Laporan&Kertas Kerja Pelancaran Sek Hijau

12
LAPORAN MAJLIS PERASMIAN DAN PELANCARAN SEKOLAH HIJAU 2013

description

Contoh laporan dan kertas kerja pelancaran Sekolah Hijau peringkat sekolah tahun 2013.Sila edit nama sekolah dan bahagian2 yang berkenaan.Jangan lupa logo dan nama sekolah pada mukasurat pertama.Harap dapat membantu.

Transcript of Laporan&Kertas Kerja Pelancaran Sek Hijau

Page 1: Laporan&Kertas Kerja Pelancaran Sek Hijau

LAPORANMAJLIS PERASMIAN DAN PELANCARAN

SEKOLAH HIJAU 2013

Page 2: Laporan&Kertas Kerja Pelancaran Sek Hijau

TARIKH : HARI : MASA : TEMPAT : PERASMI :

Page 3: Laporan&Kertas Kerja Pelancaran Sek Hijau

LAPORAN PERLAKSANAAN MAJLIS PERASMIAN DAN PELANCARAN SEKOLAH HIJAU 201_

PERINGKAT SEKOLAH

1. SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN

2. DAERAH/ PPD :

3. NEGERI :

4. TARIKH MAJLIS :

5. TEMPAT :

6. PENYERTAAN : SEMUA GURU, 50 MURID TAHUN 5 YANG TERPILIH DAN AJK PIBG S.K. _____

7. CADANGAN/ ULASAN:

MAJLIS BOLEH DIMERIAHKAN LAGI DENGAN MINAT DAN KERJASAMA LEBIH RAMAI GURU

SERTA LEBIH RAMAI MURID-MURID YANG TERLIBAT.

PIHAK MPSP JUGA BOLEH MENYEDIAKAN LEBIH BANYAK BAHAN-BAHAN DAN PETUGAS BAGI

MEMBOLEHKAN MAJLIS MENAMPUNG PENGELIBATAN SEMUA MURID AGAR TIADA PIHAK YANG

TERLEPAS PELUANG MEMPELAJARI SESUATU DARI MAJLIS YANG AMAT BERMANFAAT INI.

8. IMPLIKASI KEWANGAN :

9. BAHAN DOKUMENTASI YANG PERLU DIHANTAR KEPADA PPD :

9.1 : Laporan bertulis.

Program Anugerah ini telah diadakan bersama-sama Continental Automotive Components Malaysia Sdn. Bhd untuk tahun keempat berturut-turut. Pada tahun 2010, ia hanya disertai oleh 30 buah sekolah sahaja dan pada tahun 2011, sebanyak 36 buah sekolah menyertai program ini. Untuk tahun 2012, angka tersebut telah meningkat kepada 53 buah sekolah dimana ia merangkumi 33 buah sekolah rendah dan 20 buah sekolah menengah. Peningkatan ini menunjukkan semakin banyak sekolah yang mulai peka dan mengambil tindakan proaktif untuk memelihara dan memulihara alam sekitar kita. Pada tahun ini iaitu tahun 2013, sebanyak 78 sekolah menyertai Anugerah Sekolah Hijau.

Page 4: Laporan&Kertas Kerja Pelancaran Sek Hijau

Dengan penyertaan ini, dipercayai tahap kebersihan akan bertambah baik kerana para pelajar bukan sahaja akan mempraktikkan kriteria-kriteria amalan hijau di sekolah tetapi juga dalam kehidupan seharian mereka.

Penilaian Anugerah Sekolah Hijau merangkumi 10 kriteria iaitu: Amalan 3R, penggunaan sisa makan, penggunaan minyak masak terpakai, bahan pembersih, pengurangan beg plastik, tanam pokok, penjimatan tenaga, penjimatan air, kebersihan kawasan sekolah dan akitiviti lain yang kreatif dan berinovasi.

