SEKTOR PERTANIAN

37
TUTORIAL 2 SEKTOR PERTANIAN Asmawi B. Abdullah SMK Purun 28330 Triang, Pahang.

Transcript of SEKTOR PERTANIAN

Page 1: SEKTOR PERTANIAN

TUTORIAL 2

SEKTORPERTANIAN

Asmawi B. AbdullahSMK Purun28330 Triang, Pahang.

Page 2: SEKTOR PERTANIAN

1 (a) Bezakan maksud sistem pertanian kebun kecil dengan perladangan.

Pertanian kebun kecil. Sistem pertanian bukan bijirin, bersifat separuh komersial dan campuran antara tanaman jualan dengan tanaman untuk kegunaan keluarga. Keluasannya kurang dari 40 hektar. Tanaman utama ialah getah, kelapa sawit dan buah-buahan.

Pertanian peladangan. Pertanian ekstensif bersifat komersial sepenuhnya, berskala besar, kos tinggi, pengurusan sistematik serta berorientasikan pasaran dan keuntungan. Keluasannya melebihi 40 hektar. Tanaman utama ialah kelapa sawit dan getah.

Page 3: SEKTOR PERTANIAN

1 (b) Mengapakah sektor pertanian sara diri perlu diubah kepada sektor perladangan?

Meningkatkan produktiviti pertanian. Menukarkan jenis tanaman kepada tanaman dagangan seperti kelapa sawit dan getah.

Meningkatkan pendapatan petani. Aktiviti pertanian yang dijalankan secara sistematik akan meningkatkan pendapatan petani.

Page 4: SEKTOR PERTANIAN

1 (c) Bagaimanakah sektor pertanian sara diri boleh diubah kepada sektor perladangan?

Menyatukan tanah-tanah pertanian. Saiz tanah pertanian dapat diluaskan untuk membolehkan aktiviti pertanian dapat diuruskan dengan sistematik.

Penggunaan teknologi moden. Penggunaan jentera dan kaedah terbaru membantu mempercepatkan proses pertanian.

Page 5: SEKTOR PERTANIAN

1 (d) Jelaskan tiga sumbangan sektor pertanian kebun kecil kepada penduduk setempat.

Membekalkan sumber makanan kepada penduduk. Penduduk mendapatkan bekalan makanan dengan harga yang lebih murah. Contohnya sayur-sayuran dan buah-buahan.

Menyediakan peluang pekerjaan. Penduduk khususnya dikalangan ahli keluarga mendapat peluang pekerjaan. Dapat meningkatkan taraf hidup penduduk di luar bandar.

Memajukan industri hiliran. Membekalkan bahan mentah khususnya untuk IKS.

Page 6: SEKTOR PERTANIAN

1 (e) Bagaimanakah masalah pasaran antara-bangsa boleh menjejaskan produktiviti sektor pertanian di Malaysia?

Ketidakstabilan harga komoditi pertanian. Harga komoditi pertanian dipengaruhi oleh negara-negara maju.

Persaingan dengan negara-negara pengeluar lain. Terdapat negara pengeluar memasarkan komoditi pertanian pada harga yang lebih rendah.

Page 7: SEKTOR PERTANIAN

1 (f) Mengapakah pengeluaran getah asli di Malaysia pada masa kini semakin merosot?

Persaingan dengan getah tiruan yang dikeluarkan oleh negara maju seperti USA dan Jepun. Getah asli mengalami ancaman lambakan (stok penimbal) di pasaran antarabangsa yang menyebabkan harganya menurun dan menjejaskan pengeluarannya.

Persaingan dengan negara pengeluar yang lain seperti dari Indonesia dan Thailand yang kos pengeluarannya lebih rendah berbanding Malaysia. Kesannya harga getah asli Malaysia lebih tinggi berbanding dengan harga getah asli Negara lain. Ini menyebabkan pasaran antarabangsa getah asli Malaysia terjejas yang akan menjejaskan pula pengeluarannya dalam Negara.

Page 8: SEKTOR PERTANIAN

1 (f) Mengapakah pengeluaran getah asli di Malaysia pada masa kini semakin merosot?

