Selagi Pena Insan Biasa Ini Masih Menari.
-
Upload
zaari-mohamad -
Category
Documents
-
view
8 -
download
2
description
Transcript of Selagi Pena Insan Biasa Ini Masih Menari.
Halaman Utama Tentang Penulis Perjalanan Penulisanku
Thursday, August 20, 2015
Sajak: Syair Kemerdekaan 58 Tahun
Syair Kemerdekaan 58 Tahun
Indah permai sentosa tanah air kitaKini sudah lima puluh lapan tahun merdekaMelayu cina india hidup bersamasamaBerganding bahu membina bersama Negara.
Melayu cina india hidup bermuafakatHidup harmoni bersama bermasyarakatSaling bertolong bantu banyak manfaatSemangat kemerdekaan kekalkan usah khianat.
Setiap warganegara bersatu berkerja kerasMengharumkan nama agar terus teratasKemerdekaan Negara perlu dijagai dengan asasNantikan Negara membangun dengan pantas.
Bersatu kekalkan kemerdekaan usah bersengketaJauhi bermasam muka jua kata mengataUsah direnggang perpaduan walaupun sehastaKekalkan kemerdekaan bukan hanya cinta semata.
Hormat menghormati walaupun berlainan bangsaFaham memahami walaupun berlainan budayaSaling bertoleransi biar pun berlainan agamaItulah taat setia cinta setiap warga Negara kita.
Semarakkan sambutan merdeka tahun iniBuktikan setia kita pada anugerah aman harmoniKibarkan jalur gemilang di seluruh negeriAgar musuh tampak gerun Negara dijulangi.
0 More Next Blog» [email protected] Dashboard Sign Out
Posted by Masshah at 11:51 AM No comments:
Labels: Sajak Bulan OGOS 2015
Masshah18082015Meru.
Wednesday, August 19, 2015
Hadiah Sastera Darul Makmur 2015Sebagai seorang peminat sastera tanah air, aku sudah pastinya berbangga dengan anugerah yangdiberikan kepada para penulis dan penyair yang terus menerus menulis dan berkarya demimemandaikan khalayak. Melalui pena mereka terus menulis dan memberi sumbangan kepadaperkembangan sastera negeri dan juga tanah air.
Anugerah sastera yang diberikan kepada para penulis dan penyair Negeri Pahang khususnyatentu telah memberikan semangat dan galakkan berterusan kepada para penerima anugerahtersebut. Satu penghargaan yang tentunya akan memberi rangsangan untuk terus berkarya.
Syabas sekali lagi!
Posted by Masshah at 9:29 AM No comments:
Labels: Anugerah Sastera
Semangat Terus!
Tuesday, August 18, 2015
Ulasan Ringkas Zine Santai Puisi#1 Sesudah DimaafkanCinta
Sudah lama sebenarnya aku mahu menulis tentang zine ini. Hadiah dari penulismuda, saudara Wan Hanif Wan Hamid, juga penulis buku Kumpulan CerpenTeratak Berjasa, pemilik laman blog Inspirasi Wanariahamiza. Sebuah ZineSantai Puisi #1, Sesudah Dimaafkan Cinta, diterbitkan oleh Kumpulan SantaiPuisi, comel dan menarik zine tersebut.
Aku suka sangat bila menerima zine tersebut, tidak sangka, pada mulanyahanya sekadar menegur di mesej muka buku, kalau boleh aku ingin membelidan memilikinya. Katanya tidak dijual. Dia hadiahkan kepadaku, Terima kasihorang muda!
Walaupun sekitar dua belas buah puisi yang terkandung di dalamnya, namun iamembawakan mesej yang pelbagai, sudah pastinya puisi ini ditulis orang mudajiwa muda, hati terus bergelora mahu terus berapresiasi melalui puisi. Akubukan mahu mengulas kesemua puisipuisi tersebut, sekadar dua puisi yangaku cuba aku ulas secara ringkas.
Puisi bertajuk HIP0KRIT, memaparkan sebuah puisi tentang sikap seseorang,aku tidak tahu kepada siapa puisi ini ditujukkan, mungkin kepada umum danmungkin secara pribadi puisi ini ditujukkan kepada seseorang sahabat kepadapenulisnya. Atau secara umumnya jika dihayati puisi ini, sikap hipokrit atausikap talam dua muka, atau dengan kata Islaminya, munafik.
