada gunanya kerajaan mengubah dasar kepada sekolah satu aliran sekiranya keputusan tersebut boleh menyebabkan perbalahan dan ketegangan dalam politik, masyarakat dan sosial kerana menurutnya sebarang keputusan kerajaan adalah untuk membawa perpaduan kepada semua.

"Kalau kita nak ubah dasar kepada sekolah satu aliran, tujuan kita hanyalah untuk perpaduan semua kaum. Kita tidak mahu keputusan itu menyebabkan perbalahan dan ketegangan. Tujuan kita untuk membawa perpaduan tetapi jika keputusan itu sendiri membawa ketegangan antara kaum, apa maknanya," katanya. Bernama

Kenapa sekolah satu aliran jadi perhatian? — Abdul Aziz Ismail

NOV 1 — Isu sistem sekolah satu aliran tiba-tiba menjadi perhatian. Sebelum ini ia pernah dibangkitkan oleh ahli politik Umno termasuk Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir. Tetapi, isu itu dikecam dan dipertikai hebat oleh banyak pihak terutama pemimpin bukan Melayu.

Mereka menuduh beliau rasis dan Umno cuba mengalih perhatian kepada tajuk lain setelah BN kalah teruk dalam PRU ke-12 lalu. Menurut beberapa pemimpin MCA, sistem itu sudah berjalan lama, sudah menjadi tradisi dan telah diterima sebagai sistem persekolahan yang harus dikekalkan.

Namun apabila gagasan itu disaran semula oleh seorang tokoh akedemik dan pakar sejarah bukan Melayu yang berpengaruh, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, isu itu tiba-tiba mendapat sambutan di luar jangkaan dari ahli Parlimen BN termasuk pemimpin bukan Melayu daripada Pakatan Rakyat. Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua berpendapat sistem satu aliran boleh merapatkan

Page 9: Sekolah Satu Aliran (SSA)

perhubungan antara kaum dari peringat bawah lagi dan boleh menjadi landasan untuk mengwujudkan perpaduan pada jangka waktu panjang.

Beliau mencadangkan sistem itu harus bermula di peringkat sekolah menengah dan bukan sekolah rendah, ketika itu semua murid sudah bersedia dan faham latar belakang bahasa dan budaya masing-masing semasa di peringkat sekolah rendah. Katanya lagi, kalau boleh pelajar Melayu pintar di Maktab Sains Mara diserapkan ke semua sekolah menengah untuk membolehkan mereka bergaul dengan semua murid dari pelbagai kaum bagi melahirkan segera konsep perpaduan.

Isu itu menjadi lebih menarik semua pihak setelah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyahut seruan itu untuk kebaikan bersama bagi melahirakan bangsa Malaysia yang bersatu-padu dan selaras dengan gagasan 1 Malaysia yang dipromosi Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak. Malah, beliau mahu isu itu diperdebatkan kepada umum bagi mendapat maklum balas adakah gagasan itu wajar dan seharusnya dilaksanakan segera atau sebaliknya.

Mengapakah isu itu begitu signifikan dan mendapat sokongan kuat setelah ia dicetuskan semula oleh orang bukan Melayu? Kenapakah ada pemimpin mendokong gagasan idea itu padahal sebelumnya parti mereka menentang keras idea itu?

Dalam perkembangan terbaru, Najib tidak menolak idea itu diperdebatkan dalam kalangan rakyat walaupun sukar dilaksanakan kerana terpaksa melihat pendapat majorit terutama kaum bukan Melayu yang sudah sebati dengan sistem pelbagai aliran seperti yang diamalkan sekarang. Menurut beliau, dasar itu boleh direalisasikan jika itulah kehendak rakyat terbanyak.