Perubahan guna tanah yang ketara, kawasan/ ladang getah ditukar kepada tanaman kelapa sawit yang lebih komersial atau ditukar kepada estet perumahan yang lebih menguntungkan daripada segi nilai hartanah.

Page 9: SEKTOR PERTANIAN

1 (g) Bagaimanakah masalah tanah telah menjejaskan produktiviti pertanian di Malaysia pada masa kini?

Saiz tanah yang tidak ekonomil. Amalan pecahan tanah pusaka menyebabkan saiz tanih semakin kecil sehingga tidak ekonomik untuk diusahakan.

Amalan pertanian giat setempat. Tanah kehilangan nutrient yang menyebabkan kesuburannya menjadi semakin rendah.

Page 10: SEKTOR PERTANIAN

1 (h) Bagaimanakah amalan pertanian masa kini telah menjejaskan alam sekitar fizikal setempat?

Penggunaan baja kimia dan racun serangga secara berlebihan akan menyebabkan berlaku pencemaran air. Larut resap sisa racun dan baja atau larian air permukaan akan menyebabkan air tercemar.

Proses membajak, mengembur, meratakan tanah akan menyebabkan tanah terdedahkan kepada hakisan tanah dan pergerakan jisim. Permukaan bumi akan terdedah kepada agen-agen hakisan seperti air hujan dan air larian permukaan.

Page 11: SEKTOR PERTANIAN

1 (i) Tunjukkan kesan negatif aktiviti pertanian terhadap sumber air dan udara setempat.

Penyahhutanan untuk dijadikan tapak pertanian akan menyebabkan hutan primer musnah. Kesannya kawasan tadahan air akan musnah yang akan menyebabkan kitaran hidrologi akan terganggu. Contohnya simpanan air bawah tanah akan berkurangan kerana kadar susupan yang rendah yang boleh menjejaskan sumber air pada masa depan.

Kaedah tebang bakar dalam pertanian pindah/membersihkan sawah atau lading tebu akan menghasilkan partikel terampai (PM10) dan gas tercemar. Pertambahan PM10 akan menyebabkan berlakunya fenomena jerebu. Peningkatan kadungan gas tercemar pula boleh menyebabkan berlakunya pencemaran udara.

Page 12: SEKTOR PERTANIAN

1 (j) Nilaikan keberkesanan langkah perundangan di Malaysia bagi mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar fizikal akibat aktiviti pertanian.

Langkah perundangan dalam konteks mengawal aktiviti pertanian yang mencemarkan alam sekitar di Malaysia kurang berkesan. Hal ini disebabkan oleh:• Kelemahan penguatkuasaan oleh agensi pelaksana seperti Jabatan

Alam Sekitar — kurangnya pemantauan dan rondaan.• Masalah birokrasi perundangan yang melambatkan proses dan

proseding mahkamah.• Hukuman yang longgar seperti Benda yang terlalu kecil berbanding

dengan kesan yang berlaku.

Page 13: SEKTOR PERTANIAN

1 (k) Bagaimanakah aktiviti pertanian di kawasan cerun bukit boleh meminimakan kesan hakisan cerun?

Pertanian berteres. Dapat memperlahankan larian air permukaan yang akan memperlahankan kadar hakisan cerun.

Tanaman tutup bumi. Pokok kekacang yang ditanam sebagai tanaman tutup bumi dapat melindungi permukaan tanah dari agen-agen hakisan khususnya di kawasan cerun.

Page 14: SEKTOR PERTANIAN

1 (l) Takrifkan maksud bioteknologi.

Teknik atau proses saintifik dalam pertanian yang menggunakan genetic/DNA benda hidup seperti mikro organisma, haiwan dan tumbuhan untuk menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk pertanian baharu yang bermanfaat kepada manusia.

Page 15: SEKTOR PERTANIAN

1 (m) Mengapakah bioteknologi dalam sektor pertanian amat perlu dimajukan pada masa kini?

Meningkatkan produktiviti/kuantiti pertanian dalam tempoh yang singkat. Benih baka baru yang bermutu tinggi dan cepat matang.

