Seni untuk Kesejahteraan Panduan Ibu Bapa. Arts For Wellbeing - Ages 15+.pdf1. Kertas carta. 2....

28
Umur 15+ Seni untuk Kesejahteraan Panduan Ibu Bapa

Transcript of Seni untuk Kesejahteraan Panduan Ibu Bapa. Arts For Wellbeing - Ages 15+.pdf1. Kertas carta. 2....

Umur

15+

Seni untuk KesejahteraanPanduan Ibu Bapa

Ini Adalah Mengenai?

Yayasan NalandaWay membawa kepada anda ‘Seni untuk Kesejahteraan – Panduan untuk Ibu Bapa’ (Art for Well-Being – A Parent’s Guide’). Penularan wabak pandemik COVID-19 yang kian runcing telah mengakibatkan rutin harian masyarakat seluruh dunia terjejas selain itu, ia turut menyebabkan kebimbangan di kalangan orang ramai yang amat ketara. Walau bagaimanapun, golongan yang paling terjejas ialah kanak-kanak. Pada masa terdesak seperti sekarang, ibubapa and kanak-kanak memerlukan bahan-bahan pembelajaran yang dapat mengenal pasti dan mengatasi perasaan ketakutan dan stress anak-anak mereka.

Yayasan NalandaWay adalah sebuah NGO terkemuka yang menggunakan seni visual dan persembahan bagi membantu kanak-kanak dari masyarakat yang berpendapatan rendah di India. Memandangkan keperluan terkini, NalandaWay mengambil inisiatif untuk membantu orang dewasa dan kanak-kanak menghadapi tekanan kini. Ini adalah jemputan untuk meninggalkan telefon dan komputer anda buat masa sekarang, merehatkan diri daripada media dan membiarkan diri anda diserap oleh karya seni yang menyegarkan dan memulihkan.

“Seni untuk Kesejahteraan - Panduan Ibu Bapa” mempunyai aktiviti seni khusus yang akan membantu ibu bapa dan penjaga untuk mengawal emosi anak-anak mereka dan juga membina sifat empati.

Terjemahan oleh / Translation by: Hui Ling Lee, Arsyad Azrai, Soonufat Supramaniam, Anisah Yong, Thomas Kuan

© Nalandaway FoundationSeni untuk Kesejahteraan - Panduan Ibu Bapa

1

Manusia mula merasa dan menunjukkan pelbagai emosi dari saat mereka dilahirkan. Apabila kanak-kanak mula bertemu dengan dunia, mereka diperkenalkan kepada emosi baru yang membentuk keperibadian mereka. Kanak-kanak yang sangat muda memaparkan emosi kesedihan, kebahagiaan dan kemarahan. Pada umur 3 tahun, Kanak-kanak mengasimilasikan pelbagai emosi seperti keghairahan, ketakutan dan bertimbang rasa. Apabila mereka membesar, mereka diperkenalkan kepada persekitaran sekolah di mana emosi mereka berkembang dan membentuk emosi jijik, malu, bimbang, empati, hiburan, kekeliruan, kebosanan, kelegaan dan kemenangan. Mengenal pasti emosi adalah penting dalam membina citra diri kanak-kanak. Menggalakkan kanak-kanak untuk bercakap tentang emosi mereka dapat membantu mereka dalam mengenal pasti strategi pengawalan emosi yang konstruktif dan membantu dalam membina imej positif tentang diri mereka dan dunia.

Arahan Untuk Aktiviti-aktiviti

1. Aktiviti 1 dan 2 adalah berdasarkan tema ‘Mengenal Pasti Emosi’

2. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk mendorong anak anda dalam mengenal pasti emosi masing-masing. Seterusnya, ia dapat menolong mereka meluahkan emosi tersebut melalui aktiviti seni (penggunaan warna, pergerakan badan, pertuturan dan pemikiran).

3. Setiap aktiviti dimulakan dengan meminta anak anda untuk mendalami keadaan emosi masing-masing berdasarkan situasi yang dialami. Sekiranya anak-anak mempunyai kesukaran untuk menamakan emosi mereka, ibu bapa harus bimbing mereka dengan memberikan contoh perkataan seperti “gembira”, “sedih”, “marah”, “seronok” dan sebagainya.

4. Mengenal pasti emosi yang dialami merupakan langkah pertama untuk menangani emosi tersebut. Dekati anak anda dengan hati dan pemikiran yang terbuka agar membolehkan emosi positif serta emosi negatif mereka boleh ditunjukkan kepada anda tanpa penapisan.

