SELANGKAH KE NEGARA GAGAL? - roketkini.com BM - NOV_2015.pdf · PAK SAMAD: KE KUALA KUBU ... raya -...

16
NOVEMBER 2015 PERCUMA KDN PP11732/12/2012 (032229) EDISI BM DITUBUHKAN PADA 1966 DI KUALA LUMPUR facebook.com/roketkini twitter.com/roketkini [email protected] UNTUK AHLI SAHAJA www.dapmalaysia.org www.roketkini.com PAK SAMAD: KE KUALA KUBU TULIS NAMA ATAS BATU > 15 NEGARA GAGAL? Rakyat miskin ditindas Perkauman berleluasa Islam diperalat UMNO Pendidikan dipolitikkan Kos hidup melambung SELANGKAH KE

Transcript of SELANGKAH KE NEGARA GAGAL? - roketkini.com BM - NOV_2015.pdf · PAK SAMAD: KE KUALA KUBU ... raya -...

Page 1: SELANGKAH KE NEGARA GAGAL? - roketkini.com BM - NOV_2015.pdf · PAK SAMAD: KE KUALA KUBU ... raya - satu yang sudah lama beroperasi pada ... yang adat dalam perjanjian konsesi untuk

NOVEMBER 2015

PERCUMAKDN PP11732/12/2012 (032229)

EDISIBM

DITUBUHKAN PADA 1966 DI KUALA LUMPUR

facebook.com/roketkini twitter.com/roketkini [email protected] AHLI SAHAJA www.dapmalaysia.org

www.roketkini.com

PAK SAMAD: KE KUALA KUBU TULIS NAMA ATAS BATU > 15

NEGARA GAGAL? Rakyat miskin ditindas Perkauman berleluasa Islam diperalat UMNO Pendidikan dipolitikkan Kos hidup melambung

SELANGKAH KE

Page 2: SELANGKAH KE NEGARA GAGAL? - roketkini.com BM - NOV_2015.pdf · PAK SAMAD: KE KUALA KUBU ... raya - satu yang sudah lama beroperasi pada ... yang adat dalam perjanjian konsesi untuk

2NOVEMBER 2015

UTAMA

Oleh LAU WENG SAN

KENAIKAN kadar tol lebuh raya nyatanya satu lagi bukti kegagalan Putrajaya dalam

menangani peningkatan kos seharian dan menyebabkan rakyat berpendapatan rendah terus dihimpit kos kehidupan yang semakin melonjak.

Sedangkan, harga runcit bahan api - sehingga sekarang, Putrajaya gagal menunjukkan cara atau formula pengiraan harga runcit bahan api. Harga bahan api di Malaysia masih mahal walaupun harga pasaran berada sekitar paras USD 50 se-tan.

Apatah lagi, kegagalan Putrajaya mengurus ekonomi juga menyebabkan nilai ringgit menyusut nilai melebihi 30 peratus sejak sembilan bulan lalu hingga mengakibatkan harga runcit bahan api naik lantaran ia diperdagang dalam mata wang USD.

Kenaikan tambang bas dan pengangkutan awam - rakyat tiada alternatif selain mengayuh basikal apabila tambang dan pengangkutan awam dilapor akan naik lagi, tidak lama dahulu.

Jadi, apakah logiknya Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusuf menasihati rakyat supaya lebih menggunakan pengangkutan awam ketika tambangnya juga sama-sama naik seperti tol lebuh raya?

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus - juga tidak boleh dilupakan apabila ia mula dilaksanakan sejak April 2015. Bukankah Putrajaya berjanji bukan sahaja harga runcit sesetengah barang tidak naik, malah ada juga yang akan turun?

Tetapi sehingga sekarang, indeks harga pengguna (CPI) pada Ogos 2015 dicatat pada paras 113.9 - tertinggi sejak setahun lalu mengikut statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia.

Temberang Putrajaya

Sebenarnya, Kerajaan Persekutuan tidak ada rancangan jangka panjang untuk menyelesaikan masalah kenaikan tol di Lembah Klang.

Secara kasar, terdapat dua jenis lebuh raya - satu yang sudah lama beroperasi pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad dan satu lagi, yang baru dan hanya beroperasi tidak sampai 10 tahun sejak zaman Tun Abdullah badawi dan Datuk Seri Najib Razak.

Maka, tidak betul apabila Fadillah menyatakan bahawa perjanjian konsesi itu ialah legasi kerajaan terdahulu. Siapakah kerajaan terdahulu? Bukankah kerajaan terdahulu juga kerajaan Barisan Nasional (BN)?

Soalnya, mengapakah kerajaan BN tidak menggunakan kuasa dan kedudukannya untuk merunding semula semua perjanjian ini?

Contohnya, pemegang konsesi Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Litrak Sdn Bhd diberi konsesi ini sejak 1998. Kos pembinaannya ataupun lebih tepat lagi, kos naik taraf beberapa jalan negeri dan persekutuan antara Damansara dan Puchong ialah RM1.4 bilion.

Sedangkan, Litrak banyak menjana keuntungan daripada LDP dan SPRINT s e h i n g g a m a m p u m e n a m p u n g k o s p e m b i n a a n s e p e n u h n y a . Wa l a u p u n perjanjian itu sudah ditandatangani tetapi ia tidak bermakna Putrajaya tidak boleh menjalankan rundingan semula.

Kalaupun masalah itu berpunca dari legasi ‘kerajaan terdahulu’ tetapi bagaimana pula dengan perjanjian konsesi yang ditandatangani ketika zaman pentadbiran Abdullah dan Najib. Umpamanya, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) dan sebagainya?

Mengapakah ia masih mewarisi ciri-ciri legasi ‘kerajaan terdahulu’? Apakah Putrajaya tiada daya dan upaya untuk mengubahsuainya demi kepentingan rakyat?

Andai syarikat konsesi itu enggan bertolak-ansur, mengapakah kerajaan tidak menggunakan ‘expropriation clause’ yang adat dalam perjanjian konsesi untuk mengambil alih lebuhraya itu?

Jika hal itu dilakukan, maka kenaikan tol boleh dikawal, dikurangkan atau dihapus sama sekali mengikut kemampuan kerajaan.

Harus ditekankan, Putrajaya boleh dan patut menggunakan kedudukannya untuk sekurang-kurangnya berunding semula dengan syarikat konsesi - setelah suatu tempoh tertentu apabila mereka menjana keuntungan secukupnya.

Konsesi harus dibuka semula untuk ditender dalam pasaran terbuka supaya penender yang menawarkan kadar tol terendah diberi hak konsesi untuk sesuatu tempoh tertentu. Ini penting untuk memecah monopoli sedia ada.

Sebenarnya, banyak cadangan boleh dilakukan oleh Putrajaya tetapi semuanya bergantung kepada keinginan politik atau ‘political will’. Jangan lari dari tugas dan tanggungjawab.

* Penulis ialah Adun Kampung Tunku

Kenaikan tol, harga barang serlah temberang Putrajaya

Soalnya,

mengapakah

kerajaan BN tidak

menggunakan kuasa

dan kedudukannya

untuk merunding

semula semua

perjanjian ini?

K U A L A L U M P U R : D A P m e m p e r t i k a i k e p u t u s a n K e r a j a a n P e r s e k u t u a n menaikkan kadar tol 18 lebuh raya ketika kebanyakan syarikat konsesi meraih keuntungan l u m a y a n a p a b i l a t e m p o h konsesi berakhir sekalipun mengekal kadar sedia ada.

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengkhianati rakyat apabila berbuat demikian ketika mereka terbeban dengan cukai barangan dan perkahidmatan (GST) selain kejatuhan ketara nilai ringgit.

Beliau turut mempersoal mekanisme yang digunakan kerajaan bagi pengiraan kadar tol dan pulangan pelaburan kepada syarikat konsesi apabila perjanjian ditandatangani.

“Siapa yang patut dipersalah jika bukan BN kerana mereka y a n g m e n a n d a t a n g a n i p e r j a n j i a n k o n s e s i b e r a t s e b e l a h ? ” k a t a n y a p a d a kenyataan media.

Mengambil Lebuhraya Baru Pantai (NPE) sebagai contoh, Nie Ching berkata keuntungan sebelum cukai dari 2008 hingga 31 Mac 2015 ialah RM243.81 juta berdasarkan laporan IJM Corporation Berhad.

Beliau berkata, tempoh konsesi ber mula pada 12 September 2016 untuk tempoh 33 tahun dan 12 bulan manakala kos pembangunan lebuh raya kira-kira RM1.3 bilion, malah a d a m e n e r i m a p a m p a s a n RM184 juta pada 2009.

Pa m p a s a n i t u , k a t a n y a b e r i k u t a n p e n a n g g u h a n kenaikan kadar pada 2009, pengurangan kadar sebanyak 50 peratus untuk bas pada 2008 dan pemansuhan Plaza 2 PJS pada Februari 2009.

“ P e r t u m b u h a n p u r a t a keuntungan sebelum cukai untuk tiga hingga lima tahun operasi, masing-masing lebih tinggi 30 peratus dan 25 peratus.

“Tanpa mengambil kira kenaikan kadar tol semasa dan masa depan, NPESB dijangka mencatat keuntungan RM15.109 bilion atau RM9,684 juta pada akhir tempoh konsesi,” katanya.

NPE dikendali New Pantai Expressway Sdn Bhd (NPESB), anak syarikat IJM Corporation Berhad.

Tol naik akibat perjanjian tak adil

Page 3: SELANGKAH KE NEGARA GAGAL? - roketkini.com BM - NOV_2015.pdf · PAK SAMAD: KE KUALA KUBU ... raya - satu yang sudah lama beroperasi pada ... yang adat dalam perjanjian konsesi untuk

3NOVEMBER 2015

Oleh LIEW CHIN TONG

SAYA kongsikan ucapan saya di sidang meja bulat pembangkang tempoh hari

berkaitan penubuhan Pakatan Harapan supaya dapat memperdalam debat terbuka dengan lebih banyak perspektif.

Saya memberitahu sidang bahawa saya akan menyentuh empat isu klise yang kerap menjadi persoalan. Pertamanya, adakah pakatan baru itu ditubuh tergesa-gesa?

Sebenarnya, Pakatan Rakyat berakhir pada Jun 2015 walaupun sebenarnya ia gagal berfungsi untuk tempoh agak lama; setidak-tidaknya sejak krisis Menteri Besar Selangor, atau mungkin lebih awal lagi.

Jadi, sebuah pakatan perlu segera ditubuh kerana pembangkang harus bersedia dengan kemungkinan UMNO menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan menggantikannya dengan Datuk Seri Zahid Hamidi ataupun Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kerana ada lompong besar dalam kepimpinan politik Malaysia. Lebih cepat diisi, lebih baik impaknya kepada rakyat yang mahu melihat pembangkang sebagai pengimbang kepada kerajaan UMNO.

Yang kedua, mampukah pembangkang menang pilihan raya akan datang dengan mudah?

Ada berpendapat pembangkang hanya perlu bersabar sementara kerajaan sedia ada hancur sendiri. Tak perlu buat apa-apa buat masa sekarang, tunggu saja bertanding satu-lawan-satu pada pilihan raya kelak. Kemenangan pasti diperoleh dengan mudah.

Ada kenyataan menyebut: “Bukan Pembangkang yang menang pilihan raya tapi Kerajaan yang kalah.” Pendapat seperti ini mungkin ada betulnya tapi ia terlalu berserah.

Mengharapkan menang mudah boleh menyebabkan pengundi takut keputusan pilihan raya tidak memihak kepada majoriti dan kembali memilih UMNO apabila keadaan mendesak.

Jadi, pembangkang harus memupuk sokongan rakyat dan memperoleh kepercayaan mereka untuk menggantikan kerajaan.

Ketiga pula, bagaimana untuk menang

atau DAP, atau mana-mana hantu momok lain.

Contohnya, dengan kedatangan 1.5 juta pekerja Bangladesh yang dibawa masuk ke Malaysia oleh Zahid Hamidi dalam tempoh tiga tahun sejak 2016, akan wujud persaingan yang mengakibatkan pengurangan pendapatan pekerja Melayu.

Kroni UMNO untung tapi orang muda Melayu terseksa.

Lebih-lebih lagi, semua itu tiada kaitan dengan PAS. Ada banyak kerja yang menunggu tapi melalui kepimpinan sekarang yang konservatif, PAS dijangka tidak berminat untuk turut sama.

Keempat, bolehkan PKR berperanan seperti Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) pada 1990?

Ada pendapat salah dalam kalangan teman seperjuangan dan penyokong pembangkang bahawa PKR boleh memainkan peranan seperti Ku Li dengan menerajui dua pakatan berbeza pada satu masa.

Pada 1990, Semangat 46 yang dipimpin Ku Li bekerjasama dengan PAS melalui Angkatan Perpaduan Ummah dan dengan DAP dalam Gagasan Rakyat. Ketika itu, DAP dan PAS lebih tertumpu pada kawasan masing-masing dan tidak ada perebutan tuntutan kerusi pilihan raya.

