#SEMARAK ILMU@MAMPU 2016 MAJLIS PELANCARAN PORTAL …

8
Oleh: Noor Marfazila bin Mohd Fahmy Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah menganjurkan program #Semarak Ilmu@MAMPU pada 1 Jun 2016. Pelbagai akvi menarik telah diadakan sepanjang satu hari program ini berlangsung. Bersesuaian dengan musim cu persekolahan, pengisian akvi kali ini lebih difokuskan kepada budaya membaca dalam keluarga. Akvi dimulakan pada sebelah pagi dengan sesi bercerita dan pertandingan mewarna bersama anak-anak warga MAMPU. Akvi selama dua jam ini diadakan di Perpustakaan MAMPU dan dikendalikan oleh kakitangan dari Perpustakaan Negara Malaysia. Seramai 61 orang kanak-kanak berumur antara 5 hingga 11 tahun telah menyertai program ini. Pada sebelah petang pula, satu bicara ilmu telah diadakan bertajuk “Menata Perpustakaan Keluarga: Apa Peranan Kita?”. Bicara ilmu ini diadakan di Bilik Mesyuarat Seri Bitara, Aras 4, MAMPU Putrajaya. Penceramah yang diundang ialah pustakawan dari Bahagian Gerakan Literasi Maklumat, Perpustakaan Negara Malaysia. Penceramah telah berkongsi pelbagai ps menarik dan berguna untuk dimanfaatkan oleh warga MAMPU yang ingin mewujudkan perpustakaan di rumah. Cara-cara asas untuk merekod koleksi bahan bacaan juga dikongsikan oleh beliau. Semasa program kanak-kanak dan bicara ilmu berlangsung, empat buah gerai jualan buku dan produk kesihatan oleh pihak luar turut disediakan di lobi MAMPU Putrajaya. Gerai dibuka seawal jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang bagi memudahkan warga MAMPU mendapatkan koleksi buku-buku terkini dan produk-produk kesihatan pada harga yang berpatutan. Program seumpama ini diharapkan dapat memupuk budaya membaca di kalangan warga MAMPU dan akan diteruskan di masa akan datang dengan pelbagai pengisian yang lebih menarik. Oleh: Bahagian Penyelidikan Pengurusan Bawah Pelan Induk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 2012-2020, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah diberi tanggungjawab untuk menerajui pelaksanaan Program Berimpak Tinggi 1 Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME HIP1): Integrasi Pendaſtaran dan Pelesenan Perniagaan yang bertujuan untuk meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan. Portal Informasi Pendaſtaran dan Pelesenan Perniagaan Setempat atau Portal MalaysiaBiz merupakan quick win SME HIP1. Portal ini mula dibangunkan pada tahun 2015 dan boleh diakses melalui pautan malaysiabiz.mampu.gov.my. Portal tersebut telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 23 Jun 2016 di Putrajaya bersempena dengan Mesyuarat Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Kebangsaan Ke-20. Majlis pelancaran portal turut dihadiri oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim Seman, Ketua Pengarah MAMPU, YBhg. Datuk Hafsah Hashim, Ketua Pegawai Eksekuf SME Corp, ahli- ahli Mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan dan wakil persatuan-persatuan perniagaan. Melalui Portal MalaysiaBiz, komuni perniagaan akan dapat mengetahui maklumat pendaſtaran dan lesen perniagaan dengan lebih cepat dan mudah sebelum memulakan perniagaan. Maklumat lesen disediakan secara horizontal merentasi pelbagai agensi di peringkat Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. #SEMARAK ILMU@MAMPU 2016 MAJLIS PELANCARAN PORTAL MALAYSIABIZ CITRA MAMPU EDISI 06 JUN 2016