Rakyat yang harus membuat keputusan sama ada menyokong atau menolak idea itu yang pada pertimbangan rasional situasi bangsa dan kehendak jangka panjang negara, cadangan ini amat praktikal dilaksanakan demi membentuk satu bangsa Malaysia yang bersatu padu. Pertukaran pendirian dan pandangan oleh pemimpin bukan Melayu terhadap isu itu menimbulkan tanda tanya. Mungkinkah perubahan itu sudah dikaitkan dengan konsep gagasan 1 Malaysia oleh perdana menteri yang dikatakan mula mendapat sambutan orang bukan Melayu daripada BN dan PR?

Adakah gagasan Najib itu sudah melunakkan pendirian tegar sebilangan pemimpin bukan Melayu yang selama ini skeptikal terhadap dasar Umno dan BN? Adakah mereka fikir gagasan Najib itu sudah

Page 10: Sekolah Satu Aliran (SSA)

menyahut kehendak mereka selama ini yang mahukan Umno berlaku adil kepada semua kaum tidak kira keturunan sesuai dengan moto “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan?”

Persoalan itu bakal ditentukan oleh tindakan selanjutnya kalangan mereka, dasar konsisten kerajaan ke arah itu dan mungkin sikap orang Melayu sendiri dalam merealisasikan gagasan itu menjadi realiti atau sebaliknya. — Harakah Daily

Sokong sekolah satu aliran

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Saranan tokoh akademik, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim supaya kerajaan melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan perpaduan antara kaum tercapai, disepakati Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.

Mereka bersetuju bahawa perpaduan antara kaum harus menjadi matlamat utama kerajaan dan usaha mewujudkan sekolah satu aliran mungkin boleh menjadi titik tolak ke arah itu.

Hamim Samuri (BN-Ledang) berkata, sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran sekarang tidak akan membantu kerajaan menyatupadukan rakyat apatah lagi untuk menyelami makna sebenar gagasan 1Malaysia.

Justeru, beliau mencadangkan supaya semua sekolah menengah di negara ini dibuat dalam satu aliran bagi memastikan pelajar daripada semua kaum berada di bawah satu bumbung perpaduan.

‘‘Kita boleh kekalkan sekolah pelbagai aliran di peringkat sekolah rendah tetapi ia wajar dijadikan satu aliran apabila di peringkat sekolah menengah.

‘‘Dalam konteks ini kerajaan harus mengambil alih semua sekolah menengah dengan menjadikannya satu aliran supaya anak-anak kita dapat belajar dalam satu sekolah yang sama,’’ katanya ketika membahaskan Bajet 2010 pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Page 11: Sekolah Satu Aliran (SSA)

Datuk Abd. Halim Abd. Rahman (Pas-Pengkalan Chepa) yang bersetuju dengan Hamim pula berkata, hasil pengamatan dan kajian yang dibuat telah mendapati sistem pendidikan sekarang tidak ada titik pertemuan.

‘‘Sistem pendidikan kita sekarang ini seperti landasan kereta api yang akhirnya tidak ada titik pertemuan dan itulah yang pernah dibangkitkan oleh Profesor Kay Kim sebelum ini,’’ katanya.

Suara Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) dalam hal ini senada apabila beliau bersetuju sekolah satu aliran diwujudkan di peringkat sekolah menengah supaya matlamat perpaduan dicapai.

‘‘Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Ledang supaya kerajaan menjadikan peringkat sekolah menengah sebagai sekolah satu aliran,’’ katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pelajar Melayu yang bijak dan ditempatkan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) perlu juga disatukan di sekolah menengah.

Katanya, ia membolehkan kebijaksanaan pelajar MRSM dapat dikongsi bersama dengan pelajar lain.

Kay Kim dalam ceramah bertajuk 1Malaysia: Cabaran dan Harapan pada program Semarak Perpaduan dan Patriotisme di Pulau Pinang baru-baru ini mencadangkan pelaksanaan sekolah satu aliran.

Menurut Kay Kim, sekolah pelbagai aliran sekarang merupakan sistem peninggalan penjajah yang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang benar-benar bersatu padu.

‘‘Sistem pendidikan sekarang tidak memerlukan sekolah pelbagai aliran kerana bahasa ibunda setiap kaum boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di dalam bilik darjah,’’ katanya.