SENI DALAM PENDIDIKAN (P&P MATEMATIK)

5
BAHAGIAN B Soalan 1 Seni dalam pendidikan (SDP) adalah diwujudkan bagi membantu perkembangan yang seimbang individu sama ada dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial supaya sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). SDP telah meletakkan Teori Kecerdasan Pelbagai, Howard Gardner (1983) sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan. Teori ini amat jelas menyokong seni yang mengambil peranan yang penting dalam kurikulum supaya menggalakkan murid untuk mengenali dan menggunakan kelebihan atau potensi diri mereka dengan sempurna. SDP mengandungi tiga elemen utama yang penting iaitu seni visual, seni muzik dan juga seni pergerakan. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni muzik adalah lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari dan seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti. Oleh itu, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam mengintegrasikan atau mengaplikasikan aktiviti ketiga-tiga elemen ini dengan berkesan dan kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam mana-mana satu mata pelajaran di sekolah supaya guru dapat menarik minat di samping merangsang pemikiran murid-murid terhadap sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Menurut Professor Dr. Mel Silberman dari 7

description

CONTOH HURAIAN RPH DENGAN PENYERAPAN SDP..HARAP MEMBANTU

Transcript of SENI DALAM PENDIDIKAN (P&P MATEMATIK)

Page 1: SENI DALAM PENDIDIKAN (P&P MATEMATIK)

BAHAGIAN B

Soalan 1

Seni dalam pendidikan (SDP) adalah diwujudkan bagi membantu

perkembangan yang seimbang individu sama ada dari segi jasmani, emosi,

rohani, intelek dan juga sosial supaya sejajar dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK). SDP telah meletakkan Teori Kecerdasan Pelbagai, Howard

Gardner (1983) sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai

kecemerlangan. Teori ini amat jelas menyokong seni yang mengambil peranan

yang penting dalam kurikulum supaya menggalakkan murid untuk mengenali dan

menggunakan kelebihan atau potensi diri mereka dengan sempurna.

SDP mengandungi tiga elemen utama yang penting iaitu seni visual, seni

muzik dan juga seni pergerakan. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan

lukisan, manakala seni muzik adalah lebih kepada interpretasi seseorang

terhadap muzik yang didengari dan seni pergerakan melibatkan penggunaan

ruang dalam sesuatu aktiviti. Oleh itu, guru perlu mempunyai pengetahuan dan

kemahiran dalam mengintegrasikan atau mengaplikasikan aktiviti ketiga-tiga

elemen ini dengan berkesan dan kreatif dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dalam mana-mana satu mata pelajaran di sekolah supaya guru

dapat menarik minat di samping merangsang pemikiran murid-murid terhadap

sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Menurut Professor Dr. Mel Silberman

dari Temple University, hanya pembelajaran yang bersifat aktif sahaja yang akan

menghasilkan pengalaman pembelajaran yang berkesan. Maknanya,

penglibatkan murid akan mempengaruhi keberkesanan satu sesi pengajaran dan

pembelajaran.

Persoalannya, bagaimanakah seorang guru mengaplikasi aktiviti seni

visual, muzik dan pergerakan dalam satu pengajaran dan pembelajaran di

sekolah rendah? Maka, dengan menggunakan pengajaran dan pembelajaran

Matematik untuk tajuk Wang kepada murid-murid tahun 2 sebagai satu contoh

pengajaran dalam menerangkan cara bagaimana mengaplikasi aktiviti seni

7

Page 2: SENI DALAM PENDIDIKAN (P&P MATEMATIK)

visual, muzik dan pergerakan. Pertama sekali, bagi permulaan pengajaran iaitu

set induksi, guru mungkin boleh memaparkan gambar ataupun video yang

mengenai jual beli di pasar atau kedai kepada murid-murid. Melalui gambar atau

video tersebut, guru boleh menjalankan aktiviti soal jawab terhadap murid-murid

supaya dapat merangsang minda murid-murid dengan apa yang dilihat melalui

visual.

Seterusnya, bagi langkah 1 pula, guru boleh mengaplikasi seni visual

seperti mewarna dalam pengajaran ini dengan menyediakan wang kertas contoh

yang tidak berwarna dan pelbagai nilainya kepada murid-murid. Murid-murid

dikehendaki mewarnakan wang kertas contoh tersebut dengan warna yang betul

berdasarkan nilai wang kertas contoh tersebut. Misalnya, wang kertas contoh

RM5 adalah berwarna hijau. Guru akan menyemak warna bagi setiap nilai wang

kertas bersama dengan murid-murid. Selain itu, guru juga boleh menyediakan

barang-barang mauwujud yang ditampah dengan harganya seperti air botol

berharga RM5. Manakala, murid-murid perlu mengangkat wang kertas contoh

yang diwarnakan dengan tangannya dan juga menyebut harga barang tersebut

dengan sebutan berirama berdasarkan barang yang ditunjukkan oleh guru.