Transcript of #SEMARAK ILMU@MAMPU 2016 MAJLIS PELANCARAN PORTAL …

Page 1: #SEMARAK ILMU@MAMPU 2016 MAJLIS PELANCARAN PORTAL …

Oleh: Noor Marfazila binti Mohd Fahmy Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah menganjurkan program #Semarak Ilmu@MAMPU pada 1 Jun 2016. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang satu hari program ini berlangsung. Bersesuaian dengan musim cuti persekolahan, pengisian aktiviti kali ini lebih difokuskan kepada budaya membaca dalam keluarga. Aktiviti dimulakan pada sebelah pagi dengan sesi bercerita dan pertandingan mewarna bersama anak-anak warga MAMPU. Aktiviti selama dua jam ini diadakan di Perpustakaan MAMPU dan dikendalikan oleh kakitangan dari Perpustakaan Negara Malaysia. Seramai 61 orang kanak-kanak berumur antara 5 hingga 11 tahun telah menyertai program ini.

Pada sebelah petang pula, satu bicara ilmu telah diadakan bertajuk “Menata Perpustakaan Keluarga: Apa Peranan Kita?”. Bicara ilmu ini diadakan di Bilik Mesyuarat Seri Bitara, Aras 4, MAMPU Putrajaya. Penceramah yang diundang ialah pustakawan dari Bahagian Gerakan Literasi Maklumat, Perpustakaan Negara Malaysia. Penceramah telah berkongsi pelbagai tips menarik dan berguna untuk dimanfaatkan oleh warga MAMPU yang ingin mewujudkan perpustakaan di rumah. Cara-cara asas untuk merekod koleksi bahan bacaan juga dikongsikan oleh beliau.

Semasa program kanak-kanak dan bicara ilmu berlangsung, empat buah gerai jualan buku dan produk kesihatan oleh pihak luar turut disediakan di lobi MAMPU Putrajaya. Gerai dibuka seawal jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang bagi memudahkan warga MAMPU mendapatkan koleksi buku-buku terkini dan produk-produk kesihatan pada harga yang berpatutan. Program seumpama ini diharapkan dapat memupuk budaya membaca di kalangan warga MAMPU dan akan diteruskan di masa akan datang dengan pelbagai pengisian yang lebih menarik.

Oleh: Bahagian Penyelidikan Pengurusan

Bawah Pelan Induk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 2012-2020, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah diberi tanggungjawab untuk menerajui pelaksanaan Program Berimpak Tinggi 1 Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME HIP1): Integrasi Pendaftaran dan Pelesenan Perniagaan yang bertujuan untuk meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan. Portal Informasi Pendaftaran dan Pelesenan Perniagaan Setempat atau Portal MalaysiaBiz merupakan quick win SME HIP1. Portal ini mula dibangunkan pada tahun 2015 dan boleh diakses melalui pautan malaysiabiz.mampu.gov.my. Portal tersebut telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 23 Jun 2016 di Putrajaya bersempena dengan Mesyuarat Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Kebangsaan Ke-20. Majlis pelancaran portal turut dihadiri oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim Seman, Ketua Pengarah MAMPU, YBhg. Datuk Hafsah Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, ahli-ahli Mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan dan wakil persatuan-persatuan perniagaan. Melalui Portal MalaysiaBiz, komuniti perniagaan akan dapat mengetahui maklumat pendaftaran dan lesen perniagaan dengan lebih cepat dan mudah sebelum memulakan perniagaan. Maklumat lesen disediakan secara horizontal merentasi pelbagai agensi di peringkat Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

#SEMARAK ILMU@MAMPU 2016 MAJLIS PELANCARAN PORTAL MALAYSIABIZ

CITRA MAMPU EDISI 06 JUN 2016

Page 2: #SEMARAK ILMU@MAMPU 2016 MAJLIS PELANCARAN PORTAL …

2

Sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk memperkasakan Strategi lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dalam perkhidmatan awam, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah menganjurkan Executive Talk: Blue Ocean Strategy: Transforming The Nation pada 1 Jun 2016 di Dewan Serbaguna, Blok B1, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Pembentang utama iaitu Dr. Park Jae Won, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Blue Ocean Strategy Institute (MBOSI) telah berkongsi pengalaman dan memberikan pemahaman lanjut mengenai BOS. Turut bersama dalam pasukan MBOSI ialah Dr. Craig Iain Wilkie dan Encik Gowrishankar Sundararajan. Program ini telah dihadiri oleh seramai 174 orang yang terdiri daripada Pengurusan Tertinggi dan pegawai-pegawai MAMPU.