5. Sekiranya kanak-kanak meluahkan emosi negatif, bincanglah bersama mereka supaya dapat mengenal pasti punca emosi tersebut. Ibu bapa harus juga menangani emosi yang diluahkan tadi dengan berjaga-jaga dan elakkan daripada menafikan punca emosi negatif tersebut.

6. Bantulah mereka menyelesaikan aktiviti berdasarkan tema. Setelah melengkapi aktiviti tersebut, tanyalah anak anda sama ada mereka rasa gembira setelah meluahkan perasaan.

7. Ambil gambar karya seni anda dan menyiarkannya di Facebook, Twitter atau Instagram. Pastikan anda menanda isi tag @nalandawayfoundation dan #artforwellbeing!

8. Anda juga boleh meletakkan karya seni di dalam starburst (lihat di bawah) untuk menambah sedikit keseronokan. Jangan lupa untuk berseronok!

Mengenalpasti EmosiA

© Nalandaway FoundationSeni untuk Kesejahteraan - Panduan Ibu Bapa

2

Bahan yang diperlukan

1. Pensel.2. Cat dan berus.3. Sehelai kertas.

Arahan

1. Lihat termometer kemarahan, perhatikan beberapa situasi yang menyebabkan anda rasa kecewa, marah dan berang.

2. Senaraikan juga beberapa perkara yang anda lakukan untuk menenangkan diri.

3. Cuba lakukan aktiviti yang menenangkan selama 5 minit.

4. Ambil sehelai kertas A4 dan lukiskan batang pokok dan dahannya seperti yang ditunjukkan dalam gambar.

5. Sekarang menulis perkara positif tentang diri anda dan ingatkan aktiviti menenangkan yang anda kerap lakukan.

6. Letakkannya pada tempat yang anda selalu dapat lihat.

7. Kalau boleh, lukiskan kemarahan anda.

Pautan sumber:

1. https://in.pinterest.com/pin/71353975330853954/

2. https://in.pinterest.com/pin/626281891919837681/

Petikan: Luangkan masa 2 minit dan berdoa untuk orang lain yang sakit.

Gambar perwakilan:

Meter kemarahan1

Alam semesta yang terhormat, saya berdoa untuk semua orang yang menghadapi penyakit. Saya minta supaya anda memulihkan kesihatan mereka dan melegakan kesakitan mereka.

Termometer KemarahanApa saja hal atau situasi yang membuatmu merasa

frustrasi, marah, atau geram?

Tenang

Fru

stra

siM

ara

hG

era

mApa saja hal yang bisa kamu lakukan untuk

membuatmu tenang kembali?

Saya kuat

Saya kreatif

Saya adalahalam semesta

Sayahadir

Saya gagah

Saya berani

Sayafokus

Saya baik hati

Saya pintar

Saya alam semulajadi

Saya tenang

Saya seimbang

© Nalandaway FoundationSeni untuk Kesejahteraan - Panduan Ibu Bapa © Nalandaway FoundationSeni untuk Kesejahteraan - Panduan Ibu Bapa

3

Bahan yang diperlukan

1. Cat air.2. Berus.3. Sehelai kertas.

Arahan

1. Campurkan warna primer (merah, biru, kuning) dan buatkan warna yang berbeza.

2. Buatkan kesan ibu jari daripada warna-warna yang anda telah buat.

3. Kaitkan setiap warna dengan emosi (gembira, sedih, kecewa, marah, terkejut, takut, dan lain-lain).

4. Sekarang gunalah warna-warna baru untuk melukis lukisan abstrak.

5. Lihatlah lukisan dan menganalisis emosi dominan anda.

Pautan sumber:

https://pxhere.com/en/photo/1571201

Aktiviti lain - Doa untuk kedamaian sedunia dan lain-lain...Petikan: Lakukan doa / meditasi secara senyap selama 2 minit.

Gambar perwakilan:

Paint your emotions2

© Nalandaway FoundationSeni untuk Kesejahteraan - Panduan Ibu Bapa

4

Kanak-kanak pada umur sembilan bulan sudah mulai mengalami emosi kebimbangan pemisahan. Ketika membesar di dunia ini, kanak-kanak berdepan dengan pelbagai keadaan yang boleh mempengaruhi emosi dan pandangan dunia mereka. Mereka perlu belajar bagaimana caranya untuk menangani kebimbangan mereka dan memahami apa yang dapat memberikan mereka kegembiraan. Ini merupakan factor penting dalam perkembangan sosio-emosional kanak-kanak.

