Senarai Tugas Guru Mata Pelajaran

download Senarai Tugas Guru Mata Pelajaran

of 10

description

Senarai Tugas Guru

Transcript of Senarai Tugas Guru Mata Pelajaran

SENARAI TUGAS GURU MATA PELAJARAN Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada Pengetua pada masa yang ditetapkan setiap minggu.

Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan mata pelajaran yang berkenaan.

Memahami dan mematuhi pekeliling_pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan.

Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal/ seminggu / harian dan melaksanakan pengajarannya mengikut rancangan pelajaran yang disediakan.

Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan / menunjukkan buku latihan murid kepada pengetua/ wakilnya pada masa yang dikehendaki.

Menjalankan ujian Bulanan dan Penilaian kepada pelajar . Merekodkan soalan-soalan dan keputusan ujian dalam buku rekod mengajar.

Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/ bimbingan.

Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran , menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.

Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan dan PPD.

Memastikan keselamatan pelajar di makmal/ bengkel KH/ Bilik ERT/ Sains Pertanian serta mengawasi penggunaan peralatan.

Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama ada yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD. Menyampaikan semua maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama.

Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran dan pembelajaran untuk tindakan selanjutnya.

Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan, memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan secara meluas .

Bertanggungjawab dalam menambahklan alat bantuan mengajar bagi memperkayakan Pusat Sumber Sekolah.

Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.

Membantu menguruskan Bank Soalan.

Memiliki, memahami dan boleh mentafsir serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran berkenaan.

Memahami dan mematuhi pekeliling pekeliling dan arahan-arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai iaitu dari segi pengetahuan,pencapaian akademik dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan.

Mempunyai sebuah buku rekod mengajar yang kemaskini dan menghantarnya kepada Pengetua untuk ditandatangani pada masa yang ditetapkan iaitu setiap minggu.

Menyediakan rancang pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal /seminggu/harian dan melaksanakan pengajaran mengikut rancangan pelajaran yang ditetapkan.

Menyedia dan memberi latihan yang cukup,memeriksa buku latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin.Menyerahkan buku latihan pelajar kepada Pengetua /PKP untuk disemak pada masa yang dikehendaki.

Membina soalan ujian atau peperiksaan mengikut JPN .

Menjalankan ujian bulanan dan penilaian kepada pelajar dari semasa ke semasa.Merekod soalan-soalan ujian dan penilaian serta markah ujian tersebut ke dalam buku rekod mengajar.

Mengesan kelemahan pelajar dan mengadakan aktiviti pemulihan .

Menjadi ahli dalam panitia mata pelajaran , menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.

Memastikan buku buku panduan yang digunakan adalah yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan /Jabatan Pendidikan /PPD.

SENARAI TUGAS GURU KELASPengurusan dan Organisasi kelas

Membentuk organisasi kelas yang terdir daripada Ketua Tingkatan. Penolong Ketua Tingkatan, Bendahari, AJK kebersihan dan AJK Keceriaan, memastikan AJK kebersihan mengagihkan pelajar untuk membersihkan papan hitam, menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun kerusi meja dan membuang sampah.

Memastikan AJK Keceriaan sentiasa mengemaskini papan kenyataan dan papan maklumat dari masa kesemasa, menyediakan langsir dan bunga (jika perlu) untuk kelas.

Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:

Jadual waktu Jadual Tugas Perabot kelas seperti kerusi meja pelajar dan meja guru dan papan hitam diinventorikan Moto Kelas. Alatan kebersihan seperti penyapu dan pengaut sampah.

Menentukan kawal elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan. Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru-guru penyelaras kursus yang berkenaan. Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas. Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara pelajar.

Tabung ini adalah bagi tujuan yang berikut: Keceriaan kelas. Kebajikan pelajar.