Kandungan pembentangan oleh pihak MBOSI dibahagikan kepada tiga segmen iaitu Overview, Tools and Framework, dan

Pelaksanaan BOS. Dalam pembentangannya, Dr. Park telah menerangkan konsep BOS secara holistik sebelum penerangan mendalam oleh dua lagi pembentang daripada MBOSI. Selain itu, Dr. Park turut mengingatkan bahawa dalam usaha negara mengejar kemajuan, kesejahteraan rakyat perlu diberi perhatian dengan mengambil iktibar situasi di Korea yang sangat kompetitif sehingga menyebabkan masyarakatnya mengalami tekanan. Pembentangan seterusnya oleh Dr. Craig Iain Wilkie, menjelaskan tentang Tools and Framework yang digunakan dalam BOS. Menurut beliau, Value Innovation merupakan asas BOS yang menekankan kepada penambahan nilai dan pengurangan kos. Antara Tools and Framework yang diperkenalkan ialah Strategy Canvas, Four Actions Framework atau Grid ERRC (Eliminate, Reduce, Raise dan Create), Buyer Experience Cycle (BEC)/Buyer Utility Map (BUM) dan Six Path Framework. Bagi mengaplikasikan Tools and Framework BOS tersebut, warga MAMPU dipelawa

mengikuti program Online Blue Ocean Training bermula Jun 2016.

Seorang lagi pembentang, Encik Gowrishankar Sundararajan menyentuh mengenai cabaran dan strategi pelaksanaan BOS di Malaysia. Antara cabaran utama yang dihadapi ialah halangan kognitif, sumber, politik dan motivasi. Bagi mengatasi halangan-halangan tersebut, beliau mencadangkan beberapa pendekatan seperti engagement, explanation dan expectation clarity untuk mewujudkan kerjasama secara sukarela, kepercayaan dan komitmen daripada semua pihak. Strategi yang

dibangunkan perlu dijajarkan dengan tiga perkara iaitu nilai, faedah dan rakyat. Selain itu, terdapat empat prinsip untuk menggubal strategi BOS iaitu penyusunan semula sempadan pasaran, memfokuskan kepada gambaran keseluruhan, melangkaui permintaan semasa dan memastikan keutamaan strategik.

Kebanyakan peserta yang menghadiri program ini berpandangan sesi ini telah membantu memberikan pengetahuan mengenai BOS di samping memberi kefahaman lanjut mengenai penggunaan Tools and Framework dalam pelaksanaan BOS.

EXECUTIVE TALK: BLUE OCEAN STRATEGY: TRANSFORMING THE NATION

Oleh: Azhar bin Abdul Aziz Bahagian Perundingan Pengurusan 2

Page 3: #SEMARAK ILMU@MAMPU 2016 MAJLIS PELANCARAN PORTAL …

3

Oleh: Suliana binti Sirajuddin Unit Integriti

PROGRAM BUAL BICARA EKSEKUTIF #BICARAMUFTI“MENCARI CAHAYA RAMADAN”

Pelan Transformasi MAMPU 2015-2017 telah dirangka untuk menjadikan MAMPU sebagai organisasi berprestasi tinggi dan gemilang. Salah satu program yang digariskan dalam Pelan Transformasi MAMPU adalah Program #ExecutiveTalk@MAMPU yang bertujuan untuk memupuk nilai-nilai murni, amanah, bertanggungjawab, ikhlas, dedikasi, sederhana, tekun, bersih, berdisplin, bekerjasama, berbudi mulia dan bersyukur.