Strategi penyelesaian ini dibuat khas untuk membantu kanak-kanak dan orang dewasa untuk mengenal pasti punca mereka rasa stres dan cara sihat untuk mengurangkan stress mereka. Strategi ini bertujuan untuk mengenali semula emosi terdalam mereka dan menangani punca utama stres.

Arahan untuk Aktiviti:

1. Aktiviti 3 hingga 18 dalam set aktiviti ini dibina atas tema ‘Strategi Penyelesaian’.

2. Aktiviti ini dibina untuk meminta individu mencerminkan keadaan emosi mereka dan membina ke arah menjana dan mengekalkan (sikap) positif melaluinya.

3. Aktiviti-aktiviti dibina bagi anak-anak muda faham akan konsep keluarga dan ikatan supaya apabila mereka membesar, konsep yang lebih rumit dapat difahami sehingga mereka dapat mengekspresikan perasaan yang kompleks dalam pelbagai cara.

4. Pada permulaan aktiviti, tanyakan kepada anak anda tentang keadaan emosi semasa mereka.

5. Bantu mereka menyelesaikan aktiviti tersebut.

6. Jika anak anda berasa emosi negatif pada permulaan aktiviti, tanyakan adakah aktiviti ini menjadikan mereka lebih baik atau dapat memberikan mereka saluran untuk menjadi kreatif dan produktif bagi melepaskan perasaan mereka.

7. Jika anak anda berasa emosi positif pada awal aktiviti, tanyakan adakah aktiviti ini membantu mereka mengekalkan emosi positif dan membantu mereka membina kebahagiaan mereka.

8. Sebagai latihan berfikir kritis, pada akhir aktiviti, anda boleh meminta anak anda jika aktiviti itu membantu mereka memikirkan emosi mereka dan mengapa mereka merasakan emosi tersebut. Tanya jika mereka faham bagaimana menangani emosi yang menyebabkan mereka kesakitan dan kesedihan.

9. Mengambil gambar karya seni yang lengkap dan menyiarkannya di Facebook, Twitter atau Instagram. Pastikan anda menanda isi tag @nalandawayfoundation dan #artforwellbeing!

10. Anda juga boleh meletakkan karya seni di dalam starburst (lihat di bawah) untuk menambah sedikit keseronokan. Jangan lupa untuk berseronok!

Strategi PenyelesaianB

© Nalandaway FoundationSeni untuk Kesejahteraan - Panduan Ibu Bapa © Nalandaway FoundationSeni untuk Kesejahteraan - Panduan Ibu Bapa

5

Bahan yang diperlukan

1. Pen lakaran hitam2. Krayon.

Arahan

1. Lukiskan garis bentuk haiwan kegemaran anda.

2. Selanjutnya bahagikan bentuk lukisan tersebut kepada beberapa bahagian. Semua bahagian tidak perlu seimbang.

3. Mula melukis corak yang berbeza di dalam setiap bahagian.

4. Warnakan corak.

5. Anda telah mencipta seni Zentangle.

Pautan sumber:

https://www.pngkey.com/maxpic/u2e6y3w7a9o0q8w7/

Aktiviti lain - Doa untuk kedamaian sedunia dan lain-lain ...

Petikan: Fikiran yang tenang membawa kekuatan dalaman dan

keyakinan diri, jadi, ia adalah sangat penting untuk kesihatan yang baik. -

Dalai Lama - Dalai Lama

Gambar perwakilan:

Zentangle3

© Nalandaway FoundationSeni untuk Kesejahteraan - Panduan Ibu Bapa

6

Bahan yang diperlukan

1. Surat khabar lama.2. Krayon.

Arahan

1. Ambil sehelai surat khabar lama.

2. Fikirkan pelbagai situasi emosi dan mula menulis.

3. Tulis satu demi satu, bermula dengan perasaan gembira, sedih, takut, terkejut dan marah. Kaitkan warna dengan emosi.

4. Perhatikan pergerakan tangan anda semasa melukis.

5. Koyakkan kertas menjadi cebisan-cebisan.

6. Lukiskan garisan bentuk besar potret diri.

7. Tampalkan cebisan-cebisan kertas dalam potret diri.

Pautan sumber:

https://emilydaisypage.wordpress.com/2012/06/03/newspaper-and-magazine-collage/

Aktiviti lain - Doa untuk kedamaian sedunia dan lain-lain ...

