Seksyen 34
-
Upload
maksu-ashu-ghozali -
Category
Documents
-
view
233 -
download
0
description
Transcript of Seksyen 34
Seksyen 34
Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.
“Mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana suami atau isteri
supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan atau tanggungjawabnya kepada isteri atau suami
atau keluarganya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau
kedua-duanya.”
Huraian
Setiap pasangan yang berkahwin mestilah menjaga rumah tangga yang dibina. Namun begitu,
setiap orang yang berada di sekeliling pasangan tersebut perlulah memainkan peranan untuk
turut sama menjaga perkahwinan mereka. Seksyen ini merujuk kepada penglibatan orang ketiga
di dalam sesebuah perkahwinan setiap pasangan yang mengganggu keharmonian rumah tangga
pasangan. Orang ketiga yang dimaksudkan menurut pendapat Y.A.A Tan Sri Dr. Ibrahim bin
Lembut iaitu Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, pihak
ketiga termasuklah ahli keluarga, saudara mara, kawan, orang luar atau kekasih.1
Oleh itu, jika berlaku sebarang perkara-perkara yang datangnya daripada pihak ketiga ini,
pasangan boleh membuat aduan ke atas pihak ketiga ini .Pihak ketiga boleh didakwa seperti yang
diperuntukkan di bawah Seksyen 34.
Elemen-Elemen dalam Enakmen
Namun begitu, terdapat beberapa elemen-elemen yang perlu dibuktikan bagi mensabitkan pihak
ketiga di bawah kesalahan jenayah dibawah Seksyen ini. Antara elemen-elemennya ialah:-
(A) Siapa?
1 Pihak Ketiga Rosak Perkahwinan Boleh Didakwa, Berita Harian, 4 Jun 2014 m/s 10.
“Mana-mana orang” – Berikutan dengan Seksyen 1 Enakmen Kesalahan Jenayah Negeri Selangor
1995, mana-mana orang dalam konteks ini merujuk kepada mereka yang beragama Islam. Orang
ketiga dalam rumah tangga bermaksud sesiapa sahaja, sama ada seorang lelaki atau wanita
menjadi sebab kepada berlakunya ketidakharmonian perkahwinan seseorang.2
(B) Cara bagaimana?
(a) dengan lisan ; atau
(b) bahasa tubuh.
(C) Perbuatan apa yang menjadi kesalahan?
(a) (i) perbuatan menghasut salah seorang pasangan untuk melafazkan cerai atau
mengabaikan tanggungjawab; atau
(ii) perbuatan memaksa salah seorang pasangan untuk melafazkan cerai atau
mengabaikan tanggungjawab; atau
(iii) perbuatan memujuk salah seorang pasangan untuk melafazkan cerai atau
mengabaikan tanggungjawab.
Hukuman Jika Disabit
(a) didenda tidak melebihi lima ribu ringgit; atau
(b) dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun; atau
(c) kedua-duanya.
Kes
Oleh kerana masyarakat kurang sedar akan kewujudan peruntukan undang-undang ini,
perceraian antara pasangan adalah berdasarkan ketidaksefahaman dan lain-lain.
Pendakwaan terhadap pihak ketiga tidak dibuat oleh mana-mana pasangan.Aduan mengenai
pihak ketiga hanya dibuat kepada Pegawai Penguatkuasa Agama atau dengan melalui
2 UNDANG-UNDANG MENANGANI ORANG KETIGA DALAM RUMAHTANGGA: SATU SOROTAN DALAM UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH NEGERI SELANGOR DAN UNDANG-UNDANG KELUARGA SIVIL, Zaini Yusnita Bt. Mat Jusoh ,Zanariah Dimon, International Research Management and Innovation Conference 2014 (IRMIC2014) KL, 17 – 18 November 2014.
kaunseling sahaja, tanpa ada kes-kes yang dilaporkan di mahkamah.
Seksyen 35
Menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam.
“Mana-mana orang yang menjual, memberikan atau menyerahkan anaknya atau kanak-kanak di
bawah peliharaannya kepada seseorang yang tidak beragama Islam adalah melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah
boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut berkenaan dengan anak atau kanak-
kanak itu.”