Meningkatkan kualiti hasil pertanian yang tahan perosak dan penyakit. Menghasilkan benih berdaya tahan dan mampu untuk melawan ancaman perosak dan penyakit.

Page 16: SEKTOR PERTANIAN

2 (a) Jelaskan sumbangan sektor perladangan terhadap pembangunan sosio ekonomi negara berkenaan. [12]

1. Menyumbang kepada pendapatan eksport negara.

• Memperluaskan pasaran eksport dengan cara meningkatkan daya saing produk pertanian di pasaran antarabangsa.

• Menambahkan pendapatan eksport negara seperti pengeksportan minyak kelapa sawit dan getah.

Page 17: SEKTOR PERTANIAN

2 (a) Jelaskan sumbangan sektor perladangan terhadap pembangunan sosio ekonomi negara berkenaan. [12]

2. Meningkatkan pendapatan perkapita penduduk.

• Pertanian sebagai pekerjaan tradisi.• Menampung permintaan buruh tempatan –

mengurangkan pengganguran dalam negara.• Pertanian komersial/ lading – meningkatkan pendapatan

perkapita penduduk

Page 18: SEKTOR PERTANIAN

2 (a) Jelaskan sumbangan sektor perladangan terhadap pembangunan sosio ekonomi negara berkenaan. [12]

3. Membantu industri hiliran – industri asas tani.• Menjana perkembangan pesat industry asas tani atau industri

hiliran yang bergantung kepada sector perladangan sebagainbahan mentahnya.

• Contoh industri memproses dan pembuatan – berasaskan produk kelapa sawit dan getah.

• Menggalakan kewujudan dan perkembangan IKS yang berkaitan.

Page 19: SEKTOR PERTANIAN

2 (a) Jelaskan sumbangan sektor perladangan terhadap pembangunan sosio ekonomi negara berkenaan. [12]

4. Merapatkan jurang pembangunan antara Wilayah• Mengimbangi ketidakseimbangan pembangunan desa –

bander dengan cara memperkasakan sector pertanian perladangan seperti oleh FELDA

• Mengurangkan migrasi buruh ke kawasan bander sahaja.• Membantu kemajuan infrastruktur – rangkaian pengangkutan,

bekalan air, elektrik, perumahan pekerja/ peneroka dan juga kewujudan bandar baru.

Page 20: SEKTOR PERTANIAN

2 (a) Jelaskan sumbangan sektor perladangan terhadap pembangunan sosio ekonomi negara berkenaan. [12]

5. Menggalakkan R&D.• Menggalakkan. Perkembangan penyelidikan dan pembangunan

(R&D) seperti melalui bioteknologi, penggunaan ICT dalam sector perladangan.

• Memajukan teknologi dalam negara menerusi perkongsian pintar dan penyelidikan bersama antara negara atau antara agensi kerajaan dengan swasta – seperti teknologi pembiakbakaan, pengawetan, penjagaan, pengurusan ladang dll.

Page 21: SEKTOR PERTANIAN

2 (a) Jelaskan sumbangan sektor perladangan terhadap pembangunan sosio ekonomi negara berkenaan. [12]

6. Memajukan agensi kerajaan dan GLC.• Memperkukuhkan semula peranan dan fungsi agensi

pertanian dalam negara – Felda, Felcra, Risda, Lembaga Pertubuhan Peladang, Bank Pertanian, Jabatan Pertanian dll.

• Memperkasakan GLC meialui pendekatan synergi seperti konsortium perladangan : Sime Darby – Guthrie – Dunlop yang menjadi syarikat perladangan terbesar di dunia.

Page 22: SEKTOR PERTANIAN

2 (b) Sejauh manakah aktiviti pertanian telah mencemarkan alam sekitar fizikal di negara tersebut. [13]

1. Penggunaan racun serangga dan baja kimia secara berlebihan• Penggunaan baja kimia dan racun serangga yang berlebihan

kebanyakannya berlaku dalam tanaman -sayuran. Contohnya di Cameron Highlands.

