selepas

3
PERNYATAAN SELEPAS PRAKTIKUM Selepas tiga bulan menjalani praktikum di SK Bukit Jenun, Pendang, Kedah, Kedah, terdapat banyak ilmu dan pengalaman baharu yang telah saya peroleh. Praktikum fasa tiga telah banyak membantu saya untuk meningkatkan kemahiran saya dalam pelbagai asp Sepanjang menjalani praktikum, segala proses pelaksanaan projek telah dapat dil secara efisien dan lancar. Kerjasama daripada rakan-rakan dan pihak sekolah ju memudahkan lagi pelaksanaan program selama sebulan ini. Melalui menjalani praktikum fasa tiga ini saya belajar merancang, menguru melaksanakan sesuatu projek atau aktiiti dengan baik dan sebagai bakal guru, proses ter merupakan salah satu kemahiran yang perlu saya pelajari apabila berasa di sekolah kelak. Selain itu, praktikum ini membantu meningkatkan proses komunikasi saya bersama guru-guru murid-murid dan juga pihak sekolah. Melalui penilaian yang saya lakukan terhadap diri saya, praktikum fasa merupakan titik permulaan bagi saya dalam menempuh liku-liku dalam dunia pendi Banyak masalah yang dapat saya lihat dan rasakan sendiri sepanjang praktikum fasa ketig terutamanya daripada murid-murid. !ernyata murid-murid mempunyai gaya pembelajaran serta tahap pembelajaran yang berbe"a. #da yang dapat membaca dan menulis dengan baik serta sebaliknya. Semua ini merupakan cabaran bagi saya dalam melaksanakan aktiiiti bersesuaian dengan tahap pembelajaran mereka. Saya juga telah bertungkus lumus untuk memberikan sesuatu yang sangat bermakna kepada murid-murid Prasekolah Maha $eria sepanjang tempoh praktikum saya selama tiga bulan. %alaupun objektif saya sebelum praktikum adalah bagi melaksanakaan teori pengurus disiplin bilik darjah tetapi saya tidak terlalu fokus kepadanya memandangkan hal itu dap

description

praktikum

Transcript of selepas

PERNYATAAN SELEPAS PRAKTIKUMSelepas tiga bulan menjalani praktikum di SK Bukit Jenun, Pendang, Kedah, Kedah, terdapat banyak ilmu dan pengalaman baharu yang telah saya peroleh. Praktikum fasa tiga ini telah banyak membantu saya untuk meningkatkan kemahiran saya dalam pelbagai aspek. Sepanjang menjalani praktikum, segala proses pelaksanaan projek telah dapat dilakukan secara efisien dan lancar. Kerjasama daripada rakan-rakan dan pihak sekolah juga telah memudahkan lagi pelaksanaan program selama sebulan ini.Melalui menjalani praktikum fasa tiga ini saya belajar merancang, mengurus dan melaksanakan sesuatu projek atau aktiviti dengan baik dan sebagai bakal guru, proses tersebut merupakan salah satu kemahiran yang perlu saya pelajari apabila berasa di sekolah kelak. Selain itu, praktikum ini membantu meningkatkan proses komunikasi saya bersama guru-guru, murid-murid dan juga pihak sekolah. Melalui penilaian yang saya lakukan terhadap diri saya, praktikum fasa ketiga ini merupakan titik permulaan bagi saya dalam menempuh liku-liku dalam dunia pendidkan. Banyak masalah yang dapat saya lihat dan rasakan sendiri sepanjang praktikum fasa ketiga ini terutamanya daripada murid-murid. Ternyata murid-murid mempunyai gaya pembelajaran serta tahap pembelajaran yang berbeza. Ada yang dapat membaca dan menulis dengan baik serta sebaliknya. Semua ini merupakan cabaran bagi saya dalam melaksanakan aktiviiti yang bersesuaian dengan tahap pembelajaran mereka. Saya juga telah bertungkus lumus untuk memberikan sesuatu yang sangat bermakna kepada murid-murid Prasekolah Maha Ceria sepanjang tempoh praktikum saya selama tiga bulan. Walaupun objektif saya sebelum praktikum adalah bagi melaksanakaan teori pengurusan disiplin bilik darjah tetapi saya tidak terlalu fokus kepadanya memandangkan hal itu dapat dicapai dengan mudahnya apabila saya dapat menarik perhatian murid-murid pada minggu pertama praktikum. Oleh itu, saya telah bercadang untuk membimbing dan membantu murid-murid mendisiplinkan diri mereka. Saya dapat mengenalpasti murid yang selalu mempunyai masalah disiplin teridir daripda murid yang selalu tidak hadir ke sekolah. Memandangkan perkara ini adalah sesuatu yang serius saya telah mengambil langkah drastik iaitu berbincang dengan guru pembimbing dan mengumpulkan maklumat latar belakang keluarga murid. Selepas itu, saya telah berbinvang dengan murid tersebut dan menasihatinya supaya ia dibantu untuk disiplinkan diri.Hasil pelaksanaan langkah-langkah untuk membantu murid-murid mendisiplinkan diri mereka sendiri, pada minggu terakhir semua murid dapat menunjukkan tingkah laku yang positif iaitu dengan berdiri dalam barisan ke tandas, tidak membuat bising, tidak mencederakan rakan sekelas dan sebagainya . Perkara ini merupakan satu kejayaan yang amat tinggi bagi saya sebagai seorang bakal guru. Kejayaan ini menjadikan saya lebih bermotivasi dan berkeyakinan tinggi untuk menjadi seorang guru yang cemerlang pada masa akan datang.Selain itu, murid-murid juga telah diberi bantuan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Inggeris. Sebagai langkah mengatasinya, cadangan-cadangan yang telah dibina telah mula dilaksanakan pada minggu terakhir praktikum. Saya telah sedaya upaya menggunakan bahasa Inggeris dalam aktiviti harian prasekolah. Sebagai contohnya, Boys, Girls, Queue Up, Sit properly, Good Bye, Good Morning, How are you?, Please sit down, Please be silent, Take your sit, Keep Quiet dan lain-lain lagi. Selain itu, murid-murid juga telah membaca big book dalam bahasa Inggeris dengan bantuan guru. Selain itu, saya juga telah menggalakkan murid-murid untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Mereka telah diajar untuk mengucapkan salam dalam bahasa Inggeris iaitu seperti Thank you teacher, Good Bye teacher, Im fine teacher dan lain-lain lagi. Kesemua langkah ini dapat menyakinkan murid-murid untuk bertutur dalam bahasa Inggeris dan mereka lebih berminat untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.Bimbingan dan tunjuk ajar daripada pensyarah dan guru pembimbing dapat merungkai segala bentuk kelemahan yang tidak dapat dilihat oleh pandangan sendiri.Ternyata banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki dan teguran diambil perhatian bagi memantapkan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Saya berharap untuk praktikum yang ketiga saya akan cuba membuat persiapan yang cukup dari segi fizikal dan mental. Saya akan membuat rujukan dan mempraktikkan apa yang telah sayapelajari pada semester-semester yang lepas.Kesimpulannya, praktikum ketiga ini telah banyak membantu saya daripada pelbagai aspek dan kemahiran. Saya juga telah menimba pelbagai pengalaman daripada guru-guru di sekolah dan kesemua guru di sekolah berkenaan sangat baik dan memberikan kerjasama yang sangat baik. Saya berharap agar segala pengalaman yang diperoleh dapat membantu saya untuk menjadi bakal guru yang lebih baik pada masa hadapan dengan persediaan dari pelbagai aspek sebagai seorang guru.