Huraian
Menurut seksyen ini, adalah suatu kesalahan bagi seseorang itu menjual, memberi atau
menyerahkan kanak-kanak di bawah peliharaannya kepada orang bukan Islam. Di dalam konteks
ini, seksyen ini hanya terhad kepada penjualan/penyerahan/pemberian kepada orang BUKAN
ISLAM akan disabitkan dengan kesalahan, tetapi tidak menjadi kesalahan jika ia dilakukan kepada
orang Islam. Perbuatan menjual anak atau kanak-kanak yang berada di bawah jagaan seseorang
itu sudah termaktub di dalam Akta AntiPemerdagangan Orang 2007 yang berbunyi,
“Memperdagangkan orang yang merupakan seorang kanak-kanak, bagi maksud eksploitasi”,3
tidak mengira samada kepada ORANG ISLAM ataupun BUKAN ISLAM. Logiknya, tujuan disabitkan
kesalahan jika perbuatan-perbuatan ini dilakukan kepada orang bukan Islam, adalah untuk
menjamin agama kanak-kanak tersebut supaya masih hidup di dalam Islam walaupun hidup di
dalam keluarga lain. Seksyen 35 boleh dikatakan menyerupai Seksyen 14 Akta
Antipemerdagangan Orang 2007, namun, ianya terhad kepada orang Islam dan anak atau kanak-
kanak di bawah jagaan tertuduh sahaja. Mahkamah mempunyai bidangkuasa untuk memberi
apa-apa perintah bagi tujuan kebajikan anak/kanak-kanak tersebut
Elemen-Elemen dalam Enakmen
Namun begitu, terdapat beberapa elemen-elemen yang perlu dibuktikan bagi mensabitkan pihak
ketiga di bawah kesalahan jenayah dibawah Seksyen ini. Antara elemen-elemennya ialah:-
3 Seksyen 14 Akta Pemerdagangan Orang 2007.
(C) Siapa?
“Mana-mana orang” – Berikutan dengan Seksyen 1 Enakmen Kesalahan Jenayah Negeri Selangor
1995, mana-mana orang dalam konteks ini merujuk kepada mereka yang beragama Islam.
Seksyen 3 Akta Tafsiran 1948, mendefinisikan ‘minor’ sebagai seseorang yang tidak mencapai
umur majoriti seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang. Kanak-kanak tersebut mestilah
berada di bawah jagaan orang kena tuduh untuk mensabitkan kesalahan.
(D) Cara bagaimana?
(a) dengan perjanjian samada melalui perbuatan, lisan atau bertulis.
(C) Perbuatan apa yang menjadi kesalahan?
(a) dengan perbuatan menjual anak atau kanak-kanak dibawah jagaannya
kepada orang Bukan Islam ; atau
(b) dengan perbuatan menberikan anak atau kanak-kanak dibawah jagaannya
kepada orang Bukan Islam; atau
(c) dengan perbuatan menyerahkan anak atau kanak-kanak dibawah jagaannya
kepada orang Bukan Islam.
Hukuman Jika Disabit
(a) didenda tidak melebihi lima ribu ringgit; atau
(b) dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun; atau
(c) kedua-duanya.
Kes
Di dalam kes Siti Rashidah bt Razali dan yang lain lwn Pendakwa Raya4, dalam serbuan tersebut,
4 [2011] 6 MLJ 417.