Petikan: Tiada yang dapat memberi anda kedamaian melainkan diri anda

sendiri - Ralph Waldo Emerson

- Ralph Waldo Emerson

Newspaper collage4

Gambar perwakilan:

© Nalandaway FoundationSeni untuk Kesejahteraan - Panduan Ibu Bapa © Nalandaway FoundationSeni untuk Kesejahteraan - Panduan Ibu Bapa

7

Bahan yang diperlukan

1. Krayon. 2. Sehelai kertas.

Arahan

1. Tutup mata anda dan bayangkan diri anda sebagai bumi.

2. Buat lukisan anda sebagai bumi.

3. Adakah anda masih kelihatan seperti manusia? Adakah anda berbentuk leper atau bulat? Apakah elemen-elemen hiasan dalam lukisan anda yang dapat mewujudkan perasaan / rasa seperti bumi?

4. Lukiskan sesuatu supaya bumi menjadi tempat kediaman yang lebih bai.

Aktiviti lain - Doa untuk kedamaian dunia dan lain-lain ...

Petikan: Berdoa selama 2 minit.Bumi yang dihormati, tolong bantu kami kembali kepada keadaan biasa

dan sihat dalam kehidupan kami. Saya berdoa untuk kesejahteraan semua

orang.

Pilih supaya bersikap optimis. Rasanya lebih baik

- Dalai Lama

Gambar perwakilan:

You’re the earth 5

© Nalandaway FoundationSeni untuk Kesejahteraan - Panduan Ibu Bapa

8

Bahan yang diperlukan

1. Benang.2. Cat warna.3. Pen lakaran.

Arahan

1. Ambil benang, celup dalam warna.

2. Letak benang pada kertas dan lipat kertas tersebut.

3. Sekarang tarik benang. Buka kertas untuk melihat lukisan benang simetri.

4. Huraikan lukisan dengan input kreatif.

Aktiviti lain - Doa untuk kedamaian sedunia dan lain-lain ...

Petikan: Semua yang anda lakukan dapat dilakukan dengan lebih baik dari

keadaan yang tenang.

- Stephen C. Paul

Thread art6

Gambar perwakilan:

© Nalandaway FoundationSeni untuk Kesejahteraan - Panduan Ibu Bapa © Nalandaway FoundationSeni untuk Kesejahteraan - Panduan Ibu Bapa

9

Bahan yang diperlukan

1. Pensel.2. Skala.3. Kompas.4. Pen lakaran hitam.

Arahan

1. Lukiskan bentuk bulatan.

2. Bahagikan bentuk bulatan dengan skala seperti yang ditunjukkan dalam gambar.

3. Mula melukis corak dengan pen lakaran hitam.

4. Anda juga boleh mencetak dan menggunakan lembaran grid mandala daripada internet.

Aktiviti lain - Doa untuk kedamaian sedunia dan lain-lain ...

Petikan: Belajar bagaimana cara menenangkan minda anda, dan anda

akan menikmati kedamaian yang mendalam

- Remez Sasson

Gambar perwakilan:

Mandala sketching7

© Nalandaway FoundationSeni untuk Kesejahteraan - Panduan Ibu Bapa

10

© Nalandaway FoundationSeni untuk Kesejahteraan - Panduan Ibu Bapa © Nalandaway FoundationSeni untuk Kesejahteraan - Panduan Ibu Bapa

11

Bahan yang diperlukan

1. Muzik.2. Pen lakaran.3. Sehelai kertas.

Arahan

1. Mainkan muzik instrumental pilihan anda.

2. Dengarkan rentak dengan teliti dan lukiskan perasaan anda atau catkan apa yang didengar. Jangan terlalu bimbang ketika melukis sesuatu yang spesifik seperti objek atau pemandangan.

Pautan sumber:

https://sugarspiceandglitter.com/how-to-paint-to-music/

Aktiviti lain - Doa untuk kedamaian dunia dan lain-lain ...

Petikan: Jangan bertindak balas secara tergesa-gesa. Ketahui cara membalas

dengan mantap.