Aktiviti ini telahpun mengaplikasi seni pergerakan iaitu lokomotor dan seni muzik

iaitu irama.

Di samping itu, bagi langkah 2, murid-murid boleh dibahagikan kepada

beberapa kumpulan dengan menggunakan nama alat muzik sebagai nama

kumpulan masing-masing supaya menerapkan pengetahuan tentang alat muzik

kepada murid-murid. Setiap kumpulan akan diberikan satu bank kertas 2D yang

mempunyai banyak gambar wang kertas contoh yang pelbagai nilainya.

Seterusnya, setiap kumpulan akan diberikan satu sampul surat yang

mengandungi jumlah wang yang perlu diguntingkan oleh murid-murid daripada

bank kertas masing-masing. Misalnya, jumlah wangnya ialah RM45, murid-murid

perlu menggunting 4 keping wang kertas contoh RM10 dan 1 keping wang kertas

contoh RM5. Selepas habis menggunting wang kertas contoh yang diperlukan,

setiap kumpulan perlu melakukan satu pergerakan yang sama bergerak ke

8

Page 3: SENI DALAM PENDIDIKAN (P&P MATEMATIK)

hadapan kelas sama ada galop, ketingting, hop dan sebagainya untuk

menampalkan wang kertas contoh yang digunting di atas papan hitam supaya

disemak bersama guru dan rakan-rakannya. Aktiviti ini telah mengaplikasi seni

pergerakan iaitu bukan lokomotor dan juga dapat melatih kemahiran motor halus

murid-murid.

Bagi langkah yang seterusnya, guru boleh menyediakan kad kosong yang

bertali bagi setiap murid untuk melukis apa-apa binatang yang disukai oleh

sendiri dan mengantungnya di atas leher sendiri masing-masing. Selepas itu,

murid-murid akan dipecah kepada dua kumpulan untuk memain peranan iaitu

satu kumpulan menjadi penjual dan satu kumpulan menjadi pembeli. Setiap

murid daripada kumpulan pembeli akan diberi wang kertas contoh sebanyak

RM50 untuk membeli barang yang telah disebutkan sebelum bermula aktiviti

beli-belah oleh guru. Muzik akan dimainkan semasa aktiviti beli-belah

berlangsung. Manakala, murid-murid perlu melakukan aksi dan berbunyi yang

berkaitan dengan binatang yang dilukis oleh mereka dengan berhenti membeli

barang semasa muzik dihentikan. Murid-murid akan terus membeli barang

sekiranya muzik dimainkan semula. Selain itu, kedua-dua kumpulan juga akan

bertukar peranan iaitu pembeli menjadi penjual dan sebaliknya selepas satu sesi

aktiviti habis. Dalam aktiviti ini, guru akan dapat mengaplikasi ketiga-tiga elemen

utama dalam SDP iaitu seni visual, muzik dan pergerakan.

Akhirnya, bagi penutup pula, guru boleh menyediakan beberapa biji belon

dan bagi murid-murid untuk memegangnya secara rawak. Seterusnya, murid-

murid dikehendaki mengedarkan belon tersebut kepada rakan-rakan yang lain

semasa muzik dibunyikan oleh guru. Apabila muzik berhenti, murid-murid yang

memegang belon perlu mengkongsi perasaan atau membuat kesimpulan

terhadap pengajaran ini. Maka, memang tidak dinafikan, melalui aktiviti seni,

murid-murid boleh dapat meluahkan idea atau perasaan mereka iaitu emosi

secara bebas dan kreatif. Menurut Mahasan Mahmmod (2003), kaedah chalk

and talk sudah tidak relevan lagi dilaksanakan dalam pengajaran dan

pembelajaran. Oleh itu, sebagai seorang guru tidak harus terlalu tersekat

9

Page 4: SENI DALAM PENDIDIKAN (P&P MATEMATIK)

terhadap cara pengajaran tradisional seperti chalk and talk yang akan

membosankan murid-murid sahaja. Sebaliknya, guru harus sanggup mencuba

cara pengajaran yang baru dan kreatif seperti mengintegrasikan seni visual,

muzik dan pergerakan dalam mana-mana satu mata pelajaran demi dapat

menyeronokkan dan mengembangkan potensi murid-murid dengan sempurna.

10