seramai tujuh orang lelaki dewasa, dua orang wanita dewasa dan tiga orang kanak-kanak
perempuan telah dijumpai di dalam sebuah bilik. Kesemua mereka adalah warganegara
Myanmar dan tidak memiliki sebarang pas atau dokumen perjalanan yang sah bagi memasuki
Malaysia. Tertuduh keempat adalah pemilik rumah tersebut. Keempat-empat perayu telah
dituduh di mahkamah sesyen dengan dua pertuduhan di bawah ss 12 dan 14 Akta
Antipemerdagangan Orang 2007. Kesemua perayu telah mengaku salah ke atas kedua-dua
pertuduhan dan tuan majistret telah menjatuhkan hukuman penjara. Kes ini dibincangkan
adalah dengan bertujuan untuk membuat perbandingan dengan Seksyen 34 Enakmen Jenayah
Syariah Selangor 1995.Di dalam kes ini dapat kita lihat bahawa, sungguhpun perayu adalah
beragama Islam, namun begitu, kes ini dibicarakan di mahkamah sivil dan bukan syariah malah
undang-undang yang mengadili kes ini adalah undang-undang sivil dan bukan Syariah. Oleh itu,
walaupun terdapat peruntukan dibawah enakmen ini, tidak terdapat pelaksanaan yang jitu oleh
pihak berkuasa. Jika dibandingkan dengan seksyen 34, kes ini membincangkan situasi bagi mana-
mana orang yang memperdagangkan kanak-kanak samada dibawah jagaannya ataupun tidak.
Seksyen 36
Qazaf.
“Kecuali dalam kes li'an, mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa
mengemukakan, mengikut Hukum Syara', empat orang saksi lelaki atau iqrar orang yang
dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau
kedua-duanya.”
Huraian
Seksyen ini menghuraikan bahawa, adalah suatu kesalahan jika seseorang Islam itu menuduh
orang lain mengemukakan zina tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki atau iqrar dari
orang yang dituduh zina itu. Qazaf seperti yang didefinisikan di bawah Seksyen2 Enakmen ini
bermaksud membuat pengataan palsu terhadap mana-mana orang.
Adakah ia meliputi tuduhan kes liwat? Majority fuqaha berpendapat bahawa tuduhan qazaf
didalam tuduhan liwat adalah bersamaan dengan tuduhan qazaf di dalam zina. Tuduhan liwat ke
atas seseorang mengikut Imam Malik, Imam Shafi’i dan Imam Ahmad sama dengan menuduh
seseorang melakukan zina kerana liwat adalah zina dan peliwat adalah penzina sama ada ia
sebagai pelaku atau penerima perlakuan itu, sama ada ia lelaki atau perempuan.5 Menurut
Zulkifli Hassan di dalam tulisannya, walaupun Seksyen ini tidak menyebut mengenai kes liwat
namun begitu ia tidak menghalang Mahkamah daripada membuat tafsiran dengan lebih meluas
ke atas seksyen ini.
Seksyen 130 (2) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Selangor), menyebut secara jelas
bahawa jika terdapat lakuna atau jika apa-apa perkar tidak diperuntukkan dengan nyata dalam
Enakmen atau Akta ini, Mahkamah Syariah hendaklah memakai Hukum Syarak. Seksyen 3
Enakmen ini mentafsirkan Hukum Syarak sebagai mengikut Mazhab Shafii, atau mengikut mana-
mana satu Mazhab Maliki, Hanafi atau Hanbali. Oleh itu kes liwat termasuk juga di bawah
peruntukan Seksyen 36 ini.
Elemen-Elemen dalam Enakmen
Namun begitu, terdapat beberapa elemen-elemen yang perlu dibuktikan bagi mensabitkan pihak
ketiga di bawah kesalahan jenayah dibawah Seksyen ini. Antara elemen-elemennya ialah:-
(E) Siapa?
“Mana-mana orang” – Berikutan dengan Seksyen 1 Enakmen Kesalahan Jenayah Negeri Selangor
1995, mana-mana orang dalam konteks ini merujuk kepada mereka yang beragama Islam.
“Saksi” - Menurut Seksyen 83 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Selangor 2003, saksi
ialah semua orang Islam adalah kompeten untuk memberikan syahadah atau Bayyinah sebagai
saksi dengan syarat bahawa mereka adalah ‘aqil, baligh, adil, mempunyai ingatan yang baik dan
tidak berprasangka.
(F) Cara bagaimana?
5 QAZAF DAN KAITANNYA DENGAN KESALAHAN LIWAT MENURUT PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG, Zulkifli Hassan.
(a) dengan perbuatan atau lisan menuduh seseorang melakukan zina; atau
(C) Perbuatan apa yang menjadi kesalahan?
