Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest...Bunga kenanga dimakan ular, Layang-layang di...
Transcript of Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest...Bunga kenanga dimakan ular, Layang-layang di...
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest
Tahap SM5
Gurindam & Seloka
Nama : _____________________________
Gurindam : Beberapa Petua Hidup
Fikir dan Kata
Kurang fikir, kurang siasat,
Tentu dirimu kelak tersesat.
Fikir dahulu sebelum berkata,
Supaya terelak silang sengketa.
Perkataan tajam jika dilepas,
Ibarat beringin, racun dan upas.
Kalau mulut tajam dan kasar,
Boleh ditimpa bahaya besar.
Silang Sengketa
Siapa menggemari silang sengketa,
Kelaknya pasti berdukacita.
Silang selisih jangan dicari,
Jika tersua janganlah lari.
Ilmu
Jikalau ilmu tiada sempurna,
Tiada berapa ia berguna.
Ilmu kepandaian boleh dikejar,
Asal mahu rajin belajar.
Dunia Pergaulan
Dunia ini taman pergaulan,
Program Bahasa Melayu Edubest - SM5 - Komsas : Gurindam & Seloka 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Hendaklah pilih sahabat dan taulan.
Manusia dikenal sifat budinya,
Dengan dilihat siapa kawannya.
Burung yang sama corak dan bulu,
Selalu sekumpul ke hilir ke hulu.
Sifat-sifat yang Baik
Jikalau kamu bersifat budiman,
Dipandang sebagai bunga di taman.
Jikalau kamu bersifat dermawan,
Segala orang dapat kau tawan.
Jikalau kamu bersifat pemurah,
Segala manusia datang menyerah.
Perbuatan yang Baik
Barang siapa berbuat jasa,
Mulia namanya segenap masa.
Menolong sesama wajib dan perlu,
Tetapi tolonglah dirimu dahulu.
Sifat-sifat yang Jahat
Telunjuk lurus kelengkeng berkait,
Hati sesama menjadi pahit.
Barang siapa berbuat khianat,
Tuhan kelak memberi laknat.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM5 - Komsas : Gurindam & Seloka 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Za'ba
Antologi Sejadah Rindu,
Maksud
Rangkap 1: Peringatan kepada pembaca sekiranya kurang berfikir dan kurang
menyelidik terlebih dahulu, pasti akan menyebabkan hidup menjadi sesat.
Rangkap 2: Saranan agar berfikir dahulu sebelum berkata-kata untuk
mengelakkan sebarang salah faham dan sengketa sesama manusia.
Rangkap 3: Kata-kata yang kesat dan kurang sopan jika dituturkan boleh
memudaratkan hidup masyarakat.
Rangkap 4: Sekiranya seseorang berbicara dengan kata-kata yang pedas dan
kurang sopan boleh menyebabkan dia mengalami masalah yang besar.
Rangkap 5: Seseorang yang gemar hidup bermusuh akan sentiasa bermasalah.
Rangkap 6: Saranan agar pembaca tidak menimbulkan persengketaan tetapi
jika perkara itu berlaku perlulah diterima dengan tabah.
Rangkap 7: Ilmu yang tidak dipelajari dengan sempurna kurang lengkap dan
kurang sesuai untuk diamalkan.
Rangkap 8: Ilmu pengetahuan dan kemahiran boleh dituntut selagi rajin untuk
menuntut ilmu.
Rangkap 9: Saranan agar bijak memilih sahabat dan taulan di dunia yang di
dalamnya mengandungi berbagai-bagai kerenah dan sifat manusia.
Rangkap 10: Sifat budi pekerti seseorang boleh dikenal melalui rakan taulan
yang didampinginya.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM5 - Komsas : Gurindam & Seloka 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Rangkap 11: Lazimnya, seseorang akan memilih dan mencari kawan yang
sama sifat dan fiilnya untuk memudahkan mereka bekerjasama dan bergaul
mesra.