• Apabila berlaku hujan ia akan melarutresapkan sebatian kimia dari racun dan baja yang disembur ke dalam tanah dan mengalir sebagai aliran. air bawah tanah menuju ke sungai, tasik dan pays.

• Kesannya nilai keasidan sumber sumber air berkenaan‑ akan -meningkat yang boleh mematikan hidupan akuatik di dalamnya.

Page 23: SEKTOR PERTANIAN

2 (b) Sejauh manakah aktiviti pertanian telah mencemarkan alam sekitar fizikal di negara tersebut. [13]

2. Amalan tebang bakar (pembakaran terbuka) yang mencemarkan udara• Kaedah yang paling mudah, murah, dan cepat yang Bering diamalkan dalam aktiviti

pertanian bagi membersihkan tapak lading ialah menerusi tebang dan bakar.• Contohnya dalam tanaman tebu, kelapa sawit dan padi sawah di camping aktiviti

peranian pindah.• Apabila hutan atau tapak pertanian dibakar, artikel-partiklel terampai (PM10)

dalam udara seperti debu, habuk, asap, jelaga, dan sebagainya akan dibebaskan.• Partikel-partikel terampai ini akan terapung-apung dalam dara yang keying yang

boleh menyebabkan jerebu.

Page 24: SEKTOR PERTANIAN

2 (b) Sejauh manakah aktiviti pertanian telah mencemarkan alam sekitar fizikal di negara tersebut. [13]

3. Pembuangan najis haiwan ke dalam sungai oleh aktiviti penternakan• Penternakan juga adalah sebahagian daripada aktiviti pertanian.

Kebanyakan pentemak khinzir secara haram di tepi sungai akan membuang najis khinzir dan sisa-sisa ternakan khinzir yang disembelih terns ke dalam sungai.

• Ini akan menambahkan bakteria e-Coli dalam sungai berkenaan seterusnya memusnahkan kesemua hidupan akuatik daiam sungai tersebut. Sungai akan berbau busuk. Contohnya Sungai Sepang di Selangor.

Page 25: SEKTOR PERTANIAN

2 (b) Sejauh manakah aktiviti pertanian telah mencemarkan alam sekitar fizikal di negara tersebut. [13]

4. Aktiviti perindustrian• Pembuangan/ penyaliran sisa toksid (enfluen) kilang ke dalam

sungai turut mencemarkan air sungai apabila nilai BOD air sungai meningkat. Misalnya sisa industri memproses kelapa sawit dan getah.

• Selain itu perlepasan asap kilang yang mengandungi gas gas ‑pencemar seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan sulfur dioksida didapati telah mencemarkan udara sekitar yang boleh menyebabkan berlakunya hujan asid.

Page 26: SEKTOR PERTANIAN

2 (b) Sejauh manakah aktiviti pertanian telah mencemarkan alam sekitar fizikal di negara tersebut. [13]

5. Aktiviti pengangkutan. • Pedepasan asap dan gas dari kenderaan didapati menjadi punca utama yang

mencemarkan udara di Bandar-bandar besar di Malaysia khususnya di Kuala Lumpur.

• Gas karbon monoksida dibebaskanmelalui ekzos kenderaan apabilaberlakunya pembakaran bahan apiyang tidak lengkap.

• Selain itu sumber kenderaan juga menyebabkan pencemaran bunyi/ bunyi bising dalam Bandar.

• Manakala pengangkutan air seperti kapal tangka dan kargo boleh mencemarkan air laut apabila berlakunya pembuangan enap cemar atau tumpahan minyak mentah ke laut akibat perlanggaran kapal-kapal tangki berkenaan.

Page 27: SEKTOR PERTANIAN

2 (b) Sejauh manakah aktiviti pertanian telah mencemarkan alam sekitar fizikal di negara tersebut. [13]

5. Aktiviti pengangkutan. • Pedepasan asap dan gas dari kenderaan didapati menjadi punca utama yang

mencemarkan udara di Bandar-bandar besar di Malaysia khususnya di Kuala Lumpur.

• Gas karbon monoksida dibebaskanmelalui ekzos kenderaan apabilaberlakunya pembakaran bahan apiyang tidak lengkap.