Sifat munafik merupakan satu sikap yang amat keji, harus dihindari oleh semuaorang, yang beragama Islam sudah tentunya. Dalam Islam, sikap ini amatmerbahaya, sikap kepurapuraan tentang beragama. Banyak ceritaceritatentang hipokrit ini. Tidak perlulah aku tulis dalam tulisan ini. Boleh jadi sikap iniada dalam diri kita, siapa tahu! Mohon dihindari dari sikap ini. Aku tuliskansemula keseluruhan puisi tersebut di sini.
HIPOKRIT
Kau sedar apa yang kau buat? Kau rasa baguskah?Kononkonon kau nak hidup dengan dunia penuhKepurapuraan?Apa motif kau sebenarnya?
Sengaja sorokan sesuatuBagi kau, dua dunia itu kau punya.Sekejap. Bukan tiga, tetapi lebih daripadaItu.Kau rasa dengan buat begitu, kau lebih selesaOrangorang yang kenal kau pun akan tertanyatanya.Betulkah itu kau?
Sebenarnya, kau tak lebih daripada seorang yanghipokritYa, kau hipokrit. Kau menipu semua orang.Kau menipu diri kau sendiri
Kau bersembunyi di sebalik diri kau yang satu lagi.Sematamata untuk…Nampak baik?
Sudahlah. Kau akan penat dengan semua itu.
Posted by Masshah at 9:42 AM 2 comments:
Labels: Ulasan Puisi Di Zine
Kau akan lemas dengan dunia kepurapuraan itu.Jernihkan hipokkrit yang ada pada diri kau.Biar kembali macam dulu.Menjadi diri kau…Neutral!
Wanariahamiza22 November 2014
Siapa KAU itu, aku, engkau, anda, kamu dan semua. Sikap hipokrit akanmenghilangkan kepercayaan, kepurapuraan akan disedari semua orang. Iamesti dijauhi kalau kita tidak mahu dibenci. Nyahkan hipokrit dalam diri!
Puisi kedua dari zine ini, ‘HITAM’. Apa yang hitam?. Bukankah hitam itumenawan, awan yang hitam boleh jadi akan menurunkan hujan selebatnya.Hitam adakalanya mengerunkan, menakutkan itulah kegelapan, ia perlukancahaya. Mari baca keseluruhanya puisi ini.
HITAM
Apabila yang haram suatu kebiasaan, Ketamadun itu mula padam, Saat hati dititik kehitaman, Pegangan agama kini suram,
YAKITATEI MALAY 18 April 2015
Dosa bila dilakukan secara berterusan, ia akan menjadi titik hitam di hati sipelakunya. Betulah setiap manusia di dunia ini tidak terlepas dari salah silap,dosa dan pahala. Bukanlah alasannya kita insan yang lemah dengan itu kitaboleh melakukan apa sahaja sesuka hati, kita dibekalkan akal untuk berfikir,untuk membolehkan membezakan mana yang baik dan buruk, yang haq danbatil. Itu peranan akal yang waras. Jika ia tidak digunakan sebaiknya, ia akanterjadi seperti puisi di atas. Ia akan merosakkan diri, merosakkan generasi,malah boleh merosakkan dan menghancurkan tamadun. Nilai kemanusiannyahilang berkecai.
Sejarah sudah membuktikan kepada kita, sesuatu tamadun boleh hancur dekkerana, sikap dan nilai yang ada pada manusianya yang rosak, malah yanglebih besar dari itu, menafikan kekuasaan Allah S.W.T, lihatlah kaum Ad’ danSamud, apa yang terjadi kepada mereka.
“Apabila yang haram suatu kebiasaan, Ketamaduna itu mula padam”
Bila dosa tidak diambil berat, dosa kecil apatah lagi dosa yang besar, dilakukandengan sewenangnya tanpa rasa takut dan cuba mahu menghindarinya. Iaakan menjadi titik hitam di dalam hati manusia. Ia boleh menghakis pengamalanagama seseorang, ia menjauhkan manusia dari penciptaNya, semakin harisemakin sirna kebenaran dalam diri. Bintik hitam makin menebal di dalam hati,yang akhirnya menjerumuskan kesuraman pegangan agama.