Sempena menyambut bulan Ramadan, Program Bual Bicara Eksekutif #BicaraMufti dengan tema “Mencari Cahaya Ramadan” telah diadakan pada 3 Jun 2016 di Dewan Serbaguna, Aras 3, Blok B1, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Seramai 144 warga MAMPU dan warga Jabatan Perdana Menteri telah menghadiri program ini.

Panel jemputan merupakan Mufti Wilayah Persekutuan iaitu YBhg. Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri manakala moderator adalah YBrs. Ustaz Mohd Hariri bin Mohamad Daud dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Program ini berbentuk bual bicara yang mengupas dan memberi penjelasan yang terperinci terhadap isu-isu semasa yang menjadi keraguan dalam kalangan peserta. Moderator turut mengutarakan soalan dan pandangan bagi pencerahan yang lebih mendalam mengenai tajuk yang dibincangkan.

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kefahamanan warga MAMPU mengenai perkara yang berikut:i. Meningkatkan kesedaran dan menerapkan nilai-nilai

murni, akhlak yang mulia dan integriti berteraskan agama;

ii. Meningkatkan kesedaran dan komitmen peserta untuk sentiasa saling ingat mengingati mengenai nilai-nilai murni, akhlak yang baik dan integriti; dan

iii. Memberi keinsafan kepada para hadirin dalam menjalani ibadah puasa agar bulan Ramadhan yang bakal dilalui menjadi madrasah yang membangunkan jati diri.

YBhg. Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri telah memulakan bicara dengan berkongsi dengan para hadirin mengenai prinsip hidup beliau. Beliau juga telah mengupas persoalan mengenai bagaimana tugas hakiki seseorang penjawat awam itu boleh dikatakan sebagai mengerjakan ibadah dan mendapat pahala. Beliau juga telah berkongsi dengan peserta cara melaksanakan ibadah dan perbuatan secara istiqamah selepas berakhirnya Ramadan.

Selain itu, perkongsian mengenai mendekatkan diri dengan Al-Quran bersempena dengan bulan Ramadan bagi memulakan kehidupan yang baharu juga turut dibincang dan dikupas dalam program ini oleh YBhg. Datuk Dr Mufti.

Page 4: #SEMARAK ILMU@MAMPU 2016 MAJLIS PELANCARAN PORTAL …

4

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah menganjurkan program Public Open Data Forum pada 14 Jun 2016 di Pusat Konvensyen Antrabangsa Putrajaya (PICC). Ia adalah sebahagian daripada program pengurusan perubahan Projek Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam bersama-sama dengan Syarikat Dapat Vista Sdn. Bhd. Forum ini bertujuan untuk mempromosikan inisiatif Data Terbuka Sektor Awam (DTSA), menyediakan ruang perkongsian ilmu ke arah meningkatkan kesedaran berkaitan DTSA, memperkasakan penglibatan kementerian dan agensi dalam membekalkan set data terbuka serta menjadi jump start kepada semua pihak dalam memberi komitmen yang tinggi, kerjasama dan sokongan dalam inisiatif data terbuka.

Seramai 99 orang telah menyertai forum ini yang terdiri daripada 74 orang Pengurus ICT kementerian, wakil Ketua Pegawai Maklumat (Chief Information Officer-CIO), peneraju data terbuka kementerian/agensi dan 25 orang daripada komuniti/swasta.

