Selepas kejatuhan

3
Selepas kejatuhan Empayar Rom, menjelang tahun 800 Masihi, muncul satu institusi politik yang dikenali sebagai feudalisme di Negara- negara Eropah Barat termasuklah di England.Dalam sistem feudal terdapat satu susunan tanggungjawab yang kompleks dan obligasi di kalangan individu daripada kelas terbawah (serf) kepada kelas teratas iaitu raja. Setiap serf memberi sumpah kesetiaan kepada golongan yang lebih tinggi daripada mereka. Golongan yang lebih tinggi ini ialah knight (pahlawan), bangsawan (baron, duke,lord) dan akhir sekali ialah raja.Setiap bangsawan berjanji untuk melindungi mereka yang telah bersumpah untuk bersatu dengannya (Sivachandralingam, et.al.1999:93). Dalam sistem feudal di England, kebergantungan sangat kuat antara seorang raja dengan golongan bangsawan (lord) yang dilantik sendiri oleh raja. Golongan bangsawan mempunyai hubungan secara langsung dengan raja. Jika seseorang raja memerlukan tenaga buruh untuk melakukan sesuatu kerja atau memerlukan tentera maka golongan petani (serf) akan dikerah untuk memenuhi keperluan tadi. Jadi dalam sistem feudal di England golongan petani (serf) menjadi subjek utama dan tidak mempunyai sebarang hak. Dalam sistem feudal, tanah menjadi elemen utama iaitu semua tanah adalah milik raja. Golongan bangsawan telah dikurniakan tanah (wilayah) oleh raja. Tanah menjadi punca kekayaan bagi raja dan golongan bangsawan. Ciri-ciri Sistem Feudal di England 1. Hubungan bertimbal balas atau hubungan dua hala. Hubungan bertimbal balas (vassalage) yang dibuat melalui persetiaan seseorang hulubalang sebagai pengikut (vassal) kepada seseorang hulubalang lain yang diangkat sebagai tuan(lord) kepada vassal tersebut. Melalui hubungan ini, seseorang vassal dan lord akan diikat dengan fungsi dan tanggungjawab- tanggungjawab tertentu. Golongan vassal akan memberikan ketaatan dan perkhidmatan terutamanya dalam bidang ketenteraan kepadalordnya. Sebagai timbal balas golongan lord pula akan memberikan penjagaan dan perlindungan kepada vassalnya. 2. Harta feudal yang kebiasaannya berupa tanah. Ciri yang kedua iaitu harta feudal (fief), kebiasaannya berupa tanah yang menjadi punca kekayaan kepada tuan tanah iaitu raja dan golongan bangsawan. Tanah dikurniakan oleh raja kepada seseorang lord kemudian lord pula akan memberkan tanah kepada vassalnya bertujuan untuk mengikat persetiaan. Oleh kerana tujuan utama pemberian fief adalah untuk mendapatkan khidmat ketenteraan, maka fief juga dikenali sebagai military fief. Fief tidak semestinya berupa tanah

description

jjj

Transcript of Selepas kejatuhan

Page 1: Selepas kejatuhan

Selepas kejatuhan  Empayar Rom, menjelang tahun 800 Masihi,  muncul satu      institusi politik yang

dikenali sebagai feudalisme di Negara- negara Eropah      Barat termasuklah di England.Dalam sistem

feudal terdapat  satu susunan       tanggungjawab yang kompleks dan obligasi di kalangan individu

daripada      kelas terbawah (serf) kepada kelas teratas iaitu raja. Setiap serf memberi   sumpah

kesetiaan kepada golongan yang lebih tinggi daripada mereka.    Golongan yang lebih tinggi ini

ialah knight (pahlawan),  bangsawan (baron,  duke,lord) dan akhir sekali ialah raja.Setiap bangsawan 

berjanji untuk melindungi mereka yang telah bersumpah untuk bersatu dengannya  (Sivachandralingam,

et.al.1999:93). Dalam   sistem  feudal  di England,  kebergantungan sangat kuat antara seorang raja

dengan golongan bangsawan (lord) yang dilantik sendiri oleh  raja.

Golongan bangsawan mempunyai hubungan secara langsung dengan raja. Jika seseorang raja

memerlukan tenaga buruh untuk melakukan sesuatu  kerja atau memerlukan tentera maka golongan

petani (serf) akan dikerah untuk memenuhi keperluan tadi. Jadi dalam sistem feudal di England 

golongan petani (serf) menjadi subjek utama dan tidak mempunyai sebarang hak. Dalam sistem feudal,

tanah menjadi elemen utama iaitu semua tanah adalah milik raja. Golongan bangsawan telah dikurniakan

tanah (wilayah) oleh   raja. Tanah menjadi punca kekayaan bagi raja dan golongan bangsawan.

Ciri-ciri Sistem Feudal di England

1.  Hubungan bertimbal balas atau hubungan dua hala.

Hubungan bertimbal balas (vassalage) yang dibuat melalui persetiaan seseorang hulubalang sebagai

pengikut (vassal) kepada seseorang hulubalang lain yang diangkat sebagai tuan(lord) kepada vassal

tersebut. Melalui hubungan ini, seseorang vassal dan lord akan diikat dengan fungsi dan tanggungjawab-

tanggungjawab tertentu. Golongan vassal akan memberikan ketaatan dan perkhidmatan terutamanya

dalam bidang ketenteraan kepadalordnya. Sebagai timbal balas golongan lord pula akan memberikan

penjagaan dan perlindungan kepada vassalnya.