“Saat hati dititik kehitaman, Pegangan agama kini suram,”
Samasamalah berusaha, menghindari perkara yang terlarang sehinggamelekakan,sehingga lupa kepada yang Maha Kuasa. Jagailah tamadunkehidupan kita sebaiknya.
Inilah kefahaman serba sedikit yang mungkin mesej mahu disampaikan dari duabuah puisi ini. Puisi yang sifatnya berbeza dari pemahaman setiap pembacanya. Mungkin orang lain, berbeza pemahamannya. Itulah yangdinamakan puisi, sukar ditafsir tetapi nikmat bagi si pembacanya. Tahniah jugapuisipuisi lain yang terdapat di zine ini.
Apa pun tahniah dengan terbitnya zine ini. Syabas orang muda, teruskanberkarya. Berpuisi terus! Aku akhiri tulisan ini dengan katakata dari penyairyang aku sangat kagumi, iaitu Pak Agi Abdul Ghafar Ibrahim.
“Tidak perlu kita risau sama ada masyarakat menerima, atau tidak menerimahasil puisi kita. Yang penting puisi harus lahir terus sesuai daya cipta setiappenyair.”
Terus bersemangat ‘Orang Muda’!
Monday, August 17, 2015
Posted by Masshah at 10:31 AM No comments:
Labels: Sajak Bulan OGOS 2015
Sajak: Segerakan Langkahku
Segerakan Langkahku
Langkahkan kakikusegera ke rumahMubila tepat sampai waktuinginku ketemukepada Tuhan Yang Satu.
Takbir, rukuk dan sujudkusematamata hanya untukMudoaku ku pohon selalukepada Tuhan Yang Maha Mendengarkepada Tuhan Yang Maha Menerima.
Langkahkan kakikucepat ke rumahMusebelum ajalku datangkerna, barang sesaattak pun boleh dihalang.
Takbirku membesarkanMurukukku tanda taat merendah padaMusujudku tanda hamba kerdil padaMuseluruh jiwaku serahkan padaMuajal maut ketentuan dariMu.
Hanya ku berserah padaMu.
Masshah29072015
Meru.
Sunday, August 16, 2015
Jangan Risau Terus Berkarya
Posted by Masshah at 4:18 AM No comments:
Labels: Segmen AGI
Thursday, August 13, 2015
Posted by Masshah at 3:29 AM No comments:
Labels: Banner Sajak
6 Tahun Kepergiannya...AlFatihah Buat KekandaAlmarhum Mohd Asri Ibrahim
Wednesday, August 12, 2015
Menulis Terus
Hampir sebulan juga aku tak menegur kau, nampaknya kau masih tidakbermula lagi, walau pun kau sering mengemaskini blog sastera mu. Aku agakkagum juga dengan usaha kau untuk menulis aktiviti kau sepanjang Ramadanlalu. Sehari boleh dikatakan kau menulis sebuah catatan. Catatan yang kaunamakan ‘Nota Ramadan’ memang kau sering tulis setiap Ramadan kunjungtiba.
Kalau tidak silap aku sudah hampir empat tahun kau masih tetap mahu menulisaktiviti kau sepanjang Ramadan. Aku rasa kalau catatan tersebut itu dibukukan,rasanya sudah cukup tebal. Tahniahlah dengan semangat yang kau tunjukkanitu. Bukan senang mahu tulis satu hari satu perkongsian di dalam blog.Sementelahan pula kau punyai empat buah blog, yang mana kalau diikutkankau perlu mengisi blog tersebut dengan bermacam perkongsian. Cuma akulihat, kau tidak konsisten dalam mengemaskini blog tersebut.
Ada yang sudah hampir dekat sebulan, tiada satu pun tulisan yang kaukongsikan dalam blog tersebut. Kau asyik tertumpu pada blog sastera musehingga kau tinggalkan blogblog yang lain. Blogblog tersebut, aku yakin kaumasih sayang, jika masih sayang, kau perlu kuatkan semangat lagi untukmenulis. Menulis tanpa rasa culas dan malas, kau kata mahu menjadi penulis?.
Teruskan Menulis Di Blog
Mengapa tidak kau terus menulis di blogblog tersebut. Anakanakmu punsudah kelihatan m