Namun, kali ini berbeza sama sekali. PAS dan Amanah akan bertembung dan berebut kerusi pilihan raya. Secara dasarnya, PAS sedar dengan kenyataan betapa Parti Amanah Negara (Amanah) berkembang pesat dan cuba menyingkirkan pengaruh PAS.

PAS tentu tidak akan membenarkannya. Begitu juga Amanah. Kedua-dua parti itu tidak akan membenarkan PKR untuk menyediakan ruang untuk parti yang satu lagi.

Je las lah, Malaysia memerlukan pakatan pembangkang yang mampu mengisi lompong kepimpinan, seterusnya membentuk masa depan dengan polisi yang rasional dan memimpin negara atas nama kesepaduan, bukannya perpecahan.

Sudah tiba masanya untuk bersikap jelas. Sudah tiba masa untuk bergerak ke depan dan membentuk masa depan yang baru untuk Malaysia.

tanpa PAS?Ada juga suara

k l i s e b e t a p a PA S m e m i l i k i p e n g a r u h terbesar dalam k a l a n g a n p e n g u n d i Melayu terutama m a s y a r a k a t l u a r b a n d a r. Maka tidak ada gunanya pakatan b a r u t a n p a penyertaan PAS. Tapi, kita mesti i n g a t , t a n p a sayap progresif m e r e k a , PA S t i d a k m a m p u meraih sokongan p e n g u n d i Melayu bandar, a p a t a h l a g i pengundi bukan Melayu.

K a l a u k i t a anggapkan saja ‘angin’ politik memihak kepada pembangkang, k e p u t u s a n pilihan raya akan datang bergantung sama ada pembangkang mampu mengalahkan UMNO di 35-40 kerusi marjinal di Semenanjung.

Sekarang, UMNO memegang 73 kerusi. Jika mereka hilang 40 kerusi marjinal, ia menjadi titik penamat UMNO sebagai kerajaan. Kerusi marjinal kebanyakannya kerusi separa-bandar di pantai barat Semenanjung dan terdiri daripada komposisi etnik bercampur.

Kerusi-kerusi itulah yang sukar dikuasai PAS yang diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang tanpa sayap progresif.

Sudah past i UMNO akan cuba mengulangi taktik yang diguna pakai pada pilihan raya 2013 dengan cuba menakut-nakutkan pengundi Melayu separa-bandar di kawasan kerusi marjinal terhadap orang Cina.

Walaupun taktik itu menjadi pada 2013, tak semestinya ia menjadi sekali lagi pada

pilihan raya akan datang.

Lebih penting l a g i , p a k a t a n p e m b a n g k a n g yang baru mesti m e n y a k i n k a n p e n g u n d i M e l a y u d i kawasan separa-bandar betapa kerajaan baru l e b i h b a i k b e r b a n d i n g kerajaan UMNO. D a n , u n t u k menjadi lebih baik, perkauman t i d a k h a r u s dijadikan isu.

Se b a l i k n y a , k e p e r c a y a a n dan kesepaduan a n t a r a e t n i k dalam kalangan rakyat Malaysia p e r l u d i b i n a d e m i m a s a depan yang baru.

J i k a p a k a t a n b a r u p e m b a n g k a n g

dapat membina kepercayaan dan kesepaduan rakyat terutama dalam kalangan orang muda Melayu di kawasan separa-bandar, akan ada gelombang atau tsunami yang akan menyingkirkan UMNO buat selama-lamanya.

Gelombang itu secara dasarnya berkenaan ekonomi. Kita boleh lihat sendiri bagaimana gerakan ‘Baju Merah’ cuba memainkan isu ketidakseimbangan ekonomi antara orang Melayu dan Cina. Suara mereka mungkin kedengaran bersifat perkauman tapi nada mereka jelas berkaitan ekonomi.

Pakatan baru pembangkang mesti menyakinkan rakyat Malaysia bahawa amalan kronisme

UMNO-lah yang menyebabkan masalah tiada pekerjaan dan pendapatan yang mencukupi dalam kalangan orang muda Melayu.

Ia bukan disebabkan oleh orang Cina

Pakatan Harapan: Persoalan dan penyelesaiannya

Malaysia memerlukan pakatan pembangkang yang mampu mengisi

lompong kepimpinan, seterusnya

membentuk masa depan dengan

polisi yang rasional dan memimpin

negara atas nama kesepaduan,

bukannya perpecahan.

RENCANA

Page 4: SELANGKAH KE NEGARA GAGAL? - roketkini.com BM - NOV_2015.pdf · PAK SAMAD: KE KUALA KUBU ... raya - satu yang sudah lama beroperasi pada ... yang adat dalam perjanjian konsesi untuk

4NOVEMBER 2015

KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin menyokong larangan menggunakan pembesar suara selain azan dan iqamah bagi mengelakkan kekeliruan berikutan golongan bukan Islam menyangka ia sebagai azan.

Ka t a n y a , s e b a h a g i a n b u k a n Islam menyangka demikian hingga m e n i m b u l k a n s a n g k a a n b u r u k dengan Islam, apatah lagi bacaan itu mengambil masa lama sedangkan azan tidak lebih lima minit.

Menegaskan Rasulul lah SAW melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masj id kerana mengganggu jemaah lain, beliau berkata, bacaan sedemikian tidak boleh dipaksa orang lain untuk mendengarnya walaupun perbuatan itu baik.

“Mu n g k i n o r a n g l a i n i n g i n membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau sedang sakit atau ada anak kecil tidur, atau mereka tidak difardu solat seperti wanita haid atau bukan muslim dan lain-lain,” katanya.

Beliau menulis demikian susulan kecaman segelintir umat Islam terhadap larangan yang diwarta Jabatan Mufti Pulau Pinang hingga mengaitkannya dengan Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP.

Mohd Asri berkata, pandangan itu disokong ulama besar pada zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin dan ulama silam, Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi yang meninggal dunia pada 597H.

“Antara tipu daya Iblis ialah mencampur aduk azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Ulama membenci segala yang ditambah kepada azan,” kata Al-Imam al-Hafizd dipetik.

Kata Mohd Asri, sesetengah pihak cuba mempertahan amalan itu atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagung dan menyangka sikap keras mereka sebagai ‘perjuangan mempertahankan Islam’.

Sebaliknya, beliau berkata, umat Islam patut menghenti bacaan melalui pembesar suara yang mengganggu orang luar dan dalam masjid bagi menjaga keharmonian Islam, bukan semata-mata isu politik.

“Suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan kecintaan kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salah faham,” katanya.

Larangan elak kekeliruan

K U A L A L U M P U R : Amalan berdialog harus disubur apabila berlaku percanggahan pandangan dalam hal ehwal Islam, selaras dengan semangat agama dan pendekatan sahabat Rasulullah SAW.

Ketua Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama (BiPPA) AMK Malaysia, Wan Ji Wan Hussin, berkata Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman perlu berdialog dengan pemimpin Melayu-Islam DAP dalam mencari penyelesaian isu khutbah politik.

Bersesuaian dengan usul f iqh dalam Islam sebelum memfatwa sesuatu hukum, beliau berkata ketidaksediaan berbuat demikian boleh memalukan umat Islam kerana pernah m e l a b e l D A P d e n g a n tuduhan berat.

“Ia perlu diselesaikan dengan ilmiah dan berfakta. Wajib bagi mufti berdialog dan berhujah dengan DAP untuk memastikan sejauh mana kebenaran di sebalik dakwaan DAP sebagai ‘musuh Islam’.

“ J i k a S a i d i n a A l i boleh berdialog dengan p u a k K h a w a r i j d a n menyampaikan hujah jitu dalam berhadapan dengan pemberontakan, sudah pasti tidak wajar pihak mufti tidak bersedia berhujah dan berdialog dengan DAP.

“Malah, tuduhan mereka DAP sebagai musuh Islam itu sendiri masih kabur,” katanya yang berharap Dr Abdul Rahman bersikap p r o f e s i o n a l d a l a m perbezaan politik kepartian.

“Mufti tidak perlu takut berhujah berkata tentang kebenaran. Jika t idak, sudah pasti kenyataan mufti selepas ini akan dianggap p i c i s a n o l e h r a k y a t . Jauhkan pendekatan yang melahirkan permusuhan antara rakyat,” katanya.

Mufti kena berani berhujah

K UA L A L U M P U R : D A P P a h a n g menggunakan pendekatan berhemah dengan mengajak Jabatan Mufti Pahang berbincang bagi mencari penyelesaian dalam isu teks khutbah politik supaya tidak berlarutan hingga merugikan umat Islam.

Pengerusinya, Tengku Zulpuri Raja Puji, berkata pihaknya mahu membuat temu janji rasmi secara bersurat dengan jabatan itu bagi mengurai kekusutan sekaligus mengelakkan ia berlarutan ke mahkamah.

DAP ajak bincang tapi JAIP engganPendekatan berhemah hadapi isu khutbah politik

Selepas meneliti pelbagai pandangan, beliau berpendapat isu itu tidak perlu melalui saluran undang-undang secara tergesa-gesa jika perbincangan dapat dijalankan.

“Islam mementingkan akhlak dan teguran wajar disampaikan dengan baik, bukan melempar tuduhan tanpa usul periksa. Dan jika pihak mufti keberatan melakukannya, biarlah saya memulakannya,” katanya.

Sebaliknya, Jabatan Mufti Pahang terus enggan menarik balik teks khutbah politik yang memfitnah DAP, malah enggan mengadakan pertemuan mahupun perbincangan.

Mengulangi penafian sekeras-kerasnya tohmahan terhadap DAP kononnya parti itu termasuk ahli dari kalangan Melayu-Islam menentang Islam, Tengku Zulpuri berkata:

“Sekalipun berdepan tohmahan yang

menghiris hati ini, saya tetap tabah dan bersyukur atas rahmat yang dikurniakan Allah SWT. Sesungguhnya Islam itu sangat indah.”

Ahli DAP, Zulhazmi Shariff pula, berkata sebagai umat seagama, jabatan mufti itu patut berlapang dada dan menyambut ajakan itu dengan tangan terbuka.

“Kalau Jabatan mufti sedia membuat teks khutbah sebegitu, mereka kenalah bersedia memberi penjelasan. Untuk itu, perlulah ada pertemuan,” katanya.

Fatwa selaras Maqasid SyariahHenti laungan kuat kecuali azan

KUALA LUMPUR: Keputusan Majlis Fatwa Pulau Pinang tiada laungan kuat menggunakan pembesar suara tidak bertentangan dengan Islam berikutan tiada nas sahih mengenai keperluan laungan kuat dari dalam masjid selain azan dan iqamah.

Wan Ji Wan Hussin dari Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama ( B I P P A ) A n g k a t a n Muda Keadilan (AMK) Pusat, berkata ramai tokoh maqasid syariah m e n y a t a k a n s y a r i a h untuk kebaikan bukan k e r o s a k a n k e p a d a manusia.

“Ditegaskan tokoh seperti Al-Syatibi dan a l- Izz bin a l-Salam. Ekoran itu, tiada hairan kita dapati t indakan yang mengganggu orang ramai berbentuk berbuat bising tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w,” katanya.

Merujuk laungan kuat kepada bacaan al-Quran atau syarahan agama, beliau berkata, budaya hormat menghormati perlu disubur

berikutan Malaysia sebuah negara majmuk termasuk perbezaan agama.

Justeru, Wan Ji berkata, fatwa berkaitan penggunaan pembesar suara hingga kedengaran kuat di luar masjid itu, perlu dicontohi dan

d i t e l a d a n i s e m u a negeri di negara ini, atas semangat dan roh Maqasid Syariah.

Beliau menganggap fatwa itu mengandungi m a k s u d m a h u menyuburkan budaya hormat menghormati antara penganut agama dan ia tidak sewajarnya d i a m a l u m a t I s l a m sahaja, bahkan penganut agama lain

“ O r a n g b u k a n Islam juga wajar tidak melakukan gangguan suara kecuali perkara yang memang wujud d a l a m a g a m a a t a u budaya mereka.

“Kita harap semua saling merai antara agama dan kaum di negara ini bagi memastikan masa depan negara terjamin,” katanya.

Budaya hormat menghormati perlu disubur

berikutan Malaysia sebuah negara

majmuk termasuk perbezaan agama.

UTAMA

Page 5: SELANGKAH KE NEGARA GAGAL? - roketkini.com BM - NOV_2015.pdf · PAK SAMAD: KE KUALA KUBU ... raya - satu yang sudah lama beroperasi pada ... yang adat dalam perjanjian konsesi untuk

5NOVEMBER 2015

K UA L A L U M P U R : K e m e n t e r i a n Komunikasi dan Multimedia perlu m e m b a i k i i n f r a s t r u k t u r i n t e r n e t berikutan pencapaian buruk Malaysia dari segi purata kelajuan internet hingga ketinggalan berbanding Sri Lanka dan Thailand.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata Malaysia berada pada kedudukan ke-70 mengikut suku kedua Laporan State of the Internet (SOTI) 2015 yang diumumkan empat hari lalu.

