SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN (PENTADBIRAN) · PDF fileSENARAI TUGAS PENOLONG KANAN ......
-
Upload
vuongkhanh -
Category
Documents
-
view
272 -
download
13
Transcript of SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN (PENTADBIRAN) · PDF fileSENARAI TUGAS PENOLONG KANAN ......
SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN (PENTADBIRAN)
BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN 1 ( PENTADBIRAN)
Menjalankan tugas Guru Besar semasa ketiadaannya. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal kurikulum, pentadbiran,
hubungan masyarakat dan keselamatan. Membantu Guru Besar menyelia dan menilai proses pengajaran. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN 1 ( PENTADBIRAN)
Kurikulum
Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, penggal dan sebagainya. Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran. Membantu penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal
dan bengkel. Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan. Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru pelatih, guru
yang baru mengajar dan guru sandaran tidak terlatih dalam menjalankan tugas
harian mereka. Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta
mencadangkan tindakan susulan. Menyelaraskan segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah,
Pejabat Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementerian Pendidikan. Membantu memilih buku teks, bahan pusat sumber dan buku bacaan. Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu gantian.
Pengurusan
Membantu beban tugas guru dan staf sokongan sekolah Membantu menyelaraskan hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan guru serta
staf sokongan. Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data/ maklumat. Membantu merancang takwim sekolah. Membantu menyelia kerja-kerja guru dan staf sokongan. Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk urusan odit tahunan. Menyelaras semua jenis kutipan yuran Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah. Menjadi penandatangani kedua cek sekolah. Menjaga dan menyemak stok/ iventori peralatan sekolah.
Pembangunan Diri Pelajar
Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah, keceriaan dan
kebersihan sekolah. Merancang langkah-langkah keselamatan pelajar. Mengadakan kursus kemahiran pelajar.
Pembangunan Organisasi
Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa dan
masyarakat. Mengadakan kursus/latihan personal.
Pembangunan Kendiri.
Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu. Menghadiri kursus, seminar dan bengkel. Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah. Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion
perguruan.