Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4+5 kbsm
-
Upload
syafiq-arman -
Category
Documents
-
view
9.279 -
download
20
Transcript of Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4+5 kbsm
PUSAT TUISYEN KAViNAA -Teman Sukses Anda
Senarai Peribahasa dalam Buku Teks BM S.P.M. (Tingkatan 4 + 5)
© www.kavina2u.blogspot.com Tutor B.M. Anda : CIKGU G.N.RAJAN | 1
Senarai Peribahasa dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 (KBSM)
Bil Peribahasa Maksud.
1 bagai cendawan tumbuh selepas hujan terlalu banyak pada sesuatu masa
2 bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
tiada muafakat dalam sesuatu perbincangan
3 bagai melukut melukut di tepi gantang. seseorang yang dianggap tidak penting kerana tiada kuasa.
4 bagai menatang minyak yang penuh memelihara seseorang dengan penuh kasih sayang.
5 bagai pauh dilayang pipi yang gebu/licin
6 seperti abu atas tunggul kedudukan yang tidak selamat
7 seperti bangau di ekor kerbau tidak mempunyai pendirian sendiri.
8 seperti harimau menyembunyikan kukunya orang yang menyembunyikan kelebihannya.
9 seperti kaca terhempas ke batu sangat sedih/kecewa
10 seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul
orang yang menyuruh orang lain melakukan sesuatu perkara dengan baik padahal dia sendiri tidak berlaku seperti yang dinasihatinya.
11 seperti kerbau dicucuk hidung orang bodoh dan selalu mengikut perintah orang.
12 belakang parang sekalipun, kalau diasah nescayakan tajam
orang yang bodoh kalau diajar betul-betul akan pandai juga.
13 berat sama dipikul, ringan sama dijunjung sikap bekerjasama dalam membuat sesuatu perkara.
14 dayung sudah di tangan, perahu sudah di air segala-galanya sudah tersedia.
15 duduk sama rendah, berdiri sama tinggi sama taraf atau kedudukan
16 kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga
kalau pengetahuan (kebolehan) itu sedikit, jangan hendak berbuat (melawan) sesuatu yang besar.
17 malu berkayuh hanyut perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan
kalau malas berusaha pasti akan susah.
18 seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit
hanya kerana seorang yang melakukan kesalahan, orang yang lain turut dituduh melakukannya.
19 sekali air bah, sekali pasir berubah suasana akan berubah apabila keadaan berubah.
20 sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
berfikirlah dengan teliti sebelum melakukan sesuatu supaya tidak timbul kesal akibat perbuatan itu.
21 tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas adat atau sesuatu yang tetap dengan keutuhannya.
22 terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya
berhati-hati apabila bercakap kerana ditakuti akan menyakiti orang lain.
23 berat sama dipikul, ringan sama dijinjing sikap berkerjasama dalam membuat sesuatu perkara.
24 air tenang jangan disangka tiada buaya orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.
25 burung terbang dipipiskan lada belum mendapat sesuatu yang dihajati tetapi sudah berangan-angan menggunakannya.
26 cepat kaki ringan tangan rajin membuat kerja.
27 genggam bara api biar sampai jadi arang melakukan sesuatu kerja yang sukar hendaklah bersabar sehingga berjaya.
28 indah khabar dari rupa cerita atau gambaran lebih hebat dar keadaan yang sebenar.
29 jauh panggang dari api tidak kena atau jauh daripada yang dimaksudkan.
30 jika melentur buluh biarlah daripada rebungnya
melatih seseorang hendaklah sejak kecil.
31 patah tumbuh hilang berganti tiap-tiap yang hilang aka nada gantinya.
32 rosak badan kerana mulut akibat tersalah cakap, diri sendiri yang akan mendapt susah.
33 sudah terhantuk baru nak tengadah sudah terkena baru hendak beringat.
34 badan sihat otak cerdas tubuh yang sihat akan membentuk minda yang cerdas.
PUSAT TUISYEN KAViNAA -Teman Sukses Anda
Senarai Peribahasa dalam Buku Teks BM S.P.M. (Tingkatan 4 + 5)
© www.kavina2u.blogspot.com Tutor B.M. Anda : CIKGU G.N.RAJAN | 2
35 mata pena lebih tajam daripada mata pedang pendapat yang dikemukakan secara bertulis kadangkala lebih berbisa daripada dipotong dengan pedang.
36 mencegah lebih baik daripada mengubati menghalang penyakit lebih baik daripada mengubati penyakit.
37 pandu cermat jiwa selamat memandu dengan berhati-hati akan mengelakkan kemalangan jiwa.
38 pemuda harapan negara, pemudi tiang negara pemuda pemudi merupakan harapan/tonggak negara.
39 tangan yang menghayun buaian itu boleh menggoncang dunia
wanita yang dianggap lemah sebenarnya amat perkasa.
40 membazir amalan syaitan perbuatan berlebih-lebihan dianggap salah di sisi agama.
Senarai Peribahasa dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5 (KBSM)
Bil Peribahasa Maksud.
