Senarai Tugas Guru Kanan Mata Pelajaran

download Senarai Tugas Guru Kanan Mata Pelajaran

of 4

description

kulai

Transcript of Senarai Tugas Guru Kanan Mata Pelajaran

SENARAI TUGAS GURU KANAN MATA PELAJARAN

Panduan ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai tugas dan tanggungjawab serta peranan untuk semua Guru Kanan Mata Pelajaran yang dilantik menjawat jawatan tersebut di Sekolah Menengah. Panduan ini hendaklah dibaca dengan teliti dan diikuti. Jika perlu, Pengetua hendaklah membuat penyesuaian mengikut keadaan di sekolahnya.

Guru Kanan Mata Pelajaran hendaklah bertanggungjawab kepada Pengetua dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya, dan memainkan peranan positif berkaitan dengan jenis mata pelajaran di bawah kawalannya.

Untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan, bersesuaian dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara, Guru Kanan Mata Pelajaran wajib memainkan peranan utama bagi menentukan matlamat dan objektifnya tercapai melalui KBSM.

Guru Kanan Mata Pelajaran bertanggungjawab mempertingkatkan prestasi pengajaran guru dan pembelajaran pelajar di sekolah serta menyediakan khidmat bantu yang secukupnya di samping menjadikan iklim dan budaya pengajaran dan pembelajaran di dalam sistem pendidikan sekolah berjalan lancar.

Mata Pelajaran di bawah bidang kelolaan Guru Kanan Mata Pelajaran adalah seperti yang berikut:

Mata-Mata Pelajaran Dalam Bidang Bahasa Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Bahasa Cina

Bahasa Tamil

Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain yang diajar

Kesusasteraan Melayu

Kesusasteraan Dalam Bahasa Inggeris

Pengajian Am

Mata-Mata Pelajaran Dalam Bidang Kemanusiaan Geografi

Sejarah

Pendidikan Islam/Pendidikan Moral

Pendidikan Seni

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Mata-Mata Pelajaran Dalam Bidang Sains dan Matematik

Sains

Sains Tambahan

Fizik

Kimia

Biologi

Matematik

Matematik Tambahan

Mata-Mata Pelajaran Dalam Bidang Vokasional dan Teknologi Kemahiran Hidup Bersepadu

Kemahiran Hidup Menengah Atas

Ekonomi Rumah Tangga

Sains Pertanian

Perdagangan

Prinsip Akaun

Ekonomi Asas

Ekonomi

Lukisan Kejuruteraan

Teknologi Kejuruteraan

Dan mata-mata pelajaran lain yang diperkenalkan

Senarai Tugas

1.0Kurikulum1.1. Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu.

1.2. Memimpin guru-guru menentukan dan merancang Rancangan Pelajaran Penggal, Mingguan, Harian dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya.

1.3. Mempengerusikan mesyuarat atau memimpin perjalanan panitia-panitia mata pelajaran di bawah kawalannya.

1.4. Menjalankan Penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

1.5. Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggarakan dengan berkesan.

1.6. Membantu dan membimbing guru-guru pelatih dalam latihan mengajar, guru-guru yang baru dan guru-guru sandaran dalam menjalankan tugas-tugas mereka.

1.7. Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya dan mengambil tindakan sewajarnya.

1.8. Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan, pemulihan dan pengayaan.

1.9. Membantu dalam perancangan program dan penyelarasan kegiatan kurikulum yang dijalankan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian,Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.10. Membantu dalam pemilihan buku teks, bahan pusat sumber, alat pandang dengar dan lain-lain bahan sumber pendidikan.

1.11. Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan lain-lain jawatankuasa yang diarahkan oleh Pengetua.

1.12. Membantu menjalankan kursus, taklimat, penerangan, dan perjumpaan di sekolah dalam konteks perkembangan staff.

1.13. Mendapat dan menyebarkan maklumat-maklumat terbaru mengenai kaedah dan pendekatan-pendekatan pengajaran yang berkesan kepada guru-guru.

1.14. Menjalankan usaha mempertingkatkan dan memperluaskan amalan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang merentas kurikulum.

1.15. Mengenal masalah-masalah kelemahan pelajar dan masalah disiplin serta mencari langkah-langkah mengatasinya.

2.0Kokurikulum

2.1. Merancang, menyelaras dan melaksana segala kegiatan kokurikulum yang bersifat akademik yang membantu meningkatkan kecemerlangan akademik berkaitan dengan bidangnya.

2.2. Merancang, mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan yang berkaitan dengan bidangnya.

3.0Pengurusan dan Pentadbiran

3.1. Membantu menentukan dan mengagihkan tugas-tugas guru mata pelajaran di bawah bidang serta kawalannya.

3.2. Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru-guru.

3.3. Membantu menyelenggarakan dan menyelaras kutipan data atau maklumat dan segala jenis perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya.

3.4. Membantu merancang Takwim Sekolah.

3.5. Menyelia kerja-kerja guru di bawah bidang dan kawalannya.

3.6. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dan mengawal perbelanjaan.

3.7. Membantu menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan audit tahunan.

3.8. Menjaga dan menyemak stok serta inventori segala peralatan, barang atau bahan yang berkaitan dengan bidangnya.

3.9. Menentukan aspek-aspek penyemaian nilai-nilai murni dan amalannya berlaku di bilik darjah dan di sekolah.

3.10. Menentukan pelajar-pelajar dilatih melaksanakan tugas-tugas pengurusan bilik darjah dan menjaga keselamatannya.

4.0Tugas-tugas lain

4.1. Berhubung dengan Pusat Kegiatan Guru, Pejabat Pendidikan Daerah / Bahagian dan pusat sumber Pendidikan Negeri mengenai apa juga maklumat dan bantuan yang boleh didapati untuk membantu sekolah dan guru-guru.

4.2. Berhubung dengan Guru Kanan mata pelajaran sekolah lain yang berhampiran bagi tujuan berkongsi maklumat dan sumber pendidikan bagi memantapkan keupayaan dan pengetahuan.

4.3. Melengkapkan Bilik Gerakan Sekolah dengan data atau maklumat mengenai semua mata pelajaran dan menggunakannya dengan berkesan dan berhasil.

4.4. Membantu pengetua menyelia dalam hal-hal peperiksaan, kegiatan sukan, penyediaan jadual waktu sekolah, dan urusan Pusat Sumber.

Melaksanakan segala arahan dan tugasan yang diberikan oleh Pengetua dari