Rangkap 12: Seseorang yang bersifat budiman akan sentiasa dipandang dan
disanjung tinggi.
Rangkap 13: Seseorang yang bersifat dermawan akan dapat menawan hati
orang di sekelilingnya.
Rangkap 14: Seseorang yang bersifat pemurah akan memudahkannya untuk
mendapat bantuan dan pertolongan.
Rangkap 15: Nama seseorang yang membuat jasa akan disanjung pada setiap
masa.
Rangkap 16: Saranan agar pembaca memperbaik kelemahan diri terlebih
dahulu sebelum menolong sesama manusia.
Rangkap 17: Perbuatan mengadu domba dan membuat fitnah boleh
menyebabkan hubungan sesama manusia tidak harmoni.
Rangkap 18: Peringatan agar tidak melakukan perbuatan khianat sesama
manusia kerana Tuhan pasti melaknati orang yang berbuat demikian.
Tema
Gurindam "Beberapa Petua Hidup" bertemakan nilai-nilai murni yang dapat
dijadikan pegangan dalam kehidupan manusia sehari-hari. Nilai-nilai
murni yang positif serta diamalkan ini nescaya dapat melahirkan insan yang
bersahsiah dan berdisiplin.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM5 - Komsas : Gurindam & Seloka 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Persoalan
1. Kegigihan dalam membudayakan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian
manusia.
2. Kesungguhan dalam mengamalkan nilai-nilai murni.
3. Rasional dalam membuat sebarang tindakan.
4. Ketekunan dalam menuntut ilmu.
5. Sanjungan masyarakat terhadap orang yang berjasa dan berhati mulia.
6. Kerjasama dan budaya tolong-menolong sesama manusia.
7. Keadilan Tuhan terhadap setiap tindak-tanduk manusia.
Bentuk Gurindam
1. Gurindam "Beberapa Petua Hidup" ialah puisi terikat/tidak bebas.
2. Gurindam ini terdiri daripada lapan belas rangkap.
3. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu dua baris serangkap.
Baris pertama ialah syarat dan baris kedua pula ialah jawab.
4. Bilangan kata dalam setiap baris hampir sama, iaitu antara tiga hingga enam
patah perkataan dalam sebaris.
5. Bilangan suku kata dalam setiap baris terdiri daripada sembilan hingga dua
belas suku kata.
6. Rima akhir gurindam ialah aa.
Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
1. Antara unsur gaya bahasa yang terdapat dalam gurindam "Beberapa Petua
Hidup" termasuklah:
(a) kata arkaik (kata klasik). Contohnya: upas
(b) kata pinjaman bahasa Arab. Contohnya: khianat; laknat
(c) perulangan atau repetisi. Contohnya: Kurang fikir, kurang siasat,
Program Bahasa Melayu Edubest - SM5 - Komsas : Gurindam & Seloka 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
(d) Peribahasa. Contohnya: Telunjuk lurus kelengkeng berkait
(e) Simile. Contohnya: Ibarat beringin, racun dan upas.
(f) Metafora. Contohnya: mulut tajam dan kasar; taman pergaulan
(g) Inversi. Contohnya: Tentu dirimu kelak tersesat.
2. Antara unsur keindahan bunyi yang digunakan dalam gurindam "Beberapa
Petua Hidup" termasuklah:
(a) asonansi. Contohnya:
i. perulangan bunyi vokal a:
Perkataan tajam jika dilepas
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vokal a sebanyak tujuh
kali.
ii. perulangan bunyi vokal i:
Manusia dikenal sifat budinya
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vokal i sebanyak empat
kali.
(b) aliterasi. Contohnya:
i. perulangan bunyi konsonan s:
Supaya terelak silang sengketa
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan s sebanyak dua
kali.
ii. perulangan bunyi konsonan t:
Tetapi tolonglah dirimu dahulu.
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan t sebanyak dua
kali.