Jadual kedatangan dan kedatangan pelajar. Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu pertama berakhir dan menyimpan buku daftar pelajar di pejabat. Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam kelas. Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas. Memastikan kelas mempunyai buku rekod ponteng kelas dan diselenggarakan seperti yang diarahkan. Buku diambil dan dihantar pada waktu dan ditempat yang dtetapkan. Menjamin keselamatan buku tersebut.

Laporan pelajaran, sijil berhenti dan surat akuan

Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum dan fizikal dalam kemajuan pelajar bagi setiap semester/penggal. Menyampaikan slip kemajuan pelajar kepada ibu bapa setiap kali selepas ujian.peperiksaan. Masalah pembelajaran, kesihatan diri dan disiplin.

Memberikan galakan, motivasi dan merangsangkan minat pelajar terhadap akademik Mengalakkan pertandingan yang berbentuk akademik. Dan memberikan hadiah ( jika perlu) Sentiasa prihatin terhadap semua masalah pelajar. Melaporkan kepada kaunselor jika terdapat kemerosotan pelajaran di kalangan pelajar. Melaporkan kepada Guru Kesihatan jika terdapat pelajar yang menghadapi masalah kesihatan Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat pelajar yang melanggar disiplin sekolah. Melaporkan kes ponteng mengikut prosedur yang berikut mendapat dan mengisi dalam dua salinan borang Melanggar Peraturan Sekolah yang dapat diperolehi dari penyelaras Tingkatan atau Bilik Guru Disiplin. Menghantar satu salinan borang tersebut kepada ibu bapa.

Buku teks, biasiswa dan bantuan

Memastikan skim pinjman buku teks diagih kepada pelajar yang layak dan memastikan buku-buku tersebut dibalut dan ditulis nama pelajar. Mengemaskini fail SPBT dari masa ke semasa. Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama pelajar yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan memberikan senarai itu kepada guru SPBT Mengenalpasti pelajar yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain dan melaporkan kepada Guru Kebajikan. Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran di kalangan pelajar yang mendapat biasiswa.

Kutipan Yuran dan Derma

Mengutip yuran sekolah pada awal tahun dan menggalakkan pelajar membayar kesemua yuran sekaligus. Mengutip derma PIBG Mengutup wang peperiksaan bagi kelas-kelas peperiksaan. Mengeluarkan resit kepada pelajar bagi pembayaran yang dibuat. Menyerahkan wang kutipan yuran sekolah dan wang peperiksaan serta buku kutipan kepada Pembantu Tadbir pada hari yang sama. Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada Bendahari PIBG .

Pendaftaran Pelajar Baru

Menerima kemasukkan pelajar baru, ke dalam buku kemasukan pelajar dan mendapatkan nombor pendaftaran pelajar baru dari buku kemasukan pelajar daripada daripada Penolong Kanan HEM. Menentukan penerimaan borang SPBT (sekiranya layak) dari sekolah yang terdahulu dan memastikan pelajar ini mendapat buku teks. Menyemak jika pelajar ini menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada guru biasiswa. Menentukan rumah sukan. Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.

Murid Keluar

Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi pelajar tingkatan 5. Menentukan kelulusan untuk bertukar telah diterima. Menentukan buku teks telah dipulangkan. Menentukan penerimaan biasiswa dilaporkan kepada pejabat.

Pendaftaran sukan, persatuan dan lain-lain.

Menentukan setiap pelajar menyertai aktiviti kokurikulum dan menyerahkan senarai nama mereka mengikut persatuan, kelab dan badan beruniform yang dipilih kepada Penyelaras Kokurikulum. Menggalakkan pelajar bergiat cergas dalam sukan dan juga aktiviti kokurikulum.

SENARAI TUGAS GURU BERTUGAS MINGGUAN

Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit setelah sekolah berakhir.

Memastikan Bendera Malaysia, Bendera Negeri dan Bendera Sekolah dinaikkan pada sebelah pagi dan diturunkan pada sebelah petangBendera perlu diturunkan sekiranya hujan.

