Seminar keguruan

download Seminar keguruan

of 4

Transcript of Seminar keguruan

  • 8/12/2019 Seminar keguruan

    1/4

    HBEF2803 2014

    1

    TUGASAN 2 ( JURNAL REFLEKTIF )

    KOD KURSUS : HBEF2803

    TAJUK KURSUS : PERKEMBANGAN PROFESIONALISMEKEGURUAN

    _______________________________________________________

    NAMA : SITI LORENA BINTI EDMUND

    NO MATRIK : 720917125282001

    NO. KAD PENGENALAN : 720917125282

    EMAIL : [email protected]

    NO.TELEFON : 0198089621

  • 8/12/2019 Seminar keguruan

    2/4

    HBEF2803 2014

    2

    Jurnal Reflektif

    Bangkit semangat dan motivasi yang tinggi dalam diri setelah mendengar, meneliti sertamenganalisis seminar yang telah disampaikan oleh Dr Nasaruddin Bin Basar, Ketua Penolong

    Pegarah, Sektor Peningkatan Ilmu Bahagian Pendidikan Guru. Tajuk seminar pembangunan

    profesionalisme berterusan dan kebertanggungjawaban inisiatif kendiri menimbulkan semangat

    saya sebagai seorang pendidik untuk terus memartabatkan profesionalisme perguruan di mata

    dunia. Saya menyedari inisiatif kendiri yang tinggi perlu ada pada setiap individu, khususnya

    guru untuk mencapai kecemerlangan.

    Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia agar semua guru mengikuti program

    pensiswazahan merupakan usaha yang murni dalam meningkatkan tahap pendidikan dan

    kemahiran pendidik agar menjadi pendidik yang releven dengan arus globalisasi. Bagi memenuhi

    kehendak globalisasi, guru hendaklah sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran agar

    dapat melahirkan anak didik yang berdaya saing dan berkemahiran tinggi. Saya menyedari

    sebagai agen pembangunan negara guru perlu proaktif dalam meningkatkan kualiti diri dan

    keupayaan pengajaran agar dapat memenuhi keperluan generasi masa akan datang.

    Bagi menyahut seruan dan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia, saya bertekad

    untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan menyertai program

    pensiswazahan. Sebagai saya harus bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses

    transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang

    intelek, berdaya saing, berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai

    sejagat. Atas kesedaran ini, saya akan menyumbangkan pengetahuan dan kemahiran yang telah

    saya pelajari dalam program pensiswazahan demi untuk meningkatkan keupayaan, kualiti dan

    keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

    Banyak faedah yang diperolehi oleh guru selain daripada meningkatkan ilmu

    pengetahuan dan kemahiran apabila mengikuti program pensiswazahan. Diantaranya adalah

    seperti berikut :

  • 8/12/2019 Seminar keguruan

    3/4

    HBEF2803 2014

    3

    i) Meningkatkan ilmu dan kemahiran

    ii) Meningkatkan nilai

    iii) Meningkatkan pendapatan

    Melalui program pensiswazahan guru, Kementerian Pendidikan Malaysia berusaha untuk

    memartabatkan profesion perguruan agar setanding dengan profesion-profesion yang lain . Oleh

    itu, para guru perlu bersikap positif dan meningkatkan keupayaan kendiri dalam mengharungi

    dunia pendidikan yang semakin mencabar. Saya sangat bangga dengan kerjaya saya sebagai

    seorang guru kerana saya boleh menyumbangkan tenaga sebagai pendidik kepada generasi muda

    yang bakal menerajui negara pada masa hadapan. Jika pepatah ada mengatakan Tangan yang

    menghayun buaian itu boleh mengoncangkan dunia saya percaya sebagai seorang guru saya

    juga mampu untuk membawa perubahan kepada negara dengan melahirkan generasi muda dan

    tenaga kerja yang berkemahiran tinggi serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan

    sosial.

    Selaras dengan matlamat dan keperluan negara ke arah negara maju, guru perlu

    menyediakan murid yang bakal menjadi tenaga kerja yang memenuhi ciri-ciri seperti berikut :

    a. Mempunyai pelbagai kemahiran berkomunikasi

    b. Boleh berkolaborasi dengan semua pihak

    c. Mempunyai kemaahiran yang tinggi dalam bidangnya

    Selain daripada itu, ilmu dan kemahiran yang telah saya pelajari dalam program pensiswazahan

    ini akan saya bawa ke sekolah untuk dikongsi bersama-sama dengan rakan guru yang lain untuk

    membantu meningkatkan pencapaian akedemik serta aspek kemahiran murid. Saya menyedari

    guru perlu berubah dan tidak perlu bersikap seperti katak di bawah tempurung kerana kualiti

    pendidikan sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Peningkatan kualiti guru akan menjamin

  • 8/12/2019 Seminar keguruan

    4/4

    HBEF2803 2014

    4

    kemenjadian murid dan menjamin pendidikan yang berkualiti untuk generasi pada masa akan

    datang.