Forum ini telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Suhazimah Dzazali, Timbalan Ketua Pengarah (ICT), MAMPU. Antara pengisian forum ini adalah pembentangan kertas yang bertajuk “Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam: Isu dan Cabaran” oleh YBrs. Dr. Yusminar binti Yunus, Pengarah Bahagian Kerajaan Digital, MAMPU. Kertas in menyentuh mengenai kepentingan penglibatan pelbagai pihak sama ada kerajaan, swasta, komuniti atau rakyat. Di samping itu, keperluan pemahaman yang jelas mengenai kepelbagaian bidang data terbuka adalah penting agar pelaksanaannya dapat dijalankan dengan lebih sistematik, berkesan dan memberi manfaat kepada semua pihak. Selain itu, kedudukan Malaysia dalam penilaian Open Data Barometer (ODB) juga dihuraikan serta cadangan way forward dalam menangani isu dan cabaran dalam pelaksanaan DTSA. Manakala kertas kedua bertajuk “Open Data Best Practices” telah dibentang oleh En. Lim Yi Yang, Pengurus Projek daripada Syarikat Fusionex International.

Kertas ini pula menyentuh mengenai sepuluh amalan baik Data Terbuka. Antaranya adalah polisi data terbuka yang jelas, mengoptimumkan mekanisme pengumpulan data, membangunkan Application Program Interface (API) untuk mengakses maklumat, penerbitan data yang berterusan dan memenuhi permintaan set data.Agenda seterusnya adalah sesi Townhall iaitu perbincangan terbuka dengan peserta forum yang dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Suhazimah Dzazali. Sesi Townhall ini bertujuan untuk mendapat input dan maklum balas daripada para peserta forum bagi menambah baik pelaksanaan inisiatif data terbuka di negara ini. Antara maklum balas peserta adalah memberi penekanan kepada data yang berimpak yang tinggi seperti politik, sosial dan ekonomi bagi membantu stakeholder dalam membuat keputusan. Selain daripada itu, data yang diterbitkan mestilah terkini, konsisten dan memenuhi kriteria penilaian ODB, keperluan khidmat nasihat daripada MAMPU serta cabaran dalam pengumpulan data terbuka.

Secara keseluruhannya, forum ini mendapat sambutan positif daripada peserta dan mencapai objektif forum. Forum seperti ini akan diteruskan pada masa hadapan bagi mendapatkan cadangan dan maklum balas untuk penambahbaikan inisiatif data terbuka daripada kementerian/agensi, akademia, swasta, komuniti dan rakyat.

Oleh: Seksyen Pengurusan Analitis Data Bahagian Kerajaan Digital

PUBLIC OPEN DATA FORUM

Page 5: #SEMARAK ILMU@MAMPU 2016 MAJLIS PELANCARAN PORTAL …

5

TAKLIMAT PENGGUNAAN GARIS PANDUAN INDEPENDENT VERIFICATION AND VALIDATION (IVV) KEPADA SEKTOR AWAM

Oleh: Mohamad Fadzli Bin Hj Tarmiji Bahagian Perundingan ICT

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah menganjurkan Taklimat Penggunaan Garis Panduan IVV pada 15 Jun 2016, bertempat di Auditorium, Blok B1, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Garis Panduan IVV ini telah dibangunkan melalui initiatif Malaysia Sofware Test Testing Hub (MSTH/Economic Planning Unit) dengan kerjasama MAMPU dan Malaysia Software Testing Board (MSTB). Tujuan penganjuran taklimat ini adalah untuk memberi penerangan asas kepada agensi sektor awam mengenai tatacara pelaksanaan aktiviti projek ICT yang memerlukan pelantikan pembekal perkhidmatan IVV bebas (pihak ketiga) untuk menjamin kualiti pembangunan perisian/aplikasi sistem.

Taklimat ini juga bertujuan untuk memberi pencerahan proses yang diperlukan dan garis panduan yang terlibat untuk pelantikan IVV selaras dengan proses dan prosedur sedia ada kerajaan. Pembentangan utama sesi taklimat ini disampaikan oleh Professor Jasbir Dhaliwal, Perunding yang dilantik oleh MSTH iaitu Dekan Research and Academic Program, University of Memphis, USA.