Membantu Pengetua membuat pengawasan menyeluruh terhadap pelajar-pelajar sebelum waktu pertama bermula, semasa rehat sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan munasabah jika perlu.

Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah.

Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin.

Menilai dan memberi markah kebersihan dan keceriaan kelas serta diumumkan pemenang semasa perhimpunan rasmi. Keputusan pemenang hendaklah diserahkan kepada GuruPenyelaras Keceriaan pada hari Jumaat (akhir minggu persekolahan) untuk tujuan pengesahan.

Menguruskan rawatan pelajar yang sakit dan menghantar mereka ke hospital.

Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama pelajar yang memohon.

Mengawasi pelajar menepati waktu datang dan pulang, masa rehat dan masa pertukaran guru. Memberi latihan kepada pelajar-pelajar lewat datang ke sekolah.

Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.

Menentukan keselamatan pelajar di sekitar kawasan serta mengawas harta benda sekolah.

Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, unit beruniform dan aktiviti lain yang dijalankan.

Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/ minggu persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas, antara perkara-perkara yang perlu dicatatkan ialah:

Kedatangan pelajar, guru dan staf sokongan Pelajar poteng, tidak hadir atau sakit. Lawatan-lawatan/ pelawat Ucapan/pengumuman-pengumuman dalam perhimpunan Perhimpunan Memastikan semua guru dan pelajar menghadiri perhimpunan. Memastikan pembesar suara tempat duduk guru telah disediakan. Memastikan pelajar telah beratur dengan kemas tepat pukul 7.30 pagi. Memastikan guru menandatangani borang kehadiran guru dalam perhimpunandan serahkan kepada Pengetua/ PK untuk pengesahan sebelum difailkan. Menyampaikan ucapan ringkas/ pengumuman semasa perhimpunan pagi dan menyampaikan laporan mingguan semasa perhimpunan rasmi. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu laporkan terus kepada Pengetua supaya tindakan segera dapat diambil. Menghantar Buku Laporan pada Pengetua pada setiap Jumaat untuk ditandatangani .

Senarai Tugasan Jawatankuasa HEM

Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Pengawas Jawatankuasa Lembaga Pengawas Melantik Pengawas Melantik ketua Pengawas sebagai ketua pemimpin pelajar Menasihatkan dan membimbing pengawas Menjalankan kursus dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian bagi memantapkan kepimpinan Pengawas

SENARAI TUGAS GURU PENASIHAT UNIT BERUNIFORM / PERSATUAN / KELAB

Menentukan dan menetapkan objektif-objektif persatuan serta menentukan bahawa objektif-objektif tersebut tercapai.

Memastikan Persatuan / Unit Beruniform / Kelab mempunyai perlembagaan.

Bertanggungjawab menasihati, membimbing dan mengawal susunan dan perjalanan persatuan-persatuan yang berkenaan supaya benar-benar teratur dan bergerak.

Membuat rancangan / takwim tahunan, satu aktiviti rutin dan satu aktiviti pembangunan dan menyerahkan satu salinan takwim, aktiviti rutin dan pembangunan tersebut kepada Penolong Kanan Kokurikulum.

Mengawal setiap perjumpaan / kegiatan dan menentukan perjumpaan / kegiatan itu sihat dan tidak menyalahi undang-undang.

Menyelia latihan / perjumpaan pada hari yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan mengambil berat terhadap kehadiran ahli.

Menyimpan laporan-laporan setiap mesyuarat/kegiatan/laporan tahunan, senarai nama ahli persatuan, kedatangan ahli dalam Buku Pengurusan Kokurikulum dan menyerahkan buku tersebut kepada Penolong Kanan Kokurikulum untuk disemak pada akhir setiap bulan.

Memastikan ada akaun kewangan sekiranya pengurusan persatuan melibatkan wang serta menyerahkan akaun kewangan kepada Penolong Kanan Kokurikulum untuk disemak pada akhir setiap bulan.