Internet: Sri Lanka atasi MalaysiaBeliau berkata, Malaysia mencatat

purata kelajuan 5.0 megabits per saat (Mbps), lima kedudukan ketinggalan dengan Sri Lanka yang keupayaannya meningkat 50 peratus setiap tahun.

“Menterinya, Datuk Seri Salleh Said Keruak perlu lebih prihatin terhadap k e d u d u k a n i t u k e r a n a i a b o l e h menjejaskan potensi perkembangan ekonomi negara.

“Lebih serius, Malaysia ketinggalan dari persaingan teknologi maklumat

yang menjadi matlamat penubuhan Multimedia Super Corridor (MSC) dua dekad lalu,” katanya.

Malaysia ketinggalan kepada Australia (7.8Mbps), New Zealand (8.4 Mbps), Taiwan (10.6 Mbps), Singapore (12.7 Mbps), Japan (16.3 Mbps), Hong Kong (17 Mbps) and Korea Selatan (23.1 Mbps) dan Thailand (8.6 Mbps)

Kit Siang kesal kerana Salleh lebih banyak menjalankan kerja propaganda untuk Datuk Seri Najib Razak demi

mempertahan kedudukannya yang kian goyah.

Beliau merujuk kepada perbuatan Salleh yang lebih sibuk dengan tulisan di blog dan Facebook untuk menyerang bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Patutnya, Salleh menggunakan masa itu mengadakan brainstorming dengan pakar IT bagi meningkatkan keupayaan infrastruktur internet sekaligus membaiki kedudukan statistik,” katanya.

K UA L A L U M P U R : D A P P e r a k menyarankan Kerajaan Persekutuan s u p a y a m e n a n g g u h c a d a n g a n membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh, sebaliknya menumpu usaha memulihkan ekonomi negara.

Timbalan Pengerusinya, V Sivakumar mempersoal kewajaran membawa masuk ramai pekerja asing ketika ekonomi negara semakin merudum dan aktiviti perniagaan lembap.

Bimbang ia menjejaskan peluang pekerja tempatan, Ahli Parlimen Batu Gajah itu juga tertanya-tanya sama ada kajian terperinci mengenai keperluan itu ada dibuat atau sebaliknya.

“Adakah negara kita benar-benar mengalami krisis kekurangan pekerja? Negara kita sudah dibanjiri pekerja asing dari Indonesia, Bangladesh, Nepal dan negara lain.

“Atau, adakah kerajaan mahu membantu kroni tertentu membuat keuntungan berbilion ringgit hasil urusan membawa masuk pekerja asing itu?” katanya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kira-

1.5 juta pekerja Bangladesh rampas peluang kerja

kira 1.5 juta pekerja Bangladesh dari pelbagai sektor akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat-peringkat.

Sivakumar berkata, kehadiran dalam jumlah terlalu besar menggugat kedudukan sosio-ekonomi negara, apatah lagi sebahagiannya masuk secara haram.

“Ia menjadi pemangkin menjana aktiviti ekonomi. Tetapi, penggantungan keterlaluan juga banyak membawa keburukan kepada negara,¡± katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga gagal mengawal pekerja asing hingga ada memulakan perniagaan, mendirikan r u m a h t a n g g a , m a l a h m e n j a d i warganegara Malaysia.

“Nampaknya warga asing lebih makmur di tanah air ini. Rakyat tempatan rugi kerana pekerja asing sanggup menjadi buruh murah. Akibatnya, pekerja tempatan juga dibayar murah.

“Kebajikan pekerja tempatan juga tidak dipeduli. Dalam keadaan ekonomi meleset, kos hidup tinggi dan gaji rendah menjejaskan ekonomi rumah tangga pekerja tempatan,” katanya.

GEORGE TOWN: DAP hari ini menyokong titah Raja-raja Melayu yang mahu Kerajaan Persekutuan menyelesaikan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secepat mungkin.

Menyifatkan perkara i tu ser ius, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, berkata Raja-Raja Melayu juga mahu tindakan diambil terhadap mereka yang didapati bersalah.

“Pendirian kami bukan hanya untuk mengulangi seruan Persidangan Majlis Raja-Raja tetapi juga menggambarkan kebimbangan rakyat,” katanya dipetik Astro Awani selepas melancarkan Pusat Janaan Kreatif, Analitikal dan Teknologi di sini, hari ini.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Selasa lalu mengeluarkan kenyataan yang mahukan kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan 1MDB dan mengambil tindakan tegas sewajarnya terhadap pihak terlibat.

D a l a m k e n y a t a a n i t u , b a g i n d a sekalian menegaskan semua pihak ber tanggungjawab untuk member i kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan itu berjaya.

Mengikut kenyataan Bank Negara (BNM)

DAP sokong titah Raja-raja Melayu segera selesaikan siasatan 1MDB

semalam, Guan Eng berkata bank pusat itu mengesyorkan tindakan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara ke atas mereka yang terlibat.

Namun, katanya, Pejabat Peguam Negara mendapati tiada bukti.

“Jadi sehingga dan sekiranya isu itu tidak berjawab, kenyataan dan pengumuman yang dibuat Persidangan Raja-Raja tidak akan dihormati dan dipatuhi,” katanya.

Khamis lalu, Pejabat Peguam Negara pada kenyatannya mendapati pegawai 1MDB tidak membuat kenyataan palsu yang merupakan fokus siasatan Bank Negara, dengan menyatakan tiada kesalahan yang dilakukan, jadi tiada tindakan lanjut akan diambil.

Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, keutamaan kini ialah mengembalikan keyakinan rakyat dengan meminta Pejabat Peguam Negara menjelaskan mengapa mereka enggan memfail dakwaan yang disyorkan Bank Negara.

“Kegagalan itu akan memberi kesan terhadap kredibiliti mereka dan isu ini perlu ditangani bagi mengembalikan keyakinan dalam kalangan pelabur terutama di peringkat antarabangsa,” katanya.

UTAMA

Page 6: SELANGKAH KE NEGARA GAGAL? - roketkini.com BM - NOV_2015.pdf · PAK SAMAD: KE KUALA KUBU ... raya - satu yang sudah lama beroperasi pada ... yang adat dalam perjanjian konsesi untuk

6NOVEMBER 2015

Oleh LIM KIT SIANG

ORANG Melayu diseru melangkaui s e m a n g a t k e p a r t i a n d a l a m

menyuarakan penolakan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak apabila kepentingan mereka tergugat. Itu pesanan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu program UMNO baru-baru ini.

Sekalipun meminta mereka mencontohi rakan seperjuangan Cina, namun, Dr Mahathir tersilap menterjemah keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 apabila beranggapan, pengundi Cina ‘lupa kepentingan parti’ jika kepentingan mereka tergugat.

Beliau lupa, kerana kepentingan negara melangkaui kepentingan puak tertentu sebab utama pengundi Cina memilih, bukan saja calon DAP tetapi calon Pakatan Rakyat termasuk dari PKR dan PAS pada PRU 13.

Itulah sebabnya pengundi Cina memilih wakil rakyat Melayu dan menolak calon Cina dari MCA. Begitulah demokrasi matang dan cara pengundian yang betul - meletak kepentingan negara melebihi kepentingan peribadi, parti, juga puak.

Adakah kita terlalu awal untuk mengharapkan lebih ramai rakyat mampu melangkaui tembok kepentingan peribadi, parti dan puak demi kepentingan negara?

Sebenarnya, pada dekad awal kelahiran negara, kita ada ramai tokoh negara yang berjuang untuk negara tanpa mempersoal kepentingan peribadi dan etnik.

Mengapa semakin ramai pemimpin Melayu, Cina, India, Kadazan dan Dayak hanya gigih memperjuang etnik masing masing?

Himpunan Bersih 4 selama 34 jam sehingga ke detik perayaan ulang tahun kemerdekaan ke-58 tempoh hari menjadi titik bersejarah dalam pembentukan

Menjelang ulang tahun kemerdekaan ke-60, sudah tiba masanya untuk kemunculan tokoh seperti Yuen Yuet Leng - yang sebutir peluru berdekatan jantungnya terus tertanam di tubuh hingga akhir hayatnya - yang sebelum menghembuskan nafas terakhir, sempat mengeluh kecewa mengenai hubungan kaum yang kian retak.

Betapa tidak, rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi pemimpin dalam semua aspek di negara ini, perlu berhenti daripada memperkaum isu dan hal ehwal dalam negara.

Contoh, sama ada perlunya ‘usul undi tidak percaya’ terhadap Perdana Menteri dan sama ada Najib boleh selamat dari usul itu. Ia semakin menarik perhatian ramai apabila bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik terang-terang menunjukkan sokongannya kepada usul untuk menyingkirkan Najib.

Najib mungkin tersilap apabila yakin tidak berdepan usul undi tidak percaya dan beranggapan sudah membuat persedian cukup dengan memastikan Speaker Dewan Parlimen tidak akan mengizinkan usul itu dibincang.

Beliau yakin mendapat sokongan ahli Parlimen UMNO BN yang dijanjikan lebih banyak peruntukan pada masa depan. Tapi mungkin Najib seperti batang mengkudu, dulu buah daripada bunga.

Biarpun begitu, tidak perlu ada usaha untuk memperkaumkan isu usul itu. Sama ada jika Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri atau jika UMNO digantikan, kuasa politik Melayu tetap takkan terancam.

Perdana Menteri baru akan kekal seorang Melayu dan pakatan pemerintah yang menggantikan UMNO akan kekal didominasi oleh Melayu berdasarkan demografi Malaysia.

Malah, pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah tidak tahu dari mana datangnya ancaman terhadap Melayu, sedangkan Kerajaan Persekutuan dipimpin oleh orang Melayu, kerajaan negeri - kecuali Pulau Pinang, dipimpin orang Melayu, perkhidmatan awam hampir keseluruhannya diduduki orang Melayu, tentera kebanyakannya orang Melayu dan ada pula Raja-raja Melayu.

Baru-baru ini, Zainah Anwar, seorang aktivis hak asasi Malaysia, juga mempersoal dari mana datangnya ancaman terhadap Melayu selepas 58 tahun pemerintahan UMNO dan mengaju persoalan menarik, setelah empat dekad Dasar Ekonomi Baru ditubuh, mengapa situasi di bawah terus berlaku:

• 75.5 peratus rakyat termiskin ialah Melayu;• Hampir 90 peratus graduan tidak bekerja ialah Melayu dan;• Daripada RM54 bilion yang diperuntuk kepada individu dan institusi Melayu dari 1984 hingga 2005, hanya RM2 bilion saja kekal di tangan orang Melayu.

Persoalan paling penting, bolehkah rakyat Malaysia meninggalkan tempurung kaum dan bersama-sama bergerak ke depan dalam membina negara sebagai bangsa Malaysia?

* Penulis ialah Ketua Parlimen DAP

negara bangsa Malaysia.Ratusan r ibu rakyat Malaysia -

tanpa mengira kaum, agama, tempat, umur, jantina atau malah parti politik - berhimpun di Kuala Lumpur demi kepentingan yang melangkaui kaum - menuntut kerajaan yang telus dan pilihan raya bersih dan adil.

Ia berbeza dari Himpunan Bersih 1, 2 dan 3 kerana o r a n g M e l a y u t i d a k d a t a n g sebagai majoriti. Sebaliknya, yang m e n a r i k i a l a h p e n i n g k a t a n p e n y e r t a a n mendadak mereka dari 20 peratus pada hari pertama kepada 40 peratus hari kedua.

M a l a h , Himpunan Bersih 4 juga berbeza dengan Himpunan Baju Merah dari segi kepentingan etnik dan negara. Selama 34 jam Himpunan Bersih 3, langsung tiada isu perkauman diungkit. Tiada sesiapa pun, baik Cina, Melayu, India, Kadazan atau Iban, berasa berancam kerana identiti kaumnya.

Namun, ratusan ribu rakyat pelbagai kaum dan agama yang berhimpun secara aman dan bersama-sama meraikan proses demokrasi itu, bukan saja tidak dipuji oleh kerajaan UMNO BN, malah memburuk-burukkan Bersih 4.

Pemimpin MCA dan Gerakan juga mencucuk-cucuk sebahagian kelompok ekstrimis UMNO untuk bertindak balas secara provokatif dan perkauman dengan mengadakan Himpunan Baju Merah.

Himpunan empat jam itu jelas terbalik kalang dari Bersih 4. Dari saat

ia diumumkan, ia penuh nada a n c a m a n - b e t a p a a k a n berlaku konflik perkauman.

R i s a l a h d e n g a n g r a f i k ‘ p e r t u m p a h a n d a r a h’ a n t a r a k a u m d i s e b a r. S e p a n j a n g d u a m i n g g u b e r i k u t n y a , s e l u r u h ra k y a t dicucuk rasa takut-takut berulang lagi kejadian rusuhan kaum.