- Buddha

Gambar perwakilan:

Paint some music8

© Nalandaway FoundationSeni untuk Kesejahteraan - Panduan Ibu Bapa

12

Bahan yang diperlukan

1. Kertas carta / kertas A4.2. Cat.3. Garpu plastik / logam.

Arahan

1. Ambil sehelai kertas. Kertas carta / kertas A4 / sebarang kertas dengan ukuran yang diinginkan.

2. Picitkan cat pada palet / pinggan.

3. Celupkan garpu ke dalam cat dan mengecat pada kertas.

4. Anda boleh membuat pemandangan indah dengan bunga-bunga dan pokok-pokok.

5. Anda boleh membuat apa-apa corak dengan lukisan garpu.

6. Anda juga boleh campurkan dua atau lebih warna untuk lukisan.

7. Sekarang poster seni garpu anda sudah siap untuk dipamerkan.

Mari kita buat lukisan garpu9

Gambar perwakilan:

© Nalandaway FoundationSeni untuk Kesejahteraan - Panduan Ibu Bapa © Nalandaway FoundationSeni untuk Kesejahteraan - Panduan Ibu Bapa

13

Bahan yang diperlukan

1. Kertas berwarna (minimum 2 warna).

2. Pen lakaran.3. Gunting.4. Gam.

Arahan

1. Lukiskan bentuk tangan pada kertas warna.

2. Potong dan keluarkan bentuk tangan.

3. Lekatkan bentuk tangan pada kertas warna yang lain.

4. Bahagikan ruang lukisan bentuk tangan menjadi beberapa bahagian.

5. Sekarang lukis setiap bahagian dengan selengkapkannya.

6. Akhirnya, lukisan bentuk tangan anda sedia untuk dipamerkan.

7. Anda juga boleh menulis beberapa mesej sosial pada lukisan

Gambar perwakilan:

Lukisan bentuk tangan10

© Nalandaway FoundationSeni untuk Kesejahteraan - Panduan Ibu Bapa

14

Bahan yang diperlukan

1. Botol plastik atau kaca.2. Cat warna.3. Berus cat.4. Pita pelekat.

Arahan

1. Tanggalkan label, basuh dan bersihkan botol.

2. Warnakan botol mengikut warna pilihan anda.

3. Setelah lapisan cat pertama kering, catkan dengan lapisan kedua dengan warna yang lain sehingga botol menjadi legap.

4. Anda juga boleh menggunakan pita untuk membuat corak pada botol.

5. Sebelum melukis, gunakan pita untuk membuat reka bentuk yang anda mahu.

6. Setelah mengeluarkan pita apabila botol siap dicat dengan warna, bahagian tersebut akan tetap telus dan cantik.

7. Letak bunga dalam pasu botol and hiaskan dalam ruang rumah.

Pasu Botol11

Gambar perwakilan:

© Nalandaway FoundationSeni untuk Kesejahteraan - Panduan Ibu Bapa © Nalandaway FoundationSeni untuk Kesejahteraan - Panduan Ibu Bapa

15

Bahan yang diperlukan

1. Batang-batang ais krim.2. Gunting.3. Gam.4. Cat warna.5. Krayon.6. Kertas putih.

Arahan

1. Warnakan batang-batang ais krim pada kedua-dua sebelah.

2. Bentukkan dan gamkan batang-batang ais krim menjadi sebuah segi empat, dengan hujungnya terkeluar daripada segi empat.

3. Potongkan kertas putih lebih besar daripada bingkai ais krim. Lekatkan bingkai ais krim pada kertas putih.

4. Bingkai anda siap digunakan untuk gambar atau lukisan buatan sendiri.

Gambar perwakilan:

Bingkai foto batang ais krim12

© Nalandaway FoundationSeni untuk Kesejahteraan - Panduan Ibu Bapa

16

Bahan yang diperlukan

1. Tali.2. Gam kraf.3. Pembalut plastik (cling wrap).4. Gunting.5. Mangkuk (sebagai acuan).6. Berus cat.

Arahan

1. Ambil mangkuk dan balut dengan pembalut plastik (cling wrap) secara ketat.

2. Gunakan berus cat untuk mengecat lapisan luar pembalut plastik dengan gam. Cat sepenuhnya dengan gam.

3. Ambil satu hujung gulungan tali dan balut pada sekeliling mangkuk, lapisan demi lapisan, seperti yang ditunjukkan dalam gambar.

4. Balut secara teliti sehingga keseluruhan mangkuk dibalut dengan tali. Anda boleh catkan mangkuk dengan warna yang anda mahukan.