(i) perbuatan menuduh orang Islam lain melakukan zina tanpa mengemukakan
empat orang saksi lelaki dan tanpa iqrar orang iqrar orang yang dituduh.
“Zina”- Menurut Seksyen 2 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, didefinisikan
sebagai persetubuhan antara lelaki dengan perempuan tanpa nikah.
“Iqrar”- Menurut Seksyen 17 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Selangor 2003,
suatu pengakuan yang dibuat oleh seseorang, secara bertulis atau lisan atau dengan
isyarat, menyatakan bahawa dia mempunyai obligasi atau tanggungan terhadap mana-
mana orang lain berkenaan dengan sesuatu hak.
Hukuman Jika Disabit
(a) didenda tidak melebihi lima ribu ringgit; atau
(b) dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun; atau
(c) kedua-duanya.
Kes
Di dalam kes Dato' Seri Anwar bin Ibrahim v Shamsuddin bin Hussain & Ors 6 Pemohon
memohon untuk memperolehi satu perintah mahkamah untuk memberi arahan kepada pihak
pendakwaaan untuk memulakan kes bagi suatu tindakan jenayah. Dalam tindakan ini, pemohon
memohon kepada mahkamah supaya responden-responden di dalam kes ini menjalankan kuasa
pendakwaan terhadap Mohamad Saiful Bukhari bin Azlan di atas kesalahan qazaf. Menurut
pemohon, kesalahan qazaf ini dilakukan tanpa mengemukakan empat orang saksi atau iqrar
pemohon.7
Seksyen 37
6 [2010] 4 SHLR 1197 Anwar Ibrahim Fail Aduan Qazaf Terhadap Muhammad Shafee, mstar.com.my.,26 Jun 2015.
Pungutan zakat atau fitrah tanpa diberikuasa
“Mana-mana orang yang memungut zakat atau fitrah atau menyebabkan dipungut zakat atau
fitrah tanpa dia dilantik sebagai amil atau selainnya diberikuasa oleh Majlis adalah melakukan
suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.”
Huraian
Menurut seksyen ini, adalah suatu kesalahan bagi seseorang itu memungut zakat atau fitrah
tanpa apa-apa pelantikan atau kuasa yang diberikan oleh Majlis sebagai amil. Zakat dari segi
syarak ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak
menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.8 Pembayaran zakat
atau fitrah kepada orang yang tidak dilantik oleh Majlis atau kepada amil yang tidak bertauliah
akan menyebabkan kadar bayaran zakat yang dibayar oleh individu tidak dapat direkodkan dan
seolah-olah individu itu tidak mengeluarkan zakat.
Elemen-Elemen dalam Enakmen
Namun begitu, terdapat beberapa elemen-elemen yang perlu dibuktikan bagi mensabitkan pihak
ketiga di bawah kesalahan jenayah dibawah Seksyen ini. Antara elemen-elemennya ialah:-
(G) Siapa?
“Mana-mana orang” – Berikutan dengan Seksyen 1 Enakmen Kesalahan Jenayah Negeri Selangor
1995, mana-mana orang dalam konteks ini merujuk kepada mereka yang beragama Islam.
“Amil”- Imam Syafi’i mendefinisikan Amil sebagai orang yang bekerja mengurusi Zakat, sedang
dia tidak mendapat upah selain dari zakat tersebut. Mażhab ini merumuskan ‘Amil sebagai
berikut: “Amil zakat yaitu orang-orang yang dipekerjakan oleh Imam (pemerintah) untuk
mengurus zakat. Mereka adalah para karyawan yang bertugas mengumpulkan zakat, menulis
(mendatanya) dan memberikan kepada yang berhak menerimanya”.
8 http://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/pengertian-zakat/
“Majlis” - Menurut Seksyen 2 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, majlis ertinya Majlis
Agama Islam Selangor yang ditubuhkan di bawah seksyen 4(1) Enakmen Pentadbiran.
(H) Cara bagaimana?
(a) dengan perbuatan menyuruh atau mengarah; atau
(C) Perbuatan apa yang menjadi kesalahan?