J i k a m a s i h ada tokoh negara dalam kabinet, p a s t i m e n t e r i UMNO atau BN a k a n t u r u n k e Jalan Petaling dan

mententeramkan peniaga. Sebaliknya, ketakutan mengakibatkan sekitar 500 kedai dan lebih 700 perniagaan di Jalan Petaling ditutup pada hari berkenaan.

Namun, tiada menteri UMNO atau MCA atau Gerakan turun ke Jalan Petaling sebelum Himpunan Baju Merah. Lebih teruk, ada menteri dan timbalan menteri UMNO yang mengesahkan kehadiran sebagai tanda sokongan!

Melangkaui tembok kepartian, tempurung perkauman

Rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi

pemimpin dalam semua aspek di

negara ini, perlu berhenti daripada memperkaum isu

dan hal ehwal dalam negara.

RENCANA

Page 7: SELANGKAH KE NEGARA GAGAL? - roketkini.com BM - NOV_2015.pdf · PAK SAMAD: KE KUALA KUBU ... raya - satu yang sudah lama beroperasi pada ... yang adat dalam perjanjian konsesi untuk

7NOVEMBER 2015

KUALA LUMPUR: DAP Sabah mengesyaki ada sesuatu tidak kena dalam pengagihan s u m b a n g a n k e p a d a mangsa r ibut di Tawau, Sabah berikutan mangsa hanya menerima sejumlah kecil bantuan sedangkan peruntukannya besar.

Mempersoal mekanisme p e n g a g i h a n , N a i b Pengerusinya, Chan Foong Hin, berkata ada mangsa mendakwa menerima hanya RM3,000 sedangkan kerosakan r umahnya ter uk hingga bumbung diterbangkan ribut.

Sedangkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Tanjong itu pada kenyataan media berkata, peruntukan b a n t u a n b e r j u m l a h RM640,000 untuk membaiki 162 rumah.

“ S e o r a n g m a n g s a m e m a k l u m k a n h a n y a m e n e r i m a w a n g t u n a i R M 1 , 0 0 0 d a r i p a d a A h l i Parlimen Tawau, Mary Yap dan barangan sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bernilai RM2,000,” katanya.

B e l i a u j u g a c u r i g a berikutan JKM tidak memberi b a n t u a n s e c a r a t u n a i , sebaliknya mengarah semua mangsa mengambil keperluan membaiki rumah bernilai RM2,000 di kedai perkakasan tertentu.

“Kedai itu pula bukan pembekal sebenar. Jadi siapa orang tengah yang mengambil kesempatan atas kesusahan mangsa hingga dapat untung. Bagaimana boleh orang tengah dapat RM1,000 tanpa berbuat apa-apa?

“Jika semua 162 rumah dibaiki menggunakan orang tengah itu, mereka senang-s e n a n g d a p a t u n t u n g RM162,000 dari derita mangsa ribut,” katanya yang mendesak Mary menyiasat hal itu.

Semua 162 rumah sekitar Apas dan Balung landa ribut selepas hujan lebat kira-kira jam 2 pagi, akhir September lalu.

Peruntukan besar, agihan kecil

ULU PAPAR: Penderitaan masyarakat Dusun di Kamping Pongobonan sejak puluhan tahun lalu akibat dianak tiri kerajaan BN Sabah berakhir apabila mereka berpeluang menikmati kemudahan elektrik hasil sistem janaan elektrik mikro-hidro.

Ia berikutan projek janakuasa sistem mikro-hidro hasil kerjasama Impian Sabah dan badan bukan kerajaan (NGO) Tonibung yang berusaha keras sejak 2013 lagi, siap baru-baru ini.

Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong Sze Phin, berkata projek itu menelan

Projek mikro hidro bawa sinar kepada penduduk kampungbelanja RM18,000 sekaligus melengkapi kemudahan elektrik kepada 12 keluarga penduduk kampung, selain dewan dan rumah ibadat.

Beliau yang turut ‘berkampung’ tiga hari dua malam itu, berkata usaha itu bagi membantu menaik taraf kehidupan masyarakat yang sekian lama dipinggirkan kerajaan BN Sabah.

“Jika BN Sabah boleh peruntuk lebih RM2 bilion ringgit untuk bina Empangan Kaiduan, mengapa tidak boleh sediakan infrastruktur lebih bermakna kepada

penduduk kampung?” katanya.Kampung Pongobonan itu antara

tujuh kampung yang diancam pembinaan Empangan Kaiduan yang diumumkan k e ra j a a n p a d a 2 0 0 9 l a l u d e n g a n keseluruhan kos RM2.8 bilion.

Pengarah Tonibung, Adrian Banie Lasimbang, pula berkata projek itu secara gotong royong sebagai keperluan dan aspirasi masyarakat setempat.

“Ia melibatkan proses perancangan dan pelaksanaan bersama untuk memastikan projek itu menepati aspirasi dan keperluan

masyarakat,” katanya.Pengarah projek, Nousi Giun pula,

berkata cabaran utama yang dihadapi ialah sumber tenaga kerja dan logistik, selain keadaan jalan yang ekstrem dan berbahaya serta masalah sumber tenaga kerja.

Namun, kejayaan projek itu disambut baik penduduk termasuk Marlius, 50, yang terharu dengan kesungguhan membina projek bermakna itu.

“Sebelum ada ‘karen’ (elektrik), memang susah. Kami terpaksa guna generator tapi mahal, tak boleh guna selalu,” katanya.

Agihan peruntukan luar bandar RM1.15 bilion diraguiBETONG: DAP mahu kerajaan S a r a w a k m e n d e d a h k a n butiran peruntukan Projek Pembangunan Luar Bandar - Minor Rural Projects (MRP) bernilai RM1.15 bilion untuk tahun ini yang tidak jelas perbelanjaannya.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, berkata D A P t i d a k m e n e n t a n g peruntukan besar untuk penduduk luar bandar tetapi mahu perbelanjaannya didedah kepada umum.

“Adakah pemimpin BN Sarawak meniru langkah bos mereka dengan mengambil sebahagian peruntukan sebagai ‘derma’ untuk diri sendiri dan kroni mereka?

“Adakah itu sebabnya mengapa dana MRP disimpan secara rahsia?” katanya pada kenyataan media lantaran bimbang pelaksanaan itu tidak telus dan membuka

ruang rasuah.Chieng Jen yang juga Ahli Parlimen Bandar

Kuching, berkata peruntukan itu merangkumi sekurang-kurangnya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sebagai kategori luar bandar.

Secara purata, katanya, setiap DUN luar bandar sepatutnya mendapat RM20 juta daripada dana MRP tahun ini.

Katanya, ada perbezaan antara peruntukan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lebuhraya Pan-Borneo, dengan projek MRP kerana projek JKR

dan lebuh raya itu bernilai berpuluh-puluh juta ringgit s e d a n g k a n M R P a n t a ra RM5,000 hingga RM20,000 untuk setiap projek kampung.

Beliau berkata, ia untuk m e n y e d i a k a n j a l a n k e rumah panjang, tabung jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung ( JKKK), penganjuran acara kampung dan pelbagai aktiviti

luar bandar.“Dengan peruntukan MRP RM20 juta untuk

setiap DUN, DUN Layar, Saribas atau Bukit Saban (dalam Parlimen Betong) patutnya ada jalan tar, bekalan elektrik dan air terawat untuk setiap rumah panjang.

“Setiap DUN itu masing-masing ada 10,000 pengundi, bermakna setiap pengundi mendapat anggaran faedah bernilai RM2,000 tapi ia tidak berlaku,” katanya.

Adakah pemimpin BN Sarawak meniru langkah bos mereka dengan mengambil sebahagian peruntukan sebagai ‘derma’

untuk diri sendiri dan kroni mereka?

SABAH/SARAWAK

Page 8: SELANGKAH KE NEGARA GAGAL? - roketkini.com BM - NOV_2015.pdf · PAK SAMAD: KE KUALA KUBU ... raya - satu yang sudah lama beroperasi pada ... yang adat dalam perjanjian konsesi untuk

8NOVEMBER 2015

Rumah Impian Miri pupuk tabiat membacaRUMAH Impian Miri yang menempatkan pusat komuniti dan perpustakaan khas untuk kanak-kanak di Kampung Pasir, Lutong dilancarkan dengan pelbagai sumbangan kelengkapan.

Antaranya bahan bacaan berkualiti tinggi, selain empat komputer riba yang ‘diselamatkan’ Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua sebelum dihalau dari Sarawak.

Berbekal sebuah generator, rumah itu dikendalikan seorang ahli parti yang menetap di kampung itu dengan mengadakan program membaca dua atau tiga kali sebulan untuk memupuk tabiat membaca.

P r o g r a m d i k a m p u n g y a n g penduduk terdiri dari etnik Iban, Cina, Kelabit, Melayu itu turut melakukan pembersihan rumah termasuk mencuci tandas, mengemop lantai dan mengelap tingkap.

Ditubuh DAP Miri dengan kerjasama Impian Sarawak, Rumah Impian Miri yang dirasmikan Adun Piasau, Alan Ling Sie Kiong, terletak di setinggan yang diabai Kerajaan Sarawak tempatan berikutan kekurangan kemudahan asas termasuk bekalan elektrik.

Impian Kedah-Perlis santuni warga emasIMPIAN Kedah mengadakan Kem Kesihatan Impian Kedah-Perlis selama tiga hari diketuai Dr Tajudin Shaffee dan Dr Tan Poh Teng bersama 24 sukarelawan termasuk empat doktor am dan tiga doktor pakar)

P r o g r a m m u l a i 1 8 S e p t e m b e r i t u t u r u t m e n d a p a t s o k o n g a n Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan St John¡¯s Ambulance.

Seramai 481 pesakit menerima pemeriksaan dan rawatan di Kem Kesihatan di Tanah Merah (Kedah), Pe n d a n g ( Ke d a h ) d a n Kampung Pandang (Perlis) dengan kebanyakannya t e r u t a m a w a r g a e m a s mengidap penyakit kencing manis.

Bantuan ahli-ahli DAP itu mendapat penghargaan penduduk tempatan, apatah lagi program itu dijalankan di lokasi yang agak terpencil.

IMPIAN MALAYSIA

Page 9: SELANGKAH KE NEGARA GAGAL? - roketkini.com BM - NOV_2015.pdf · PAK SAMAD: KE KUALA KUBU ... raya - satu yang sudah lama beroperasi pada ... yang adat dalam perjanjian konsesi untuk

9NOVEMBER 2015

DAP pertahan hak penduduk Ulu Temiang

5OKT

Ahli Parlimen Seremban, Anthony L o k e m a h u m e n c a d a n g k a n kutipan derma bagi membantu penduduk Kampung Ulu Temiang yang berdepan kemungkinan rumah mereka diroboh tanpa menerima pampasan. Pada masa ini, penduduk kampung mendiami rumah mereka dalam keadaan bergelap tanpa kemudahan elektrik yang dipotong Tenaga Nasional Bhd (TNB) atas permintaan pemilik tanah.

30SEPT

Kira-kira 100 penduduk Kampung Ulu Temiang berarak sejauh empat kilometer ke Istana Negeri Sembilan bagi meminta pihak Istana menasihati Kerajaan Negeri Sembilan supaya membela nasib mereka. Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke berarak bersama-sama pimpinan Pakatan Harapan menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Kepada Yam Tuan Besar Negeri Sembilan. Mereka meminta agar penduduk kampung diberi pampasan RM12,000, jumlah kecil dan sekadar cukup saja untuk ringankan beban.

6OKT

Anthony Loke dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Temiang Ng Chin Tsai ditahan polis kerana cuba menghentikan pengusiran secara paksa di Kampung Ulu Temiang. Turut ditahan 15 penduduk yang enggan berpindah dari kampung yang dihuni mereka sejak lebih 40 tahun lalu. Tiada pampasan diberikan kepada penduduk kampung.

Kutipan derma untuk membantu penduduk kampung ketika ini sedang dijalankan oleh Anthony Loke seperti yang dijanjikan. Sehingga 15 Oktober lalu, lebih RM100,000 berjaya dikutip. Sasaran derma adalah RM300,000.

Kronologi

UTAMA

Page 10: SELANGKAH KE NEGARA GAGAL? - roketkini.com BM - NOV_2015.pdf · PAK SAMAD: KE KUALA KUBU ... raya - satu yang sudah lama beroperasi pada ... yang adat dalam perjanjian konsesi untuk

10NOVEMBER 2015

KERAJAAN Persekutuan dicadang menggubal undang-undang pencegahan pencemaran merentasi sempadan bagi membolehkan tindakan undang-undang dikenakan terhadap syarikat yang melakukan pencemaran di luar Malaysia.