Menguruskan segala urusan surat menyurat melalui Pengetua jika melibatkan gerak kerja luar sekolah seperti mengadakan rombongan / lawatan sambil belajar.

Mendapat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk sesuatu aktiviti di luar sekolah.

Mengadakan Mesyuarat Agung setahun sekali pada tarikh yang diselaraskan oleh sekolah dan menghantar satu salinan AJK baru kepada Penolong Kanan Kokurikulum.

Menentukan papan-papan kenyataan persatuan digunakan sepenuhnya dan dikemaskinikan.

Bekerjasama dengan badan-badan lain sama ada di luar atau di dalam sekolah dengan menyertai kegiatan/pertandingan yang sihat.

Menghadiri mesyuarat / taklimat / kursus jika dikehendaki. Menjadi jurulatih Unit Beruniform setakat mana yang boleh. Guru Penasihat hendaklah mendapat persetujuan Guru Besar sekiranya memerlukan jurulatih luar atau jurulatih luar yang memerlukan bayaran.

Menyelenggarakan rekod simpanan peralatan yang dikehendaki.

Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

SENARAI TUGAS WARDEN ASRAMA

Menguatkuasakan/ mempastikan peraturan asrama dipatuhi dan mengambil tindakan ke atas hal-hal berkaitan disiplin berdasarkan prosedur yang ditetapkan.

Menyemak, menyiasat serta mengambil tindakan susulan ke atas laporan harian pengawas dan Ketua Dormitori.

Menyediakan laporan harian untuk tindakan Pengetua/Penolong Kanan HEM.

Menyelia/memantau aktiviti-aktiviti harian dan berkala; contohnya: Kelas persediaan Waktu Solat Waktu makan Kelas fardhu ain/kelas agama Aktiviti gotong- royong Pertandingan antara dormitori Majlis Makan Beradab Aktiviti Sukan dan Kokurikulum

Memantau pengawas bertugas menjalankan roll-call.

Mengadakan pemeriksaan dan roll-call .

Menguruskan kebenaran keluar/masuk murid asrama.

Mengadakan perjumpaan mingguan dengan Lembaga Pengawas Asrama dan Ketua-Ketua Dormitori.

Mengadakan pemeriksaan dan membuat laporan harian dormitori, bilik-bilik khas, tandas, bilik air, persekitaran serta dewan makan.

Mengurus murid sakit dan urusan yang berkaitan dengannya.

Memantau dan memeriksa laporan prestasi akademik serta mengambil tindakan susulan yang sesuai.

Membuat persediaan untuk mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran Asrama: Minit Mesyuarat terdahulu Laporan bulanan asrama Pembentangan aktiviti dan takwim bulan berikutnya.

Mesyuarat/Perjumpaan Warden dengan Lembaga Pengawas Asrama sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Membantu mengurus kemasukan murid asrama. Penyediaan borang/dokumen Taklimat kemasukan Sesi suai kenal murid baru

Menyediakan Takwim serta Jadual Harian Asrama.

Mengumpul data/maklumat murid untuk: Menganalisa prestasi akademik/peperiksaan Melengkapkan Borang Kutipan Data Asrama ke Jabatan Pelajaran Negeri.

Menganjurkan aktiviti/kursus/seminar/bengkel.

Mengadakan perjumpaan dengan waris.

Mengadakan Latihan kecemasan.

Memantau peralatan, kemudahan serta perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan.

Menyelia dan memantau kebajikan murid berkaitan: Makanan Keselesaan di asrama Kesihatan Keselamatan Biasiswa

Membantu Penyelia Asrama dalam urusan : Pungutan yuran asrama Perkhidmatan pembersihan kawasan Kawalan keselamatan Penguatkuasaan kontrak bekalan makanan asrama

Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar dan Penolong Kanan HEM. .