5. Biarkan sehingga kering dan keluarkan mangkuk yang digunakan sebagai acuan.

Mangkuk tali13

Gambar perwakilan:

© Nalandaway FoundationSeni untuk Kesejahteraan - Panduan Ibu Bapa © Nalandaway FoundationSeni untuk Kesejahteraan - Panduan Ibu Bapa

17

Bahan yang diperlukan

1. Kertas carta.2. Kertas berwarna.3. Gam.4. Gunting.5. Pen Lakaran.6. Cat warna.

Arahan

1. Pastikan si kecil mencuci tangannya.

2. Pastikan cat-cat warna yang mencukupi disediakan di atas meja.

3. Minta kanak-kanak letakkan jari mereka secara perlahan-lahan dalam piring cat warna sehingga jari disalut dengan warna.

4. Kemudian, minta anak anda letakkan jari berwarna pada kertas carta and biarkan jari di atas kertas selama beberapa saat.

5. Selepas membuat corak dengan cap jari, basuh tangan dengan segera. Tambahlah hiasan pada corak jari tersebut.

6. Berikut adalah beberapa contoh kad cap jari yang dihiasi dengan belon, bunga, burung dan lain-lain

7. Hiaskan kad cap jari anak anda dan berkongsi bersama rakan merekas!

Gambar perwakilan:

Kad Ucapan Cap Jari14

© Nalandaway FoundationSeni untuk Kesejahteraan - Panduan Ibu Bapa

18

Bahan yang diperlukan

1. Kertas warna (kuning dan biru).2. Cermin.3. Gam.4. Gunting.

Arahan

1. Gunakan pemotong kertas kraf untuk membuat kelopak bunga seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Anda juga boleh melukis bentuk garisan besar kelopak dan memotongnya. Semua saiz kelopak bunga harus sama.

2. Lipat bahagian satu per tiga kelopak bunga tersebut supaya runcing. Kelopak bunga harus kelihatan seperti yang ditunjukkan dalam gambar.

3. Gabungkan bahagian runcing lima kelopak bunga dengan gam. Buat seberapa banyak bunga yang diperlukan.

4. Lekatkan bunga-bunga di sekeliling tepi cermin dan biarkan kering.

Cermin Bunga15

Gambar perwakilan:

© Nalandaway FoundationSeni untuk Kesejahteraan - Panduan Ibu Bapa © Nalandaway FoundationSeni untuk Kesejahteraan - Panduan Ibu Bapa

19

Bahan yang diperlukan

1. Botol-botol lama.2. Cat warna.3. Benang-benang.

Arahan

1. Ambil botol lama / terpakai dan bersihkan permukaannya.

2. Catkan botol dengan warna putih.

3. Rekakan corak-corak pada botol mengikut kehendak anda.

4. Anda juga boleh melukis gambar bentuk muka anda ataupun muka orang kegemaran anda.

5. Anda juga menggunakan benang untuk menghiasi botol.

6. Sekarang, seni botol anda sedia untuk dipamerkan. Anda boleh pamerkan seni botol di rumah anda atau sebagai pasu bunga.

Gambar perwakilan:

Seni botol16

© Nalandaway FoundationSeni untuk Kesejahteraan - Panduan Ibu Bapa

20

Bahan yang diperlukan

1. Kertas carta / kertas A4.2. Cat / Warna air.3. Putik kapas.4. Berus cath.

Arahan

1. Ambil sehelai kertas A4 atau kertas carta dan lukiskan bentuk pokok yang indah.

2. Ikatkan segenggam putik kapas.

3. Celupkan putik kapas ke dalam cat dan buatkan kesan cap pada kertas untuk membentuk daun.

4. Anda juga boleh campurkan warna and membentuk bunga-bunga.

5. Sekarang lukiskan batang pokok dengan berus cat.

6. Anda juga boleh tambahkan watak manusia / haiwan / burung pada lukisan.

7. Sekarang poster lukisan putik kapas anda sedia untuk dipamerkan.

Poster lukisan putik kapas17

Gambar perwakilan:

© Nalandaway FoundationSeni untuk Kesejahteraan - Panduan Ibu Bapa © Nalandaway FoundationSeni untuk Kesejahteraan - Panduan Ibu Bapa

21

Bahan yang diperlukan

1. Batu / kerikil2. Cat / Warna air3. Berus cat4. Mesej kesedaran yang positif.

Arahan

1. Ambil beberapa batu / kerikil dalam saiz yang berlainan. Bersihkan dan keringkan batu-batu tersebut.

2. Catkan keseluruhan batu / kerikil dengan warna-warna asas cat akrilik / air.

3. Hiaskan batu-batu dengan pelbagai seni corak dan reka bentuk.

4. Lukiskan petak perkataan dengan berus.

5. Isikan petak perkataan dengan kata-kata kesedaran positif.

6. Biarkan sehingga kering.

7. Sekarang juru kempen batu anda sudah siap. Anda boleh hadiahkahnya kepada jiran anda / atau pamerkan di tempat yang menonjol untuk memberi kesedaran.