Adun Balakong, Ng Tien Chee, berkata ia bagi mengurangkan aktiviti pembakaran terbuka di Indonesia, dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Indonesia atau membawa isu itu ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Ka t a n y a , Ke ra j a a n Si n g a p u ra mengambil tindakan undang-undang terhadap Asia Pulp and Paper serta lima syarikat lain yang dipercayai terlibat dalam pembakaran terbuka di Indonesia selepas penggubalannya lulus pada 2014.

“Perbincangan sahaja tidak berkesan kerana krisis itu berulang setiap tahun. Cara penyelesaian yang lebih drastik harus dirancang,” katanya.

Gubal undang-undang jerebu

PELAKSANAAN Perjanjian Kerjasama Trans Pasifik ( TPPA) dibimbangi menyukarkan perolehan bekalan ubat-ubatan berikutan kewujudan blok perdagangan tertentu kepada negara membangun.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, berkata ia berikutan perincian hal itu tidak jelas kerana ubat-ubatan biologi hayat seperti kanser menetapkan syarat tempoh lima tahun bagi melindungi data ujian klinikal sulit.

“Mengikut sistem Amerika Syarikat, tempoh itu boleh ditambah tiga tahun lagi. Bermakna ubat-ubatan itu hanya sampai ke tangan pengguna selepas tahun kelapan.

“Perjanjian itu hanya memperluas perlindungan monopoli bagi industri farmaseutikal tetapi mengorbankan akses rakyat kepada ubat-ubatan lebih murah,” katanya merujuk persetujuan Kerajaan Malaysia dan 11 negara lain menandatangan TPPA di Altanta.

TPPA: Bekalan ubat mungkin terjejas

60 orang Asli di Pahang sertai DAPMENTAKAB: Selepas ramai personaliti terkenal menyertai DAP sejak beberapa bulan lalu, sekumpulan 60 orang Asli pelbagai lapisan usia di sini, turut berbuat demikian di Bukit Bendera Resort di sini, baru-baru ini.

Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, berkata mereka dari Kampung Orang Asli Lubuk Perah menyerahkan borang penyertaan pada majlis yang dirasmikan Pemangku Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai,

27 September lalu.“Penyertaan mereka diketuai Tok

Batin, Hajemi Din dan ketua kumpulan, Rusman Abu. Mereka masuk secara sukarela berikutan keyakinan mereka kepada perjuangan parti ini.

“Apatah lagi, DAP sebelum ini banyak membantu dalam isu pencerobohan tanah di Bera dan pemusnahan tanaman berikutan sikap tidak bertoleransi Kerajaan Pahang,” kata Adun Mentakab itu kepada RoketKini.

Sekalipun dilempar pelbagai fitnah, DAP menjadi part i pi l ihan ramai termasuk Pakar Perlembagaan, Aziz Bari; Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said; bekas pemimpin Pemuda PAS Johor, Sheikh Omar Ali dan aktivis reformasi, Norazimah Mohamad Nor.

Selain orang Asal, Tengku Zulpuri berkata seramai 40 penduduk sekitar Kuantan dan Temerloh berketurunan Melayu berusia antara 30 hingga 40 tahun turut mengisytihar menyertai DAP.

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pulau Pinang tidak pernah mengurangkan peruntukan tahunan RM1.75 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) sebagai tambahan kepada peruntukan untuk hal ehwal Islam.

Pa d a k e n y a t a a n m e d i a , Ke t u a Menterinya, Lim Guan Eng berkata, dakwaan kononnya jumlah untuk SAR itu dikurangkan atau dihenti adalah fitnah menggunakan isu agama kerana ia dibayar setiap tahun.

Mengikut perangkaan, sebanyak RM37.25 juta diperuntuk untuk hal ehwal Islam pada 2009, RM39.60 juta (2010), RM65.27 juta (2011), RM66.38 juta (2012), RM55.13 juta (2013) dan RM52.21 juta (2014).

Peruntukan hal ehwal Islam naik berganda“Jelas sekali golongan politik yang anti-

kerajaan negeri Pakatan Harapan sedang giat membakar sentimen perkauman dan ekstrimis agama,” kata Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

Memetik Buletin Mutiara, akhbar rasmi Kerajaan Pulau Pinang pula, BN hanya menyediakan peruntukan hal ehwal Islam berjumlah RM25.49 juta tetapi tidak pernah memberi sumbangan kewangan kepada SAR.

Sebaliknya, Exco Hal Ehwal Agama Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abul Kassim, dipetik berkata Kerajaan Negeri itu menyediakan peruntukan SAR sebanyak RM1.5 juta pada 2008 dan 2009 sebelum ditambah kepada RM1.75 juta pada 2010

hingga 2014.Jumlah itu tidak termasuk peruntukan

kepada golongan huffaz atau penghafal al-Quran yang tidak diberi bantuan kewangan sepanjang pemerintahan UMNO BN di Pulau Pinang.

Sejak mentadbir Pulau Pinang, golongan huffaz sejak 2008 diberi peruntukan RM30,900, RM65,000 (2009), RM90,000 (2010), RM130,000 (2011), RM175,000 (2012) dan RM202,500 (2013).

Sejak 2009 pula, Kerajaan Pulau Pinang memperuntuk lebih RM500,000 setiap tahun sebagai bonus kepada guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), SAR, Maahad Tahfiz, Tadika Islam dan Tadika Pondok.

TIMBALAN Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman memberi tumpuan usaha menjana ekonomi agro-pertanian, bukan membuat kenyataan rasis.

Setiausaha DAPSY Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid, berkata Tajuddin patut lebih berwibawa dalam membuat kenyataan dan menghormati hubungan sesama masyarakat.

Katanya, ahli politik memainkan peranan penting dan dianggap sebagai wakil rakyat - individu yang mempengaruhi dasar dan membuat keputusan dalam kerajaan.

“Politik untuk orang yang memiliki integriti, bukan untuk individu yang tidak cekap dan lambat membuat keputusan dalam memperbaiki kehidupan rakyat. Tentu sekali bukan untuk suka-suka mahu lempang orang,” katanya.

Tajuddin dilapor mahu ‘melempang’ rakyat Cina di negara ini jika mengadu masalah kepada pihak luar, merujuk kehadiran Duta China di Jalan Petaling baru-baru ini.

Buat kerja, bukan ‘lempang’ orang

BERITA

Page 11: SELANGKAH KE NEGARA GAGAL? - roketkini.com BM - NOV_2015.pdf · PAK SAMAD: KE KUALA KUBU ... raya - satu yang sudah lama beroperasi pada ... yang adat dalam perjanjian konsesi untuk

11NOVEMBER 2015

Oleh STEVEN SIM

HARI ini, Islam menjadi tajuk berita utama di serata dunia.

Perkembangan dunia Islam diikuti dengan rasa berkobar-kobar oleh rakan dan lawan. Dan imejan-imejan Islam yang ditonjol kepada kita hari ini: Tragedi 911, Taliban, Al-Qaeda, Osama bin Ladin, Charlie Hebdo, ISIS, Saudi Arabia, Iran dan Hudud.

Pandangan dunia terhadap Islam dibentuk dalam kerangka itu. Justeru, masyarakat dunia, Muslim waima bukan Muslim, sukar untuk membayangkan Islam pra-11 September 2011.

Ataupun membayangkan dunia Islam sebelum negara Arab dibahagi-bahagi kepada sempadan moden masa kini oleh bangsa Eropah pada awal kurun ke-20. Imaginasi dunia terhadap Islam tidak lari daripada panji-panji Hitam Jihadi. Atau paling kurang pun, Islam kini ditakrif dengan budaya, bahasa dan amalan bangsa Arab.

Kita di Malaysia tidak terkecuali, tidak terlepas dari melihat Islam melalui kepompong seumpama itu terutama apabila isu Hudud giat diperkata.

Justeru, setibanya delegasi DAP ke Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul untuk transit ke Tunisia, saya terkejut kerana tidak nampak perkataan Arab, mahupun fesyen Arab yang begitu mendominasi dunia Islam.

Terlupa sejenak kehebatan bangsa Turki dengan empayar Islam Uthmaniyahnya yang pada zaman kegemilangannya menakluk hampir seluruh Mediterranean dari tenggara Eropah ke utara Afrika yang dikenali sebagai Fertile Crescent – merangkumi Mesir, Palestine, Jordan, Lebanon, Iraq sehingga ke utara Teluk Parsi.

Uthmaniyah yang menjadi jambatan penghubung Timur dan Barat selama lebih 600 tahun, menjadikan bahasa Turki, bukan Arab sebagai bahasa rasmi. Budayanya, dari makanan sehingga fesyen, lebih kepada Persia dan Eropah berbanding Arab.

Pada zaman itu, Yahudi tidak begitu dimusuhi Islam bukan seperti yang digambarkan pada hari ini. Dunia sukar membayangkan Islam sedemikian wahal ia merupakan empayar Islam yang terakhir pernah dunia terlihat dalam sejarah.

Apabila kami tiba di Tunisia, kejutan baru pula menanti.

Kunjungan ke dunia Islam

Kunjungan DAP ke dunia Islam Tunisia dan Turki kali ini adalah sinambungan dari lawatan April lalu ketika Lim Kit Siang mengetuai delegasi pemimpin dan wakil rakyat DAP ke Jordan dan Mesir – bertujuan mendalami ilmu perihal dunia Islam dan politik Islam; topik penting untuk masa depan Malaysia.

Delegasi sekali lagi diketuai Lim Kit Siang dan selain penulis antara lain ialah Teresa Kok, Zairil Khir Johari, Liew Chin Tong (hanya ke Turki). Turut serta Dr Syed Azman, Adun Batu Burok, Terengganu.

Cerita Tunisia kita tahu. Pernah dijajah kuasa Barat selepas kejatuhan Empayar Islam Uthmaniyah, Tunisia mencapai kemerdekaan pada 1956. Sejak itu,

Anak didik Ghannouchi, Dr Rafik Abdessalem, bekas Menteri Luar Tunisia selepas Revolusi yang ada bersama sempat mencelah:

“Islam yang didokong oleh Ghannouchi ialah Islam masa depan seperti yang dimaksudkan oleh Lim (Kit Siang). Ia Islam yang memberi ruang untuk kepelbagaian sama ada kepelbagaian agama ataupun etnik.”

Islam masa depan

Apabila Revolusi Tunisia menjatuhkan rejim Ben Ali pada 2011, Parti Ennahda yang masuk pilihan raya pada Oktober 2011 mendapat 41 peratus kerusi Parlimen dan menjadi parti terbesar. Ghannouchi dan Ennahda yang cenderung kepada Ikhwan Muslimin membentuk kerajaan Tunisia yang baru.

Dan sebagaimana hasrat gerakan politik Islam lain seperti FJP pimpinan Presiden Morsi di Mesir ataupun PAS pimpinan Tuan Guru Hadi Awang di Malaysia, Ghannouchi boleh mendirikan kerajaan Islam dengan perundangan Syariah. Itulah jangkaan rakan dan lawan.

Sebaliknya, Ghannouchi memilih bersekutu dengan dua parti sekular sosial demokrat bagi membentuk kerajaan. Ghannouchi tidak mengambil jalan Morsi di Mesir, jauh lagi jalan PAS di Malaysia.

Adakah itu suatu pengkhianatan? Sudah tentu ada yang menjatuhkan label itu ke atas Ghannouchi sedangkan mereka belum tentu mampu melalui liku-liku perjuangan Islam beliau.

Saya hairan dengan keputusan Ennahda pada 2011 itu. Di Malaysia, kita diberitahu sebuah gerakan Islam, peri pentingnya melaksanakan Hudud sehingga parti rakan boleh diketepi.

“Encik Ghannouchi, boleh berikan komen mengapa Ennahda memilih jalan

hampir 55 tahun ditadbir oleh parti nasionalis yang sama.

N e g a r a i t u s e l a m a i n i a d a p i l i h a n r a y a tetapi diselubungi penipuan rej im p e m e r i n t a h . Pemimpin paling lama berkuasa – lebih 20 tahun, d a n t e m p o h pemerintahannya dicemari skandal korupsi, kronisme, salah guna kuasa d a n m e n i n d a s suara alternatif. First Lady-nya pula kuat shopping, sehingga menggunakan jet peribadi milik kerajaan terbang ke sana sini untuk membeli belah.

Pada 2011, rakyat mula membangkang hingga tercetusnya Revolusi Tunisia yang menyaksikan jutaan rakyat – anak muda, mahasiswa, peguam, pekerja – keluar berdemontrasi di jalan raya.

Revolusi Tunisia inilah menjadi pencetus kepada ‘Arab Spring’. Akhirnya rejim lama tersungkur dek kegagahan kuasa rakyat.

Di sinilah, sebenarnya bermula cerita kami ke Tunisia.

Lim Kit Siang dan Rachid Ghannouchi

Setiba di Tunisia, tokoh yang kami kunjung tidak lain tidak bukan Rachid Ghannouchi, pemimpin besar Hizbul en-Nahda, ataupun Parti Pembaharuan. Beliau berjambang dan berambut putih dengan kemeja putih bersih dan kot navy blue, punyai penampilan selayak pemikir dan negarawan.