1 bagai aur dengan tebing saling menolong.
2 bak cendawan tumbuh selepas hujan
terlalu banyak pada sesuatu masa.
3 seperti baung kena tukul suara yang merungut kerana tidak puas hati.
4 seperti dihiris dengan sembilu perasaan yang pedih sekali.
5 seperti hujan jatuh ke pasir berbuat baik tidak pada tempatnya/ kebaikan yang sia-sia.
6 seperti kacang lupakan kulit tidak mengenang budi atau jasa.
7 seperti menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
menceritakan aib sendiri atau aib kaum keluarga.
8 seperti meniup api dalam air pekerjaan yang sangat sukar.
9 umpama bersuluh di tengah hari merupakan perbuatan yang bodoh apabila bertanyakan sesuatu yang sudah diketahui/ mensia-siakan sesuatu.
10 umpama si buta baru celik seseorang yang bersikap sombong kerana baru beroleh kekayaan (kemuliaan).
11 berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah
hendaklah selalu beringat-ingat apabila melakukan sesuatu perkara.
12 biar mati anak jangan mati adat jika anak sendiri yang melanggar adat, dia mesti dihukum.
13 bukit sama didaki , lurah sama dituruni
perhubungan yang sangat akrab, susah senang tetap bersama.
14 bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat
keputusan sebulat suara / berkerjasama
15 hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
pembahagian yang sama adil
16 hidup kayu berbuah , hidup manusia biar berjasa
semasa hidup hendaklah berbuat baik pada diri sendiri dan masyarakat.
17 hidup tidak kerana tuah, mati tidak kerana sumpah
berusahalah dengan daya usaha sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang.
18 hilang bahasa,, lenyaplah bangsa bahasa akan hilang apabila bangsanya tidak menggunakan bahasanya itu.
19 ibarat telur sekangkak,pecah sebiji, pecah semuanya
orang yang bernuafakat akan setia antara satu sama lain.
20 jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
cita-cita tidak akan tercapai jika tidak bersusah payah dahulu.
21 kalau nak tahu jahat seseorang tanya seterunya, kalau nak tahu baik seseorang tanya sahabatnya
setiap kebaikan atau keburukan seseorang itu dapat diketahui melalui musuh atau kawannya.
PUSAT TUISYEN KAViNAA -Teman Sukses Anda
Senarai Peribahasa dalam Buku Teks BM S.P.M. (Tingkatan 4 + 5)
© www.kavina2u.blogspot.com Tutor B.M. Anda : CIKGU G.N.RAJAN | 3
Bil Peribahasa Maksud.
22 masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
perlu menyesuaikan diri di mana-mana kita berada.
23 menyambung biar panjang, menyebar biar lebar.
melakukan sesuatu itu biarlah memberi faedah.
24 sediakan payung sebelum hujan bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik.
25 sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
kerja yang dilakukan secara beransur-ansur akan mencapai kejayaan.
26 siapa menjala siapa terjun, siapa berhutang siapa membayar
siapa yang berkehendak dialah yang berusaha.
27 yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
seseorang tidak akan mendapat keuntungan dengan mudah.
28 yang dikejar tidak dapat,, yang dikendong berciciran
sesuatu yang diusahakan tidak akan mendapat hasilnya dan yang ada di tangan
29 yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang baik itu budi yang indah itu bahasa.
yang baik dan indah itu ialah budi dan bahasa bukannya rupa.
30 besar pasak dari tiang perbelanjaan yang lebih besar daripada pendapatan.
31 genggam bara api biar sampai jadi arang
mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah bersabar sehingga mencapai kejayaan.
32 membuah mahu menuras tidak membuat sesuatu pekerjaan tetapi malas belajar untuk menambahkan pengetahuan tentang pekerjaan itu.
33 orang penyegan susah makan orang yang malas bekerja hidupnya susah.
34 rajin bekerja mudah belanja orang yang rajin bekerja hidupnya senang.
35 setitik dijadikan laut sekepal dijadikan gunung
membesar-besarkan perkara yang kecil.
36 bahasa mencerminkan jiwa kata-kata yang diujarkan sebenarnya lahir daripada jiwa.
37 bertangguh itu pencuri masa tidak wajar berlengah-lengah apabila melakukan sesuatu.
38 berusahalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun
bekerja dan beramal secara seimbang.
39 cegah sebelum parah sebelum berlakunya perkara buruk, perlulah ditegah sesuatu perbuatan yang tidak baik.
40 jauh berjalan, , luas pengalaman semakin jauh kita berjalan pengetahuan akan turut bertambah.
41 muafakat membawa berkat bekerjasama pasti mendatangkan kebaikan sampai bila-bila.
42 negara bersih, rakyat sihat negara yang tidak kotor menyebabkan masyarakat hidup dalam kesejahteraan.
43 rajin dan usaha tangga kejayaan usaha yang bersungguh-sungguh akan mendatangkan kejayaan.
44 syurga itu di bawah telapak kaki ibu
anak tidak boleh menderhaka kepada ibu bapa.