Gambar perwakilan:

Juru kempen batu18

© Nalandaway FoundationSeni untuk Kesejahteraan - Panduan Ibu Bapa

22

Manusia tidak beroperasi dalam kekosongan. Memandangkan setiap individu cuba mengatasi emosi mereka sendiri, mereka juga menghadapi orang lain yang mempunyai keadaan emosi yang berbeza, yang kian mempengaruhi emosi sendiri dan sebaliknya. Ia adalah penting bagi kita untuk mewujudkan ruang sosial di mana individu rasa cukup selamat untuk meluahkan emosi mereka tanpa rasa takut pada kesan yang negatif, malu atau penolakan.

Mewujudkan satu lingkaran yang selamat di mana dua atau lebih individu dapat menyuarakan suara dan emosi mereka adalah sangat penting. Ini melibatkan sifat kepercayaan yang kuat dari pihak yang terlibat. Lingkaran yang selamat ini harus berdasarkan pemikiran yang terbuka, dalam konteks amalan social yang diterima. Di samping itu, lingkaran keselamatan ini harus mempunyai ruang untuk mempersoalkan amalan social yang telah menyebabkan tekanan and emosi negatif untuk individu. Lingkaran ini menjadi ruang di mana individu belajar untuk menyatakan perasaan mereka secara bebas dan belajar untuk menjadi individu yang munasabah dan rasional.

Arahan untuk Aktiviti:

1. Aktiviti 19 dan 20 dalam set aktiviti ini dibina atas tema ‘Lingkaran Keselamatan’.

2. Aktiviti ini direka untuk membantu anak anda berfikir tentang siapa dan apa yang membuat mereka berasa selamat.

3. Untuk mendorong anak anda berfikir tentang lingkaran keselamatan, tanyakan kepada mereka apa yang membuatkan mereka berasa bersyukur dan juga mengenal pasti siapakah orang kegemaran mereka untuk bercakap mengenai perkara yang mereka suka dan tidak suka.

4. Ingatlah untuk menjaga perasaan dan pandangan anak anda dan jangan mengabaikan emosi mereka.

5. Bantu mereka menyelesaikan aktiviti tersebut.

6. Pada akhir aktiviti, mintalah anak anda untuk menilai emosi mereka ketika terlibat dalam aktiviti tersebut. Tanya kepada mereka jika ia membuatkan mereka berasa gembira.

7. Bincang dengan anak anda siapa dan apakah keadaan yang membolehkan mereka berasa selamat dan selesa untuk meluahkan emosi mereka.

8. Tanya kepada mereka bagaimana mereka dapat membantu sesiapa yang perlukan ruang yang selamat untuk meluahkan emosi mereka.

9. Mengambil gambar karya seni yang lengkap dan menyiarkannya di Facebook, Twitter atau Instagram. Pastikan anda menanda isi tag @nalandawayfoundation dan #artforwellbeing!

10. Anda juga boleh meletakkan karya seni di dalam starburst (lihat di bawah) untuk menambah sedikit keseronokan. Jangan lupa untuk berseronok!

Lingkaran KeselamatanC

© Nalandaway FoundationSeni untuk Kesejahteraan - Panduan Ibu Bapa © Nalandaway FoundationSeni untuk Kesejahteraan - Panduan Ibu Bapa

23

Bahan yang diperlukan

1. Pensel.2. Pen lakaran.3. Krayon.

Arahan

1. Lukis bulatan dan bahagikan kepada dua bahagian. Lengkapkan bahagian setengah dengan potret rakan anda.

2. Ambil foto lukisan tersebut dan mengirimnya kepada rakan anda.

3. Minta dia melukis potret anda dan mengirimnya kepada anda.

4. Hubungi rakan anda dan berbincang bagaimana caranya untuk menjaga kebersihan.

5. Renunglah memori terbaik yang dikongsi bersama rakan anda.

6. Hadiahkan potret kepada kawan anda apabila bertemu nanti.

Aktiviti lain - Doa untuk kedamaian sedunia dan lain-lain ...