Nilai
1. Nilai kebijaksanaan. Contohnya, kita perlu bijak dalam memilih sahabat dan
taulan di dunia yang diibaratkan sebagai sebuah taman pergaulan.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM5 - Komsas : Gurindam & Seloka 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
2. Nilai rasional. Contohnya, kita dinasihatkan agar berfikir dahulu sebelum
berkata-kata untuk mengelakkan sebarang salah faham dan sengketa sesama
manusia.
3. Nilai kesopanan. Contohnya, kita dituntut agar menjaga tutur kata supaya
tidak menggores hati orang lain.
4. Nilai kerajinan. Contohnya, kita dinasihatkan agar rajin belajar untuk
menambahkan ilmu dan kemahiran.
5. Nilai mengenang jasa. Contohnya, seseorang yang berjasa akan dikenang
sepanjang masa.
6. Nilai kerjasama. Contohnya, sifat suka membantu dan menolong sesama
insan perlu diamalkan.
7. Nilai baik hati. Contohnya, kita dituntut agar sentiasa berbudi sesama
manusia.
8. Nilai setia kawan. Contohnya, seorang sahabat yang baik akan sentiasa
mendorong rakannya ke arah kebaikan.
Pengajaran
1. Kita hendaklah berfikir secara rasional dan mendalam terlebih dahulu
sebelum menuturkan kata-kata untuk mengelakkan salah faham.
2. Kita mestilah bijak memilih sahabat yang dapat memimpin kita ke jalan
yang lurus dan benar.
3. Kita perlulah menjaga tutur kata apabila berbicara dengan orang lain untuk
mengelakkan sengketa.
4. Kita mestilah rajin belajar dengan sungguh-sungguh untuk menambahkan
pengetahuan.
5. Janganlah kita mengadu domba dan membuat fitnah sehingga boleh
menjejaskan hubungan baik sesama manusia.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM5 - Komsas : Gurindam & Seloka 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
6. Janganlah kita berlebih-lebihan menolong orang lain sedangkan pada
waktu itu diri sendiri berada dalam kesusahan.
7. Kita hendaklah sentiasa berbudi sesama manusia agar dikenang orang.
Latihan
(i) Apakah maksud rangkap kedua gurindam di atas? [2 markah]
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu berwaspada ketika
menuturkan
kata-kata kepada seseorang?
Nyatakan tiga alasan anda. KBAT [3 markah]
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
(iii) Jelaskan dua nilai murni yang terkandung dalam gurindam tersebut.
[4 markah]
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest - SM5 - Komsas : Gurindam & Seloka 8
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Seloka : Berbuat Istana Zaman Dahulu
Baginda menitahkan orang besar empat,
Membuat istana puri berkota;
Lalu dipanggil Pawang Raja.
Pawang mengerah orang bekerja,
Empat puluh empat tukang dan utas,
Siang malam tidak berhenti.
Tujuh bulan tujuh purnama,
Istana siap dengan alatnya;
Besar tersergam sembilan ruang,
Sepuluh dengan rembat guntung,
Sebelas dengan pancung serong,
Dua belas dengan anjung tinggi.
Tiga sudut menteri delapan,
Tiang panjang maharaja lela,
Tiang tengah syukur menanti;
Galang-galangnya ular berang,
Kasau kecil puteri menyembah,
Kasau lentik helang berbega.
Berbunga sawa mengelempai,
Bertakuk bersedelinggam,
Berjenang berbatu kawi,
Berselimpat ukir Jawa,
Lilit-melilit akar Cina;
Garam sebuku sisa jeragan,
Bunga kenanga dimakan ular,
Layang-layang di pintu Raja.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM5 - Komsas : Gurindam & Seloka 9
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Istana siap tukang pun mati,
Tiada orang dapat meniru:
Dipersembahkan kepada baginda suami isteri.
Za'ba
Antologi Sejadah Rindu,
Maksud
Rangkap 1: Raja menitahkan orang besar berempat untuk membina sebuah
istana yang dikelilingi parit dan tembok. Keempat-empat orang besar yang setia
dan taat terhadap perintah raja itupun memanggil Pawang Raja. Kemudian,
Pawang Raja telah mengerahkan empat puluh empat tukang yang mahir bekerja
siang dan malam untuk menyiapkan sebuah istana.