• Selain itu sumber kenderaan juga menyebabkan pencemaran bunyi/ bunyi bising dalam Bandar.

• Manakala pengangkutan air seperti kapal tangka dan kargo boleh mencemarkan air laut apabila berlakunya pembuangan enap cemar atau tumpahan minyak mentah ke laut akibat perlanggaran kapal-kapal tangki berkenaan.

Page 28: SEKTOR PERTANIAN

2 (b) Sejauh manakah aktiviti pertanian telah mencemarkan alam sekitar fizikal di negara tersebut. [13]

6. Aktiviti domestik• Pembuangan sisa isi rumah seperti plastik, botol, sampah scrap ke dalam

sungai khususnya oleh penduduk setinggan didapati telah mencemarkan sungai. Sebagai contoh di Sungai Gombak dan Kelang.

• Di samping itu, sisa-sisa pemiagaan seperti pemiagaan makanan/ restoran juga dibuang ke dalam longkang dan parit yang turut mencemarkan sumber air sungai apabila air longkang dan parit mengalir ke sungai membawa bersama sisa-sisa berkenaan.

• Manakala aktiviti pembakaran terbuka di kawasan pelupusan sampah pula mampu meningkatkan kadar pencemaran udara di sesuatu tempat.

Page 29: SEKTOR PERTANIAN

3 (a) Jelaskan kepentingan bioteknologi kepada sektor pertanian negara Malaysia. [12]

1. Peningkatan produktiviti/ hasil pertanian.• Berupaya meningkatkan produktiviti/hasil pertanian

yang banyak dalam masa yang singkat akibat penggunaan benih/ baka baru yang bermutu tinggi dan cepat matang.

• Contoh benih padi sawah, getah dan kelapa sawit.

Page 30: SEKTOR PERTANIAN

3 (a) Jelaskan kepentingan bioteknologi kepada sektor pertanian negara Malaysia. [12]

2. Hasil pertanian lebih berkualiti.• Hasil pertanian berkualiti dan tahan lama daripada ancaman

perosak dan penyakit.• Penggunaan benih yang berdaya tahan.• Kerana mikrorganisma diguna untuk melawan ancaman perosak

dan penyakit.• Contoh; betik exsotica yang mempunyai ketahanan daripada

serangan virus dan kapas Bt yang menerima gen bakteriaBacillus Thuringiensis yang tahan daripada serangan larva serangga.

Page 31: SEKTOR PERTANIAN

3 (a) Jelaskan kepentingan bioteknologi kepada sektor pertanian negara Malaysia. [12]

3. Menghasilkan pelbagai produk dan pelbagai guna.• Melalui bioteknologi kepelbagaian produk boleh dihasilkan daripada sumber

yang sama.• Contohnya buah tomato boleh dihasilkan daripada pokok lada, sayuran seperti

kobis pelbagai warna dll.• Golden rice mengandungi vitamin A boleh diguna untuk mencegah penyakit

buta.• Penghasilan insulin dari bakteria diguna untuk merawat penyakit kencing manis.• Kepelbagaian produk yang pelbagai guna ini boleh meningkatkan pendapatan

petani.

Page 32: SEKTOR PERTANIAN

3 (a) Jelaskan kepentingan bioteknologi kepada sektor pertanian negara Malaysia. [12]

4. Mesra alam• Produk pertanian bersih dan mesra alam kerana benih

yang berdaya tahan mengurangkan penggunaan racun serangga.

• Membantu merawat sisa toksid dalam alam sekitar. Contoh teknologi bioremidiasi yang menggunakan mikro organisma untuk menutralkan keasidan tanah pertanian.

Page 33: SEKTOR PERTANIAN

3 (a) Jelaskan kepentingan bioteknologi kepada sektor pertanian negara Malaysia. [12]

5. Menjimatkan penggunaan tanah.• Pertanian masih boleh dijalankan walaupun tanpa tanah

seperti kaedah hidroponik dan kaedah agrobio. Melalui kultur tisu yang tidak memerlukan tanah dalam aktiviti pertanian.