Peserta yang hadir adalah terdiri daripada Chief Information Officer (CIO) dan Pengurus ICT daripada agensi-agensi sektor awam dan wakil bahagian-bahagian di MAMPU. Terdapat empat slot pembentangan telah dikongsikan dalam taklimat ini iaitu: i. IVV Handbook – Purpose and Structure, Background and

Economic Benefits.ii. Introduction to IVV – Context and Definitions.iii. Engagement Phases (Pre-Engagement Phase, Engagement

Phase and Post-Engagement Phase).iv. Advanced Additional Services Including Data Report

Assessment, Security Assessment and Methodology, and Test Automation.

Taklimat yang dianjurkan ini telah berjalan dengan lancar dan maklum balas yang diterima daripada peserta adalah memuaskan. Sesi taklimat ini juga membantu meningkatkan kefahaman terhadap perkara-perkara yang dititikberatkan oleh Kementerian Kewangan dalam penyediaan garis panduan ini terutamanya implikasi pelaksanaan Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA).

Page 6: #SEMARAK ILMU@MAMPU 2016 MAJLIS PELANCARAN PORTAL …

6

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan MAMPU dan Puspanita Cawangan Kecil MAMPU telah menganjurkan Program Peningkatan Kerohanian Warga MAMPU 2016 pada 24 Jun 2016, bertempat di Surau Jabatan Perdana Menteri (JPM), Blok B1, Kompleks JPM, Putrajaya. Selain daripada warga MAMPU, seramai 10 orang anak yatim dari Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Rukaiyah di Sungai Merab Luar, Kajang dan 19 orang pelajar Maahad Tahfiz, Sungai Ramal Luar, Kajang turut diundang sebagai tetamu jemputan.

Program telah dimulakan dengan ceramah Ramadan yang bertajuk “Mengimarahkan Ramadan” oleh Ustaz Mohd. Yazid bin Disun. Seusai sesi ceramah, bacaan surah Yasin dan tahlil telah diadakan sebagai tambahan bekalan dan sedekah kepada ahli keluarga warga MAMPU yang telah terlebih dahulu dipanggil pulang ke pangkuan Rabbul Alamin.

Bagi menyokong usaha penjimatan yang dilaksanakan oleh kerajaan, program ini diadakan bersekali dengan sesi berbuka puasa warga MAMPU. Seramai 239 orang warga MAMPU termasuk ahli keluarga telah hadir bagi sesi tersebut yang diadakan secara sederhana di Surau JPM. Warga MAMPU turut bertuah kerana YBhg. Datin Sri Nik Hasmah binti Nik Kadir, Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil MAMPU dan ahli Puspanitanya telah menyediakan 60 bekas Bubur Lambuk Pantai Timur untuk warga MAMPU.

Selesai berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah di Surau JPM, warga MAMPU dan keluarga dijemput menikmati makan malam yang disediakan di Dewan Makan, Aras 2, Blok B1. Acara seterusnya ialah sesi penyampaian duit raya dan sumbangan kepada tetamu jemputan dan anak-anak warga MAMPU. Lebih 100 orang anak warga MAMPU telah menerima duit raya yang disumbangkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan MAMPU serta Pengurusan Atasan MAMPU, manakala tetamu jemputan iaitu anak-anak yatim dan pelajar Maahad Tahfiz telah menerima sumbangan daripada Syarikat Abraj dan warga MAMPU. Program ini diteruskan dengan solat Isyak dan solat sunat tarawih berjemaah sebelum diakhiri dengan jamuan ringan moreh di Dewan Makan.

PROGRAM PENINGKATAN KEROHANIAN WARGA MAMPU 2016

Oleh: Nik Shahdira binti Shamsuddin Bahagian Khidmat Pengurusan

Page 7: #SEMARAK ILMU@MAMPU 2016 MAJLIS PELANCARAN PORTAL …

7

LAWATAN DELEGASI DALAM NEGARA

01MAMPU telah menerima lawatan delegasi seramai 43 orang dari Universiti Kebangsaan Malaysia

pada 2 Jun 2016. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar Tahun 1 dan Tahun 2 ahli Persatuan OpenSource, Fakulti Teknologi Sistem Maklumat mengenai perkhidmatan dan pengoperasian Pusat Data Sektor Awam (PDSA).

