Seloka

26
SELOKA

Transcript of Seloka

Page 1: Seloka

SELOKA

Page 2: Seloka

Definisiseloka ialah karangan

berangkap atau bahasa berirama. Seloka merupakan pepatah atau perumpamaan yang mengandungi kejenakaan, gurau senda, giatan, olokan, ejekan dan malah sindiran.( Safian Hussain,dll, Glosari Istilah Kesusasteraan, DBP, 1988)

Page 3: Seloka

Seloka adalah sejenis puisi bebas, tidak mempunyai bentuk-bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris dalam serangkap, jumlah perkataan dalam sebaris dan sama ada berirama atau tidak.

Seloka terdiri daripada ungkapan yang sejajar, lebih daripada 2 baris, mempunyai kodensa yang sama dengan talibun atau prosa berirama.

Page 4: Seloka

Isinya mengandungi maksud mengejek, menyindir sama ada serius atau jenaka, atau mungkin juga mengandungi perasaan-perasaan berahi, asyik, khayal dan mimpi.

Page 5: Seloka

Ciri-ciri Seloka1. Sejenis puisi bebas – tidak

mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris dalam serangkap, jumlah perkataan dalam sebaris.

2. Terdiri daripada ungkapan yang sejajar, lebih daripada dua baris, mempunyai kadensa yang sama dengan talibun atau prosa berirama.

Page 6: Seloka

3. Isinya mengandungi maksud mengejek, menyindir, olakan dan giatan yang disampaikan secara halus sama ada secara jenaka atau serius.

4. Di sebalik unsur-unsur sindiran dan mengejek itu, terselit pengajaran dan teladan yang sangat bernilai.

5. Dari segi bentuk, terdapat seloka yang memakai bentuk pantun atau syair ( iaitu dalam rangkapan yang terdiri dalam empat baris serangkap)

Page 7: Seloka

Fungsi Seloka1. Berfungsi untuk menghibur,

bermain atau bersuka-suka. Sesuai dengan isi dan tema seloka yang berupa sindiran, ejekan dan jenaka, puisi ini digunakan oleh berbagai-bagai lapisan masyarakat Melayu untuk berhibur pada masa lapang dan mendatangkan keriangan dan kegembiraan.

Page 8: Seloka

2. Berfungsi sebagai alat pengajaran dan penyelidikan yang bertujuan memberi panduan agar sentiasa beringat dan berwaspada terhadap sesuatu kemungkinan buruk yang akan menimpa akibat daripada tindakan kita yang lalai.

3. Berperanan dalam konteks sesebuah cerita. Seloka digunakan sebagai pembuka cerita, sebagai penutup atau sebagai selingan-selingan di tempat-tempat tertentu dalam penceritaan plot.

Page 9: Seloka

Petikan seloka dan Teks Warna Sari Sastera Melayu Tradisional1. Seloka Emak Si Randang2. Seloka Pak Kaduk3. Seloka Pak Pandir

Page 10: Seloka

Seloka Emak Si Randang1. Merupakan seloka mengejek.2. Isinya mengandungi kata-kata

ejekan, lawak jenaka, giatan dan sindiran.

3. Memakai bentuk bebas.

Page 11: Seloka

Intisari isi Seloka Emak Si Randang

Seloka “Emak Si Randang” menyindir secara halus perbuatan baik yang tidak kena pada tempatnya. Emak Si Randang melayan atau memuliakan orang yang tidak dikenali (dagang). Dia sanggup berhabis harta benda sendiri kerana berbuat baik kepada orang dagang. Emak Si Randang sanggup meruntuhkan rumah yang menjadi tempat perlindungan bagi diri dan anak-anak

Page 12: Seloka

Semata-mata untuk orang lain.tindakan emak Si Randang

adalah keterlaluan kerana mengutamakan orang dagang, anak sendiri diabaikan. Anaknya pulang kelaparan. Perbuatan ini dibandingkan dengan “kera di hutan disusui” iaitu suatu perbuatan yang sia-sia iaitu luar daripada tanggungjawab kita yang sepatutnya dilakukan berdasarkan seloka Emak Si Randang.

Page 13: Seloka

Intisari isinya:1. Berbuat baik tidak kena pada

tempatnya.2. Sanggup berhabis harta

benda untuk menunjukkan kebaikan kepada orang lain.

3. Mengabaikan tanggungjawab wajib – iaitu tidak mengutamakan anak sendiri, baik dalam menjaga kepentingan mereka atau memberi kasih sayang.

Page 14: Seloka

4. Mendapat kesusahan dan bencana akibat daripada mempercayai orang lain.

5. Tergadai segala harta benda.

Page 15: Seloka

Seloka Pak Kaduk1. Corak ini mengandungi unsur

sindiran, ejekan yang diselitkan dalam senda gurau yang melucukan.

2. Memakai bentuk bebas. Dalam satu rangkap terdiri daripada 12 baris.

3. Menceritakan nasib malang yang menimpa diri Pak Kaduk. Pak Kaduk merupakan watak dalam Cerita Jenaka Melayu yang digambarkan sebagai watak yang memiliki sifat bodoh-dungu.

Page 16: Seloka

Intisari Isi Seloka Pak kaduk1. Mengenai nasib malang.

Kemenangan yang dicapai hanya pada nama. Hakikatnya kerugian yang dialami (Ayamnya menang kampung tergadai)

2. Sesuatu yang menjadi miliknya hilang atau ,musnah. Rezeki yang menjadi miliknya (ada nasi dicurahkan) dicurah atau dibuang. Akibatnya kelaparan.

Page 17: Seloka

3. “Mudik menongkah surut,Hilir menongkah pasang;Masa belayar kematian anginSauh dilabuh bayu berpuput,”

Maksudnya:melakukan sesuatu tindakan atau perbuatan yang membawa masalah kepada diri sendiri. Pak Kaduk tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana atau keadaan bagi memudah sesuatu pekerjaan.

Page 18: Seloka

Pak Kaduk mundik atau berkayuh ke hulu sungai ketika air surut. Hal ini bermakna Pak Kaduk terpaksa melawan arus sungai yang deras (menongkah surut).

Sebaliknya, ketika air pasang Pak Kaduk berkayuh pula ke hilir. Perbuatan Pak Kaduk tentu sekali memenatkan serta mengambil masa yang panjang.

Page 19: Seloka

“Ada rumah bertandang duduk”4. Walaupun Pak Kaduk memiliki

rumah sendiri, tetapi disebabkan nasib malangnya (Ayamnya menang kampung tergadai) akhirnya Pak Kaduk tinggal menumpang di rumah orang lain.

5. Unsur pengajaran dan pendidikan yang terkandung dalam Seloka Pak Kaduk antara lain:-

Page 20: Seloka

a. Memberi pengajaran agar jangan sesekali terlibat dengan kegiatan perjudian. Amalan berjudi bukan sahaja salah di sisi agama Islam tetapi akan membawa kesan buruk seperti kepapaan.

b.Kita janganlah mengharapkan kesenangan akan datang secara mudah misalnya melalui “bertaruh” atau “berjudi” (berlaga ayam)

Page 21: Seloka

c. Hendaklah melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan mengikut kesesuaian masa, keadaan dan suasana agar pekerjaan kita dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat dan sempurna.

Page 22: Seloka
Page 23: Seloka
Page 24: Seloka
Page 25: Seloka
Page 26: Seloka