Petikan: Mengalami kedamaian bukannya bermakna kehidupan akan tetap bahagia. Anda dapat mengalami

ketenangan minda walaupun kehidupan anda sibuk atau kelam-

kabut.

- Jill Bolte Taylor

Gambar perwakilan:

A portrait of my favourite people19

© Nalandaway FoundationSeni untuk Kesejahteraan - Panduan Ibu Bapa

24

Bahan yang diperlukan

1. Pensel.2. Krayon.3. Pen lakaran.

Arahan

1. Lukiskan gambar pahlawan yang menjaga keselamatan persekitaran dan mematuhi perintah jarak sosial sebagai langkah pencegahan wabak.

2. Berikan nama yang sesuai bagi pahlawan anda dan lukiskan apa yang diperlukan oleh pahlawan untuk menjaga persekitaran supaya selamat dan terjamin.

3. Kongsi gambar dengan rakan dan keluarga anda.

Aktiviti lain - Doa untuk kedamaian sedunia dan lain-lain ...

Petikan: Tinggalkan kata-kata anda, bukan suara anda. Hujan yang

menumbuhkan bunga, bukan guruh.

- Rumi

Super hero!20

Gambar perwakilan:

© Nalandaway FoundationSeni untuk Kesejahteraan - Panduan Ibu Bapa

Siapakah kita?

Yayasan NalandaWay merupakan NGO yang telah memenangi anugerah, melalui penggunaan seni visual dan seni persembahan untuk membantu kanak-kanak dari masyarakat kurang bernasib baik di India. Usaha kami adalah untuk meningkatkan kebolehan pembelajaran, menguatkan tingkah laku positif dan membantu kanak-kanak mencapai impian tinggi dengan membolehkan mereka menjadi kreatif dan mengekspresikan melalui seni. Lebih 50,000 kanak-kanak dari daerah termiskin India menerima manfaat Yayasan NalandaWay setiap tahun. Sila lawati www.nalandaway.org untuk mengetahui lebih lanjut tentang program kami dan membuat sumbangan.

Adakah anda akan menyokong Yayasan NalandaWay?

Projek-projek Yayasan NalandaWay telah memanfaatkan golongan kanak-kanak yang amat kurang bernasib baik di India. Kesemua ini dapat dilakukan melalui sokongan individu dan korporat yang murah hati. Setiap sumbangan, bagaimanapun besar atau kecil, sangat berharga. Sokonglah NalandaWay hari ini dengan melayari laman web https://www.nalandaway.org/donate.html.

Berdoa Bersama Kami

Usaha Yayasan NalandaWay adalah untuk menggalakkan ciri-ciri kebaikan dan empati di dunia. Melalui inisiatif ‘Seni Untuk Kesejahteraan – Panduan Ibu Bapa’, kami harap untuk mencapai matlamat malah mengusir perasaan ketakutan dan kebimbingan demi mendorong kanak-kanak untuk mencapai potensi terbaik mereka.

Pada masa apabila seluruh dunia memerangi penyakit, kami ingin anda menyertai kami berdoa untuk kesejahteraan semua kehidupan yang berada di rumah ini, planet yang kami bersama memanggil Bumi.

“Inilah doa kepada Mu, Tuhan – serang, serang pada akar kemiskinan di hatiku.Berilah saya kekuatan untuk menanggung sukacita dan kesedihan saya.Berilah saya kekuatan untuk menjadikan cinta saya berbuah dalam perkhidmatan.Berilah saya kekuatan supaya tidak mengabaikan orang miskin atau menekuk lutut saya supaya tidak menyerah kalah kepada yang berkuasa.Berilah saya kekuatan untuk meningkatkan fikiran saya ke tahap tinggi setiap hari.Dan berilah saya kekuatan untuk menyerahkan kekuatan saya kepada kehendak-Mu dengan cinta.”

- Rabindranath Tagore, Gitanjali

'Art for Wellbeing - A Parent's Guide' is a unique initiative brought to you by NalandaWay Foundation to help children and adults alike find creative

expression through the arts and deal with anxiety and fear, positively.You will find there's art for everyone with activity kits grouped age-wise,

right from pre-schoolers to high-schoolers and adults.

NalandaWay Foundation is an award-winning NGO, which uses visual and performing Arts to help children from disadvantaged communities in India.

@nalandawayfoundation | www.nalandaway.org