• Pertanian boleh dijalankan walaupun bedainan iklim dan cuaca.• Misalnya ladang strawberry telah diwujudkan di kawasan gurun

Arab Saudi. Bioteknologi memungkinkan kawalan suhu, air, pengudaraan tanpa tedalu bergantung kepada faktor iklim semulajadi.

Page 34: SEKTOR PERTANIAN

3 (b) Cadangkan langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan kesan negatif akibat aktiviti pertanian terhadap alam sekitar fizikal di Malaysia. [12]

1. Langkah Perundangan• Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mestilah dikuatkuasakan dengan lebih

efektif dan melipatgandakan usaha pemantauan oleh pihak berkuasa.• Mengenakan denda lebih berat seperti menaikkan kadar kompaun, menarik

batik lessen operasi terhadap aktiviti pembakaran terbuka di tapak pertanian.

• Langkah perundangan juga melibatkan laporan ElA yang mesti disediakan oleh pengusaha yang terlibat dengan sektor pertanian secara besar-besaran khususnya sektor perladangan. Dalam konteks ini mans-mans pengusaha lading yang tidak dapat menyediakan laporan EIA yang lengkap perlu dihalang daripada meneruskan aktiviti pertanian mereka.

Page 35: SEKTOR PERTANIAN

3 (b) Cadangkan langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan kesan negatif akibat aktiviti pertanian terhadap alam sekitar fizikal di Malaysia. [12]

2. Amalan pengurusan yang cekap dan strategik.• Kaedah pertanian bercampur, tanaman bergilir, dan tanaman selingan

atau tanaman luar musim diamalkan khususnya dalam sector sara did intensif. Langkah ini penting bagi menjamin keseimbangan nutrient tanah dapat dipelihara dan dipulihara di samping merehatkan tanah.

• Kaedah tanamantutup bumfatau menanam pokok pelindungdilakukandi sesuatu kawasan tanah yang bare dibuka atau

untuk proses tanam semula. Jarak masa antara kerja-kerja terakhir pembersihan tapak sehingga penanaman semula dilakukan mestilah ditanamidengan tanaman tutup bumf terlebih dahulu khususnya pokok kekacang tanpa membiarkan tanah itu terdedah.

Page 36: SEKTOR PERTANIAN

3 (b) Cadangkan langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan kesan negatif akibat aktiviti pertanian terhadap alam sekitar fizikal di Malaysia. [12]

2. Amalan pengurusan yang cekap dan strategik.• Mengamalkan amalan pertanian berteres atau mengikut kontur, tanaman

bedalur serta membina alur dan sistem perparitan atau kawalanpengairandi kawasan tanah pertanian. Kaedah ini boleh mengurangkan

kadar hakisan tanah di kawasan bercerun kerana ia mampu memperlahan pergerakan lahan air permukaan serta boleh mengelakkan banjir lumpur.

• Menggunakan kaedah kawalan biotik dan tidak terlalu bergantung kepadapenggunaan racun serangga. Misalnya penggunaan burung hantu, helang, dan ular untuk mengawal tikus di kawasan sawahpadi atau di kawasan ladang kelapa sawit.

• Penggunaan baja kompos atau baja organic bagi menggantikan sesetengah baja kimia terutama dalam perkebunan sayuran.Di samping itu menggantikan kaedah tebang dan

baker kepada kaedah tebang dan reput.

Page 37: SEKTOR PERTANIAN

3 (b) Cadangkan langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan kesan negatif akibat aktiviti pertanian terhadap alam sekitar fizikal di Malaysia. [12]

3. Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar• Menganjurkan kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada

masyarakat pertanian seperti petani, pekebun, penternak, dan pengusaha ladang.

• Langkah ini boleh dibuat menerusi pengedaran risalah, sesi penerangan dialog, seminar forum, program gotong-royong, dan lain lain ‑langkah yang difikirkan sesuai bagi menanam kesedaran dan keperihatinan kepada alam sekitar secara berterusan.

• Langkah-langkah berkenaan boleh dijalankan secara bersepadu antara jabatan kerajaan seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Alam Sekitar, dan pihak swasta mahupun badan bukan kerajaan (NGO) setempat.