Rangkap 2: Setelah mengambil masa selama tujuh bulan dan tujuh purnama,
akhirnya istana yang dilengkapi dengan segala kemudahan itu siap dibina.
Istana yang besar tersergam itu mempunyai sembilan ruang utama, sepuluh
rembat guntung, sebelas pancung serong, dan dua belas anjung tinggi.
Rangkap 3: Istana yang dibina itu juga mempunyai tiga sudut yang
menempatkan lapan orang menteri. Sudut itu mempunyai reka bentuk dan seni
ukiran yang amat unik buatannya, iaitu bertiang panjang maharaja lela dan
bertiang tengah syukur menanti. Selain itu, galang-galang istana bermotifkan
ular berang, kasau kecil bermotifkan puteri menyembah, dan kasau lentik
bermotifkan helang terbang.
Rangkap 4: Keunikan seni ukiran dinding istana itu terletak pada corak hiasan
dindingnya yang bermotifkan tumbuh-tumbuhan berbunga dan unsur semula
jadi. Ukiran seni bina Jawa dan Cina turut digunakan di samping motif haiwan
dan tumbuh-tumbuhan seperti ular, layang-layang, dan sebuku garam.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM5 - Komsas : Gurindam & Seloka 10
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Rangkap 5: Sebaik-baik sahaja istana itu siap dibina, tukang yang ditugaskan
untuk membina istana itu telah meninggal dunia. Tiada seorang pun tukang
yang lain dapat meniru kehebatannya menghasilkan seni ukiran dan corak
tersebut. Istana yang hebat itu telah diserahkan kepada raja dan permaisuri.
Tema
Seloka "Berbuat Istana Zaman Dahulu" bertemakan ketaatan dan kesetiaan
rakyat kepada pemerintah. Rakyat yang setia bersungguh-sungguh
menjunjung titah raja dengan membina dan menyiapkan istana raja. Istana itu
dikelilingi dengan parit dan tembok yang mengambil masa selama tujuh bulan
tujuh purnama untuk disiapkan. Istana agam raja yang tersergam itu juga dihiasi
dengan kehalusan seni ukiran dan keunikan seni binanya yang tiada tolok
bandingnya pada zaman itu.
Persoalan
1. Kegigihan dalam melakukan tugas.
2. Kesetiaan rakyat tanpa berbelah bahagi kepada pemerintah.
3. Kehalusan seni ukiran dan keunikan seni bina.
4. Tanggungjawab seorang pemerintah terhadap rakyat.
5. Ketelitian dalam reka bentuk istana.
Bentuk
1. Seloka "Berbuat Istana Zaman Dahulu" ialah puisi berbentuk bebas.
2. Seloka ini terdiri daripada lima rangkap.
3. Bilangan baris dalam rangkap pertama hingga rangkap ketiga ialah enam
baris, rangkap keempat ialah lapan baris, dan rangkap kelima ialah tiga baris.
4. Setiap baris mengandungi dua hingga enam patah perkataan.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM5 - Komsas : Gurindam & Seloka 11
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
5. Bilangan suku kata dalam setiap baris terdiri daripada lapan hingga tujuh
belas suku kata.
6. Rima akhir seloka ini ialah rangkap pertama: abbbcd, rangkap kedua: aabcde,
rangkap ketiga: abcdeb, rangkap keempat: abcddefa dan rangkap kelima: aba.
Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
1. Antara unsur gaya bahasa yang terdapat dalam seloka "Berbuat Istana Zaman
Dahulu" termasuklah:
(a) Kata arkaik (kata klasik). Contohnya: utas, berbega, bersedelinggam
(b) Perulangan atau repetisi. Contohnya: Empat puluh empat tukang dan
utas;
Tujuh bulan tujuh purnama.