2.  Harta feudal yang kebiasaannya berupa tanah.

Ciri yang kedua iaitu harta feudal (fief), kebiasaannya berupa tanah yang menjadi punca kekayaan

kepada tuan tanah iaitu raja dan golongan bangsawan. Tanah dikurniakan oleh raja kepada seseorang

lord kemudian lord pula akan memberkan tanah kepada vassalnya bertujuan untuk mengikat persetiaan.

Oleh kerana tujuan utama pemberian fief adalah untuk mendapatkan khidmat ketenteraan, maka fief juga

dikenali sebagai military fief. Fief tidak semestinya berupa tanah sahaja, sebaliknya pangkat, jawatan,

kedudukan dan sebagainya boleh juga diberikan sebagai bentuk fief. Pemberian fief berupa tanah dapat 

menarik minat golongan hulubalang yang berkuasa. Golongan serf tidak memiliki tanah, tetapi dibenarkan

untuk bercucuk tanam dan menternak binatang di atas tanah yang dibenarkan oleh tuan tanah.

3.  Ketenteraan.

Page 2: Selepas kejatuhan

Ciri feudalisme yang ketiga ialah ketenteraan, iaitu wujudnya kelas-kelas hulubalang dan perlaksanaan

khidmat-khidmat ketenteraan persendirian oleh vassal kepada lord sebagai penerimaan fief. Oleh kerana

tujuan asas hubungan vassalage-fief adalah mewujudkan satu organisasi ketenteraan yang efektif.

Perkhidmatan utama yang diberikan oleh vassal kepadalord ialah perkhidmatan ketenteraan.

Perkhidmatan-perkhidmatan lain termasuklah yang melibatkan aspek-aspek ekonomi hanya merupakan

perkhidmatan sampingan sahaja.Oleh kerana sistem feudal dikaitkan dengan aspek ketenteraan maka di

Eropah atau England wujudnya golongan tentera elit seperti knights dan chivalry yang lebih

berdisiplin, terlatih dan mempunyai peralatan yang mahal.

4.  Kuasa pemerintahan dan hak-hak perundangan persendirian.

Ciri feudalisme keempat ialah kuasa pemerintahan dan hak-hak perundangan persendirian yang dimiliki

dan dilaksanakan oleh lord terhadap vassalnya serta ke atas rakyat yang berada di atas tanah-tanah

kepunyaan lord. Selain menguasai tanah, seseorang lord juga turut berkuasa ke atas sumber ekonomi,

pentadbiran, pelaksanaan undang-undang, mengutip cukai, mengawal institusi ketenteraan dan institusi

kewangannya.

Struktur Masyarakat Feudal di England.

1.  Masyarakat di England atau Eropah terbahagi kepada dua golongan iaitu pemimpin dan yang dipimpin.

Golongan pemimpin terdiri daripada raja dan bangsawan. Susunan masyarakat feudalnya berbentuk

piramid iaitu raja atau pemimpin utama terletak di lapisan paling tinggi. Di bawahnya terdapat

beberapa lapisan para bangsawan yang menjadi pengikut raja atau vassal yang memberi kesetiaan

kepada raja. Golongan bangsawan ini terbahagi kepada dua iaitu lapisan pertama dan kedua.

2.  Golongan Bangsawan lapisan pertama yang memiliki tanah (fief) secara langsung daripada raja

dikenali sebagai tenants-in-chief. Bangsawan lapisan pertama pula membahagikan fief mereka kepada

bangsawan lapisan kedua. Proses ini dikenali sebagaisubinfeudation . Bangsawan lapisan ke

dua  seterusnya membahagikan fief mereka kepada bangsawan yang lebih rendah daripadanya  atau

golongan petani. Setiap  bangsawan (Vassal) berkuasa ke atas petani yang menentap dififnya. Hampir

kesemua petani terdiri daripada serf yang bertaraf antara orang bebas dengan hamba (Ranjit Sing Malhi,

1993: 91).

3.  Golongan yang dipimpin pula merupakan golongan rakyat biasa yang menetap di wilayah kekuasaan

golongan bangsawan. Rakyat biasa ini dikenali sebagai serf iaitu golongan bukan hamba tetapi tidak

bebas sepenuhnya. Mereka terikat kepada pemimpin atau tuan mereka dan tidak bebas bergerak atau

berpindah dari satu tempat ke tempat lain. Mereka bergantung kepada golongan bangsawan untuk

mendapatkan mata pencarian. Terdapat juga petani bebas yang menyewa tanah daripada golongan

bangsawan ( Ranjit Sing Malhi, 1993: 91).

4.  Selain itu terdapat golongan paderi yang merupakan satu kelas yang berasingan. Sebilangan besar

daripada mereka terdiri daripada  daripada golongan  bangsawan yang mempunyai tanah sebagai Vassal

Page 3: Selepas kejatuhan

dalam sistem feudal (Ranjit Singh Malhi, 1993:91).Menurut Ferguson dan Brunn, pada abad ke-12 dan

ke-13, hampir 1/3 daripada tanah yang boleh digunakan di Eropah barat di kawal oleh greja. Bishop, abot

dan pegawai-pegawai yang memegang jawatan penting dalam gereja biasanya adalah golongan

bangsawan.Justeru itu mereka sering campur tangan dalam pemilihan jawatan bishop dan jawatan-

jawatan lain untuk salah seorang dari ahli keluarga mereka. Akibatnya pegawai-pegawai greja terdiri

daripada golongan yang mementingkan meterial dan mempunyai dua tanggungjawab

(Sivachandralinggam, 1996:70).