Kit Siang dan Ghannouchi berjabat tangan tanda solidariti. Kedua-duanya

sebaya, berusia 74 tahun – masing-masing “grand old man” di persada politik Malaysia dan Tunisia . Ia suatu pengalaman y a n g s u k a r digambarkan.

K e d u a -d u a n y a m u l a b e r k e c i m p u n g d a l a m g e r a k a n p o l i t i k n e g a r a m a s i n g - m a s i n g pada lewat 60-an. Pernah meringkuk p e n j a r a r e j i m bukan sekali tetapi dua kali. Namun

dalam setengah abad perjuangan, mereka masih tidak serik dipukul badai penindasan demi prinsip yang diperjuang.

Mungkin sebab itu, saya lihat terjalin dengan semula jadi silaraturahim antara mereka walaupun pertama kali bertemu. Mereka mahir dengan perkembangan politik di negara rakan – Kit Siang dengan Tunisia, Ghannouchi dengan Malaysia.

Masing-masing bertukar fikiran tanpa was-was – sudah tentu mereka yang begitu mengerti akan rejim yang tidak membenarkan kebebasan, tidak akan mengehadkan kebebasan rakan untuk meluahkan pendapat.

Malah, Ghannouchi juga sempat bertanya khabar tentang rakan baiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kit Siang memberi pandangannya terhadap ‘Islam of the future’: Islam masa depan. Islam yang mampu memberi konteks kepada perubahan zaman dan dunia, bukan yang membantut perubahan.

Islam yang inklusif dalam masyarakat plural masa kini. Islam yang mampu memberi jawapan kepada persoalan hari ini, bukan Islam yang menghalang orang bersoal jawab.

Antara imejan hitam Islam dan ijtihad acuan Ghannouchi

bersambung di muka 12

RENCANA

“Syariah bukan set undang-undang

tetapi ia nilai-nilai seperti keadilan, kerahmatan dan

kebebasan.”— Ghannouchi

Penulis (kiri) bersama Presiden Ennahda, Sheikh Rached Ghannouchi dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.

Kredit foto: Steven Sim

Page 12: SELANGKAH KE NEGARA GAGAL? - roketkini.com BM - NOV_2015.pdf · PAK SAMAD: KE KUALA KUBU ... raya - satu yang sudah lama beroperasi pada ... yang adat dalam perjanjian konsesi untuk

12NOVEMBER 2015

ini dan tidak mengikuti langkah Ikhwan di Mesir dan PAS di Malaysia?”

“Syariah bukan set undang-undang tetapi ia nilai-nilai seperti keadilan, kerahmatan dan kebebasan. Justeru, kita kena lihat kepada nilai-nilai ini sebelum bicara soal penghukuman. Jika kita melihat Islam sebagai penghukuman, maka ia membawa imej negatif kepada Islam,” jawabnya.

Islam is not punishment but Rahmat

Teringat kepada pengajaran Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata: “Seorang Muslim apabila berbicara tentang pemerintahan dan tanggungjawab pemerintahan bukanlah membayangkan mekanisme mengatasi jenayah (melalui Hudud) semata-mata, tetapi membayang tanggungjawab keadilan dan kebajikan yang menjadi asas tersebarnya kebaikan

yang dipaksa ke atasnya oleh Barat, oleh ekstrimis, oleh ISIS, oleh Arab.

Maka benarlah kata-kata Rachid Ghannouchi kepada rombongan kami: “Islam terbaik ada dalam al-Quran, bukan dalam sejarah – bukan juga pada kurun pertama dan kedua (Hijra) – sejarah itu eksperimen semata-mata. Kita boleh ambil pengajaran bukan telan bulat-bulat.”

(The best Islam is in the al-Quran not in history – not even in the first or second century (Hijra) – history is merely an experiment. We can take some things but not all things).

Ini Islam masa depan – Islam yang bukan mengajak manusia memandang ke belakang tetapi ke hadapan, selaras dengan konsep eschatalogi agama samawi yang memanggil umatnya menanti dan berusaha ke arah masa depan kerana kemenangan akan datang kepada segala-gala yang baik-baik.

* Penulis ialah Ahli Parlimen Bukit Mertajam

dan keamanan dalam negara.”D. Mohd Asri juga berkata: “Tujuan

politik jauh lebih luas dari hanya membincang cara memotong tangan pencuri. Sebelum pencuri dipotong tangan, politik sepatutnya menbincang bagaimana memastikan tiada alasan untuk sesiapa pun mencuri disebabkan keadilan dan kebajikan negara.”

Namun saya tidak begitu ‘puas hati’ dengan jawapan Ghannouchi tadi. Ini soal kuasa dan politik, masakan sanggup lepaskan kuasa begitu sahaja? Bagaimana pula dengan perjuangan berpuluh-puluh tahun sampai masuk penjara?

“Pe r p a d u a n u m m a h p e n t i n g – Islam benci perang saudara. Dalam politik perlu ada konsensus ataupun permuafakatan pelbagai pihak. Bukan boleh memaksa ideologi kita ke atas orang lain. Kita menekan kepada konsensus, bukan paksaan. Tanpa konsensus, masyarakat akhirnya akan menuju ke arah pemerintahan kuku besi ataupun perang saudara.”

Tapi, bukankah 98 peratus rakyat Tunisia itu Islam (seperti Kelantan) – takkan tak dapat konsensus? Saya tanya pendapat Ghannouchi, apakah model pelaksanaan Syariah paling baik sama ada dalam sejarah ataupun masa kini?

Saya kurang pasti dalam hal ini. Kerana Islam yang saya ‘belajar’ tertakluk kepada imejan-imejan Islam yang disebut di atas.

“Kami tidak berada di luar Syariah,” isytihar Ghannouchi.

“Jika kami memaksa masyarakat bergaduh, lawan satu sama lain, maka kami akan terkeluar dari Syariah. Kami melaksanakan Islam melalui acuan ijtihad. Islam tidak boleh dilaksanakan dengan kaedah sama di semua tempat.

“Tunisia tidak sama dengan Malaysia, tidak sama dengan London. Islam perlu berdepan dengan realpolitik. Islam perlu berdepan dengan realiti, bukan imaginasi. Bukan masyarakat dan dunia yang dibayangkan tetapi dunia yang sebenar-benarnya.”

Ini Islam di luar jangkau imejan-imejan

Oleh DR ONG KIAN MING

APABILA Duta Besar Singapura, Bilahari Kausikan menanggapi situasi politik

di Malaysia melalui sudut pandang yang sempit, ia sesuatu yang mengejutkan.

Lewat tulisan bertajuk “Singapura bukan sebuah pulau”, beliau menyifatkan p e r g e l u t a n p o l i t i k i t u s e b a g a i pertembungan antara orang Islam melawan bukan Islam dan orang Melayu melawan bukan Melayu khususnya Cina.

Bukan sebagai sebahagian gerakan global yang menyaksikan mana-mana rejim berkuasa tetapi zalim disingkir melalui proses pilihan raya yang adil dan itulah sebenarnya sedang berlangsung di Malaysia.

Sejarah politik dunia menunjukkan, ada parti yang lebih lama memerintah tumbang melalui proses pilihan raya. Misalnya, Institutional Revolutionary Party (PRI) yang memerintah Mexico dari 1929 hingga ke 2000 melalui pilihan raya di peringkat presiden, gabenor, dewan undangan dan perbandaran.

Mereka menguasai semua institusi, badan perundangan dan kerajaan di setiap negeri. Pemerintahan mereka seolah-olah tidak mampu dijatuhkan.

Namun, dalam pilihan raya presiden pada 2000, calon PRI, Franciso Labastida Ochoa kalah kepada Vicente Fox Quesada, calon PAN dalam pertembungan tiga penjuru. Tahun sama juga, tampuk pemerintahan Taiwan yang lama dipegang parti Koumintang (KMT) jatuh ke tangan Parti Progresif Demokratik (DPP) pimpinan Chen Shui Bian.

Terbaru, Parti Demokratik Liberal (LPD) yang menguasai politik Jepun lebih setengah abad sejak era selepas perang, juga kalah kepada Parti Demokratik Jepun (DP) pada pilihan raya umum 2009.

Rejim dominan lain yang turut hilang kuasa melalui undi termasuklah Parti Sosialis di Senegal (1960 hingga 2000) dan Parti Colorado di Uruguay (1947 hingga 2008).

Kejatuhan itu memiliki ciri-ciri sama

Tiada siapa pembangkang mahu menipu diri sendiri dengan berfikir bahawa majoriti kerusi boleh dimenangi dengan meraih sokongan penuh dari pengundi bukan Melayu. Dan, kita juga tidak mahu menipu penyokong untuk berfikir sedemikian.

Bilahari Kausikan perlu sedar, seramai 40 orang Bumiputera (39 Melayu dan satu Kadazan) dari parti pembangkang dipilih sebagai Ahli Parlimen pada pilihan raya 2013, berbanding 32 Ahli Parlimen Melayu pada pilihanraya 1999 ketika PAS berpengaruh terbesar dalam parti pembangkang.

Yang kita perlu dilakukan ialah menubuh pakatan lebih besar dan mampu memenangi 60 peratus undi popular yakni menang sokongan besar pengundi Melayu dan Bumiputera.

Isu korupsi dan salah guna kuasa yang kian berlaku, kenaikan kos sara hidup akibat pelaksanaan terburu-buru Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan ketegangan kaum yang cuba dicetuskan oleh parti pemerintah perlu didedah.

Lebih penting lagi, dasar alternatif yang baru perlu dibincang dengan jelas dan disebar untuk menunjukkan betapa pakatan pembangkang mampu memerintah dengan lebih baik berbanding kerajaan hari ini.

Seperti kata Bilahari Kausikan, benar Singapura “tidak ada pilihan kecuali bekerjasama dengan apa-apa sistem dan mana-mana pemimpin yang akan dipilih di Malaysia” tetapi perubahan kuasa yang mungkin berlaku dalam politik Malaysia berlangsung secara aman dan tersusun.

Mengapakah beliau terlalu prihatin terhadap situasi di Malaysia. Tidak dapat tidak, tulisan itu membuatkan kita tertanya-tanya kerisauan sebenar Duta Besar Singapura itu.

Apakah Bilahari Kausikan gusar kemungkinan berlaku perubahan sama di Singapura pada masa depan?

* Penulis ialah Ahli Parlimen Serdang

- k o r u p s i y a n g memburuk akibat penguasaan lama d a l a m p o l i t i k ; p e r p e c a h a n d a l a m a n d a l a m k a l a n g a n p u c u k pimpinan hingga p a r t i p e r l a h a n -l a h a n h i l a n g pengaruh; dan parti pembangkang kian bersatu dan kuat.

Inilah laluan yang ditempuhi dalam pol i t ik Malaysia lantaran Barisan Nasional (BN) memegang tampuk kuasa selama 41 tahun. Ia sedang berlangsung sekarang.

Bagaimanapun, dalam sistem pilihan raya berdasarkan parlimen dan bukannya sistem presiden, parti pembangkang tidak boleh mengharapkan parti pemerintah

h i l a n g k u a s a akibat perpecahan k e p i m p i n a n dalam pilihan raya presiden.

Tambahan pula, d a l a m p i l i h a n raya pengagihan t a k - s a m a - r a t a ( m a l a p p o r t i o n ) , s a t u - s a t u n y a c a r a u n t u k p e m b a n g k a n g menang majoriti ialah memenangi sebahagian kerusi semi-bandar dan

kerusi luar-bandar, selain mengekal kemenangan kerusi bandar.

Kerusi semi-bandar dan luar-bandar didominasi orang Melayu atau Bumiputera (Sabah dan Sarawak). Ini bermakna pembangkang perlu meraih lebih banyak sokongan mereka.

Kejatuhan rejim, pertembungan kaum dan ketakutan Singapura

Apakah Bilahari Kausikan gusar kemungkinan

berlaku perubahan sama di Singapura pada masa depan?

sambungan dari muka 11

RENCANA

Page 13: SELANGKAH KE NEGARA GAGAL? - roketkini.com BM - NOV_2015.pdf · PAK SAMAD: KE KUALA KUBU ... raya - satu yang sudah lama beroperasi pada ... yang adat dalam perjanjian konsesi untuk

13NOVEMBER 2015

Oleh HASRYZAL HAMRI

KEMUNCULAN perkhidmatan ‘teksi sapu’ Uber dan GrabCar kebelakangan

ini menimbulkan keributan lantaran pemandu teksi konvensional resah hingga membawa kepada beberapa siri protes dan bantahan.

Uber dan GrabCar, sebenarnya syarikat multinasional dengan modal ratusan juta ringgit. Uber beribu pejabat di Amerika Syarikat manakala GrabCar berpusat di Singapura dan kedua-duanya ada cawangan di kota-kota besar hampir di seluruh dunia.