(c) Responsi. Contohnya: Sepuluh dengan rembat guntung,
Sebelas dengan pancung serong,
Dua belas dengan anjung tinggi.
(d) Anafora. Contohnya: Tiang panjang maharaja lela,
Tiang tengah syukur menanti;
(e) Personifikasi. Contohnya: Tiang tengah syukur menanti; Lilit-melilit akar
Cina.
(f) Metafora. Contohnya: Tiang tengah; anjung tinggi
(g) Inversi. Contohnya: Garam sebuku sisa jeragan
2. Antara unsur keindahan bunyi yang digunakan dalam seloka "Berbuat Istana
Zaman Dahulu" termasuklah:
(a) asonansi. Contohnya:
i. perulangan bunyi vokal a:
Galang-galangnya ular berang
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vokal a sebanyak tujuh kali.
ii. perulangan bunyi vokal u:
Program Bahasa Melayu Edubest - SM5 - Komsas : Gurindam & Seloka 12
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Tujuh bulan tujuh purnama
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vokal u sebanyak enam kali.
(b) aliterasi. Contohnya:
i. perulangan bunyi konsonan k:
Kasau kecil puteri menyembah
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan k sebanyak dua
kali.
ii. perulangan bunyi konsonan b:
Berjenang berbatu kawi
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan b sebanyak dua kali.
Nilai
1. Nilai ketaatan. Contohnya, orang besar berempat menjunjung titah raja
untuk membina dan menyiapkan sebuah istana yang dikelilingi parit dan
tembok.
2. Nilai kebijaksanaan. Contohnya, raja menitahkan orang besar berempat
untuk membina dan menyiapkan sebuah istana yang dikelilingi parit dan
tembok untuk tujuan keselamatan.
3. Nilai tanggungjawab. Contohnya, empat puluh empat tukang yang mahir
bertanggungjawab untuk menyiapkan istana.
4. Nilai kerajinan. Contohnya, empat puluh empat tukang yang mahir begitu
rajin untuk menyiapkan istana raja dengan sanggup bekerja siang dan malam.
5. Nilai kasih sayang. Contohnya, raja membina sebuah istana yang dikelilingi
parit dan tembok untuk melindungi permaisuri daripada musuh.
6. Nilai kerjasama. Contohnya, empat puluh empat tukang yang mahir
bekerjasama dan saling membantu untuk menyiapkan istana raja.
7. Nilai kegigihan. Contohnya, empat puluh empat tukang yang mahir gigih
menyiapkan istana raja walaupun terpaksa bekerja siang dan malam.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM5 - Komsas : Gurindam & Seloka 13
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pengajaran
1. Kita hendaklah setia akan pemerintah yang berkuasa.
2. Sebagai rakyat, kita mestilah taat dan patuh akan perintah ketua atau
pemimpin demi keharmonian sesebuah negara.
3. Sebagai rakyat, kita mestilah menjalankan tanggungjawab yang telah
diamanahkan dengan penuh integriti.
4. Kita mestilah rajin bekerja dengan sungguh-sungguh untuk memastikan
segala perancangan yang dibuat berjaya membuahkan hasil.
5. Kita haruslah mengamalkan sikap kerjasama dan bantu-membantu dalam
melakukan sesuatu pekerjaan.
6. Kita hendaklah gigih berusaha tanpa mengenal erti penat dan lelah.
Latihan
(i) Berikan maksud Istana siap dengan alatnya. [2 markah]
___________________________________________________________
___________________________________________________________
(ii) Sekiranya anda jurubina rumah, apakah ciri-ciri yang sepatutnya diambil
kira sewaktu membina kediaman untuk sebuah keluarga?
Nyatakan tiga ciri kediaman tersebut. KBAT [3 markah]
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest - SM5 - Komsas : Gurindam & Seloka 14
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
(iii) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam seloka ini. [4 markah]
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest - SM5 - Komsas : Gurindam & Seloka 15
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my