Antara perkara-perkara yang dibincangkan semasa lawatan tersebut adalah mengenai perkhidmatan Pusat Data (DC) dan Pusat Pemulihan Bencana (DRC), penyediaan infrastruktur PDSA, penyediaan server (ICT) PDSA, pemantauan dan pengoperasian 24x7, Service Level Agreement (SLA) PDSA kepada agensi, tatacara dan prosedur permohonan untuk mendapatkan perkhidmatan PDSA, serta perancangan masa hadapan PDSA.

03MAMPU telah menerima lawatan delegasi seramai 17 orang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada

16 Jun 2016. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan dan maklumat mengenai perkhidmatan dan pengoperasian Pusat Data Sektor Awam (PDSA) kepada kakitangan Jabatan Infrastruktur, UiTM dalam usaha untuk membangunkan satu Pusat Pemulihan Bencana (DRC) bagi keseluruhan UiTM termasuk kesemua cawangannya.

Hasil daripada lawatan tersebut, delegasi UiTM telah mendapat gambaran yang jelas mengenai pengoperasian serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh PDSA terutama Pelan Pemulihan Bencana (DRP). Delegasi turut mendapat gambaran akan bahan-bahan yang digunakan seperti fire rated wall, fire rated door, fire system, water and smoke detection dan lain-lain dalam membangunkan sesebuah pusat data selain mendapat penjelasan mengenai langkah keselamatan yang diambil untuk menghadapi sebarang bentuk serangan siber ke PDSA.

02 Pada 9 Jun 2016, MAMPU telah menerima lawatan delegasi seramai 30 orang dari Kementerian Sumber

Asli dan Alam Sekitar (NRE). Tujuan lawatan adalah untuk melihat secara praktikal dan berkongsi pengalaman dalam melaksanakan pengurusan rekod secara elektronik dengan penggunaan aplikasi Digital Document Managemet System (DDMS) di MAMPU.

Antara perkara-perkara yang dibincangkan semasa lawatan tersebut adalah mengenai tatacara dan prosedur pengurusan rekod elektronik, aspek teknikal ICT, keperluan infrastruktur, perjawatan dan sumber manusia, isu dan cabaran pelaksanaan DDMS, implikasi kewangan, pengurusan perubahan dan pelan latihan, dan pelaksanaan DDMS 2.0.

Delegasi dari NRE turut bersetuju untuk mempertingkatkan tahap penggunaan DDMS di NRE dan menjemput wakil MAMPU untuk menyampaikan taklimat DDMS kepada Pengurusan Tertinggi NRE di masa hadapan.

Oleh: Nurnadia binti Zainal Abidin Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat

Page 8: #SEMARAK ILMU@MAMPU 2016 MAJLIS PELANCARAN PORTAL …

8

ISTILAH ICTSUMBER: Kamus Teknologi Maklumat KESELAMATAN KOMPUTER

Layari www.prpm.dbp.gov.my untuk rujukan atau semakan Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

active threat

armoured virus

authorization level

biometric access control

boot sector

antivirus software

authentication token

backup plan

black hat

buffer averflow

adware

asset protection

availability

biometric security

brute firce attack

application proxy

Automated Information System (AIS)

bastion host

block cipher

business continuity plan

ancaman aktif

virus berperisai

aras keizinan

kawalan capaian biometrik

sektor but

perisian antivirus

token pengesahan

pelan sandaran

topi hitam

limpah atas penimbal

perisian iklan

perlindungan aset

kebolehsediaan

keselamatan biometrik

serangan hentam kromo/serangan daya kasar

proksi aplikasi

Sistem Maklumat Berautomasi (AIS)

hos benteng

sifer blok

pelan kesinambungan perniagaan