Perkhidmatan mereka dengan mudah menarik minat pemilik kenderaan peribadi untuk menyertai mereka untuk memperoleh pendapatan lumayan. Uber, misalnya menjamin pendapatan sehingga RM84 sehari jika mengaktifkan aplikasi pada waktu puncak - walau hanya untuk tiga jam, sekalipun tiada penumpang.

Pemilik kenderaan peribadi juga tidak memerlukan permit khas mahupun lesen tertentu, cukup sekadar mengikuti penerangan satu jam. Selepas proses pendaftaran atas talian selesai, mereka boleh menggunakan kereta masing-masing untuk menjana pendapatan sampingan.

Perkhidmatan itu kian digemari berikutan penumpang mendapat kadar tarif lebih rendah (malah seringkali percuma), lebih-lebih lagi mereka dapat menaiki kereta berkualiti termasuk yang diimport, tidak terhad kepada Proton Saga atau Persona.

Penumpang juga boleh melapor sikap pemandu dengan memberi markah rendah jika mereka bersikap kurang sopan atau kereta kotor. Markah itulah yang menentukan bonus yang bakal diterima pemandu. Jika banyak laporan buruk, akaun aplikasi pemandu akan digantung dan mereka tidak boleh lagi mengambil penumpang.

Soalnya, wajarkah perkhidmatan ‘kereta sapu’ GrabCar dan Uber wajar menggantikan teksi konvensional? Adakah ia wajar dibenarkan beroperasi di sisi undang-undang?

Nasib pemandu teksi

Konflik Uber, GrabCar

Bagaimana pula nasib pemandu Uber atau GrabCar? Sebenarnya, mereka tidak dilindungi mana-mana pihak kerana perkhidmatan Uber dan GrabCar tidak ada dalam ruang lingkungan undang-undang sedia ada.

Syarikat itu jika menipu dalam urusan bayaran, mudah terlepas dari sebarang tindakan. Kepada siapa pemandu Uber atau GrabCar mahu mengadu? SPAD? Polis? Mahu laporkan apa, ketika operasi mereka belum sah di sisi perundangan?

Jika berlaku kemalangan ketika membawa penumpang pula, bagaimana pula insuran kenderaan per ibadi melindungi perkhidmatan berbayar itu? Baiklah, kereta rosak dibaiki tapi jika melibatkan nyawa?

Ruang-ruang kabur ini jarang difikirkan oleh pemandu teksi sapu dan pengguna akibat sifat tamak. Satu pihak mahukan pendapatan sampingan cara mudah, satu lagi mahu berjimat tidak bertempat.

Namun, kita harus mengambil peluang belajar bagaimana GrabCar dan Uber memantau kelakuan pemandu mereka. Sistem itu harus dicontohi supaya kualiti perkhidmatan teksi konvensional pada paras memuaskan.

Kerana kita dapat melihat perbezaan sikap proaktif syarikat swasta berbanding sikap sambil lewa badan pemantau perkhidmatan teksi, antaranya SPAD yang gagal menjadikan perkhidmatan teksi konvensional lebih kompetitif, sebaliknya hanya cenderung menghukum pemandu teksi.

Selagi masalah itu tidak selesai-selesai, selagi itu teksi sapu, masalah lapuk yang diberi jenama baru terus wujud.

Dalam konteks ini, nasib siapa lebih malang, pemandu Uber atau GrabCar atau pemandu teksi konvensional? Bagaimana pula persaingan itu bakal menguntungkan pengguna dalam jangka masa panjang?

* Penulis ialah lepasan Sekolah Demokrasi DAP

Bagaimana pula nasib pemandu teksi konvensioval jika GrabCar dan Uber mengambil alih peranan mereka? Beberapa faktor penting perlu diteliti sebelum tergesa-gesa membuat keputusan.

Memang diakui ada banyak cerita negatif mengenai perkhidmatan teksi - memandu secara berbahaya, ikut laluan jauh untuk tambang mahal, tidak mesra penumpang dan tidak kurang juga pelakuan jenayah.

Imej negatif itu secara pukal itu langsung menenggelamkan sebahagian kisah benar pemandu teksi yang jujur memulangkan barangan ber harga p e n u m p a n g , m e m b a n t u m a n g s a k e c e l a k a a n jalan raya dan m e n g h a n t a r p e n u m p a n g terdesak tanpa hitung untung.

P o k o k p a n g k a l n y a b e r g a n t u n g k e p a d a individu. Tapi yang berlaku i a l a h k e r a n a n i l a s e t i t i k , h a b i s b u r u k perilaku seluruh pemandu teksi.

Sebenarnya, a d a l e b i h 3 9 , 0 0 0 t e k s i b e r d a f t a r d i sekitar Lembah Klang berdasarkan statistik Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada 2013.

Umum mengetahui mereka dihimpit pelbagai masalah walaupun bekerja sepenuh masa. Bahkan, mereka juga terikat dengan pelbagai undang-undang.

Perlu memiliki permit yang sebenarnya hanya disewa pemilik kenderaan kepada mereka sedangkan caj sewa harian boleh mencecah RM55 sehari untuk perjanjian sewa beli lima tahun bagi Proton Persona.

Nilai itu mungkin lebih tinggi untuk kereta lebih besar.

S e l a i n i t u , m e r e k a j u g a b e r t a n g g u n g j a w a b t e r h a d a p k o s penyelenggaraan kenderaan - minyak pelincir, tayar, brek dan macam-macam lagi.

B a g i p e n g u n a N G V p u l a , penyelenggaraannya lebih kerap. Secara purata, teksi yang dipandu 8 hingga 10 jam sehari perlu diservis sebulan sekali. Kenaikan kadar NGV sehingga 58 peratus, dari 68 sen ke RM1.05 September lalu, sekadar memberatkan beban sedia ada.

Semua itu perlu ditanggung pemandu teksi, belum lagi enam peratus cukai

barangan dan perkhidmatan (GST ). Itulah karenah yang perlu dihadapi pemandu teksi d e m i p e r i u k n a s i m e r e k a demi menyara keluarga. Bukan sekadar untuk suka-suka atau cari wang lebih.

I r o n i n y a , r i s i k o y a n g d i t a n g g u n g p e m i l i k t e k s i t i d a k sebesar mana. S e b a l i k n y a m e r e k a l a h b a n y a k m e n i n d a s p e m a n d u

apabila kos semasa meningkat. Yang susah pemandu sedangkan pemilik teksi hanya menunggu RM55 sehari sambil goyang kaki.

Jika demikian mengapa tidak diberikan terus permit teksi ini kepada pemandu? Sebenarnya, isu pemberian permit teksi individu - terus kepada pemandu sudah lama berlarutan tanpa penyelesaian ampuh. Antara alasannya ialah bimbang kualiti perkhidmatan akan jatuh. Soalnya, mengapa hanya pemandu teksi dipersalah?

Ruang-ruang kabur kontroversi teksiPersaingan perkhidmatan Uber, GrabCar

Ironinya, risiko yang ditanggung pemilik teksi tidak sebesar mana. Sebaliknya merekalah banyak

menindas pemandu apabila kos semasa

meningkat.

Kredit foto: Reuters/Kai Pfaffenbach

RENCANA

Page 14: SELANGKAH KE NEGARA GAGAL? - roketkini.com BM - NOV_2015.pdf · PAK SAMAD: KE KUALA KUBU ... raya - satu yang sudah lama beroperasi pada ... yang adat dalam perjanjian konsesi untuk

14NOVEMBER 2015

Oleh ZAIRIL KHIR JOHARI

SETIAP krisis politik pasti menuntut mangsanya.Dan pendidikan lazimnya

dipolitikkan - dengan polemik berkisar soal bahasa dan identiti, bukannya kualiti dan kecekapan sekaligus wacana pendidikan seringkali terperangkap dalam kekusutan politik partisan.

Justeru, pergelutan politik kerap menyebabkan perubahan besar terhadap dasar pendidikan khususnya apabila jawatan menteri bertukar tangan.

Sebagai negara yang terpisah mengikut garis politik identiti, w u j u d p e r s a i n g a n a n t a r a dua naratif berbeza ¨C satu memperjuang negara bangsa Melayu-Islam manakala satu lagi menyokong negara bangsa Malaysia yang majmuk.

Ttidak hairanlah apabila perbezaan itu terzahir dalam bidang pendidikan.

Kewujudan sistem sekolah pelbagai aliran yang dibezakan mengikut bahasa pengantar bukan sesuatu yang bar u, sebaliknya lama bertapak sejak sebelum kemerdekaan.

Sebelum Perang Dunia Kedua, sistem sekolah terdiri daripada sekolah yang dibiayai kerajaan - sekolah Inggeris di bandar dan sekolah vernakular Melayu di luar bandar, selain sekolah aliran Cina dan Tamil.

Usaha menyatukan sistem pendidikan yang lebih terpusat hanya berlaku setelah kuasa kolonial mengambil balik tampuk kuasa pada zaman pasca-perang melalui penubuhan Jawatankuasa Penasihat Pusat mengenai Pendidikan pada 1948.

Susulan itu, Laporan Holgate pada 1950, Laporan Barnes (1951) dan Laporan Jawatankuasa Fenn-Wu (1951) menyokong penyatuan aliran sekolah yang pelbagai.

Cadangan itu diperbahas dengan sengit. Ahli pendidik Cina dan Tamil melihatnya sebagai ancaman kepada identiti kebudayaan mereka manakala nasionalis Melayu merasakan bahasa Inggeris lebih diutama berbanding bahasa Melayu.

Polemik emosi dan sempit itu pantas menjadi teras kepada politik bahasa dalam pendidikan Malaysia.

A k h i r n y a , t o l a k a n s u r diperoleh pada 1956 dengan Laporan Razak menyerapkan unsur kedua-dua Laporan Barnes yang lebih memihak kepada kepentingan nasionalis Melayu serta Laporan Fenn-Wu yang disenangi orang Cina dan India.

Ini melibatkan integrasi semua sekolah rendah vernakular ke sistem sekolah kebangsaan dengan mewujudkan penarafan ¡ °kebangsaan¡± dan ¡ ° jenis

Pendidikan baru.Belum panas ker usinya,

Mahdzir mendakwa kewujudan s e k o l a h ve r n a k u l a r p u n c a perpecahan negara.

Ju s t e r u , b u k a n k e j u t a n apabila berlaku perubahan polisi termasuk isu sensitif - bahasa. Beliau kemudian menangguh keputusan menteri sebelumnya u n t u k m e n j a d i k a n b a h a s a Inggeris sebagai subjek wajib lulus peperiksaan SPM berkuat kuasa pada 2016.

Masalah struktural

Memang lazim, perubahan dasar bahasa dibuat setiap kali Menteri Pendidikan bertukar. Muhyiddin juga demikian, m e m a n s u h p e n g g u n a a n bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik yang digubal hampir tujuh tahun terdahulu.

Jelas, sistem pendidikan tenat dengan keputusan rambang dan dasar flip-flop, khususnya apabila menteri baru dilantik. Ini membimbangkan kerana keputusan besar dalam dasar pendidikan memberi kesan ketara kepada seluruh generasi.

Keputusan flip-flop berterusan dalam dasar bahasa merupakan kes paling jelas.

Setelah mewarisi tradisi penguasaan bahasa Inggeris yang kuat mutu bahasa Inggeris yang lemah disalahkan sebagai penyumbang utama kekurangan daya saing graduan.

N a m u n , k e t i k a n e g a r a menghadapi cabaran sumber manusia yang serius, menteri-menteri pendidikan membuat keputusan berdasarkan politik emosi dan bukan bukti empirikal.

Inilah pokok sebenar kepada masalah pendidikan kita hari ini.

M a s a l a h n y a b u k a n

semata-mata kerana menteri berpandangan sempit tetapi terlalu sedikit ruang semak dan imbang untuk mengelak keputusan rambang oleh mana-mana menteri pendidikan.

Ia mencerminkan masalah struktur. Sejak Laporan Razak, nasionalisasi pendidikan secara beransur-ansur mengakibatkan p e m u s a t a n k u a s a s e c a r a

kebangsaan,¡± serta penggunaan sukatan pelajaran sejagat.

Berakhirnya aliran Inggeris

Kompromi hanya bertahan seketika. Nasionalis Melayu terus iri hati dengan peranan dominan pendidikan aliran Inggeris.

Penyokong bahasa vernakular pula meratapi hakikat bahawa Laporan Rahman Talib menyekat kemajuan pendidikan aliran Cina dan Tamil apabila membenarkan

kewujudan dua aliran - sekolah kebangsaan Melayu dan sekolah jenis kebangsaan Inggeris.

Rasa tidak puas hati terus hangat sepanjang dekad sebelum mendidih apabila sentimen p e r k a u m a n d i p a n a s k a n menjelang Pilihan Raya Umum 1969. Ekoran rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, darurat diisytihar.