Hasil daripada program Anugerah Sekolah Hijau ini, MPSP telah melancarkan Program Sisa Sifar. Program ini dilancarkan untuk tujuan mendidik para pelajar menguruskan sampah yang dijanakan dan barang-barang yang tidak digunakan lagi dikitar semula untuk mencapai sisa sifar. Program ini bukan sahaja boleh dipraktikkan oleh para pelajar sahaja tetapi pengusaha kantin sekolah juga boleh memproses sisa-sisa makanan untuk dijadikan baja dengan bantuan para pelajar. Ini bukan sahaja membantu sekolah menjimatkan kos dari segi penggunaan baja tetapi juga membantu MPSP untuk menjimatkan kos pengurusan sisa pepejal.

Program Sisa Sifar ini adalah terbuka kepada semua sekolah yang menyertai Program Anugerah Sekolah Hijau. Program ini memerlukan komitmen tinggi daripada semua pihak agar ia berjaya melahirkan generasi yang prihatin terhadap usaha pemuliharaan alam sekitar.

Disamping itu, pihak Shence International telah bersetuju mengambil bahagian dengan membekal tong untuk mengumpul sisa organik kantin dan syarikat tersebut akan mengutip sisa tersebut setiap minggu dengan syarat minyak masak terpakai perlu dikutip dan jual kepadanya. Program ini juga mendapat sambutan daripada syarikat swasta lain iaitu pihak Guppy Plastik Industrry Bukit Tengah yang akan turut serta dengan membekal pasu bunga untuk pengindahan sekolah. Pihak Perbadanan Bekalan Air (PBA) juga akan memberi anugerah kepada sekolah berasrama yang berjaya menjimatkan penggunaan air.

Dengan adanya Anugerah Sekolah Hijau dan Program Sisa Sifar yang seumpama ini maka diharapkan MPSP akan dapat meningkatkan lagi interaksi dan kesedaran dikalangan pelajar-pelajar sekolah mengenai kepentingan menjaga alam sekitar serta meningkatkan penggunaan semula bahan buangan, melaksanakan aktiviti kitar semula dan seterusnya mengurangkan sampah ke tapak pelupusan.

Harapan MPSP dan Continental Automative adalah untuk melihat lebih banyak lagi sekolah-sekolah lain diberi peluang untuk digelar “Sekolah Hijau” dalam usaha menggalakkan lebih ramai lagi pelajar menghayati dan menghargai alam sekitar.

Page 5: Laporan&Kertas Kerja Pelancaran Sek Hijau

9.2 : Gambar Bengkel Sekolah Hijau yang telah dijalankan.

(i) Membuat Sabun(ii) Membuat Baja Kompos(iii) Membuat Enzim(iv) Demonstrasi dan Praktikal Mengasingkan Bahan Kitar Semula (v) AJK PIBG yang turut dijemput hadir pada hari tersebut bagi memupuk kesedaran pentingnya kitar semula.

Page 6: Laporan&Kertas Kerja Pelancaran Sek Hijau

KERTAS KERJA

MAJLIS PERASMIAN DAN PELANCARAN PROGRAM SEKOLAH HIJAU 2013

1.0 Pendahuluan

Pihak guru dan murid S.K. __________ berhasrat untuk melaksanakan Program Kitar Semula atas kesedaran bahawa kapasiti tapak pelupusan sampah kita yang terhad. Lebih membimbangkan lagi, kini timbul rungutan tentang pencemaran, resapan kimia ke dalam sumber air bawah tanah dan isu-isu keselamatan yang berkaitan.

Proses mengitar semula melibatkan usaha mengumpul, memproses dan mengguna semula bahan-bahan yang sebelum ini dianggap sebagai sampah-sarap. Sebagai pihak sekolah bercadang untuk mengehadkan pengumpulan terhadap kertas putih berwarna, surat khabar dan kadbod sahaja memandangkan bahan-bahan ini paling banyak didapati di persekitaran sekolah dan persekitaran keliling.