(i) perbuatan memungut atau menyebabkan dipungut zakat dan fitrah tanpa
pelantikan yang sah dari Majlis.
Hukuman Jika Disabit
(a) didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit; atau
(b) dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun; atau
(c) kedua-duanya.
Seksyen 38
Penyalahgunaan tanda halal.
“Mana-mana orang yang mempamerkan, pada mana-mana makanan atau minuman yang tidak
halal, apa-apa tanda yang menunjukkan bahawa makanan atau minuman itu adalah halal
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.”
Huraian
Seksyen ini memperuntukkan bahawa, adalah suatu kesalahan jika tanda halal disalahgunakan
untuk menunjukkan bahawa makanan itu halal walhal makanan atau minuman itu tidak halal.
Hanya pegawai penguatkuasa agama adalah pihak yang mempunyai bidangkuasa untuk
menguatkuasakan undang-undang ini. Namun begitu, Mahkamah syariah hanya boleh
mendengar kes yang melibatkan orang Islam sahaja. Bagaimana jika kesalahan ini dilakukan oleh
orang bukan Islam? Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasan Halal), (Penandaan
Halal) 1975 memperuntukkan prosedur umum mengenai makanan halal. Perintah ini memberi
definisi yang betul dan pemakaian istilah seperti “ditanggung halal” atau ”makanan untuk orang
Islam” atau perkataan yang bermaksud halal itu adalah sesuatu yang memenuhi hukum syarak.
Manakala, hukuman bagi kesalahan bagi penyalahgunaan tanda halal, secara umumnya,
diperuntukkan di dalam Akta Makanan 1983. Seksyen 16 menyatakan hukuman bagi kesalahan
menyediakan, membungkus, melabel, menjual mana-mana makanan yang salah, mengelirukan
serta terdapat unsur-unsur penipuan dari segi aspek karakternya, nilai, kandungan, kualiti,
keselamatan, keaslian, berat dan lain-lain. Hukuman yang diperuntukkan jika sabit kesalahan
ialah penjara tidak lebih tiga tahun dan denda atau kedua-duanya.
Elemen-Elemen dalam Enakmen
Namun begitu, terdapat beberapa elemen-elemen yang perlu dibuktikan bagi mensabitkan pihak
ketiga di bawah kesalahan jenayah dibawah Seksyen ini. Antara elemen-elemennya ialah:-
(I) Siapa?
“Mana-mana orang” – Berikutan dengan Seksyen 1 Enakmen Kesalahan Jenayah Negeri Selangor
1995, mana-mana orang dalam konteks ini merujuk kepada mereka yang beragama Islam.
(J) Cara bagaimana?
(a) dengan perbuatan ; atau
(C) Perbuatan apa yang menjadi kesalahan?
(i) perbuatan mempamer/menjual/menunjukkan sesuatu yang tidak halal sebagai halal.
Hukuman Jika Disabit
(a) didenda tidak melebihi dua ribu ringgit; atau
(b) dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun; atau
(c) kedua-duanya.
Kes
Setakat tahun 2004, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengesan 27 kes kesalahan
yang melibatkan penyalahgunaan logo Halal jabatan itu di seluruh negara sepanjang enam bulan
pertama tahun ini. Pengarah Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam Jakim, Che
Hassan Pahmi Che Mamat berkata, kesalahan tersebut adalah berdasarkan kepada 302 kes yang
disiasat. ``Tindakan itu adalah mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 berkait dengan perihal
dagangan palsu termasuk menggunakan logo Halal yang menyalahi Hukum Syarak,'' katanya.9
9http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0717&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_
RUJUKAN
1. UNDANG-UNDANG PRODUK HALAL DI MALAYSIA: ISU PENGUATKUASAAN DAN PENDAKWAAN;
Zulkifli Hasan Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia.
2. PIHAK KETIGA ROSAK PERKAHWINAN BOLEH DIDAKWA; BERITA HARIAN 4/6/2014, M/S 10
3. QAZAF DAN KAITANNYA DENGAN KESALAHAN LIWAT MENURUT PERSPEKTIF UNDANG-
UNDANG;Zulkifli Hasan Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam MalaysiA.