Keseluruhan kawalan eksekutif negara diambil al ih Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada 16 Mei 1969 dengan Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak sebagai peneraju. Walaupun Tunku Abdul Rahman kekal sebagai Perdana Menteri sehingga 1970 tapi hanya sekadar nama.

Peristiwa sekitar Mei 1969, dari hari mengundi, rusuhan dan peralihan kuasa pada 16 Mei, menjadi sebahagian coup d¡¯¨¦tat terancang atau tidak, hasilnya ¨C dengan pelantikan Razak sebagai Perdana Menteri setahun kemudian, membawa kesan sama.

Dengan kelompok baru di tampuk kuasa, wujud peluang untuk peralihan dasar termasuk pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) tetapi tidak cukup p e r h a t i a n d i b e r i k e p a d a perubahan asas dalam sistem pendidikan.

Pertukaran pemerintah juga menyebabkan Tunku diketepi, bahkan sekutunya juga yang kebanyakannya digantikan dengan pengikut Razak.

Antaranya pelucutan menteri kanan UMNO, Md Khir Johari dari portfolio pendidikan, jawatan yang disandangnya selama sembilan tahun (bukan berturut-

turut) apabila igantikan dengan Abdul Rahman Ya¡¯kub.

Ia langsung membuka jalan bagi nasionalis Melayu untuk melaksanakan perubahan dasar pendidikan berkaitan isu bahasa.

Kerana, Khir Johari dianggap duri dalam daging nasionalis Melayu. Beliau kerap dilihat bersimpati dengan pendidikan aliran Inggeris dan menyokong pengekalannya di peringkat pengajian tinggi.

D e n g a n k e t i a d a a n n y a ,

p e n t a d b i r a n R a z a k mengumumkan secara rasmi pada 10 Julai 1969 bahawa pendidikan aliran Inggeris akan ditamatkan.

Secara beransur-ansur berlaku penggantian bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, dari sekolah rendah hingga universiti.

Lagi perubahan dasar

K a l i i n i , k r i s i s p o l i t i k menyelubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang m e n y a k s i k a n p e n g g u n a a n tindakan keras untuk menjamin kekuasaannya.

Berlaku rombakan Kabinet dan

penyokong setia diberi jawatan utama. Kesannya, peningkatan nasionalisme etno-agama sempit dan perkauman agresif.

D e n g a n w u j u d n y a peningkatan sentimen hegemoni Melayu, ia turut dicerminkan d a l a m a s p e k p e n d i d i k a n . B e r i k u t a n p e n y i n g k i r a n Muhyiddin, Datuk Seri Mahdzir Khalid dilantik sebagai Menteri

Sistem pendidikan mangsa pergelutan politik emosi

Ketika negara menghadapi cabaran sumber manusia

yang serius, menteri-menteri pendidikan membuat keputusan

berdasarkan politik emosi dan bukan bukti empirikal.

perlahan-lahan.Dari sistem yang dianggap

laissez-faire dengan sekolah diberi ruang dan autonomi, s i s t e m p e n d i d i k a n k i n i berkembang menjadi raksasa birokrasi yang terpusat dengan kuasa di tangan eksekutif politik.

Contoh, sementara sistem pendidikan maju di seluruh dunia melantik badan bebas dan profesional untuk mentadbir dan menguruskan peperiksaan, penggubalan kurikulum dan latihan guru, di Malaysia semua bidang itu dikawal sebuah kementerian.

Pada masa sama, terlalu sedikit autonomi di peringkat sekolah sehingga persekitarannya kurang berdaya saing dan sifat pemilikan masyarakat atau penglibatan ibu bapa dalam tadbir urus sekolah tidak signifikan.

Akibat kawalan eksekutif ke atas pendidikan dan polemik pendidikan yang dipolitikkan, sekolah hanya menjadi alat untuk mencapai matlamat politik, bukannya objektif pendidikan.

Bukan sahaja mata pelajaran t e r t e n t u d i c e m a r i p o l i t i k partisan, malah guru dipindah sekolah kerana perbezaan pandangan politik. Juga ada pekeliling amaran supaya guru kurang berinteraksi dengan pembangkang, walau sebaik manapun niat mereka.

Jika pembaharuan pendidikan mahu dicapai, isu struktural h a r u s d i t a n g a n i . S e b a g a i permulaan, menteri tidak wajar diberi kuasa ke atas bidang teknikal seperti peperiksaan, kandungan kurikulum mahupun pengurusan guru.

Sudah tentu, keputusan ke atas aliran pendidikan atau subjek peperiksaan tidak patut dibuat oleh menteri sebaliknya diurus badan profesional dan bebas. Kuasa Kementerian Pendidikan juga harus dikurangkan secara drastik.

Kebanyakan peranan semasa perlu diserah kepada badan bebas manakala kementerian menumpukan perhatian kepada kawalan kualiti, pentadbiran dana dan memastikan matlamat tercapai.

Jika mahu menjadikan sistem pendidikan Malaysia sebagai sistem pendidikan abad ke-21, maka keputusan sukar itu perlu dibuat. Barulah kita boleh menggantikan politik bahasa dengan perbahasan yang lebih progresif.

Selagi masalah struktural itu gagal ditangani, sistem pendidikan akan terus-terusan menjadi mangsa politik terbesar.

* Penulis ialah Ahli Parlimen Bukit Bendera

Bukan sahaja mata pelajaran tertentu dicemari politik

partisan, malah guru dipindah sekolah kerana perbezaan

pandangan politik.

RENCANA

Page 15: SELANGKAH KE NEGARA GAGAL? - roketkini.com BM - NOV_2015.pdf · PAK SAMAD: KE KUALA KUBU ... raya - satu yang sudah lama beroperasi pada ... yang adat dalam perjanjian konsesi untuk

15NOVEMBER 2015

KUALA KUBU BHARU: Bukan kelompok anak muda indie sahaja yang menerbit buku dan menjualnya sendiri, bahkan Datuk A Samad Said juga sedemikian, lama sebelum Sasterawan Negara itu mengisytihar menyertai DAP.

Sedangkan gelaran Sasterawan Negara diancam ditarik balik pun, Pak Samad tidak peduli, inikan pula jika karyanya diboikot penyokong UMNO BN dengan tidak lagi dijadikan buku teks sastera peringkat sekolah.

“Sudah begitu lama saya tak menerima apa-apa royalti. Saya terbit sendiri buku, saya jaja dan jual sendiri,” katanya sambil menambah, beliau juga tidak lagi menerima jemputan majlis kebudayaan anjuran kerajaan seperti sebelumnya.

Beliau berkata demikian pada forum ‘Falsafah Dan Pemikiran Pak Samad’ di Galeri Kuala Kubu Bharu anjuran bersama Persatuan Sejarah Kuala Kubu dan Seniman Paksi Rakyat dengan sokongan penuh dari Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong.

Kritikan terhadap Pak Samad mulai kedengaran sejak menjadi Pengerusi Bersama BERSIH 2.0 dan ia menjadi-jadi sejak penulis novel Salina dan Hujan Pagi itu, mengisytihar masuk DAP.

Kecaman itu lazimnya datangnya dari penyokong totok UMNO sedangkan penyokong pembangkang, golongan atas pagar dan anak muda berdiri teguh di belakang Pak Samad.

“Bagi saya, sasterawan tidak lagi hanya merakam tapi turut terlibat sendiri dalam siasah,” katanya gemar berpakaian serba putih itu.

Beliau turut berkongsi pengalaman peribadi, penulisan dan politik bersama penduduk setempat, malah memberi peluang kepada kira-kira 50 pengunjung bertanya soalan sekalipun mengenai ‘janggut dan misainya’.

Antara yang menarik ialah pertanyaan mengenai isu antara budaya dan politik, yang mana perlukan rawatan segera? sebelum dijawab Pak Samad secara ringkas tapi padat: “Budaya lambat berubah, politik lebih cepat.”

Pak Samad juga berkongsi tabiat membacanya yang menurutnya agak aneh: “Setiap kali membaca, saya akan ada pen merah, pen biru, dan pembaris yang akan diguna untuk buat tanda dan nota pada

buku.”Bercerita mengenai novelnya, Hujan

Pagi yang bertema dunia kewartawanan, beliau kecewa kerana sehingga hari ini, tajuk muka depan kebanyakan akhbar masih ditentukan oleh ‘orang berkepentingan politik’.

Beliau turut melancarkan pameran lukisan di Galeri Seni dan Sejarah Hulu Selangor yang menampilkan kreativiti anak tempatan, malah Kee Hiong mempelawa Pak Samad menulis nama di atas batu depan galeri, sebagai tradisi terima tetamu.

Kee Hiong juga membawa Pak Samad bersiar-siar dan melawat mural karya anak tempatan yang menghiasai dinding kedai sekitar pekan bagi menjadikan kawasan itu sebagai pekan budaya.

Pak Samad juga mengunjungi seniman dan aktivis teater Antares di rumah yang terletak di perkampungan orang Asli, selain berbual mesra dengan penduduk.

Pak Samad sasterawan indieBeramah mesra dengan penduduk Kuala Kubu Bharu

BUDAYA

Page 16: SELANGKAH KE NEGARA GAGAL? - roketkini.com BM - NOV_2015.pdf · PAK SAMAD: KE KUALA KUBU ... raya - satu yang sudah lama beroperasi pada ... yang adat dalam perjanjian konsesi untuk

16NOVEMBER 2015

EDITOR FAZALLAH PIT | JURUGAMBAR AHMAD YUSUFI | PENYELARAS ROKETKINI EDRY FAIZAL YUSOF | REKALETAK SHAFIQ HALIM | GRAFIK MUKADEPAN WAHYUDI MOHD YUNUS

The Rocket Edisi Bahasa Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak, termasuk Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, yang telah memberi sumbangan bahan bertulis dan bergambar.

KUALA LUMPUR: Delegasi DAP mengadakan lawatan kerja ke Tunisia dan Turki bagi bertukar-tukar fikiran dan berkongsi pengalaman mengenai proses p e n d e m o k ra s i a n t e r m a s u k peranan gerakan siasah Islam di Timur Tengah.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, berkata mereka membuat kunjungan hormat kepada Presiden Ennahda, Sheikh Rached Ghannouchi yang juga tokoh agama yang disegani dalam dunia Islam.

K a t a n y a , p e r b i n c a n g a n m e l i p u t i p e l b a g a i b i d a n g termasuk masa depan Islam, kepentingan permuafakatan politik antara semua pihak dan Maqasid Syariah yang menekankan kepentingan nilai berdasarkan konsep Rahmatul-Lil-Alamin.

Pada 13 Oktober pula, beliau berkata, mereka yang diketuai Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mengadakan dialog bersama tujuh daripada 69 Ahli Parlimen Ennahda di Bangunan Parlimen di Tunis, ibu kota Tunisia.

“ Wa l a u p u n s u d a h t i d a k berkuasa sebagai parti utama, Ennahda masih lagi menjadi

gerakan Islam moderat. Kami yakin banyak boleh dipelajari, baik dari segi kelebihan mahupun kelemahan melalui pengalaman mereka,” katanya.

Selain Zairil, antara peserta lawatan antara 12 Oktober

rakan kongsi dalam gabungan kerajaan yang kini diketuai Parti Nidaa Tounes,” katanya pada kenyataan media.

Ini kali kedua DAP melakukan kunjungan ke negara yang majoriti penduduknya beragama Islam selepas melawat Jordan dan Mesir April lalu bagi mendalami pemahaman perihal dunia dan politik Islam.

Zairil berkata, delegasi DAP juga bertemu dengan salah s a t u g a b u n g a n N G O y a n g baru menang Hadiah Nobel Perdamaian iaitu Tunisian General Labour Union (UGTT) yang diwakili oleh Timbalan Setiausaha Agung, Samir Cheffi dan Ketua Penerangan Sami Tahri.

“Pe ra n a n o rg a n i s a s i i t u bersama dengan rakan-rakan quar tet la in dikenal past i sebagai faktor penting yang m e n u m p u l k a n a n c a m a n keganasan dan menggalakkan percambahan bibit demokrasi di negara ini,” katanya.

Har i ini , Zair i l berkata, delegasi itu dijadual bertemu sekumpulan Ahli Parl imen d a r i p a d a p a r t i t e r b e s a r dalam Parlimen Tunisia iaitu

Parti Nidaa Tounes, sebelum berangkat ke Istanbul untuk bertemu tokoh politik, akademik dan masyarakat madani di Turki.

“Perkembangan Turki sejak reformasi politik pada 2002 dianggap contoh kejayaan

Kunjungan ke Turki, TunisiaKesungguhan DAP memahami politik siasah Islam

hingga 17 Oktober itu ialah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim. Turut sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Nawawi.

BERITA

Lim Kit Siang meramahi Dr Mahmoud Hussein, Setiausaha Agong Ikhwan Muslimin yang dijatuhi hukuman mati oleh Kerajaan el-Sisi.

Delegasi DAP bertemu Presiden Ennahda, Sheikh Rached Ghannouchi di Tunisia

Kredit foto: Steven Sim