Sehubungan dengan perkara ini juga, Kelab Pencinta Alam Sekitar atau Love Green Club akan ditubuhkan bagi memastikan program ini berterusan. Kelab ini akan bertanggungjawab untuk menyelia pengumpulan bahan-bahan dan memastikan program ini berjalan lancar.

2.0 Objektif

2.1 Melatih pelajar untuk mempraktikkan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian.2.2 Memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam diri murid.2.3 Mengurangkan pembuangan sampah di dalam kawasan sekolah.

3.0 Matlamat

3.1 Melahirkan generasi masa hadapan yang cintakan alam sekitar dengan mempraktikkan amalan kitar semula untuk mengurangkan pencemaran, menjimatkan tenaga dan menjimatkan sumber kita.

4.0 Sasaran

Seluruh warga SK ____________

Page 7: Laporan&Kertas Kerja Pelancaran Sek Hijau

5.0 AJK Pelaksana

Ajk Nama TugasPeralatan/ Aktiviti

Menyediakan peralatan yang diperlukan seperti timbang dan tong/ kotak kitar semula.

Hadiah Menyediakan hadiah untuk pemenang.Dokumentasi Menyediakan gambar dan dokumentasi sepanjang

perjalanan program.

6.0 Anggaran Perbelanjaan

Bil Perbelanjaan Harga Kuantiti Jumlah (RM)1 Tanah 3 dalam 1

(tanah bakar + tanah merah + tahi lembu)

RM 1.20 50 beg RM 60.00

2 Biji benih RM 1.00 10 peket RM 10.003 Banner RM 80.00 1 RM 80.004 Pisau pemotong botol RM 1.00 20 RM 20.005 Cat minyak (1 liter)

(biru + merah + putih + kuning + hijau)

RM 15.00 5 tin RM 75.00

6 Hot Glue Gun + Glue RM 5.00 2 RM 10.007 Glitters RM 5.00 2 RM 10.008 Hadiah dan sijil penyertaan

maskot dan replika:Tempat pertamaTempat keduaTempat ketiga

RM 15.00 RM 13.00RM 7.00

222

RM 30.00RM 26.00RM 14.00

TOTAL RM335.00

Page 8: Laporan&Kertas Kerja Pelancaran Sek Hijau

9.0 TENTATIF PROGRAM MAJLIS PELANCARAN DAN PERASMIAN SEKOLAH HIJAU

9.30 am : Ucapan aluan daripada guru besar SK________.

9.45 am : Taklimat daripada pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai tentang

Program Sekolah Hijau dan Kitar Semula peringkat sekolah.

(Semua murid tahap 2, guru SK____ , ibu/bapa/waris yang terpilih)

10.45 am : Tunjuk cara kitar semula (Reduce , Reuse, Recycle) oleh pihak Majlis

Perbandaran Seberang Perai.

(50 orang murid Tahun 5 yang terpilih)

11.45 am : Pelancaran dan Perasmian Program Sekolah Hijau SK______.

12.00 pm : Majlis bersurai.

7.0 Penutup

Kejayaan pelaksanaan Program Kitar Semula ini bergantung kepada kerjasama dan komitmen

yang tinggi daripada seluruh warga SK____ terutama guru dan murid-murid. Melalui program ini,

diharapkan perasaan cintakan alam sekitar dapat disemai dalam diri setiap warga sekolah

menjadikan poersekitaran sekolah lebih bersih dan kondusif dan seterusnya mengurangkan masalah

pencemaran yang semakin membimbangkan kini. Semoga usaha murid ini mendapat kerjasama dan

komitemen yang tinggi daripada semua pihak untuk memastikan kesejahteraan semua pihak.

Disediakan oleh,

(PN.____________________________)

SETIAUSAHA KEBERSIHAN DAN KECERIAAN

Sekolah Kebangsaan _________________